Meeracle BANGI

Meeracle BANGI

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Meeracle BANGI, Health/Beauty, Bangi.

27/06/2024

Harapnya tak terlambat untuk ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Bella Hanna a.k.a Kak Luv. Semoga diberkati dan bahagia hingga ke jannah.

21/06/2024

AMALAN UNTUK PULIHKAN HATI, DAPAT JIWA TENANG:

1. Jaga solat

2. Yasin setiap hari. Hanya 15 minit masa kita. Yasin ubat yang sangat mujarab untuk pulihkan jiwa. Usaha sungguh-sungguh tak tinggal Yasin.

3. Sekurang-kurangnya Quran 100 ayat setiap hari. Yasin + satu surah lagi. Sebaik-baiknya jangan tinggal Al-Mulk sebelum tidur.

4. Istighfar di mulut. Biar selalu di bibir dengan istighfar.

5. Selawat sebanyak-banyaknya. Cuba 1000x sehari. Untuk 1000x selawat lebih kurang 20 minit saja masa kita. Sebenarnya.

6. Dalam wudhuk sentiasa.

7. Bangun malam.
8. Taubat, hajat, taubat hajat, taubat hajat, jangan tinggal.

9. Mohon pada Allah diberi kelapangan hati, diangkat segala duka, mohon Allah bantu untuk memaafkan, mohon Allah bantu untuk redha dan kuatkan hati.

10. Masa bersama Allah, cerita satu persatu pada Allah. Mengadu pada Allah. Luah semua pada Allah. Menangis pada Allah.

Beberapa pesanan lagi:

11. Usah peduli hal orang, buat hal sendiri.

12. Usah bergantung pada makhluk/ manusia.

13. Semuanya milik Allah, hak Allah, terjadi semuanya dengan kehendak Allah.

14. Allah uji sebab nak angkat darjat. Allah uji sebab Dia sayang. Allah nak kita kenal diri, kenal Allah.

15. Sabar, sabar, sabar.

*Buat amalan ini setiap hari untuk dapatkan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu merupakan nikmat Allah SWT yang terbesar untuk manusia rasa.

kredit : sirap limau

19/06/2024

dah kenapa tanganku bau lembu?
tak pegang pun.. 😅

16/06/2024

Semoga setiap pengorbanan kita dirahmati dan menjadi bekalan di akhirat kelak

Salam Aidiladha 1445 Hijrah

Amyra Rahman

05/06/2024

*QURBANQU 2024*✨🐂🐐

*"IBADAH QURBAN DI BUMI SEJUTA HUFFAZ"*

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan.

El Qurthuby Centre akan melancarkan program QurbanQu bagi ibadah korban tahun 1445H/2024M di Chad, Afrika.QURBANQU 2024✨🐂🐐

📝Tekan sini untuk pendaftaran : https://elqurthuby.onpay.my/order/form/QurbanQu/amyra

31/05/2024

Masih ada 5 slot untuk KORBAN, jika ada yang berminat boleh pm saya

23/05/2024

KORBAN ANDA ADALAH KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN BUAT MEREKA

Jom kita buat ibadah korban di bumi sejuta huffaz.

📲 JOM DAFTAR SEGERA, KAMI AKAN BANTU DARI A-Z 😊
www.wasap.my/60129185840/QurbanQuEQC24Airmy

21/05/2024

Allah sentiasa mendengar DOA hambaNYA

15/05/2024

QURBANQU

Baru kejap tadi terkocoh-kocoh mak ke bilik tele-sidang sebab terputus talian katanya, pelajar sedang membentang laporan penyelidikan mereka.

Dikala sedang nak cepat itu, tiba-tiba ... "assalamualaikum.."

