Perubatan Alternatif Islam dan Tradisional

Perubatan Alternatif Islam dan Tradisional ialah ikhtiar perubatan,kesembuhan dan bimbingan untuk ke

Visit TikTok to discover videos! 17/10/2023

Visit TikTok to discover videos! Watch, follow, and discover more trending content.

03/12/2022

Rawatan sihir pemisah, gangguan jin saka, ws +60 10-772 9066

01/08/2022

Akibat bermain cinta dengan orang seberang...

16/04/2022
13/04/2022
13/04/2022
04/04/2022
27/03/2022

30/11/2021

*Akibat cinta ditolak sihir bertindak*

21/11/2021
08/10/2021

_MENGUBAT MENGIKUT CARA SEPERTI BOMOH JAMPI ATAU TRADISIONAL_

Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Selain dari cara pengubatan biasa, mereka juga telah menggunakan sepertimana yang terdapat di dalam buku-buku perubatan. Walau bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah atau kepercayaan seperti yang difahami oleh sesetengah pihak yang tidak dikehendaki syarak seperti dengan memanggil roh datuk nenek -doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit, roh wali-wali, syeikh-syeikh dan khadam-khadam tertentu. Oleh itu, kita dibolehkan untuk melakukan jampi kepada diri, kaum
keluarga atau orang lain yang ditimpa kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan berdasarkan syarak. Jika lain dari itu, perlu dilihat adakah ia berlawanan dengan syarak atau tidak.

09/03/2021

بيسم الله الرحمن الرحيم، لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم، اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم،.
KISAH MISTERI SUAMI BERBAU BUSUK.
Bermulanya sesi rawatan kepada pesakit suami isteri ini apabila isteri menderita pelbagai kompilasi penyakit yang misteri seperti luka di usus perut, tidak merasa mengantuk selama lebih daripada sebulan, bahagian kaki tidak berfungsi tanpa sebab dan pelbagai lagi. Rawatan telah dilakukan dan pada ketika sedang memeriksa dan merukyah si isteri, isterinya berkata yang dia tidak boleh melihat muka si suami, terasa sangat marah dan mengatakan yang bau badan suaminya terlalu busuk setiap kali di berada dekat dengannya. Seterusnya kami meneruskan rawatan dengan memutuskan segala yang disimpulkan kepada pesakit dan memberikan pencerahan apa yang berlaku. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami. Akhir kata daripada saya, kepada pengamal ilmu sihir, bomoh2 yang melaksanakan sihir agar berhentilah menganiaya masyarakat kita. Perbuatan memisahkan, memecahkan belahkan, membuat orang sakit adalah perbuatan yang salah dan akan dihisab oleh Allah SWT, bertaubatlah kalian. Semoga semua yang pernah terlibat secara langsung atau tidak dengan situasi ini diberikan Allah S.W.T kesembuhan yang segera dan sentiasa dalam perlindungan Nya. InsyaAllah.

01/01/2021

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah S.W.T, Pada post kali ini ingin saya kongsikan sebuah pengalaman kisah daripada rawatan yang saya telah rawat, mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah mendengar dan biasa mendengar ilmu seri muka, ilmu penunduk atau lain2 lagi, bagi masyarakat yg hidup pada zaman dahulu. Ilmu2 begini sangatlah terkenal dan ia dianggap biasa dan tiada masalah untuk diamalkan seseorang pada ketika itu. Baiklah, beralih kepada pesakit yang dirawat td, keluhan sakitnya ialah ada kala susah untuk tidur malam, sentiasa berat badannya terasa seperti lemah dan tidak bermaya,serta pelbagai sakit misteri (sihir) setelah rawatan baru sahaja mahu dimulakan pesakit ketika itu belum lagi diperiksa,tetapi telah berlaku kerasukan pada dirinya. Pelbagai jenis yang keluar dan masuk tanpa henti. Di pendekkan cerita, beberapa jam selepas itu, pesakit berjaya disedarkan dan menceritakan serta menjelaskan yang pernah diberikan/diajarkan oleh datuknya ketika berpuluh tahun dahulu tentang amalan ilmu seri muka dan macam2 lg. Apa yang berlaku ialah kebanyakan pesakit tidak sedar tentang ilmu /petua yang diamalkan itu berserta dengan khadam jinnya sekali. Yang semestinya memberikan mudarat kepada diri, dan mudah terdedah kepada sihir dan gangguan. Disini saya ingin menyeru yang pernah terlibat secara langsung atau tidak dengan situasi cerita di atas. Segerakanlah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan agar tidak terlalu lama makhluk ghaib mendiami tubuh badan kita,sekaligus akan menyebabkan penderitaan sekeluarga. Sama2 kita doakan agar pesakit diberikan kesihatan yang segera serta berkekalan. Amin..

