Senyum Manis Sokmo Studio

Senyum Manis Sokmo Studio

Page ini merupakan pusat sehenti niaga serta perbincangan berkaitan perniagaan. Jika berminat dengan

11/03/2022

MARI HAYATI AL MULK
Satu Malam Satu Ayat
11/3/2022

Malam 9

(قَالُوا۟ بَلَىٰ قَدۡ جَاۤءَنَا نَذِیرࣱ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَیۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِی ضَلَـٰلࣲ كَبِیرࣲ)
[Surah Al-Mulk Ayat 9]

- Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

_INTISARI AYAT_

1) Para penghuni neraka menjawab pertanyaan para malaikat untuk mengaku pengutusan rasul: “Benar, seorang rasul telah diutus kepada kami, akan tetapi kami tidak mengikutinya dan tidak beriman kepadanya; bahkan kami menuduhnya telah berdusta terhadap Allah, dan mengatakan bahawa dia dan para pengikutnya adalah orang-orang yang sangat sesat; dan dahulu kami sangka berada dalam kebenaran.

11/03/2022
11/03/2022

_DAPUR SENYUM MANIS SOKMO_
11.3.2022

*Nasi Maqlubah*
Maqlubah merupakan istilah dari bahasa arab yang bermaksud diterbalikkan.Hal ini kerana juadah ini menggunakan teknik menterbalikkan periuk ketika menghidangkannya.

Oleh itu,sayur-sayuran,ayam atau daging diletakkan terlebih dahulu ke dalam periuk ketika hendak memasaknya.

Biar nasi yang diterbalikkan.Jangan hati korang terbalik sudah lah😁

11/03/2022

CELIK AL QURAN
Satu Hari Satu Ayat

JUZ 8 JUMAAT

(وَمَا لَكُمۡ أَلَّا تَأۡكُلُوا۟ مِمَّا ذُكِرَ ٱسۡمُ ٱللَّهِ عَلَیۡهِ وَقَدۡ فَصَّلَ لَكُم مَّا حَرَّمَ عَلَیۡكُمۡ إِلَّا مَا ٱضۡطُرِرۡتُمۡ إِلَیۡهِۗ وَإِنَّ كَثِیرࣰا لَّیُضِلُّونَ بِأَهۡوَاۤىِٕهِم بِغَیۡرِ عِلۡمٍۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُعۡتَدِینَ)
Al-'Anām:119 - Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.

[Surah Al-An'am Ayat 119]

*AYAT SEBELUMNYA*
(فَكُلُوا۟ مِمَّا ذُكِرَ ٱسۡمُ ٱللَّهِ عَلَیۡهِ إِن كُنتُم بِـَٔایَـٰتِهِۦ مُؤۡمِنِینَ)
Al-'Anām:118 - Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.

[Surah Al-An'am Ayat 118]

11/03/2022

_INSPIRASI SOKMO_
11/3/2022

BANGKIT DARI KEGAGALAN UMPAMA BANGKIT DARI TIDUR,
BERATNYA MATA DAN BADAN UNTUK BANGUN.BILA DAH BANGUN,TERUS SEGAR.

10/03/2022

MARI HAYATI AL MULK
Satu Malam Satu Ayat
10/3/2022

Malam 8

(تَكَادُ تَمَیَّزُ مِنَ ٱلۡغَیۡظِۖ كُلَّمَاۤ أُلۡقِیَ فِیهَا فَوۡجࣱ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُهَاۤ أَلَمۡ یَأۡتِكُمۡ نَذِیرࣱ)
[Surah Al-Mulk Ayat 8]

- Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekump**an besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

10/03/2022

_KOMUNIKASI SMSs_
10.3.22

*AJAR ANAK KENALI ALLAH*

- Cara ajar anak kenali Allah adalah dengan cara mrngajarkan mereka sifat 20 Allah.

- Cara mudah untuk ajar adalah dengan cara melagukannya. Antara lagu yang senang adalah seperti yang dialunkan oleh kump**an Raihan.

- Di samping itu,kita terangkanlah setiap maksud sifat tu. Sebagai contoh, Allah wujud. Wujud tu bermaksud ada.
- Semoga bermanfaat,ya gaish😊

10/03/2022

CELIK AL QURAN
Satu Hari Satu Ayat

JUZ 7 KHAMIS

(وَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ)
Al-Mā'idah:86 - Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.