"waalaikumsalam".. jawab mak. Allah.. ustaz rupanya.. borak kurang seminit sebab mak nak cepat.

ok done.. setelah masuk ke bilik tele-sidang.. oh ..!! semua dah kembali ok..

so.. mak ke bilik sebelah.. jalan short cut nak keluar sambil intai menu petang dah ada ker? hahaha.. makan ajer kejenya..

nampak kelibat ustaz .. tegurlah dulu.. tok guru kita.. kena la tegur.. nanti tak berkat ilmu tauuu.. sambil borak-borak kosong, ustaz petik pasal korban.. ustaz kata dah laju penyertaan ye.. Allahuakbar... masya allah.. malu kita ni.. kita ni tak banyak mana pun.. itu semua encik bos rumah punya.

kita tengok ahli-ahli lain laju jerr... alhamdulillah

dah alang-alang borak tu kan.. terus la direct question dengan ustaz.. bukan senang nak dpt peluang boleh borak gini..

kita aju soalan di mana soalan ini diajukan kepada kita oleh encik bos rumah.. hahaha

kita pun tanya la ustaz.. berapa ramai penduduk Islam di Chad, Afrika tu? .. ustaz kata lebih 80% .. uishh.. boleh tahan juga.

Tapi tahun ini insya allah kata ustaz , dia sendiri yang akan turun ke sana dan buat penyembelihan korban dan akikah tu nanti. Semoga dimudahkan urusannya ye.

Melalui penceritaan yang sekejap itu tergambar dalam mindaku.. suasana kesusahan mereka, apa taknya.. ustaz cerita dorang sembelih guna sabit , guna zink dijadikan pisau. Itu yang kali ini ustaz pergi dengan membawa peralatan yang secukupnya.

ustaz kata kita nak bagi duit suruh dorang beli pisau ke parang yg elok.. dorang kata nak beli mana? dah itu jer yg ada..

korang boleh bayangkan tak perbezaan kehidupan kita dengan mereka? kalau dikira dari segi kemudahan contoh mudah jer laa kan.. pisau sembelihan jer pun.. mereka menggunakan apa yang ada, sedangkan kita di sini dah kira mudah dan mewah sangat.

Allah... kerdilnya aku ini.

Aku pernah share dan post dalam group wasap.. deme baca "AFRIKA"???.. dah takde tempat lain ke?

awak.... saya juga pernah share iklan korban di tempat sendiri.. pun awak komplen macam-macam.. mahal la.. cekik darah la..

awak... awak faham tak apa tujuan korban tu?

awak... awak pernah kisah ker perihal kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail?

awak.. awak tahu tu korban tu utk siapa?

awak... korban ni setahun sekali jer.. kenapa nak berkira?
kalau Allah berkira dengan awak macamana?

awak.. saya bukan siapa-siapa pun.. saya tak paksa pun awak.. sebab hidayah itu milik Allah.. Allah akan buka hati siapa sahaja untuk hadir berurusan.

tapi.. apa saya nak maklumkan di sini adalah.. kita dah terlalu mewah di sini.. sampai tidak menghargai apa yg ada depan mata berbanding saudara seagama dengan kita di luar sana jauh sangat dari permodenan jauh dari segala-galanya.

tak salahkan kira berkongsi rezeki dengan mereka..?

Awak.. tak nak ke ganjaran daripada Allah..?

oklah awak... pape nanti roger..

📲 JOM DAFTAR SEGERA, KAMI AKAN BANTU DARI A-Z 😊
www.wasap.my/60129185840/QurbanQuEQC24Airmy

13/05/2024

MUKA YB ADUN # # .. BABY FACE??

Waahhh.. lain maciam erk stekmen.. ?

Nak rahsianya.. tu kena pm tepi kiri kanan depan belakang.. kekekeke..

Masya allah tabarakallah.

Photos from Meeracle BANGI's post 26/04/2024

TEKNIK PALING BERKESAN UNTUK BADAN NAMPAK KECIL DAN KURUS

HANYA MENGAMBIL MASA BEBERAPA MINIT SAHAJA..

✅TAK PERLU DIET
✅TAK PERLU MAKAN SUPPLEMEN KURSUS
✅TAK PERLU GUNA APPS
✅TAK PAYAH NAK EKSESAIS BERIA

MUDAH KAN???

