Ijtihad.my

Butik kelengkapan haji umrah di Bandar Baru Bangi, Selangor. +0389204855, WAZE 'butik ijtihad' Untuk pertanyaan www.wasap.my/60125915199 jemput singgah ya.

kami masih beroperasi di buka dari jam 10 pagi hingga 7 malam atau belian online/COD.

10/07/2024

KEMPEN AL FALAH

Al Falah menawarkan pakej umrah dan hadiah wang tunai bernilai RM 300,000 untuk dimenangi oleh pendeposit TH.

Pendeposit TH perlu membuat tambahan simpanan, daftar haji/telah menunaikan haji dan tiada transaksi pengeluaran sepanjang tempoh kempen untuk melayakkan pendeposit terpilih sebagai pemenang bertuah.

Teruskan menyimpan di TH untuk meningkatkan peluang menjadi pendeposit bertuah.

*Tertakluk terma dan syarat di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kempen-al-falah

06/07/2024

Awal Muharam Butik Ijtihad dibuka seperti biasa dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Jemput singgah ya.

Salam Maal Hijrah.

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menyambut Tahun Baru Maal Hijrah iaitu Tahun Baru dalam kalendar Islam.
Sebagai umat Islam, awal Muharram adalah yang menandakan peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekkah ke kota Madinah dan bersatunya kaum Muhajirin dan Ansar.

Banyak teladan dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah hijrah Rasulullah dan banyak amalan yang boleh kita amalkan sepanjang bulan Muharram.. ๐Ÿ˜Š

Butik ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan Umrah Haji, barang ibadah dan busana muslim di Bandar Baru Bangi, Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10pagi hingga 7malam.

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik link di bio

Untuk lokasi kami sila Waze `Butik Ijtihadโ€™

18/06/2024

IBADAH HAJI DAN HADIS AKHIR ZAMAN

AL-HAFIZ Ibn al-Jawzi dalam kitabnya mengingatkan orang yang mengerjakan haji perlu berhati-hati menjaga niat.

Puji dan syukur kepada Allah SWT yang masih mengurniakan kemudahan dan keamanan buat umat Islam pada masa kini menunaikan ibadah haji. Semoga Allah SWT memelihara jemaah haji dan kita semua daripada segala perkara buruk dan dukacita.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan situasi dunia yang tidak menentu ini segala kemungkinan boleh sahaja berlaku, sama ada cepat atau lambat. Justeru, wajar sekiranya kita merenung kembali apa yang dikhabarkan oleh baginda Nabi SAW supaya kita mengambil pengajaran dan persiapan yang sepatutnya.

Ada berbagai hadis eskatologi (keyakinan berkaitan berakhirnya dunia) berkaitan ibadah haji dan tempat sucinya iaitu Baitullah (Kaabah). Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

"Akan datang kepada manusia satu zaman, di mana golongan kaya umatku akan menunaikan haji untuk tujuan bersiar-siar, golongan sederhana mereka untuk tujuan berniaga, golongan qurra' (ahli ilmu) mereka untuk tujuan riyak dan reputasi serta golongan fakir mereka p**a untuk tujuan meminta-minta."
(Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dengan sanad daif)

Meskipun hadis ini daif, namun tidak rugi untuk kita mengambil iktibar daripadanya. Menariknya, al-Hafiz Ibn al-Jawzi dalam kitabnya Muthir al-Gharam al-Sakin ila Asyraf al-Amakin menjadikan hadis ini sebagai anjuran supaya orang yang mengerjakan haji perlu berhati-hati menjaga niatnya. Kata beliau:

"Sewajarnya dia memperbetulkan niatnya bagi mengerjakan haji. Sekiranya dia ingin berniaga pun, maka jadikanlah itu sebagai iringan dan sampingan sahaja dan jangan menjadikannya sebagai maksud utamanya."

Ini menunjukkan al-Hafiz Ibn al-Jawzi meskipun agak keras dalam kitab al-Maudhu'at dan mengkritik hadis ini dalam al-'Ilal al-Mutanahiyah, namun beliau masih mengikut kaedah jumhur ulama dalam masalah penggunaan hadis daif dan memahami ia masih mempunyai peranan serta tidak ditolak secara total, khususnya dalam bab fadha'il amal dan at-targhib wa at-tarhib (galakan dan ancaman).

