Age-reverse -by dr siti hamidah

Age-reverse -by dr siti hamidah

page ini adalah page kosmetik yang boleh merawat masalah jeragat dan masalah kulit wajah menjadikan kulit muka seusia 20an

20/05/2024

DAH PENAT MACAM2 CUBA, MACAM TERTIPU RASA JERAGAT TETAP TAK HILANG

Ini lah set jeragat pertama yang sesuai untuk semua jenis kulit asia tau!!

Jangan risau kalau kulit sensitive

" Salam Akak.. kenapa dah tak repead ya.. Selalu hujung2 bulan dah repead.?

Wasalam dikk, maaf jeragat akak dah hilang lepas pakai set lengkap!
terima kasihh adik sudi bantu akak berbaloi duk repead selama ni...

ramai anak beranak akak tegur cakap jeragat dah hilang,
akak promote cakap pakai set ni je kat diorang
- Kak lin, parit buntar kedah

Set kombo3 mengandungi bahan2 organik bagi merawat jeragat :
โœ… Arbutin cream
โœ… Pencuci bee vanom
โœ… Argan oil

Hanya rm110 waktu promosi ini!!

Harga promosi terhad selagi stok masih ada, dapatkan sekarang sebelum kembali pada harga asal.

๐Ÿ‘‡ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ช๐—›๐—”๐—ง๐—ฆ๐—”๐—ฃ๐—ฃ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—  ๐Ÿ‘‡

Photos from Age-reverse -by dr siti hamidah's post 24/09/2022

Serum dalam kotak premium.

Pembelian set ini akan mendapat percuma kotak dan NK Age Reverse Scrub (sementara stok masih ada).

Boleh preorder dengan kami sekarang ๐Ÿ˜‰

30/04/2022

Gunakan spray head yang diberi percuma dengan setiap pembelian NK Age Reverse Cleanser ๐Ÿ’–. Amat mudah untuk mencuci wajah sebelum mengambil wuduk dalam perjalanan.

Tips:

1. Sebelum sampai ke rnr/masjid, spray cleanser ke tapak tangan, sapu dan gosok2 lembut wajah.
2. Apabila sampai di surau, terus bilas dan berwuduk.

Ia tak memedihkan mata, tak perlu dibilas segera dan amat memudahkan urusan!

Hati-hati di jalan raya! Semoga selamat sampai ke kampung halaman! โค๏ธ

20/04/2022

5 KESAN BURUK MASALAH JERAGAT

Mengikut kajian pakar dermatologi, wanita yang mengalami masalah jeragat, kusam lebih cepat nampak tua iaitu 7 tahun lebih tua berbanding yang tidak mempunyai masalah jeragat & kusam. Masalah kulit yang sering berlaku dalam kalangan wanita berusia selepas 30-an adalah jeragat. Kebiasaannya, masalah jeragat timbul dengan seiring dengan penuaan kulit
1. Akan menyebabkan perubahan warna pada kulit wajah jadikan tona kulit tidak sekata
2. Wajah kurang menyerlah & meninggalkan kesan kehitaman walau selepas pakai alat solek. Ianya memburukkan lagi penghasilan solekan.
3. Saiz jeragat yang lama akan membesar kemudian bercantum dengan jeragat yang lain menyebabkan wajah tidak kelihatan menarik & gelap.
4. Rasa rendah diri untuk berdepan dgn orang ramai. Akan menimbulkan masalah tertekan @ kemurungan.
5. Ada yang lebih teruk iaitu menyebabkan kegatalan pada kulit wajah dan mengganggu aktiviti harian.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah kulit berjeragat adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat, kurangkan tekanan, banyakkan minum air & penjagaan kulit wajah (Skincare).
Pastikan penjagaan kulit wajah konsisten dengan produk yang digunakan. Jangan campur aduk dengan produk yang lain.
Hal ini akan menyebabkan kulit break out. Jika tidak menjaga dengan kulit dengan lebih awal, kos untuk merawat kulit jeragat boleh memakan beribu ringgit.
Buatlah pilihan yang bijak memilih produk natural seperti NK Age Reverse cleanser yang tidak mengandungi bahan toksik, malah kulit remaja juga sesuai dengan produk ini.
NK Age Reverse hasil kajian bertahun-tahun oleh Prof Madya Dr. Siti Hamidah. Dengan menggunakan hampir 99% bahan natural, NK Age Reverse dijamin bebas dari bahan toksik.
Jadi, menggunakan cleanser NK Age Reverse daripada usia awal remaja mampu mengurangkan kesan jeragat & jerawat.
Harganya sangat mampu milik untuk penjagaan kulit.
Boleh tekan link di bawah untuk pembelian yang sah daripada ejen kami.
Boleh klik sini untuk whatsapp : https://nakagereverse.wasap.my

13/04/2022

Dah pakai sunscreen? ๐ŸŒž๐Ÿ’™ Pilih yang lembut pada kulit (berasaskan bahan tidak toksik dan mengandungi bahan natural) dan tidak terlalu tinggi SPF.

Kajian menunjukkan tidak banyak beza kesan perlindungan UV di antara SPF 30, 70, 100. Hanya beza tidak sampai 5% coverage, tetapi semakin tinggi SPF, semakin banyak bahan kimia yang diperlukan.

Cara paling berkesan menggunakan sunscreen bagi mendapat kesan optimum adalah dengan mengulang pakai setiap 4-5 jam.

