ResipiKita.com

ResipiKita.com

Platform Koleksi Resipi Halal No.1 di Malaysia

👉🏻 linktr.ee/resipikita.com
www.resipikita.com

04/10/2024

👉🏻 Resepi Nasi Beriani Gam (Simple & Senang)

Masa memasak: 60 minit
Jumlah hidangan: 6 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 3 Cawan Beras Moghul Faiza
- Ayam Separuh (dipotong saiz sederhana)
- 1 Senduk Rempah Beriani Mak Siti
- 4 Cawan Air (guna cawan yg sama s**at beras)
- Bawang Merah (sedikit sahaja - dihiris)
- Bawang Putih (sedikit sahaja - dihiris)
- 4 Sekawan (kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih - sedikit sahaja)
- Daun Pudina (sedikit sahaja)
- 1 Biji Tomato (di potong 4)
- 1 Sudu Minyak Sapi
- Setengah senduk minyak masak
- Pewarna Kuning & Oren

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak masak dengan minyak sapi, kemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.

2. Masuk rempah beriani yang sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air.

3. Bila dah nak didih masuk ayam kacau dan tutup biar ayam cepat masak.

4. Agak-agak ayam dah masak, masukkan daun pudina dan tomato di atas ayam. Tak perlu kacau, terus masukkan beras yang sudah di basuh, lalu masuk kan air 3 cawan rata kan dan tutup biar didih hingga kering.

5. Bila dah kering kecilkan api, titik kan pewarna kuning di atas nasi. Jangan kacau, terus tutup biar kan nasi betul-betul kering dan masak. Dah kering baru gaul kan. Nasi siap!

💡

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

03/10/2024

👉🏻 Resepi Nasi Hujan Panas (Confirm Jadi)

Masa memasak: 60 minit
Jumlah hidangan: 5 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 4 1/2 pot beras basmathi (Jenama faiza preboiled pack warna oren) - rendam beras selama 30 minit, basuh & toskan.
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 2 biji bawang putih (dihiris nipis)
- 2 inci halia (dihiris nipis)
- 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
- 3 helai daun pandan (disiat-siat & disimpul)
- 3 sudu besar minyak sapi (ghee) (guna 2 sb ghee + 1 sb planta)
- 1 ketul kiub ayam
- 2 pot full cream milk (boleh gantikan dengan susu cair)
- 2 1/2 pot air
- Pewarna merah, kuning & hijau secukupnya
- Garam & perasa secukupnya

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Rendam beras basmathi selama 30 minit, basuh & toskan.

2. Di dalam kuali, panaskan ghee. Apabila minyak telah panas, tumiskan 4 sekawan terlebih dahulu.

3. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga wangi.

4. Masukkan daun pandan. Kemudian, masukkan kiub ayam.

5. Masukkan beras basmathi.

6. Masukkan full cream milk. Kemudian masukkan air.

7. Masukkan garam dan perasa secukupnya (kiub ayam dah masin, so adjust ikut citarasa anda).

8. Masak nasi sehingga hampir kering, tutup penutup periuk dan masak nasi sehingga masak.

9. Setelah nasi kering, titiskan pewarna merah, kuning & hijau. Kemudian, kacau nasi sehingga nasi telah betul-betul kering. Nasi hujan panas kita siap!

💡 Titis pewarna bila nasi telah betul-betul kering. Kalau nasi tak kering, warna akan bercampur. Gunakan sudu yg berlainan bg warna yg berlainan bg mengelakkan percampuran warna. Semasa titiskan warna, pastikan penjarakkan tidak terlalu dkt, nanti warna bercampur. Tunggu seketika setelah pewarna dititiskan supaya warna menyerap sepenuhnya ke dlm nasi. JGN kacau nasi ketika ini...nak nasi cantik kann...perlu b*k bersabar. Setelah nasi telah betul-betul kering, baru kacau nasi hujan panas utk campurkan warna-warna tadi.

