PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang

Kami Menyokong Kepimpinan Ulamak

04/12/2023

Alhamdulillah selesai sesi futsal bersama Pemuda PAS Ampang.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 25/11/2023

Alhamdulillah jamuan makan bagi meraikan petugas-petugas PAS PRN 15.

Dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi dan seterusnya mengadakan bacaan doa.

Terima kasih kepada para petugas yang telah bertungkus lumus memerah keringat semasa pilihanraya yang lepas. Terima kasih juga kepada para sahabat yang hadir jamuan pada malam ini khususnya yang memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan serta tuan rumah yang menyediakan kemudahan bagi tujuan jamuan malam ini.

Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan dan harapan agar semakin bertambah ahli baru bagi membantu PRU16 4 tahun akan datang.

Photos from Pemuda PAS Ampang's post 19/11/2023

Ayuh sahabat2 sekalian.

15/11/2023

Hijaukan bumi Malaysia hari ini. Ayuh sahabat-sahabat semua.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 14/11/2023

Mesyuarat bulanan dan jamuan ringan.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 04/11/2023

Menambah ilmu untuk kelancaran gerak kerja jemaah InsyaAllah.

03/11/2023

Usrah Bulanan Cawangan oleh Ust Asmadi dari Dewan Ulamak PAS Pandan.

28/09/2023

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam kita bersama dalam menegakkan sunnah Rasulullah SAW sepanjang hayat.

Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan berslogan mencintai Rasulullah.

Akan tetapi gembirakanlah Nabi Muhammad SAW dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan Baginda SAW, serta meninggalkan larangannya dan berusaha menghalang segala perkara yang dibenci oleh Baginda SAW.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah SAW dan beroleh cinta Allah SWT dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1445H.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

12 Rabi'ul Awwal 1445H / 27 September 2022

22/09/2023

Hujan Rahmat pagi ni. Semoga dipermudahkan urusan buat semua.

16/09/2023

Selamat menyambut Hari Malaysia 2023 buat semua rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2023 buat semua rakyat Malaysia.

12/09/2023

Minda Presiden PAS.

Minda Presiden PAS

SIAPA JUAL AGAMA?

BERSAMA KETERBUKAAN DAP MENENTANG ISLAM

Penganut Islam yang setia menjunjung Islam yang paling mulia tidak mampu dijual beli kerana Islam ialah kurniaan Allah SWT yang tidak boleh diletakkan harga.

Hanya kalangan yang jahil tentang Islam sahaja yang meletakkan harga dan nilai yang sama dengan barangan, dan bercakap seolah-olah adanya jual beli agama.

Hakikatnya, Islam ialah cahaya petunjuk Allah SWT yang memandu perjalanan hidup manusia. Allah SWT berfirman kepada Ahli Kitab yang meninggalkan kitab-Nya:

﴿يَـٰٓأَهْلَ ٱلۡكِتَٰبِ قَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ كَثِيرٗا مِّمَّا كُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖۚ قَدۡ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٞ وَكِتَٰبٞ مُّبِينٞ١٥ يَهۡدِي بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ١٦﴾

“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya, telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak daripada isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (p**a yang) dibiarkannya. Sesungguhnya, telah datang kepadamu cahaya daripada Allah, dan Kitab yang menerangkan. (15) Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu p**a) Allah mengeluarkan orang-orang itu daripada gelap-gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (16)” [Surah al-Ma’idah: 15-16]

Ayat ini ditujukan kepada kalangan Ahli Kitab yang melakukan penyelewengan terhadap kitab Allah yang diwahyukan kepada para rasul. Sedangkan, kitab itu adalah sempurna dalam semua aspek peranan manusia di alam dunia, termasuklah peranan berpolitik, berekonomi dan semuanya.

Maka, al-Quran wajib dijadikan petunjuk sepanjang jalan, supaya perjalanan hidup dalam segala aspek tidak terpesong atau dipesongkan, sesat atau disesatkan. Namun, kini kita melihat bagaimana agama Islam dipotong dan dikerat ajarannya oleh musuhnya sehingga menjadi agama yang tidak sempurna dan cacat.

Kini, kita menghadapi zaman apabila para m***i tidak dibenarkan memberi fatwa dalam urusan politik kerana katanya politik bukanlah sebahagian daripada urusan agama Islam. Adapun orang politik p**a diharamkan memberi fatwa kerana tiada tauliah untuk berfatwa. Keadaan ini menunjukkan betapa al-Quran yang sempurna telah dikoyakrabakkan mengikut kehendak penjajah dan berterusan hingga sekarang.