Kita tidak tahu berapa lama keadaan senang dan aman ini dapat kita nikmati.

Nabi SAW mengkhabarkan bahawa pada akhir zaman akan berlaku dua serangan terhadap Baitullah (Kaabah).

Bagaimanapun, serangan pertama akan digagalkan oleh Allah SWT dan mereka semua akan dibinasakan. 'Aisyah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda:

"Sekump**an tentera akan memerangi Kaabah, lalu ketika mereka berada di suatu padang pasir, mereka pun ditenggelamkan seluruhnya awal dan akhir." 'Aisyah bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana mereka ditenggelamkan seluruhnya awal dan akhir, sedangkan ada pada mereka pasar-pasar dan orang yang bukan daripada kalangan mereka?" Jawab baginda: "Mereka akan ditenggelamkan seluruhnya awal dan akhir, kemudian mereka akan dibangkitkan semula (di akhirat kelak) menurut niat masing-masing."
(Riwayat al-Bukhari)

Manakala serangan kedua kemungkinan berlaku selepas berakhirnya zaman Imam al-Mahdi. Serangan kali ini berjaya menghancurkan Kaabah sehingga orang Islam tidak lagi dapat mengerjakan ibadah haji. Abu Hurairah RA mengkhabarkan, Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang lelaki (al-Mahdi) akan dibaiah di antara rukun (Hajar Aswad) dan maqam (Ibrahim). Dan sekali-kali tiada yang mencemarkan Baitullah (Kaabah) melainkan penduduknya sendiri. Maka, jika mereka telah mencemarkannya, maka jangan ditanya lagi mengenai kehancuran bangsa Arab. Kemudian akan datang orang-orang Habsyah, lalu mereka akan menghancurkannya dengan sehancur-hancurnya. Tidak ada lagi yang memakmurkannya setelah itu selama-lamanya dan mereka itulah yang akan mengeluarkan harta yang tersimpan di dalamnya."
(Riwayat Ahmad dan al-Hakim dan merupakan hadis sahih)

Peliknya, peristiwa ini digambarkan oleh Nabi SAW dengan gambaran yang cukup terperinci.

Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
"Kaabah akan dihancurkan oleh seorang lelaki yang kedua-dua betisnya kurus daripada bangsa Habsyah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ibnu 'Abbas RA, baginda SAW bersabda:
"Seolah-olah aku melihatnya seorang yang berkulit hitam dan berkaki kengkang, sedang meruntuhkannya batu demi batu." (Riwayat al-Bukhari). Manakala dalam riwayat 'Abdullah bin 'Amru RA, Rasulullah SAW bersabda: "Dia akan merampas perhiasannya dan melepaskan kain kiswahnya (kelambunya) dan seakan-akan aku melihatnya seorang yang sedikit botak, berkaki tempang, sedang membongkarnya dengan menggunakan cangkul dan beliungnya." (Riwayat Ahmad)

Peristiwa ini tidak bertentangan dengan ayat al-Quran yang bermaksud: "Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Makkah) tanah suci yang dihormati, lagi aman." (Surah al-'Ankabut: 67).

Kerana kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari: "Bahawa yang dimaksudkan, ia berlaku di akhir zaman hampir dengan ketibaan hari kiamat, ketika tiada lagi yang tinggal di atas muka bumi ini seorang pun yang mengucapkan: Allah, Allah."

Penjelasan :
Dr. Mohd Khafidz Soroni

Penulis adalah :
1. Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor (UIS)
2. Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI

07/06/2024

Ahlan Zulhijjah.

Zulhijah adalah bulan terakhir dalam takwim Islam. Ramai dari kita yang sering terlupa keistimewaan dan keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah, tidak sepertimana mereka mengingati 10 Malam-malam Terakhir ramadan.



Banyak kelebihan Zulhijah yang juga dikenali sebagai bulan haji terutama pada 10 hari-hari pertama bulan Zulhijjah, kesemua amal soleh yang dikerjakan pada hari ini lebih dicintai Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ daripada hari-hari yang lain.



Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu โ€˜anhu; Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ู…ุงูŽุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูู‰ู ุงูŽูŠุงู‘ูŽู…ู ุงูŽูู’ุถูŽู„ู ู…ูู†ู’ู‡ุงูŽ ููู‰ ู‡ูŽุฐูู‡ู. ู‚ูŽุงู„ููˆู’ุง: ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ุงูŽุฏูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽู„ุงูŽุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ุงูู„ุงู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ูŠูุฎูŽุงุทูุฑูุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ุงูŽู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ุจูุดูŽูŠู’ุกู.

โ€œTidak ada hari di mana amal soleh pada masa itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu: sepuluh hari dari bulan Zulhijjah.โ€Mereka bertanya, โ€œYa Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah?โ€ Baginda menjawab, โ€œTidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan suatu apa pun.โ€ (Hadis Riwayat Bukhari r.a.).

Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji, barangan ibadah dan busana muslim di Bandar Baru Bangi Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

25/05/2024

Pastikan anda membawa di setiap langkah perjalanan haji anda.

Photos from Ijtihad.my's post 30/04/2024

Ziarah menziarahi hari raya masih lagi meriah. Akan tetapi persiapan haji bakal jemaah tetap mesti dilakukan.

Tak lama sahaja lagi bakal tetamu Allah ini akan memenuhi undangan Maha Agung.

Terima kasih Pn Ramlah datang ke butik Ijtihad membeli kelengkapan haji.
Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio

27/04/2024
Photos from Tabung Haji's post 27/04/2024
09/04/2024

Inilah individu-individu tenaga kerja ijtihad. Terimalah ucapan dari kami seluruh keluarga ijtihad.

09/04/2024

Daun dianyam makin tersimpul, Gulai di dapur terlebih santan, Sanak saudara riuh berkumpul, Sambut lebaran penuh kesyukuran.

Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, Whatsapp dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati.

ุŒุชูŽู‚ูŽุจูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุŒุตููŠูŽุงู…ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ูŽูƒูู…ู’ ูŽูƒูู„ูู‘ ุนูŽุงู…ูู ูˆูŽุงูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุนูŽุงุฆูุฏูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ููŽุงุฆูุฒููŠู’ู†ูŽ
Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin

Dari kami seluruh keluarga Ijtihad.

Butik ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Butik akan mula beroperasi seperti biasa selepas cuti Aidilfitri iaitu pada 15 April 2024,Isnin

Di buka dari jam 10 pagi hingga 7 malam

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

09/04/2024

Diriwayatkan oleh Sayyid Ibnu Thawu dan Syekh Shaduq RA dari Jabir bin Abdillah Anshari RA.

"Aku pernah bertamu ke rumah Rasulullah SAW pada malam terakhir Jumaat terakhir bulan Ramadan. Ketika melihatku, beliau berkata, 'Wahai Jabir, malam ini adalah Jumaat terakhir bulan Ramadan ini.

Maka, ucapkanlah selamat tinggal kepadanya dan ucapkanlah,

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ู‡ู ุขุฎูุฑูŽ ุงู„ู’ุนูŽู‡ู’ุฏู ู…ูู†ู’ ุตููŠูŽุง ู…ูู†ูŽุง ุฅููŠู‘ูŽุงู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู’ ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ููŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ููŠ ู…ูŽุฑู’ุญููˆู’ ู…ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ู†ููŠ ู…ูŽุญู’ุฑููˆู’ู…ู‹ุง

Artinya: "Ya Allah, jangan jadikan bulan ini bulan Ramadan terakhir bagi puasa kami. Jika Engkau menjadikannya seperti itu, maka jadikanlah aku orang yang dikasihani dan jangan jadikan aku orang yang terhalangi."

Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

08/04/2024

PENGUMUMAN PENUTUPAN BERSEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Butik ijtihad akan ditutup dari Selasa 9 April hingga Ahad 14 April. Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kita jumpa lepas cuti raya ya..

Dibuka semula pada Isnin, 15 April 2024.

Butik ijtihad,
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Butik ijtihad dibuka seperti biasa dari jam 10 pagi hingga 7 malam

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

Photos from Ijtihad.my's post 29/03/2024

Tinggal 10 hari lagi ramadan. Terasa semakin dekat meninggalkan. Dalam 10 hari ini juga terdapat malam lailatul qadar. Malam 1000 bulan.