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

02/10/2024

👉🏻 Resepi Nasi Goreng Kampung Simple (Senang)

Masa memasak: 25 minit
Jumlah hidangan: 2 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Minyak Masak (4 Sudu Besar)
- Bawang Merah (1 Ulas - dihiris)
- Telur (1 Biji - dipukul kembang)
- Sambal Belacan Kampung (2 Sudu Besar)
- Sambal Bilis Ketuk (2 Sudu Besar)
- Nasi Putih (2 cawan)
- Garam & Perencah Hilal (1 sudu kecil)
- Sayur Kangkung (segenggam - dipotong)
- Ikan Bilis Goreng (segenggam - dipotong)
- Daun Sup (untuk hiasan)

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi. Tuangkan telur dan kacau hingga masak.

2. Kemudian, masukkan 2 cawan nasi bersama sambal, kacau rata dan goreng selama 2 minit.

3. Kemudian, masukkan sayur kangkung dan garam. Goreng nasi bersama sayur sekejap sehingga sayur sedikit layu.

4. Hidangkan bersama taburan ikan bilis goreng dan daun sup. Nasi goreng kampung siap untuk dimakan! Selamat mencuba!

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

29/09/2024

👉🏻 Resepi Bubur Ayam McD (Simple & Sedap)

Masa memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 4 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Dada ayam 2-3 keping
- 1 1/2 pot beras (cuci dan toskan)
- 1 1/2" halia (dihiris nipis mcm mancis api)
- 2 kiub ayam maggi
- Air secukupnya
- Minyak bijan
- Daun bawang (dihiris)
- Carrot (potong dadu)
- Maggi cukup rasa (optional)
- Lada merah (hiasan)
- 1 Sudu Kecil Lada Sulah (jika s**a)

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Didihkan air secukupnya. Rebus ayam sehingga empuk. Apabila ayam sudah empuk, masukkan kiub ayam maggi.

2. Jika ayam sudah masak, keluarkan dan toskan.

3. Masukkan beras. Masak sehingga beras kembang.

4. Masukkan carrot. Kalau s**a nak masukkan fish cake yang dipotong dadu pun sedap jugak.

5. Sementara menunggu bubur masak, carik-carikkan ayam tadi.

6. Bila bubur dah hampir masak, masukkan halia. Perasakan dengan garam. Jika tak cukup masin, masukkan maggi cukup rasa mengikut s**atan anda. Kalau s**a ada rasa pedas-pedas sikit. Masukkan satu sudu kecil lada sulah.

7. Akhir sekali, masukkan sebahagian dari ayam carik tadi ke dalam bubur. Gaul sebati, tutup api.

8. Masa menghidang, masukkan bubur ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan ayam carik tadi. Tabur bawang goreng dan cili merah (jika s**a). Kalau s**a titiskan juga sedikit minyak bijan (untuk rasa seperti bubur ayam mcd). Dah siap untuk dimakan!

💡 Resepi bubur nasi mcd ni boleh juga kalau nak tukar bahan dari guna ayam kepada daging.

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

28/09/2024

👉🏻 Resepi Kuih Keria Ubi Keledek (Lembut & Ranggup)

Masa memasak: 40 minit
Jumlah hidangan: 8 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 1 kg Ubi Keledek Oren
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Sudu Besar Tepung Beras
- 1/2 Sudu Besar Marjerin/Planta
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Cawan Gula (Bahan Sira)
- 1 Cawan Garam (Bahan Sira)

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.

2. Masuk semua bahan-bahan lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.

3. Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat-bulatkan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah-tengah seperti membuat donut.

4. Buat sehingga adunan kuih keria habis.

5. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan.

6. Angkat dan toskan.

7. Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih.

8. Kacau gula sampai pekat dan bertali kemudian tutup api.

9. Masuk kuih keria tadi gaul cepat-cepat supaya sira gula bersalut rata pada semua bahagian kuih keria.

10. Teruskan menggaul sampai gula tadi kering dan nampak kepingan putih gula bersalut pada kuih keria, siap untuk dinikmati.