PAS menjadikan al-Quran sebagai petunjuk sepanjang perjalanannya sehingga kini, termasuk untuk melihat dan menilai suasana politik semasa.

PAS nampak dengan jelas keterbukaan DAP dalam menentang Islam, sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Penting untuk kita fahami bahawa adanya beza antara konsep perbezaan pandangan dengan penentangan, dua pendekatan yang tidak sama. Oleh sebab itu, Islam mengambil pendekatan yang berlainan terhadap dua perkara tersebut.

Sebagai contoh, konsep tiada paksaan untuk menganut agama, hal ini menunjukkan Islam menerima kewujudan perbezaan yang lahir daripada fitrah manusia yang berakal. Islam tidak memaksa manusia yang berakal, terp**ang kepadanya untuk menggunakan akalnya dengan betul atau salah. Orang yang tidak berakal dianggap tidak mukallaf, maka tidak dibebankan kepadanya tanggungjawab dosa dan pahala. Firman Allah SWT:

﴿لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ...٢٨٦﴾

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...” [Surah al-Baqarah: 286]

Taklif ialah dibebankan dengan suatu kewajipan dan tanggungjawab dengan syarat memiliki kemampuan, termasuk kemampuan akal untuk memilih agama. Maka, tiada paksaan dalam beragama. Adapun agama p**a menentukan antara perkara yang benar dan salah dalam semua urusan manusia.

Islam mewajibkan syarat ikhlas dengan rela hati tanpa paksaan bagi penganutnya. Maka, Islam menetapkan bahawa tiada paksaan dalam beragama, lalu diizinkan penganut berbagai-bagai agama dan kefahaman untuk mengamalkannya.

Firman Allah SWT:

﴿لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ٢٥٦﴾

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu sesiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh kepada simp**an tali (agama) yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 256]

Firman Allah SWT:

﴿وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَأٓمَنَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ كُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ تُكۡرِهُ ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ٩٩﴾

“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang ada di muka bumi seluruhnya. Maka, apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” [Surah Yunus: 99]

Adapun pendekatan menentang adalah apabila melakukan tindakan perlawanan yang boleh membawa kepada permusuhan secara melampau, sehinggakan mengheret umat supaya meninggalkan Islam daripada ajarannya dan meninggalkan pegangannya yang asal.

Allah SWT berfirman bagi membezakan dua pendekatan dalam hubungan dengan bukan Islam, antara keadaan yang diizinkan dengan yang diharamkan. Firman Allah SWT:

﴿لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ٩﴾

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu sebagai kawanmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT memberi keizinan untuk mengadakan hubungan walaupun terdapat perbezaan, dengan syarat saling menghormati hak masing-masing. Sebaliknya, diharamkan mengadakan hubungan apabila bersikap melampau, sehingga menentang dengan cara tindakan politik dan lain-lain.

DAP menunjukkan penentangannya terhadap Islam secara terang-terangan dalam undang-undang tubuhnya iaitu menegakkan sekularisme yang bertujuan menghapuskan kedudukan Islam dalam pemerintahan negara. Sesungguhnya, fahaman sekularisme adalah bercanggah dengan firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya), dan Ulu al-Amra (umara’ dan ulama’) antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]

Ayat di atas menegaskan bahawa Islam seharusnya berada pada kedudukan tertinggi dalam negara. Akan tetapi, sekularisme merendahkan Islam sehingga menghapuskannya daripada berperanan dalam negara. Ia merupakan ajaran Injil yang telah diselewengkan daripada Islam yang dibawa oleh para rasul, sepertimana yang disebutkan dalam petikan berikut:

“Render unto Caesar the things which are Caesar's, and unto God the things that are God's.”

“Serahkan urusan kerajaan kepada raja (manusia), dan serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan.” (Matthew 22: 21)

Sheikh Mustafa Sabri, M***i Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang terakhir; Sheikh Muhammad al-Khidr Husain, Rektor Universiti al-Azhar; Sheikh Abdul Aziz bin Baz, M***i Arab Saudi; dan lain-lain, telah menegaskan bahawa sekularisme ialah ajaran sesat.

