Kedah Football Club

Kelab Penyokong Kedah Darul Aman FC

09/01/2023

Musim ini Gergasi Merah akan terus berdiri teguh di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe bersama barisan kejurulatihan dan pegawai yang turut diperkuatkan oleh dua muka baharu iaitu Ramón Marcote Pequeño dan Fouzi Mukhlas.

📸Selangor Fc

05/01/2023

SYAZWAN ZAINON SEDIA BANTU KELANTAN UNITED

Pemain sayap baharu Kelantan United FC, Mohd Syazwan Zainon menganggap status selaku pemain berpengalaman tidak memberi tiket kepadanya untuk berasa selesa sebaliknya bersedia membantu rakan sepasukan lain dalam mengharungi musim 2023.

Bekas kapten Kedah itu mengakui teruja bersama pasukan baharu ini bagi saingan Liga Super 2023 dan tekad ingin terus memberikan sesuatu kepada Kelantan United untuk berada di tahap yang lebih baik musim ini.

Meskipun dilihat sebagai pemain yang lebih senior, namun Syazwan atau lebih mesra dipanggil Wan Karpet menganggap setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing dan enggan meletakkan jurang antara dirinya dan pemain muda lain.

Sudah tentu, dengan pengalaman yang ada padanya akan membantu Kelantan United dalam membentuk skuad terbaik dan dia ingin turut sama menyumbang sesuatu kepada pemain muda lain untuk sama-sama meraih pengalaman lebih luas.

Baca lanjut ➡️ https://www.malaysianfootballleague.com/articles/syazwan-zainon-sedia-bantu-kelantan-united/

📸MFL

05/01/2023

ALAN ROBERTSON KINI SANG KENARI!

Selamat datang Alan Jonathan Robertson ke bumi Jelapang Padi! Pemain yang berasal dari Afrika Selatan ini diikat selama setahun bersama Sang Kenari yang bakal mengisi slot pemain import di pasukan Liga Simpanan KDA FC musim 2023.

Musim lepas beliau mewakili pasukan United City FC (Liga Filipina) dan beraksi dibahagian pertahanan.

Dengan ketinggian 184 cm, Alan dijangka menjadi dominan dengan perebutan bola tinggi dan sebagai pemain sokongan kepada pasukan Liga Super KDA FC.

Alan akan menggunakan jersi bernombor 5 musim ini.

Berjuanglah sejiwa murni!

📸KDAFC

05/01/2023

SELAMAT DATANG WILLIAN LIRA SOUSA 🇧🇷

Willian Lira bermain di posisi penyerang akan menyarung jersi 9️⃣ pasukan KDA FC musim 2023! Beliau hadir dengan satu matlamat bagi membantu Sang Kenari mara lebih jauh musim ini. Penyerang dari Brazil ini tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong hijau kuning!

Berjuanglah Sejiwa Murni Willian Lira! 🔰

📸KDAFC

05/01/2023

SELAMAT DATANG MANUEL HIDALGO 🇦🇷

Pemain yang tidak asing dalam saingan Liga Malaysia kini bersama Sang Kenari. Manuel Hidalgo pemain yang mempunyai susuk tubuh kecil tetapi mampu memberi masalah pada pertahanan pasukan lawan. Beliau akan menggunakan jersi nombor 8️⃣8️⃣ musim ini.

Berjuanglah Sejiwa Murni Manuel Hidalgo!

📸KDAFC

05/01/2023

SELAMAT DATANG BOJAN CIGER 🇷🇸

Bojan Ciger akan mengisi posisi pertahanan tengah pasukan Sang Kenari musim ini. Mempunyai saiz tubuh yang baik sebagai pemain pertahanan diharap dapat mengetuai barisan pertahanan KDA FC. Beliau akan memakai jersi nombor 4️⃣ bagi saingan musim ini.

Berjuanglah Sejiwa Murni Bojan Ciger! 🔰

📸KDAFC

31/12/2022

Salam sabtu terakhir 2022,
Moga kita bersedia dengan perancangan Allah untuk tahun 2023 ‼️🫰

kesempatan ini kami ADMIN KEDAH FOOTBALL CLUB ingin mendahului ucapan selamat tahun baru yang bakal tiba. InsyaaAllah, semoga tahun 2023 membawa kebaikan berterusan buat kita semua..

Saya minta maaf jika ada salah atau silap sepanjang Posting pada tahun 2022

Semoga dipermudahkan segala urusan,di murahkan rezeki semua ..🫡🏝
Aamiin ..

