PIB MTI Dar al-Hikmah

PIB MTI Dar al-Hikmah

You may also like

SD Negeri 18 Cot Girek
SD Negeri 18 Cot Girek

Page rasmi PIBG MTI Dar al-Hikmah

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 14/10/2023

Hari Usahawan 2023 MTI Dar al-Hikmah!

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 18/09/2023

25 August 2023 - PIB dengan kerjasama pengurusan MTIDH telah anjurkan program "Saya Budak Tahfiz" oleh Ustazah Syaurah Ishak bagi menyuntik semangat para pelajar agar terus bersemangat untuk menjaga dan memelihara Kalamullah. Metod engagement yang menarik oleh ustazah membuat pelajar terus fokus mendengar sehingga tamat program.

Barakallahufiikum buat semua yang usahakan program ini. Wajuzikum fii khoyr.

18/08/2023

Alhamdulillah program infaq al quran berlangsung seusai solat jumaat tadi. Wakil dari Furqanworks datang agihkan AlQuran kepada setiap pelajar dan guru.

Mudah- mudahan bermanfaat pada pelajar.

22/07/2023

Alhamdulillah, dua set meja ping pong telah diinfaqkan kepada MTIDH dan majlis penyerahan antara pengerusi PIBG dengan mudir MTIDH telah diadakan petang Jumaat semalam.

Semoga penginfaq dimudahkan urusan harian di dunia dan yang paling utama di akhirat kelak. Aamiin Allahumma Aamiin.

Barakallahufiikum.

16/07/2023

Telah berlangsung semalam mesyuarat antara PIB dan pengurusan sekolah bagi menyampaikan cadangan dari ibu bapa untuk penambahbaikan program² dan silibus sekolah.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya dan sesi bertukar pendapat antara kedua pihak menjadi input² penting untuk penambahbaikan.

Apa pun, perkara² ini perlu kerjasama dari semua pihak termasuk ibu bapa juga.

Semoga dengan usaha² ini, MTI DH akan terus maju dan anak² muridnya juga berjaya dunia dan akhirat.

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 14/07/2023

Antara alatan² yang di infaq oleh ibu bapa kepada sekolah demi memudahkan urusan² di sana.

Ramai ibu bapa yang komited menyumbang tenaga dan harta untuk sekolah, kerana kami inginkan yang terbaik buat anak² kami.

Kepada semua ibu bapa di luar sana, teruskan menyumbang agar pembelajaran anak² lebih selesa dan sempurna.

Semoga dengan lahirnya parents committee secara rasmi untuk MTI DH ini, kerjasama ibu bapa dan pengurusan sekolah menjadi lebih lancar dan teratur. Aamiin.

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 13/07/2023

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung hari s**an bagi takwim 2023 MTI DH, dan untuk tahun ini, pihak sekolah mengadakan acara ini di Sports Planet Ampang.

Tahun ini dimenangi rumah hijau dengan markah sebanyak 510, diikuti rumah kuning dan rumah merah.

Apa pun, tahniah buat para pelajar Maahad yang memberikan sepenuh tenaga untuk beri yang terbaik mewakili rumah s**an masing².

Tak lupa juga terima kasih buat pihak pengurusan sekolah dan ustaz Syakir khususnya yang mengetuai program kali ini.

InsyaAllah kita akan bertemu semula dalam acara tahunan ini untuk tahun 2024 p**a.

11/07/2023

Kerjasama antara pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah adalah amat penting untuk setiap sekolah.

Kami dari wakil parents committee sentiasa berusaha untuk merapatkan saf dengan pihak pengurusan supaya anak² pelajar mendapat manfaat darinya.

Harapan besar kami agar sekolah ini terus berjaya dan lancar atas izinNya.

Aamiin.

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 04/07/2023

Ahad lepas Kenduri Tahfiz 1.0 anjuran MTIDH. Ramai yang hadir memeriahkan suasana, tak lupa juga YB Zuraida yang turut hadir memberi sokongan kepada kenduri sempena Eid Adha ini.

Projek infaq ini alhamdulillah berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, sumbangan dana masih lagi diperlukan oleh semua pihak, agar sekolah kami terus maju dan berjaya.