11/04/2022

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฒ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ?
Age Reverse merupakan produk NK terkini yang dihasilkan oleh kump**an penyelidikan yang diketuai oleh Dr Siti Hamidah di UTM. Dr Siti memang dikenali sebagai founder Naturel Kiss (NK) iaitu produk yang berasaskan bahan natural, selamat dan menggunakan teknologi moden. Age Reverse merupakan satu siri produk yang menggunakan formulasi BeuT-Complex, iaitu menggunakan bahan-bahan anti penuaan yang terbaik seperti Hyaluronic Acid, Bee Venom, ekstrak Tsubaki, ekstrak Roselle, dan essential oil yang bagus untuk kulit. Produk Age Reverse telah melalui kajian yang terperinci termasuk melibatkan lebih 100 responden, pensijilan Lab Tested daripada Bioeconomy Corporation, pelbagai testing Sirim, Notifikasi dari KKM, dan pelbagai testing 'Proof of Concept' bagi emmastikan keselamatan dan keberkesanan produk.
-(Dr Siti Hamidah & Team Researcher)

Boleh tekan link watsap di bawah untuk info ๐Ÿ˜Š
https://nakagereverse.wasap.my
https://nakagereverse.wasap.my
https://nakagereverse.wasap.my

06/04/2022

Bolehkah jeragat disebabkan faktor keturunan (genetik) dihilangkan?
Memang faktor genetik boleh menyebabkan jeragat. Sekiranya ibu/keluarga kita memang banyak jeragat, kita perlu lebih berhati-hati dari awal. Cara terbaik adalah memakai sunscreen dan elak produk bertoksik dan berkualiti rendah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekiranya kulit telah pun ditumbuhi jeragat, gunalah produk yang selamat dan berkesan, walaupun ambil masa lama sikit. Fokus untuk merawat keseluruhan kulit wajah agar lebih berseri. Bonus sekiranya jeragat dapat dihilangkan sepenuhnya. Inshaallah ia boleh dikurangkan
https://nakagereverse.wasap.my

18/03/2022

Alhamdulillah buku ini telah diterbitkan oleh Elsevier.

Tahniah kepada team penyelidikan NK atas penerbitan buku bertajuk Nanotechnology for the Preparation of Cosmetics using Plant-Based Extract.

02/03/2022

CABUTAN BERTUAH BERNILAI RM10,000 KEPADA CUST YANG MEMBELI PADA BULAN FEB.

SO, NANTIKAN LIVE PROF DR.SITI HAMIDAH YA.

SEMOGA ANDA LAYAK UNTUK CABUTAN KALI INI ๐Ÿ˜

25/02/2022

KEPENTINGAN SUNSCREEN DALAM PENJAGAAN KULIT
Apakah itu sunscreen? Apakah kepentingan sunscreen? Apakah manfaat sunscreen untuk kulit? Artikel kali akan menerangkan kegunaan dan kepentingan sunscreen bagi kulit wanita mahu pun lelaki.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan sunscreen atau juga dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang paling utama dalam penjagaan kulit. Ini bermakna, jika ada menggunakan pelbagai produk kulit tapi tidak menggunakan sunscreen, penjagaan kulit anda seakan-akan tidak lengkap.
Penggunaan sunscreen ini bukan saja untuk kegunaan kosmetik. Malah lebih daripada itu. Malaysia terkenal dengan dua musimnya iaitu panas dan lembab.
Disebabkan negara kita negara yang bermusim panas, perlindungan kulit daripada sinaran matahari terik adalah sangat penting.
Walaupun kegunaannya yang penting, masih ramai yang memandang enteng terhadap kepentingan sunscreen ini.
Mungkin ramai lagi yang tidak sedar atau tidak faham betapa bahayanya kulit yang terdedah dengan sinaran matahari yang terik.
Kepentingan Sunscreen Untuk Kulit Wajah
1. Mengelakkan keradangan kulit
Apabila kulit kita terdedah dengan sinaran UV, ia boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan kulit yang boleh memedihkan.
Masalah keradangan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang individu itu mempunyai masalah kulit seperti eczema dan psiorosis.
Dengan menyapukan sunscreen pada kulit, ia dapat menjadi dinding pelindung kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang senang kemerah-merahan dan sensitif, anda memerlukan sunscreen yang lengkap dengan bahan-bahan lembut seperti zink oksida atau titanium dioksida.
Anda juga harus mengelakkan pelindung matahari jenis semburan yang mengandungi formula keras, termasuk alkohol yang dapat mengeringkan kulit.
2. Mengurangkan risiko kanser kulit
Kepentingan sunscreen seterusnya adalah untuk mengurangkan risiko kanser kulit. Tahukah anda, kanser kulit juga berpunca daripada kulit yang sering terdedah dengan sinaran matahari?
Menggunakan pelindung matahari setiap hari, walaupun cuaca tidak begitu terik adalah salah satu kaedah awal yang baik untuk mencegah kanser kulit yang ramai tak sedar.
Anda boleh membantu diri anda untuk elak terkena kanser kulit dengan menggunakan sunscreen yang mempunyai minimum SPF 30 setiap hari.
Jika anda sering menghabiskan masa di luar, dan kulit terdedah dengan cahaya matahari, anda digalakkan untuk menyapu sunscreen ke muka pada setiap dua jam untuk perlindungan yang maksimum.
3. Mencegah tona warna kulit yang tidak sekata
Antara kepentingan sunscreen yang lain adalah untuk mencegah tona warna kulit yang tidak sekata. Tona warna kulit yang tidak sekata ini akan keluar dengan ketara apabila usia anda sudah lanjut.
Mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi akan jelas kelihatan apabila anda meningkat usia. Kulit akan mengeluarkan tompok-tompok yang dipanggil โ€˜sun spotsโ€™ atau โ€˜liver spotsโ€™ dan kebiasaannya ia berwarna gelap.
Efek ini boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki. Untuk mengelakkan kesan ini terjadi, penggunaan sunscreen adalah wajib.
4. Mencegah sunburn
Pakar dermatologist selalu menekankan kepentingan sunscreen dan pencegahan kulit daripada terkena sunburn.
Anda boleh mengalami sunburn sekiranya anda menghabiskan masa yang lama di luar tanpa penggunaan sunscreen.
Sekiranya kulit anda sering terkena sunburn, ia membuatkan risiko untuk anda mengalami kanser kulit lebih tinggi daripada biasa.
Ini kerana sunburn yang terjadi boleh merosakkan pelindung kulit yang boleh menyebabkan bukan sahaja kanser malah kedutan pramatan, dan banyak lagi masalah kulit yang lain.
Kini, anda tak perlu bimbang kerana NK Age Reverse menghasilkan sunscreen untuk lapisan pelbagai umur. Malah, remaja pun boleh mencuba kerana ia tidak mengandungi spf yang tinggi.
Boleh klik sini untuk whatsapp : https://nakagereverse.wasap.my
Atau terus beli di laman web kami : https://poknikmall11.com

