Shayrul Edzran
Hi..my name Shayrul Edzran im making vedio n photo about my journey my advanture dan all about peopl
SAFARI LAGOON..
waterpark atas bumbung roof top yang pertama di malaysia
org kl terutama area cheras pandan atau sekitar lembah klang mungkin dh tau n biase tengok bangunan terbengkalai tepi hiway kalau lalu hiway mrr2 cheras tu.
Pada kawan2 yang xtau atau xpenah dengar tentang theme park ni..ni skit secara ringkas kisah tentang water park atas bumbung ni .mula beroperasi pada tahun 1998.telah ditutup pada tahun 2007..pada tahun sekitar tahun 2005 seorg pekerja waterpark tersebut mati lemas sewaktu cuba mengambil barang pengunjung yang tenggelam didalam kolam dan mati lemas.
waterpark itu masih beroperasi sehingga tahun 2007 dan diarah kan tutup kerana didapati menjalankan operasi tanpa lesen..
dari waktu itu taman tema tersebut terus terbengkalai belasan tahun sampi sekarang..awal nya taman tema tu je yang tutup..bangunan masih beroperasi.ada kedai2 mall n econsave..tapi sekarang stu bangunan tu dah gelap usang terbengkalai..
kalau waktu tgh2 malam lalu situ lirik mata tgk atas bangunan mmg agak seram misteri gelap gelita...
nak tengok mcm mane keadaan taman tema tu mcm mane sekarang..bole la tgk vedio pendek klick link dibawah ni ye..
n jgn lupe click subscribe like n comment ya..tq 😘
https://youtu.be/q68rgxas73g
Keadaan Safari lagoon yang terbengkalai-Abandoned park Safari lagoon terletak di cheras pandan betul-betul berhadapan hiway mrr2.Keadaan Safari Lagoon yang terbengkalai sejak 2007, kali terakhir beroperasi tanpa ...
Penandangan indah Pulau Kapas Marang Terengganu
STAFF AIRLINES DI KLIA HARUS UPDATE TENTANG VISA NYANMAR
Assalamualaikum..
Lama aku rasa tak bersiaran haha..bagi menghormati waktu pkp ni..jadi malas nak cerita pasal travel takut nanti aku tak tahan 😅
Tapi buat mengisi waktu 'kepisangan' aku ni aku nak cerita sikit tentang visa ke Myanmar.
Negara Myanmar adalah negara satu-satunya negera Asean bagi pemegang pasport melaysia yang memerlukan visa. Visa berharga sekitar 50usd
Jenis aku p**a memang selalu 'last minute' decide kalau travel. Sebelum covid melanda Malaysia pertengahan febuary aku duk fikir2 mana nak pergi..fikir2 myanmar jd pilihan..aku search di En.google malaysia boleh VOA(visa on arival) so aku tak fikir banyak malam tu terus beli tiket pesawat ke yangon untuk malam esok.
Siap beli lalu aku try cari kenalan kat sana, aku bagitau aku nak ke sana esok...member p**ak memang orang malaysia tapi keje kt yangon.die tanye visa aku dah buat ke..aku cakap tak buat pn.aku nak VOA je sb tgk google, pasport malaysia bole VOA... member aku jawap 'ko ni berani2 betul buat macam tu aku yakin ko tak kan lepas dan akan sangkut dekat KLIA nnti.' aku ckp aku try je la dh beli.
Ini pertama kali aku ke myanmar melalui pesawat dan ke yangon..Aku pernah ke myanmar 2 kali sebelum ni tapi dua2 pn melalui jalan darat yaitu Taichilek dan khawtong dari border Thailand dan visa di sana harga 500baht sekitar rm50-rm60 la waktu tu..
Di pendek kan cite petang aku terus ke KLIA sebab flight aku malam..waktu nk chek in mmg seperti sahabat aku jangkakan mmg staff Lion Air die tak benarkan aku chek in sebab aku takde visa myanmar, walau aku dah cerita dah malaysian pasport bole VOA tapi tetap tak lepas.