30/12/2022

LEE TUCK KINI SANG KENARI!

Selamat datang Lee Andrew Tuck ke bumi Jelapang Padi! Pemain yang diikat selama setahun bersama Sang Kenari bakal mengisi slot kuota pemain tempatan terakhir bagi pasukan Liga Super musim 2023.

Musim lepas beliau mewakili pasukan Sri Pahang FC dan dipinjamkan ke Terengganu FC di pertengahan musim. Walaupun sebelum ini mengisi slot kuota import, Lee Tuck akhirnya mendapat kerakyatan secara naturalisasi dan baru-baru ini disenaraikan sebagai pemain Harimau Malaya bagi kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Lee Tuck bukan nama asing apabila mula menempa nama di Liga Malaysia sejak musim 2017 bersama Negeri Sembilan FC seterusnya bersama Terengganu FC yang menjadi kemuncak prestasinya sebagai pemain import.

Kehadiran Lee Tuck sudah pasti memperkukuhkan bahagian tengah Sang Kenari musim depan dan nombor 10 menjadi pilihan beliau di musim 2023.

Berjuanglah sejiwa murni!

📸KDAFC

30/12/2022

Lepas sembahyang Jumaat Kita update ‼️

Siapakah beliau
Today Or Never 💪‼️

📸KDA FC

Photos from Kedah Football Club's post 29/12/2022

MUHAMMAD AZRIN AFIQ, SELAMAT DATANG KE KELUARGA SANG KENARI!

Muhammad Azrin Afiq Bin Rusmini menandatangani kontrak pinjaman selama setahun bersama KDA FC. Kehadiran beliau mengisi barisan pemain pertahanan pasukan Sang Kenari.

Dalam sesi menandatangani kontrak pemain, Azrin mahu membalas kepercayaan jurulatih dengan mempamerkan aksi terbaik buat penyokong hijau kuning.

Azrin pernah disenaraikan antara pemain skuad kebangsaan Bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia AFC baru-baru ini.

Azrin akan menyarung jersi bernombor 31 di musim 2023.

Berjuanglah sejiwa murni!

\\ BIODATA //

Nama penuh: Muhammad Azrin Afiq Bin Rusmini
Umur: 20 tahun
Tempat lahir: Klang, selangor
Ketinggian: 180cm
Posisi: Pertahanan Kiri/Tengah
Nombor Jersi: 31

// INFO KELAB \\

2020-2022 SELANGOR

Selamat datang Muhammad Azrin Afiq Bin Rusmini ke bumi Jelapang Padi! Pemain pertahanan baharu pasukan Sang Kenari ini berusia 20 tahun berasal dari Klang, Selangor. Azrin dipinjamkan selama setahun kepada Sang Kenari selepas mendapat persetujuan dari kelab lamanya Selangor FC.

Azrin, graduan Akademi Mokhtar Dahari antara pemain muda berbakat Selangor FC yang mendapat perhatian barisan kejurulatihan Sang Kenari dan turut disenaraikan dalam skuad kebangsaan B23 yang beraksi di Piala AFC B23 baru-baru ini.

29/12/2022

Next loan player , Mior Dani from kelate

10/12/2022

SELAMAT DATANG AMIRBEK JURABOEV

Amirbek Juraboev menandatangani kontrak selama setahun bersama KDA FC. Kehadirannya mengisi posisi tengah, kuota pemain import Asia dan antara pemain menjadi perhatian ketika beraksi menentang Malaysia di King Cup 2022 ketika mewakili Tajikistan.

Kekentalan bahagian tengah dalam bertahan adalah aset berharga dalam gaya permainan Amirbek.

Berjuanglah sejiwa murni!

\\ BIODATA //

Nama Penuh: Amirbek Jurabaev
Umur: 26 tahun
Tempat lahir: Dushanbe, Tajikistan
Ketinggian: 179 cm
Posisi: Pemain Tengah
Nombor Jersi: 6

// Info Kelab \\

2013-14 CSKA Moscow B
2014 Khayr Vahdat
2015 Shakhtyor Soligorsk
2016 Barki Tajik
2016-19 Istiklol
2019-20 Navbahor Namangan
2020-22 Istiklol
2022 United City

📸KDAFC

10/12/2022

Pemain tengah skuad kebangsaan Tajikistan, Amirbek Jurobaev secara rasmi diumumkan sebagai pemain import pertama pasukan Kedah Darul Aman FC dan akan mengisi kuota pemain Asia skuad Sang Kenari.

