Videos by Edvolution Enterprise in Bayan Lepas. A social enterprise revolutionising education in Malaysia, 1 school, 1 leader, 1 teacher at a time.
*Repost from Cikgu Emily @emilyfamhere . What a lovely surprise 🤩🤩 Thank you Cikgu Emily, we are glad you are finding the Student Survey tool from our CikguHub PBD Toolkit useful! ✨🔥 . We developed the PBD Toolkit to help teachers conduct effective classroom assessments (pentaksiran bilik darjah), a crucial tool for feedback and measuring students' holistic growth. 🌱👩🎓 . Our Student Survey tool is available to all teachers, just send us a message to receive your FREE printable copy! 👀👀
CikguHub presents: Pakai Duit Poket Sendiri Untuk Murid? | CikguSpeaks Ep 5 (teaser)
#SelamatHariGuru #TerimaKasihCikgu 👩🏫👨🏫
Bersempena Hari Guru tahun ini, kami ingin meraikan kesemua 412,000+ cikgu yang setiap hari tidak lokek dengan masa dan usaha demi membangunkan anak bangsa, dengan sebuah video yang sangat istimewa...! ✨
Dalam episod podcast yang dirakam khas untuk CikguHub, Melissa Tanya Gomes, CEO kami, berkesempatan untuk bertemu semula dengan mentor pertamanya setelah bergelar cikgu, Cikgu Roziah, yang telah banyak membimbing dan memberi sokongan pada tahun-tahun awal Melissa sebagai cikgu di SMK Jelutong, Pulau Pinang, sekitar tahun 2013. Dalam pertemuan semula ini, Cikgu Roziah tidak hanya bertanya khabar, malah berkongsi tentang makna menjadi seorang cikgu dan pengalaman baik serta buruk sepanjang beliau berkhidmat sebagai cikgu di Malaysia.
💡 Episod ini adalah sebahagian daripada siri CikguSpeaks di CikguHub, sebuah siri podcast yang meneroka pelbagai topik berkaitan dengan pendidikan 'for teachers, by teachers'. Sempena Hari Guru, episod penuh akan ditayangkan selama 1 MINGGU SAHAJA di https://www.youtube.com/watch?v=XnAjvqbnr2E
💡 Berminat untuk melayari kandungan CikguHub dengan lebih lanjut? Tebus 1 bulan akses tanpa had PERCUMA kepada CikguHub dengan mendaftar sebelum 31 Mei 2023 👉https://forms.gle/w2EVufkcMrkeZQP97
#TeachersDay
Edvolution ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Penasihat Applied Leadership Programme, Edvolution Enterprise, merangkap Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, atas perkongsian beliau dalam Collegial Discussion yang berlangsung minggu lalu dengan tema "Data Kualiti, Hasil Yang Berkualiti". Kami percaya pandangan dan kupasan Datuk Dr. Habibah dalam program ini tentang peri pentingnya pengumpulan dan analisis data yang berkualiti untuk memandu kepada hasil yang berkualiti dan efektif dapat membantu para pegawai di masa hadapan. Tidak lupa juga, kami mengucapkan sekalung penghargaan kepada seluruh para pegawai yang turut bersama dalam program Collegial Discussion ini. Kami berharap program seperti ini dapat memberikan pelbagai wawasan baru di samping menerapkan pemahaman yang lebih baik dalam mengumpulkan dan menganalisis data yang berkualiti. Sampai jumpa lagi di Collegial Discussion yang seterusnya. --------------------------------------------------------------- Baca lanjut tentang Applied Leadership Programme di sini: https://myedvolution.com/alp/daftar/#tentang_alp #leadershipdevelopment #data #education
Data Kualiti, Hasil Yang Berkualiti
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Collegial Diccussion yang dibawakan oleh Edvolution Enterprise bertemakan “Data Kualiti, Hasil Yang Berkualiti” yang akan disampaikan oleh Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Penasihat Applied Leadership Programme, Edvolution Enterprise merangkap Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia hari ini.
Majlis Pelancaran ALP 2023
ALP merupakan program kepimpinan khas untuk pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang bertujuan untuk membangunkan kemahiran pegawai yang terlibat dalam Pengurusan Data, Penyelesaian Masalah dan Bimbingan dan Pementoran.
Selain itu, ALP juga bermatlamat untuk mempercepatkan transformasi sekolah melalui negeri dan daerah agar hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mempersiapkan sekolah dalam memikul autonomi dan melaksanakan pengurusan berasaskan sekolah yang lebih luas dapat dicapai.
Program ALP ini dianjurkan oleh Edvolution Enterprise dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia; ia juga disokong oleh syarikat korporat yang berteraskan impak, PwC Malaysia dan Google for Education.
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Zainal bin Abas, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Nurul A’in Abdul Latif, Timbalan Pengerusi Eksekutif, PwC Malaysia, Dato’ Dr. Mehander Singh, Mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki & Penasihat ALP, dan Puan Melissa Tanya Gomes, CEO and Co-founder, Edvolution Enterprise.