💡 Jangan tutup bekas kuih keria yang sudah disalut dengan gula masa tengah panas ye nanti kuih jadi lembik dan gula cair.

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

26/09/2024

👉🏻 Resepi Meatball Ikea (+ Sos Meatball Ikea Sedap)

Masa memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 6 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Meatballs secukupnya (Di goreng atau boleh juga di bake di dalam oven).
- Butter (2 Sudu Besar)
- Tepung Gandum (2 Sudu Besar)
- Bawang Holland (1 Biji - dipotong dadu)
- Tomato (2 Biji - dipotong dadu)
- Susu Segar (1 Cawan)
- Air (1 Cawan)
- Sos Tomato (3 Sudu Besar)
- Sos Tiram (3 Sudu Besar)
- Kicap Manis (2 Sudu Besar)
- Lada Hitam (2-3 Sudu Besar - ditumbuk)
- Gula (1 Sudu Besar)
- 1 Kiub Pati Daging
- 1 Kiub Pati Ayam

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.

2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.

3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.

4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan!

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

25/09/2024

👉🏻 Resepi Sambal Ayam Penyet (Original)

Masa memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 4 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Tomato (dibelah 4)
- Cili Besar
- Cili Padi
- Belacan
- Ikan Bilis (segenggam)
- Minyak Masak

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.

2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.

3. Masukkan p**a cili besar, cili padi dan belacan.

4. Goreng sehingga layu.

5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.

6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.

7. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika s**a.

8. Sambal ayam penyet siap untuk dimakan!

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

23/09/2024

👉🏻 Resepi Ayam KFC Homemade (Hot & Spicy)

Masa memasak: 40 minit
Jumlah hidangan: 6 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Ayam (1 Ekor saiz sederhana, dipotong 8)
- Tepung Bestari (Hot & Spicy)
- Tepung Gandum
- Tepung Beras
- Serbuk Cili
- Serbuk Lada Putih

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bancuh dulu tepung Bestari jenis Hot & Spicy bersama air sahaja. Bancuh sehingga bancuhan tepung dan air menjadi sederhana pekat. Kepekatan bancuhan ini bergantung pada kuantiti ayam anda.

2. Masukkan ayam ke dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Untuk rasa ayam yang lebih lembut dan lebih rasa, perap ayam ini minimum 1 jam. Lebih lama perap, lebih sedap.

3. Sementara itu, sediakan bancuhan tepung untuk salutan p**a.

4. Campurkan tepung Bestari, tepung gandum dan tepung beras ke dalam satu bekas. Campurkan juga serbuk cili dan serbuk lada putih untuk rasa lebih pedas, kuantiti mengikut selera anda. (Untuk kuantiti Ayam seekor, s**atannya 3 Sudu Besar tepung Bestari, 3 Sudu Besar tepung gandum, 4 Sudu Besar tepung beras).

5. Seterusnya, masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam bekas campuran tepung ini. Gaul dan salutkan biar sekata. Untuk lebih ranggup, salutkan sedikit lama dan tebal.

6. Ayam yang telah siap disalutkan ini boleh terus dimasukkan ke dalam kuali atau periuk dengan minyak yang panas. (Untuk ayam yang masak sekata dan ranggup, goreng ayam KFC ini di dalam periuk dengan minyak banyak dan panas).

7. Biarkan ayam goreng KFC anda seketika. Pastikan periuk tidak terlalu penuh untuk gorengan sekata.

8. Goreng sehingga ayam kekuningan. Angkat ayam yang telah masak, tos minyak dan rehatkan ayam di atas jaring atau penapis besi supaya ada ruang jangan letak atas tisu nanti wap panas bahagian bawah terperangkap dan meruap ayam akan jadi lembik bahagian bawah. Macam biasa kita tengok kat kedai tu.

💡 *Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin. Kalau peha ayam, kelar sikit supaya cepat masak.*

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

22/09/2024

👉🏻 Resepi Begedil Kentang (Senang Masak)

Masa memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 6 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 1kg Kentang (digoreng & ditumbuk)
- 100gm Daging/Ayam (direbus)
- Bawang Goreng
- 1 Biji Telur
- Sedikit Daun Sup
- Serbuk Lada Putih
- Garam secukup rasa

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Daging/Isi Ayam yang sudah direbus tadi dicincang dengan halus.

