Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007
690890-K & KPK/LN:5007
Specialized in series group departure,Ground
Arrangement FIT & GIT,Umrah Package &
Ticketing.
16 years experience
🤩Antara episod berbayar yang musti dilawati pabila bertandang ke Queenstown, New Zealand.. Panorama yang tidak menipu keasyikannya tatkala siang berlampu atau malam tersipu menghadap Lake Wakatipu yang menyapu jiwa yang tepu, mengampu pada pemilik kalbu.. Gituuu🤩🤩
😘Selain dari Skyline GONDOLA Queenstown yang akan dilawati dalam pakej NEWZEALAND 16 November 2024 ini, tempat tumpuan lain yang sudah termasuk dalam harga pakej ialah :
🐝Hobbiton Movie Tour Ticket di Matamata (termasuk tiket)
🐝Skyline Gondola di Queenstown (termasuk tiket)
🐝Milford Sound Cruise+ Halal Lunch – (termasuk tiket)
🐝Christchurch Tram Ride (termasuk tiket)
🐝Whakarewarewa Maori Village (termasuk tiket)
🐝Agrodome Farm & Animal Show (termasuk tiket)
🐝Huka Falls (termasuk tiket)
🐝Afternoon Coffee/ Tea di Edmund Hillary Alpine Centre
🐝Visit Glenorchy
🐝Visit Arrowtown ie cowboy town
🐝Visit Bluff - Lands End (Stirling point)
🐝Country Salmon Farm
🐝Aoraki Mt Cook National Park Photo Stop
😍Best kan? Say alamak alamak jika anda termasuk dalam baki 8 KEKOSONGAN TEMPAT yang kami miliki sekarang.. Wohaaa🕺🕺
🫶 Mula diduduki oleh kaum Maori sejak 1000 tahun yang lalu, ianya mendapat julukan nama sekarang pada awal kurun ke 18 dari pelayar Eropah, Captain John Grono..
🤩 Selain keasyikan simbahan pelbagai airterjun pada ketinggian 162meter, keramahan flora fauna yang jarang ditemui di Malaysia seperti ikan lumba-lumba, penguin hatta ikan paus jika berpeluang memberi nikmat ciptaan Allah yang sentiasa bernilai unik..
🚢 Selain sudah termasuk dalam harga pakej, kelazatan pandangan anda juga akan terisi dengan hidangan makan tengahari semasa pelayaran.. Semakin seronok kan?😍😍
😘 Cicipi keseronokan anda berbaki 10 KEKOSONGAN LAGI KE NEW ZEALAND pada 18 Nov sehingga 28 Nov 2024 ini!! Wohaaa🕺🕺
📝Rangkuman Perjalanan Hari ini📝
(ISNIN, 18 DISEMBER 2023)
🚎Jam 0800, Sarapan pagi yang penuh berkhasiat dari Hotel Villa Fontaine.. Pelbagai makanan yang boleh dimakan tanpa was-was seperti makanan laut, croissant, buah-buahan, nasi dan pelbagai lagi bukan sahaja mengenyangkan bahkan memberi tenaga fizikal buat semuanya.. Tika bacaan doa dilafazkan oleh pak haji bertugas, makanan rohani p**a disuapkan buat para jemaah.. Menyentuh aspek adab yang boleh dicontohi dari budaya Timur dan akhlak yang sememangnya darah daging kita masyarakat Melayu🫶🫶
🥷Jam 1000, Perjalanan menuju ke destinasi pertama dihinggapi suasana penghujung musim luruh.. Dengan panahan mentari yang sedang cantik menampakkan raut rupa Gunung Fuji dari kejauhan.. Kami tiba di Oshino Shinobi.. Perkampungan ninja itu tempat lawatan yang sangat jarang dikunjungi pelancong Malaysia.. Sejarah menceritakan bagaimana ninja yang taat setia pada Sh**un untuk melaksanakan setiap arahan yang diberikan.. Kemuncak ninja ini adalah ada era Edo sekitar kurun ke 16 dan berkurangan pada era Meiji kerna kewujudan senjata moden.. Lebih menarik perkampungan itu menyediakan tontonan muzikal mengenai ninja yang penuh bertenaga dan lincah.. Sempat para jemaah membeli cenderahati berupa coklat Bourbon edisi Gunung Fuji yang hanya dijual di kawasan sekitar pergunungan itu..
