Nur Sugar Craft

Nur Sugar Craft

You may also like

bon_kedai
bon_kedai
dsmilefood
dsmilefood

Kepakaran kami menyediakan pemanis mulut yang enak & pastinya halal lagi suci Pakar menyediakan kek,pastri dan biskut.

18/10/2017
24/08/2017

Senangnya Masak

Kuih Lapis

Kuih Lapis Seri Wangi... Resepi kali ni guna tepung beras p**a yang lebih...Rasanya tentu berlainan,lembut dan yang penting kuih lapis ni memang sedap dan terasa lemak manisnya.

🍒 Kuih Lapis Seri Wangi 🍒
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

PANASKAN PERIUK KUKUSAN HINGGA AIR MENDIDIH.. SEDIAKAN LOYANG 8" PERSEGI ATAU LOYANG BULAT 9"... SAPUKAN DASAR DAN SISI LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK MASAK.. ALASKAN DASAR LOYANG DENGAN PLASTIK SUPAYA DASAR TIDAK MELEKAT.

Resepi oleh : Pn Yatie ( Yatiememories.blogspot )
Dicuba oleh : Mawar Wilsa

🍎 Bahan-bahan:

BAHAN A
✔2 cawan tepung beras
✔1 cawan tepung gandum
✔2 sudu besar tepung jagung
✔1 sudu kecil garam
✔2 cawan santan pekat

Bahan B
✔1 1/4 cawan gula pasir ~saya guna gula halus
✔1 cawan santan pekat
✔2 cawan santan cair
✔2 helai daun pandan-di simpul

🍏 Cara-cara:
1 • Campurkan kesemua BAHAN B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut,angkat dan biarkan adunan suam sedikit.

2 • Sementara itu satukan kesemua BAHAN A ke dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dahulu.

3 • Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A dan gaul rata, kemudian tapiskan.

3 • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian... Satu bahagian letak pewarna hijau apple dan perisa pandan dan satu adunan lagi saya biarkan plain ( putih)... Untuk lapisan atas sekali saya letak pewarna merah jambu ( pink )

4 • Apabila air kukusan dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.

5 • Masukkan adunan plain ( putih ) 1 cawan dan kukus selama 5 minit.

6 • Setelah itu lapis p**a adunan hijau apple selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.

7 • Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.

8 • Biarkan kuih benar-benar sejuk baru cantik di potong... Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.

NOTA
✔ Untuk setiap resepi saya gunakan cawan dan sudu s**atan metrik

✔ Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.

✔ Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.

Like & Share
Senangnya Masak

14/08/2017

Kek gula hangus

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut @ Kek Span Paling Mudah!

1 cawan gula
1 cawan air panas mendidih
1 sudu butter
Masuk gula sampai hangus, pastu tuang air panas, masukkn butter... ketepikn biar sejuk dulu.

1 cawan gandum
2 sk soda
4bji telor
Setengah tin susu pekat
1 penutup esen vanila

Blend semua ni, pastu masukkan gula hangus tadi.. Bend lagi...
perap 3 jam.
Lepas itu boleh kukus.



Kredit: Zara Muhamad

30/07/2017

Resipi Paruppu Vadai Istimewa, Kudapan Enak Lagi Berkhasiat Buat Seisi Keluarga - Mingguan Wanita

Ini kuih favourite saya
Nak buat pun senang je
Sedap buat u untu minum petang

Jom cuba

mingguanwanita.my Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut pop**ar di kalangan berbilang kaum di Malaysia.

25/07/2017

Resipi Puding Roti Mudah Menggunakan Agar-Agar Bertali. Kena Cuba Ni.

Agar2 roti sangat legend!

rasa.my Resipi perkongsian saudari Norlida Salleh

24/07/2017

Rasa

Cara masak pulut kuning paling mudah!! Mesti cuba

Pulut kuning memang sedap namun bila difikirkan tang nak kena mengukus tu, terus rasa macam 'kurang rajin' nak buat.

Boleh cuba cara sis ni buat. Walaupun pakai 'rice cooker je' tapi hasil dia macam pulut yang dikukus.

23/07/2017

Share Masakan Share Resepi

Coconut pandan cake

COCONUT PANDAN CAKE

Assalammualaikum semua Irfan nak share 1 resepi yang dah lama Irfan simpan didalam peti besi ( resepiku air tanganku ) follow tutorial bervideo dibawah bersertakan resepi ok. HALAL untuk semua...doa2 kan saja Irfan baik2 ok.

