Jurukur Bangi/Kajang/Semenyih
Provides professional land surveying, mapping and geomatics related services to the public and private sectors in Malaysia
Kami merupakan freelancer jurukur tanah bertauliah yang menyediakan servis ukur tanah. Kerja ukur yang sering dilakukan merangkumi kerja-kerja seperti carian batu sempadan, tandaan sempadan lot, pecah bahagian lot, dan pelbagai lagi. Kami lebih memilih untuk menjalankan kerja-kerja ukur di hujung minggu agar lebih mudah untuk berjumpa dan berbincang bersama tuan tanah. Sebarang pertanyaan berkaita
Lot tanah berukuran sekitar 2 ekar di kawasan Lenggeng, N9. Pemilik tanah mengalami sedikit keresahan akibat daripada hakisan sungai yang semakin menghakis lot tanah beliau. Sehingga kini kedudukan salah satu tanda sempadan telah pun berada di tengah laluan sungai.
p/s: Jurukur harus menyeberangi anak sungai bagi membuat tandaan sempadan lot.
Cabaran menjalankan kerja-kerja ukur di musim tengkujuh sedikit merumitkan terutama di kawasan berparit dek kerana banyak takungan-takungan lopak air serta longkang-longkang yang tersumbat. Pemilik ingin segera mengetahui keberadaan tanda sempadan bagi memudahkan beliau memulakan kerja-kerja memasang pagar rumah serta mendirikan binaan rumah.
p/s: kerja-kerja ukur dikawasan ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Lopak-lopak air yang bertakung menyukarkan lagi kerja-kerja carian batu sempadan.
Pemilik tanah ingin membina rumah di atas lot tanah tetapi tidak jelas akan kedudukan serta garisan sempadan. Jurukur Bangi/Kajang/Semenyih diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pemilik tanah.
p/s: Anggaran 5 kaki di penghujung lot tanah adalah cerun tinggi terletaknya kedudukan antara dua batu sempadan
Carian serta tandaan batu sempadan rumah yang hilang. Pemilik rumah gusar akan kehadiran khinzir yang sering masuk ke perkarangan lot, beliau berhasrat untuk mendirikan pagar di sekeliling lot bagi membendung haiwan perosak tersebut.
p/s: kawasan yang sering berair berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sistematik sedikit menyukarkan kerja-kerja carian batu sempadan.
Tandaan sempadan lot di kawasan perumahan taman. Sekian lama lot terbiar tidak diusahakan, pemilik lot berhasrat untuk membina rumah baru. Carian batu sempadan dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja membangun pagar rumah tidak melepasi garisan sempadan lot.
Kerja-kerja carian batu sempadan di salah satu lot di sekitar kawasan Kampung Kota Raja Bersiong. Wakil tuan tanah yang sekian lama tidak menguruskan tanah milik bapanya ingin mendapatkan khidmat jurukur tanah bagi memastikan keberadaan batu sempadan di sekitar lot tanah.
p/s: Persekitaran kawasan tanah yang sering berlaku banjir mengakibatkan sesetengah batu sempadan telah ditimbusi tanah. Sedikit hasil bantuan serta informasi daripada orang tempatan berhampiran, terdapat batu sempadan yang masih utuh namun telah tertimbus berjaya dicari gali semula.
Carian & pengesahan sempadan di salah satu kawasan perumahan sekitar Putrajaya. Pemilik rumah ingin mendapatkan kepastian akan tambahan renovasi rumah yang dilakukan tidak melepasi garisan sempadan lot. Kerja-kerja ukur dilakukan agar permohonan bagi kerja-kerja renovasi rumah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
p/s: Tuan rumah menarik nafas lega kerana tambahan binaan rumah masih berada di dalam lingkungan garisan sempadan. Sebarang binaan di atas lot perlulah dimulai dengan mengenal pasti terlebih dahulu setiap batu/tanda sempadan yang telah disahkan agar tiada sebarang masalah/kerugian kelak.