NAMPAK TAK SAYA??

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
QURBANQU 2024✨🐂🐐

"IBADAH QURBAN DI BUMI SEJUTA HUFFAZ"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan.

El Qurthuby Centre akan melancarkan program QurbanQu bagi ibadah korban tahun 1445H/2024M di Chad, Afrika.

⚡ SASARAN 2024: 200 EKOR LEMBU
______
Untuk Mendaftar klik link whatsapp dibawah:
https://www.wasap.my/60129185840/QurbanQu24Airmy

✅ Pakej yang disediakan adalah seperti berikut:
🥩 1 BAHAGIAN LEMBU: RM 390 SAHAJA

🐂 SEEKOR LEMBU: RM 2730 SAHAJA

🐐 SEEKOR KAMBING: RM 520 SAHAJA

Photos from Meeracle BANGI's post 08/04/2024

Parking sat kat sini..

02/04/2024

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya ‘alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini utk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.

Justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. Kami memohon agar setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yang mngalir pada tubuh ayah kami dalam mcari rezki kepada kluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah.

Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam golongan orang yang Engkau redhai…apabila tiba p**a giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami.

Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya ‘Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Amiin… Ya Rabbal ‘Alamiin.

01/04/2024

MEERACLE
FREE POSTAGE 1-7 APRIL 2024

Photos from Meeracle BANGI's post 27/03/2024

TADABBUR RAMADHAN EQC 2024

📍Tajuk: "Ramadhan"
📍Panel: Ustaz Jamal

Sedikit perkongsian untuk STRATEGI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

** Sekiranya ada salah mohon tegur diruangan komen **

Kita dah masuk fasa ke-2 Ramadan dan bakal masuk ke fasa ke-3 iaitu fasa terakhir dalam bulan Ramadan. Bukan nak kata kat orang lain.. diri sendiri pun masih lagi loleh-loleh.. Allah.. ampunilah aku.

Ok jom.. nak share apakah strategi yang perlu kita buat untuk 10 malam terakhir ramadan, kita kena rebut peluang ni sebab apa tauu.. amalan ni bersamaan 80 tahun.. 1000 bulan.. kau hidup pun belum tentu sampai usia itu kan? maka inilah peluang yang terbentang luas Allah bagi kepada kita.. tinggal kita nak grab atau tidak jer...

1. Jaga SOLAT BERJEMAAH waktu Isyak, terawih dan witir. Juga solat berjemaah SUBUH terutamanya untuk kaum lelaki.

2. WAKAF - ini kategori lebih tinggi dalam sedekah. Dalam tempoh 10 hari terakhir ni atau sepanjang ni cubalah wakafkan sesuatu kepada masjid ke tahfiz ke atau mana-mana yang baik dan berpanjangan. Sedekah? boleh juga tapi macam sedekah makanan.. orang tu makan dah abis makanan tuu..tapi pahala dapat laa.. insya allah .. tapi wakaf ni berpanjangan.. cubalah wakafkan apa yg boleh mcm karpet ke langsir.. lot tanah masjid.. apa saja jer laa.. dan jangan lupa NIAT pahala wakaf tu kepada INSAN TERSAYANG terutama MAK AYAH kita samada dah tiada atau masih ada .

Aku teringat 1 skrip drama nie : Mak ada anak ramai berusaha jaga hati dan perasaan anak-anaknya, tetapi anak-anak langsung tak jaga hati dan perasaan mak yang sorang.

3. TAHAJUD - bangunlah bertahajud 2 rakaat paling tidak

4. DOA - teknik berdoa : Doakan untuk orang lain dahulu. Kata Nabi Muhammad SAW : barang siapa yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui oleh saudaranya maka malaikat akan doakan untuk dia.
Ya Allah, orang ini telah mendoakan untuk saudaranya supaya sihat luas reseki.. kau berikanlah dia supaya sihat luas rezeki.