2. Gaulkan semua bahan tadi dan kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.

3. Pukul 1 biji telur dengan rata sehingga kembang.

4. Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi dan dicelupkan dalam telur.

5. Goreng begedil kentang tadi hingga nampak garing. Angkat begedil kentang tadi dan toskan sekejap di atas tisu dan siap untuk dihidangkan!

💡 Bergedil kentang ni memang sesuai dihidang dengan nasi putih, soto, atau makan macam tu je. Hidang panas-panas tau!

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

21/09/2024

👉🏻 Resepi Kuih Seri Muka Durian (Sedap & Senang)

Masa memasak: 110 minit
Jumlah hidangan: 8 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 2 Cawan beras pulut - di rendam di dlm air selama 4 jam & toskan
- 2 Cawan santan
- 2 Sudu teh garam halus

- 1 Cawan isi durian
- 2 Cawan santan
- 1 Cawan gula pasir
- 1/2 Cawan tepung gandum
- 1/2 Cawan tepung kastad
- 1 Sudu besar tepung beras
- 2 Biji telur gred B
- 1/2 Sudu teh garam halus
- Pewarna kuning

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Lapisan Bawah (Pulut) : Sapu loyang saiz 10" dgn minyak & alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan & garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.

2. Setelah pulut masak, gembur-gemburkan. Kemudian ratakan & tekan pulut hingga padat.

3. Lapisan Atas (Durian) : Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja.

4. Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dgn tuala utk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin & kering daripada air.

5. Sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang & potong dgn pisau plastik yg di sapu sikit minyak utk dapatkan potongan yg kemas.

💡

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

20/09/2024

👉🏻 Resepi Ayam Bakar Madu (Sedap & Padu)

Masa memasak: 50 minit
Jumlah hidangan: 6 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Ayam (1 Ekor - potong 8/10)
- Bawang Putih (12 ulas - blend) *
- Halia (2-3 inci - blend) *
- Serai (3-4 batang - blend) *
- Buah Pelaga (3-5 biji tumbuk kasar) *
- Serbuk Cili (3-4 sudu besar) *
- Serbuk Kunyit (3-4 sudu besar) *
- Serbuk Lada Hitam (2-3 sudu besar) *
- Sos Tiram (4-5 sudu besar) *
- Sos Lada Hitam (4-5 sudu besar) *
- Kicap Masin (1-2 sudu besar) *
- Kicap Manis (1/2 sudu besar) *
- Madu (4-5 sudu besar) *
- Asam Merah Masin (asam boi merah)
- Gula Melaka/Gula Pasir (ikut s**atan anda)
- Perasa & Garam (secukup rasa)
- Pewarna Makanan Merah

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Campur kesemua bahan bertanda *. Perap Ayam bersama bahan tadi selama 5-6 jam. (perap lebih lama, lebih sedap)

2. Selepas diperap, bakar ayam dengan api yg sederhana (menggunakan arang lagi bagus).

3. Untuk rasa ayam yang sedap dan berjus, masak jangan sampai terlalu lama. Boleh angkat dan hidang untuk dimakan.

4. Untuk Sos p**a, ambil dalam 3 senduk sos perapan tadi untuk kita olahkan menjadi sos.

5. Campurkan sos perapan, sedikit gula melaka dan air bancuhan tepung jagung (s**at mengikut kepekatan yang anda s**a) ke dalam kuali api perlahan. Masak sos sehingga mendidih. Siap!

💡 Ayam tu kalau nak perapan masuk ke dalam, cucuk-cucuk sikit ayam tu nnt dengan garfu sebelum gaul perapan.