Sama mengingatkan. Agar tidak sia-sia ramadan berlalu.

Persiapan raya tidak dilupa agar dapat berjimat dan merancang perbelanjaan diri dan keluarga.

Marilah singgah ke Butik Ijtihad, Bangi

Pelbagai jenis rekaan kurta pilihan fabrik kapas yang sangat sesuai dipakai untuk cuaca Malaysia.

Seharian pakai untuk beraya terasa selesa dan tetap kemas serta tidak mengganggu pergerakkan ziarah menziarahi di hari raya.

Boleh juga dipakai buat solat, pakai kenduri dan menjadi persalinan umrah ziarah nanti.
Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah, barangan ibadah dan busana Muslim haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6.15 petang (sepanjang ramadan)

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di +60389204855 atau klik pautan di bio.

29/03/2024

Krew-krew Ijtihad berusaha membantu Encik memilih kain ihram yang terbaik mengikut keselesaan dan kesesuaian saiz badan dan cuaca.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu bakal jemaah memilih kelengkapan umrah haji terbaik secara langsung membantu memudahkan pergerakkan umrah haji mereka.
Semoga Allah redha usaha sedikit kami ini.

Terima kasih pasangan, krew yang komited memberi bantuan kepada bakal tetamu Allah Encik Aisar Puan Shu dan Encik Fikri.

Jemput singgah ke butik ijtihad tuan puan.

Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6.15 petang (sepanjang ramadan)

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio.

29/03/2024

Pernah singgah butik Ijtihad beberapa bulan yang lepas.
Terima kasih Encik .

Kali ini datang berbelanja kelengkapan umrah di butik Ijtihad. Bakal mengerjakan umrah dengan ibuayahnya pada bulan 4 nanti. Semoga ibadah nya diterima Allah S.W.T

Banyak juga Encik Aisar berbelanja kelengkapan di ijtihad semalam. Di sebabkan naik motorsikal barang2 kami lalamove sahaja ke kediaman beliau.

Sporting sungguh Encik aisar suruh staffnya bantu tangkap gambar p**a.. Terima kasih ya.

MasyaAllah, Jazakallahu khairan kathira Encik Aisar.

Nanti singgah lagi ya.

Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor.

Dibuka seperti biasa dari jam 10 pagi hingga 6.15 petang ( sepanjang ramadan)

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio.

27/03/2024

Nuzul Quran adalah peristiwa mengingati di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. Peristiwa bermakna tersebut berlaku di gua Hira pada 17 Ramadan.

Nabi SAW pertama kali bertemu dengan Jibril a.s. di Jabal Nur (Gunung Cahaya) dalam gua Hira. Di sana, malaikat itu meminta Nabi s.a.w. untuk membaca, dan dengan itu mendedahkan lima ayat pertama Surah Al-โ€™Alaq:

ูฑู‚ู’ุฑูŽุฃู’ ุจููฑุณู’ู…ู ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ูฑู„ูŽู‘ุฐูู‰ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ. ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ูฑู„ู’ุฅูู†ุณูŽู€ูฐู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽู„ูŽู‚ู. ูฑู‚ู’ุฑูŽุฃู’ ูˆูŽุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ูฑู„ู’ุฃูŽูƒู’ุฑูŽู…ู. ูฑู„ูŽู‘ุฐูู‰ ุนูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุจููฑู„ู’ู‚ูŽู„ูŽู…ู. ุนูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูฑู„ู’ุฅูู†ุณูŽู€ูฐู†ูŽ ู…ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ู’

โ€œBacalah (wahai Nabi), dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah

Butik ijtihad, Bangi Selangor
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji, barangan ibadah dan busana Muslim

Dibuka seperti biasa dari jam 10 pagi hingga 6.15 petang. (Sepanjang Ramadan)

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio.

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

17/03/2024

Alhamdulillah terima kasih Pencetus Ummah Amin datang Butik Ijtihad membeli kelengkapan haji untuk ibu beliau.

Kami doakan Semoga dimudah segala urusan persiapan haji ibu, diberi kesihatan yang baik sebelum, semasa dan sekembali menunaikan haji nanti, dan di terima segala amal ibadah disana.

Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 615 petang ( hanya untuk sepanjang Ramadan)

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio.

