Shah Al Falah Official
Education is very important,so please educate yourself
# # # #
Ingat tak post saya yang lepas. Inilah buktinya.
Mari bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#52 Kepandaian vs kekuatan
Mana yang lebih hebat?
Hakikatnya jika sesuatu pekerjaan atau perniagaan dibuat dengan menggunakan akal fikiran ianya akan menjadi mudah dan berkesan.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/0109020786
#51 Masa kalau tidak diisi dengan perkara yang memberi bermanfaat maka ia akan diisi dengan perkara yang memudaratkan.
Sesetengah orang fikir jika dia tidak buat sesuatu perkara yang bermanfaat dia tidak akan merugikan atau tidak akan memudaratkannya,tetapi hakikatnya ialah hanya ada 2 sahaja yang akan berlaku pada masa iaitu dimanfaatkan atau ianya akn memudaratkan kita jika tidak memanfaatkannya.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#50 Kehebatan fikir
Apabila manusia fikir untuk dapatkan kebaikkan maka kebaikkan akan wujud. Apabila manusia fikir keburukkan maka keburukkan akan wujud.
Seseorang apabila dia gunakan pemikiran dia untuk fikir bagaimana dia boleh berjaya
maka dia akan berjaya.
Dulu manusia fikir bagaimana nak mengapungkan besi atas air maka besi yang berat boleh terapung atas air jadi kapal.
Manusia fikir nak terbangkan besi,maka besi yang berat juga boleh terbang.
Jadi hari ini jika kita gunakan kuasa fikir untuk kebaikkan maka kebaikkan akan datang dalam kehidupan kita.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#48 Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan kita perlu sentiasa "step back" satu langkah.
Ini adalah kerana kita tidak tahu sama ada pekerjaan atau tindakan kita itu akan membawa kebaikkan atau keburukkan.
Oleh itu sentiasalah periksa dalam tindakkan kita itu baik atau buruk untuk diri kita atau orang di sekeliling kita.
Kadang2 oleh kerana kita hendak cepat dalam pekerjaan kita tanpa sedar telah mendatangkan mudarat kepada diri sendiri ataupun orang lain.
Sama seperti kita memandu kereta. Sekali kita kena lihat keadaan di belakang kita melalui cermin belakang ataupun cermin sisi kereta kita supaya kita dan orang lain berada dalam keadaan yang selamat.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#49 Untuk seseorang dapat melihat perlu ada 2 cahaya
Satu cahaya@penglihatan dari matanya dan perkara kedua ialah cahaya dipersekitarannya. Kalau matanya tiada cahaya@dipanggil buta walaupun cahaya dipersekitarannya dilimpahi dengan cahaya yang sangat terang sekalipun, orang ini masih tidak dapat melihat.
Begitu sebaliknya jika seseorang itu mempunyai cahaya dalam matanya@dipanggil orang ini ialah orang yang celik dia tetap tidak dapat melihat jika dipersekitarannya tidak mempunyai cahaya.
Jadi begitu juga hati,jika tiada nur didalam hatinya maka dia tidak akan dapat melakukan perniagaan atau sesuatu pekerjaan dengan sempurna@jujur kerana dalam dia tidak nampak kepentingan untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan jujur @ sempurna.
Tetapi jika dalam hati seseorang ada nur@cahaya maka dia akan melakukan sesuatu pekerjaan @ perniagaan dengan jujur dan amanah.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#47 Nasihat yang baik
Satu kali seorang adik telah ditanyai oleh pakciknya berkenaan masalah abangnya maka adiknya memjawab dia tidak mahu ambil tahu tentang masalah abangnya itu. Kata pakciknya adik beradik perlulah tolong menolong. Dan nasihat ini bukanlah hanya kata2 sahaja tetapi inilah kenyataannya. Jika dilihat hubungan adik beradik pakciknya memang mereka sentiasa tolong menolong. Sebagai contoh jika kenduri kahwin anak mereka adik beradik akan tolong menolong tidak kira dari segi wang ringgit atau tenaga. Malah mereka adik beradik sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.