23/02/2022

5 KESAN BURUK MASALAH JERAGAT

Mengikut kajian pakar dermatologi, wanita yang mengalami masalah jeragat, kusam lebih cepat nampak tua iaitu 7 tahun lebih tua berbanding yang tidak mempunyai masalah jeragat & kusam. Masalah kulit yang sering berlaku dalam kalangan wanita berusia selepas 30-an adalah jeragat. Kebiasaannya, masalah jeragat timbul dengan seiring dengan penuaan kulit
1. Akan menyebabkan perubahan warna pada kulit wajah jadikan tona kulit tidak sekata
2. Wajah kurang menyerlah & meninggalkan kesan kehitaman walau selepas pakai alat solek. Ianya memburukkan lagi penghasilan solekan.
3. Saiz jeragat yang lama akan membesar kemudian bercantum dengan jeragat yang lain menyebabkan wajah tidak kelihatan menarik & gelap.
4. Rasa rendah diri untuk berdepan dgn orang ramai. Akan menimbulkan masalah tertekan @ kemurungan.
5. Ada yang lebih teruk iaitu menyebabkan kegatalan pada kulit wajah dan mengganggu aktiviti harian.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah kulit berjeragat adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat, kurangkan tekanan, banyakkan minum air & penjagaan kulit wajah (Skincare).
Pastikan penjagaan kulit wajah konsisten dengan produk yang digunakan. Jangan campur aduk dengan produk yang lain.
Hal ini akan menyebabkan kulit break out. Jika tidak menjaga dengan kulit dengan lebih awal, kos untuk merawat kulit jeragat boleh memakan beribu ringgit.
Buatlah pilihan yang bijak memilih produk natural seperti NK Age Reverse cleanser yang tidak mengandungi bahan toksik, malah kulit remaja juga sesuai dengan produk ini.
NK Age Reverse hasil kajian bertahun-tahun oleh Prof Madya Dr. Siti Hamidah. Dengan menggunakan hampir 99% bahan natural, NK Age Reverse dijamin bebas dari bahan toksik.
Jadi, menggunakan cleanser NK Age Reverse daripada usia awal remaja mampu mengurangkan kesan jeragat & jerawat.
Harganya sangat mampu milik untuk penjagaan kulit.
Boleh tekan link di bawah untuk pembelian yang sah daripada ejen kami.
Boleh klik sini untuk whatsapp : https://wa.link/9ejdf6
Atau terus beli di laman web kami : https://poknikmall11.com

03/02/2022

MENGAPA PERLU TUNGGU 3 MINIT SEBELUM BILAS NK AGE REVERSE CLEANSER?

Mungkin ini kali pertama pengguna skin care dinasihati agar menunggu beberapa minit sebelum membilas cleanser yang dipakai. Memang, jika cleanser biasa yang mengandungi bahan-bahan pencuci sintetik (terutamanya SLS), ia perlu dibilas secepat mungkin kerana membiarkan lama di wajah akan lebih merosakkan kulit.

Tetapi NK Age Reverse Cleanser adalah amat berbeza dengan pencuci wajah yang biasa yang menggunakan bahan berbuih sintetik itu. NK Age Reverse menggunakan formulasi natural, water based, tidak merengsa kulit, pencuci yang amat berkesan, dan yang teristimewa adalah ia mengandungi bahan antipenuaan.

Namun, terdapat banyak persoalan mengenai cara penggunaan NK Age Reverse, mari kita baca satu persatu.