🍱Jam 1230,Alunan selawat dari adik-adik dalam bas menghiburkan hati yang sentiasa rindukan Rasulullah صلیالله علیه وسلم.. Kami tiba di restoran tempatan Kintokitei.. Menikmati makanan berbentuk Taishoku atau hidangan penuh.. Berselera mak ayah beserta anak-anak mereka menikmati nasi beserta lauk pauk makanan laut seperti ikan, udang dan sotong.. Tidak lupa manisan yang unik berbentuk cendawan iaitu Anko yang berintikan kacang merah yang enak..
🛍️Jam 1330,Mengubah haluan menuju Gotemba Premium Outlet memberikan kekuatan semangat buat ibubapa sekalian.. Pelbagai jenama antarabangsa seperti YSL, Ferragamo, Under Armour ditawarkan di situ lagi-lagi dengan potongan harga sehingga 70 peratus menjelang perayaan Natal.. Belum pun sempat menyerang dunia, kami sempat mengucup akhirat.. Kami bersolat jamak taqdim di kawasan Outlet sebelum hilang menerjah lebih dari seratus butik berdekatan Gunung Fuji itu..
🏨Jam 1930, Tiba di hotel dalam keadaan peratus tenaga anak-anak sekalian masih dalam paras 70% lagi😹😹.. Setelah makanan bungkus atau bento diambil, masing-masing menuju ke bilik.. Menyirami diri dan merehatkan badan untuk seharian esok di satu-satunya taman tema bertaraf antarabangsa yang berada di kota Tokyo😍😍
Laporan disediakan oleh,
🐝TL HajiFi🐝
b/p Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007
📝Rangkuman Perjalanan Hari ini📝
(AHAD, 17 DISEMBER 2023)
✈️Jam 0600, Perjalanan 7jam dari KLIA seperti tiada terasa apa.. Kerna ditemani likat malam dan rembulan merembang, hanya bunyi dengkuran yang menggantikan cengkerik pada ketinggian 36,000 kaki dari paras laut.. Setelah borang pas masuk diisi dan diserahkan pada pihak imigresen Jepun, para jemaah memasuki negara Timur ini tanpa sebarang masalah.. Setelah bagasi diperiksa dan diambil, mereka diberi masa untuk menyegarkan badan dan mengambil apa jua barangan untuk digunakan seharian dalam perjalanan di sekitar bandar Tokyo hari ini..
🚎Jam 0900, Selesai melepasi pemeriksaan bagasi, kami disambut oleh Puan Mazita, TourGuide yang fasih berbahaya malaysia dan jepun.. Bas yang dipandu Mr Hatori bergerak meninggalkan Narita Airport menuju ke destinasi pertama kami dengan iringan doa pada Ilahi.. Seperti diterangkan oleh TG, Asakusa merupakan bandar yang moden dihimpit pop**ariti SkyTree Tower yang dibina berdekatan sekitar awal kurun ke 19.. Tetapi apa yang mencuri tumpuan jutaan pengunjung dalam dan luar negara ialah Sensoji Temple yang utuh dari kurun ke 7.. Rumah ibadah bagi penganut Buddha itu dihiasi dengan deretan kedai sepanjang 200meter di Nakamise Street.. Jualan dari makanan tidak halal sehingga cenderahati mencuit tumpuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang membeli sesuatu untuk tatapan di Malaysia kelak..
