Haziq DSubhi

Peguambela dan Peguamcara
Penasihat perniagaan
Penasihat pengurusan harta
Penasihat Am

Photos from Haziq DSubhi's post 22/02/2024

Teringat satu kisah beberapa bulan lepas, saya ada membuat temu janji dengan seorang jejaka yang tidak asing pada warga facebook. Semasa saya mulai bertolak ke arah beliau, saya telah hantar satu pesanan ringkas

“bang, saya dah bertolak dalam 30 minit saya sampai”

Sempat masa dalam perjalanan, saya teringat satu sajak yang hebat oleh Sasterawan Negara, bawah tajuk Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Sesiapa sahaja yang mengajar saya sesuatu, saya anggap dia sebagai guru saya. Selama saya hidup saya mempunyai banyak guru yang menggunakan nama panggilan berbeza, ustaz, cikgu, guru, sifu, dan pelbagai gelaran yang menunjukkan beliau sebagai guru atau mentor saya.

Contoh lain, saya mempunyai beberapa kawan yang handal bermain sebagai penjaga gol, biarpun masa kini, mereka nampak tak berapa ‘fit’ sebagai penjaga gol, tetap saya panggil mereka sebagai ‘sifu’ sebab saya banyak belajar teknik penjaga gol futsal daripada mereka ini.

Saya juga mempunyai seorang peguam kanan yang selalu menjadi tempat saya rujuk dan berbicara hal kerja, saya panggil beliau ‘sifu’ juga kadangkala kita berseloroh panggi beliau bos

Berbalik kepada cerita diatas, saya tiba di lokasi, dan saya siapkan segala kelengkapan, saya sediakan sedikit minuman dan makanan untuk dijamah kemudian terus tunggu ketibaan beliau.

Tidak lama selepas semuanya siap, saya nampak satu sosok tubuh masuk dengan senyuman yang manis. Ya! Itulah dia Harris Nasril!

“wah wah, kita ni nak ada sesi kelas atau makan-makan saja?” ringkas gurauannya apabila tiba di meja.

“taklah, saya fikir abang dah banyak buat kelas, mungkin tak sempat nak makan minum, jadi saya sediakan sikit untuk abang isi perut, legakan dahaga, baru boleh fokus untuk ajar saya kan?”

Kemudian beliau senyum dan mengangkat beg galasnya dan cuba mencari sesuatu

“cuba teka saya bawa apa? Saya ada kejutan untuk saudara” kata beliau sambil tersenyum

“alamak bang, teka meneka ni saya memang teruk, dulu masa peperiksaan saya teka-teka juga jawapan, ada yang dapat C haa..”

Kemudian beliau keluarkan dua (2) biji botol yang juga tidak asing. Sambil Minang Cili Lado! Kata beliau, ini hadiah selaku pelajar bertuah!

Setelah selesai, beliau terus mulakan kelas beliau, mengajar saya satu persatu ilmu penulisan dan perkongsian.

Tekun saya mendengar, dan saya amati, ternyata penggunaan Bahasa Melayu beliau hampir sahaja mencecah tahap sasterawan. haha

Alhamdulillah, selesainya sesi bersama saudara Harris, saya pun terima dengan dua (2) botol Sambal Minang Cili Lado! Alhamdulillah rezeki. (sebenarnya dah habis dah pon sambal tu hari saya taip ni).

Saya siap dapat kad khas ada gambar beliau sebagai maskot tersohor produk Sambal Minang siap ada tandatangan. Kalendar pun ada haha

Kenapa hari ini baru saya kongsikan kisah ini? Kerana ia antara memori yang menarik dalam hidup saya sebagai seorang pelajar yang masih banyak perlu saya belajar, jadi saya rasa seperti dalam senario seorang pelajar dan guru.

Kenapa pelajar? Kerana saya sedang menimba ilmu daripada seorang yang lebih berpengalaman dan mahir daripada saya. Sampai harini saya ingat pesanan beliau

“kita nak tulis dan berkongsi sesuatu, mestilah ikhlas dan memberi manfaat kepada orang ramai. InsyaAllah ada berkat”

Orang yang menunjukkan suatu kebaikan kepada seseorang seperti mengajarkan ilmu, maka dia juga akan memperoleh pahala sepertimana pahala orang yang dia ajarkan. Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.”
Riwayat Muslim (1893)

Sehingga hari ini, saya lihat beliau masih tekun mengajarkan ilmu-ilmu penulisan kepada orang ramai agar bermanfaat.

Malah beliau dilihat begitu menjaga bahasa kebangsaan dan memperjuang untuk perkasakan bahasa kebangsaan.

Haziq DSubhi

28/01/2024

Cerita ini sekadar rekaan tetapi untuk renungan orang ramai terutamanya para jemaah Kabinet.

Minah seorang penjawat awam, Minah dah berkerja selama 31 tahun. Akhirnya Minah membuat keputusan untuk bersara. Ketua jabatan Minah telah menerima keputusan Minah untuk bersara awal. Umur Minah adalah sekitar 60 tahun.