Kerja-kerja carian, tandaan & pengesahan sempadan lot. Pemaju mengalami sedikit kekeliruan dengan salah satu penanda sempadan lama di lot setelah separuh binaan pagar dibina.
p/s: Usai tandaan sempadan siap, pemaju mengalami sedikit kerugian ke atas binaan pagar yang dibina sejurus mengetahui binaan pagar yang dibina telah melepasi garisan sempadan lot.
Kerja-kerja pengesahan tanda sempadan. Tuan tanah khuatir akan lot beliau setelah melihat jentolak di kawasan kejiranan ingin membuat "land clearing". Usai pengesahan sempadan selesai, didapati rumah yang dibina di dalam lot kawasan tuan tanah sangat menghampiri garisan sempadan.
p/s: Pembinaan rumah yang tidak terancang & teratur serta peka dengan garisan sempadan menyebabkan rumah yang dibina berada di kedudukan yang tidak ideal.
Carian & tandaan sempadan di sekitar lot tanah tanaman kunyit kawasan Banghuris Hulu Chuchoh, Sepang. Tuan tanah ingin menaikkan pagar disekeliling lot tanah bagi mengekang kehadiran khinzir yang merosakkan tanaman.
Tandaan sempadan sebahagian bahagian lot tanah. Kerja-kerja tambahan pembinaan rumah tuan tanah hampir terletak di atas garisan sempadan yang memisahkan dengan lot sebelah.
p/s: Antara risiko yang perlu dipertimbangkan sekiranya ingin membuat sebarang binaan di atas lot tanah, khidmat jurukur tanah amat penting di dalam situasi seperti ini bagi memastikan tiada sebarang kesilapan berlaku di kemudian hari.
Kerja-kerja ukur tandaan sempadan lot tanah di sekitar Semenyih. Andaian ukuran sempadan tuan tanah agak meleset dek kerana kedudukan lot tanah tanah yang sedikit mengiring/senget. Usai selesai tandaan sempadan, kerja-kerja tambahan binaan rumah masih di dalam kawasan lot tanah tetapi sedikit rapat dengan garisan sempadan.
p/s: Pelan tanah yang digunakan telah pun berumur ratusan tahun. Carian batu sempadan sedikit menyukarkan kerana tiada pelan baharu di kawasan sekitar.
Tuan tanah ingin memecah tanah kepada beberapa bahagian untuk diagihkan kepada setiap pemiliknya. Usai selesai urusan pembahagian, semua pihak berpuas hati disertai dengan sesi "viewing" ke seluruh bahagian masing-masing.
p/s: semua pihak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian tanah sebelum masalah lain yang bakal timbul kelak.
Kekeliruan antara kedua pemilik tanah bersebelahan di sekitar Mukim Sepang telah terungkap setelah tandaan sempadan selesai dibuat. Pemilik tanah yang sebelum ini telah bertahun tidak menjengah ke lot tanah milik beliau tidak dapat mengesahkan dengan tepat kedudukan sempadannya yang sebenar hingga hampir mencetuskan pertelingkahan dengan pemilik lot tanah sebelah. Kini semuanya telah jelas.
p/s: dapatkan khidmat jurukur terlebih dahulu untuk kepastian sebelum mengambil langkah yang terburu-buru sehingga boleh mencetuskan sebarang pertelingkahan kelak.
Tandaan sempadan lot tanah di Mukim Beranang. Lot tanah yang sekian lama diurus, baru kini tuan tanah sedar nombor lot yang diperuntukkan ke atas tanah adalah bersamaan dengan nombor lot tanah lain yang berhampiran selepas jurukur dilantik untuk menjalankan proses pengukuran. Sejurus mendapatkan geran tanah kedua-duanya tuan tanah untuk dikenal pasti, didapati kesahihan nombor untuk lot tuan tanah dengan nombor lot tanah berhampiran adalah sama. Tuan tanah akan segera menyelesaikan isu nombor lot tanah sama ini untuk pergi ke pejabat tanah.
p/s: Kenalpasti kedudukan tanah berserta nombor lot tanah anda untuk memudahkan sebarang urusan kelak.