🥩Jam 1300, Resah di wajah para jemaah bijak dihidu HajiFi.. Lantas tanpa membuang masa jemaah dibawa pergi ke Restoran Issho Ueno.. Menyediakan hidangan yang wajib dimakan pabila sampai ke Jepun iaitu Pakiniku atau daging lembu.. Hidangan yang tampak berselera tanpa mengira umur bagi yang menikmatinya.. Jelas tenat wajah ibubapa menyuap setiap cebisan dari makanan anak-anak agar tidak membazir.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa ibubapa kami getus hati TL bertugas😢😢
🕌Jam 1430, Kewajiban kepada Allah adalah satu perkara mustahak dititikberatkan dalam aspek TL FLYWORLD.. Jemaah dibawa bersolat jamak taqdim di Masjid Tokyo.. Yang awalnya dibina oleh Bashkir dan Tatar selepas Revolusi Rusia pada tahun 1938 tetapi sekarang ianya tersergam indah dengan pelbagai fasiliti selain corak yang tersergam.. Bahkan bukan untuk kegunaan penganut Islam sahaja, malahan hampir saban hari delegasi dalam dan luar negara disamping program sekolah tempatan berkunjung untuk mendalami Islam.. Moga Allah beri kekuatan dan hidayah pada mereka ameen3🤲🤲
🤖Jam 1600, Sebelum senja membenamkan diri, kami tiba di destinasi terakhir iaitu Odaiba.. Kawasan yang pernah menjadi kubu dari serangan laut oleh askar Samurai pada zaman Edo sekitar kurun ke 16 sekarang tampak gah.. Pulau buatan manusia itu menjadi revolusi pelancongan yang dinamik dengan terbinanya beberapa bangunan membeli belah, muzium dan stesen Fuji TV.. Tidak cukup dengan itu, kehadiran patung ikonik seperti Statue of Liberty dan robot gergasi Gundam menjadi tempat yang wajib dilawati di sekitar Tokyo.. Dek kerna angin yang bertiup tidak sepoi, ramai terpaksa melarikan diri dari menikmati panoroma senja di p**au itu..
🏨Jam 1830, Sebelum tiba di hotel, kami menjamah makanan buffet yang dihidangkan dari restoran The Oven.. Keletihan seharian menjelajah tanpa henti menguntumkan senyuman pabila jemaah mendapat kunci bilik.. Terus mencapai kamar masing-masing dan hilang sudah mereka dari radar HajiFi😹😹.. Mengharapkan semuanya selesa dan tenang positif untuk hari esok yang lebih menyeronokkan😍😍
Laporan disediakan oleh,
🐝TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS
Siapa kata patung Gundam tidak boleh bergerak dalam dunia realiti? Meh penulis tunjukkan tanpa berselindung lagi.. Wohaaa🕺🕺
Bagaimana seorang Muslim mahu praktiskan kehalalan dan keibadahan di dalam kawasan taman tema ini? Apakah perkara yang perlu dititikberatkan? Ikuti kandungan bersama penulis didalam kawasan ini.. Wohaaa🕺🕺
Musti payah kan kalau bersolat jika pergi ke negara minoriti Muslim? Meh penulis tunjukkan kawasan solat bagi mereka yang bakal menyinggah ke sini kelak ya😍😍
Apa yang CRASH di kawasan tasik ini sehingga ianya menjadi terkenal? Bagi anda yang pernah kesini, wajiblah menjelajah dengan kami.. Wohaaa🕺🕺
📝Rangkuman Perjalanan Hari ini📝
(ISNIN, 6 NOVEMBER 2023)
🚎Jam 0800,Pagi yang indah dengan gerimis manja muqaddimah yang bersemangat pagi ini.. Selepas menghadap hidangan pagi di Modern Times Hotel berdekatan Vevey, kami berangkat meninggalkan bandar maqam pelawak terkenal, Charlie Chaplin.. Pembuka doa perjalanan dan keampunan diselangselikan dengan perkongsian bermohon kepada Allah Taala tidak mengira dalam keadaan susah dan senang.. Agar dekat sentiasa rahmat Allah dalam kehidupan kita dunia untuk akhirat🫶🫶
🧀Jam 0900, Kami tiba di La Maison de Grureyes atau Rumah Keju.. Bandar yang mengambil nama keju atau Grureyes dalam bahasa Perancis itu memang terkenal dengan pembuatan produk tenusu berasaskan lembunya bertompok hitam putih iaitu Cerise.. Kami dibawa melawat kilang meninjau sejarahnya yang mula mekar pada tahun 1115.. Disamping itu kami juga berkesempatan melihat secara langsung pembuatan yang menggunakan mesin moden selain membeli jenis keju yang diperagakan serta cenderahati dari kedai berhampiran..