Minah kemudian mendapat pencen penuh atas sebab telah berkhidmat selama lebih 30 tahun. Tapi tahukah anda bahawa pencen penuh persara kerajaan hanyalah sekitar 60% daripada gaji hakiki atau erti kata lain, 60% daripada gaji pokok.

Contoh jika gajinya RM 2000.00 semasa akhir perkhidmatan, maka pencen penuh yang diperoleh adalah 60% iaitu hanya RM 1200.00. Sepanjang perkhidmatannya, Minah mencarum di KWAP. Maka pihak KWAP yang membayar wang persaraan Minah.

Ah Lis juga seorang penjawat awam, namun Ah Lis hanya berkerja selama 26 tahun kerana tekanan kerja dan dasar polisi yang ditetapkan menyebabkan Ah Lis mengambil keputusan untuk bersara awal. Umur Ah Lis adalah 48 tahun.

Berdasarkan pada perkiraan yang dibuat, Ah Lis hanya layak untuk menerima jumlah pencen 50% daripada gaji pokok. Gaji pokok terakhir Ah Lis adalah RM 3000.00. Bermakna Ah Lis akan menerima wang persaraan sebanyak sekitar jumlah RM 1500.00 sahaja. Bayaran ini juga dibuat oleh pihak KWAP kepada Ah Lis sebagai pesara.

Subra p**a, merupakan rakan sekerja Ah Lis dan Minah yang baru dan telah berkhidmat selama 15 tahun. Subra membuat pilihan untuk bersara awal dan berdasarkan kiraan, Subra hanya memperoleh sekitar RM 900.00 jumlah pencen.

Inilah CONTOH ringkas kiraan dasar pencen pesara perkhidmatan awam. Kalau nak tahu, boleh rujuk komen dan masuk pada pautan. Inilah dasar skim pencen yang para kabinet beria nak mansuhkan tu!
Tiada lagi motivasi untuk kakitangan awam berkhidmat dengan bersungguh.

Baik, kita cuba lihat CONTOH emolumen untuk seorang Menteri Kabinet:
1) Gaji asas = RM18,000
2) Elaun Keraian = RM10,500
3) Elaun perumahan = RM10,800
4) Elaun Rakyat = RM10,650
5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650
5) Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu, kerana menggunakan kenderaan rasmi.

Selain itu, Kerajaan juga dikatakan membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.

Ini hanya CONTOH perkiraan kasar! Saya menyeru orang ramai, menuntut kajian terperinci daripada pihak Kerajaan untuk menilai semula keputusan mesyuarat Kabinet. Jangan pusing atau mengelak dengan menyatakan ia terpakai untuk pengambilan jawatan kakitangan baharu.

Itu agak mengarut sebab kita pun tahu, rata-rata muka wakil rakyat adalah mereka yang sama. Berapa ramai calon baru yang bertanding dan berjaya menang? Berapa ramai yang masih berkhidmat sebagai wakil rakyat melebihi 3 penggal PRU?

Siapa lagi nak membela kakitangan awam kalau bukan kerajaan sendiri? Apalah kami yang kakitangan swasta ini boleh buat sangat pun selain bersuara. Saya kekal simpati pada kakitangan awam yang masih dalam tempoh kontrak atau mereka yang bakal menjawat jawatan dalam sektor awam.

Pembela Pesara
Haziq DSubhi

Photos from Haziq DSubhi's post 24/01/2024

"Encik boleh tolong tak? Makcik nak jamin anak makcik ni.."

Ya inilah tempat yang tidak digemari orang awam. Disini terletaknya segala drama airmata baik s**a atau duka. Jiwa kena kental bila berjalan disini sebagai peguam.

Harini kita membantu seorang makcik yang agak berusia. Kita perhatikan beliau mundar mandir seperti mencari seseorang. Kelihatan seperti beliau sesat dan tak jumpa lokasi pun ada.

"Makcik boleh saya tahu makcik cari mahkamah mana?" Terus saya tegur

"Encik peguam ke? Encik boleh tolong tak? Makcik nak jamin anak makcik ni.." beliau membalas

Dan perbincangan berterusan sehingga saya mendapat semua butiran penting untuk saya uruskan proses ikat jamin dan serahan dokumen bagi tarikh seterusnya.

Makcik ini ada lebih dari 7 anak, harini beliau ditemani oleh anak perempuannya. Yang ditangkap anak bongsunya. Satu-satunya anak yang menjaga beliau sehingga ke hari ini.

Anaknya tersilap langkah, diperdaya oleh penipu atau scammer, hajat anaknya nak berniaga tetapi maklumat disalah guna. Lantaran itu, anaknya dijadikan keldai akaun scammer.

Akibatnya, beliau telah menerima lebih daripada 10 aduan dan harini merupakan dakwaan ke-4, maknanya ada baki lebih 7 dakwaan yang akan dibuat.