28/12/2020

بيسم الله الرحمن الرحيم، لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم، برهاتي هاتي دڠن ڤرخكماتن ڤروبتن يڠ دچاري، ساي دڠن مرنده ديري ممينتا اݢر سموا مڠمبيل کيرا تمڤت راوتن اتاوڤون اينديۏيدو يڠ مراوت اندا۔ حال اين کران قيصه درڤد ساله سأورڠ ڤساکيت يڠ ساي راوت اين، اوليه کران ترانياي دڠن بوموه يڠ ملتقکن خدم جين ڤد ديريڽ، ساتو رومه سنتياس دݢڠݢو، ڤلباݢاي ساکيت ميستري يڠ منيمڤا ڤساکيت دان سلوروه کلوارݢ، ݢڠݢوان د رومه دڠن ڤنمڤاكن کليبت بوڽي دان ڤلباݢاي لاݢي . الحمدلله دڠن ايذين الله راوتن سلساي دلقساناکن دان رومه جوݢ تله دبرسيهکن دري ݢڠݢوان، سموݢ الله ممبري کصيحتن برککلن دان ڤرليندوڠن کڤد ڤساکيت دان کلوارݢ۔

06/12/2020

KISAH JIN NASAB PENJAGA TANAH

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah S.W.T. Antara kisah rawatan yang saya akan kongsikan pada hari ini ialah sebuah kisah dimana menderitanya waris2 yang tidak jelas akan wasiat harta berserta dengan jin jagaannya sekali. Pesakit dirujuk kepada saya oleh anaknya dimana dia menghidap sakit2 yang misteri sehingga tidak boleh berjalan. Pesakit telah menetap di sebuah rumah yang dibuatkan khas untuknya oleh arwah ibu bapanya di tanah pusaka keluarga. Hasil dari bertanyakan beberapa soalan dan pemeriksaan, dapat saya kenal pasti gangguan pada pesakit adalah terjadi kerana amarahnya.. (akan bersambung)

04/12/2020

TERIMA AKIBAT DARIPADA KEHENDAK SENDIRI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, dengan rasa tawadu' penuh kesyukuran kerana limpah kurnia dan keizinan Allah ingin saya menyampaikan sedikit perkongsian ilmu. Menjadi seorang perawat, perukyah ataupun mengubati orang ini mungkin dilihat mudah dan tiada risiko yang tinggi, akan tetapi hakikatnya ia penuh dengan risiko yang bahaya. Sebagai contoh yang
1) terkesan dari rawatan, ketika merukyah pesakit yg terkena sihir, maka kemungkinan untuk menerima serangan balas dari dukun/bomoh/tukang sihir yang menghantar sihir itu adalah tinggi kerana ketidakpuasan hati mereka apabila mereka mengetahui sihir mereka dihancurkan /dibatalkan. Hal ini bersangkutan jika perawat tidak dapat disihir maka ahli keluarga perawat, isteri atau anak2 akan menjadi mangsa disihir.
2)terkesan dengan gangguan jin, sebagai contoh jin yg marah atau geram dengan rukyah yang dilakukan mereka akan cuba merasuki perawat. Hal ini kerana apabila mereka dapat memasuki jasad manusia mereka akan dapat mengawalnya. Jin juga mengganggu dengan mewujudkan diri mereka kepada perawat agar menakutkan dan membuat perawat terkejut agar mendatangkan mudarat. Gangguan seterusnya adalah mencederakan perawat dengan mencekik atau hempap perawat, hal ini berlaku apabila waktu tidur nya, akan diganggu oleh mereka. Mengatasi gangguan, perawat perlulah berzikir ataupun sentiasa mengingati Allah maka jika tidur, inilah peluang mereka untuk mengganggu. Seterusnya ialah mimpi buruk, jin akan cuba masuk ke dalam mimpi dan membuat gangguan kepada perawat, jin akan menyerupai seperti ular kala jengking atau benda2 tajam, makhluk2 pelik dan macam2 lagi agar terkesan pada hidup perawat. Terakhir sekali gangguan yg dilakukan adalah bisikan was2, apabila cubaan yang saya sebutkan semua tadi tidak berjaya maka bisikan inilah usaha yang terkuat mereka lakukan,bisikan ini contohnya seorang perawat yang tenang kebiasaannya tetapi akan menjadi seorang pemarah seterusnya maksiat dan menjauh dari Allah.Pada pendapat saya, gangguan terakhir ini adalah yang amat berat diterima perawat2. Setiap apa gangguan pun, yang pasti jin akan mencubanya juga kepada isteri dan anak2 perawat.
Itulah serba sedikit perkongsian yang saya sendiri lalui dan ianya adalah sekadar kongsian, semoga bermanfaat.