Dalam satu peristiwa si anak telah cakap sesuatu yang telah menyinggung perasaan ayahnya yang mana telah diketahui oleh adik pada ayahnya itu. Maka adik si ayah telah mempertahankan abangnya walaupun didepan anak saudaranya sendiri. Itulah kasih seorang adik kepada abangnya dan beliau bukan sahaja mempertahankan atau menolong abangnya sahaja. Malah kesemua adik beradiknya telah diberi bantuan oleh beliau. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Diam bukan bererti salah atau kalah tetapi untuk menjaga hubungan terutama dengan saudara sendiri.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#46 Kecantikan itu satu benda yang abstrak.
Hari ini ditanya pada sekump**an orang siapakan yang cantik. A atau B maka dalam kump**an tersebut ada yang mengatakan A yang cantik dan ada yang jawab B yang cantik.
Mengapa perkara ini terjadi? Ini adalah kerana manusia dikurniakan minat atau kes**aan yang berbeza.
Kalau seseorang di sebuah kampung dia tidak dikenali dengan kehenseman atau keistimewaannya tetapi bagi tempat lain dia adalah istimewa. Jadi sebab itu kita kena sentiasa bersyukur dan merasai apa yang kita miliki ianya adalah perkara istimewa yang kita miliki.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#45 Yang penting confident
Setiap perkara di dunia ini jika dilakukan dengan yakin@confident barulah orang lain oun akan yakin dengannya.
Contohnya peniaga yang menerangkan benda yang hendak dijual dengan penerangan yang confident maka pelanggan pun akan yakin untuk membeli barang tersebut.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#44 Jika nak bersihkan lantai,kain
yang hendaklah bersih barulah lantai akan menjadi bersih.
Begitulah kehidupan, jika kita hendak melakukan satu perniagaan atau pekerjaan kita perlulah mempunyai niat yang betul. Kerana dengan demikian walaupun pekerjaan itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tetapi hati akan menjadi tenang atau senang hati.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#43 Sifat hikmah adalah anugerah
Jika diperhatikan dalam kehidupan perkara yang paling penting ialah komunikasi. Ada orang percakapannya membuatkan orang s**a padanya. Dia tidak terlalu lembut hingga orang boleh memperlekehkannya dan dia tidak terlalu tegas hingga orang menjauhinya.
Dan dengan sifat ini orang akan menghormatinya dan senang bergaul dengannya.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#42 Ciri2 sahabat yang perlu di cari
Bagaimana atau dengan siapa kita berSahabat@berkawan begitulah ia kan memberi kesan dalam kehidupan kita.
Maka ciri untuk mencari sahabat yang kita perlu dampingi ialah:
-apabila kita melihatnya teringat tentang kehidupan akhirat
-apabila kita bersembang dengannya bertambah ilmu yang bermanfaat untuk diri kita.
-lihat amalannya maka kita akan rasa untuk berbuat amal@perbuatan kebaikkan juga.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#41 Serius atau rasakan sesuatu itu penting.
Kadang2 kita rasa sesuatu perkara itu tidak penting tetapi sebenarnya perkara itu adalah penting. Maka bila kita rasa perkara itu tidak penting maka kita tidak buat perkara berkenaan dengan sungguh2.
Kadang2 kita sendiri mempunyai prasangka terhadap seseorang. Bila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaaan dengan sungguh2 maka kita ada satu perasaan yang mengatakan buat apalah dia buat kerja ini sungguh2 bukannya penting pun pekerjaan atau perkara itu. Mengapa dia buat sungguh2?
Hakikatnya setiap perkara kita hendaklah ambil serius. Kerana apabila kita ambil serius maka kita akan lakukannya dengan bersungguh2 dan dengan berhati2.
Dan apabila ada kesungguhan disitu ada jalan.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#40 Mengapa perlu undang2.
