Kebun Kecil Qees
Kami menjual pelbagai jenis anak pokok dan bunga murah² �
Salam berhujung minggu 🍄
COD untuk hari ni. Terima kasih regular customer yang sentiasa support pokok² Qees. 🥰
Hai semua...
Ada yang berminat Aglaonema 'Pink Splash' dan Maranta Arundinacea Variegata?
🪴 1 pot hanya RM5️⃣ sahaja.
🪴 1 pot hanya RM5️⃣ sahaja.
🪴 1 pot hanya RM5️⃣ sahaja.
Beli banyak, dapat harga discount ‼️
Ada ke penggemar cili besar kat sini? 🌶️🌶️
Cantik tak sy pagi ni? 😘
Ciptaan hari ni.
Kita gunakan bahan kitar semula jer. Mudah dan jimat. 🤩
🌞 Selamat pagi. Salam ceria 🌞
Hari ni nak share anak pokok bunga camelia warna Dark Pink.
Pokok mudah hidup di bawah cahaya matahari dan hujan. Yang penting cukup cahaya matahari dan siraman air setiap hari.
Lebat berbunga tanpa musim juga ya 🏵️🏵️
Hari ni berita kata harga 🌶️ dan 🍆 dah naik.
Jomm laa kite pakat tanam je sendiri kt rumah. Petik jer bebila perlu. Dah jimat sangat pun.
Tanam pun tak susah. Yg penting setiap hari siram pokok tauu 😘
Ada yg PM admin tanya camne rupe pokok Asclepias curassavica.
Ni admin share gambar yg pokok admin tanam.
Pokok ni memang kerap berbunga tahan lama juga bunga nye. Bila dia bloom, sangat² cantik bak rama² tengah terbang. 🦋...💕
Woww... meriah nye ulat beluncas ni. Dalam banyak² pokok, cuma kat pokok Asclepias curassavica jer dia bersarang 🥰🥰🥰
Sesape yg berminat nak meriah ngan 🦋🦋 kt rumah,pokok ni memang sesuai sgt tauu 😘😘
🪴🌸🪴🌸🪴🌸
Pokok Bunga Bawang dah ready stock.
Bunga tahan la sebesar tapak tangan jugak saiz nye. 😍
Lagi 3 kuntum bunga baru nak mekar. Memang meriah tengok tau!
Berminat boleh PM 😘
🪴🍀🪴🍀🪴🍀
Hari ni kite open Pokok Keladi yang ada buat masa ni. Masih tak banyak jenis lain ya sebab banyak yang rosak masa serangan monyet.
Untuk hari ni kami nak buat jualan special di mana 1 pot Keladi Albino hanya Rm 5️⃣ jer.
Kuantiti tak banyak. Sape cepat dia dapat! 😉
Lena dibuai mimpi....dah berapa hari dia kat port yg sama 🤭🤭
Ini juga salah 1 Bunga Raya type Singapore. Cuma bunga tak sebesar tapak tangan.
Tapi warna nye begitu mengancem giteww 😁😁
Assalamualaikum dan selamat petang.
Kami kembali bersiaran setelah kebun kami rosak 50% akibat gangguan monyet peliharaan jiran.
Syukur pada Allah segalanye telan selesai 🥰
Hari ni kami nak kongsi koleksi Bunga Raya type Singapore. Merah bunganye sebesar tapak tangan dewasa.
Meriah betol bila letak di sudut rumah dengan kehadirannye. 😘
Insyaa Allah kami akan buka untuk jualan bila stok ada ya. ☺️
Di sini kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 dan jutaan terima kasih atas sokongan para customer kami yang sentiasa support Pokok Bunga dan tanaman sayuran. Moga tahun ini kita mendapat rezeki dan nikmat yang berpanjangan. Amin 💖
Kami masih beroperasi seperti biasa pada 1 Januari 2023. Anda boleh pm kami di FB atau Whatsapp ya 🥰
Anda perlukan penyegar atau terapi di tempat kerja?
Mehh pm kami sebab stok terhad. Pokok jenis berbunga pink / merah / kuning. Comel² jer... Jenis tak perlu siram kerap 😘
Pasu Hiasan recycle
Sesuai untuk hiasan meja atau di pejabat ♥️
Sejak nak PRU ni kite bz skit. Customer datang pick up pokok. Ni j*p lagi baru kite nak COD. Syukur tengok customer boring banyak² pokok. 😘
Terima kasih support Kebun Kecil kami. ❤️
Ada yang kat sini bela arnab jugak? Mesti serabut kepala tiap minggu atau bulan kene beli sayur² atau makanan arnab kan?
Jom tengok Qees petik Ulam Pegaga tanam kat rumah jer. Hari² boleh bagi arnab makan sayur² yang fresh. 😋😋 Jimat pun jimat.
Berminat nak order? Boleh pm Qees terus tau.😘
Baru 2 hari untuk process pertumbuhan akar.
1st time buat ni 😇
Kringgg krinnggg..... bila loceng berbunga plak kali ni 🤭🤭
Kali ni 3 serangkai plak.
Sape berminat boleh pm ya.
‼️ serendah Rm5 sepasu sahaja ‼️
Sape nak order boleh pm 🙋
Berminat boleh pm ya
🪴 Rm 8️⃣ sahaja
kembali bersiaran 🥰🥰
Terima kasih pada customer kite yg drop buy untuk beli pokok keladi. Sekali borong 7 pasu.😍
Gambar tak sempat amik sebab hujan 🤭
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Website
Address
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Saturday | 09:00 - 17:00 |
Sunday | 09:00 - 17:00 |