Sesiapa yang ingin menyumbang atau ingin membayar zakat melalui sekolah, boleh terus menghubungi pentadbiran Maahad, Ustaz Fadli dan beliau akan tunjukkan proses bagaimana.

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 03/07/2023

Selesai sudah hari Tasyrik dan Eid Adha menutup tirai untuk tahun 1444h.

Alhamdulillah qurban yang diadakan Sabtu tempohari berjalan dengan lancar dengan izinNya.

Hari Ahad p**a telah diadakan Kenduri Tahfiz 1.0 bagi menjemput orang ramai berkenalan dengan warga MTIDH.

Semoga usaha kita mendapat rahmat dan redha Allah, dan akhir sekali berjaya lah projek wakaf bangunan hadapan MTIDH ini. Aamiin.

Maahad Tahfiz Dar Al-Hikmah anjur Pasar Malam 1.0, kumpul dana selamatkan premis 24/06/2023

Liputan dari Astro Awani juga untuk projek pembangunan dana kami.

Hasbunallah wani'mal wakeel.

Semoga Allah makbulkan hasrat besar kami ini.

Aamiin.

Maahad Tahfiz Dar Al-Hikmah anjur Pasar Malam 1.0, kumpul dana selamatkan premis MTIDH menganjurkan Pasar Malam Tahfiz (PMT) 1.0 di perkarangan sekolah bertempat di Taman Ampang Utama, baru-baru ini.

23/06/2023

Pada Pasar Malam Tahfiz 1.0 tempohari, salah seorang AJK PIBG MTI Dar al-Hikmah telah berpenat lelah untuk dapatkan liputan media dan ini lah hasilnya.

Kita mengajak orang ramai untuk berkenalan dengan keluarga MTI Dar Al-Hikmah , dan juga ingin mencari dana untuk projek infaq sekolah kami.

Pemilik bahagian depan sekolah (pentadbiran dan surau) ingin melepaskan rumah itu pada harga rm3.5juta.

Harapan besar kami agar projek ini berjaya dan sekolah ini dapat kekal di Ampang Utama di mana ia telah beroperasi selama 20 lebih tahun di situ.

Featuring PU Mohd Yusof Bin Arbain , pengerusi PIB dan Rais MTIDH, al-fadhil ustaz Ahmad Hasyimi .

Semoga setiap usaha kami berakhir dengan kejayaan. Banyakkan berdoa sempena saiyidul ayyam hari ini.

Barakallahufiikum.

Affin Bank
Maahad Tahfiz Integrasi Dar Al-Hikmah
105300027426
Letak ref 'Infaq projek'

20/06/2023

PENUBUHAN KOPERASI MTI DAR AL-HIKMAH (BIL 1)

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 20/06/2023

Photo dump sekitar program Pasar Malam Tahfiz 1.0.

Pasar Malam Tahfiz 2.0 bakal menyusul dan kini dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan.

Photos from PIB MTI Dar al-Hikmah's post 17/06/2023

Kenangan² sepanjang program Pasar Malam Tahfiz 1.0.

Sarat dengan aktiviti² dan sambutan orang ramai yang sangat meriah!

Pasar Malam Tahfiz 2.0 bakal menyusul insyaAllah.

Tapi sebelum tu kita bagi laluan program qurban yang akan diadakan di Hulu Langat nanti.

Teruskan menyokong usaha kami dan pengurusan/guru MTI Dar al-Hikmah!

Biro IT & Media
PIB MTIDH

17/06/2023

It's a wrap!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Selesai sudah program PMT1.0 MTI Dar al-Hikmah, dan semuanya berjalan dengan lancar, bi iznillah.

Terima kasih buat para hadirin yang memeriahkan program tersebut, para penggerak program yang memberikan semaksima kapasiti bagi menjelaskan misi wakaf kami, dan tak lupa juga auntie jiran yang di saat akhir membenarkan rumahnya dijadikan juga tapak pasar malam kami.

Apa pun, misi kami belum berakhir. Ianya tetap akan diteruskan agar orang ramai terus mengenali MTI Dar al-Hikmah dan usaha para guru dan pengurusan dalam menghasilkan para Huffaz di zaman serba mencabar ini.

Jazakumullahu Khairan Wa barakallaahu fiikum buat team PIB dan pengurusan yang telah menjayakan program ini.

You guys are awesome!

Till next time.