LIKE, COMMENT,SHARE

Coconut pandan cake

BAHAN a
1 cup tepung gandum
1/2 cup tepung jagung
1 peket santan serbuk
3/4 cup gula kastor
1 sdm ovallet ( 40gm )
1/3 cup air pandan
5 biji telur ( A )
Pewarna hijau
Perisa pandan

BAHAN b
1/4 cup minyak jagung

Cara2
Mix bahan A hingga gebu
Masukkan bahan B kedalam bahan A kaup balik

Bahar 180c api atas bawah selama 30-35 minit mengikut oven masing2

Resepi by Irfan Syazwanshah

22/07/2017

So Yummy

The idea!

Super Simple Sheet Cake Decorating Hacks! Which one's your fav? 💖 👶 🦄

08/06/2017

Nur Sugar Craft

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)

16/03/2016

biskut raya

Mau bikin kue lebaran, tapi ga punya oven?
BISA!!
berikut beberapa resep kukis yang berhasil kami kumpulkan dari berbagai sumber. Tanpa perlu oven, tanpa perlu dipanggang!
Membuatnya pun mudah. Ajak si kecil yang masih liburan, pasti lebih seru!
PRAKTIS is Fun!

01/02/2016

Aneka brownies untuk dicuba

I ♥ COOKING!

RESEPI2 YG TERKANDUNG DALAM PAGE NI ADALAH HASIL DARI PENGUMPULAN RESEPI2 DR BLOG-BLOG DAN LAIN2 ESPECIALLY CREDIT TO BLOG AZLITA AZIZ , FIZA COOKING, AZIE KITCHEN & LAIN2.

22/01/2016

Jom buat soto

soto my way

07/01/2016

Kerja Dari Rumah

Talam Pisang

Kuih Talam Pisang ini sangat mudah dibuat. Boleh dicuba-cuba dulu untuk hidangan keluarga. Bila dah yakin dengan kesedapannya maka bolehlah kita buat untuk jualan... Lumayan gitu..

Kuih Talam Pisang.(guna loyang 4 segi 10x10 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah

3 1/2 cawan santan kelapa.
1 1/4 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula pasir.
Secubit garam.
1 cawan pisang lenyek ( update-sy guna 6-7 biji pisang berangan masak saiz M)
pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
3 cawan santan kelapa.
3/4 cawan tepung gandum.
1/4 cawan tepung jagung.
1/4 cawan gula pasir.
secubit garam.
Sedikit pewarna kuning-(sy bubuh di dalam adunan bawah)

Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

29/12/2015

BuzzFeed Australia

easy pavlova

Berry Christmas Pavlova Wreath.

20/11/2015

mARBLE PADDLE pOp

kek marble paddle pop pan vantage

Bahan2
-5 biji telur
-1 cwn mentega
-1 cwn gule
-1 1/2 cwn tepung gandum
-1 sudu kcil soda bikarbonat
-1 sudu kcil baking powder
-Sedikit esen vanila
-Warna kes**aan( anie gune warna hijau, pink n kuning)

Cara2;
-Pukul gula + telur smpai kembang
-Msuk smua bahan d atas kecuali pewarna
-Dh sebati bahagi adunan kpd 3 bahagian
-Letak pewarna d setiap adunan
-dh siap letak setiap adunan pd pan vantage/kuali ajaib secara berselang seli mengikut kreativiti sendiri n lorek mengunakan lidi...
-Bakar api pling kcil selama 15-20 minit @ smpai msak
-Kemudian terbalik kn pan selama 5 minit
-Siap---->selamat mencuba

Sumber: FB Singaporean Pakimix

Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "saya share"
dan tekan Share Untuk dapatkan resepi PERCUMA di Newsfeed anda

14/11/2015

Resepi nona manis

Kuih Nona Manis

page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur
Bahan-bahan :

Bahan A : 1 biji telur,
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ~ campur santan kotak dgn sedikit air jadikan 1 cawan,
1 cawan tepung gandum
~ Dalam satu bekas, pukul telur hingga kembang. Dalam bekas lain p**a, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata. Campurkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Ketepikan.

Bahan B : 1/2 cawan santan pekat,
1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis,
1/4 cawan gula halus,
1/4 cawan tepung jagung,
secubit garam,
sedikit pewarna hijau
Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.

Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata guna pengadun sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih

Bahan C ~ 1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan, 1 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar gula pasir, 1/2 sudu kecil garam halus, sedikit tepung jagung (untuk pekatkan adunan)

Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.

Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (buat lubang kecil bahagian hujung bag plastik).

Cara : Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.

Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang. Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.

Selamat mencuba!