Hanya kerana tersalah memberi maklumat peribadi, tandatangan ditiru, maklumat lain mungkin telah digunakan secara seleweng dan pelbagai risiko lain yang beliau sedang hadapi sekarang.

Besar dugaan makcik ini dan anaknya, apa pun, saya syorkan untuk orang ramai diluar untuk lebih berhati-hati dan sentiasa waspada apabila berurusan dengan sesiapa sahaja.

Kerana kita tidak tahu dalam kalangan orang ramai yang kita bertemu, masing-masing menyimpan kisah bersulam rahsia. Ada yang betul boleh kita berurusan, ada p**a yang berurusan tetapi mempunyai niat sebaliknya.

Maklumat peribadi adalah penting dan tidak dikongsikan secara sebarangan. Ingat, kita akan sentiasa berpotensi untuk menjadi mangsa. Kita tidak boleh alpa dan lena.

Peringatan mesra
Haziq DSubhi

17/01/2024

Alkisahnya..
"Memang lama ya kes saya ni?" Tanya En. Radhi.

"Ya, inilah sistem perundangan kita bang" jawapan saya ringkas.

"Kes-kes lain pun sama juga ya?" Tanya beliau lagi.

"Tengok keadaan, lain kes, lain fakta, makanya lainlah perjalanannya" saya cuba menerangkan.

"Tidak mengapa bang, kita suafoto dulu, selepas itu saya buat sedikit rakaman untuk abang bagi ucapan ya?" Saya sambung.

"Boleh saja! Saya onz!" Jawab Radhi.

"Nanti ada masa kita pergi karaoke, mana tahu kita boleh buat kolaborasi, ada album khas penampilan awak ke kan?" Beliau berseloroh.

"Jangan bang, saya ibarat Giant dalam Doraemon, tak memasal abang kena jadi Nobita" 😆

Nak tahu apa beliau ucapkan, nanti saya kongsikan pautan untuk tontonan ringkas.

Vokalis Tak Jadi
Haziq DSubhi

15/01/2024

"Tak pernah lagi jumpa anak Dato yang tak hidup mewah" itu kata-kata yang biasa saya dengar dan saya akan senyum sahaja.

Saya membesar meneman arwah abah sambil beliau makan ubi. Masa tu saya berusia muda, kecil dan tidak mengerti apa hikmah disebalik keenakan ubi ini.

Arwah abah akan menjamah ubi ini umpama chicken chop, ibarat ia seperti wagyu. Setiap kali arwah abah menjamah dia akan berkata

"Inilah makanan abah selalu makan masa kecil dengan arwah atuk" katanya sambil menjamah ubi kegemarannya

Ya, arwah atuk saya hanya seorang penanam ubi, bukan seorang tokoh besar yang memegang nama atau jawatan besar.

Saya dilahirkan dalam kalangan marhaen dan hidup biasa seperti orang lain. Jadi makanan seperti ubi ini tidak asing untuk tekak saya.

Rebus dan makan begitu sahaja semasa ia masih panas adalah enak. Tapi tahun 2024 ini berbeza, ubi ini memberikan rasa yang lain.

Baru saya faham, arwah abah terlalu rindukan arwah atuk, jadinya, ubi adalah makanan yang biasa ada bersama bila mereka buat 'bonding'.

Arwah abah pernah menerima 18 jahitan di peha hanya kerana menolong arwah atuk berkebun dan mengaut hasil ubi.

Harini saya dah mengerti, bukan keenakan semata pada ubi ini, tetapi kenangan dan pesanan arwah abah semasa kami bersama makan ubi.

Hebatnya orang dahulu yang penuh berhikmah dalam mendidik anak. Abah makan ubi dan gemar makan ubi sebab terlalu rindu.

Hidup ibarat roda, kini giliran saya merindu dan mengenang masa lalu sebagai peringatan dan mengingati pesanan. Al-fatihah untuk abah.

HaziqDSubhi
16/365

12/01/2024

Tajuk Khutbah harini tajam ya.. pasal HUTANG.

02/01/2024

2024, tahun baru yang berbeza.

29/12/2023

Ringkas coretan.
Berniagalah dengan beretika,terbitkan kenyataan yang bermanfaat dan janganlah kita menyampaikan ilmu yang salah.

21/12/2023

SENI LITIGASI

Kita harus akui bahawa dalam dunia ini, tanpa mengira apa pun bidang, ada cara dan seninya. Kalau doktor, dalam rawatannya ada seninya tersendiri.

Seperti contoh mengira jumlah ubat untuk satu pesakit, dan berapa lama ubat itu perlu atau sekiranya perlu.

Tapi ramai yang tidak maklum bahawa seni itu bukan boleh dapat dalam masa sehari atau setahun. Ia memerlukan latihan asas sehingga ia jadi mampan.

Kalau dalam bidang kepeguaman, ada satu kita panggil seni litigasi, bila satu saman tindakan diterima, kita akan mengambil kira faktor utama.

