Ahmad Shukri Yusoff

Ahmad Shukri Yusoff

Hidup menjadi lebih indah jika kita saling menghormati.

05/06/2024

Ramai sungguh orang-orang baik meninggal minggu ini.

01/06/2024
01/06/2024

Tahniah kepada Lembaga Zakat Selangor di atas idea hebat ini. Insentif yang akan mengubah kehidupan mereka, insyaAllah.

Berita baik buat asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar Lembaga Zakat Selangor!

Adakah anda telah mendapat pekerjaan pada tahun 2024?
Jika 𝗬𝗔, anda layak untuk memohon π™„π™£π™¨π™šπ™£π™©π™žπ™› π™‹π™šπ™§π™’π™ͺ𝙑𝙖𝙖𝙣 π™‹π™šπ™ π™šπ™§π™Ÿπ™–π™–π™£ π˜Όπ™¨π™£π™–π™› π™Žπ™šπ™‘π™–π™£π™œπ™€π™§ (π™„π™‹π™‹π˜Όπ™Ž)!
Mohon segera! Permohonan dibuka sehingga πƒπ’π¬πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ’.

Cara memohon:
Imbas kod qr atau klik pada pautan berikut;

https://bit.ly/INSENTIFPERMULAANPEKERJAANASNAFSELANGOR-IPPAS-LZS

Sila rujuk pautan permohonan bagi terma dan syarat.

Semoga berjaya!

31/05/2024

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan dengan izinNya jua , saya akan berada di reruai PTS Aras 4 Dewan Tun Razak WTCKL jam 3 petang ( jumaat )untuk memperkenalkan buku terbaharu kami, Politics Like Muhammad.

Semoga dapat bertemu dengan semua sahabat yang berada di sana.🀲

04/05/2024

JANJI YANG PASTI

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).

Al-Qasas ayat 5.

03/05/2024

Bermain sentimen ini akhirnya akan membawa kerosakan.

27/04/2024

Penyakit Hati

Menafikan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang tidak sealiran dengannya.

25/04/2024

Ya Allah angkatlah kesengsaraan saudara-saudara kami.

Hilangkan kedukaan dan kesedihan mereka.

Hadirkan kemenangan kepada mereka pada waktu yang terdekat.

23/04/2024

DENGAN RAHMAT ALLAH

Maka ketika keputusan Kami datang, Kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman dengan rahmat dari Kami.

(Surah Hud ayat 66)

Dengan rahmat Allah kita dapat keluar daripada masalah bukan kerana kehebatan strategi kita.

Dengan rahmat Allah kita sembuh dari sakit bukan kerana kepakaran doktor yang merawat kita.

Dengan rahmat Allah kita mendapat pekerjaan bukan kerana sijil dan kepakaran kita.

Dengan rahmat Allah kita mendapat zuriat bukan kerana kemampuan dan kesihatan kita.

Dengan semata-mata asbab ianya tidak berhasil melainkan dengan keizinan Allah jua.

Sebutlah alhamdulillah kerana segala yang kita perolehi adalah disebabkan rahmat Allah kepada kita.

Photos from Ahmad Shukri Yusoff's post 21/04/2024

Mengikuti Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama Dato Mohammad Bakar.

20/04/2024

Ziarahilah kubur dengan penuh tatasusila dan adab sebagaimana menziarahi mereka sewaktu hidup.

Perkuburan bukan tempat pempengaruh mencipta kandungan, ia tempat mengingati kematian dan kesudahan kita.

19/04/2024

Sebutlah alhamdulillah jika doa sudah dimakbulkan. Usah dikaitkan tempat tertentu atau bacaan doa tertentu atau amalan tertentu doa kita dimakbulkan. Tanggungjawab kita ialah berdoa dan berusaha.

18/04/2024

Kadang-kadang berita fitnah ini tersebar kerana dipanjangkan oleh orang-orang yang baik.

17/04/2024

Usah kita mencela dan memandang rendah kepada seseorang yang anak-anaknya kelihatan masih tidak berpegang kepada nilai-nilai agama.

Nabi Adam as tidak cuai dalam pendidikan anak-anaknya namun salah seorang dari mereka membunuh saudara sendiri.

Nabi Nuh as sudah berusaha bersungguh mendidik anak-anaknya namun salah seorang dari mereka mati dalam keadaan kufur.

Nabi Yaakub as juga tidak pernah cuai dari mendidik anak-anaknya namun sebahagian mereka berpakat membuang Yusuf ke dalam perigi buta.

Jika Allah kurniakan kepada kita anak-anak yang soleh sebutlah alhamdulillah dan bersyukurlah kepada-Nya. Semoga nikmat ini berterusan.

Pada masa yang sama jangan berbangga-bangga di hadapan orang lain dan lahir rasa ujub bahawa kita berjaya mendidik anak-anak sementara orang lain gagal.

Ahmad Shukri Yusoff

15/04/2024

MENJAGA MARUAH ORANG LAIN

Dalam kempen boikot yang dilakukan terhadap jenama-jenama tertentu ada unsur-unsur kebencian yang disebarkan sama ada secara disedari atau tidak.