Adapun DAP masih bertegas untuk berpegang dengan konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menghapuskan konsep kebangsaan. Sedangkan, Allah SWT menegaskan soal kewujudan bangsa, warna kulit dan bahasa yang berbeza dengan hikmah-Nya. Firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ١٣﴾

“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, lalu menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antaramu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Firman Allah SWT:

﴿وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ٢٢﴾

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan langit dan bumi serta berbeza-beza bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” [Surah al-Rum: 22]

DAP secara terbuka menentang kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS kerana telah bertindak mengharamkan arak dan judi, walaupun ia dilaksanakan kepada umat Islam sahaja tanpa gangguan terhadap hak bukan Islam yang dibenarkan oleh agama mereka.

Selain itu, DAP dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) juga cuba menentang pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali RUU 355. Sedangkan, ia hanyalah bertujuan menukarkan hukum sebatan mengikut undang-undang sivil yang menyeksa dan mencederakan, kepada hukum Islam dengan sebatan yang mendidik tanpa mencederakan jasadnya.

Bahkan, DAP juga secara terbuka membantu dan membela orang Islam yang murtad yang dikira penjenayah dalam hukum Islam.

Setiausaha DAP, Anthony Loke, secara terbuka membuat kenyataan mempertahankan Perlembagaan DAP yang masih ada. Seterusnya, cuba mengheret penganut Islam supaya berjuang bersamanya.

Dalam pada itu, DAP secara terbuka merancang strategi politiknya untuk berkuasa dengan menarik kalangan Muslim yang jahil menyertainya. Sehinggakan, mereka meletakkan calon di kawasan majoriti Islam untuk menarik sokongan Melayu Islam kepada perjuangannya yang menentang Islam, walaupun DAP menerima kerjasama dengan parti yang lain, termasuk PAS.

Adapun PAS mengambil pendekatan damai dengan sesiapa sahaja, termasuk kalangan bukan Islam dengan tujuan memperkenalkan Islam tanpa berganjak daripada prinsip dan hukum-hukum yang nyata daripada al-Quran, Sunnah, Ijmak ulama’ dan Qiyas yang termaktub dalam Perlembagaan PAS.

PAS membuat keputusan berpisah daripada DAP (sama ada DAP membuat keputusan atau PAS sendiri membuat keputusan), berpandukan nas al-Quran yang nyata dan tidak berhajat kepada fatwa sesiapa pun daripada kalangan m***i dan sebagainya. Perkara nas yang nyata ini difahami oleh ahli-ahli biasa PAS, bukan sahaja ahli Majlis Syura Ulamak yang berilmu tinggi dalam membuat keputusan dan arahan.

Hanya mereka yang jahil agama atau mengejar kepentingan dunia sahaja yang boleh menelan perkara yang sangat salah mengikut ajaran Islam ini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Safar 1445 / 11 September 2023

[Bil: 76 / 2023]

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 30/08/2023

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 66.

Pemuda Pas Selangor desak siasatan terperinci skandal INSAN 24/08/2023

Pemuda Pas Selangor mendesak siasatan terperinci dijalankan terhadap skandal Skim Insuran Am Selangor (INSAN) yang didakwa rakyat Selangor didaftarkan di dalam skim itu tanpa izin penerima.

Pemuda Pas Selangor desak siasatan terperinci skandal INSAN SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendesak siasatan terperinci dijalankan terhadap skandal Skim Insuran Am Selangor (INSAN) yang didakwa rakyat Selangor didaftarkan di dalam skim itu...

17/08/2023

Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051
(WINS 2051)

Sebuah wawasan menuju 100 tahun penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pemikiran Tuan Guru Presiden PAS dalam merangka wawasan ini menjangkaui politik pilihan raya. Bukan untuk mendapat kerusi semata, bukan untuk mengambil alih negeri semata.

Lebih dari itu, inilah peta jalan yang panjang untuk mewujudkan negara Malaysia sejahtera, teguh terbangun berlandaskan model Islam yang lengkap dan sempurna.

Fasa Utama pelaksanaan matlamat WINS 2051:

1. FASA PERTAMA 2018 - 2030

Menekankan pendekatan transformasi ke arah menyelesaikan masalah yang membelenggu negara. Dinamakan sebagai program Transformasi Negara Sejahtera.

2. FASA KEDUA 2031 - 2040

Membangunkan Malaysia memacu menuju negara maju dan sejahtera mengikut acuan Islam yang adil untuk semua selaras peruntukan Perlembagaan bahawa Islam Agama Persekutuan dan majoriti rakyatnya beragama Islam.

3. FASA KETIGA 2041 - 2051

Melonjakkan negara sebagai pemimpin dunia sesuai dengan cita-cita perjuangan agar tertegaknya negara yang mengamalkan prinsip Islam yang adil dan saksama untuk semua manusia.