Nasib baik memang aku dah ada plan B sebab dah diberi amaran awal, aku ke airport pun awal..sahabat aku email doc keje die dan dan company smua..aku tukar kan ke nama sempat aku. sempat print di KLIA.
korang bole pegi ke depan 7eleven, level sama kita chek in tu, kat situ ade kedai serbaneka yang ada perkhimatan print document. tapi harga die mmg korang bole agak la kat KLIA katekan..download sekeping form dari myanmar embassy punye web dan print doc dari sahabat aku tu dalam 12keping n fotostat pasport sekeping total ada la dalam 14 keping cost dalam rm30 lebih juga la abis..print sahaja..😅..so aku ckp aku pergi urusan kerja .(bohong sunat) so aku pendek kan cerita berjaya la dapat tiket aku dan fly ke Yangon
Ok paling best nak cite sampai di Yangon airport..turun je pesawat masuk ke dalam sebelum ke kaunter imigresen..korang akan nampak kaunter VOA kt sebelah kiri .urusan die sangat mudah sebenarnya..kebetulan tak ramai orang ke apa..tp setau aku kaunter VOA mane2 negara mmg sepi.urusan die sangat2 lah mudah..ko bagi pasport ko, gambar passport 2 keping, dan duit 50usd tak sampai 5 minit dh siap tepek visa kt pasport korg dan selesai korang bole mulakan journey korang..
Mohon visa VOA ke myanmar ni sebenarnya lagi mudah dan lagi jimat..korang tak perlu nak bayar runner fee..atau korang jenis s**a buat sendiri tak perlu nk ke ofis die kat KL.masa pun tak rugi..tak penat nk parking bagai. cume aku tak tau kenapa staff airline kite tak bagi kite masuk.
*just nk share VOA visa kerja (business) dan visa tourist harganya adalah sama 50usd.
pls subscribe to my channel supaya aku lebih semangat lagi buat vedio suam2 kuku aku ni ya..😆
terima kasih Assalammuallaikum..
https://youtu.be/b-UAc3Q3NUE
parsi part2
hi ..1st thing aku nk ucap thanks kt korg yg sudi follow page aku n cerita aku ni ye..tq so much u all..
ok kali ni aku nak cerita sesuatu yang agak penting tentang mata wang Iran dan berbelanja di negara Iran sebagai panduan kalau korang nak kesana 1 hari nanti...
Okeh.. aku org malaysia..setahu aku kita mmg tak dpt nk tukar duit Iran kt malaysia ni..Mane2 money changer mmg takde..
ok,dan seperti aku mention cerita part 1 yang lepas...kad atm kita atau visa kad mmg atau apa2 sistem kewangan barat kta tak bole guna...visa master card bagai...
cara die hanya bole tukar ke USD atau EURO dr kl ni..dan smpi kt airport sana atau di kota tehran..baru tukar ke duit iran iaitu RIALS..dorg hanya accept 2 currency tu je....
TETAPI..kene ingat 1 pekara penting aku rase korang patut tau....pasti kan korg tukar tak terlalu banyak..agak2 bajet2 lah korg nak nak berbelanja b*k mane dan tukar berapa...sebab..korg bole tukar duit usd euro ke rials..tapi bile korang dah nak balik..nak tukar balik rials ke usd..dorg dh tak terima...hahahah.....takde mana2 money changer kt airport imam komeini tu nak ambik duit rials balik..so bawak la balik malaysia duit tu buat ole2...hahaha..