Kemudian kita akan tentukan, apakah kesesuaian prosiding untuk digerakkan atau bagaimana hala tuju perjalanan kes itu. Lebih kurang kita kaji risiko dan peluang sesuatu kes berdasarkan otoriti dan akta.

Tanpa mengira kita disaman atau menyaman. Tapi kedua-dua ini ada kapasiti yang berbeza. Dia tak sama langsung ya! Saman balas ini terhad dan tidak wujud dalam semua situasi.

Kalau kita disaman, pilihan kita tidak banyak, kita saman balas, membela kes atau batalkan saman, atau kita hanya membela kes dan saman balas sahaja, itupun kalau ada.

Lain p**a bila kita yang saman, kita ada beberapa pilihan seperti injunksi, penghakiman terus, dan beberapa permohonan lain seperti penzahiran.

Jadi, pokoknya disini, yang menyaman itu lebih penting berbanding saman balas. Kadangkala saman balas itu saja kita wujudkan untuk alih perhatian.

Itulah antara seni dalam litigasi. Yang penting, kita tak pernah menguasai seni ghaibkan barang. Itu mungkin seni yang luar biasa.

Konklusi yang saya nak sampaikan adalah, apabila kita memulakan satu saman, itulah tindakan yang terulung dan kena pastikan ia jitu dan bukan pada naratif semata.

Saman balas tak akan sesekali wujud kalau tiada tindakan saman (asal) yang dimulakan satu pihak. Tiada orang, dalam dunia ini, s**a-s**a cari peguam nak pergi saman balas orang. Tak ada!

Contohnya A cari B (peguam) nak saman balas si C tapi si A ni takde pon kena saman dengan C. Jadi benda yang betul adalah B akan menasihati untuk si A ni kena mulakan tindakan dengan saman C (maka jadilah tindakan saman asal).

Bila si C kena saman, dia carik si D, kemudian D nasihatkan yang C boleh saman A dibawah saman balas. Haa begitulah ringkasnya. A saman C, C p**a saman balas A.

A p**ak bila dia saman, dia canang satu kampung V yang dia tengah saman C. Tak cukup tu, jiran kampung V iaitu kampung K pon dia canang sekali. C saman balas tapi kekal tenang dan fokus.

Sekiranya di akhir kes, kalau Mahkamah tolak kedua-dua saman, yang patut malu adalah A sebab dia gatal pergi saman orang. C hanya bertindak balas sebab dia kena saman.

Kalau C tidak disaman, tak ada pun dia nak gatal pergi saman A. Begitulah kehidupan. Ada orang sangka hidupnya boleh cecah 63 tahun barangkali. Kita mudah lupa bahawa kematian itu boleh menjemput kita bila-bila sahaja.

Sekian leteran.

18/12/2023

Plaintif didalam mana-mana kes adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas kes yang difailkan bagi pihak anakguam. Defendan tidak diletakkan dengan tanggungjawab yang seberat Plaintif ya.

Ia adalah prinsip dan konsep yang lazim. Anda saman orang ya, anda yang mengheret Defendan ke Mahkamah, jadinya perlu peka dan maklum akan risiko-risiko seperti perlunya ada dokumen ganti tambahan (spare document).

Sebab itu adalah lazim bila mana-mana klien yang menghubungi saya bertanya perihal memulakan tindakan sebagai Plaintif, saya akan memberikan respon 'modalnya keras'. Kita bukan s**a-s**a meletakkan harga kerana semuanya bersebab.

Ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan kos tindakan terhadap entiti atau individu lain adalah mahal. Contoh lain adalah modal memanggil saksi, kos pemfailan bagi kertas kausa tambahan dan lain-lain.

Apa pun, silalah berbincang dengan peguam. Kalau boleh jangan runding sangat harga, kerana ia hanya akan menjejaskan kes anda dikemudian hari. Lagi satu, sebagai peguam yang berintegriti dan bertanggungjawab, kita belum pernah lagi sorokkan mana-mana fail.

Tiada keperluan berbuat demikian. Bila kes jalan, kita lawan, bila kita lawan, maka kita akan berhujah sehingga ke mukasurat yang terakhir. Selagi mana klien teguh dan berdiri untuk melawan dan menjawab kes, makanya selama itu kami akan bersama klien (bersama fi guaman) eh?

Semoga bermanfaat!

16/12/2023

Dalam perniagaan kita harus bijak memilih pasaran.

Pemilihan bukan atas dasar secara s**a hati tetapi lebih kepada penilaian dan aspek-aspek tambahan lain. Aspek-aspek yang ada perlu dinilai dalam samada ia kesan jangka masa pendek, atau sebaliknya.

Ambil contoh syarikat Disney yang merudum kerana memilih untuk perjuangkan hak dan suara golongan songsang dan menafikan hak ibu bapa yang merupakan pelanggan no. 1 mereka.

Lihat sahaja mana-mana filem Disney yang terkini seperti Dr. S MoM, Lightyear dan banyak lagi filem lain yang gemar menunjukkan nilai dan elemen kaum sejenis ni.