03/12/2020

KISAH JIN PENARI DAN ILMU SERI MUKA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah S.W.T.
Sekadar ingin berkongsi dengan semua, kisah satu sesi rawatan yg sy telah selesai dilakukan.Pesakit ini berasal daripada negara seberang dan sudah menetap di Malaysia , pesakit yang pada awal nya mengadukan kesihatan dirinya di beberapa bahagian badan dan telah mengusahakan pelbagai ubat dan rawatan, akan tetapi masih tidak sembuh. Setelah saya bertanyakan soalan2 yang perlu saya ketahui,maka diceritakanlah yang dahulu dia pernah menjadi penari di tempat asalnya dan mengambil ilmu2 kecantikan untuk digunakan sebagai penari pada dirinya. Rawatan dimulakan dan alhamdulillah dengan izin Allah, ikatan jin yang diambil dapat diputuskan dan diselesaikan dengan baik. Saranan saya kepada masyarakat semua, bersekutu dengan jin syaitan ataupun iblis ini pengakhiran nya amat memeritkan. Bak kata guru saya, beri nya sedikit pada diri kita, meminta nya p**a sangat banyak, itulah syaitan. wallahuaklam. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah.

10/11/2020

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah S.W.T. Saya akan memulakan penceritaan kali ini dengan serangkap pantun.. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, hancur badan punah dan musnah, akibat jin nasab empunya angkara. Apabila kali pertama melihat pesakit ini, sebak rasa dihati saya melihat dengan keadaan dirinya . Persekolahan tidak dapat ditamatkan kerana gangguan penyakit misteri yang diterima, tidak dapat bekerja, dalam sehari berkali kali akan pengsan dan histeria. Alhamdulillah, Kami telah sedaya upaya dan selesai membantu,. Mohon doakan semoga Allah memberi kesembuhan kesihatan yang segera pada pesakit.

07/11/2020

Kejutan yang tidak disangka-sangka

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah S.W.T. Apa yang berlaku pada sesi rawatan kali ini amat mengejutkan saya dan team rawatan saya, akan saya cuba sampaikan sedaya upaya saya kepada semua dengan cara yang paling baik InsyaAllah, supaya semua sahabat mendapat manfaat dan kebaikan dunia dan akhirat. Pertemuan temujanji kali ini adalah untuk memeriksa dan rawatan urutan tradisional pada asal nya. Akan tetapi tidak berjalan lancar kerana pesakit yang kami terima ini seorang yang sangat tinggi dan alim ilmu serta amalan nya..berlatar belakang sebagai seorang penceramah dan pensyarah selama lebih 40 tahun. Alhamdulillah sesi rawatan menjadi mudah dan saya hanya perlu berikan bimbingan untuk pesakit peroleh kesihatan yang berkekalan. Sesi perubatan akhirnya berubah menjadi sesi berkongsi ilmu dan pandangan yang sangat menarik. Sama-sama kita doakan agar Allah berikan kesihatan yang baik berkekalan hingga ke akhir hayat beliau.

29/10/2020

Selamat Memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW ..

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

24/10/2020

بيسم الله الرحمن الرحيم
لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah S.W.T Alhamdulillah syukur kepada Allah. kerana masih diberikan nikmat yg tidak terhitung didalam hidup ini. Lama tidak berkongsi disini, maka hari ini ingin saya kongsikan kisah rawatan seorang pesakit yang mendapatkan rawatan kerana penyakit misteri yang kritikal iaitu hati perasaan dan hidup nya hanya mahu tidur dan berat untuk melakukan ibadah. Ingin saya tegaskan betapa tidak boleh dan tidak perlu nya kita sebagai makhluk ciptaan Allah bersekongkol, berkawan ataupun bersekutu dengan jin syaitan ataupun iblis. Secara terang dari segi penglihatan sahaja sudah tidak mampu kita sebagai manusia melihat mereka. Malah, Allah S.W.T turut menyatakan di dalam AL-Quran bahawa walaupun manusia tidak dapat melihat golongan jin, makhluk halus tersebut p**a boleh melihat manusia di muka bumi ini. Di dalam surah Al A'raf, ayat 27 Allah swt berfirman:
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
surah Al-Kahfi ayat ke 50;
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.”
firman ALLAH dalam Surah Saba ayat 21 :
“Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.
Secara tuntas nya, dalil Quran jelas memberitahu kita bahawa tiada apa2 manfaat ataupun kebaikan jika kita manusia mendampingi makhluk golongan Jin ini melainkan hanya mendapat mudarat dan penyesalan yang besar di penghujung nya. Wallahuaklam . Semoga Allah memberi rahmat , perlindungan dan ketakwaan pada semua.