1. Mengapa perlu tunggu 3 minit?

NK Age Reverse Cleanser telah dibangunkan dengan amat teliti oleh team penyelidikan kami di UTM. Bukan sahaja ia memilih bahan-bahan terbaik dunia, teknologi terbaik untuk penyerapan, malahan kami mengkaji keberkesanan penyerapan bahan. Ia digelar sebagai Kajian Penyerapan (Absorption Test). Keputusan menunjukkan penyerapan bahan aktif dalam skin care NK bermula dari 3 minit sehingga 15 minit. Dalam tempoh ini, bahan aktif antipenuaan seperti asid hyaluronik, bee venom, tsubaki ekstrak, roselle ekstrak dan lain-lain akan meresap ke dalam kulit.

2. Jika tak tunggu 3 minit?

Tak mengapa kerana ia tetap berfungsi sebagai Cleanser yang efektif. Malahan NK Age Reverse Cleanser boleh mencuci dengan 5 kali lebih berkesan dari pencuci biasa. Kami mencadangkan tunggu beberapa minit agar bahan-bahan antipenuaan dapat menyerap secara optimum. Tetapi jika kita tiada masa atau dalam keadaan rushing, tak mengapa jika terus dicuci seperti pencuci wajah yang lain.

3. Kenapa memakai NK Age Reverse Cleanser ada step tunggu 3 minit p**a, tak macam produk lain?

Step tunggu beberapa minit ini bukan untuk menyusahkan, tetapi ia menjadi nilai tambah (added value) yang sangat special kepada para pengguna. Inilah keistimewaan NK, kami memahami kesan optimum sesuatu produk bukan sahaja terletak kepada bahan yang digunakan, malahan cara pakai, dan berapa masa yang diperlukan untuk mendapat kesan terbaik.

4. Jika tunggu lebih dari 15 minit?

Boleh jika Cik Puan ada banyak masa. Walaupun keputusan ujian menunjukkan 15 minit adalah masa penyerapan paling optimum, tetapi selepas itu masih ada penyerapan walaupun telah berkurangan. Kesimp**annya, ia bergantung dengan masa dan kesempatan. Jika tiada masa, terus bilas pun tak apa kerana ia tetap mencuci wajah dengan berkesan. Jika ada masa, boleh tunggu untuk mendapat penyerapan bahan antipenuaan.

5. Bolehkah tidak dibilas?

Ada dua cara penggunaan NK Age Reverse Cleanser. Yang pertama adalah menggunakan kapas muka. Dengan cara ini, boleh jika tidak dibilas kerana kotoran telah pun dibuang dengan menggunakan kapas tersebut. Cara kedua ialah dengan meletakkan di tapak tangan dan menyapukan terus ke wajah. Cara ini, perlu bilas kerana kotoran masih ada di wajah jadi wajah perlu dibasuh menggunakan air.

Kesimp**annya, step menunggu beberapa minit ini BUKAN untuk menjadikan Cleanser lebih berkesan sebagai pencuci wajah, TETAPI agar berlaku penyerapan bahan antipenuaan secara optimum ke dalam kulit.

NK Age Reverse Cleanser diformulasi bukan setakat mencuci, malah sebagai produk antipenuaan yang berkesan. Ia juga bertindak sebagai toner dan pelembab. Pemakaian yang konsisten dan mengikut cara yang betul akan memberikan hasil yang amat memuaskan. Wajah akan menjadi lebih anjal dan berseri, complexion menjadi semakin cerah, garis halus berkurang, memudarkan parut dan jeragat. Kulit akan menjadi segar dan sihat dari dalam dan memelihara kulit untuk tempoh yang panjang.

Produk ini bukan sahaja memfokuskan lapisan luar kulit semata-mata, tapi menggunakan teknologi nano-misel, bahan anti penuaan akan menyerap ke dalam kulit dan mampu membantu mempercepatkan metabolisma sel, seterusnya menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat bagi menggantikan sel kulit yang rosak. Semua fungsi ini ada dalam satu botol NK Age Reverse Cleanser ๐Ÿ˜Š๐Ÿค—.

Nota: Gambar saya sedang melakukan eksperimen Absorption test pada Jun 2019.