Filem-filem lama Disney seperti Lion King, Mulan (Animated) dan beberapa yang lain, tiada pun elemen-elemen ini dulu. Konon atas dasar ikut arus permodenan, nilai watak syarikat semakin menghilang.

Tujuan asal untuk menghiburkan anak-anak kecil, bertukar menjadi platform menyampaikan mesej-mesej tersembunyi dan menegakkan benang yang basah iaitu suara-suara sumbang komuniti sampingan.

Contoh ini sekadar pendapat melalui pembacaan dan penilaian semasa.

Manakala berkenaan pasaran lain, ada kalanya perlu mendapatkan kelulusan tertentu seperti lesen, pengiktirafan dan sijil melalui kursus-kursus khas yang ditawarkan.

Seeloknya mendapatkan nasihat yang tepat daripada golongan yang bertauliah. Bukan golongan yang mencanang pakar semata tanpa sijil yang diiktiraf. Bukan individu yang jenis 'self-declared' atau 'self-claim'.

Sentiasa kenali pasaran yang ingin diteroka dan membuat penilaian secara menyeluruh merangkumi kesemua aspek yang penting dan bermanfaat kepada syarikat.

30/11/2023

Forever my men.
Rest well my hero

Dukacita dimaklumkan bahawa Dato' Hj. Subhi Hj. Ba'i, Pengerusi Jawatankuasa Kariah, Surau Jumaat Ibrahimiah telah meninggal dunia pada malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham merupakan Pengerusi Surau Jumaat pertama yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2023/2026.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehin, dan diberikan keampunan oleh Allah SWT.

Seluruh barisan kepimpinan dan warga kerja Surau Jumaat Ibrahimiah mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan kenalan.

28/11/2023

1) Menjana kewangan merdeka tanpa modal;
2) Menggunakan sentimen keagamaan bagi landasan justifikasi;
3) Audit yang tidak menyeluruh; dan
4) Penggunaan dana awam yang tidak melampirkan butiran yang 'transparent'

10/11/2023

PENTINGNYA SATU KREDIBILITI

Bila wujudnya fakta yang banyak dan bercanggah, kesimp**an mudah yang boleh dibuat adalah tahap kredibiliti individu itu terhadap kenyataan yang dibuat samada beliau boleh dipercayai atau tidak.

Sekarang kita ada fakta A, fakta B dan fakta C. A diguna semasa sesi 1, fakta B diguna semasa sesi 2 dan fakta C diguna semasa sesi 3. Untuk ringkasan, semua fakta A, B dan C adalah berdasarkan 1 kronologi dan insiden.

Hebat bukan?

1 orang yang terlibat dalam 1 insiden, 3 fakta dalam 3 sesi. Saya putar halim!

23/08/2023

SESI KONGSI SANTAI 2.

Pentingnya saham syarikat walaupun pada kadar satu peratus (1%) kerana ia membezakan siapa Pemegang Saham Majoriti ('Majority Shareholder').

Saham ini ringkasnya pemilikan atas sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Memiliki saham, membolehkan kita menjadi sebahagian daripada aset dan pendapatan syarikat tersebut.

Jadi, dengan memiliki lima puluh satu peratus (51%) pemilikan saham, secara ringkasnya kita adalah tuan empunya syarikat itu.

Amnya, tidak semua saham itu sama pada sifatnya, ada perbezaan dan jenis saham juga. Ada jenis yang tidak memberikan kuasa mengundi, hak suara atau ada yang mempunyai keutamaan yang tertentu.

Dari mana asalnya saham ini? Saham dibahagikan kepada syer, yang jumlahnya dinyatakan pada masa mula-mula pembentukan perniagaan (syarikat).

Jadi, kalau kita pegang contohnya 51% saham dalam TNB atau Nestle, maka syarikat itu adalah milik kita. Akan tertera semasa buat carian SSM, nama kita sebagai pemegang saham 51%.

Jadi, matematik mudah, kalaupun kita ada kuasa penuh untuk mengundi sesuatu (dalam syarikat) contohnya membuat pelaburan dalam syarikat lain.

tapi hakikatnya kita hanya memiliki 49% nilai saham, maka keputusan tetap bukan berpihak kepada kita sekiranya baki 51% tersebut adalah sebaliknya.

Contoh 1:-

Syarikat A adalah syarikat pemegang data. Kemudian didalamnya ada seorang individu AA yang sangat berintegriti tapi hanya memegang 49% saham.

Kemudian didalam syarikat A ada individu BB yang memegang saham 51% melihat penjualan data syarikat A ini akan mendatangkan keuntungan

Maka dengan menggunakan kuasa mengundi berdasarkan 51% saham, berlandaskan resolusi syarikat, untuk memberikan arahan khas kepada pengarah untuk melakukan sesuatu seperti:-

1. Syarikat A untuk menjual data kepada syarikat B pada harga dan syarat tertentu.

2. Syarikat A untuk berkongsi data kepada syarikat B pada harga dan syarat tertentu.

3. Syarikat A untuk menyimpan data dan membuat keputusan untuk tidak menjual data kepada syarikat B.

Begitulah pentingnya satu nilai saham walaupun pada kadar 1%. Kecik nilai namun boleh memberikan impak yang ketara.