15/09/2015

"Aku akan mencari ilmu hanya karena Allah, dan aku tidak akan mencari jika untuk selain Allah"-Imam al-Ghazali

14/09/2015

Jika seorang lelaki tidak tahu dirinya sendiri, yang merupakan perkara yang paling dekat dengannya, maka apa yang penggunaan dia mendakwa tahu orang lain' Imam Al Ghazali

12/09/2015

"Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya Pemimpin"

11/09/2015

Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu liang kubur ، penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu. (Imam Al Ghazali)

10/09/2015

Celakalah bagi orang yang jahil untuk tidak belajar. Celakah bagi ulama seribu kali untuk tidak mengamalkannya.
(Imam Gazali)

09/09/2015

"Jika kamu melihat seorang ulama mengumpat ulama lain, elakkan dia." - Imam Al-Ghazali

08/09/2015

Yang Besar itu Nafsu, Yang Berat itu Amanah, Yang indah itu Solat, Yang dekat itu Mati... (Imam Al-Ghazali)

07/09/2015

Peringkat pertama ikhlas itu adalah bahawa perbuatan ketika kehidupan perindu dan ketika di awam kamu hendaklah sama"-Imam Al-Ghazali

03/09/2015

Untuk mendapatkan apa yang kamu s**a, kamu mesti bersabar dengan apa yang anda benci ..." - (Al Ghazali)

02/09/2015

Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al Ghazali)

01/09/2015

Taqwa adalah menjalankan perintah-perintah Allah yang Maha Tinggi dan berpaling dari apa yang Allah telah dilarang (Imam Al-Ghazali)

28/08/2015

"Semua orang-orang yang kamu bimbang tentang mereka, Adakah mereka yang mencipta kamu?" - Imam Al-Ghazali

27/08/2015

Siksa buat ulama adlh kematian mata hatinya: ketika mrk memburu dunia melalui amalan akhirat -Al-Ghazali

26/08/2015

"Kamu mesti meyakinkan hati bahawa apa yang Allah telah menetapkan yang paling sesuai dan paling bermanfaat untuk kamu." (Imam Al-Ghazali)

24/08/2015

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. (Imam Al Ghazali)

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Taman Miharja
Cheras

Other Food/Beverages in Cheras (show all)
KLT FOOD INDUSTRIES SDN BHD KLT FOOD INDUSTRIES SDN BHD
LOT PT58545, Jalan CJ 1/1, KAWASAN PERINDUSTRIAN CHERAS JAYA, JALAN BALAKONG
Cheras, 43200

BRING YOU AND YOUR FAMILY CLOSER

AQisH Sweety Desserts AQisH Sweety Desserts
Cheras

Our best seller products are Red Velvet, Rainbow Cakes, Pavlova and variety of mouth watering dessert

Michelle's - Good Food at Home Michelle's - Good Food at Home
Jalan Lagenda 15
Cheras, 43200

Michelle's - Good Food at Home, makes healthy n delicious versions of deli meats by using fresh and good quality ingredients. Our products are gluten free and kids friendly!

Lemon Daisy Cakes Lemon Daisy Cakes
No. 1, 3&5, Jalan Emas Satu, Taman Emas
Cheras, 43200

At Lemon Daisy Cakes, we believe that every important celebration deserves a very special cake! Our d

吉记西饼中心 Kiat Kee Confectionery 祖传鸡蛋发糕 吉记西饼中心 Kiat Kee Confectionery 祖传鸡蛋发糕
11, Jalan Nadchatiram 1, Taman Taynton View
Cheras, 56000

Established in 1981, Kiat Kee Confectionery is a family owned and run bakery. 自1981年祖传鸡蛋发糕专门店

Jelly Kelapa Slurp. #jellykelapananding Jelly Kelapa Slurp. #jellykelapananding
Nanding
Cheras

�Menjual jelly kelapa. � Menerima tempahan jelly kelapa untuk sebarang majlis, event, konvo atau catering. � Untuk tempahan, whatsapp 0136534367.

Alicia's Jelly Art Alicia's Jelly Art
Bandar Mahkota Cheras
Cheras, 43200

Welcome to Alicia's Jelly Art Page. Would you like to give more colors to your family and friends' g

ResepiKu dari ResepiMu ResepiKu dari ResepiMu
Cheras, 56100

resepi masakan

Nature Healthy Nature Healthy
Cheras Hartamas
Cheras, 43200

现今忙碌的社会无论食品,用品 无可避免的都加了不少化学添加物!Nature Healthy秉持让大家健康的宗旨 推出最省时!省事又健康的生活方式给大家!

Cookies Miza Cookies Miza
Cheras

" Kepingan Cornflakes Di Saluti Coklat Lazat Bersama Butiran Badam Yg Enak " " Ralit Mengunyah Ta

源兴国际 源兴国际
No 1 Jalan One Industrial Park 1, One Industrial Park
Cheras, 43300

源兴国际 Yuan Shin Intertrade Group 海外市场药材批发 Wechat : ymk998. Email : yuanshinin

Kedai Susu Kambing Online Kedai Susu Kambing Online
Cheras

Kami Membekalkan Susu Kambing Plus Makanan Tambahan Terbaik Dunia, Seberat 900gm Dengan Omega 3,DHA