Antaranya ialah perbuatan menghina orang lain dengan menggunakan kecerdasan buatan ( AI ) dan menjana imej wanita bertudung berwajah binatang.

Terdapat kecenderungan pada masa ini, sebahagian menganggap tugas menjaga maruah orang lain tidak penting sewaktu mereka menyatakan mesej dan pendapat mereka walhal belum tentu pandangan mereka itu betul dan tepat.

Cuba kita lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW berinteraksi dengan orang yang melakukan dosa besar. Ianya boleh menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita.

Umar al-Khattab melaporkan ada seorang lelaki bernama Abdullah. Beliau selalu membuat Nabi SAW ketawa. Nabi SAW pernah mengenakan hukuman sebat kepadanya atas kesalahan meminum arak.

Pada suatu hari, Abdullah dibawa ke hadapan Nabi atas kesalahan meminum arak lagi. Nabi SAW pun menyebat beliau. Melihat itu ada seorang lelaki berkata, β€œYa Allah! laknatlah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.”

Nabi SAW bersabda , β€œJangan laknat dia. Demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.”

Inilah ciri-ciri ungkapan yang Nabi berikan kepada seorang pendosa besar seperti Abdullah seorang yang tidak dapat memberhentikan ketagihannya pada arak biarpun dia sudah berulang kali menjalani hukuman sebat:

1. Nabi SAW memuji Abdullah pada saat beliau dikutuk oleh seorang hadirin yang hadir.

2. Nabi SAW memberitahu si pengutuk itu dengan cara bersumpah dahulu. Kata Nabi, β€œDemi Allah, saya tahu....”

3. Pujian Nabi tentang diri Abdullah itu adalah berkenaan imannya. Kata Nabi, β€œDia mengasihi Allah dan Rasulnya.” Iman seseorang adalah sesuatu yang berada dalam hati, orang lain tidak boleh melihatnya. Orang biasa hanya nampak dosa yang dilakukan oleh Abdullah.

4. Nabi mengucapkan kata-kata tersebut dengan suara kuat dan dapat didengari oleh semua orang yang menyaksikan peristiwa itu.

Islam adalah Agama kasih sayang, saling hormat menghormati dan meraikan perbezaan.

Ahmad Shukri Yusoff

13/04/2024

DOA UNTUK PEMIMPIN

Seorang tokoh sufi yang terkenal yang bernama Fudail bin Iyyad ( Meninggal 187 H /803 M) pernah berkata,
β€œSeandainya aku mempunyai satu doa yang mustajab, nescaya aku akan khususkan doa ini buat pemerintah”

Seorang lelaki bertanya kepada Fudail bin Iyyad: Mengapa tuan tidak gunakan doa yang mustajab ini buat dirimu? Fudail menjawab:β€œAndai aku jadikan doa ini buat diriku sendiri maka kebaikannya hanya buat diriku, sekiranya aku jadikan doa ini buat pemerintah, maka sekiranya pemerintah itu menjadi baik, maka kebaikan itu akan melimpahi seluruh rakyat dan negara.

Ya Allah, jadikanlah pemimpin kami orang yang baik. Berikanlah taufik kepada mereka untuk melaksanakan perkara terbaik bagi diri mereka, bagi Islam, dan kaum muslimin.

Ya Allah, bantulah mereka untuk menunaikan tugasnya, sebagaimana yang Engkau perintahkan, wahai Tuhan semesta alam. Ya Allah, jauhkanlah mereka dari teman dekat yang jahat dan teman yang merosakkan. Dekatkanlah orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik kepada mereka, wahai Tuhan semesta alam.

Ya Allah, jadikanlah pemimpin kaum muslimin sebagai orang yang baik, di mana pun mereka berada.

13/04/2024

Seandainya aku mempunyai satu doa yang mustajab, nescaya aku akan khususkan doa ini buat pemerintah.
( Fudail bin Iyyad )

10/04/2024

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1445H, semoga diberi kebaikan dan kemenangan kepada kita semua.

09/04/2024

BERPAKSI KEPADA KESEDERHANAAN BUKAN TAASUB.

Islam adalah agama yang sempurna yang bersifat sederhana.

Islam datang dengan seruan berlemah lembut, kasih sayang tanpa ada unsur paksaan, jauh sekali menggalakkan penggunaan kekerasan terhadap golongan yang menolak atau enggan menerimanya.

Realiti semasa kini, masyarakat Islam di Malaysia disogokkan dengan pelbagai aliran dan pandangan yang mencetuskan pelbagai kontroversi dan perbalahan dalam kalangan anggota masyarakat.

Sikap taasub adalah sikap tertutup terhadap pandangan lain yang berbeza. Sikap begini adalah pembawaan yang memandang hanya diri atau kumpulan sendiri sahaja yang betul, manakala pihak lain adalah salah, malah secara berani menuduh pihak yang berlainan pendapat sebagai jahil dan bodoh.

