Abg Han Takaful Advisor
Kesedaran perlindungan selalu datang bila musibah sudah menerpa. Jom kita buat persiapan awal. Hibah sebagai income replacement.
Medical card sebagai income protection. Sedia membantu merangka plan perlindungan untuk diri sendiri, keluarga serta organisasi yang mampu milik dan perlindungan menyeluruh.
:: Budaya bagi duit raya ni bukan budaya Islam.. Kalau nak bagi atas dasar sedekah jariah, memang digalakkan.. Tapi kalau dah nama sedekah jariah, ik*t kemampuan si pemberi.. Tak kisah la berapa waima seringgit sekali pun.. Mak bapak tolong ajar anak-anak jangan bukak sampul duit raya depan orang.. Jangan ajar anak-anak mintak duit raya daripada orang.. Nampak sangat biadapnya.. Masalahnya ada mak bapak bila anak-anak dapat duit raya, akan terpacul soalan; "Berapa orang tu bagi duit raya?"
Tak semua orang mampu nak bagi duit raya kaler hijau, merah, oren, biru muda dan purple.. Dengan tarif elektrik dah naik, dengan harga barang yg mahal, ramai yg bajet cukup-cukup je.. Kalau ada dan mampu, tak salah memberi.. tapi jangan sampai jadi riak nak orang tau banyak isi dalam sampul tu.. Keikhlasan tu penting.. bukan nak menunjuk-nunjuk..
Bagi yg tak mampu, kemeriahan Lebaran tu tak cacat pun kalau tak dapat bagi duit raya.. dan tetamu yg bawak anak-anak beraya kena la faham.. Jangan diumpat atau dicaci orang yg tak bagi duit raya atau yg mampu bagi seringgit dua je.. Bukan soal kedek*t atau berkira tapi kalau dah memang bajet tak berapa nak ada, nak dikorek tang mana?
Hari ni hari dia, hari kita tak tau bila.. Hidup ni macam roda.. Bersederhanalah bila menyambut Hari Raya..
Baju lama? No hal..
Kuih takde? No hal..
Tak dapat bagi duit raya? No hal..
Cakap je: "maaf la tahun ni bajet sakit sikit.. Do'akan saya melimpah ruah rezeki yer lepas ni.."
Kalau orang yg dengar tu ada iman dan hati dia bersih, dia akan faham dan do'akan.. Tak akan diumpat atau jadi bahan cerita.. Baru mintak maaf takkan dah masuk dosa baru k*t?
😊😊😊
Kredit: azizulazliahmad
PUNCA GAJI KITA KECIL
1. Gaji kita menjadi kecil bila kita bergaji RM3000 dan beli kereta lebih RM36000.
2. Lebih parah jika kita beli Almera yang paling murah RM67000 sahaja. Nak beli Estima duit tak cukup p**a.
3. Bayaran bulanan Almera RM846.54 telah makan gaji kita 28% saja.
4. Kadar ideal untuk gaji bagi kenderaan sebaiknya TAK LEBIH 15% dari gaji kita.Jika lebih hidup anda mula kurang bahagia.
5. Jika anda belum beli rumah anda akan lebih kecewa. Nak jual kereta, susut nilainya melampau. Nak beli rumah loan tak lepas p**a.
6. Gaji kita kecil sebab kita yang salah kira. Minyak turun pun kita tak terasa.
7.Kurangkan hutang, tambahkan pendapatan. Gaji kecil sebab kita belanja melampau.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Apabila mati seorang manusia, antara perkara pertama yang perlu diuruskan pentadbir/waris ialah harta peninggalan dan hutang yang masih belum dilunaskan.
Namun masih terjadi pertikaian di antara waris mengenai hutang yang ditinggalkan si mati. Bagaimana penyelesaian dan siapa yang bertanggungjawab melangsaikannya?
Cara pelaksanaan hutang simati:-
Wajib bayar hutang simati menggunakan duit dan harta peninggalan simati.
Sekiranya simati tiada harta peninggalan (tiada aset alih atau tidak alih) maka tidak harus kepada waris faraid termasuk isteri untuk menyelesaikannya menggunakan duit waris kecuali atas ehsan waris untuk membayarkan hutang simati.
Persoalan
Adakah hutang simati dibahagikan seperti mana mengik*t bahagian faraid?
