Matiin Rahman
BUSINESS | FRANCHISE | LICENSING
KIRA SEMULA KOS PERNIAGAAN
Nasihat ikhlas saya kepada usahawan-usahawan untuk kaji semula kos-kos perniagaan anda apabila intiatif kerajaan dilaksanakan demi kemakmuran ekonomi negara.
PETRONAS DEALER
Ada yang berminat, boleh contact terus Petronas ya...bukan contact saya tau 🤣 saya kongsi maklumat sahaja
PELEPASAN CUKAI 2023
Macam mana nak kurangkan bayar cukai? Ini cara dia. Just nak inform haritu ada pergi satu talk berkenaan e-Invoice yang bakal di kuatkuasakan oleh pihak LHDN pada 2025. Lepas ni semua kena lalui e-Invoice. Ia merupakan satu intiatif kerajaan untuk kemakmuran negara. Nanti kita share pasal e-Invoice ni.
STANDARD OPERATING PROCEDURE
Jom pelajari SOP bersama agrobank secara atas talian. Usahawan wajib tahu dan ada SOP untuk perniagaan sendiri. Imbas QR Kod di bawah untuk mendaftarkan diri.
KEJAYAAN BUKAN LAH KUNCI KEPADA KEBAHAGIAN, AKAN TETAPI KEBAHAGIAN ADALAH KUNCI KEPADA KEJAYAAN.
Maka buatlah perkara yang memberi kita kebahagian.
GERAN SEHINGGA RM400,000
Jangan lepaskan peluang ini.
SAYA TIDAK PERNAH GRAD ON TIME
Saya tidak pernah grad on time. Sepanjang saya buat Diploma ke, Degree ke, Master ke...semua tu tak pernah grad on time. Tapi walaupun saya tak grad on time, ia bukan lah kerana saya fail subject akan tetapi saya kurangkan subject saya ambil untuk setiap semester. Strategi ni saya guna supaya saya tak stress seperti student-student lain.
Kalau satu sem ada 6 subject, saya akan analisis subject tersebut dan akak hanya pilih 3-4 subject per semester. Saya tengok mana subject yang saya comfortable & yakin untuk bawa. Salah satu sebab saya susun jadual adalah kerana saya berniaga atau bertugas.
Macam zaman diploma, saya susun jadual kerana saya berniaga nasi lemak dan sh**ha. Manakala masa zaman degree, saya bertugas sebagai pegawai pengiring YB Exco Melaka ketika tu. Ramai cakap, kalau tengah belajar, fokus je la belajar.
Tapi pada pandangan saya, zaman belajar ni lah peluang untuk bernetworking dan mencari duit lebih. Sebab pada zaman belajar lah kita tiada komitmen seperti nak bayar loan kereta, loan rumah atau apa2 lain.
Nasihat saya kepada adik-adik yang tengah sambung belajar atau bakal sambung belajar, enjoy your moment semasa belajar. Tapi enjoy your moment dalam konteks saya adalah guna masa belajar ni sebagai platform untuk buat networking atau jana pendapatan. Sebab pengalaman yang anda lalui tidak dapat dipelajari daripada sekolah mahupun di universiti.
Bagi yang tak nak sambung belajar atas alasan belajar ni membazir masa, saya minta anda fikirkan semula. Ini adalah kerana sekalung kertas tu akan membantu anda sama ada dalam kerjaya mahupun perniagaan. Betul tak semua yang kita belajar akan kita pakai akan tetapi ia akan jadi ilmu di dada kita dan boleh jadikan Guideline untuk alam kehidupan kita. Dengan pelajaran juga akan membuat kita lebih matang.
Ini pendapat saya lah. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk semua yang membaca. Kalau rasa perkongsian saya ni bermanfaat, boleh lah minta tolong like dan share. Spread love not war.
PHD SESSION
Saya ni bukan la pelajar yang cemerlang atau pandai. Saya hanyalah pelajar biasa-biasa. Boleh tanya lecturer yang pernah mengajar saya Dr Melissa Faisal dan Dr Anidah Aziz, saya ni dari zaman Diploma & Degree, saya jenis kalau masuk kelas, lecturer saya tidak pernah nampak saya bawa buku nota untuk mencatat nota. 🤣 Bab menyakat dalam kelas tu memang saya la orang nya.