[Surah Al-Ma'idah Ayat 86]

*AYAT SEBELUMNYA*

(فَأَثَـٰبَهُمُ ٱللَّهُ بِمَا قَالُوا۟ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ وَذَ ٰ⁠لِكَ جَزَاۤءُ ٱلۡمُحۡسِنِینَ)
Al-Mā'idah:85 - Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka p**a tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.

[Surah Al-Ma'idah Ayat 85]

10/03/2022

_INSPIRASI SOKMO_
10/3/2022

BERANI LAH UNTUK JATUH,
KERANA JATUH MENGAJAR KITA UNTUK BANGKIT.

09/03/2022

MARI HAYATI AL MULK
Satu Malam Satu Ayat
9/3/2022

Malam 7

(إِذَاۤ أُلۡقُوا۟ فِیهَا سَمِعُوا۟ لَهَا شَهِیقࣰا وَهِیَ تَفُورُ)
[Surah Al-Mulk Ayat 7]

- Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

_INTISARI AYAT_

1) "Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung", menurut Tafsir Ibnu Jarir bahawa suara jeritan itu merupakan suara dari bunyi pekikan orang yang sedang menderita azab di dalamnya.

2) Menurut Sufyan ats- Tsauri bahawa manusia dalam neraka yang sedang menggelegak itu dibanting ke sana ke mari,diterbalikkan,dihumban,dilempar ke kiri dan ke kanan.

3) Alangkah dasyatnya penderitaan ketika itu sedangkan kita tahu bahawa manusia yang tengah diazab itu tidak akan mati sedangkan di dunia ini jika seksaan sebegitu tidak akan tertahan lagi maka bercerai lah nyawa dengan badan.

09/03/2022

_INSPIRASI SOKMO_
9/3/2022

UNTUK DAPAT IKAN BESAR,KENA DAPATKAN IKAN KECIL TERLEBIH DAHULU.

09/03/2022

_PRODUK APA HARI INI?_
9/3/2022

Assalaamualaikum gaish.Pernah tak buka peti ais banyak kali tengok air apa yang ada,yang mudah atau segera diminum?
Cuba minuman Vergold ni.Pekatan dia boleh tahan pekat memikat.tak perlu tambah gula.cuma tambah manis dalam senyuman je😊

09/03/2022

CELIK AL QURAN
Satu Hari Satu Ayat

JUZ 6 RABU

(وَقَوۡلِهِمۡ إِنَّا قَتَلۡنَا ٱلۡمَسِیحَ عِیسَى ٱبۡنَ مَرۡیَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمۡۚ وَإِنَّ ٱلَّذِینَ ٱخۡتَلَفُوا۟ فِیهِ لَفِی شَكࣲّ مِّنۡهُۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّۚ وَمَا قَتَلُوهُ یَقِینَۢا)
An-Nisā':157 - Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

[Surah An-Nisa' Ayat 157]

*AYAT SEBELUMNYA*

(وَبِكُفۡرِهِمۡ وَقَوۡلِهِمۡ عَلَىٰ مَرۡیَمَ بُهۡتَـٰنًا عَظِیمࣰا)
An-Nisā':156 - Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dangan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan yang amat dustanya.

[Surah An-Nisa' Ayat 156]

08/03/2022

DOA BANGUN TIDUR

SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH YANG TELAH MEMBANGUNKAN KAMI SETELWH MENIDURKAN KAMI DAN HANYA KEPADA-NYA LAH TEMPAT KEMBALI.🤲🏽

07/03/2022

DOA BANGUN PAGI

PERKARA POSITIF PERTAMA SETELAH BANGKIT DARI TIDUR.

07/03/2022

MARI HAYATI AL MULK
Satu Malam Satu Ayat
7/2/2022

Malam 6

(وَلِلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِیرُ)
[Surah Al-Mulk Ayat 6]

- Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

_INTISARI AYAT_

1) Orang kafir keadaan mereka disamakan dengan syaitan kerana mereka menjadi kafir disebabkan terperdaya dengan syaitan.

2) "dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." Disebabkan oleh jalan buruk itu telah dilaluinya sejak di dunia lagi. Maka di sanalah kelak dia akan mengalami derita azab yang lebih sengsara,lebih seram dari yang dideritai jiwanya di kala hidup di dunia.

07/03/2022

_KOMUNIKASI SMSs_
7.3.22

*JADIKAN KALIMAH SYAHADAH SEBAGAI PELAJARAN PERTAMA*

- Asas Agama adalah mengenal Allah SWT.Oleh itu,kalimah syahadah perlu diajarkan terlebih dahulu.