Hutang simati TIDAK DIBAHAGIKAN mengik*t faraid. Hutang simati perlu dijelaskan menggunakan duit dan harta peninggalan simati. (Basic)
Siapa yang perlu tolong jelaskan hutang simati ? Yang perlu tolong jelaskan hutang simati adalah pentadbir/ waris simati dengan menggunakan DUIT PENINGGALAN simati.
Apabila mati seseorang , harta yang ditinggalkan oleh simati perlu menjelaskan hutangnya dahulu. oleh sebab itu pembayaran hutang simati berada di peringkat kedua teratas yang perlu dibuat dalam pengurusan harta pusaka simati.
Pembahagian harta kepada waris faraid adalah pada peringkat terakhir dalam urusan pengurusan harta pusaka simati.
Jika simati tidak meninggalkan harta maka tidak harus ke atas waris faraid termasuk isteri (isteri waris faraid) menyelesaikan hutang tersebut kecuali atas ehsan waris faraid tersebut.
* Waris disini adalah waris faraid termasuk isteri. Isteri adalah waris faraid simati.
1- Ramai yang bertanya siapa yang nak bayar hutang simati jika dah hutangnya tak wajib dibayar menggunakan duit waris faraid.(Simati akan tanggung hutang tersebut dan perlu dibayar di akhirat)
2- Adakah hutang simati itu akan di tanggung oleh simati? Kesian simati kerana membawa hutang bersama nya ke alam seterusnya. (Ya akan ditanggung oleh simati)
Tuan- puan,
Itulah sebabnya kita perlu membuat perancangan semasa hidup terutamanya untuk diri kita sendiri.
Buat pembiayaan / pinjaman rumah kita ambil sekali dengan perlindungan MRTT/ MRTT/ MLTA/MLTT bagi melindungi baki pinjaman rumah kita. Pihak takaful akan selesaikan baki hutang kita apabila kita meninggal dunia dalam tempoh pembiayaan tersebut.
Hutang kereta, kita ambil sekali dengan perlindungan autolife bagi melindungi keatas baki pembiayaan kereta. Sekiranya kita meninggal dunia dalam tempoh pembiayaan tersebut maka pihak takaful akan selesaikan.
Ada yang bertanya, bagaimana jika saya dah buat pembiayaan kereta atau apa apa pembiayaan / hutang dengan agensi / individu / kawan tetapi masa beli saya tak ambil perlindungan tersebut bagi melindungi baki pembiayaan / pinjaman / hutang tersebut.
Jangan risau, tuan/ puan boleh menyediakan satu dana pantas bagi menyelesaikan hutang tersebut apabila tuan/puan meninggal dunia.
Beribu penyelesaian, antara salah satunya adalah dengan anda menyertai sumbangan takaful serendah RM100 bagi menyediakan satu dana pantas berjumlah RM250,000.00 bagi menyelesaikan hutang anda.
Kredit: ahmad mustapha
"Boleh akak tumpang duduk?".
"Boleh silakan," pelawa saya tadi.
Akak ini buka bekal yang dia bawa dihadapan saya. Ada kari ayam pembuka selera.
"Dah lama kerja disini kak?" soal saya berbasa basi.
Uniform Pengawal Keselamatan kelihatan jelas disebalik jaket baju birunya.
"Hari ini hari kedua, sebelum ini dengan hotel dah lebih 17 tahun," ceritanya lancar.
"Oh, kenapa berhenti?" tanya saya tanpa berselindung lagi.
"Dulu akak free hair. Elok je bekerja di hotel tersebut. Suatu hari, Tuhan kirim hidayah ke dalama hati akak untuk bertudung.
Maka akak mula pakai tudung. Malangnya pihak hotel tak benarkan. Jadi akak ambil keputusan untuk berhenti. Nak buat macam mana, sampai situ je rezeki akak di sana," katanya sambil tersenyum.
Sejujurnya, saya terkesima mendengar cerita akak ini.
Saya jadi kaku, hari ini didepan saya seorang wanita yang hanya menyarung sepasang uniform 'jaga' meninggalkan kerja lama yang gaji jauh lebih besar demi cintanya pada agama. Subhanallah.
"Gaji sekarang 5 kali lebih rendah dari sebelum ini," sayu kedengaran dia berkata.
Kawan kawan.