Jalan ini masih panjang, kemenangan demi kemenangan mesti dicipta untuk mendukung cita-cita besar ini hingga sampai kepada kejayaan menegakkan sepenuhnya sebuah negara Islam.

Sehingga itu ahli mesti kekal berusaha untuk isitiqamah dalam jalan yang panjang ini, sedia berkhidmat dan setia teguh di belakang kepimpinan Tuan Guru Presiden PAS.

Malaysia Sejahtera.

Zurk Ahmad
Ketua Pengarah,
Jabatan Penerangan PAS Pusat

17 Ogos 2023

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 14/08/2023

Alhamdulillah. Terima kasih kepada para petugas yang telah memberi kerjasama membantu gerak kerja sejak hari penamaan calon sehingga mencabut bendera dan mengemas khemah UDM kita. Gabungan otai dan anak-anak muda kalini memeriahkan suasana sepanjang 2 minggu berkempen. Dalam mencari kemenangan di dunia kita selitkan mencari bekalan di akhirat. InsyaAllah, semoga ukhwah ini akan kekal demi perjuangan Islam.

Tahniah kepada 22 Adun Selangor dari Perikatan Nasional yang memenangi PRN 15. Alhamdulillah peningkatan yang membanggakan bagi Perikatan Nasional seluruh 6 negeri.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 14/08/2023

Meeting postmortem UDM Lembah Jaya Utara bagi PRN 15 yang baru selesai. Alhamdulillah berjalan lancar. Terima kasih semua ahli2 yang hadir.

12/08/2023

Selamat menunaikan tanggungjawab pada hari ini buat sahabat-sahabat semua. Jangan lupa bagi Dun Lembah Jaya N20 pangkah Cikgu Sharifah dari Perikatan Nasional Ampang.

11/08/2023

Warga Dun Lembah Jaya N20. Jangan lupa pangkah calon Perikatan Nasional Cikgu Sharifah.

Terima kasih kepada semua warga Lembah Jaya. Walaupun saya tidak dapat berjumpa dengan semua kerana tempoh berkempen yang singkat ini, tanda ingatan dan sokongan tuan puan secara langsung atau pun tidak langsung amatlah saya hargai. Begitu juga mereka semua yang berikan sokongan di semua platform media sosial.

Jangan lupa undi Calon No 2 esok untuk Lembah Jaya.

Terima kasih.

Saya Cikgu Sharifah
Sedia berkhidmat.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 09/08/2023

Gerak kerja 8.8.23. Meeting PACA dan meneruskan kerja-kerja memasang bendera.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 07/08/2023

07.08.23. Alhamdulillah berbaki 4 hari sahaja lagi sebelum hari mengundi, gerak kerja masih lagi di teruskan oleh sahabat-sahabat yang hebat-hebat ini. Selesai Ceramah Perdana terus sambung kerja-kerja memasang bendera. Terima kepada semua penyumbang tenaga. Teruskan keyakinan dan kepercayaan kepada perjuangan ini.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 07/08/2023

CERAMAH PERDANA PERIKATAN NASIONAL AMPANG
N20 LEMBAH JAYA

📆Tarikh: 06 OGOS 2023 (RABU)
⏰Masa: 09.30 MALAM
📍Lokasi: MARKAZ INDUK PEMUDA PN, AMPANG WATERFRONT3

🎤Penceramah:
1. TN HJ KHASIM ABD AZIZ - TIMB PENGERUSI PN AMPANG/YDP PAS AMPANG
2. CIKGU SHARIFAH - CALON NO 2 N20 LEMBAH JAYA
3. PN SASHA LYNA - CALON NO 2 N19 BUKIT ANTARABANGSA
4. TN KHAIRIL NADZIR HELMI - KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
5. DATO ISKANDAR ABD SAMAD - BENDEHARI PAS PUSAT
6. YB DATO AZMAN NASRUDIN - MP PADANG SERAI

07/08/2023

Ayuh sahabat2 turun ke tapak ceramah di Markaz Induk Pemuda Perikatan Nasional Ampang. Kalau tidak berkesempatan boleh join live.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 06/08/2023

Alhamdulillah selesai Konvoi Perikatan Nasional Ampang petang tadi. Bermula dari Markaz Induk Pemuda Perikatan Nasional Ampang - Bukit Antarabangsa - Jln Kolam Air Lama - Taman Rasmi - Bukit Indah - Bandar Baru Ampang - Sri Nilam - Tasik Permai - Bukit Ampang - Ampang Saujana - Lembah Jaya Selatan - Lembah Jaya Utara - Markaz Induk Pemuda.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 05/08/2023

Gerak kerja 6.8.23. Meneruskan kerja-kerja memasang bendera di sekitar Bukit Sungai Putih dan Padang Belia. Terima kasih kepada semua petugas yang turun membantu setiap hari.