Pihak yang tidak menurut pemikirannya dianggap fasik dan derhaka. Keadaan ini, seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai yang maksum dan kata-katanya sebagai sabda yang diwahyukan, sedangkan semua ulama salaf dan khalaf telah bersepakat bahawa semua pendapat boleh, diambil dan ditinggalkan, kecuali sabda Rasulullah s.a.w.

Pentaasub juga akan memperlihatkan sikap berprasangka buruk kepada pihak lain, memandang seseorang dengan pandangan sinis, menyembunyikan kebaikan mereka dan pada masa yang sama memperbesar besarkan kesilapan orang lain.

Sikap taasub kepada pendapat sendiri mahupun guru dan kumpulan masing-masing adalah salah satu daripada gejala melampau-lampau. Ia juga menggambarkan seseorang yang tidak berkemampuan membuka perbincangan untuk membandingkan pendapatnya dengan pendapat pihak lain.

Taasub akan menjadi lebih berbahaya apabila sikap ini dimanifestasikan dalam bentuk tindakan keras dan memaksa, walaupun terdapat keadaan yang memberi kelonggaran atau kelapangan. Contohnya, percubaan untuk mewajibkan sesuatu yang Allah SWT tidak wajibkan, lalu memaksa orang lain mengerjakan amalan-amalan sunat sama seperti menunaikan yang fardhu.

Ketaasuban boleh pergi kepada kerosakan yang lebih parah apabila terdapat satu pihak yang mengkafirkan pihak yang lain kecuali yang berpegang kepada prinsip mereka, atau menganggotai atau paling kurang bersimpati kepada kumpulan mereka.

Semoga Allah menjaga kita dan negara Malaysia tercinta.

Salam akhir ramadan 1445 H.

Sayang semua.

Ahmad Shukri Yusoff

08/04/2024

Islam terancam? Ya, dengan kata-kata dan perangai orang Islam sendiri.

08/04/2024

Bercakap atau menyebarkan pembohongan boleh terjadi apabila seseorang menyampaikan apa sahaja maklumat tanpa tabayyun.

Pembohongan akan menjadi parah apabila dibalut dengan tafsiran agama mengikut hawa nafsu.

Nabi Muhammad SAW bersabda ” Cukuplah bagi orang itu disebut sebagai pembohong jika dia bercakap dengan setiap apa yang dia dengar” ( Muslim )

07/04/2024

Ya Allah kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, sempitnya upayaku dan hinanya aku di mata manusia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada semua Pengasih, Engkaulah Tuhan bagi golongan yang lemah, Engkaulah Tuhanku.

Kepada siapa lagi Engkau akan serahkan diriku.
Adakah kepada orang yang jauh yang bermuka bengis denganku atau kepada musuh yang akan menguasaiku.

Jika Engkau tidak memurkaiku, aku tidak peduli namun kemaafan-Mu terlalu luas untukku.

Aku berlindung dengan cahaya zat-Mu yang menerangi segala kegelapan, kerananya semua urusan dunia dan akhirat akan menjadi baik dari turunnya kemurkaan-Mu kepadaku atau berlakunya kemurkaan-Mu kepadaku.

Hanya kepada-Mu aku kembali, supaya Engkau reda, tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.

07/04/2024

Isu boikot ini jika tidak ditangani dengan betul akan membawa perpecahan dalam masyarakat dan menimbulkan syak wasangka yang berterusan.

06/04/2024

Fiqh Awlawiyat

Mengutamakan yang wajib sebelum yang sunat.
Contoh, mendahulukan membayar hutang sebelum bersedekah.

06/04/2024

Pendakwah perlu mengelakkan perkara dan perbuatan yang boleh menjadi tohmahan masyarakat.

03/04/2024

Ahli politik muda sepatutnya sebarkan kasih sayang bukannya kebencian.

01/04/2024

Ya Allah, di sepuluh terakhir ramadan ini, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik- baik ilmu sebaik-baik amal, sebaik baik balasan, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian .

Ya Allah , teguhkanlah pendirianku, beratkanlah timbanganku, angkatkanlah darjatku, terimalah solatku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku.

Ya Allah , aku memohon kepada-Mu darjat yang tinggi di dalam syurga.

01/04/2024

Suburkan budaya berfikir, leburkan budaya takfir.

31/03/2024

Dalam penggunaan media sosial hari ini, memadam hantaran belum tentu boleh memadam api kebencian yang sudah merebak.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pembangunan Masjid Bandar Utama.
Masih sempat lagi untuk laksanakan ibadah korban pada tahun ini.🀲
Saat hampirnya Ramadan di penghujung, manfaatkanlah peluang di sepuluh malam terakhir Ramadan ini dengan mengambil pelua...
Selamat datang semua sahabat baharu dan lama.Abdullah A Rahman, Breadwinner Mfa, Al Fatih Fattah, Norhayati Zainudin, Sy...
TUJUAN UTAMA IBADAH KORBANTujuan dan matlamat  terbesar dari penyembelihan korban itu bukan daging atau binatang yang di...
Sahabat yang baik juga adalah nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada hambaNya.

Telephone

Address

Bangi

Opening Hours

09:00 - 17:00