Ada dikalangan kita yang cinta pada agamanya luar biasa. Sangat luar biasa sebenarnya.
Yang paling saya sedih, ada beberapa gerakan yang sedang berusaha untuk mempengaruhi wanita Islam kita untuk menanggalkan hijab wanita.
Ada yang tinggalkan gaji 5 kali ganda demi menjaga agamanya.
Jangan tak*t jika kau melakukan kesalahan, kerana kesalahan adalah awal dari kebenaran.
Lebih baik kehilangan sesuatu hal demi Tuhan. Dibandingkan harus kehilangan Tuhan demi sesuatu.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
BAIKI DIRI MUSIM GAWAT INI.
1. Zaman ini zaman peluang, ada banyak peluang dihadapan kita bergantung bagaimana kita melihatnya. Banyak masa belajar baiki diri, atau kumpul duit dan harta. Hartanah lebih murah waktu begini. Beli ketika orang lain sebuk menyimpan dan menyimpan ketika orang lain sebuk membazir.
2. Belajar kemahiran baru, cari ilmu ilmu baru waktu ini untuk mahirkan diri dalam bidang kita. Jika kita ejen hartanah, ejen jualan lihat Youtube Channel banyak kaedah baiki diri yang baik dan berkesan.
3. Bina kenalan baru waktu ini, manfaatkan media sosial dengan baik. Buat kump**an kump**an whatsapp group baru yang membina cara kita berfikir. Tidak perlu ramai tetapi membina.
4. Jana pendapatan sampingan waktu ini bukan untuk kekalkan gaya hidup, tetapi untuk kumpul harta waktu begini. Berfikir berbeza dengan orang lain. Jangan sekadar bertahan tetapi menyeranglah.
5. Belajar kemahiran baru waktu begini, terutama bidang yang orang perlukan. Jika tak pandai masak, belajar memasak, jika tak pandai menjual, belajar ilmu menjual, Jika tak pandai cari jodoh, cari jodoh orang kaya, Gittew!
6. Jadilah pakar, jangan jadi biasa biasa. Brandingkan diri kita agar lepas PKP nanti atau musim gawat ini kita jadi lebih baik. Guna sosial media, ianya percuma.
7. Berguru, bermentor dan banyakkan membaca buku waktu begini. Jangan hanya merungut dan salahkan Covid-19 nanti. Kita akan rugi
8. Belajar Ilmu Pemasaran dan Jualan. Ini ilmu tertua untuk manusia kekal hidup. Selagi kita mahir menjual dan memasarkan diri, orang akan s**a. Bila orang s**a orang dengar cakap kita, bila dengar mereka membeli. Itu semua kerja orang politk selama ini, pasarkan diri. jika kita ajen takaful, ejen hartanah, Coway inilah masanya mahirkan diri.
9. Waktu begini, jagalah hubungan kita dengan Tuhan dan pasangan kita. Ini tiada dalam mana mana buku pemasaran, tetapi sebagai muslim kita percaya kepada keberkatan rezeki. Hubungan baik dengan Tuhan dan anak isteri akan jana rezeki yang kita tak pernah pernah sangka. Cubalah ini jika tak percaya.
Baiki diri waktu ini, inilah masanya selama ini kita sebok tak ingat dunia. jadilah luar biasa dan berbeza
Kredit: azizulazliahmad
Pesan bijak pandai, "Jangan letak semua telur dalam satu bakul. Jika satu busuk, semua akan membusuk".
Pesan ini ada benarnya, Maka dalam keadaan gawat ini jika kita ada pelbagai aset amatlah bagus dan baik sekali.
1. Aset Tunai, ini paling baik dan mudah dicairkan. Bila bila nak guna boleh ambil terus. Letak tunai ini didalam ASB, deposit tetap dan Tabung Haji sahaja, jangan jadikan bentuk emas atau letak bawah bantal.
2. Aset Emas, Saham, Unit Amanah, hanya perlukan sedikit masa untuk ditukar menjadi tunai. Ia juga baik kerana mudah dapatkan tunai kembali dengan segera. Belajarlah menyimpan emas.
