IMITS Sura
Saluran Informasi Dun & Kerajaan Negeri Terengganu.
𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑
Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada sejarah perjuangan Syeikh Umar al-Mukhtar Muhammad bin Farhat al-Manifi as-Sanusi, pemimpin pergerakan perjuangan terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an.
Alhamdulillah, sempena sambutan 31 Ogos tahun ini saya sempat menyiapkan ebuku berkenaan biografi beliau.
Pautan muat turun ada disediakan di ruang komen.
Kenyataan media Sidang Kemuncak SG4
September 2, 2024
Sidang Media Majlis Menteri Besar SG4 di Bangi, Selangor pada hari ini, 2 September 2024.
1. Hari ini berlangsungnya program Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri atau State Government 4 (SG4) yang dihadiri oleh empat Menteri Besar (Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis), dua panel penasihat, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat DUN dan Ahli Parlimen, serta jemputan khas. Jumlah kehadiran pimpinan negeri dan jemputan daripada seluruh negara adalah sekitar 500 orang.
- Advertisement -
2. Objektif sidang kemuncak ini adalah untuk membina satu jaringan kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis dengan pihak-pihak berkepentingan yang terdiri daripada kalangan sektor awam, swasta, pelabur tempatan dan antarabangsa serta pihak berkepakaran pelbagai bidang bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat negeri-negeri berkenaan.
3. Potensi negeri-negeri SG4 amat besar merangkumi bidang-bidang pembangunan baharu seperti sumber asli dan mineral kritikal, pertanian dan keterjaminan makanan, teknologi hijau dan kredit karbon, perdagangan dan eko-pelancongan, industri halal dan teknologi kewangan (fintech) syariah dan pendidikan.
4. Pembangunan negeri-negeri Pantai Barat yang menuju ke arah saturasi dan kekangan sumber membuka ruang kepada negeri-negeri SG4 yang masih memiliki zon industri yang lebih luas dan kos yang lebih efektif untuk menarik pelaburan-pelaburan berpotensi tinggi.
5. SG4 diuruskan oleh Majlis Menteri Besar SG4 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan dianggotai oleh 3 lagi Menteri Besar serta Setiausaha Eksekutif. Di bawah Majlis Menteri Besar SG4 ini p**a diwujudkan lima kluster utama yang menjadi platform kerjasama exco-exco negeri SG4 iaitu Kluster Infrastruktur dan Logistik, Kluster Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Kluster Pertanian dan Sekuriti Makanan, Kluster Pendidikan dan Modal Insan serta Kluster Sumber dan Pendapatan Baharu.
6. Sebuah entiti korporat SG4 juga telah ditubuhkan di bawah Majlis Menteri Besar ini untuk menyelaras dan membawa masuk pelaburan-pelaburan baharu rentas negeri SG4. Entiti korporat ini dimiliki dengan pegangan hakmilik yang sama rata setiap negeri dan berkerjasama dengan GLC sedia ada.
7. Keberhasilan kerjasama SG4 adalah peningkatan kesejahteraan hidup rakyat menerusi pentadbiran yang berintegriti dan cekap, kewangan yang kukuh, sosioekonomi yang mampan, serta pembangunan lestari yang berimpak tinggi. Secara langsung, agenda ini akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara.
Sekian. Terima kasih. Wassalam.
YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Setiausaha Eksekutif SG4
Fenomena Figura Dakwah Ustaz Azhar Idrus 😍
📷 Dr Tengku M Fakhruddin
Selamat Hari Kebangsaan.
‼️ SIARAN LANGSUNG ‼️
Battle Of Acoustic | Karnival Smart Sura
Sabtu | 31 Ogos 2024 | 3:00 Petang
Bertempat di Dewan Arena Merdeka Dungun
‼️ SIARAN LANGSUNG ‼️
Sukaneka | | Karnival Smart Sura
Sabtu | 31 Ogos 2024 | 9:00 Pagi
Bertempat di Dewan Arena Merdeka Dungun
‼️ SIARAN LANGSUNG ‼️
Majlis Sumbangan Mustad'afin Dun Sura | Karnival Smart Sura 2024
Khamis | 29 Ogos 2024 | 7:00 Malam
Bertempat di Dewan Arena Merdeka Dungun
Videos (show all)
Contact the public figure
Telephone
Website
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Sunday | 08:00 - 17:00 |