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

19/09/2024

👉🏻 Resepi Mee Goreng Basah (Simple & Sedap)

Masa memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 4 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Mee Kuning (1 Paket atau Setengah kilo)
- Cili Kisar (1 Senduk - ikut rasa pedas)
- Sawi (Ikut banyak yang anda s**a)
- Sotong/Udang/Ayam/Daging (Segenggam - Dipotong kecil)
- Sos Tiram (2 Sudu Besar)
- Sos Cili (1 Sudu Besar)
- Kicap Manis (Sukatan ikut selera anda)
- Taugeh (Kalau s**a)
- Tauhu (Di potong kecil - kalau s**a)

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Mula-mula tumis cili blend sampai garing, Mcm buat sambal tumis. Cili kena banyak baru kuah pekat dan cantik.

2. Masukkan Ayam/Daging. Tunggu sampai masak, tuang kicap, sos tiram dan sos cili. Tumis lagi sampai pekat.

3. Masukkan sedikit perasa/garam kemudian masukkan mee dan gaul rata. Masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan Sotong/Udang (kalau ada) sebab tak nak overcooked.

4. Akhir sekali masukkan sayur sawi. Tunggu sekejap sampai udang dan sotong masak. Dah siap untuk dimakan!

💡

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

18/09/2024

👉🏻 Resepi Sambal Bilis (Sedap & Pelbagai Guna)

Masa memasak: 45 minit
Jumlah hidangan: 8 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Bawang Besar Kisar (6 Sudu Besar)
- Cili Kering Kisar (8 Sudu Besar)
- Gula Melaka (2 Sudu Besar)
- Gula Perang/Putih (4 Sudu Besar)
- Garam (1-2 Sudu Besar)
- Asam Keping (1 Keping Saiz Sederhana)
- Ikan Bilis (Segenggam - rendam dan bilas dahulu)
- Bawang Siam (6-8 Biji)
- Belacan (Besar ibu jari atau lebih sedikit)
- Daun Pandan (2 Helai)

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Panaskan mintak, kena ingat minyak kena banyak tau untuk menumis ni. Jangan risau minyak terlebih takkan kacau rasa sambal ni. Lepas masak nanti boleh buang minyak yang terlebih tu.

2. Bila minyak panas, masukkan bawang kisar dan cili kisar. Masa ni pastikan lebihan minyak dalam 2 inci dari keliling bahan tumis.

3. Itu tandanya minyak cukup, kalau tak cukup boleh tambah masa ni. Kemudian masukkan terus bawang siam yang telah dihiris.

4. Kita masukkan awal-awal sebab nak bagi dia betul-betul layu/lembik. Bawang banyak ni sedap tau. Bawang siam ni dia lebih sedap dari bawang rose dan sedikit mahal.

5. Tumis sampai garing.

6. Kemudian, masukkan gula, garam dan belacan. Tak perlu bakar pun takpe belacan tu. Pastikan bahan tumis tu tak hangit, masak je guna api kecik.

7. Bila dah betul-betul garing, masukkan air sedikit anggaran dalam 1/2 - 1 cawan macam tu? Dan masukkan asam keping.

8. Tumis lagi sehingga dia betul-betul pekat, kemudian masukkan daun pandan. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah dikopek dan dibasuh. Bila dah masukkan ikan bilis ni, tumis lagi dalam 10 minit macam tu. Andaikata terlebih air, mintak bantuan buah keras ya.

9. Sambil-sambil tu rasa lah cukup ke tidak manis atau masinnya. Nak selamat, letak sikit ajinamoto tu. Please guy, secukup rasa ke, sesedap rasa ke, pasti sedap ke tu semua MSG. Sama je macam ajinamoto. Jangan lebih-lebih, berpada-pada je cukup.

10. Dah siap. Anggaran dalam 45 minit je untuk masak sambal ni.

💡 Blend bawang dan cili tu jangan isi air banyak-banyak yer untuk elakkan dari sambal meletup-letup waktu tengah menumis.