3. Aset Boleh C***r, seperti Emas, Hartanah dan Sijil ASB kita. Ia membolehkan kita mendapatkan sejumlah wang tetapi dengan hutang baru, kos simpanan dan tempoh baru. Ia tetap sangat bernilai waktu begini
4. Aset Susah Cair, hartanah paling lambat terkesan waktu gawat juga lambat untuk dicairkan untuk mendapat nilai tunai. Proses jual makan masa tetapi ia memiliki nilai yang baik dan tinggi kebiasaannya.
5. Aset Aliran Tunai, Pendapatan dari sewa kedai, lori, tanah, rumah, kebun, unta dan sebagainya antara aset yang baik waktu gawat. kita kekal mendapat bayaran sewa seperti biasa .
6. Aset Perlindungan Takaful, Aset kecemasan ini membantu kita jika kehilangan pendapatan dan keupayaan kerja.
Malapetaka kewangan terbesar ialah bila dibuang kerja atau hilang upaya kerja. Maka perlindungan Takaful kekal penting dan jangan diabaikan saat begini kawan kawan.
Rendahkan kadar polisi atau bincang kembali dengan ejen anda tetapi janganlah sampai berhenti. Saat begini, takaful penting melindungi diri dan keluarga kita.
Letak aset kita dalam pelbagai bentuk aset agar keseimbangan berlaku. Jika saham jatuh, setidaknya emas naik harga atau sebaliknya.
Jaga diri dan keluarga kita, pelbagaikan aset yang ada
Kredit: Azizul Azli Ahmad
🔥 Hibah Kasih Sayang untuk ORANG TERSAYANG secara PERCUMA!!!
Ya betul, di bulan mulia ini, AIA sangat baik hati untuk memberi caruman PERCUMA untuk bulan RAMADHAN dan SYAWAL. Maksudnya, perlindungan akan jalan macam biasa tapi caruman bermula bulan Jun. Boleh beraya dengan tenang. Yeayyyy!!! 😌
✅ Perlindungan kematian dan hilang upaya kekal keseluruhan, RM50K, RM100K dan RM200K
✅ Pampasan sakit kritikal RM50K
✅ Kematian akibat kemalangan, 2 kali ganda
Contoh jika kematian kemalangan:
Perlindungan RM50K, menjadi RM100K
Perlindungan RM100K, menjadi RM200K
Perlindungan RM200K, menjadi RM400K
Berminat?
Saya akan bantu anda apply secara Online dengan mudah dan pantas.
Klik link ni untuk WhatsApp saya,
https://osini.co/HibahkasihSayang
WhatsApp saya untuk nak tahu lebih details.Saya akan guide bagi anda betul-betul faham dengan plan yang diambil. 😊
Senang! 👍🏻
5 SEBAB UTAMA KENAPA SUAMI ISTERI WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL.
==========
Kau WAJIB tahu pasal hibah takaful ni!! Lagi-lagi kalau kau adalah seorang suami dan seorang ayah, memang kena ada hibah takaful ni sebagai INCOME PROTECTION.
1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA.
2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.
3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.
4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK
5. ISTERI JUGA PERLU HIBAH TAKAFUL
Berminat?
Boleh klik link kat bawah ni.
https://osini.co/HibahkasihSayang
CARI RUMAH SEWA YANG BETUL.
1. Sebenarnya tak salah pun hidup menyewa. Asalkan masa kita menyewa rumah orang lain tu, kita pun rancang beli rumah sendiri juga.
2. Nak beli rumah untuk kita duduk sendiri. Pastikan bayaran balik bulanannya tak lebih 30% daripada gaji kita.
Contohnya gaji isi rumah kita RM3,000. Kira-kira 30% jadi RM900. Beli rumah RM180,000 cepat-cepat dan duduklah bersama keluarga dengan senang hati.
3. Sementara nak beli rumah tu, bolehlah menyewa mana-mana rumah yang ada. Tapi tak perlu besar sangat. Pastikan harga sewaan tak lebih 20% gaji ya.
4. Kalau bujang, boleh sewa satu bilik atau kongsi bilik yang bayaran sewa bulanan pun tak lebih 20% juga. Ada banyak sangat pilihan kalau dicari.
Risau kalau sewa rumah mahal sangat, susah nak beli rumah sendiri sebab tak mampu menyimpan modal. Duit habis bayar rumah orang lain.
5. Keutamaan kita adalah beli rumah sendiri, bukan menyewa. Jadi, jangan selesa menyewa lama sangat sampai tak beli langsung rumah sendiri ya.
kredit: Razzaaq Ajaq
“Rumah besar ni aku beli untuk reward diri. Tiga tingkat je. Bilik ada 6, bilik air ada 7.”