🍫Jam 1030, Kami tiba di bandar Broc melawat satu lagi destinasi iaitu La Maison Callier.. Diambil dari nama Francois Louis Callier yang mula menjenamakan produk coklat di Switzerland pada tahun 1819, lawatan kami menjadi menarik pabila dibawa menelusuri sejarah coklat didunia menerusi persembahan gambar bergerak.. Tidak dilepaskan peluang juga untuk mencoba cekelat halal yang dihulur sebelum kami ke kedai cederahati.. Kurang lebih 35kg jenis coklat juga dari pelbagai jenis yang diborong jemaah dari kilang coklat itu demi ahli keluarga dan sahabat handai yang menanti di Malaysia sna😙😙
⛰️Jam 1600,Kami daftar masuk awal pada hari ini untuk memberi ruang bersila kepada pada jemaah untuk solat dan makan secara berbumbung.. Kami menaiki semula bas untuk menuju tempat terakhir lawatan pada hari ini iaitu Staubach Waterfalls.. Kawasan perkampungan di Lauterbrunnen itu merupakan tempat yang wajib dikunjungi pabila mendarat di Swiss.. Dengan cuaca baik dan cerah sepanjang hari memberikan satu panoroma yang subhanAllah.. Pada ketinggian 29meter, air terjun Staubach diantara 72 airterjun yang terdapat di daerah Interlaken.. Banyak gambar dengan aksi sopan tidak terlampau dirakam di kawasan perkampungan terkenal itu🫶🫶
🏨Jam 1730, Senja menampakkan kelamnya pabila kami sampai di hotel Lindner Hotel.. 2malam kami menginap di hotel bertaraf 5bintang ini.. Memberikan kerehatan yang pastinya untuk satu pengalaman menakjubkan esok di puncak tertinggi di Eropah..
Laporan disediakan oleh,
🐝TL HajiFi🐝
b/p Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007
Macam mana pembuatan cekelat di Swiss? Mari kita saksikan dan alami suasanany di kilang terkenal di Swiss, Callier..
Mahu bau dan rasa? Mari bersama HajiFi dan team Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007 tahun depan ya.. Wohaaa😙😙
📝Rangkuman Perjalanan Hari ini📝
(AHAD, 5 NOVEMBER 2023)
🏜️Jam 0530, Semenjak petang semalam lagi mencurah gugusan salju menyimbah ke atas bumi Zermatt.. Tetapi itu tidak mencacatkan keimanan para jemaah bangun seawal pagi menyapu wuduk untuk bersolat dalam keadaan -5 darjah celcius.. Selepas selesai mengangkat munajat, kami turun menyantap hidangan pagi dengan mengambil yang tidak diragui.. Sementara menanti waktu berkumpul, ramai jemaah keluar mencari posisi diri untuk menangkap gambar didalam timbunan salji tebal..
🚂Jam 0900, Sehingga pagi ini ketebalan salju sudah sehingga 20cm dari paras jalan.. Tindakan pantas Majlis Perbandaran Zermatt mengorek jalan yang tertimbus dan menggunakan garam bagi proses pencairan yang cepat.. Selepas checkout bilik, para jemaah berjalan kaki dari hotel menuju ke stesen keretapi Zermatt pada jarak 850meter.. Ada sebahagian yang mencoba menaiki teksi elektrik untuk ke stesen juga.. Keadaan jalan juga lengang tetapi kerna kebanyakan premis di Swiss tutup pada hari Ahad..
🚎Jam 1000, Disambut semula pak supir di stesen Zermatt, kami memulakan perjalanan 2jam ke destinasi seterusnya.. Dimulakan dengan Alfatihah dan doa, perkongsian pagi juga diselitkan dengan hebatnya bersedekah.. Siapa yang perlu diutamakan dan bagaimana impak sedekah mampu memberikan kegembiraan pada semua orang yang menerimanya..
🏰Jam 1230,Cuaca mendung sepanjang perjalanan tetapi pemanduan lancar cuti hari minggu.. Kami tiba Montreux dan terus ke tempat lawatan pertama iaitu Chateau di Chillon.. Binaan seorang ayah buat anakanda yang bernama Putera Peter II semenjak dari tahun 1203 itu sangat memukau.. Disapa kakak Francesca di hadapan jambatan istana, kami dibawa melawati keseluruhan kawasan istana.. Bermula dari tempat simpanan khamar, penjara, meja santapan, bilik sehingga laman istana.. Masih tersisip rapi hampir keseluruhan istana tersebut.. Dan apa yang menjadikan ianya menakjubkan adalah kedudukan istana itu yang betul-betul di atas Tasik Geneva..