10/12/2022

Badi kucing is real 🤣

08/12/2022

Done ‼️
Barisan Kejurulatihan KEDAH DARUL AMAN FC..

Next Pemain p**ak ‼️💪

08/12/2022

Dio mari dengan tak dongar sobat ‼️🫡💪
Paduu paduu jugak ni ..
jenggg

07/12/2022

Ada lagi ka ⁉️
Haahhh tunggu malam ni update..
dia mai dahhh
Buat rancakkkkk ‼️

07/12/2022

Selamat Datang Ke Jelapang Padi Kalamullah ‼️

07/12/2022

Siapakah gerangan Pemain baru ini ??

Jom teka ..!

07/12/2022

KELINCAHAN AL-HAFIZ DALAM SENARAI PASUKAN KENDALIAN NAFUZI DI MUSIM 2023

Mohamad Al-Hafiz Harun terus diberi kepercayaan oleh pengurusan selepas disenaraikan dalam 4 pemain yang ditawarkan kontrak baharu. Sudah tentu kelincahan di bahagian serangan digunakan sebaiknya oleh pengendali pasukan Sang Kenari, Nafuzi Zain dalam mempelbagaikan strategi setiap perlawanan.

Tahniah Al-Hafiz, berjuanglah sejiwa murni!

📸KDAFC

06/12/2022

NAFUZI KINI HIJAUKUNING!

Welcome home, a new era begins... Berjuanglah sejiwa murni!

📸KDAFC

06/12/2022

MAJLIS MENANDATANGANI MoU RAKAN STRATEGIK & KETUA JURULATIH KDA FC MUSIM 2023

📅6 Disember 2022, Selasa, 11.00 pagi
🏬House of Sang Kenari, Kompleks Alor Setar, Kanchut

Ucaptama oleh Tan Sri. Dr. Mohd Daud Bakar, pemilik majoriti Kedah Darul Aman FC dan pengumuman perancangan musim depan dengan tema 'Sang Kenari - New Journey New Path'.

Akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Kedah Darul Aman FC
🌐 Kedah Darul Aman FC

*Jualan penghabisan stok cenderahati KDA FC 2022 dengan diskaun 30% dan penghabisan stok 2021 dengan diskaun 50%.
**Sesi ramah mesra bersama pengurusan dan ketua jurulatih KDA FC.

📸KDAFC

06/12/2022
04/12/2022

KAMIL AKMAL KEKAL TABUR BAKTI BERSAMA SANG KENARI

Muhammad Kamil Akmal Bin Abdul Halim mendapat kepercayaan pengurusan melalui prestasi yang dipamerkan musim lepas dan disenaraikan dalam barisan pemain pertahanan bagi musim 2023. Baru-baru ini Kamil menandatangani kontrak untuk terus kekal di musim hadapan.

Tahniah Kamil, berjuanglah sejiwa murni!

📸KDAFC

03/12/2022

Marcote dikaitkan dengan
sebuah kelab gergasi tanah air bagi musim 2023..

Berita penuh: https://www.stadiumastro.com/bola-sepak/ramon-marcote-harap-dapat-kembali-ke-liga-malaysia-225520

03/12/2022

4 PEMAIN DIKEKALKAN BERSAMA SANG KENARI MUSIM 2023

Ahli lembaga pengarah KDA FC telah mengikat 4 pemain tempatan untuk pasukan Sang Kenari musim 2023. Potensi yang dipamerkan pada musim lepas dinilai amat positif dan mampu untuk diketengahkan oleh pengurusan pasukan melalui cadangan dan sokongan dari panel teknikal dan kejurulatihan KDA FC.

Tahniah buat Mohamad Al-Hafiz Harun, Muhammad Kamil Akmal Abd Halim, Mohamad Heshamudin Ahmad dan Mohd Loqman Hakim Marzuki.

Berjuanglah sejiwa murni!

📸KDAFC

02/12/2022

4 PEMAIN MUDA LIGA SUPER DISERAP MASUK KE KDA FC B23

KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 4 pemain muda pasukan Sang Kenari musim 2022. Hafiz Izzudin, Aiman Farhan, Fareez Amirul dan Muhammad Hafizy antara produk Piala Presiden KDA FC yang mendapat peluang bersama pasukan utama.

Bersandarkan penilaian semasa, ahli lembaga pengarah memutuskan pemain muda berbakat ini akan diserap masuk ke pasukan Liga Simpanan KDA FC musim hadapan.