Bayangkan jika didunia ini tiada undang2? Apa akan berlaku?. Sebagai contoh di jalanraya tiada lampu isyarat apa yang akan berlaku? Tentulah akan berlaku kemalangan atau sesuatu pekerjaan akan menjadi sulit kerana tiada siapa yang tahu siapa yang perlu bergerak duluan?
Undang2 dibuat untuk memastikan manusia dapat hidup dengan aman dan sentosa. Memang kadang2 kita lihat undang2 ini agak tidak munasabah tetapi yakinlah ianya diwujudkan untuk memastikan kita dapat hidup aman sentosa.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#39 Pemburu atau diburu
Seekor anjing buruan sedang mengejar haiwan buruan contohnya kijang. Larian atau kesungguhan kedua2nya adalah berbeza kerana anjing buruan lariannya adalah untuk mendapatkan makanan memang ia berlari sungguh2 tetapi kesungguhannya berlari adalah tidak sama seperti kijang tadi. Kerana larian kijang adalah untuk menyelamatkan nyawanya.
Begitu juga dalam alam perniagaan seseorang itu akan berniaga bersungguh2 sebab itulah satu2nya asbab untuk dia menyara keluarganya dan ada satu lagi golongan dia masih ada lagi pendapatan yang lain maka dia juga berniaga tetapi kesungguhan kedua2 orang ini pastinya berbeza.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#38 Berhati2 dengan apa yang kamu baca.
Apa yang kita baca maka itulah yang kita percaya dan jadikan ikutan.
Jika seseorang baca tentang sesuatu perkara
yang mana bertepatan dengan masalah yang dihadapinya. Maka dia akan nampak penyelesaian adalah dengan cara apa yang dibacanya itu.
Jika seseorang baca sesuatu perkara yang mana tidak terdapat pada orang yang sentiasa bersamanya maka dia akan nampak kekurangan demi kekurangan. Maka apabila dia lihat penyelesaian daripada sumber tersebut maka dia akan jadikan itu sebagai ikutan walaupun sebenarnya itu bukanlah perkara yang sepatutnya diikuti.
Sebab itu seorang alim berpesan bahawa berhati2 dengan apa yang kamu baca kerana ia akan membentuk kepercayaan dan peribadi kamu. Sehingga jika seseorang itu membaca buku yang dikarang oleh bukan Islam maka ia akan memberi kesan pada pemikiran mereka.
Sebagai contoh hari ini sebab kita lihat orang ceritakan keburukkan kerana katanya dia ceritakan untuk sebagai pengajaran dan sebagainya maka disebut juga nama orang itu. Maka cerita keburukkan orang telah menjadi perkara biasa dalam masyarakat hari ini.
Sedangkan jika perkara itu benar dilakukan oleh orang itu dan kita memperkatakan tentangnya inilah dipanggil MENGUMPAT dan sekiranya perkara itu tidak benar maka itulah dinamakan FITNAH.
berbisnes bersama Shah Al Falah
https://wa.me/0109020786
#36 Periksa atau tabayyun dulu barulah kita ambil tindakan.
Dalam semua perkara terutama tentang pekerjaan atau perniagaan kita hendaklah periksa sumbernya supaya kita mendapat rezeki yang halal untuk diberi pada keluarga.
Nampak macam sama tetapi tidak serupa kerana ia akan beri kesan pada ahli keluarga kita.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#35 Perancangan itu penting, baru berserah.
Sesuatu perkara jika hendak dibuat perlulah dirancang dengan teliti barulah berserah.
Jika kita menghadiri sesuatu undangan kita hanya nampak kemeriahan atau betapa banyaknya hidangan disajikan tetapi kita tidak tahu berapa banyak tenaga dan wang telah dihabiskan untuk menjayakan majlis tersebut.
berbines bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#34 Nak dapat air,kena tenggelamkan gayong@cebok barulah dapat hasilnya.