🕺Jam 1400, Kami tiba di tengah bandar berkepadatan 30,000 orang itu.. Niat asalnya ingin menikmati makan tengahari terbantut kerna restoran halal tutup pada hari ini.. Tanpa berlengah jemaah dibawa ke Place du Marche.. Disitu berdiri bangga tugu penyanyi terkenal Freddie Mercury kelahiran negara Zanzibar.. Lagu terkenalnya iaitu Bohemian Rhapsody merupakan puncak kariernya yang bermula sekitar tahun 1971.. Enam albumnya dirakam di Montreux sahaja.. Tugu itu menjadi lebih gah dengan menghadap tasik terbesar di Switzerland iaitu Tasik Geneva.. Ombak besar yang membadai pada ketinggian 5meter pada petang ini kerna cuaca dan angin kuat tidak menghalang jemaah untuk mengambil kenangan di kawasan tersebut..
🛍️Jam 1600, Kami tiba awal di hotel.. Membolehkan para jemaah bersolat Zuhur dan Asar dengan selesa dan saksama.. Selepas kunci diberikan, masing-masing menuju ke bilik memperkemaskan diri.. Juga mendidihkan masakan Kembara Meals yang disediakan pihak FLYWORLD TRAVEL & TOURS untuk mengisi perut agar ceria berguling berehat untuk hari esok pla😙😙
Laporan disediakan oleh,
🐝TL HajiFi🐝
b/p FLYWORLD TRAVEL & TOURS
Dimana sahaja lawatan yang perlu dituju bila anda ke Montreux? Bersama penulis meniti kawasan bersejarah di sini.. Ayuhhh✌️✌️
Salju tebal di Zermatt.. Memang dinanti orang Malaysia bukan disini😹😹.. Keseronokan mengembara mengamati setiap ceruk bersama kami.. Wohaaa🕺🕺
📝Rangkuman Perjalanan Hari ini📝
(JUMAAT, 3 NOVEMBER 2023)
🏜️Jam 0530, Dentuman guruh mengejutkan lamunan indah jemaah berseronok di Itali bersama FLYWORLD TRAVEL & TOURS.. Hujan yang turun sejak tengah malam mencurah ke bumi Milan.. Sesudah bersolat Subuh yang diakhiri 2kali salam, semuany menjalani rutin pagi dengan bersarapan.. Beraneka hidangan halal melebihi tidak halal di Klima Hotel Milano memberi semangat suapan yang berselera.. Tinggi menimbun pinggan di meja jemaah seolah menikmati hidangan di Sushi King pla🤪🤪
🚎Jam 0900,Selepas bagasi disusun dan diperiksa tiada barangan lagi yang tertinggal, derapan tayar bas dimulakan dengan bacaan doa meminta afiah.. Juga diselitkan khutbah ala minbar jumaat oleh pak haji bertugas agar sentiasa beringat bahawasanya bukan حبل من الله sahaja wajib diikuti tetapi حبل من الناس yang memungkin kita ke azab neraka walau sehebat mana zikir dan solat kita..
🚢Jam 1000,Cuaca yang semakin cerah dan baik memberikan perjalanan yang jelas menuju ke Lake Como.. Merupakan tasik yang ketiga terbesar di Itali dengan kedalaman lebih dari 450meter ke dasar, banyak haiwan yang menyinggah menyapa kami dengan bahasa angsa, itik dan burung😹😹.. 2binaan mercu di tasik itu adalah Monumento Ai Caduti atau tugu pahlawan sempena memperingati 750 pahlawan dari Como yang tumpas dalam Perang Dunia Pertama demi tanahair Itali.. Berdekatan dengannya jua sebuah bangunan yang dinamakan Tempio Voltiano.. Bangunan yang merupakan penghargaan kepada Alessandro Volta, anak kelahiran Como yang pertama mencipta bateri.. Juga didalamnya ada beberapa pameran termasuk duit Italian lire 10,000 yang terpampang wajah saintis tersebut..