Tapi inshaAllah, apabila lecturer-lecturer saya tanya saya soalan inshaAllah saya boleh jawab. Sama macam zaman Master saya, saya boleh dikatakan boleh kira dengan jari berapa banyak saya mengikuti kelas. 😅 Senang lecturer saya. Dah la kelas Master saya hanya saya sorang 😂 Master saya Kelas dia selalu belah weekend dan weekend pulak saya banyak outstation atas dasar amanah kerja tetapi alhamdulillah exam semua ok. Saya hanya extend 2 semester macam tu masa buat Thesis Final Project. Extend pun sebab tiada masa nak buat. Kalau tak dah grad on time. Haha
Untuk Phd saya ni, Saya yakin dengan bantuan dan sokongan Supervisor saya, saya yakin saya dapat selesaikan PhD ni dalam tempoh 3 tahun. Doakan untuk saya ya.
FACEBOOK & INSTAGRAM DOWN
DANA IP 2.0 (2024)
http://tinyurl.com/permohonandana2024
Saya baru semak laman sesawang untuk Permohonan Dana IP 2.0 sebentar tadi dan dapati Google Form Dana IP 2.0 tidak lagi menerima sebarang permohonan baru. Semoga sahabat-sahabat sempat memohon Dana IP 2.0 (2024). All the best.
STRATEGIK SEBELUM RAMADAN MUBARAK
6 hari lagi nak masuk bulan Ramadan. Apa plan dan strategi perniagaan anda semasa bulan Ramadan? Jom saya kongsikan Strategi Kedua sebelum Ramadan tiba.
Semalam saya singgah makan di Pelita Shah Alam Seksyen 9. Selepas buat bayaran, cashier akan pass Jadual Berbuka Sepanjang Ramadan. Ini merupakan satu strategi yang digunakan sebelum Ramadan menjelma oleh Pelita untuk memastikan pelanggan mereka sentiasa mengingati mereka.
Dengan hanya mengedarkan sekeping kertas yang kemungkinan kos tidak sampai RM1 sehelai, strategi sekeping kertas ini berpotensi untuk menjana jualan yang lebih daripada RM1. Pihak Pelita juga tidak hanya fokus pada Berbuka Puasa sahaja akan tetapi mereka juga fokus pada Moreh (selepas muslimin dan muslimat telah selesai melakukan solat terawig).
Bagus strategi ni. Kalau sesiapa rasa strategi ini berguna, boleh save dan share posting ni. Harap Strategi Kedua ini membantu
STRATEGIK SEBELUM RAMADAN MUBARAK
Lagi 9 hari nak puasa. Apa plan dan persiapan kita untuk ramadan kali ni. Saya akan try untuk kongsikan setiap hari satu Strategi yang kita boleh guna pakai sebagai penyediaan sebelum ramadan.
Berdasarkan pemerhatian saya dan feedback usahawan-usahawan saya, pada bulan puasa ni, susah sedikit nak buat sales atau masuk bulan ramadan, makanan yang kita niagakan tak dapat sambutan.
Untuk hari ini, Strategi Pertama yang saya ingin syorkan adalah untuk selama 9 hari ni sebelum bulan puasa tiba, saya cadangkan untuk menyediakan sample makanan atau minuman yang kita bakal jual sepanjang bulan ramadan kepada pelanggan. Memang akan ada kos tambahan tetapi inshaAllah dan yakin bahawa usaha ini akan membuahkan hasil.
Strategi pertama ni dapat membantu pelanggan kita. Letak diri kita didalam situasi pelanggan. Masalah ketika bulan puasa adalah KERAGUAN pada makanan atau minuman yang ingin dibeli. Ini adalah sebab pelanggan kita TIDAK BOLEH nak rasa or testing makanan tersebut. Kalau kita gunakan Strategi Pertama ini, bayangkan sekiranya pelanggan kita pernah rasa atau dapat rasa beberapa hari sebelum puasa, mesti pelanggan kita akan terngiang-ngiang rasa makanan kita.
Dengan Strategi Pertama ni, ia dapat membantu pelanggan kita membuat keputusan untuk memilih produk kita disebabkan mereka dah rasa. Strategi ini dapat kita "eliminate" atau one step ahead daripada pesaing kita pada masa yang sama kita telah membantu pelanggan kita membuat keputusan. Dengan Strategi Pertama, kita dapat Buy In Customer Trust terhadap produk kita. Trust tu yang penting dan memainkan peranan penting pada pelanggan kita.
Kalau sesiapa rasa strategi ini berguna, boleh la save posting ni untuk di jadikan rujukkan untuk bulan puasa yang bakal tiba. Harap Strategi pertama ini membantu.