Untuk dapat sesuatu hasil perlulah pergi ke tempat yang berpotensi untuk memberi hasil yang dikehendaki.
Nelayan pergi laut belum tentu akan dapat hasilnya tetapi disitulah tempatnya ikan berada.
Sebab itu kita disuruh untuk membuat perancangan yang sungguh2 kemudian barulah berserah.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#33 Bagaimana orang di sekeliling kamu,begitulah jadinya kamu
Hari ini jika kita hendak lihat sikap seseorang itu lihat dengan siapa dia berkawan. Jika dia berkawan dengan orang yang s**a kepada kebaikkan maka dirinya juga akan terdidik menjadi orang yang baik.
Tapi jika dia berkawan dengan orang yang tidak baik atau berfikiran negatif maka dia juga akan berfikiran negatif. Dan kelemahan bila berada dalam suasana ini maka ialah kita tidak akan maju dalam kehidupan kita.
Untuk kita tidak patah semangat dalam apa jua bidang yang hendak diceburi ialah suasana.
Sebab itu kita kena pastikan dengan betul siapa kita berkawan barulah kita akan maju kehadapan.
Ada satu pepatah mengatakan,jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi maka kamu akan dapat kesan wangiannya itu,dan jika
kamu berkawan dengan penjaga dapur kamu akan dapat kesan jelaganya.
p/s: gambar dibawah ialah 2 kawan baik untuk hilangkan kolestrol
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#32 Nothing is constant except changes
Tiada yang akan kekal selain perubahan. Inilah cogankata bagi orang yang ingin sentiasa maju kehadapan dalam kehidupannya.
Sesungguhnya kita kena sentiasa berfikir untuk membuat perubahan kepada kebaikkan. Jika seseorang itu berada pada takuk lama,lama kelamaan dia akan menjadi bosan. Dan sesungguhnya itulah fitrah manusia jika dia buat perkara yg sama berulangkali maka dia akan menjadi bosan.
Sebab itulah dalam perniagaan ini kita sentiasa berfikir bagaimana untuk maju kehadapan.Dan inilah yang membuat kita tidak akan menjadi bosan.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#31 Menguasai sesuatu bahasa.
Untuk menguasai sesuatu bahasa seseorang perlulah berlatih untuk menggunakan bahasa yang ingin dipelajari. Di Malaysia jika seseorang
masuk ke sekolah rendah sehinggalah habis sekolah menengah mereka akan mempelajari Bahasa Inggeris. Tetapi ramai diantara mereka tidak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris sedangkan mereka telah mempelajari bahasa tersebut lebih kurang 11 tahun. Ini adalah kerana mereka tidak berlatih untuk menggunakan bahasa tersebut.
Memang pada mulanya kita tersalah cakap seperti tidak menyebut sebutan perkataan dengan betul. Tetapi jika kita berlatih dan berani
untuk bercakap lama kelamaan kita akan dapat menguasai bahasa tersebut. Jika kita lihat warga asing yang datang ke Malaysia mana diorang tahu cakap Bahasa Melayu. Tapi apabila mereka sering bercakap dalam Bahasa Melayu lama kelamaan mereka boleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Saya sendiri pernah berjumpa dengan seorang yang dia bukan sahaja boleh bercakap Bahasa Melayu dengan lancar malah boleh menterjemahkan sebuah buku dari Bahasa Urdu ke Bahasa Melayu.
Begitu juga pelajar yang belajar di negara Arab mereka berjaya p**ang dengan membawa segulung ijazah tetapi tidak dapat bercakap dalam Bahasa Arab kerana waktu disana mereka hanya bergaul dengan rakan sesama negara dan hanya menggunakan bahasa mereka disana.