18/10/2020

بيسم الله الرحمن الرحيم

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah S.W.T, semoga bermanfaat untuk semua, ingin saya kongsikan dimana sedikit kisah rawatan yang diberikan kepada pesakit. Misteri sakit tidak tertanggung kerana berpunca daripada mempercayai, terpengaruh dan terkawal oleh hasutan syaitan mengenai manfaatnya penggunaan ilmu yang terkait dengan jin syaitan dan iblis ini. Alhamdulillah pesakit telah beransur pulih dan kembali ke pangkal jalan. Kita doakan semoga Allah memberi kekuatan kesembuhan keselamatan dan kesejahteraan kepada pesakit dan keluarga.

Allah S.W.T berfirman:

وَاِ ذْ قُلْنَا لِلْمَلٰٓئِكَةِ اسْجُدُوْا لِاٰ دَمَ فَسَجَدُوْۤا اِلَّاۤ اِبْلِيْسَ ۗ كَا نَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ اَمْرِ رَبِّهٖ ۗ اَفَتَـتَّخِذُوْنَهٗ وَذُرِّيَّتَهٗۤ اَوْلِيَآءَ مِنْ دُوْنِيْ وَهُمْ لَـكُمْ عَدُوٌّ ۗ بِئْسَ لِلظّٰلِمِيْنَ بَدَلًا

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, Sujudlah kamu kepada Adam! Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Dia adalah dari (golongan) jin, maka dia mendurhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah (Iblis itu) sebagai pengganti (Allah) bagi orang yang zalim."
(QS. Al-Kahf 18: Ayat 50)

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Perubatan Alternatif Islam Tradisional
Dapatkan sesi rawatan Perubatan Alternatif Islam Traditional ke rumah anda..              Klik link di bawah untuk respo...
PerubatanAlternatifIslamTra.
Balas Dendam Bangsa Jin Terhadap Pengamal Perubatan .
Sering dirasuk makhluk ghaib,berprasangka buruk,was-was, panas baran.
*Akibat cinta ditolak sihir bertindak*

Telephone

Website

Address

Bangi

Other Alternative & Holistic Health in Bangi (show all)
Diamond Wave Bangi Diamond Wave Bangi
Bangi, 43650

Ustazah Aisyah - Raudhah AlSyifa Ustazah Aisyah - Raudhah AlSyifa
NO. 44, SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI
Bangi, 43650

Wangian Terapi Kasturi Bidara

Pusat Fisioterapi - Bangi Gateaway Pusat Fisioterapi - Bangi Gateaway
3B, E-G-3, Jalan BG 3B/1
Bangi, 43650

Wangian Kasturi Pati Bidara Wangian Kasturi Pati Bidara
Bangi

Wangian Kasturi - Dapat menghindarkan daripada gangguan Syaitan & Jin. . . Pati Minyak Bidara - Membantu merawat masalah gangguan emosi, kemurungan, susah tidur, berat jodoh, gangg...

Rollega Rollega
25A Jalan KAJANG IMPIAN 2/1 TAMAN KAJANG IMPIAN, BANDAR BARU
Bangi, 43000

Our founder Puan Rosmah A Samad establish this company based on her hopes and dreams to explore the

PUSAT BEKAM AINI PUSAT BEKAM AINI
Seksyen 9
Bangi, 43650

Rawatan bekam darah bagi lelaki dan wanita khususnya.

Formulasi Sihat Alami Formulasi Sihat Alami
No 5, Jalan Surada 8, Taman Desa Surada, Seksyen 8
Bangi, 43650

Kesihatan fizikal, mental dan spiritual apabila berlaku keseimbangan pada setiap unsur-unsur tubuh. Apabila terlebih atau terkurang sesuatu unsur maka terjadilah penyakit. NTDOT di...

Luqman Herbs Centre Luqman Herbs Centre
Luqman Herbs Centre, No. 29-1, Jalan 9/9C, Seksyen 9
Bangi, 43650

Luqman Herbs Centre Rasmi is an existing Traditional and Complementary Practice in Bandar Baru Bangi

Solusi Hilang Sakit Belakang Solusi Hilang Sakit Belakang
CERAGEM MALAYSIA BANGI SDN BHD, 105A, Jalan 8/1, SEKSYEN 8
Bangi, 43650

Kami kongsi kan tips dan solusi untuk menyihatkan tubuh badan kita terutama tulang belakang kita

Penawar Homeopathy Penawar Homeopathy
Bangi, 81200

Homeopathic consultation and treatment. Operating hours: 10:00am - 6:00pm

GESB Islah Network - Amy Imelda GESB Islah Network - Amy Imelda
Seksyen 3
Bangi, 43650

PAKAR KESIHATAN DAN KECANTIKAN BERASASKAN GAMAT EMAS

Pengedar Shaklee Bangi / Nilai 017.305.3031 Pengedar Shaklee Bangi / Nilai 017.305.3031
Bukit Mahkota
Bangi, 43000

instagram , blog , google