05/08/2023

JANGAN LUPA YE TUAN-TUAN!J JOM HADIR BERAMAI-RAMAI DAN JEMPUT SEMUA KENALAN ANDA DI LEMBAH JAYA UNTUK HADIR BERSAMA.

CERAMAH PERDANA PERIKATAN NASIONAL AMPANG
N20 LEMBAH JAYA

📆Tarikh: 07 OGOS 2023 (ISNIN)
⏰Masa: 09.30 MALAM
📍Lokasi: MARKAZ INDUK PEMUDA PN, AMPANG WATERFRONT3

🎤Penceramah:
1. TN HJ KHASIM ABD AZIZ - TIMB PENGERUSI PN AMPANG/YDP PAS AMPANG
2. CIKGU SHARIFAH - CALON NO 2 N20 LEMBAH JAYA
3. DATO ISKANDAR ABD SAMAD - BENDEHARI PAS PUSAT
4. YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI - MP KUALA LANGAT
5. YB DATO AZMAN NASRUDIN - MP PADANG SERAI
6. TN KHAIRIL NADZIR HELMI - KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Semua jentera dan penyokong dijemput hadir!

🔊LIVE Broadcast: 👇👇👇👇

1️⃣ Tiktok Cikgu Sharifah
https://tinyurl.com/TTCikguSharifah

2️⃣ Facebook Cikgu Sharifah
https://www.facebook.com/CikguSharifahN20

LIKE | SHARE | COMMENT

JOM FOLLOW!
💙🤍💙🤍💙

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 05/08/2023

Calon Dun Lembah Jaya N20 Cikgu Sharifah dari Perikatan Nasional Ampang beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung pasar Malam Desa Lembah Permai.

03/08/2023

Ayuh sahabat2 Ampang sekalian. Turun bersama-sama untuk Konvoi Perikatan Nasional Ampang pada 6 Julai 2023(Ahad ini). Kita berkumpul di Markaz Induk Pemuda di Ampang Waterfront bersebelahan dengan Restoran KawD.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 02/08/2023

Alhamdulillah. UDM Lembah Jaya Utara meriah malam ni! Terima kasih kepada para penceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar, YDP PAS Titiwangsa Ust Suhaimi Bin Aziz, Ahli Parlimen Kuantan YB Wan Razali Bin Wan Nor, YDP PAS Ampang merangkap mantan Adun Lembah Jaya Hj Khasim Abdul Aziz, Calon Perikatan Nasional Dun Lembah Jaya N20 Cikgu Sharifah . Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan kepada calon. InsyaAllah kemenangan berpihak kepada calon kita pada 12hb Ogos nanti. Terima kasih juga yang join live tadi.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 02/08/2023

Lokasi ceramah pada 9.30 malam ini. Jemput hadir semua warga Ampang.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 02/08/2023

Assalamualaikum warga Ampang sekalian. Ayuh kita bersama-sama turun pada MALAM INI bagi mengetahui isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh para penceramah dan juga memberi sokongan padu kepada calon No 2 Dun Lembah Jaya N20 kita iaitu Cikgu Sharifah dari parti Perikatan Nasional dengan menghadiri ceramah di UDM Lembah Jaya Utara berhadapan dengan flat B2 Desa Lembah Permai(Bukit Belacan). Perjuangan ini memerlukan sokongan dari sahabat-sahabat semua. Ayuh kita turun beramai-ramai pada 9.30 malam ini. InsyaAllah jika tiada halangan Live juga akan dibuat pada malam ini. Mohon sokongan dari sahabat-sahabat semua. InsyaAllah.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 01/08/2023

Gerak kerja 1.8.23. Sambung kerja2 memasang bendera di sekitar Lembah Jaya Utara serta menerima lawatan dari Calon Perikatan Nasional Dun Lembah Jaya N20 Cikgu Sharifah .

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 01/08/2023

Kehadiran calon Perikatan Nasional bagi lawatan di Dun Lembah Jaya N20. Cikgu Sharifah di UDM Lembah Jaya Utara.