Apa yang aku perasan kat kota tehran aku memang tak nampak kedai2 money changer mcm kita biase nampak kat negara kita ..dia ada orang2 persendirian mcm ulat2 tu,die duduk di tempat2 tertentu contoh tmpat shopping...tampat2 banyak kedai..biasenya driver2 teksi kenal diorg yang bole tukar duit ni..aku tukar 100usd sampi2 kt airport dan kt bandar tehran aku tukar lg 100usd esok harinya
Ok,1 lagi pekara korang kene hati2 dan faham jelas waktu nego2 harga.di iran ni diorang ada guna 2 currency tau...iya itu RIALS matawang rasmi negara Iran dan 1 lagi TOMAN...toman ni adalah duit lama Iran tapi ada sesetengah tempat atau luar bandar kampung atau orang2 lama masih guna matawang toman ni..beza toman ni adalah x10 lebih besar..kalau aku tak silap tak lupa....10 000toman bersamaan 100 000rials..memang kene hati2 hal ini.kerana aku tak pernah kene,,tapi aku ada terbaca 1kes ade pelancung nego2 dgn teksi atau pemandu atau pakage tertentui atau apa aku dh lupa .. contoh kes deal 100 000 pelancung merasakan 100 000rials murah dan setuju...bila sampai masa bayar die cakap itu harga tu dalam toman..kalau rial dah 1000 000 rials...so make sure mase nego2 deal tu tanya itu dalam rials atau toman...kerana masih ramai yang guna toman tu...
Kos belanja di Iran ni bagi aku sangat murah...antara negara yang sangat murah belanja kalau travel ke sini..terutama nya segi kos pengangkutan teksi bas train mrt dan kereta sapu..
dari kl aku tukar 4ratus usd sekitar rm1200 dan bile smpai KL aku kira2 aku cuma belanja kan sekitar rm700 je..tak abis guna pun...termasuk aku beli barang leather buat ole2.aku beli wallet dan handbag kat airport..aku beli tu kira terpaksa beli lah juga..sb duit yang tak habis guna tak bole tukar balik..hahaha...so kire aku habis rm150 gak la kat airport tu beli barang leather dan sekitar rm20 la makan2 kt airport
DI Iran ni aku rasa hotel je la agak mahal sikit..tu pun takde lah mahal mana...area rm100 dan keatas la...sebab aku dah biase travel solo amik hotel area asian ni puluh2 rm je...hahaha...skali kene hotel rm100-150 aku rasa mahal plak...haahaha..ye la duk sorang2 je pun...
makan transport shopping lain2 smua murah sebab minyak kat negara Iran ni tak silap aku rm0.80 je mm tu...
OK lah cukup lah hari ni tentang belanja dan duit iran..kalau apa2 yang korang nak tau yang aku tak terfikir tak story kat sini korg bole tanya kat ruang komen ya..
mcm biase lah pls like follow n share ya untuk cerita selanjut nya tentang Iran part 3 nanti aku kan ceritakan tentang masyarakat iran dan juga tentang ramai yang tanya kan aku agama mereka iya itu syiah...insyaallah aku sambung part 3 nnti....
thanks wassalam..
PARSI
Baru-baru ni berita dunia kecoh tentang Iran akan berperang dgn Amerika
kebetulan hangat cerita tentang negara parsi ni...hari ni aku nk share pengalaman aku di iran bulan april lalu
sesiapa yg pernah ke Iran pasti akan merasakan sama seperti pengalaman aku..haha...
seblum berangkat..aku dihujani soalan2 dari family dan kawan sekeliling aku.'nak buat apa kat iran tu?tak bahaya ke?itu bukan negara perang ke?selamat ke nak jalan2 kat sana?
wah btul ke seram juga aku masa tu...1st time p**ak..sorang2 p**ak...
okeh..setelah aku berada disana semiggu lebih berseorangan dan pergi ke beberapa tempat aku lawati TEHRAN ESFAHAN KASHAN SHIRAZ dan ABYANEH..Pendapat aku kalau ikut pengalaman negara2 yang dh aku pergi IRAN adalah ranking negara paling selamat dan paling mesra bagi aku selain indonesia..