Yang kita tak nampak. Hanya 1 bilik je yang guna. Yang lain kosong.
“Kereta mewah ni untuk reward diri. Baru semangat nak buat sales.”
Lepas beli banyak kos nak bela. Nak menyimpan makin susah.
“Aku belanja beli handbag dan baju ni semua untuk reward diri. Nanti ada duit lebih baru aku menyimpan.”
Simpan duit untuk melabur dan simpanan masa depan pun reward diri juga. Buat lah yang utama dulu baru ‘reward’ dengan shopping.
Adakala reward diri ini boleh makan diri. Jangan terlalu awal dan sibuk nak rewardkan diri.
Ada satu istilah ni kita panggil Freud’s Pleasure Principle. Kita manusia ni dah diset untuk cari kepuasan dan elakkan kesusahan.
Sebab tu ramai lebih s**a ‘instant gratification’. Semua nak cepat dan mudah.
Jangan teruja dengan istilah rewardkan diri ini, ramai orang yang merana selepas itu.
Setakat reward diri beli kek secret recipe makan sampai gemok tak salah pun.
Kredit:Razzaaq Ajaq
Tanda Kita Urus Kewangan Dengan Baik
1. Tahu Duit Yang Masuk
Kita tahu berapa gaji atau duit yang masuk. Bila tahu duit gaji yang masuk mudah untuk urus belanja.
2. Tahu Apa Yang Kita Belanja
Kita tahu duit yang keluar atau apa yang kita belanja. Dan kita sentiasa belanja di bawah kemampuan.
3. Ada Buat Simpanan
Ada buat simpanan setiap bulan walaupun sedikit. Kita simpan 10 hingga 30% gaji. Mudah kalau hidup bawah kemampuan.
4. Rancang Pembelian
Kalau ada pembelian yang besar dan tambah komitmen kita rancang beberapa bulan lebih awal. Dan ada buat kira-kira.
5. Urus Hutang dan Komitmen
Kita ada senaraikan komitmen dan hutang. Kita pastikan bayar tepat pada masa. Dan ada juga masa kita bayar awal atau lebih.
6. Rancang Persaraan
Walaupun masih muda kita ada pelan untuk persaraan. Kita mula awal untuk maksimumkan ‘compound interest’.
7. Mula Melabur
Kita mula melabur seawal yang boleh. Sebahagian gaji dah diasingkan untuk pelaburan.
8. Berbincang Selalu Tentang Kewangan
Kita libatkan pasangan dalam perancangan kewangan. Dan rancang bersama.
9. Cari Ilmu Kewangan
Kita sentiasa tambah ilmu kewangan. Beli buku dan masuk kelas. Ilmu kekal selama-lamanya.
Ni antara petanda kita uruskan kewangan dengan baik. Tak ada semua kalau ada sebahagian pun dah ok sangat.
Kredit:Razzaaq Ajaq
5 KESILAPAN WAKTU MASIH MUDA
1. MASA MASIH PANJANG
Selalu merasakan masanya masih Panjang . Banyak menghabiskan masa muda dengan bermain dan habiskan waktu dengan orang yang salah.
2. CINTA
Difikirannya hanyalah cinta, cinta dan cinta. Fikiran mereka hanya berkisar soal perasaan cintanya atau siapa yang menyintainya.
Terlalu memikirkan perasaannya tanpa sebarang cita cita . Bila ada yang kahwin, mereka mula rasa termenung memikirkan tiada siapakah yang akan menerima cinta mereka dan cemburu dengan kebahagian orang lain.
3. S**A MENUNJUK
Merasa malu jika makan di gerai, maka perlu makan di café mahal yang cantik susunan makanannya untuk dipamerkan disosial media. Akhirnya berhutang dan s**a menunjuk pada semua teman temannya
4. JALAN PINTAS
Mereka tidak s**a proses dan sentiasa cari tiada jalan pintas. Tiada kekayaan dengan jalan pintas, ia memerlukan prosese yang betul dan panjang.
Semua benda segera selalu merosakkan dan bersifat sementara.
5. TIDAK S**A DIKRITIK DAN DIBERI PANDANGAN
Memiliki ego yang tinggi dan merasakan zaman mereka berbeza dengan zaman sebelumnya.