01/08/2023

Kehadiran calon Perikatan Nasional bagi lawatan di Dun Lembah Jaya N20. Cikgu Sharifah di UDM Lembah Jaya Utara.

01/08/2023

MasyaAllah. Sepoi2 angin malam ni. Cantik kibaran bendera2 mengikut arus angin.

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 01/08/2023

WAU Perikatan Nasional di naikkan UDM Lembah Jaya Utara. Begitu bersemangat sahabat2 kite.

Photos from Perikatan Nasional Selangor's post 01/08/2023

Calon-calon Perikatan Nasional Selangor yang kita tampilkan bukan kaleng-kaleng geng!

Ada yang daripada kalangan doktor, peguam, pensyarah dan yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor pun ada.

Yang pasti, mereka semua bersih dan stabil. Itu yang kita mahukan.

Jom kita tengok infografik di bawah.

31/07/2023

KENYATAAN MEDIA

𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗜 𝗣𝗥𝗨 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯

PAS mengarahkan semua ahli dan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat terus bergerak dengan komitmen yang paling maksima untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Ke-15 yang melibatkan enam (6) negeri dan juga Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu serentak pada 12 Ogos 2023 nanti.

Sehubungan dengan itu adalah diingatkan semua pemimpin dan Ahli PAS dikehendaki taat dan patuh kepada segala arahan dan perintah Parti terutama oleh Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan khususnya Jabatan Pilihan Raya PAS dalam tempoh Pilihan Raya ini.

Secara tegasnya sebarang tindakan yang menyalahi dan merugikan Parti adalah suatu kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan sehingga dipecat dari Parti. Ini termasuklah sebarang tindakan seumpama menjadi Calon atau menyokong Calon selain daripada Calon Perikatan Nasional.

Justeru PAS mewajibkan semua ahli-ahli dan penyokong PAS agar keluar mengundi seawalnya pada Hari Mengundi kelak dan memberikan undi kepada Perikatan Nasional.

Selain itu sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan khususnya dalam tempoh Pilihan Raya ini.

PAS yakin dengan perjuangannya yang berteraskan Islam serta hala tuju yang jelas demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara yang digerakkan bersama Gabungan Perikatan Nasional akan terus diberikan mandat untuk mara berkhidmat kepada negara dan rakyat jelata di peringkat negeri dan negara.

"MALAYSIA SEJAHTERA”

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 27 Julai 2023/9 Muharram 1445

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Alhamdulillah selesai sesi futsal bersama Pemuda PAS Ampang.#PemudaPAS#pascawanganlembahjayautara#pascawanganbukitsungai...
Hujan Rahmat pagi ni. Semoga dipermudahkan urusan buat semua.#pascawanganlembahjayautara#pascawanganbukitsungaiputih#Pas...
Kehadiran calon Perikatan Nasional bagi lawatan di Dun Lembah Jaya N20. Cikgu Sharifah di UDM Lembah Jaya Utara.#Perikat...
MasyaAllah. Sepoi2 angin malam ni. Cantik kibaran bendera2 mengikut arus angin. #PerikatanNasional#PNtetapBEST#SelangorB...
Penamaan Calon Dun Lembah Jaya N20.Calon yang bertanding Perikatan Nasional Cikgu Sharifah. Calon No. 2. Pastikan sahaba...

Website

Address

Ampang
68000

Other Political Parties in Ampang (show all)
Parti Bangsa Malaysia Ampang Parti Bangsa Malaysia Ampang
No G2 & 3A Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya
Ampang, 68000

PBM menetapkan 6 teras utama perjuangan iaitu: 1. Kuasa Pelbagai Kaum 2. Kuasa Wanita 3. Kuasa Anak Muda 4. Ekonomi 5. Pendidikan 6. Teknologi

Perikatan Nasional Taman Dagang Perikatan Nasional Taman Dagang
Taman Dagang
Ampang, 68000

PERIKATAN NASIONAL TAMAN DAGANG AMPANG

Cawangan Tmn Nirwana Fasa 1 Cawangan Tmn Nirwana Fasa 1
Jalan Nirwana 14, Taman Nirwana
Ampang, 68000

United Malays National Organisation

PAS Ampang PAS Ampang
47, Jalan DaGang 8, Taman Dagang Jaya
Ampang, 68000

PAS Kawasan Ampang

Perwira Bersatu Perwira Bersatu
Ampang, 68000

Kami adalah anak muda Malaysia yang menyokong penuh perjuangan Tun Dr. Mahathir menolak kepimpinan N