Jadi untuk meguasai sesuatu bahasa kita hendaklah berani bercakap dalam bahasa tersebut dan bergaul dengan orang yang memang menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Dan kita kena fahamkan diri kita sebenarnya kita bercakap dalam bahasa tersebut supaya kita dan orang tersebut dapat berkomunikasi dan kita dapat sampaikan apa yang kita nak sampaikan dan kita dapat faham apa yang orang yang tersebut cuba sampaikan.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#30 Dah berdentam dah berdentum kalau dah ditakdirkan tidak ada apa2 berlaku maka tiadalah apa2 yang akan berlaku.
Tapi yang paling penting usaha mahu digerakkan. Apabila ada usaha barulah akan datang hasil. Walaupun tiada hasil tetapi kamu berusaha maka kamu adalah orang yang berjaya.
hatimu
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#29 Jadilah seperti hujan.
Yang akan beri air pada semua hidupan. Beri air pada segala jenis tanah.
Ada beberapa jenis tanah:
Ada tanah berpasir ,bila datang hujan dia tidak mengambil manfaat dari air hujan yang datang dan juga ia juga tidak menakung air untuk manfaat pada hidupan lain.
Ada tanah yang menakungkan air,ia tidak dapat manfaat dari air hujan tetapi memberi manfaat pada hidupan yang lain
Ada tanah yang mengambil manfaat dari hujan dan ia juga memberi manfaat pada hidupan yang lain. Inilah yang terbaik, kita mengambil manfaat dari sesuatu perkara yakni ilmu dan orang lain juga dapat manfaat dari ilmu tersebut.
hatimu
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#28 Ada negara yang mana barang yang sama di negara lain harganya lebih murah.
Tahukah anda di Romania harga paru lembu hanya sekitar 3 lei/kg (lebih kurang Rm3/kg). Kalau di negara kita Rm15/kg. Mengapa perkara ini berlaku? Ini adalah kerana rakyat di Romania tidak makan paru. Datang rakyat Malaysia kesana puas diorang buat sambal paru. Sampai lenguh mulut kunyah
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#26 Pentingnya perancangan.
Jika kita tiada perancangan dalam hidup ini maka kita tidak tahu kemana arah tuju kita.
Kalau tiada perancangan dalam sesuatu pekerjaan mungkin kerja akan dapat disiapkan tetapi tidak akan sempurna atau tidak seperti yang diingini.
Sebagai contoh hari ini ramai orang berpeluang untuk mengeluarkan wang kwsp. Jika kita tidak merancang dengan betul kegunaan wang tersebut maka ianya akan habis begitu sahaja.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
p/s: Gambar sekadar hiasan.😂😂
#25 Terkesan dengan suasana
Dalam satu perjalanan Lukmanul Hakim a.s berjalan dengan anaknya menunggang keldai. Anaknya di atas keldai,dia memimpin keldai itu. Dalam perjalanan berselisih dengan seseorang. Orang itu memarahi anaknya.
"Apa punya anak lah kami ini,ayah kamu di bawah kamu duduk diatas keldai.
Kemudian mereka bertukar kedudukan Lukmamanul Hakim a.s di atas keldai anaknya p**a berjalan kaki. Berselisih lagi dengan seorang lelaki.
Orang itu memarahi Sang Ayah," Apa punya ayah lah kau ni,anak berjalan memimpin keldai kamu enak duduk di atas keldai. Kemudian mereka berdua duduk diatas keldai,jumpa lagi seorang lelaki.
"Apa punya manusialah kamu berdua ini. Kesianlah pada keldai ni. Mana dilaratnya nak bawa kamu berdua. Lalu mereka berdua pun turun. Kedua2nya berjalan kaki dan memimpin keldai.
Dalam perjalanan di sapa seorang lagi.
"Apalah kamu berdua ni ada tungganggan tidak mahu naik.??
Jadi begitulah kehidupan. Jika kita tidak buat keputusan sungguh2 maka kita akan keliru untuk membuat pilihan. Bila kita sudah buat keputusan kita teruskan dengan pilihan kita dan bersabar jika ada apa2 rintangan. Untuk berjaya perlukan masa.