Pemerkasaan Kepepimpinan Pegawai dalam Memacu Transformasi
Bagaimana pemerkasaan kepemimpinan pegawai-pegawai JPN/PPD di sekolah dapat merevolusikan lanskap pendidikan kita? Sertai webinar yang mengupas topik menarik ini bersama penceramah jemputan, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim yang merupakan mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Felo Kehormat Institut MASA dan Penasihat Applied Leadership Programme Kohort 2, Edvolution Enterprise.
Beyond politics & manifestos, What does our education system need?
Leading up to GE15, many parties and coalitions have published their political manifestos, each containing proposed policies for improving our national education. While many of the promises look pretty on paper, how relevant are they to the current needs and state of our schools, teachers, and students? In reality, what do our communities need most, and what educational policies do we need to achieve quality education for all?
Learn, Connect and Grow; Kepimpinan Pendidikan Melalui Teladan
Dalam menuju Kemahiran abad ke-21, dinamik pembangunan teknologi memerlukan cara dan budaya baharu dalam kehidupan seharian dan pendidikan manusia. Sebagai respons kepada tuntutan ini, banyak usaha telah dijalankan untuk memupuk pemimpin yang luar biasa di semua peringkat pendidikan. Namun, usaha ini tidak semudah mengalihkan tapak tangan.
Proses pembelajaran hari ini tidak boleh diserahkan kepada pihak sekolah atau guru semata-mata. Hanya pendidikan untuk perubahan boleh membantu masyarakat secara umumnya dalam pendidikan hari ini. Namun, apakah nilai yang diperlukan untuk meningkatkan standard prestasi tempatan serta pembelajaran professional yang dapat menambah baik sistem pendidikan hari ini?
Peranan PPD sebagai Peneraju Kepimpinan Pendidikan
Kejayaan organisasi pendidikan bergantung kepada pemimpin yang efektif. Pemimpin efektif diukur berdasarkan kemampuan dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran ke tahap maksimum.Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan institusi pendidikan mempunyai pemimpin berprestasi tinggi dalam mencapai matlamat pelestarian pendidikan, sudah tentulah peranan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai peneraju kepemimpinan sangat memainkan peranan. Namun, bagaimanakah manifestasi ini dapat dicapai secara menyeluruh?
Nak mula menulis tapi tidak tahu nak bermula dari mana? Edutips kali ini berkongsi tentang tips-tips mula menulis dari saudara Hazman Baharom. Hazman adalah seorang pakar pembangunan kurikulum di Edvolution Enterprise yang merancang dan meneliti kajian-kajian baru tentang pendidikan dan pembelajaran. . Ikuti tips-tips menulis dari Hazman dan kongsikan tips-tips yang anda guna untuk menyiapkan proses penulisan anda! . . . #edutips #educational #pendidikanmalaysia #educationmatters #writingcommunity #penulis #tipsmenulis
SELAMAT HARI GURU 2022 BUAT SEMUA PENDIDIK ANAK WATAN!
Sempena Hari Guru 2022, kami di Edvolution Enterprise mengambil kesempatan berhubung dengan sebahagian peserta Applied Leadership Programme for School Transformation (ALP) untuk mendengar sendiri pengalaman mereka dalam tempoh pandemik, apa yang mereka lihat dan belajar dalam diri pendidik lain dan siapakah yang menginpirasi mereka. Ini adalah apa yang mereka kongsikan-
.
Selamat menonton dan Selamat Hari Guru buat semua pendidik!
.
.
.