indonesia kelebihanya sebab bahasa dan komunikasi kita sama dan mudah..maka kita rasa senang dan cepat mesra
special tentang Iran adalah bahasa dan komunikasi kita totally berbeza dan susah nk berkomunikasi.sebab rata2 masyarakat Iran tidak berbahasa english..ada tapi sangat lah jarang la kita nk jumpe yang boleh berbahasa english
di Iran ni,tapi mereka sangat2 lah ingin membantu.. mmg mereka menolak apa saja sistem yang digunakan negara barat terutaman Amerika..seperti KAD VISA apa lagi amex haha..so jgn harap la korang nk cucuk ATM atau swap kad visa korg kt sini....TETAPI....haha
tetapi..apa aku rasa kelakar tentang travel ke iran ni..dari kl mmg korg tak kan dpt tukar matawang iran di mana2 money changer pun...so macam mana? korang kene tukar matawang euro atau US dolar..dan sampi kt iran nanti atau kt airport tehran nanti korg boleh tukar duit dia..dan mereka hanya menerima matawang USD dan EURO sahaja.lawak kan....hahaha..
cuaca kt di iran ni di bulan april dingin sejuk..dan ada beberapa daerah luar yang turun salji..so mmg sedap2 la kalau tanye ke iran bulan2 mcm ni...
okeh..lps ni aku akan sambung tentang masyarakat Tehran..dan aku akan ceritakan tentang daerah2 luar seperti ESFAHAN ABYANEH SHIRAZ yang sgt menarik...
harap korg pls like n follow my page untuk sambungan cerita dan vedio selanjutnya..thanks ..
Lebih kurang 70km dari kota malang jawa timur..perjalanan naik motor hampir 3 jam juga la..ada 1 air terjun nama air tejun tu TUMPAK SEWU..
Air terjun dieeb cantik gile..besar...tp nk turun ke bawah tu...fuh..!bapak la curam tangganya..kalau korang berani korang turun la...and kalau nak turun kebawah pastikan fitness cukup,,hahaha,,takut nanti dah turun tak larat nak naik balik....hahaha
Hi smua.. Arini nk share gunung berapi bromo view from the sky.. Harap korg smua enjoy.. 😉
Suasana kampung warna warni Jodipan, Malang jawa timur.
Kalau kemana2.. Untuk dapat kan sport camera yang cantik tu disebalik tabir nya bukan mudah..adalah kala cape lelah.. Adakala bahaya... 😅 Apa pun yang penting setelah susah payah itu.. Bila lihat hasil foto nya kta masih bole tersenyum...
Antara keunikan kota malang adalah kampung warna-warni Jodipan.. Yang hanya beberapa min je jalan kaki dari stasiun keretapi malang..
Masuk ke kampung warna-warni Jodipan nya korg hanya perlu bayar 3ribu rupiah(rm1 mcm tu la) tak mahal pn ok la utk tambah2 ekonomi pemduduk kampung..
Utk dpt kn spot ber gamba yang cantik.. Aku cadang kan korg naik ke rail jambatan keretapi tu.. Tp bahaya la skit nk memanjat.. Kt situ view bergamba cantik...
https://youtu.be/rD_kPkiLuB8
Bromo mountain from the top..
https://youtu.be/Rn5j0xp8fAw
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
SA 37-G, Lorong Pandan Pertama 3, Pandan Utama
Ampang, 68000
any people wan repair ur car can contact me...exp;tinted,alarm system,audio system,bodykit,sparepart
Ampang, 50000
ইয়্যা-কা না’বুদু ওয়া ইয়্যা-কা নাসতাই’-ন Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir”
22 Jalan Memanda 4 , TAMAN DATO AHMAD RAZALI
Ampang, 68000
Yabam Cari Rezeki Yang Halal .Yabam nak Bersahabat .
Ampang
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pengerusi JKP Zon 6. Ketua Skuad Angkatan Muda Keadilan
Kuala Lumpur
Ampang, 68000
Retired Police Officer Polis Diraja Malaysia 60's Content Sharing
Kuala Lumpur
Ampang, 53100
Hot 🔥 short movies for public figure so like ,shar and follow my page because you see my next movies
Ampang
This page was created on behalf of the family of the late Tan Sri G.K. Rama Iyer as a place to post
DaGang Avanue
Ampang, 68000
LOAN KEDAI GUARANTI LULUS 100%, HANYA PERLUKAN IC, LESEN & DEPOSIT SAHAJA ‼️‼️