"SIANG NAK TUKAR JADI MALAM PUN AMBIL MASA"
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#24
3 golongan yang tiada masalah di dunia ini:
a) kanak-kanak
b) orang gila
c) orang yang sudah mati
Selain dari 3 golongan ini semua orang ada masalah. Sebenarnya ianya bukan masalah tapi ujian.Pernah seorang anak bertanya pada sang ayah(seorang ulamak besar).
Anak: Ayah kenapa Allah hantar manusia ini ke dunia ini.? Kalaulah kerana hendak supaya mereka beribadat malaikat yang Allah ciptakan sejak mereka diciptakan(contoh:untuk bersujud,rukuk,dsbnya) maka mereka akan berkeadaan sedemikian sehinggalah hari kiamat.
Jawab Sang Ayah: Allah hantar manusia ke dunia ini sebagai ujian.
Jadi hari ini bagaimana kita hendak lepasi ujian ini.???
Maka kita diberi amal.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#23 Untuk sentiasa rasa bersyukur kena lihat orang yang dibawah kita
Seorang yang ada kereta Myvi,untuk rasa syukur dia janganlah lihat orang yang pakai kereta Ferrari tapi hendaklah lihat orang yang menunggang motosikal. Orang yang menunggang motosikal jika hujan akan basah dan panas dek matahari.
Orang yang menunggang motosikal akan rasa bersyukur bila lihat orang menunggang basikal jangan lihat orang memandu kereta. Orang yang menunggang basikal kena kayuh tapi dia hanya perah throttle minyak dia sudah boleh bergerak.
Orang yang menunggang basikal untuk rasa syukur kena lihat orang jalan kaki. Penunggang basikal dapat duduk dan kayuh sahaja makabila dapat bergerak.
Orang jalan kaki akan rasa bersyukur bila lihat orang yang lumpuh. Dia dapat jalan kaki dapat berjalan orang yang lumpuh tak boleh bergerak dan orang yang lumpuh akan rasa bersyukur bila lihat orang mati. Dia masih dapat hidup lagi
p/s: Barangsiapa yang bersyukur Allah tambah nikmat lagi
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.ma/60109020786
#22 Orang yang bijak dia akan buat pilihan yang akan memberinya keuntungan yang lebih.
Kalau kita perasan dan tertanya2 kenapa ramai warga asing sanggup bersusah payah untuk datang ke Malaysia dan bekerja disini. Sebenarnya sebab utama bukanlah kerana dinegara mereka tiada pekerjaan tetapi kerana matawang Malaysia lebih tinggi dari matawang negara mereka. Dengan pekerjaan yang sama mereka kerjakan di negara masing2 tetapi upah yang lebih lumayan di Malaysia. Begitu juga ada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara sedangkan pekerjaan itu juga ada di sini.
p/s: kalau diberi pilihan korang pilih pakej yang mana ??
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#21 Untuk maju kehadapan
2 perkara perlu ada:
-jalan yang rata(niat yang betul)
-dorongan orang2 disekeliling(yakni suasana yang betul-pemikiran yang positif)
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#20 Sabar dan tetap fokus
Sabar din....sabar....🤣🤣
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#18 Tahukah anda?? Wang kita mengalami susut nilai setiap tahun.
Kalau kita perasan nilai duit ni makin lama ianya akan susut. Kalau dulu barang2 keperluan lebih murah dari sekarang ini.
Terdapat banyak faktor mengapa perkara ini terjadi. Di antaranya ialah kerana permintaan sesuatu barangan melebihi pengeluaran barangan tersebut. Maka harga barangan tersebut akan naik dan menyebabkan nilai duit menjadi kurang.
Sebab itu yang terbaik adalah kita gunakan wang itu untuk dilaburkan atau memulakan perniagaan. Mungkin kita boleh bermula dengan perniagaan yang rendah risiko.
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#37 Kenyataan biar jelas,kalau tidak berlaku salah faham.