-Prof Madya Dr Siti Hamidah-

15/01/2022

4 SEBAB KENAPA PILIH PRODUK NATURAL & ORGANIK
Terdapat banyak manfaat yang akan anda dapat dengan menggunakan produk penjagaan kulit semulajadi dan organik. .
Sifat pemulihan dari alam semulajadi sentiasa akan melebihi bahan-bahan buatan manusia, jadi apabila anda membeli produk penjagaan kulit, salah satu perkara yang paling penting yang perlu anda ingat ialah anda akan mendapat nilai sepadan dengan wang yang anda bayar.
Mana-mana produk penjagaan kulit yang murah dan konvensional yang anda beli kemungkinan besar akan mengandungi peratus air yang banyak dan versi sintetik asli bahan-bahan tulen.
Hal ini menyebabkan kesannya akan berkurangan. Ini mengapa sesetengah produk yang murah tidak menunjukkan apa-apa kesan walaupun digunakan dalam masa yang lama. Apapun tidak semua produk murah itu tidak bagus, anda perlu bijak memilih produk berdasarkan bahan berfungsi yang betul untuk masalah kulit anda.
Kebanyakan produk-produk konvensional yang sering ditawarkan kepada kita hari ini tidak menambah kesihatan atau membantu kulit kita, tetapi menghilangkan sedikit demi sedikit kesihatan semula jadi dan kecantikan kulit dengan penambahan banyak bahan-bahan yang mungkin berbahaya untuk kulit.
Bagi produk semulajadi dan organik, terdapat beberapa bahan yang biasa digunakan, antaranya ialah minyak tumbuh-tumbuhan (Carrier oils), minyak pati tumbuhan (essential oils), almond, lidah buaya, aprikot, avocado, chamomile, teh hijau, madu, jojoba, susu, oat, shea butter, minyak pokok teh, vitamin C, vitamin E dan banyak lagi.
So, kenapa anda mesti memilih produk natural dan organik?
Antara 4 sebab mengapa pilih produk natural dan organik ialah:
1. Bebas bahan kimia berbahaya โ€“ Produk skincare sememangnya tidak lari daripada penambahan bahan-bahan kimia. Air yang anda minum juga adalah sejenis bahan kimia dengan formula H2O. Cuma sebagai pelanggan, anda perlu tahu adakah ianya bahaya atau tidak sahaja.
Produk konvensional kebanyakannya mengandungi pengisi(filler) yang berfungsi untuk memudahkan produk disapu ke atas kulit. Anda akan terasa kesan sebaik saja krim disapu seperti mudah diratakan, tak melekit, wangi, dan melembutkan kulit. Bahan-bahan ini biasanya diambil daripada bahan-bahan sintetik dan bukannya bahan-bahan natural. Biasanya bahan ini tidak mempunyai fungsi membaiki sel kulit.
Produk natural dan organik biasanya tidak menggunakan pengisi atau filler sintetik untuk menjalankan fungsinya. Kebanyakkannya diambil daripada alam semulajadi tanpa pengubahsuaian yang terlalu ekstrem.
2. Bahan-bahan berkualiti โ€“ Bahan-bahan yang digunakan dalam produk natural dan organik adalah diproses dari alam semulajadi dan ada yang 100% tidak mengalami proses secara kimia yang berbahaya untuk kesihatan kulit. Kerana ianya bukan bahan tiruan maka ia mempunyai nilai atau harga yang lebih mahal.
3. Lebih selamat โ€“ Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, bahan-bahan dalam produk natural dan organik adalah lebih selamat dan anda tidak perlu was-was untuk menggunakan produk. Anda tidak perlu risau akan risiko kerosakan kulit seperti pengelupasan yang teruk dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, bagi anda yang mempunyai alergik kepada bahan natural seperti almond, anda perlu mengelakkan produk yang mengandungi bahan tersebut.
4. Lebih berkesan โ€“ Alam semulajadi mengandungi elemen penyembuh yang paling hebat. Produk yang dihasilkan dari alam semulajadi lebih berkesan untuk digunakan untuk jangka masa yang lama. Ia memang sesuai buat kulit manusia.
Cuma adakalanya sebilangan produk natural dan organik ini mengambil masa yang lama berbanding produk yang mengandungi bahan sintetik. Ini kerana ia memperbaiki kulit dengan perlahan tanpa mengalami kejutan.
Bagi produk yang mengandungi bahan kimia sintetik yang tinggi biasanya menunjukkan kesan yang cepat, tetapi biasanya ia akan membuatkan kulit tidak sihat dan mempunyai kesan sampingan apabila penggunaan dihentikan atau digunakan dalam masa yang panjang.
NK AGE REVERSE merupakan salah satu produk skincare natural yang ada dipasaran sekarang. Produk kajian sekump**an penyelidik dari UTM bertahun-tahun dan terbukti secara klinikal dapat mengurangkan melanin. Tiada bahan kimia yang membahayakan dan terbukti ramai yang menggunakan produk ini untuk merawat jeragat & kulit yang gelap, dan kusam.
Boleh klik sini untuk whatsapp : https://wa.link/9ejdf6
Atau terus beli di laman web kami : https://poknikmall11.com

04/01/2022

2 Salah Faham Orang Ramai Yang Perlu Diperbetulkan Tentang NK Age Reverse

Baca dan faham dengan jelas tentang 2 salah faham ini.

#1 - NK Age Reverse sama dengan produk lain yang tumbuh bagaikan cendawan.

Ini salah faham yang sangat besar. NK Age Reverse tak sama macam produk repacking yang banyak terdapat di pasaran.

NK Age Reverse adalah produk hasil kajian Prof Madya Dr Siti selama bertahun-tahun bersama sekump**an saintis dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM.

Ianya diuji secara klinikal dan formulasi BeuT-Complex terbukti berkesan untuk pudarkan jeragat dan mencerahkan kulit.

#2 - NK Age Reverse mahal. Lebih baik beli produk luar negara dengan harga yang sama.

Ini salah faham kedua dan lebih besar.

Jika produk luar negara yang tak ada kajian, maka produk NK Age Reverse lebih berbaloi kerana formulasi BeuT-Complex dikaji bertahun-tahun sebelum dipasarkan.

Sanggupkah jadikan wajah sendiri sebagai bahan ujikaji kepada produk luar negara yang kita tak tahu hasilnya kerana tiada kajian dibuat?

Bagaimana dengan produk luar negara yang ada kajian?

Baik! Pertama sekali, formulasi BeuT-Complex telah diuji ke atas 100 orang (samples) selama 2 bulan.

Sample adalah orang Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu.

Keputusan selama 2 bulan menunjukkan NK Age Reverse bantu mengurangkan penghasilan melanin (punca utama jeragat), mencerahkan kulit, meningkatkan skin barrier function, meningkatkan collagen skin serta meningkatkan kelembapan kulit.