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

12/03/2024

MAKLUMAN!
SEPANJANG BULAN RAMADAN

Butik Ijtihad akan BERUBAH WAKTU OPERASI iaitu dibuka setiap hari pada jam 10 PAGI hingga 6.15 PETANG bagi membuat persediaan berbuka puasa kepada krew-krew kami.

Salam Ramadan Al Mubarak kepada semua muslimin muslimat.

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di +60389204855

11/03/2024

Marilah bersama-sama
menyatakan kesyukuran dan memohon
keselamatan daripada sebarang gangguan
untuk menelusuri Ramadan ini dengan
berdoa:

(Ya Allah, berilah keselamatan kepada kami
untuk (menghadapi) Ramadan. Berilah
kesejahteraan Ramadhan untuk kami dan
terimalah ibadah Ramadhan daripada kami
dengan sebenar-benar penerimaan)โ€.

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam kitabnya al-Duโ€™aโ€™, no. 912, al-Dailami dalam musnad al-Firdaus, daripada Ubadah bin Somit RA, beliau berkata: โ€œAdalah Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… telah mengajarkan kepada kami beberapakalimah doa apabila datangnya Ramadan.โ€)

Semoga Allah SWT dengan kemurahan-
Nya dan keberkatan kekasih-Nya Nabi
Muhammad ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… menerima usaha yang sedikit ini dan menjadi asbab bertambahnya kecintaan kepada Baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู….

MARHABAN YA RAMADHAN
Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6.15 petang (sepanjang ramadhan)

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di +60389204855.

04/03/2024

Terima kasih puan antara usahanita yang berjaya dengan produk kecantikan dan pelbagai perniagaan lain singgah ke butik ijtihad.

Dah pun selamat kembali menunaikan umrah bersama suami tercinta.

Selamat pengantin baru, Semoga rumah tangga yang di bina sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T.
Butik Ijtihad
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selangor.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855.

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

Jemput singgah ya..

04/03/2024

MasyaAllah. Tetamu ijtihad kali ini adalah pelanggan yang datang dari Rompin, Pahang ke bangi semata-mata ingin berbelanja kelengkapan umrah di butik ijtihad.

Usaha dalam mempersiapkan diri dalam perjalanan menjadi tetamu Allah. Pasti akan di pandang dan diterima Allah hendakNya. , InsyaAllah

Terima kasih Encik Puan sekeluarga. Semoga jual beli ini mendapat keberkatan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Selamat menunaikan ibadah umrah dan dimudah segala urusan ibadah di sana nanti.
Butik Ijtihad,Bangi Selangor
Pusat Barangan Kelengkapan umrah haji dan umrah

Dibuka seperti biasa dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Untuk pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan di 0389204855 atau klik pautan di bio.

Untuk lokasi kami sila Waze 'butik ijtihad'

01/03/2024

Antara sikap ihsan adalah berpada dengan memberi isyarat kepada Hajarul Aswad jika tidak boleh menyentuhnya. Mari bersama-sama mengekalkan ketenteraman dan mengurangkan kesesakan.

26/02/2024

JAWATAN KOSONG!

BUTIK KELENGKAPAN HAJI UMRAH DAN IBADAH.
SEK 8 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

1.Pembantu Penyelia Butik
basic Rm1800

2.Pembantu Butik
basic Rm1500

3.Jurujual atas talian / live
basic Rm1500

Lain2 tambahan
-Elaun sara diri rm200
-Ot & insentif jualan.
-Socso, kwsp

Kelayakan:
1) Jaga solat
2) Kemahiran berkomunikasi yang baik
3) Amanah
4) Ada pengalaman / cepat belajar.
5) Warga Malaysia

UNTUK MEMOHON boleh hubungi En. Sofi di www.wasap.my/60125915199 atau email resume di [email protected]

20/01/2024

TH telah mengumumkan kadar Bayaran Haji bagi musim haji 1445H/2024M.

Alhamdulillah, TH masih meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muasassah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini.