5. ISTIGHFAR - banyakkan beristighfar , baca penghulu istighfar jika tau
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

- minta syurga
- minta jauhkan dari neraka
- minta Allah ampunkan segala dosa kita

6. Kejutkan ahli keluarga untuk malam-malam akhir ramadan untuk sama-sama kita beribadah dan bertemu dengan Lailatulqadar.. insya allah.

Semoga Allah melihat usaha kita, semoga Allah merahmati kita, semoga mengampunkan segala dosa-dosa kita.

Aku hamba yang hina sekadar ini perkongsian yang kuperolehi dalam tadabur al-quran El Qurthuby Quranic Centre

22/03/2024

Aku terlahir sederhana. Hidup susah bagiku biasa…

Photos from Meeracle BANGI's post 21/03/2024

PERSEDIAAN HARI RAYA

Tahun ni sedikit kelainan la kita buat persediaan :

1. Nak wajah tampil bersih berseri kita guna fullset skincare MEERACLE ✨✨

2. Hari raya 🌙 mesti nak berkunjung rumah sanak saudara , rakan tauladan kan.. muka kita mesti nak lebih jelita kan sebab meraikan Aidil Fitri yang istimewa. Jom kita solek skit dengan glow radiance foundation SPF 30 dan calit skit lipmatte shine glitz baru la berseri-seri muka tu bila bertandang ke sana ke sini.

3. Kalau dah namanya raya.. takkan la kita tengok jer makanan tu kan..? mesti apabila makan lupa dunia kejap..betul tak? Sebelum rasa menyesal.. jom kita get ready dengan TRIMJUICE + JELLYTOX .. sekurang-kurang membantu mengawal nafsu makan kita.. terlebih makan skit pun takpe sebab ada JELLYTOX .. idak ler menangis di tepi bucu katil bila baju dah sendat.. 🤭🤭🤭

4. Muka dah cantik berseri.. baju dah lawa.. eehhhh.. jangan lupa sembur perfume Amyra Rahman .. takkan nak biarkan badan berbau.. alaa.. nanti mesti best nak rayakan sebab badan dah berbau asyeeemmm...

5. Mana nak dapat semua nie? boleh jer pm kita atau tulis diruangan komen atau boleh jer nak intai di https://shopee.com.my/amyrarahman

Photos from Meeracle BANGI's post 15/03/2024

Salam JUMAAT 15 mac 2024 bersamaan 4 Ramadan 1445H.

kak amy... hang mai sini..!!

pepagi dah kena panggil.. ada apa?

mai laaa.. ....

hhmmm.. jengkot-jengkot la aku ni p ke depa..

kaki ku malam tadi kena mengkarong.. kurang zat kalsium diusia ini..

awat?? nak buat apa nie??

kami nak tangkap gambaq geng baju hitam..

huk alohhh... aku ingatkan apa laa yang penting sangat pagi2 dah kena panggil..

hari ni jumaat.. semlam ustaz pesan.. di bulan ramadan ni banyakkan berdoa.. berzikir.. minta masuk syurga Allah .. buat banyak amal ibadah..solat

jangan lupa surah al-kahfi ye kawan-kawan..
bersedekah setakat mana kita boleh .. yang penting keikhlasan kita sebagai hambaNya..

berwangi-wangian jangan dilupakan kerana ini juga antara kesukaan Rasullulah S.A.W ..

nak cuba parfum tahan lama? tekan sini https://shopee.com.my/amyrarahman

11/03/2024

Marhaban Ya Ramadan

Selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin muslimat.

Saya mohon maaf lahir dan batin jika terdapat salah silap yang sengaja @ tidak disengajakan.

Semoga Allah menerima amal ibadah kita dibulan puasa🩷

https://shopee.com.my/amyrarahman

08/03/2024

Doa menyambut ketibaan Ramadan

Photos from Meeracle BANGI's post 04/03/2024

salam dan selamat pagi

nak share skit pasai jellytox :

malam tadi mak ndak dah try 1 sachet..