Yang mudah adalah pemegang saham yang sedikit bilangannya tetapi setiap pemegang saham, mempunyai pegangan saham yang banyak nilainya.

Yang susah adalah pemegang saham yang ramai bilangannya dan setiap mereka pemegang saham mempunyai pegangan saham yang sedikit nilainya.

Contoh 2:-

Syarikat C ada 2 orang pemegang saham yang mana seorang pegang 49% dan seorang lagi 51% maka untuk luluskan satu resolusi khas adalah tidak renyah.

Sorang yang pegang 51% punya undi dah selesai dah resolusi khas tu nak lulus.

Syarikat D ada 100 orang pemegang saham yang mana setiap seorang memegang 1%. Maka memerlukan pengundian majoriti yang ramai untuk meluluskan 1 resolusi khas.

Nak kena jemput 100 orang untuk undi, lepas tu kena dapatkan undian majoriti daripada jumlah yang hadir baru boleh lulus. Kan renyah tu.

Semoga, perkongsian ini, bermanfaat! Kalau nak melabur saham, saya ada sahabat yang hebat untuk membantu dan memberikan nasihat.

23/08/2023

SESI KONGSI SANTAI

GRAVITI penghakiman ingkar (PI) ini sama seperti penghakiman lain. Ibaratnya, kalau A tuntut gantirugi RM # # # dan Relif lain, maka dengan PI tersebut, ia ibarat dia dah menang kes tersebut dengan PI yang diperolehi.

PI memberikan risiko dan TIDAK BOLEH dipandang remeh jauh sekali untuk kita mengambil mudah. PI memberikan kesan yang berbeza terhadap entiti individu dan korporat dimana terdapat sedikit perlaksanaan yang berbeza untuk keduanya.

PI hanya boleh diperolehi oleh satu pihak tersebut apabila suatu tindakan saman telah disempurnakan serahannya keatas pihak yang disaman dan pihak tersebut gagal untuk memasukkan kehadiran atau menjawab tuntutan saman itu dengan pembelaan.

Tempoh masa yang diberikan untuk memasukkan kehadiran adalah 14 hari lazimnya, berbeza p**a bagi suatu pembelaan untuk difailkan kerana kebergantungan pembelaan adalah pada dokumen dan jenis tuntutan yang dibuat.

Konklusi saya, SEKIRANYA anda telah disaman, atau terima saman, atau telah mengetahui sesuatu saman keatas anda, SILA dapatkan Peguam kadar sesegera mungkin dan dapatkan nasihat! Tindakan yang cepat mampu mengelakkan perlbagai kesan.

Sekian.

03/07/2023

Yang salah, tetap salah.
Yang benar, tetap benar.
Hidup jangan 'in denial'.

Mengutip dana awam menggunakan syarikat Sdn Bhd adalah salah!

Pengambilan deposit yang tidak berlandaskan undang-undang, tetap salah dibawah FSA.

Bank Negara wajar mengambil tindakan tegas dan seharusnya tindakan diambil segera!

Pengambilan deposit yang tidak berlandaskan undang-undang, akan boleh didakwa dibawah AMLA.

Polis dah boleh buka kertas siasatan dah untuk isu ni, nak jawab? Mahkamahlah gelanggang yang sesuai.

Masih tak jelas?

29/05/2023

Terima kasih atas peluang yang diberikan oleh akhbar 資匯 The busy weekly untuk menerbitkan artikel berkenaan perlindungan pelabur daripada 'scammer'.

Thank you for the opportunity given by the busy weekly news for publishing my article on investor protection from scammers.

20/05/2023

Iya bos

Photos from Haziq DSubhi's post 20/05/2023

PUSAKA DAN HARTA SEPENCARIAN

Mana-mana pasangan suami ister, yang kehilangan pasangannya, baik dicerai hidup atau kematian, berhak untuk menuntut Harta Sepencarian. Ya betul, boleh tuntut.

Ia masih tertakluk pada kadar sumbangan secara langsung atau tidak langsung pasangan yang menuntut itu terhadap harta simati yang dituntutnya. Mesti pasangan yang sah dan berdaftar!

Namun nasihat saya dalam hal seperti ini adalah untuk sentiasa bersikap tenang dan tidak gopoh. Tiada prosiding yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Apa yang penting adalah perihal harta pusaka diselesaikan sebaiknya dan memberi keadilan kepada semua berlandaskan syarak dan perundangan.

Berkenaan soalan dalam gambar, ya dua-dua prosiding ini boleh berjalan dengan serentak dan akan mengambil masa tertentu dalam menyelesaikannya.

Bezanya adalah satu prosiding akan berjalan di Mahkamah Syariah dan satunya lagi berjalan di Mahkamah Sivil. Jadinya, jangan kita jangka bahawa pengurusan seperti ini tidak memakan kos.