20/01/2024

Bila Butik Ijtihad Bangi diserbu ramai bakal tetamu Allah pada musim cuti sekolah akan datang. Tak menang tangan dibuatnya.
Alhamdulillah.
Kami mendoakan agar semua urusan kalian di permudahkan. Dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.
Jazakumullah hu khairan kathira.
Sebarang pertanyaan dan belian online..
Sila klik pautan di bio. Atau hubungi 0389204855

Untuk lokasi tuan puan boleh WAZE butik ijtihad.

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Terimalah ucapan dari kami seluruh tenaga kerja Ijtihad.Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua muslimin dan muslimat.S...
Krew-krew Ijtihad berusaha membantu Encik @aisar_khaledd memilih kain ihram yang terbaik mengikut keselesaan dan kesesua...
Bila Butik Ijtihad Bangi diserbu ramai bakal tetamu Allah pada musim cuti sekolah akan datang. Tak menang tangan dibuatn...
Ahlan wa sahlan..Selamat datang..Welcome...Butik IjtihadPusat Barangan Kelengkapan umrah haji di Bandar Baru Bangi Selan...
Cara Memakai kain ihram semudah abc. Dengan cara, saiz dan kualiti ihram yang sesuai, jemaah dapat melaksanakan ibadah u...
"Dan ampunilah kami wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Mumtahanah: 5)..Butik ...
Rindu yang tiada berpenghujung..Ya Rasulallah..Alhamdulillah dengan busana dari ijtihad ini memberi keselesaan dalam ber...
Dengarkan perkongsian pengalaman berbelanja kelengkapan umrah, Puan Mastura di butik Ijtihad. Terima kasih dan semoga di...

Telephone

Address

NO. G41, Jalan 8/35, Seri Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Other Clothing (Brands) in Bangi (show all)
Clothdnz Clothdnz
Bangi

Asma' & Azra Asma' & Azra
No. 3-2, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
Bangi, 43000SELANGOR

AKED TUDUNG AKED TUDUNG
Bangi, 43650

SALAM, SILA CLICK LIKE PAGE INI UNTUK UPDATE TERKINI. PERNIAGAAN KAMI DIDAFTARKAN OLEH SSM DENGAN NAMA ZAHEEN BIZ.NO PENDAFTARAN KAMI ADALAH (002078757-P).

Dream-T Concept Enterprise Dream-T Concept Enterprise
No. 32 A, Jalan7/7b, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Bangi, 43650

Our purpose is custom printed apparel and universal our brand that means make sense across different language. Export high quality, comfortable and globalization our product.

Snowy Scarves Snowy Scarves
Bangi, 43650

Premium scarves made of satin, chiffon and cotton. Keep calm and wear Snowy Scarves.

dhiacotton.misha dhiacotton.misha
Jalan Teras Jernang
Bangi, 43650

Find your style today!

Bulan Bintang Raya Bulan Bintang Raya
Bangi, 43600

BULAN BINTANG OFFICIAL AGENT (ID:11959) โœจBAJU MELAYU FAVOURITE 2023 โœจBAJU MELAYU PREMIUM โœจTRUSTED SELLER PROJEK RAYA TAHUN 2023

Bulan Bintang Bangi KL Bulan Bintang Bangi KL
Bandar Baru Bangi
Bangi, 43650

Apa makna raya tanpa BULAN BINTANG yg PREMIUMโ—๏ธโ—๏ธ Ada 72 WARNA TRENDING& size dari XS-5XL๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ‘•๐Ÿ‘–

Jokerstoremy Jokerstoremy
Bangi, 43650

๏ฟฝwelcome to our store ๏ฟฝโ€ขprelovedโ€ขnew/usedโ€ขvintage ๏ฟฝlegit stuff ๏ฟฝinstagram: @jokerstoremy

The Ace Apperal The Ace Apperal
Bangi, <>

The Ace by Print Gateway (IP0497929-D)

BULAN Bintang 2022 BULAN Bintang 2022
Bangi

BAJU RAYA KUALITI PREMIUM 2022, Anda Belum Ada Baju Raya untuk tahun ini ? Dapatkan Segera di #BAJURAYABULANBINTANG HARGA SEMUA BAJU KAMI BERMULA RM99-220..murahkan ? tunggu apa ...

Hayda Scarf by Hanum Zulkefli Hayda Scarf by Hanum Zulkefli
Southville City, Dengkil
Bangi, 43800

Hayda Scarf by Hanum Zulkefli