12/06/2023

Alhamdulillah, telah berlangsung AGM PIB MTIDH semalam. 2 agenda yang diperbincangkan semalam iaitu projek wakaf bagi pembelian bangunan hadapan MTIDH dan juga perlantikan jawatankuasa persatuan.

Hujung minggu ini, 17hb Jun 2023, program Pasar Malam Tahfiz akan dianjurkan bagi projek wakaf ini dengan tujuan mengumpul dana bagi pembelian bangunan hadapan MTIDH.

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan sukses. Aamiin.

11/06/2023
18/05/2023

💟 5 UBAT HATI

Menurut Ibrahim al-Khawwas ( إبراهيم الخواص):

دَواءُ القَلْبِ خَمْسةُ أشياءٍ : قِراءةُ القرآنِ بِالتَّدَبُر ، وخَلاءُ البَطْنِ ، وَقيامُ الليل ِ، والتضرعُ عند السَّحَر ، ومجالسةُ الصالحين

"Ubat Hati Ada Lima Perkara:

[1] "Membaca al-Quran dengan tadabbur" [2] "Mengosongkan perut" (berpuasa) [3] "Qiyamullail" [4] "Merendah hati di waktu sahur" [5] "Duduk bersama orang-orang yang salih" [At-Tibyan Fi Adab Hamalat Al-Quran, karya Imam An-Nawawi]

17/05/2023

📖PILIH YANG MANA? 10 @ 100 @ 1000 AYAT?

Menurut `Abdullah bin `Amru رضي الله عنهما : Nabi صلى الله عليه وسلم Bersabda:

مَنْ قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكتَبْ مِنَ الْغَافِلِيْنَ وَمَنْ قَامَ بِمِائةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْقَانِتِيْنَ وَمَنْ قَامَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْمُقَنْطَرِيْنَ

“Sesiapa yang membaca 10 puluh ayat semasa Qiyam (solat malam), maka dia tidak dicatat sebagai orang yang lalai. Sesiapa membaca 100 ayat semasa Qiyam, dia dicatat sebagai orang yang qanithin (sentiasa taat) dan sesiapa yang membaca 1000 ayat semasa Qiyam, maka dicatat baginya perbendaharaan harta berupa pahala.” (Sahih: HR Abu Daud [N0 1398], Ibn Hibban [No 1144], Ibn Majah [No 2572])

14/05/2023

📌KEBAIKAN DUNIA & AKHIRAT

Berkata Sufyan ats-Tsauri (سفيان الثوري) rahimahullah,

"Kebaikan di dunia ialah "REZEKI" & "ILMU". Manakala kebaikan di akhirat ialah "SYURGA" [Lihat Jaami` Bayaanil `Ilmi Fadhlihi karya Ibn `Abdil Barr]

12/05/2023

📖 JANGAN BERHENTI MEMBACA AL-QURAN

`Uthman bin `Affan رضي الله عنه berkata,

لَوْ طَهُرَتْ قُلُوبُكُمْ مَا شَبِعْتُمْ مِنْ كَلَامِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Sekiranya hati kamu bersih, sudah tentu kamu tidak akan kenyang (membaca) Kalam Allah `Azza Wajalla" [Kitab Az-Zuhd oleh Imam Ahmad]

12/05/2023

📖 MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI

`Uthman bin `Affan رضي الله عنه berkata:

وَمَا أُحِبُّ أَنْ يَأْتِيَ عَلَيَّ يَوْمٌ وَلَا لَيْلَةٌ إِلَّا أَنْظُرُ فِي اللَّهِ يَعْنِي الْقِرَاءَةَ فِي الْمُصْحَفِ


ِAku tidak s**a, jika berlalu satu hari satu malam, melainkan aku melihat mushaf (membaca al-Quran) [Kitab Az-Zuhd oleh Imam Ahmad]

30/04/2023

Assalamualaikum wbt. Selamat hari raya diucapkan buat semua warga PIBG MTI Dar al-Hikmah. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah.

Selasa ni, akan bermula semula sesi persekolahan. Jika ada di antara ibu bapa yang ada concern ataupun soalan, boleh lah ke Telegram group PIBG untuk diajukan di sana.