Maka saranan orang lain tidak bermakna. Mereka sentiasa menutup telinga untuk menerima sebarang pandangan terbuka.
Kawan kawan,
Modal terbesar bagi orang muda adalah TENAGA dan MASA.
Kedua modal ini akan hilang bila anda semakin tua dan tidak bertenaga.
Manfaatkan modal ini sewaktu kita masih muda dan bertenaga.
Gegadis hanya s**akan lelaki bertenaga, banyak masa untuk mereka dan ada wang untuk dibelanjakan bila perlu bukannya meminta minta.
KREDIT: azizulazliahmad
Jangan habiskan duit untuk nampak kaya.
”Aku ni gaji 5000 bayar kereta 1500 sebulan. Termasuk servis dan minyak baru 2000 lebih je sebulan.”
“Aku ni bujang lagi tapi condo ada 3 bilik je. Sebulan sewa saja dah 1500. Duduk p**a seorang.”
“Saya s**a kawan-kawan nampak lifestyle. Motor besar, bercuti selalu, shopping setiap minggu.”
Kalau kita betul mampu silakan saja kawan-kawan nak beli apa sekalipun. Tapi jangan malu jika nampak tak berduit.
Jadilah kaya jangan hanya nampak kaya.
Kredit : Razzaaq Ajaq
4 Tips Mudah untuk Mula Melabur
Sebelum kita melabur, apa-apa jenis pelaburan pun. Asasnya tetap sama.
1. Tetapkan matlamat
Tetapkan matlamat kita dan berapa lama kita nak capai matlamat kita. Baru laa kita nampak apa yang perlu kita buat.
2. Mula Seawal yang Boleh
Setiap ringgit yang kita simpan, dilaburkan dengan betul, boleh dapat p**angan 5% - 10% setiap tahun.
Untuk kebanyakan jutawan, mereka perlukan purata 12 tahun untuk mencapai 1 juta dari masa mereka mula serius tentang kewangan mereka.
3. Disiplin dan Konsisten
Kebanyakan pelabur, kaya dengan disiplin. Disiplin dan konsisten.
4. Mula dengan Menyimpan
Kita boleh mula dengan teknik yang paling asas iaitu simpanan.
Kalau teknik yang asas ni kita tak boleh ik*t, kita tak akan disiplin dan konsisten.
Sebab tu ramai yang tak dapat ik*t matlamat bila tiada simpanan. Kukuhkan dulu simpanan kita baru laa mula melabur. Mula laa menyimpan walaupun serendah RM10.
Kredit: Razzaaq Ajaq
Apa nak buat dengan 10K KWSP?
1. Jadikan simpanan kecemasan mudah cair. Kalau gaji 3K. Dah ada 3 bulan simpanan kecemasan.
2. Bayar hutang kad kredit. Hutang kad kredit tinggi faedahnya. Selesaikan cepat-cepat kawan.
3. Buka akaun tabung haji dan daftar haji cepat-cepat. RM1300 saja.
4. Jangan habiskan semua untuk melabur kawan. Pulangan KWSP agak tinggi.
Tak banyak pelaburan boleh beri p**angan yang sama atau lebih. Utamakan kelangsungan hidup dulu.
5. Beli pelan perlindungan atau takaful. Kalau ada perancangan yang tertangguh untuk ambil perlindungan. Ambil cepat-cepat. Caruman jangan lebih 10% gaji bulanan.
6. Jangan jangan jangan masuk skim goyang kaki masuk duit.
Kredit : Razzaaq Ajaq
"JANGAN IKUT ORANG, BINA SENDIRI."
1. Kita s**a ik*t orang dalam semua perkara. Bila ada yang beli kereta, kita nak ik*t juga.
2. Bila ada yang layan GegarVaganza, kita layan juga.
3. Bila kengkawan tempah tiket AirAsia, kita tempah juga sebab nak seat percuma. Tetapi cukai bayar juga.
4. Bila kawan simpan kad kredit dalam dompet, nampak lebih bergaya. Kita tempah juga.
5. Bila kengkawan minum di Mekdi dan Starbak awal pagi kita ik*t pergi.
6. Kawan pasang kabinet dapur kita ik*t juga, walau asap dapur tak pernah ada.
7. Kawan tukar sportrim kereta kita ik*t, padahal kita bukan kaki lumba.
Jangan banyak ik*t orang hidup ini. Tak semua yang ramai orang buat itu betul. Yang sikit orang buat itu salah. Zaman dah berubah.