Puan Meera kata 6-8 jam mcm tu la kan pemprosesan rasa nak membuang.

mak ndak ambil jellytox dalam jam 6.40 ke 7.00 malam macam tu.. lebih kurang jam 7 pagi tadi.. rasa sakit perut.. tidak memulas tauu.. rasa nak membuang biasa tuu.. apa yang dorang cerita dlm group HQ tu betul la perasaannya tu..

- tidak memulas
- takde rasa tergesa-gesa nak ke tandas
- perut pun tak sakit
- selepas pembuangan rasa selesa sangat
- badan rasa ringan walaupun berat turunnya taklah b*k lagi
- keadaan yg berlaku sama mcm dlm USP
-
pagi p**a selepas minum air kosong.. mak ndak ambik p**a trimjuice.. sekarang jam 8.20 pagi , mak ndak belum ambil apa-apa sarapan sebabnya tak rasa lapar dan nak kata kenyang makan trimjuice tu tak juga.. cuma buatkan perasaan tu rasa sayang nak makan.. perut rasa selesa sangat..

insya allah bulan puasa nanti boleh ambil sewaktu sahur kot..

kepada yang belum grab tu better grab.. rasa dia tak masam..tak manis.. just nice

sangat berbeza dengan produk detox yang lain.. mak ndak pernah makan detox brand lain.. hidupku jadi gusar dan susah hati.. tambahan p**a kalau pagi nak mai kerja.. aduuhh.. stuck kat trafik light then perut tak nyempat2 nak ke tandas...

dengan jellytox + trimjuice .. rasa cool jer.. 😊

01/03/2024

SERONOK DAPAT MAKAN KAN?
TERUTAMANYA YANG PERCUMA..LUPA HABIS DIET

24/01/2024

WANGIAN MEWAH MEMIKAT

Kadang-kadang bau asyeemm diri-sendiri pun dah sesak hidung, apatah lagi bau asyeemm sekeliling kita.. mau kembang kempis hidung tu menahan..

Takpe... cuba selesaikan masalah assyyeeemmm tu dengan AMYRA RAHMAN Parfum.. insya allah pasti tenang jer.. hidung pun tak kembang tak kempis..kekekeke..

Jangan lupa dapatkan untuk diri sendiri ke, insan tersayang ke, staf cemerlang ke, pelajar terbaik ke atau untuk sesiapa sahaja.

Nak cuba? Boleh komen di bawah atau tekan link ni https://bit.ly/amyrarahmanparfumparfum

05/01/2024

Amyra Arjuna nie kan.. kalau tak buat keja giler memang tak sah..!!

Lepas subuh-subuh sepiiiii... p cari bunga fresh.. ikutkan hati nak p kemeren heilen... tapi sebab kena hantar order malam nie.. kita p kawasan bukit juga laa.. BUKIT MEWAH KAJANG ...

setel masalah..

insya allah.. hasilnya malam ni.. semoga dipermudahkan.

Nak cuba wangian Amyra Rahman boleh pm.. boleh komen atau boleh jengah kedai online shopee.com.my/amyrarahman

Photos from Meeracle BANGI's post 04/01/2024

HADIAHKAN INSAN TERSAYANG DENGAN WANGIAN AMYRA RAHMAN

Alhamdulillah... tengahari tadi delivered kepada pelanggan pertama kali request sediakan hadiah istimewa untuk suami tercinta.

Berdebar juga hati ni sediakan apa yang terfikir.. almaklumlah kali terakhir berkarya rasanya zaman bertunang dan berkahwin 17 tahun lalu.. woww.. lama betul... selain tu berkarya di ofis kalau ada jamuan raya..hahhahaa.. tu pun ikut mood dan bajet.

Alhamdulillah.. pelanggan Amyra Rahman gembira menyambut ulangtahun kelahirannya.. apa yang bestnya pelanggan ini suami isteri tarikh besday sama.. so kita cuba buat seterISTIMEWA yang boleh untuk mereka.