Bermaksud, NK Age Reverse sangat sesuai dengan orang Malaysia.

Cuaca di Malaysia, gaya hidup orang Malaysia, malah kulit orang Malaysia, pasti tak sama dengan kulit orang dari luar negara.

Produk luar negara, ujikaji semestinya dilakukan terhadap orang negara mereka.

Adakah ujian yang dibuat terhadap orang yang tak tinggal di Malaysia, sesuai dan berkesan untuk orang Malaysia?

Sudah tentu ia sesuai untuk orang negara berkenaan tetapi belum tentu sesuai untuk orang Malaysia.

Jadi sangat jelas di sini, NK Age Reverse lebih berbaloi berbanding produk luar negara yang juga mempunyai kajian.

Mahal? Jawapannya TIDAK sama sekali malah NK Age Reverse sangat-sangat berbaloi dengan harganya.

Sebab tu, ramai yang repeat order dan setia dengan NK Age Reverse.

Itulah 2 sebab utama anda perlu yakin dan perlu pilih NK Age Reverse berbanding produk lain.

NK Age Reverse memang produk selamat dan meyakinkan.

Dah ramai yang mula beralih kepada NK Age Reverse. Dah ramai bertukar kepada NK Age Reverse kerana yakin dengan hasil kajian Prof Madya Dr Siti.

Usah bertangguh! Kita hanya ada satu wajah.

Jom dapatkan hasil yang lebih baik dengan produk NK Age Reverse.

KLIK sini: https://poknikmall11.com

04/01/2022

KENAPA RAMAI WANITA TIDAK DIBERITAHU FAKTA SEBENAR AKAN JERAGAT?

Dan sebab itulah jeragat anda tetap ada. Tidak pernah pudar. Kalau pudar pun, akan terjadinya jeragat lagi.

Dah cuba maca-macam pun, tetap result nya tak sama.

Kenapa?

Anda rasa ingin tahu fakta sebenar ni?

Teruskan membaca.

Jeragat terhasil daripada kesan pigmentasi kulit oleh melanin.

Melanin dihasilkan pada basal layer epidermis oleh cell specific diberi nama melanocytes.

Fungsi melanin ni sebenarnya adalah untuk melindungi kulit kita daripada radiasi matahari. Semakin gelap kulit kita, semakin kurang kulit kita untuk menyerap kesan radiasi merbahaya UV.

Pendek kata - melanin ini sebenarnya dihasilkan untuk melindungi kita. Bagus kan?

Melanocytes dirangsang oleh radiasi UV untuk menghasilkan melanin. Secara idealnya, melanin ini mula timbul secara rata.

Akan tetapi, melanocyte juga menghasilkan melanin yang tertumpu kepada lapisan kulit - menyebabkan anda nampak macam tompok jeragat yang menebal.

Simptom ini agak "common" pada kulit yang matang yang telah terdedah kepada sinar UV setelah sekian lama.

Tambah-tambah p**a kita di Malaysia ni, memang panas kan?

Jeragat ini makin lama makin membesar dan merebak sebab kita asyik terdedah dekat matahari. Kulit pun terdedah kepada udara yang tercemar.

Dan ini memburukkan lagi keadaan kulit anda.

Tentu anda juga mengalami masalah ni kan?

Macam mana nak kurangkankan penghasilan melanin ni?

Mengikut kajian Prof Madya Dr. Siti Hamidah (Pengasas NK Age Reverse, Timbalan Dekan UTM), formulasi terbaru NK Age Reverse iaitu "BeuT-Complex" terbukti mengurangkan penghasilan melanin.

Ia mengurangkan penhasilan enzyme tyrosinase yang bertanggungjawab menghasilkan melanin.

Dengan kata mudah. Kurangkan enzyme tyrosnasi, melanin akan berkurang. Apabila melanin berkurang, jeragat juga kurang terhasil.

Namum begitu, melanin masih diperlukan untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV merbahaya.

Now anda sepatutnya dah faham - kenapa jeragat terhasil.

Kenapa produk-produk yang anda pakai sebelum ini tidak berhasil kerana ia bertindak secara luaran sahaja.

Melanin yang mula timbul di permukaan kulit itu sahaja yang di buang dan dihakis.

Sedangkan setelah anda baca penerangan saya ini, anda tahu yang melanin dan jeragat ini, terhasil di dalam sel kulit lagi oleh melanocytes.

Sebab itu lah pentingnya menggunakan produk yang kita tahu asal usul. Tahu apa kajian yang dibuat. Tahu siapa pengasasnya.

Bukannya main pakai je.

Lepas tu terus nak cantik.

Anda kena tahu apa masalah anda. Anda kena tahu juga apakah punca dan faktor nya. Dan macam mana nak rawat.

JADI APA CARA SELAMAT DAN BERKESAN UNTUK RAWAT JERAGAT?

Kajian Prof Madya Dr. Siti Hamidah di UTM tentang formulasi BeuT-Complex adalah penyelesaiannya.

BeuT-Complex dapat mengurangkan melanin dengan cara mengurangkan penghasilan enzim tyrosinase.

Enzim tyrosinase adalah penggalak kepada penghasilan melanin. Maksudnya, makin banyak enzim tyrosinase wujud, makin banyak melanin dihasilkan.