17/04/2023

Assalamualaikum wbt,

MAKLUMAN IKTIKAF MTI DH

Seperti sedia maklum, MTI DH akan mengadakan Program Iktikaf Malam 27 Ramadan bersama-sama keluarga pelajar pada malam ini di Masjid Nurul Islam, Ampang.

Berikutan itu, pihak sekolah akan menyediakan bilik khas untuk bermalam. Pihak sekolah tidak menyediakan kelengkapan tidur, ibu bapa penjaga perlu menbawa sendiri keperluan tidur dan solat.

InsyaAllah, Iftar, Moreh dan Sahur akan disediakan oleh sekolah.

Jazakumullah Khairan Kathira.

06/04/2023

Assalamualaikum wbt, ini adalah page rasmi PIBG MTI Dar al-Hikmah bagi tujuan merapatkan ukhuwah sesama ibu bapa, dan juga untuk apa-apa update berkaitan sekolah dan aktiviti² yang akan / telah dijalankan.

Terima kasih,
Admin

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pada Pasar Malam Tahfiz 1.0 tempohari, salah seorang AJK PIBG MTI Dar al-Hikmah telah berpenat lelah untuk dapatkan lipu...
PENUBUHAN KOPERASI MTI DAR AL-HIKMAH (BIL 1)

Category

Website

Address

PT389, Jalan 3, Taman Ampang Utama
Ampang
68000

Other Schools in Ampang (show all)
UBK SK Lembah Jaya UBK SK Lembah Jaya
Lembah Jaya Selatan
Ampang, 68000

Unit HEM

Expert Tutors Expert Tutors
AMPANG PARK
Ampang

Hi Assalamualaikum everyone! I started with the idea to create an online platform to help students achieve great results in education by providing the best private tutor services. ...

Pengakap SK Taman Bukit Teratai Ampang Pengakap SK Taman Bukit Teratai Ampang
Ampang, 56100

Aktiviti pengakap Sk Taman Bukit Teratai Ampang Selangor

Pusat Sumber Al Farabi SMK Taman Kosas Pusat Sumber Al Farabi SMK Taman Kosas
Jalan Kosas 2/2
Ampang, 68000

PASTI Al Asyraf - Taman Mulia Jaya PASTI Al Asyraf - Taman Mulia Jaya
Surau Al/Asyraf, Jalan Mulia 1/1, Taman Mulia Jaya
Ampang, 68000

� Kurikulum Islam terbaik � Yuran pengajian berpatutan � Guru-guru terlatih � Silibus integrasi agama dan akademik Daftar anak anda segera! Tempat terhad.

Al-Amin Early Childhood Centre Bukit Antarabangsa - Near Giant Al-Amin Early Childhood Centre Bukit Antarabangsa - Near Giant
22, Jalan Wangsa 11, Taman Wangsa Ukay
Ampang, 68000

Islamic Preschool for 4 - 6 years old kids and Transit Centre for Standart 1 - 6

Sekolah Agama Kafai Al-Huda, Taman Maju Jaya Sekolah Agama Kafai Al-Huda, Taman Maju Jaya
Jalan Bunga Matahari 1
Ampang

Sekolah Agama Kafai Al-Huda, Taman Maju Jaya

PDK Q Anak Syurga PDK Q Anak Syurga
24, Jalan Perkasa 3, Maluri, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ampang, 55100

Maahad Tahfiz Al-Itqaan Maahad Tahfiz Al-Itqaan
Jalan Nirwana 39
Ampang, 68000

Maahad Tahfiz Al-Itqaan (MTI) merupakan sebuah institusi tahfiz persendirian di bawah JAIS

Adni Islamic School Adni Islamic School
Jalan 1, Taman Sri Ukay, Ampang Darul Ehsan
Ampang, 68000

http://adni.edu.my/about/

Al Kauthar Eduqids Taman Rasmi Jaya, Ampang Branch Al Kauthar Eduqids Taman Rasmi Jaya, Ampang Branch
No. 29-1st Floor, 7 Jalan Rasmi
Ampang, 68000

Our Services : 1) Preschool 2) Playschool 3) Nursery 4) EIP - Early Intervention Program 5) Daycare

Little Caliphs Taman Seri Intan-Ampang Little Caliphs Taman Seri Intan-Ampang
No. 3, Jalan Seri Intan 5, Taman Seri Intan
Ampang, 68000