🛍️Jam 1130,Condongan matahari yang semakin terpacak memberi kehangatan badan yang dicari-cari selama ini di bumi Itali.. Dengan pancaran cahaya yang membasahi dan kuningnya daunan memberi imej musim luruh yang sebenar di negara 4musim ini.. Destinasi seterusnya kami adalah di FoxTown Outlet Factory.. Kedai harga kilang yang menyajikan pelbagai jenama antarabangsa seperti Swarovski, Gucci, Samsonite dan sebagainya ditambah 10% diskaun membantu ramai jemaah melakukan belian alas perut sahaja katany walaupun 3-4 beg kertas dikendong keluar kedai.. Syukur tengok senyuman sang isteri lebih lebar dari sang suami pada hari Jumaat barakah ini😹😹
🏝️Jam 1630,Selepas daftar masuk hotel hanya untuk menunaikan solat jamak takhir, kami keluar semula untuk ke destinasi terakhir pada hari ini iaitu Tasik Lugano.. Merupakan satu aliran dengan Tasik Como cumanya berbeda negara aja.. Dengan suasana senja yang semakin menghimpit, himpunan gambar jemaah yang romantis manja gemalai dan yang berkaitan dengannya muncul secara mendadak di tepi tasik ini😹😹.. Pelbagai reaksi gambar dan lenggok video termaktub dengan reaksi yang tidak dapat diselindung lagi oleh pak haji yang bertugas.. Aman damai suasana tasik menjadi haru biru dek kehadiran pak haji mak haji FLYWORLD TRAVEL & TOURS ini🤣🤣..
🏨Jam 1730, Tiba awal di De La Paix Hotel untuk bermalam.. Esok kami bakal berangkat awal menuju perkampungan yang berselindung di balik bukit Toblerone dan perjalanan menaiki keretapi yang pasti mengujakan sesiapa yang hadir ke bumi Swiss ini😍😍
Laporan disediakan oleh,
🐝TL HajiFi🐝
b/p Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007
📝Rangkuman Perjalanan Hari ini📝
(KHAMIS, 2 NOVEMBER 2023)
🏜️Jam 0510, Berlabuh waktu tengah malam menyinsing fajar Subuh melaungkan azan bagi kawasan Milan dan sewaktu dengannya.. Malam pada musim sejuk akan lebih lama berbanding siang beri kelebihan bagi mereka yang berpuasa.. Selepas bersiap, para jemaah menuruni restoran Belstay Venezia Hotel untuk sarapan pagi.. Walau berasaskan halal sangat sedikit variasinya, tetapi cukup untuk tenaga dan pemakanan yang sihat😁😁
🚎Jam 0900, Selepas bersedia semuany didalam bas, perjalanan pagi ini dimulakan dengan bacaan doa dan perkongsian pentingnya akhlak demi diri dan juga agama di negara kurang komuniti Islam.. Selepas 15menit perjalanan, kami tiba di pelabuhan Venice Tronchetto.. Disapa cik Lisa menunjuk arah bot untuk kami naiki untuk masuk ke bandar tanpa kereta, Venice.. Suasana mendung pagi disapa pla angin laut Adriatik memberi tamparan pada p**i bot sepanjang perjalanan.. Tetapi dek keseronokan, hanya hilai tawa dan senyum bahagia aja terpamer pada wajah jemaah FLYWORLD TRAVEL & TOURS😙😙
🚢Jam 1000, Tiba di pelabuhan San Marco disapa burung camar putih yang lebih besar dari ayam di Malaysia😹😹.. Dibawa mengelilingi oleh pak haji yang bertugas, bermula dari pelabuhan kami ke tugu Raja pertama Itali iaitu Victor Emmanuelle II.. Kemudian kami menyusuri ke Doges Palace iaitu istana pemerintah Republic of Venice sehingga ianya dimansuhkan pada tahun 1979.. Bangunan tersebut dijadikan muzium sekarang dan berdekatan dengannya juga 2mercu tanda bagi bandar Venice iaitu Bell Tower yang dibina sekitar kurun ke 13 tetapi pernah musnah dek kelapukan bahan binaannya.. Juga Basilica San Marco yang mempunyai keunikan seni Gothic dan Renaisannce padanya sejak dari kurun ke 10 lagi..