- Jom amalkan ajak anak-anak membaca kalimah syahadah bersekali maksudnya sebelum tidur ataupun selepas bangun tidur atau mana-mana waktu yang sesuai.
- Semoga bermanfaat,ya gaish😊

07/03/2022

_INSPIRASI SOKMO_
7/3/2022

ASSALAAMUALAIKUM GAISH...
SELAMAT PAGI...
TERUSKAN FOKUS PAGI ANDA DENGAN MODE POSITIF.

06/03/2022

CELIK AL QURAN
Satu Hari Satu Ayat

JUZ 4 ISNIN

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تُطِیعُوا۟ فَرِیقࣰا مِّنَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ یَرُدُّوكُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡ كَـٰفِرِینَ)
'Āli Imrān:100 - Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

[Surah Aali 'Imran Ayat 100]

*AYAT SEBELUMNYA*

(قُلۡ یَـٰۤأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِیلِ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ تَبۡغُونَهَا عِوَجࣰا وَأَنتُمۡ شُهَدَاۤءُۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ)
'Āli Imrān:99 - Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

[Surah Aali 'Imran Ayat 99]

06/03/2022

_KOMUNIKASI SMSs_
7.3.22

*ADAB-ADAB UMUM YANG BERKAITAN DENGAN TELEFON*

_Tidak Menggunakan Telefon Ke Arah Kejahatan_

- Telefon digunakan untuk banyak tujuan.Tujuan-tujuan tersebut janganlah dipalit dengan kejahatan.

- Antara perkara yang ditegah sama sekali adalah mencaci orang lain.

- Menggunakannya untuk tujuan mendengar perkara maksiat,contoh mesyuarat telefon(mengumpat) dan sebagainya.

- Selain itu dilarang sama sekali menggunakan telefon sebagai melampias hawa nafsu seperti bercakap dengan lelaki/wanita bukan mahram.

- Setiap perilaku kita akan dipersoalkan di Akhirat kelak.Oleh itu,berhati-hati lah ketika menggunakan telefon apatah lagi zaman canggih ini telefon pintar bukan setakat untuk menelefon,malah pelbagai fungsi.

06/03/2022

DOA PAGI

Alhamdulillah..syukur..terima kasih wahai Allah.Nikmat Tuhanmu yang manakah sanggup kamu dustakan?

06/03/2022

MARI HAYATI AL MULK
Satu Malam Satu Ayat
6/3/2022

Malam 5

(وَلَقَدۡ زَیَّنَّا ٱلسَّمَاۤءَ ٱلدُّنۡیَا بِمَصَـٰبِیحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومࣰا لِّلشَّیَـٰطِینِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِیرِ)
[Surah Al-Mulk Ayat 5]

- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan pelita-pelita( bintang-bintang), dan Kami jadikan pelita- pelita (bintang-bintang) itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

_INTISARI AYAT_

1) Langit yang terdekat dengan kita diperhiasi dengan pelita- pelita( bintang - bintang).

2) " Rujum" adalah kata jamak(plural) dari perkataan " Rajim"= memukul,memalu.

3) Ayat ini bermaksud, tahi bintang lah yang memukul syaitan hasil daripada bintang tersebut.

06/03/2022

_PRODUK APA HARI INI?_
6/3/2022

Assalaamualaikum gaish.Alahai...menyesal betul...adoyaiii...menyosal den.
Menyesal tak miliki awal-awal penapis air E-Sepering ni? Apa tu? E-Spring lah.Airnya sedap,takde klorin,ada mineral lagi.Lepasni tak payah la borong air mineral berkotak-kotak.Selamat duit poket.
🤔

06/03/2022

_KOMUNIKASI SMSs_
6.3.22

*ANAK AMANAH ALLAH SWT*

- Kita selaku ibu bapa perlu memahami dan menanamkan dalam hati dan diri kita bahawa anak-anak merupakan amanah daripada Allah,bukan nikmat atau anugerah semata.

- Jom kita amal sama-sama,jika kita terasa nak marah dengan sikap anak-anak,kita bisikkan dalam hati cepat-cepat bagi lawan nafsu marah tu dengan mengatakan," Anakku ini amanah Allah SWT", "Anakku ini saham akhirat aku nanti".

- Semoga bermanfaat,ya gaish😊

06/03/2022

_SENYUM MANIS SEMANIS..._
6/3/2022

*PERKAHWINAN MERUPAKAN TUNTUTAN SYARAK(AGAMA) *

Perkahwinan telah disyariatkan berdasarkan dalil Al -Quran,As - Sunnnah serta ijmak(persepakatan) para ulama'.