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

17/09/2024

👉🏻 Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan (Cili Api Pedas)

Masa memasak: 60 minit
Jumlah hidangan: 6 orang

📌 Bahan-Bahan:
- Ayam (1 ekor)
- Bawang Bombay Kisar (8 Sudu Besar) *
- Bawang Putih (10 Ulas) *
- Halia Kisar (4 Sudu Besar) *
- Serai Kisar (4 Sudu Besar) *
- Serai (Beberapa batang - di ketuk) *
- Lengkuas Kisar (1 Sudu Besar) *
- Kunyit Hidup Kisar (1 Sudu Besar) *
- Cili Padi (Lebih banyak lebih pedas) *
- Santan (1 Kotak)
- Kerisik (1 Paket)
- Daun Kunyit (Hiris halus)

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Tumis batang Serai di ketuk sehingga naik bau.

2. Tumis bahan-bahan yang di blend (bertanda *) sampai pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan gaul sampai keluar air ayam. (jangan masukkan air dulu)

4. Biarkan sampai air ayam hampir kering dan masukkan air sehingga tutup paras ayam.

5. Biarkan ayam masak seketika.

6. Masukkan santan dan masakkan sehingga kuah jadi pekat..(terp**ang sama ada s**a kering @ berkuah. Kemudian masukkan kerisik.

7. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan daun kunyit.

💡

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

16/09/2024

👉🏻 Resepi Sambal Gesek (Sedap & Berapi)

Masa memasak: 25 minit
Jumlah hidangan: 3 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 1 Genggam Cili Padi (merah + hijau)
- 1 Biji Bawang Besar
- 3 Ulas Bawang Putih
- 2/3 Sudu Besar Ikan Bilis (di goreng garing dan tumbuk hancur)
- 1 Biji Limau Nipis (ambik airnya)
- Sedikit Belacan
- Perasa / Garam secukup rasa

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang, bawang putih dan belacan tadi.

2. Tumis bahan tumbuk hingga garing.

3. Masukkan perasa atau garam (jika perlu. ikan bilis juga sudah masin).

4. Masukkan air limau nipis.

5. Tutup api dan kemudian masukkan ikan bilis tadi dan gaul kan sehingga rata dan siap untuk dimakan!.

💡 Kalau buat sambal ini banyak, untuk mengekalkan kualiti sambal, gunakan sudu kering setiap kali mengambil sambal dan asingkan dalam bekas lain.

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

15/09/2024

👉🏻 Resepi Air Asam Ikan Bakar (Simple & Sedap)

Masa memasak: 20 minit
Jumlah hidangan: 4 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
- 1 biji lemon (Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.)
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 tangkai cili padi merah
- Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Potong kesemua bahan-bahan di atas (saiz potongan untuk dimasukkan ke dalam blender) kecuali belacan.

2. Untuk Belacan, bakar atas api atau kuali non-stick.

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) *Ikut kepekatan yang diingini.

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan - Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

💡 Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.

💡 Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

15/09/2024

👉🏻 Resepi Siakap Stim Limau Thai (Ala Restoran)

Masa memasak: 60 minit
Jumlah hidangan: 2 orang

📌 Bahan-Bahan:
- 1 Ekor Ikan Siakap (Sederhana Besar)
- 4 Ulas Bawang Putih
- 1 Biji Bawang Holland
- 1 Ketul Kiub Ayam
- 5 Tangkai Cili Padi
- 2 Inci Halia
- 2 Batang Serai
- 2/3 Sudu Sos Ikan
- 1 Cawan Jus Limau Nipis / Lemon
- 1 Sudu Gula
- Daun Ketumbar + Cili Merah + Hirisan Limau (Untuk hiasan)

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

✅ Cara-cara memasak:

1. Bersihkan ikan, buang sirip dan duri jika masih ada. Kelar sedikit bahagian isi ikan supaya sos boleh meresap.

2. Sapukan ikan dengan kiub ayam yang telah dicampurkan dengan sedikit jus limau dan air.

3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam perut ikan. (ini untuk perasa/cara untuk mengilangkan bau hanyir ikan)

4. Masukkan ikan ke dalam pengukus. Biarkan ikan dikukus sekitar 15-25 minit (perlu dipantau).

5. Setelah ikan masak, letak ke dalam pinggan hidangan yang sesuai.

6. Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis / lemon ke dalam periuk untuk memasak kuah ikan. (api perlahan sahaja)

7. Cincang kecil bawang putih, daun ketumbar, cili api dan halia. Masuk sekali ke dalam periuk tadi atau boleh juga di tabur nanti di atas ikan.