🛶Jam 1100, Memasuki bahagian dalam bandar Venice menampakkan identiti bandar itu sebagai bandar terusan.. Keunikan tarikan pelancongannya iaitu gondola yang merentasi hampir 177 jambatan di sekitar bandar itu amat memukau impian jemaah😍😍.. Menaiki gondola dari HardRockCafe Venice selama 30menit memberikan satu pengalaman didalam senarai keinginan setiap orang.. Tiada ungkapan lain yang didengari pak haji melainkan masyaAllah subhanAllah bismillahi tawakkaltu alAllah😘😘.. Sesi makan tengahari kami juga seronok dengan kedapatan restoran halal di bandar berkenaan.. Nasi beriani ayamnya juga padu🤣🤣
🕌Jam 1400, Kami kembali ke pelabuhan Venice Tronchetto untuk berangkat p**ang.. Kami bersolat di satu kawasan selesa sebelum jemaah diberi masa lagi untuk menambah koleksi hadiah dan cenderahati sebelum meninggalkan negara kelahiran Gianluggi Buffon ini.. Perjalanan 4jam menuju ke hotel bertambah syahdu apabila kami ditemani hujan yang bermula seawal Zuhur tadi sepanjang perjalanan..
🏨Jam 1930, Kami tiba di penginapan Klima Hotel Milano.. Selepas pemberian kunci dan taklimat ringkas mengenai hotel serta waktu daftar keluar hotel esok, semuanya menuju ke kamar.. Menikmati makan malam yang dibawa, bersolat jamak takhir sebelum merehatkan diri menuju negara banjaran Alps esok
Laporan disediakan oleh,
🐝TL HajiFi🐝
b/p Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007
City Of Love Venice.. Apa ada dikawasan wajib dikunjungi di negara Lamborghini ini? Bersama penulis dalam liputan langsung dari bandar terusan ini😁😁
Siapakah Mustafa Kemal? Mengapa beliau digelar Ataturk? Mari saksikan sorotan di sekitar tempat pemakaman beliau bersama HajiFi✌️✌️
Ada apa dengan Evil Eye? Pernahkah termaktub sirah Nabawiyah padanya? Mengapa kawasan disini begitu taksub padany?
Bersama HajiFi mengambus ceritera Cappadocia dari perspektif Islam.. Allahuacbar😙😙
Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpk/ln:5007
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ampang
68000
No 18M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas
Ampang, 68000
Syaza Travel & Tours Sdn Bhd merupakan pengendali umrah berlesen LKU terbaik di Malaysia berstatus Muassasah. Kami menawarkan Pakej Umrah dan Ziarah, Ground Umrah, Upah Haji dan Vi...
No 12, Jalan Excella 2, Taman Ampang Hilir
Ampang, 68000
AsShams Travel menawarkan Pakej Super Murah mampu milik. Harga serendah RM 5,590 "Hotel dekat, pasti terbang"
No 12, Jalan Excella 2, Taman Ampang Hilir
Ampang, 68000
AsShams Travel menawarkan Pakej Umrah 22 Hari mampu milik. Harga serendah RM 9,090 "Hotel dekat, pasti terbang"
DP-2-02A, Jalan 16A, Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali
Ampang, 68000
Ditubuhkan sejak tahun 2020, D Suffah Travel & Tours membantu merancang percutian yang menyeronokkan tanpa perlu bimbang. D Suffah menawarkan perkhidmatan seperti Inbound, Outbound...
No 12, Jalan Excella 2, Taman Ampang Hilir
Ampang, 68000
Pakej Umrah AsShams menawarkan Hotel dekat 50meter jer dgn Bajet Hanya dari RM7,990
No. B3-m Block C Jalan Selaman 1 Dataran Polma
Ampang, 68000
MOLLAH CONSULTING AGENCY focusing on travelers from Bangladesh to all country We provide tour and transportation services, International&Domestic Air Ticket, International & Domest...
No 12, Jalan Excella 2, Taman Ampang Hilir
Ampang, 68000
Pakej Umrah AsShams menawarkan Hotel dekat 50meter jer dgn Bajet Hanya dari RM7,990
Lot 1-2-1, 2nd Floor, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana
Ampang, 68000
Powered by Juara Travel & Tours Sdn Bhd. Theme Park online delivery for free. Compare Prices at a g
No A-6, Tingkat 6, Excella Business Park
Ampang, 55100
Trip Cuti Bersama By Al Aafiyah Travel Sdn Bhd motac : 7401 Pakar Pakej Cuti ke Indonesia & Korea. Office di Ampang Hilir.