Kepada korang yang buntu tak tau nak bagi hadiah apa kepada yang tersayang..terkasih mesra..tercinta dan sebagainya.. boleh hadiahkan PARFUME AMYRA RAHMAN dan boleh komen di bawah untuk saya bantu.

atau tekan link wasap.my/60129185840/parfume

atau nak test dulu ke bau boleh juga ke kedai online https://shopee.com.my/amyrarahman

15/12/2023

Kenikmatan bauan mawar di setiap semburan, Parfum De Rose by Amyra Rahman wangian eksotik seumpama cinta sejati yang menusuk jiwa.

Wangian mawar eksklusif yang menyerlahkan seorang yang sofistikated dan moden.

Dapatkan segera wangian mawar eksklusif di https://shp.ee/f7wqitb

13/12/2023

LAMA DAH KE PAKAI MEERACLE ?

“ lama la jugak , dpd tahun 2020 sampai 2023 dan seterusnya sampai bila2 “

“ 2 tahun baru dapat kulit cantik ke , lamanya ? “

“ aah sis, kalau nak 2hari kulit nampak cantik , pakai la krim siang malam merkuri tu , harini pakai esok cantik, tak pun skrg pakai skrg gak cantik !

SAY NO TO KRIM SIANG MALAM MERKURI !

pakai MEERACLE set skincare ni , ada org take time ada org ambil masa sekejap , dia apa pun bergantung cara pemakanan kita , daily routine kita, skincare routine kita

kalau pakai set yg beribu2 tapi cara pemakanan still lagi amek yg tak sihat berminyak dan sbgainya , tak jadi gak sis

tapi apa2 pun , dapatkan produk MEERACLE skrg, kenapa ?

sebab ada YES ! BELI 3 PERCUMA 2 !

Rugi tak grab skrg, valid sampai hjung bulan ni je tau promo ni.
https://www.wasap.my/60129185840/bba

Kedai shopee
https://shp.ee/f7wqitb

12/12/2023

“OFFER SPECIAL HARI INI SEMPENA 12.12”

“OFFER SPECIAL HARI INI SEMPENA 12.12”

Kulit sensitif ke ? Ni ubat dia
Sis yg ada masalah sensitif skin, atau ada anak dara yg tgh berjerawat teruk sebab hormon tu
Ni ubat dia sis , pakai je booster ampoule ni
Sebab booster ampoule ni lebih kuat berbanding serum biasa
Ampoule ni tahap konsentrasi bahan dia tinggi, mcm ampoule ni ada 12% Niacinamide
Belum ada lagi dlm market malaysia yg ada setinggi 12% ni, MEERACLE je satu satunya local produk yg ada
Berkesan ke tak?
Beribu testimoni sis, boleh cek sendiri, dan booster ampoule ni dh terjual lebih dpd 100,000 bottle dah

Tahukan setiap pembelian harini, anda akan dapat b*k FREE GIFT sempena Year End Sales !

Tekan sini SEKARANG
https://www.wasap.my/60129185840/YES1212
https://www.wasap.my/60129185840/YES1212
https://www.wasap.my/60129185840/YES1212

Kedai shopee
https://shp.ee/f7wqitb
https://shp.ee/f7wqitb
https://shp.ee/f7wqitb

08/12/2023

Y.E.S - BELI 6 PERCUMA 4 !!

Y.E.S - year end sales MEERACLE kali ni CRAZYYYYYYY!!!

Korang beli full set item MEERACLE dapat lagi percuma 4 item produk MEERACLE

Jimattt sungguhhh ya

jimat tu dah tentu jimat dah , tapi bila korang pakai FULL SET ni automatik segala masalah kulit mcm jerawat, jeragat kronik , breakout sebab salah pakai produk krim siang malam semua tu akan SELASAI !

KENAPA ? sebabbb..