Nas Al Quran disebutkan dalam la
Surah an-Nisa', ayat 3 dan Surah An-Nur ayat 32.

Manakala Hadith daripada Abdullah Ibnu Mas'ud R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda pada kami,
" Wahai golongan pemuda! Sesiapa dibantara kamu yang mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin,maka hendaklah dia berkahwin Sesungguhnya,perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan diri."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut kitab al- Mughni, telah bersepakat (ijmak) oleh para ulama Islam bahawa Islam mensyariatkan perkahwinan dalam Islam.

06/03/2022

CELIK AL QURAN
Satu Hari Satu Ayat

JUZ 3 AHAD

(ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أَمۡوَ ٰ⁠لَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا یُتۡبِعُونَ مَاۤ أَنفَقُوا۟ مَنࣰّا وَلَاۤ أَذࣰى لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ)
Al-Baqarah:262 - Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak p**a menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka p**a tidak akan berdukacita.

[Surah Al-Baqarah Ayat 262]

*AYAT SEBELUMNYA*

(مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أَمۡوَ ٰ⁠لَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِی كُلِّ سُنۢبُلَةࣲ مِّا۟ئَةُ حَبَّةࣲۗ وَٱللَّهُ یُضَـٰعِفُ لِمَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمٌ)
Al-Baqarah:261 - Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

[Surah Al-Baqarah Ayat 261]

05/03/2022

Assalaamualaikum selamat pagi sahabat semua.

05/03/2022

MARI HAYATI AL MULK
Satu Malam Satu Ayat
5/3/2022

Malam 4

(ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَیۡنِ یَنقَلِبۡ إِلَیۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئࣰا وَهُوَ حَسِیرࣱ)
[Surah Al-Mulk Ayat 4]

Al-Mulk:4 - Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia p**a berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

_INTISARI AYAT_

1) Pangkal ayat ini menyuruh kita mengulangi penglihatan,memerhatikan sekali lagi,dua tiga kali lagi supaya akhirnya kita temui keajaiban yang baharu.

05/03/2022

_PRODUK APA HARI INI?_
5/3/2022

Assalaamualaikum gaish.Waktu macam ni ramai yang dah tidur.Tapi tidak bagi kaum ibu.Tengah mikior( fikir) nak masak apa esok,kan?
Nah tukang masak moden kami persembahkan...

Apa kata try produk ni...

05/03/2022

_SENYUM MANIS SEMANIS..._
5/3/2022

*Hikmah Perkahwinan *

Antara hikmah perkahwinan adalah bertujuan bagi menyambung keturunan,melalui cara yang dihalalkan dalam Islam.

Perkahwinan juga merupakan satu ibadah,juga sunnah Rasulullah SAW.

Oleh kerana ianya merupakan ibadah yang disyariatkan oleh Islam,maka ianya mesti dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan Agama.

Videos (show all)

_INSPIRASI SOKMO_10/3/2022BERANI LAH UNTUK JATUH,KERANA JATUH MENGAJAR KITA UNTUK BANGKIT.#KeGuaneAwokEyh
DOA BANGUN PAGIPERKARA POSITIF PERTAMA SETELAH BANGKIT DARI TIDUR.
_INSPIRASI SOKMO_7/3/2022ASSALAAMUALAIKUM GAISH...SELAMAT PAGI...TERUSKAN FOKUS PAGI ANDA DENGAN MODE POSITIF.#KeGuaneAw...
DOA PAGIAlhamdulillah..syukur..terima kasih wahai Allah.Nikmat Tuhanmu yang manakah sanggup kamu dustakan?
Assalaamualaikum selamat pagi sahabat semua.
Assalaamualaikum selamat pagi. Mulakan hari dengan doa dan pemikiran yang positif.
_INSPIRASI SOKMO_3/3/2022HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,HUTANG MASA BAYAR GUNA APA?INGAT...MASA ITU EMAS.#KeGuaneAwokEyh
DOA BANGUN TIDUR.SELAMAT PAGI SEMUA..
_PRODUK APA HARI INI?_2/3/2022 Assalaamualaikum selamat pagi sahabat semua.Selamat beristirehat bersama keluarga tersaya...
Segala pujian hanya bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan hanya kepada- Nya lah tempat kem...

Telephone

Website

Address

Alor Tempoyak
Dungun
23000