Berjuanglah sejiwa murni!

📸KDAFC

02/12/2022

8 PEMAIN MENERUSKAN PERJUANGAN MUSIM 2023!

8 pemain tempatan, Mohammad Fayadh, Amirul Hisyam, Rodney Celvin, Akmal Zahir, Mohd Aiman Afif, Ifwat Akmal, Fadzrul Danel dan Ariff Farhan masih hijau kuning selaras dengan status masih berbaki kontrak bersama KDA FC di musim 2023.

Dibawah kejurulatihan baharu, 8 pemain ini akan bersama-sama berjuang dalam 3 kejohanan Liga Super, Piala FA dan TM Piala Malaysia.

KDA FC mengucapkan selamat berjuang buat 8 pemain ini di musim baharu nanti! Musim baru cabaran hebat menanti!

📸KDAFC

02/12/2022

BIAR JASA JADI KENANGAN: 9 PEMAIN TEMPATAN TIADA DALAM PERANCANGAN MUSIM 2023

KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 9 pemain tempatan pasukan Kedah musim 2022, jasa anda bakal dikenang sepanjang zaman.

Pemain-pemain yang hanya semusim bersama Sang Kenari seperti Azmeer Aris, Khairu Azrin, Amirul Azhan, Amer Azahar, manakala Ilham Amirullah antara pemain yang dibawa masuk sejak 2 musim lepas bagi memberi saingan barisan penjaga gol serta Asnan menyertai Sang Kenari sejak pertengahan musim lepas. 2 pemain muda produk pasukan Piala Presiden KDA FC iaitu Fikhri dan Afeeq Iqmal juga tidak ditawarkan kontrak baru.

Ahli lembaga pengarah KDA FC memutuskan untuk membawa haluan baharu pasukan Sang Kenari musim 2023 melalui perancangan jangka masa panjang dan khidmat 9 pemain tempatan musim ini tidak akan diperbaharui.

KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dalam karier bolasepak mereka bersama pasukan baru.

Nama Azmeer Aris, Khairu Azrin, Fikhri, Ilham, Amirul Azhan, Amer Azahar, Asnan, Syazwan Tajudin dan Afeeq Iqmal akan kekal dalam sejarah bola sepak Sang Kenari, ingatlah anda selamanya darah hijau kuning!

📸KDAFC

02/12/2022

BIAR JASA JADI KENANGAN!

KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 5 pemain import pasukan Kedah musim 2022, jasa anda bakal dikenang sepanjang zaman.

Ahli lembaga pengarah KDA FC memutuskan untuk membawa haluan baharu pasukan Sang Kenari musim 2023 melalui perancangan jangka masa panjang dan khidmat kelima pemain import musim ini tidak akan diperbaharui.

KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dalam karier bolasepak mereka bersama pasukan baru.

Kelibat Ngah Wanja, Mahmoud, Sanrawat, Vales dan Marcel pasti dirindui, namun ingat anda selamanya darah hijau kuning!

📸 KDAFC

02/12/2022

BIAR JASA JADI KENANGAN, KHIDMAT 3 PEMAIN SENIOR DENGAN HALUAN BERBEZA MUSIM DEPAN

KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 3 pemain senior pasukan Kedah musim 2022, jasa anda bakal dikenang sepanjang zaman.

Mohd Syazwan Zainon yang mula mewakili pasukan Kedah di era Tan Cheng Hoe pada 2013 hingga 2018 kembali menyarung jersi hijau kuning sejak 2 musim lepas di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak.

Azamuddin Akil yang berhasrat kembali dari kecederaan pada 2019, sanggup menandatangani kontrak tanpa gaji sehingga beliau benar-benar pulih untuk membantu pasukan namun atas faktor usia, aksi lincah beliau agak terhad sepanjang mewakili Kedah di era jurulatih Aidil Sharin Sahak. Beliau antara pemain yang membantu memenangi Piala FA buat Kedah di tahun pertamanya.

Shahril Saa'ri p**a hadir ketika perubahan di barisan penjaga gol yang memerlukan suntikan baru pada musim 2020, aksi tangkas ketika di perlawanan Play-Off AFC Champions League menentang Seoul FC antara menaikkan nama beliau dan menjadi sebutan penyokong hijau kuning.