Kita perlu saling ingat mengingati bahawa menyelesaikan harta pusaka merupakan satu kewajipan waris-waris yang masih hidup.

30/03/2023

89/365

Ayuh kita teruskan menikmati Ramadhan yang Mulia.

Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki

10/01/2023

1 Kes di Tribunal Pengguna.
1 Kes di Mahkamah Kuala Lumpur.
Semoga keluarga kita dijauhi masalah gejala sosial dan penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah, ketum dan seangkatannya.

Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya kita berserah kepada Allah yang Maha segalanya.

05/01/2023

Urusan di Mahkamah Petaling Jaya, semoga dipermudahkan dan semoga anakguam peroleh DNAA!

01/01/2023

Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 kepada semua.

Insya Allah bermula 2023, saya akan lebih berinteraksi menggunakan laman muka (Page) saya berbanding FB peribadi.

Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dimurahkan!

29/12/2022

Permulaan pada setiap perjuangan. InsyaAllah kita semua tak perlu risau lagi.

LHDN SUDAH BERUBAH?

(Panjang tau. Baca perlahan-perlahan.)

Selasa lalu, aku dan 2 orang sahabat Nik Izwan Kamel dan peguam Haziq DSubhi mewakili Pertubuhan Usahawan Digital dan Pemula Malaysia (PuMA) telah melakukan kunjungan hormat dan perjumpaan dengan CEO dan Ketua Pengarah LHDN, Datuk Dr. Nizom Sairi di pejabatnya di HQ Putrajaya.

Kunjungan hormat dan perbincangan ini adalah aktiviti pertama PuMA sebagai NGO yang baru diluluskan bertujuan mewakili suara anak muda, usahawan sme, startup, golongan B40 dan M40 untuk memberi pandangan dan melawan apa-apa penindasan dan kezaliman terhadap rakyat golongan berikut.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memastikan komitmen LHDN terhadap perjuangan yang aku telah perjuangkan sebelum ini melalui komuniti group LHDN Cari Siapa Hari Ini? diteruskan sampai bila-bila. Alhmdulillah, kami disambut dengan baik oleh pihak LHDN terutama CEO-nya.

Untuk pengetahuan korang yang baru-baru kenal aku. Sekitar 1-2 tahun lepas, aku telah bangkit melawan penindasan yang dilakukan oleh LHDN terhadap rakyat marhaen ketika era pandemik covid dan pasca covid. Ketika itu, CEO baru ini telah sanggup berjumpa dengan aku dan telah memberi komitmen untuk memastikan tiada kezaliman berlaku terhadap mana-mana pembayar cukai lagi.

Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=235906758735479&id=106639804995509&mibextid=qC1gEa

Beliau telah membawa gagasan self compliance atau voluntary compliance yang mana lebih menekankan tanggungjawab, pendidikan dan kesedaran cukai (tax responsibility, education and awareness), dan beliau juga bersetuju dengan cadangan aku untuk mengadakan program “grooming” terhadap usahawan baru, anak muda dan startup selain program amnesty (pengampunan).

Disebabkan gagasan beliau, semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan, aku sudah tidak mendengar lagi kisah-kisah kejam dan zalim terhadap rakyat marhaen. Mungkin ada, tapi sudah berkurang. Sahabat-sahabat aku juga ramai memberikan respond yang positif terhadap tingkahlaku pegawai LHDN pada tahun lepas. Kata mereka,

“Depa dah ok la bro. Takda dah macam dulu. Depa ajak bincang elok-elok.”

Kisah penindasan juga makin berkurangan di dalam group LHDN Cari Siapa Hari ini? Aku ini sentiasa memerhati. Korang kena ingat, bangsa kami ni bukan bangsa pelari cukai. Kami pembayar cukai. Kami hanya nak layanan yang baik, adil, saksama dan sedikit toleransi. Tapi kalau kau kapitalis jahat atau spisis yang s**a flex tunjuk kaya, eloklah kau kena tax. Memang tau pun kau jenis nak kaya sendiri dan menunjuk. Aku sendiri akan mengecam golongan mereka itu dan bersama-sama dengan LHDN!

Dengan gagasan dan pendekatan CEO baru ini, LHDN mencapai sasaran kutipan tahun ini sebelum habis tahun. Nah, siapa kata kena guna kekerasan untuk mencapai sasaran? Pendekatan CEO baru ini telah membuktikan dengan toleransi yang tinggi, sasaran juga tetap tercapai tanpa perlu bergaduh dan berperang dengan pembayar cukai. Tax payers are not criminals kan? Aku mengharapkan LHDN akan kekal dengan pendekatan sebegini sampai bila-bila.