#hariguru #hariguru2022 #gurutunjangsekolahsejahtera #gurusemua #guruanakbangsa #Guru #pendidikanmalaysia #pendidikananak
"Harap pegawai-pegawai yang akan membentang di Tapak Perhimpunan tidak kepanasan.." "Jom cikgu, saya belanja di Kantin." "Di mana masih ada pembentangan? Dewan? Ok saya akan ke Dewan." "Saya sudah ditendang keluar dari Pusat Sumber. Nak masuk sudah tidak dapat." . Itulah reaksi yang sempat kami tangkap di #SekolahSuper, secara maya, pada Sabtu lepas, melibatkan hampir 60 orang pegawai yang terpilih daripada 8 buah negeri dan 17 buah daerah semasa berkumpul dan berbincang, seolah-olah mereka benar-benar berada di ruang fizikal! . Edvolution Enterprise baru sahaja menamatkan Sesi ALP Masterclass 15: Pembentangan Inisiatif Pemulihan Pembelajaran ALP 2022, yang merupakan sesi terakhir untuk para pegawai pendidikan dari JPN dan PPD di seluruh Malaysia. Pembentangan inisiatif pemulihan pembelajaran tersebut, tidak dapat tidak, memberi inspirasi, harapan, serta membuka imaginasi luas, dunia pendidikan kepada para pegawai dan pendidik yang hadir. . Tahniah kepada semua para pegawai yang telah berjaya menamatkan Applied Leadership Programme! Ia adalah lapan bulan penuh makna bagi kami di Edvolution Enterprise. Diharapkan segala perkongsian dan perbincangan semasa melaksanakan program ini dapat diteruskan bagi memperkasa dan mengupayakan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bersedia memikul autonomi dan melaksanakan pengurusan berasaskan sekolah yang lebih luas dan tercapai. . Terima kasih juga atas kerjasama baik dari organisasi-organisasi seperti Jump & Jive Juniors, Rapid Youth Success Entrepreneurship/Employability - RYSE, Skolar Malaysia , Time to RICE, Yayasan Generasi Gemilang, Yayasan Tunku Abdul Rahman dan organisasi lain atau individu perseorangan sebagai mentor dan/atau partner dalam menjayakan inisiatif ini! . Untuk makluman, Applied Leadership Programme anjuran Edvolution Enterprise ini disokong oleh PwC Malaysia dan Google for Education untuk Kementerian Pendidikan Malaysia . . . #poweredforMYchange #SekolahSuper #education #educ
Pada hari Sabtu yang lalu, kami berbesar hati untuk menganjurkan sesi jaringan dan jalinan bersama prospektif ‘Mentor’dan ‘Partner’ kepada pegawai pendidikan, pemimpin sekolah dan guru kami dalam Applied Leadership Programme 2021/2022. Organisasi ini diperkenalkan untuk berkolaborasi bagi menyokong dan melaksanakan inisiatif pemulihan pembelajaran di sekolah. Kami amat berbesar hati mendengar bagaimana enam #changemakers yang mengagumkan ini akan bersama pemimpin sistem menangani pemulihan pembelajaran (#learningloss) sebagai mentor dan Partner. 1) Cikgu Jessica Jacob, pakar pembelajaran berasaskan pengalaman bermain daripada Jump & Jive Juniors menawarkan untuk menyokong inisiatif yang berkaitan dengan literasi dalam kalangan pelajar berkeperluan khas. 2) Shu Yee C. daripada Rapid Youth Success Entrepreneurship/Employability - RYSE menawarkan untuk membawa pelbagai program ke sekolah yang bertujuan untuk memupuk bakat dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar. 3) Dengan keyakinan yang kukuh dalam mewujudkan kredibiliti yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan pendidik, Dr Mohammad Tazli Azizan dari Skolar Malaysia telah menawarkan program latihan yang meluas bagi membantu guru-guru dalam membangunkan pedagogi selari dengan pembelajaran abad ke-21. 4) Suatu perbincangan yang santai, menyeronokkan dan interaktif tentang isu perubahan iklim dan bagaimana ia dapat diterapkan dalam PdP di sekolah melalui gamifikasi juga telah disampaikan oleh Mich Hoo yang mewakili Time to RICE dalam usaha meningkatkan kesedaran akan impak perubahan iklim, bersesuaian dengan konteks di Malaysia. 5) Kami tidak sabar untuk melihat apa yang Melissa Ngiam dan pasukannya dari Generasi Gemilang akan hulurkan sebagai sokongan mereka untuk memastikan ratusan pelajar bekeperluan yang layak menerima sarapan berkualiti melalui program Super Sarapan. 6) Akhir sekali, kami percaya Zainab Afiqah yang mewakili Yayasan Tunku Abdul Rahman akan dapat terus membina pemimpin negara
Adakah cikgu-cikgu ingin mengetahui maklumat lanjut program YTPP ini? Jom sertai sesi info untuk Young Teachers Preparatory Program (YTPP) pada 29 Januari 2022, (sesi Bahasa Melayu) 9.00am-10.00am atau (sesi Bahasa Inggeris) 11.00am-12.00 petang. YTPP adalah merupakan program bimbingan dan latihan 100 hari untuk: • Guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada satu tahun • Graduan pendidikan yang baru tamat pengajian • Sesiapa yang berminat untuk mengajar (ibu bapa, sukarelawan) Sesi info ini akan menjelaskan struktur program, kandungan latihan dan jurulatih kami. Daftar kehadiran anda ke sesi info di sini: bit.ly/YTPPInfo22. Anda juga boleh hubungi kami di [email protected] untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan bengkel percuma, tips pengajaran dan peluang rangkaian dengan menyertai Kumpulan Telegram kami: bit.ly/telegramedvolution Ajak rakan-rakan guru anda yang lain juga, jumpa di sana! Terima kasih. Tonton video di Youtube: https://youtu.be/4gafyboopmQ
#poweredforMYchange
ALP Masterclass #8 telah dikelola oleh Bie Sal SISC+ di bawah program TEST PPD Timur Laut berkongsi tentang strategi untuk menyokong pembangunan Teacher Leader. Beliau memperkenalkan konsep A4E untuk menyokong sekolah dan bagaimana untuk meningkatkan kesediaan Teacher Leader.
PwC Malaysia Teach For Malaysia @Pemimpin GSL Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
#poweredforMYchange #googleforeducation