SPECIAL VISIT TO MELAKA
Harini kita ada special assignment untuk turun ke melaka sekejap
KADAR SST BARU 8% BERMULA 01 MAC 2024
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Just nak ingatkan kepada sahabat-sahabat semua, bermula 01 Mac 2024, kadar baru SST adalah 8% akan tetapi ada beberapa industri terkecuali. Jom ingatkan sahabat-sahabat kita yang lain.
FORMULA NAK BELI KENDERAAN
Satu haritu ada seseorang mengajar saya satu formula untuk tengok kereta apa yang layak kita beli dengan pendapatan yang kita perolehi. Formula dia adalah :
Formula
Pendapatan Sebulan Kita x 12 Bulan = RMxx
Contohh
RM9600 sebulan x 12 bulan = RM115,200
:. So kereta yang kita patut beli tidak boleh lebih value RM 115,200. Dengan cara ini dapat bantu kita berbelanja dengan cermat. Harap info ni dapat membantu dan menjadi panduan untuk kita
JOM BERINFAQ
Sedekah tidak akan memiskin kan kita. Jom berinfaq.
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
YC CONSULTANCY
Join our boutique consulting firm, where innovation meets personalized service. As a dynamic team with a commitment to excellence, we’re expanding our horizons. We’re looking for a skilled professional to contribute to our client-centric approach. If you thrive in a close-knit, adaptable environment, we invite you to be part of our journey.
Job Scope:
- Develop strategic content to support consulting programs, aligning with our boutique approach.
- Conduct comprehensive assessments, providing valuable insights tailored to client-specific challenges.
- Showcase proficiency in written and verbal communication for effective client engagement.
- Craft insightful reports, maintaining our commitment to delivering high-quality solutions.
- Cultivate strong relationships with clients through interactive and open communication.
- Stay abreast of industry trends and evolving standards, integrating them into our boutique consulting practices.
- Bring a creative mindset to rapidly and openly brainstorm and develop innovative strategies, ensuring swift and effective problem-solving for our clients.
Requirements:
- Minimum of 1-3 years of experience in consulting, legal, training, journalism, or any related field.
- Demonstrated passion for and understanding of environmental, social, and governance issues, coupled with a genuine enthusiasm for sustainable practices and a willingness to learn and explore in the field.
- Proven ability to conduct engaging and informative sessions with clients on relevant topics.
- Excellent written and verbal communication skills in English. Proficiency in Bahasa and Mandarin communication and writing is a plus.
- Proficiency in Microsoft Office suite (i.e. Word, PowerPoint, etc).
To seize the opportunity and become an integral part of our vibrant consulting team, please submit your resume to [email protected] or contact Ms Yvonne at 019-223 2479 for further details. Your interest is valued, and we eagerly anticipate reviewing your application for this exciting role.
LARANGAN TERHADAPA PERNIAGAAN SERUPA
Kenapa harus francaiskan perniagaan anda? Salah satu kebaikkan nya adalah di dalam Akta Francais 1998 Seksyen 27, ia jelas mengatakan bahawa apabila seseorang francaisi ingin EXIT atau tidak mahu sambung lagi kontrak francais, francaisi tersebut termasuk barisan pengarah didalam syarikat francaisi tersebut, suami atau isteri kepada francaisi, ahli keluarga kepada francaisi dan termasuk pekerja yang pernah berkerja dengan francaisi tidak dibenarkan sama sekali melakukan dan menjalankan perniagaan seakan atau sama dengan perniagaan francais tersebut dalam tempoh masa 2 tahun. Bagi francaisi yang melanggar atau melakukan perniagaan yang serupa atau sama, Akta Francais boleh dikenakan ke atas pesalah tersebut. Apabila sesorang Francaisi EXIT, segala dokumentasi berkenaan pengurusan perniagaan francais tersebut seperti SOP, Manual, dan lain-lain harus dipulangkan semula. Jika didapati francaisi membuat salinan, ia merupakan satu kesalahan.
Dengan ada nya seksyen ini di dalam Akta Francais, ia melindungi pihak francaisor dari sudut rahsia perniagaan, sop dan manual perniagaan dan bermacam lagi. Sebab itu di Malaysia, kita fokus kepada Francais. Harap maklumat ini dapat membantu. Good luck.
FRANCAIS VS LICENSING
DI luar negara Francais dan Licensing adalah serupa akan tetapi di Malaysia lain. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai Akta Francais yang melindungi Franchisor (pemilik brand) dan Franchisee (yang mengambil brand). Di Malaysia boleh menjalankan perniagaan Licensing akan tetapi Licensing tersebut tidak boleh seperti atau seakan perniagaan Francais.