Ketika sesi perbincangan, Datuk CEO menegaskan yang dia bukanlah jenis yang s**a melakukan hukuman atau punishment sebagai asas untuk menjalankan undang-undang. Beliau memilih jalan memberi kemaafan dan kerjasama untuk memastikan negara ini terus berjalan dengan baik. Teringat aku kata-kata Confucius,

“If the people be led by laws, and uniformity sought to be given them by punishments, they will try to avoid the punishment, but have no sense of shame. If they be led by virtue, and uniformity sought to be given them by the rules of propriety, they will have the sense of shame, and moreover will become good.”

Beliau juga secara terbuka memohon maaf di atas segala tindakan pegawai-pegawainya yang menyebabkan rakyat marhaen terguris dan menjadi takut berjumpa dengan pegawai LHDN sebelum ini. Beliau memohon kerjasama kita semua untuk memberikan teguran dan terus menyokong gagasannya untuk menjadikan imej LHDN bukan lagi lembaga hitam yang ditakuti tetapi lembaga hidup yang menjadi kawan sebagaimana buku tulisan Buya Hamka, Lembaga Hidup.

Aku telah memohon jasa baik CEO untuk menyokong usaha PuMA untuk “groom” orang muda, usahawa muda, sme dan startup ke arah menjadi usahawan yang membayar cukai dan mewujudkan business future yang lebih baik. Kita kena faham, bila kita membayar cukai, nama kita baik. Bank akan pandang, agensi kerajaan kena hargai. Kita jadi wira negara. Datuk CEO menjawab,

“InsyaAllah, I will lead this initiative and make sure LHDN facilitate the program. You guys are the future of this nation, even my kids akan dijaga oleh generasi awak..”

So, kawan-kawan sekalian, nanti aku buat program dengan LHDN korang kena datang, support dan jayakan. Jangan takut dah. Jangan lari. PuMA ada menjaga anda. Kita sama-sama bangunkan negara, jadi wira negara yang steady. Bukan memekak saja.

Sebelum kami p**ang, aku sempat bertanya tentang isu pegawai kontrak yang sudah dilaporkan kepada aku beberapa hari yang lalu. Jadi, aku tolonglah bertanya untuk mendengar sendiri daripada pihak LHDN. Nak tau? Kisahnya akan bersambung nanti.

Anyway, kita sama-sama berdoa buat Datuk CEO dan pegawai-pegawai LHDN untuk terus menjalankan amanah dengan baik dan meneruskan gagasan yang lebih segar dan mesra rakyat. Kita juga berharap LHDN bersama-sama rakyat dan rakyat juga akan berganding bahu dengan LHDN untuk memastikan negara bertuah ini terus mekar maju dan serta aman damai.

Sebelum kami p**ang, Datuk CEO payung kami makan nasi bungkus ayam penyet. Beliau siap berseloroh lagi,

“Ni saya belanja pakai duit saya sendiri tau, bukan duit rakyat..”

Ps : Kisah pegawai kontrak jam 5.30pm.

;)

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Batu Caves
68100

Other Public Figures in Batu Caves (show all)
Abdul Ghani Abdul Aziz Abdul Ghani Abdul Aziz
Kampung Bendahara
Batu Caves, 68100

Merupakan Pelakon Utama Kanak-kanak dalam filem lama Dajal Suci dan beberapa drama lama seperti Kelu

Alifstyle Alifstyle
Batu Caves

Kartunis, novelis, penerbit dan pengarah animasi.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS
Batu Caves

BELUM SEMPURNA SEPENUHNYA...PAGES INI AKAN DISEMPURNAKAN SECAPAT YG MUNGKIN SELEWAT2NYA SEBELUM PUAS

Joshim u Joshim u
Batu Caves

Hi,This is,md joshim shayed babu, im a vlogger I, Ive a youtube channel plese follw me to get my videos everytime

Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin Al Baghdadi Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin Al Baghdadi
Wisma Al Baghdadi, Selayang18, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang
Batu Caves, 68100

Berhasrat menjadi salah seorang pejuang Pendidikan Al Quran Inovatif bagi memberi manfaat kepada uma

Sky Biker Rafiuol Sky Biker Rafiuol
Batu Caves, 68100

Subscribe my channel and press the bell button

Burger The Doctor 46 Burger The Doctor 46
Batu Caves, 68100

Burger The Doctor 46

Hijau bumi tuhan Hijau bumi tuhan
Batu Caves, 68100

kisah rakyat malaysia

Wahed Investment Wahed Investment
Jalan Samudra Utara 11
Batu Caves, 68100

Mentor Pelaburan Saham Syariah Malaysia

Nik Farhan - FSA Nik Farhan - FSA
No. 36-B, Jalan SG 1/2, Taman Sri Gombak
Batu Caves, 68100

Seorang Konsultan dan Mutawif serta beramal sebagai Peguamcara/Peguambela dan Peguam Syarie yang ingin berkongsi ilmu pengetahuan

Al Fateh & Adam Ziqri Al Fateh & Adam Ziqri
Batu Caves, 68100

This is Our Story And Our Journey..�

UST HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ UST HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ
Batu Caves

Page ini dikendalikan oleh Admin yang diamanahkan oleh Dato' Hj Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz (penceramah bebas).