✅ BOOSTER AMPOULE ada 12% Niacinamide, Paling Tinggi di Malaysia
✅ GEMSTONE SERUM , 10x ganda vitamin C
✅ FACIAL CLEANSER , ada Niacinamide + Salicylic Acid
✅ MOISTURIZER - 3% Pentavitin + Centella Asiatica
✅ TONER - galactomycist
✅ SUNNYSCREEN - spf50 + kakadu plum
semua produk MEERACLE dah diuji dan dapat pengiktirafan daripada pakar dermatologist
pakai FULL SET ni sekarang RAYA nanti confirm cantik !

Nak order klik sini tau http://www.wassap.my/0129185840/promoYES
http://www.wassap.my/0129185840/promoYES
http://www.wassap.my/0129185840/promoYES

Photos from Meeracle BANGI's post 07/12/2023

TENGAH BREAKOUT KE TU ?

Pening tak tau set apa yg sesuai utk masalah breakout pakai set basic MEERACLE ni je sis, setel masalah breakout tu kenapa ?
� 12% Niacinamide, Paling Tinggi di Malaysia
� 1st in Malaysia, Booster Ampoule.
� Dibuat di Kilang Terbesar KOREA , Cosmax
� Matikan Jragat, Hilangkan Jergt dalam masa 5 hari
� Mencrahkan dalam masa 1 Hari
� Dermatologist tested oleh Pakar Kulit
� Terpaling Pantas Result,

Ampoule sangat likat dan pekat

BELI SEKARANG ADA Y.E.S , BUY 4 FREE 3 !
stok terhad sampai 10/12/2023 sahaja sis, dapatkan sekarang !

tekan sini
https://shopee.com.my/shop/129638065
https://www.wasap.my/60129185840/YearEndSale
https://www.wasap.my/60129185840/YearEndSale
https://www.wasap.my/60129185840/YearEndSale

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

LAMA DAH KE PAKAI MEERACLE ?“ lama la jugak , dpd tahun 2020 sampai 2023 dan seterusnya sampai bila2 ““ 2 tahun baru dap...
Y.E.S - BELI 6 PERCUMA 4 !!Y.E.S - year end sales MEERACLE kali ni CRAZYYYYYYY!!!Korang beli full set item MEERACLE dapa...
TENGAH BREAKOUT KE TU ?Pening tak tau set apa yg sesuai utk masalah breakout pakai set basic MEERACLE ni je sis, setel m...
dapatkan sekarang PERCUMA BODY MIST SPRAY di https://shope.ee/1L5R2Muf7A
Sis & bro ada jerawat kan? Kulit muka keringkan? Bergerutu kan? Kasar? Tak cun tak hensem?, ..boleh grab set ni utk atas...
FIRST WATER-BASE SUNSCREEN MIST IN MALAYSIA🇲🇾• tak melekit• cepat meresap• hydrate & moisturize• repair skin barrier• an...
[ FIRST IN MALAYSIA - WATERBASED SUNSCREEN ]MEERACLE SUNNYSCREEN LAUNCHING 25 August 2023Order :https://shope.ee/1L5R2Mu...
✨INSTANT HYDRATION MOISTURIZER✨Melembapkan kulit selama 72 jam✅Meredakan iritasi dan kemerahan✅Mencerahkan kulit✅Melembu...
MERDEKA❗️🇲🇾Check SiNI https://shope.ee/1L5R2Muf7A Meeracle untuk tahu promosi MERDEKA SALE yang sedang berlangsung🤩Niaci...
produk yang kikis dan hakis kulit mengandungi merkuri terutamanya. Brightening Booster Ampoule tidak mengandungi bahan b...
Lelaki pun kena pakai skincare❗️Meeracle skincare untuk semua jantina, perempuan mahupun lelaki.Penjagaan kulit sangat p...
✨Jerawat check✨Contoh contoh perkara yang boleh trigger jerawat. Kalau ada yang korang buat marilah sama sama berhenti u...

Category

Website

https://s.lazada.com.my/s.f8JLO, https://shop.tiktok.com/view/product/1729509605550229876?region

Address

Bangi
43600