Macam mana nak bezakan Licensing dan Franchising. Untuk menjadi perniagaan franchise, perniagaan tersebut perlu didaftarkan di bawah kementerian manakala licensing tidak perlu. Di Malaysia, untuk menjalankan perniagaan licensing, pemilik perniagaan tersebut (dipanggil Licensor) perlu pastikan beliau tidak mengenakan element francais ke atas perniagaan beliau. Apa element francais yang di maksudkan?
Elemen nya adalah Licensor tidak boleh paksa or minta Licensi (yang mengambil brand tersebut) mengguna cap dagangan (brand) Licensor. Kedua Licensor tidak boleh paksa Licensi untuk menjual hanya produk mereka. Kemudian Licensor tidak boleh menggenakan fi - fi yang sama dikenakan oleh Franchise seperti Fi Licensing (sama macam Franchise Fi, Royalty dan lain2). Senang citer Licensing ni kalau anda tengok kedai jual produk makjun di shopping mall, haa licensing adalah mcm tu. Licensi boleh guna brand sendiri dan memasukkan atau merojakkan brand lain kedalam perniagaan beliau.
Anda boleh merujuk didalam Akta Francais 1998 dimana Akta telah jelas menyatakan dibawah Akta Francais Seksyen 37 (A) bahawa mana perniagaan yang mengaku francais, menjalankan perniagaan seperti francais atau menjalankan perniagaan seperti sistem francais, ia boleh di sabit kan di bawah Akta Francais 1998. Apa dimaksudkan perniagaa seperti Francais :
1) Mengutip Royalti
2) Mengenakan Fi seperti Francais (Franchise Fi [fee awalan], Training Fi dan Fi lain2)
3) Mengenakan sistem Francais (meminta orang yang ambil tu guna sistem seperti mereke)
4) Mengenakan konsep Francais (memastikan orang yang ambil tu kena guna konsep, Interior Design, Brand tersebut dan lain2)
Perniagaan Francais. Macam mana kita nak kenal pasti perniagaan tu dah francais? Mudah je. Kita kena minta Lesen Francais mereka yang telah dikeluarkan oleh Kementerian. Kemudian brand mereka telah di daftarkan di Perbadanan Harta Intelek. Kemudian apabila mereka telah francais, mereka wajib setiap tahun menghantar Audit Report mereka kepada pihak Kementerian. Ini adalah supaya untuk memastikan perniagaan mereka sustainable untuk francaisi.
Bagaimana nak tengok layak ke tak perniagaan kita nak ke arah francais. Berikut merupakan syarat asas untuk menilai perniagaan kita qualified tak mengikut Akta Francais dan Garis Panduan Francais:
1) Syarikat Sdn Bhd
2) Syarikat telah 3 tahun Audited Account yang menguntungkan
3) Syarikat telah Trademark Brand mereka
4) Memiliki sekurang2 nya 1 Prototype Outlet yang telah beroperasi minima 6-12 bulan
Kalau ada semua keempat perkara ni, anda layak ke fasa serterusnya.
Akhir kata dari saya adalah nasihat ikhals saya kepada bakal-bakal francaisi or sesiapa nak ambil brand francais...sila pastikan brand yang anda nak ambil tu mempunyai lesen francais yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.
Yang nak buat perniagaan licensing, sila pastikan anda tidak sentuh elemen francais. All the best and good luck. Harap maklumat ni dapat membantu.
RESTAURAN HALAL DI JEPUN
Mengunjungi Jepun adalah sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan, terutama sekali apabila saya diberi kesempatan untuk berbincang dengan wakil dari Kedutaan Malaysia - Jepun. Salah satu topik perbincangan kami adalah tentang restoran dan kedai yang berstatus halal di Jepun. Saya memberitahu wakil Kedutaan bahawa, sepanjang perjalanan saya dari Kyoto, Osaka, Fuji, sehingga Tokyo, saya berhasil menemukan 5 restoran yang menyajikan hidangan halal.
Wakil Kedutaan menjelaskan bahawa permintaan akan makanan halal di Jepun adalah sangat tinggi, namun sedikitnya tempat yang menyediakannya. Kebanyakan berlokasi di daerah terpencil atau di sekitar kawasan masjid dan kebanyakkan kedai restauran di dominasi oleh warga Turki dan Pakistan. Pilihan makanan yang ditawarkan adalah makanan Turki dan Pakistan. Makanan berasaskan Malaysia sangat susah nak cari apatah lagi kalau untuk menikmati hidangan asli Jepun.