Ahli lembaga pengarah KDA FC memutuskan untuk membawa haluan baharu pasukan Sang Kenari musim 2023 melalui perancangan jangka masa panjang dan khidmat ketiga-tiga pemain senior musim ini tidak akan diperbaharui.

KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dalam karier bolasepak mereka bersama pasukan baru.

Rekod Mohd Syazwan Zainon, Azamuddin Akil dan Shahril Sa'ari terpahat dalam lipatan sejarah bola sepak hijau kuning, namun ingat anda selamanya berdarah hijau kuning!

📸KDAFC

26/10/2022

WANJA vs GOULON, Let's fight!

⚔️ MATCHDAY ⚔
🏆 Pusingan 16: TM Piala Malaysia 2022
🆚 Negeri Sembilan FC
📆 26 Oktober 2022, Rabu
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Darul Aman, Alor Setar

LIVE di Youtube Unifi, UnifiTV

INFO TIKET:

🏟️ Jualan tiket fizikal:
Kaunter Jualan:
Kaunter B dan Kaunter F, Stadium Darul Aman.

Masa :
10.00 pagi - 9.00 malam (Rehat: 3.00 petang - 4.30 petang)

Harga tiket :
🧔👱‍♀️ Dewasa
Teres RM15
Pavilion RM25
Grandstand RM35

👶Kanak-Kanak (7-12 TAHUN) Semua kawasan penonton RM10

TIKET ONLINE MASIH BOLEH DIBELI HINGGA JAM 8.00 MALAM INI!

🖱️Jualan tiket online:
www.tickethotline.com.my
www.tickethotline.com.my
www.tickethotline.com.my
www.tickethotline.com.my
www.tickethotline.com.my

🛒 Harga tiket:
Teres RM18.60
Pavilion RM28.84
Grandstand RM39.14
Kanak-Kanak | RM13.60 (7-12 tahun)

📸KDAFC

21/10/2022

"Sampai masa dah, padi kita dah masak dah ..."
"Disitu bermulanya segala-galanya legasi
bolasepak kita"

Tahun ni padi lambat masak,
Harap musim 2023 depan Padi kita Masak
Sepenuhnya ..

Photos from Kedah Football Club's post 18/10/2022

Pemain-pemain mula menjalani latihan selepas 2 hari diberi pelepasan rehat. Fokus kini terarah ke saingan Pusingan 16 TM Piala Malaysia 2022 bermula Rabu 26 Oktober!

📸KDAFC

17/10/2022

LEGASI AIDIL SHARIN SAHAK SEBAHAGIAN SEJARAH BOLASEPAK HIJAU KUNING

Terima kasih Coach Aidil Sharin Sahak atas legasi dan kejayaan yang dikecapi bersama pasukan Kedah selama 4 tahun, bermula musim 2019.

Sejarah dan rekod yang akan terus dikenang oleh penyokong hijaukuning.

🏆Juara Piala FA 2019
🥈Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021
📈Layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022
🎫 Kedah layak 3 tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.

Biar Jasa Jadi Kenangan! Sekali hijaukuning sentiasa hijaukuning!

📸KDAFC

17/10/2022

KENYATAAN MEDIA
KEDAH DARUL AMAN FOOTBALL CLUB
Tarikh: 17 Oktober 2022

BIAR JASA JADI KENANGAN AIDIL SHARIN SAHAK. VICTOR ANDRAG PEMANGKU KETUA JURULATIH (INTERIM) PASUKAN SANG KENARI BAGI KEJOHANAN TM PIALA MALAYSIA 2022

KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin Sahak bersama pasukan Kedah sepanjang 4 tahun di bumi jelapang padi dengan meninggalkan legasi dan rekod pasukan bolasepak Kedah muncul Juara Piala FA 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021, layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022, termasuklah kejayaan membawa Kedah 3 tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.

Ahli Lembaga Pengarah KDA FC memberi keutamaan perancangan kelab untuk musim 2023 dan mengumumkan untuk membawa haluan berbeza dengan Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih pasukan KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.

KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya kejurulatihan beliau di masa hadapan dan percaya pengalaman kejurulatihannya cukup berharga bagi mana-mana kelab di peringkat liga domestik dan Asean.

KDA FC akan mengharungi kejohanan TM Piala Malaysia bermula 25 atau 26 Oktober ini menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman dan bertandang ke halaman lawan pada 31 Oktober atau 1 November.

Victor Andrag, Penolong Ketua Jurulatih akan terus berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Jurulatih (Interim) KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia.