Zaman sekarang orang beli rumah, baru cari "orang rumah".
Zaman sekarang gegadis ada rumah, sebelum jadi "suri rumah"
Kredit : azizul azli ahmad
UBAH PEMIKIRAN, JANGAN IKUT ORANG KATA
1. Jangan terapkan alasan 'reward diri' kena beli kereta setelah penat bersusah-payah di universiti.
2. Beli kereta tak salah, ramai beli kereta yang salah.
3. Jangan wajibkan diri atau anak beli kereta baru, alasan kereta second ada rosak yang tak tahu.
4. Jangan ik*t nasihat beli kereta mesti ik*t pekerjaan.
"Malu laa engineer naik axia. Tak padan dengan status wei."
5. Kalau nampak kawan-kawan tempat kerja, anak mereka jemput naik perodua. Jangan buka cerita anak kita pakai kereta Honda p**a.
6. Paksa diri atau anak-anak buat simpanan, duit kahwin dan deposit rumah. Tak ada jodoh tak mengapa, sediakan dulu duitnya.
7. Anak kita pakai kereta apa, kerja apa. Semua ada rezeki masing-masing. Bangga laa dengan mereka.
8. Beli kereta mahal apabila kita betul mampu. Bukan beli tapi akhir bulan kira syiling p**a.
9. Beli kereta jangan sebab pandangan orang.
"Baru lah nampak berjaya pakai Honda. Axia budak kolej pun boleh pakai wei."
10. Beli kereta murah pun tapi kalau harga kereta lebih gaji setahun. Gaji habis untuk kereta saja nanti.
11. Beli kereta murah tapi asyik reward diri belanja dan bercuti. Bila lagi nak reward diri dengan buat simpanan?
12. Jaga tutur kata kita jangan sampai kawan tersinggung.
"Kereta kau ni dah lama. B*k rosak. Apa kata tukar je yang baru."
Jangan diam, balas je balik;
“Kereta lama tapi tak ada hutang woi!“
Kredit : Razzaaq Ajaq
Semoga amanah ini dapat ku jaga sebaiknya..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
69, Tingkat Kancil 2, Taman Hwa Seng
Bukit Mertajam, 14000
I will update information from time to time about finance, investment and tax information in Malaysia. I also provide services such as Unit Trust Investments, Accounting services, ...
NO 18, LORONG PERDA SELATAN
Bukit Mertajam, 14000
Wang Enterprise (KEDAH) Sdn Bhd- NO 18, LORONG PERDA SELATAN,14000, BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG. HP
Bukit Mertajam
Bukit Mertajam
I help secure your Family's Future Financial Health and Business Expansion through a need-based solution approach. Provide you a professional A-Z financial planning services. Feel...
Bukit Mertajam, 13700
Your Wealth Solution Consultant Let's Create , Protect & Preserve our Wealth Takaful | ASBF | Unit
50-1, Jalan Limau Manis 3, Taman Limau Manis
Bukit Mertajam, 14000
Hi, Welcome to B Wealth Solution page. We are a Financial advisory firm approved by Bank Negara Malaysia. And we provide financial services to seek out your particular needs and ob...
Bukit Mertajam, 14000
Explain the product features, benefits payable, exclusions, premiums and charges. Provide Product Disclosure Sheet to assist you in making informed decisions and to facilitate pro...
2, Jalan Usahaniaga Satu, Taman Usahaniaga
Bukit Mertajam, 14000
Master of Hibah 📍 https://wa.me/60125925352
23-2, Persiaran Seri Impian, Pusat Perniagaan Mahkota Impian
Bukit Mertajam, 14000
27-1F & 2F, Precinct 1 @ Sunway Wellesley Jalan Muthu Palaniappan
Bukit Mertajam, 14000
mulakan pelaburan anda bersama kami
Bukit Mertajam, 34250
#Serving Customer is My Priority | HIBAH TAKAFUL | MEDICAL CARD | EDUCATION PLAN | RETIREMENT PLAN
Perai, Pulau Pinang
Bukit Mertajam, 13600
AIA Elite Pro Life Planner