Pes Stim Limau HQ
Nak rasa kelainan masakan kali ni? Jom cube masak ikan stim limau dgn guna pes ni.. Sedap dan mudah.
Tetap berbuat baik untuk bulan yang mulia :)
Hujung-hujung puasa ni nak makan simple-simple je wak
Boleh cuba stim limau kami ni tau
Ameen
RESEPI REMPEYEK RANGUP-
Bahan-bahan:
* 1 kg tepung beras
* 5 cawan air
* 2 cawan santan pekat
* 1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
* 1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
* Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis**
* 3 sudu besar jintan kasar**
* 3 sudu besar ketumbar biji**
Cara-cara:
1. Kisar kering bahan bertanda **. Nak guna lebih pun boleh.
2. Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar. Air kena pandai agak, buat s**atan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit2, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
4. Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul2 panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
5. Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng
Nota: Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaallah sedap.acuan rempeyek https://shope.ee/4V6TCUvnl5
Kredit : Ct Suryati
RESEPI SAMBAL GETUK BERAPI 🔥
Bahan :
- ikan bilis
- bawang putih
- bawang merah
- cili apii
- serbuk perasa
- limau kasturii
Cara-caranya :
- goreng bilis hingga rangup
- goreng bawang + cili padi hingga layu
- tumbukk sehingga hancur tambah serbuk perasa & gula
- perah limau kasturii
- makan dengan nasik panas panas + telur mataa + kicapp .. syahduuu 😭
Sumber : Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas
Jom rebut PELUANG 10 ramadan terakhir, ameen ameen 🤲
Kuih Lapis
BAHAN-BAHAN
2CAWAN TEPUNG BERAS KALAU BLH PAKAI CAP TERATAI KUIH AKAN LEBIH LEMBUT.
1CAWAN GULA
1/2 CAWAN TRPUNG GANDUM
1/2 CAWANTEPUNG JAGUNG
1KOTAK KECIL SANTAN KARA (200ML)
3 CAWAN AIR
1 SUDU GARAM
1 SUDU SIRAP ROS
SIDIKIT PEWRNA MERAH
sedikit esen ros.
1 hari 1 resepi
selamat mencuba
Jom cuba buat,
senang, lazat dan mudah sangat
Ameen 🤲
Resipi Sup Ikan Merah
Tumis sampai brown bawang merah, bawang putih, dan halia(hiris boleh, tumbuk boleh)masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap..masukkan serai sebatang( titik) ,akar ketumbar..dan sup bunjut.. masukkan air..
Bila dah reneh, masukkan ikan..
Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa..masukkan tomato dan batang celery.. dah siap boleh taburkan daun sup/daun ketumbar/daun bawang ikut kes**aan..
Saya tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja..
Kalau s**a masam boleh letak asam keping atau asam limau..saya tak letak..
Credit : Ainn Mustafar
Alhamdulillah kini sudah memasuki Ramadan ke 15 , jom kekalkan momentum ibadah selagi diberi kesempatan di bulan mulia bulan ni
RESEPI CUCUR UDANG - tanpa yis/ soda bikarbonat
Bahan-bahan:
* 500gm tepung gandum
* 250gm taugeh
* 150gm daun bawang - dipotong kecil
* 150gm bawang besar - dihiris
* 1 sudu teh garam
* 1/2 sudu teh serbuk kunyit
* 2 biji telur
* Udang - dibuang kulit
* Lobak merah - optional
* Cili merah - optional
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati
2. Biarkan sebentar selama 30 minit sebelum menggoreng
Nota:
1. Goreng dengan api perlahan supaya garing di luar dan lembut di dalam, boleh tambahkanlan sesudu marjerin untuk lebih rangup
Kredit: Aezach AR
resepi Kuih Bakar
Bahanya
1 cwn tepung gandum
1 cwn telur
3/4 cwn gula pasir(rasa manis boleh kurangkan..
2 cwn santan ( termasuk air daun pandan)
sedikit garam
1sdt Serbuk kayu manis kalau s**a
esen pandan ( kalau nk boh sikit blh)
pewarna hijau epal
bijan d sangai
Olesan minyak mkn/minyak sapi +d.pandan
🌴cara2nya:-
blend semua bahan2 d atas tapis kcuali bijan..
bakar suhu 180 selama 30 minit..
@ ikut oven masimg2...
selamat mencuba
credit : Diwi Taib
Salam Ramadan ke 10
Boleh laa kita buat sikit sikit 😆
5 Cara Mudah Cuci Cermin Tingkap Dengan Berkesan. Antaranya Guna Suratkhabar! Tips Cuci Cermin Tingkap & Pintu Dengan Mudah Dan Bersih. Cara lap cermin tingkap berkesan. Cara bersihkan tingkap. Lap tingkap
Popia Nestum-
Bahan-bahan:-
* 1 paket kulit popia⠀
* 2 cawan Nestum⠀
* 1 cawan Horlicks⠀
* 1 cawan gula kastor⠀
* Tepung gandum dan Air⠀
⠀.
Cara-cara:-
1. Bancuh tepung gandum dengan air – untuk dijadikan gam
2. Gulung kulit popia secara memanjang dan lekatkan dengan bancuhan tepung⠀
3. Kemudian potong secara menyerong⠀
4. Kisar Nestum, Horlicks dan gula kastor sehingga halus
5. Panaskan api dan goreng kuilt popia hingga kekuningan.
6. Gaulkan kulit popia tadi dengan campuran nestum, horlick dan gula kastor yang telah dikisar⠀
Sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba
⠀.
Kredit: Nur Amirah A Bakar
Resepi Murtabak Mini kulit popia
Bahan2nya...
Inti.
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
Cara memasak inti.
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika s**a pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.
5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini....
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah2 kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau s**a letak minyak banyak ok je.... saya tak s**a minyak banyak. Jadi....ikut selera masing2 ya.
5. Bakar sehingga masak. Balik2kan ia... bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap.
Dah masak.... makan... memang sedap. 😂😂😂
Selamat mencuba ya....semoga berjaya. 😍
Airtangan dan pic: Eniza M. Salim
Kredit Resepi : Roshima Ibrahim Shima
Alhamdulillah untuk harini
Jom perbanyakkan doa & selawat keatas junjungan Nabi pada hari yang mulia 😇
[READY STOCK] Sosej Thailand dan Lockcing Halal | Shopee Malaysia Sila Baca : 1- Segala kelewatan penerimaan parcel adalah BUKAN dalam KAWALAN SELLER 2- Kerosakan sosej anda akibat kelewatan penghantaran bukan lagi TANGGUNGJAWAB peniaga tetapi TANGGUNGJAWAB kurier yang menguruskan 3- Boleh terus chat untuk pembelian BORONG atau segala persoalan berkaitan 4- Pengha...
Selamat pagii