Jadi apabila penggalak melanin dikurangkan, secara automatik melanin juga akan berkurangan. Perlu jelas bahawa BeuT-Complex hanya ada dalam produk NK Age Reverse sahaja.

Apa yang BeuT-Complex lakukan tak sama dengan kebanyakan produk yang mengandungi bahan bahaya seperti hidrokuinon dan merkuri.

Hidrokuinon dan merkuri, menghapuskan atau membunuh sel melanosit. Bila sel melanosit dihapuskan, melanin tak dapat dihasilkan.

Ya! Kulit tak akan jadi gelap tapi tahukah apa bahaya yang menanti?

Kulit kita akan terdedah kepada sinar UV tanpa ada perlindungan walaupun sedikit.

Kesannya akan jadi lebih teruk bila kita berhenti menggunakan produk yang ada bahan bahaya ni.

Melanin akan mula dihasilkan dengan banyak bila sel melanosit hidup kembali. Kulit akan jadi makin gelap dan kusam.

Penggunaan produk yang bahaya ni juga salah satu punca jeragat. Melanin yang berlebihan ini akan menjadikan wajah bertompok-tompok kehitaman.

KEMBALILAH KEPADA PRODUK NATURAL.

Usahlah korbankan wajah yang tidak dijual di mana-mana. Usah lakukan kesilapan dengan terpengaruh kepada produk kesan segera yang berlambak di pasaran.

Jika telah terjebak, tak kira baru atau lama, berhenti segera. Usah bertangguh.

Lebih baik bermula hari ini daripada tak bermula langsung. Takut nanti makin lambat atau terlambat untuk bermula.

Untuk bermula, cekalkan hati. Sabar, yakin dan istiqamah dengan NK Age Reverse. Produk kajian sekump**an penyelidik dari UTM bertahun-tahun dan terbukti secara klinikal dapat mengurangkan melanin.

Usahlah tanya berapa lama. Setiap dari kita berbeza. Cara hidup kita berbeza. Pemakanan kita berbeza. Pasti kesannya juga berbeza.

Jika telah gunakan bahan bahaya seperti hidrokuinon dan merkuri bertahun-tahun, maka janganlah mengharapkan kesan dalam seminggu.

Fikirlah dengan waras. Kulit kita ada fisiologinya. Ia memerlukan masa untuk kembali sihat.

Ramai telah dapat hasil yang baik bila menggunakan NK Age Reverse.

Paling penting adalah kita yakin dengan produk kajian. Jika produk yang ada kajian bertahun-tahun pun kita tak yakin, maka produk bagaimana lagi kita nak yakin?

Berhentilah percaya kepada produk hype yang janjikan kesan segera. Berpijaklah di bumi nyata. Kita orang Asia. Berbanggalah dengan warna kulit perang. Paling penting adalah kulit sihat.

Jangan fikir panjang. Kalau berminat untuk cuba NK Age Reverse boleh klik link dibawah:
https://poknikmall11.com

04/01/2022

BERHENTILAH PERCAYA KEPADA PRODUK HYPE YANG JANJIKAN KESAN SEGERA!

Jeragat bukan terhasil dari lapisan luar. Jeragat terhasil dari laipsan basal lagi. Iaitu lapisan paling dalam pada bahagian epidermis.

Mari kita baca sikit tentang lima lapisan pada bahagian epidermis.

Lapisan paling dalam adalah stratum basal. Lapisan paling luar, yang kita boleh sentuh tu, adalah stratum korneum.

Sel-sel baru dihasilkan setiap hari di lapisan basal. Kemudian sel ini akan bergerak ke luar melalui setiap lapisan.

Biasanya sel yang dihasilkan hari ini, akan mengambil masa 28 hari untuk berada di lapisan stratum korneum, iaitu lapisan paling luar.

Bila kita semakin berusia, sel-sel ini akan ambil masa yang lebih lama. Biasanya dalam 40 hingga 60 hari.

Bila sel-sel sampai di stratum korneum, sel akan menjadi sel mati dan perlu disingkirkan.

Setiap hari akan ada sel mati. Sel yang mati hari ini, sebenarnya sel yang dihasilkan 28 hari lalu. Begitulah kitarannya setiap hari.

Sebab tu kita perlu bersihkan wajah setiap hari dengan cleanser. Untuk bersihkan wajah dari kotoran dan juga sel-sel yang telah mati.

Tu baru tentang sel kulit. Belum masuk tentang melanin lagi.

Melanin ni lah punca jeragat. Kena faham pasal kulit dan melanin jika nak kurangkan jeragat.

Mungkin tulisan ini agak panjang. Tapi kalau nak faham tentang jeragat, kena baca juga. Kalau tak sempat atau belum ada masa, boleh dulu. Nanti baca kemudian.

MELANIN TU APA?

Melanin adalah satu pigmen yang berwarna gelap. Melanin dihasilkan oleh sel melanosit.

Tujuan melanin dihasilkan adalah untuk beri perlindungan pada kulit dari sinar UV.

Bila kulit terdedah kepada UV, melanin akan dihasilkan. Sebenarnya warna gelap menyerap UV lebih banyak berbanding warna cerah.

Sebab tu, bila kita duk bawah matahari dalam tempoh yang lama, kulit kita akan jadi gelap atau kita panggil 'sunburn'.

Sebenarnya 'sunburn' tu berlaku kerana melanin dihasilkan dengan banyak. Semuanya untuk beri perlindungan pada kulit.