Tuan tanah memerlukan ukuran penandaan sempadan dalam keadaan segera kerana proses mendirikan pagar rumah telah berjalan. Usai selesai proses penandaan sempadan, tembok yang dibina disahkan telah memasuki kawasan lot sebelah. Walaupun sedikit terburu-buru dalam membuat pagar rumah, tuan tanah agak bernasib baik kerana proses binaan baru sahaja di fasa permulaan. Kos kerugian masih dalam keadaan terkawal.
p/s: pentingnya sebarang binaan yang ingin dilakukan ke atas tanah perlu dapatkan khidmat jurukur tanah untuk diukur terlebih dahulu bagi mengesahkan sempadan antara lot bersebelahan..
Kerja-kerja mencari batu sempadan serta mengesahkan sempadan rumah. Kawasan yang mencabar kerana didapati lot-lot tanah di sekitar kawasan ini masih menggunakan PA lama sekitar tahun 1960-an.
p/s: tembok pagar milik tuan tanah didapati berlebihan sekitar 4ft memasuki lot sebelah. Perlu diselesaikan sesama tuan tanah milik lot bersebelahan.
Tandaan sempadan lot perumahan. Tuan tanah ingin mengesahkan deretan rumah sewa miliknya berada di dalam lot tanah.
p/s: Didapati bahagian belakang salah sebuah rumah sewanya sedikit termasuk kawasan tanah lot sebelah.
Kerja-kerja pengesahan sempadan antara kawasan kejiranan. Pemilik tanah ingin mengesahkan sempadan yang memisahkan kawasan beliau dengan kejiranan.
p/s: pagar milik kejiranan telah memasuki kawasan pemilik tanah. Semoga dapat diselesaikan dalam keadaan baik.
Sesi tinjauan tuan tanah setelah ukuran penandaan sempadan selesai. Tuan tanah kini sudah dapat mengetahui sempadan tanah beliau bagi memudahkan proses menjual lot tanah kelak.
p/s: tuan tanah tergelincir & terjatuh ketika sesi tinjauan dibuat di kawasan belukar, namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.
Kerja-kerja penandaan sempadan di kawasan kuari. Setelah selesai, kawasan kerja di tapak kuari didapati sedikit memasuki lot tuan tanah.
Selesai kerja-kerja penandaan sempadan. Tuan tanah ingin mendapatkan kepastian rumah yang baru sahaja dalam fasa pembinaan bermula berada di dalam lot tanah sendiri. Walaupun hampir sahaja berada di garisan sempadan, tuan rumah berasa lega kerana rumah dibina masih di dalam lot sendiri & tidak perlu menanggung kos kerugian jika sudah terkeluar dari garisan sempadan.
p/s: ukur dahulu sebelum bina
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Bangi
43650
29, Jalan Perindustrian Suntrack Off Jalan P1/A, Seksyen 13
Bangi, 43650
We are a Total Solutions Provider for rotating equipment such as pumps, Gas Turbine etc
Bangi, 43650
Syarikat kontraktor rumah yang berdaftar dengan SSM dan CIDB. Aktif di sekitar Selangor dalam membantu pemilik-pemilik tanah kosong untuk bina rumah bajet sebagai mahligai idaman.
26-1, Jalan Awani Bangi 1/1, Taman Awani
Bangi, 43000
Telecommunications,Fiber,Railway,Transportation.
No. 9 Jalan 5E/5 Seksyen 5
Bangi, 43650
𝐖𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐯𝐢𝐝𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞𝐬: * AC Repair Services * AC In
Wisma KLIA Holdings, Jalan 6/7A, Seksyen 6, Bandar Baru Bangi
Bangi, 43650
Provide Construction Services in Civil & Structural Works, Architectural Works, M&E Works and Interior Design Works. Also Provide Facilities Management (FM) Services for Office, Ma...
B-02-01, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Paragon Point, Seksyen 9
Bangi, 43650
EcoPrasinos is full engineering wholly owned by Malaysian Company founded in 24th August 2009 provid
Jalan Ph2/2
Bangi, 43560
Our services make and make install air conditioning service air conditioning systems
No. 509A, Kompleks Diamond
Bangi, 43650
Civil & Structure Engineering Consultancy