Biar Jasa Jadi Kenangan.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan media oleh
KHAMAL IDRIS HAJI ALI
Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC

17/10/2022

salam takziah kepada keluarga mendiang Rajes Perumal, pemain PJ City FC yang telah meninggal dunia, awal pagi tadi.

Rajes, 37, sebelum ini turut pernah beraksi bersama beberapa pasukan lain iaitu PKNS FC, Selangor dan Kedah.

15/10/2022

Tamat Saingan Liga Super 2022

Next PIALA MALAYSIA 2022 ‼️

KEDAH DARUL AMAN FC VS NEGERI SEMBILAN FC

Pasukkan KDAFC memilih Jalan untuk bertemu dengan Pasukkan NSFC pad saingan Piala Malaysia nanti ..

Good luck ‼️

15/10/2022

Settle .. 🤣

Want your establishment to be the top-listed Arts & Entertainment in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Badi kucing is real 🤣
"Sampai masa dah, padi kita dah masak dah ...""Disitu bermulanya segala-galanya legasibolasepak kita"Tahun ni padi lamba...
Sebenaqnya Tangan sapa dulu yang kena ni ?Tak dak rezeki laa tu 😇🫠
Sabaq kak sabaq .. 😊😇
Layanan Kad Merah Kepada Penyerang JDT yang menyiku Rodney ..Panas tak apa , jangan koyak bab kata MB KEDAH
Perkarangan Stadium Darul Aman ..Siap ada kawalan Polis Ketat mad .. ‼️
PIALA FA YANG DIMENANGI KDA FC 2019 INSYALLAH 2023 MUDAHAN KEDAH DARUL AMAN FC AKAN MEMBAWA BALIK SEMULA KE DARUL AMAN ....
Jika benar bagai dikata ,Jika benar semua , Alhamdulilah Semoga ada sinar baru untuk KDA FC
Sabaq Pak Long Sabaq …Jangan sampai buag macam ni .. kami faham perasaan PakLong ..Pikaq bagi habis sebelum buat sesuatu...
Paduuu Dechi marcel, Kamil , Sanrawat Dechmitr skill dan short passs 🫡‼️✅Bebai terus pemain lawan no 7  . Tak ligan teru...
PULUN KEDAH PULUN ‼️🫡Tahniah anda sememang layak menang dengan cara permainan sebentar tadi ..Alhamdulilah syukur..
Hahaha.. sakit perut + pecah perut yoep Dengan pengulas ni .. 🤣🤣🤣 .. seribu dalam 1 dengar pengulas bola macam ni ‼️😂

Website

Address

Alor Setar

Other Gaming Video Creators in Alor Setar (show all)
Asra x gaming Asra x gaming
Alor Setar

Like & share

Sapee Sapee
Alor Setar

Gamers & Streamers

AI.Gaming AI.Gaming
Alor Setar

Learn to be a streamer �

JankissXgaming JankissXgaming
92 Tanjung Bendahara
Alor Setar, 05300

Video gaming stream editor

Syafiq X Gaming Syafiq X Gaming
No 42 Taman Aishah Jalan Aishah 3 Jalan Langgar Alor Setar
Alor Setar, 06500

Gaming

EZGaming EZGaming
Alor Setar

ASSALAMUALAIKUM . WELCOME TO MY STREAM - ENJOY YOUR DAY . GLHF TQ SO MUCH

Nikkyiv Gaming Nikkyiv Gaming
Jitra
Alor Setar, 05460

Random game stream for fun. Not a pro player but just enjoying life once in a while.

Ejoyz Channel Ejoyz Channel
Alor Setar, 05050

*Facebook* https://www.facebook.com/ijoiazman *Instagram* https://www.instagram.com/ejoyzchannel/ Join my Army Link :- www.facebook.com/groups/750741792297826/ *Subscriber* https:...

Xeno Gaming Xeno Gaming
Alor Setar

Welcome to My Gaming Page Like Share Follow Enjoy PUBG MOBILE MOBILE LEGENDS BANG BANG

Syrix Gaming Syrix Gaming
15 Taman Kebun Villa Bukit Pinang Kepala Batas
Alor Setar, 06200

hi semua bantu support newbie ^_^

Ammar KizaruSan Channel Ammar KizaruSan Channel
136, Taman Kantan, Lorong Mega 7/1
Alor Setar, 05050

Tolong like and share

QarlJarrrgaming QarlJarrrgaming
Jalan Kuala
Alor Setar, 06600

WELCOME TO QarlJarrrgaming