Jadi melanin ni sangat baik. Tak boleh kalau tak ada melanin sebenarnya.

BILA MELANIN NI JADI BERMASALAH?

Melanin jadi bermasalah bila ia dihasilkan secara berlebihan.

Bila berlebihan, warna gelap akan jadi macam tompok-tompok atau lebih dikenali sebagai jeragat

Banyak punca yang menyebabkan melanin dihasilkan secara berlebihan. Antaranya adalah usia. Bila kita makin berusia, kulit kita dah tak sekuat masa muda. Tak aktif seperti dulu lagi.

Sel melanosit mungkin dah tak mampu berfungsi dengan baik. Sebab tu penghasilan melanin jadi berlebihan dan sebagainya.

Kalau kita perhatikan, wajah orang muda jarang ada jeragat. Tapi bila perhatikan orang yang lebih berusia, kebanyakannya pasti ada jeragat.

MAMPUKAH KITA KAWAL USIA?

Pasti tak mampu. Usia kita akan meningkat saban hari.

Tapi kita mampu bantu sel kulit untuk kembali aktif. Kita mampu mengurangkan penghasilan melanin secara semulajadi

BAGAIMANA NAK KURANGKAN PENGHASILAN MELANIN?

Kajian Prof Madya Dr. Siti Hamidah di UTM tentang formulasi BeuT-Complex adalah penyelesaiannya.

BeuT-Complex dapat mengurangkan melanin dengan cara mengurangkan penghasilan enzim tyrosinase.

Enzim tyrosinase adalah penggalak kepada penghasilan melanin. Maksudnya, makin banyak enzim tyrosinase wujud, makin banyak melanin dihasilkan.

Jadi apabila penggalak melanin dikurangkan, secara automatik melanin juga akan berkurangan. Perlu jelas bahawa BeuT-Complex hanya ada dalam produk NK Age Reverse sahaja.

Apa yang BeuT-Complex lakukan tak sama dengan kebanyakan produk yang mengandungi bahan bahaya seperti hidrokuinon dan merkuri.

Hidrokuinon dan merkuri, menghapuskan atau membunuh sel melanosit. Bila sel melanosit dihapuskan, melanin tak dapat dihasilkan.

Ya! Kulit tak akan jadi gelap tapi tahukah apa bahaya yang menanti?

Kulit kita akan terdedah kepada sinar UV tanpa ada perlindungan walaupun sedikit.

Kesannya akan jadi lebih teruk bila kita berhenti menggunakan produk yang ada bahan bahaya ni.

Melanin akan mula dihasilkan dengan banyak bila sel melanosit hidup kembali. Kulit akan jadi makin gelap dan kusam.

Penggunaan produk yang bahaya ni juga salah satu punca jeragat. Melanin yang berlebihan ini akan menjadikan wajah bertompok-tompok kehitaman.

KEMBALILAH KEPADA PRODUK NATURAL.

Usahlah korbankan wajah yang tidak dijual di mana-mana. Usah lakukan kesilapan dengan terpengaruh kepada produk kesan segera yang berlambak di pasaran.

Jika telah terjebak, tak kira baru atau lama, berhenti segera. Usah bertangguh.

Lebih baik bermula hari ini daripada tak bermula langsung. Takut nanti makin lambat atau terlambat untuk bermula.

Untuk bermula, cekalkan hati. Sabar, yakin dan istiqamah dengan NK Age Reverse. Produk kajian sekump**an penyelidik dari UTM bertahun-tahun dan terbukti secara klinikal dapat mengurangkan melanin.

Usahlah tanya berapa lama. Setiap dari kita berbeza. Cara hidup kita berbeza. Pemakanan kita berbeza. Pasti kesannya juga berbeza.

Jika telah gunakan bahan bahaya seperti hidrokuinon dan merkuri bertahun-tahun, maka janganlah mengharapkan kesan dalam seminggu.

Fikirlah dengan waras. Kulit kita ada fisiologinya. Ia memerlukan masa untuk kembali sihat.

Ramai telah dapat hasil yang baik bila menggunakan NK Age Reverse.

Paling penting adalah kita yakin dengan produk kajian. Jika produk yang ada kajian bertahun-tahun pun kita tak yakin, maka produk bagaimana lagi kita nak yakin?

Berhentilah percaya kepada produk hype yang janjikan kesan segera. Berpijaklah di bumi nyata. Kita orang Asia. Berbanggalah dengan warna kulit perang. Paling penting adalah kulit sihat.

Jangan fikir panjang. Kalau berminat untuk cuba NK Age Reverse boleh klik link dibawah:
https://poknikmall11.com

Videos (show all)

Yang di tunggu-tunggu telah tiba ๐Ÿ˜Š
" SIAPA LAGI YANG NAK HILANGKAN JERAGAT TANPA PAKAI SET SKINCARE YANG BANYAK2 STEP HANYA CLENSER SAHAJA DIPERLUKAN. . Ta...
"Tak Sangka Umur Dah 40an Tak Pakai Mekap Pun Nampak Macam Baru Graduate. Ini Rupanya Rahsia Pn Kimi..".Pn Kimi adalah s...

Telephone

Address

Pt 1120, Queenspark, Jalan Taman Tg. Ahmad Panglima, Kg Tanjung Chat, Kota Bharu
Kelantan
15300