8. Potong bawang holland halus. Boleh juga ditabur atau dimasukkan ke dalam kuah sebelum kuah dituang ke atas ikan.

9. Setelah kuah siap, tuangkan kuah ke atas ikan, hiaskan bersama sedikit daun ketumbar, limau / lemon dan cili merah.

10. Ikan siap untuk dimakan! Bismillah dulu ya!

🔔 Banyak lagi resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

07/09/2024

💡 Top 7 Kebaikan dan Khasiat Betik (Bagus Untuk Kesihatan)

Betik bukan sahaja enak, tetapi juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Ia boleh digunakan dalam resipi sihat seperti smoothie dan salad, serta dalam masakan tradisional seperti Som Tam. Dalam perubatan tradisional, betik telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dan mempunyai khasiat unik untuk lelaki dan wanita.

Walaupun terdapat mitos mengenai betik, seperti ia boleh menyebabkan alahan, sebenarnya betik adalah selamat dimakan. Namun, penting untuk tidak makan betik berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti alahan dan kerosakan perut. Wanita hamil dan mereka yang mengambil ubat darah tinggi atau kencing manis perlu berhati-hati.

Untuk menikmati betik dengan selamat, makan dalam jumlah sederhana dan pilih betik yang segar tanpa bintik hitam. Betik kaya dengan vitamin dan mineral yang baik untuk sistem imun, kesihatan jantung, dan kecantikan kulit.

🔔 Banyak lagi info & resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

01/09/2024

💡 Top 9 Khasiat Brokoli Untuk Kesihatan Anda & Keluarga

Brokoli bukan sahaja sedap, tetapi juga penuh dengan khasiat untuk kesihatan lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Untuk lelaki, brokoli membantu menjaga kesihatan jantung dan prostat, serta menyokong pembinaan otot. Bagi wanita, ia baik untuk kulit, tulang, dan kesihatan reproduktif. Kanak-kanak juga mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang sihat, sistem imun yang kuat, dan kesihatan mata yang baik.

Cara memasak brokoli dengan betul seperti mengukus dapat mengekalkan nutriennya. Terdapat pelbagai resipi brokoli yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pastikan anda menyimpan brokoli dengan cara yang betul untuk mengekalkan kesegarannya.

Dengan memasukkan brokoli dalam diet harian, kita dapat meningkatkan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit. Makanlah dengan sederhana!

🔔 Banyak lagi info & resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

31/08/2024

💡 10 Fakta Kebaikan dan Keburukan Minum Kopi (Wajib Tahu)

Kopi bukan hanya minuman, tetapi juga mempunyai pelbagai kegunaan lain! Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang penggunaan kopi:

- **Pewarna Semula Jadi:** Serbuk kopi boleh digunakan untuk mewarna fabrik, kertas, dan rambut.
- **Bahan Pembersih:** Sifat kasar serbuk kopi menjadikannya bahan pembersih lembut yang efektif untuk permukaan degil.
- **Bahan Pengawet Makanan:** Kandungan antioksidan dalam kopi membantu mengawet makanan dan mencegah kerosakan.
- **Bahan Penyembuhan Luka:** Kopi mengandungi antioksidan dan sifat anti-radang yang baik untuk penyembuhan luka.
- **Bahan Penyamak Kulit:** Serbuk kopi juga boleh digunakan sebagai bahan penyamak semula jadi untuk kulit.

Kesimp**annya, minum kopi secara sederhana boleh memberi manfaat kepada kesihatan, tetapi pengambilan berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Pastikan untuk mengawal pengambilan dan minum air yang cukup. Jika ada kesan sampingan, dapatkan nasihat doktor.