Bagi sahabat-sahabat usahawna yang memiliki sijil halal dan mempunyai MILES STONE (ROADMAP) untuk melebarkan perniagaan ke peringkat international, Jepun adalah pilihan yang menarik! Dengan jumlah pelancong yang terus meningkat, peluang untuk mengembangkan bisnis di Jepun sangatlah besar.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan sahabat-sahabat untuk menyediakan Miles Stones @ roadmap untuk perniagaan anda. Ia sangat penting untuk strategi perniagaan anda. Roadmap ni boleh dijadikan sebagai panduan supaya anda On Track dan tidak tersasar di pertengahan jalan.
PORTABLE WORKING SPACE
Saya sangat terpegun bila lihat working space konsep macam ni. Boleh dikatakan sentiasa full setiap capsule/kontena ni. Boleh buat ni di Malaysia.
HARD ROCK TOKYO DONE
Terima kasih yang order.
NORRARICH DI FUJIYAMA
Mudah nak travel dengan Ready To Eat NorraRich Kerabu oleh Norra Ibrahim. Dapat lepas rindu nak makan Nasi Kerabu dan Nasi Dagang.
Apa2 whatsapp ya.
LORI FOODTRUCK UNTUK SAMBUNG BAYAR.
Model : ISUZU NLR77UEE
Tahun : 2017
Deposit : Rm30k
Monthly : Rm1900
Baki Tahun Pinjaman : 3 tahun 9 bulan
Jenis Perniagaan Sebelum ini : Minuman
Datang bersama : Genset Subaru
Sila hubungi Aiman Razaks di +60 14-313 4088
MENCARI INVESTOR SIRI 2
Usahawan saya mencari investor untuk perniagaan beliau. Beliau mencari dana sebanyak RM800K. Beliau baru menerima offer untuk membuka 3 outlet di 3 station LRT yang crowd LRT nya ramai. Perniagaan yang diusahakan adalah makanan berasaskan Kopitiam. Rm800K itu akan digunakan untuk membuka 3 Outlet LRT + OPEC + A&P.
Untuk RM800K, beliau akan berikan preferred share sebanyak annual dividen 15% selama 8 years minimum. Bagi yang serious berminat boleh contact saya.
MENCARI INVESTOR
Usahawan saya mencari investor untuk perniagaan beliau. Beliau mencari dana sebanyak RM600K. Beliau baru menerima offer untuk membuka 1 outlet di lebuhraya PLUS & 1 outlet di Bukit Bintang. Perniagaan yang diusahakan adalah makanan berasaskan Mexico. Untuk RM600K, beliau akan berikan preferred share sebanyak annual dividen 12% selama 5 years minimum. Bagi yang serious berminat boleh contact saya.
CARA-CARA DAFTAR PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA
Syabas dan tahniah JPJ atas mendigitalkan proses permohonan Permit Memandu Antarabangsa. Sangat senang dan mudah. Yang paling penting adalah ia sangat menjimatkan masa.
Jom saya kongsikan cara-cara untuk mohon Permit Memandu Antarabangsa:
STEP 1 : Pergi ke mySikap.jpj.gov.my
⬇️
STEP 2 : Pilih pilihan individu dan kemudian masuk id pengguna dan kata laluan. Id dan kata laluan adalah sama dengan apps myJPJ
⬇️
STEP 3 : pilih pilihan lesen memandu
⬇️
Step 4 : Pilih pilhan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
⬇️
Step 5 : Buat Bayaran
⬇️
Step 6 : Pilih cara bayaran
⬇️
Step 7 : Transaksi Berjaya
⬇️
Step 8 : Pergi ke JPJ yang berdekataan dan serahkan resit yang telah dicetak dan sekeping gambar passport yang berlatarkan putih. Dalam 10 mins siap.
Harap info ni dapat membantu. Dah dapat permit, boleh la drive kat negara orang. Haha
DANA IP 2.0 (MYIPO)
Berita baik untuk semua sahabat. MYiPO baru announce Dana Pengfailan Harta Intelek bagi tahun 2024. Kategori yang boleh di failkan adalah seperti berikut :
1) CAP DAGANGAN
2) PATEN
3) НАК СІРТА
4) REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
5) PETUNJUK GEOGRAFI
Tarikh tutup untuk Dana IP bagi tahun 2024 adalah pada 31 Mei 2024 @ Kuota telah dipenuhi.