Beberapa tahun dulu, pergi minum di kedai makan mamak. Seperti diketahui umum kedai makan mamak ada menyediakan perkhidmatan wifi percuma. Jadi sahabat ini tanyalah apa passwordnya.
Mamak jawab: makan dulu
Jadi kami pun makanlah dulu, bila dah habis makan dengan segera supaya dapat passwordnya maka ditanya sekali lagi pada mamak tersebut.
Kawan: Bos apa itu wifi punya password?
Mamak: makan dulu
Kawan: kami sudah habis makan
Mamak: makan dulu
Kawan: kami sudah habis makanlah bos
Mamak: makan dulu. Itulah passwordnya.
Kami berdua pun tergelak2. Rupanya passwordnya adalah makan dulu.
Hahaha....
Sampai sekarang bila teringat peristiwa tersebut mesti gelak sorang2.
Jadi tuan2 sangat penting bagi maklumat yang tepat atau tidak mengelirukan supaya tidak tersalah anggap.
Credit to:Izuddin Shah
berbisnes bersama Shah Al Falah https//wa.me/60109020786
#16 Perubahan sebenarnya adalah pembaikan atau ke arah yang lebih baik lagi. Tapi untuk menerima perubahan itu manusia pada mulanya tidak akan selesa. Lama kelamaan tanpa disedari dia telah mengalami perubahan tersebut dan ianya telah menjadi perkara normal dalam kehidupannya.
Sebenarnya lapangan antarabangsa bagi Malaysia pada mulanya bukanlah di KliaSsepang. Tetapi lapangan antarabangsa yang pertama ialah di Sungai Besi. Setelah Lapangan Terbang Sungai Besi(LTSB) mulai sibuk kerajaan mula merancang untuk memindahkannya ke Subang. Pada mulanya semua golongan para pekerja LTSB dan para penumpang merungut kerana ianya jauh dari KL. Pada waktu tersebut kawasan Subang bukanlah seperti yang ada sekarang ni. Malah waktu Shah Alam pun masih belum dimajukan lagi. Tetapi setelah sekian lama LTSB berpindah ke Subang dengan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah(LTSAAS)
para pekerja dan penumpang sudah selesa dan gembira berada di Subang.
Kemudian setelah Malaysia mengalami kemajuan begitu juga LTSAAS sudah tidak begitu sesuai kerana mulai sibuk maka pada tahun 90an maka sekali lagi lapangan terbang utama Malaysia akan dipindahkan. Sama juga 2
golongan tadi mula merungut jauhlah,penatlah dsbnya tapi lama kelamaan mereka mulai dapat beradaptasi dengan masalah mereka. Malah sekarang ini semua orang berbangga dengan KLIA,Sepang.
Pada waktu perpindahan lapangan terbang utama Malaysia dari Subang ke Sepang itu saya lihat mereka yang berfikiran positiflah yang akan menceritakan kisah perpindahan Sungai Besi ke Subang. Dan merekalah yang menceritakan bagaimana akhirnya semua orang gembira apabila berada di Subang,Selangor
Inilah kehidupan, kita kena sedia untuk berubah kerana dengan perubahan akan membawa kita maju kehadapan. Sebab itu kita perlu duduk dalam mahol@suasana yang inginkan perubahan kearah kebaikkan maka kita akan dapat beradaptasi dengan mudah terhadap perkara tersebut. Dan kita akan dapat beristiqamah dalam sesuatu perkara.
Credit to: Izuddin Shah bin Ismail
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#15 Tanda seseorang itu melakukan kerja ialah apabila ada kesilapan.
Apabila tiada kesilapan dikhuatiri dia tidak buat kerja. Dengan kesilapan itu dia akan belajar dan seterusnya mahir dalam tugasan tersebut
hatimu
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786
#14 Madu anugerah yang hebat
berbisnes bersama Shah Al Falah https://wa.me/60109020786