🔔 Banyak lagi info & resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

25/08/2024

💡 Perbezaan Air Mineral, Air RO & Air Suling

Air mineral adalah air semula jadi yang kaya dengan mineral penting untuk kesihatan. Ia diperoleh dari mata air bawah tanah dan tidak melalui proses pemurnian yang ketat. Sebaliknya, air RO (Reverse-Osmosis) dihasilkan melalui penapisan yang menghilangkan kekotoran, tetapi mengandungi lebih sedikit mineral berbanding air mineral. Air suling p**a dihasilkan melalui penyulingan, menjadikannya sangat tulen tetapi tanpa mineral dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh.

Perbezaan utama antara ketiga-tiga jenis air ini termasuk kandungan mineral, proses penghasilan, tahap pemurnian, rasa, dan manfaat kesihatan. Air mineral bermanfaat untuk kesihatan, manakala air RO dan air suling mungkin kekurangan mineral penting jika diambil secara eksklusif.

🔔 Banyak lagi info & resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

24/08/2024

💡 5 Fakta Menarik Tentang Beras Wangi yang Perlu Anda Tahu!

1. Aroma yang Memikat: Beras wangi terkenal dengan aromanya yang khas, berkat senyawa 2-acetyl-1-pyrroline (2AP) yang memberikan bau seperti pandan dan popcorn. Ini menjadikannya pilihan utama untuk hidangan seperti nasi lemak dan nasi minyak.

2. Khasiat Bernutrisi Tinggi: Selain aromanya, beras wangi kaya dengan vitamin B dan mengandungi lebih sedikit arsenik, menjadikannya pilihan yang lebih sihat.

3. Asal-usul yang Unik: Beras wangi ditanam di negara-negara Asia seperti Thailand, India, dan Malaysia. Jenis seperti Basmati dan Jasmine terkenal di seluruh dunia.

4. Pelbagai Kegunaan dalam Masakan: Beras wangi bukan hanya untuk nasi putih, tetapi juga sesuai untuk nasi briyani, pulut serikaya, dan pencuci mulut seperti bubur cha cha.

5. Kesegaran Lebih Lama: Beras wangi dapat mengekalkan kesegarannya lebih lama dibandingkan jenis beras lain, ideal untuk penyimpanan makanan dalam kuantiti besar.

Jenis-jenis beras di pasaran Malaysia:
- Beras Putih Tempatan – label ungu
- Beras Putih Import – label biru muda
- Beras Wangi – label pink
- Beras Istimewa (Basmati dan lain-lain) – label oren

Kesimp**an: Beras wangi adalah pilihan yang tepat dengan aroma, khasiat, dan kesegaran yang luar biasa. Pilih beras wangi untuk hidangan seterusnya dan rasakan perbezaannya!

🔔 Banyak lagi info & resepi kat sini 👉🏻 https://www.resipikita.com/

Want your business to be the top-listed Shop in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

✅ Penimbang Berat Digital Lenovo 👉🏻 https://s.shopee.com.my/7fFU2jsIGE
Alas Kaki Tak Licin (Anti-Slip)👉🏻 https://s.shopee.com.my/LSPB73EIr
✅ Pam Air Mineral Murah & Berguna 👉🏻 https://s.shopee.com.my/9ezBulFOrL
Resepi Bihun Goreng Singapore 👇🏻
Geeso Hot Pot Mini Portable Cooker 👉🏻 https://shope.ee/6zuzlnCts2 👈🏻 Boleh masak maggi/samyang dalam ni je terus!#resipi...
Resepi Mee Goreng Mamak
[010] Stainless Steel Lunch Box with Spoon Set 👉🏻 https://shope.ee/3AiDMp2iFT 👈🏻 Kualiti, murah dan cantik!Link ada kat ...
Resepi Pad Thai (Sedap & Asli Thailand)
Resepi Mee Hailam
Resepi Nasi Goreng Daging
Resepi Nasi Beriani Gam (Simple & Senang)
Resepi Nasi Minyak Kenduri