Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official, Government Organization, Jalan Bagan Luar, George Town.

22/08/2024

Penang Sempoi...

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 22/08/2024

Selesai sudah Program Industrial Harmony Index Self-assessment (IHI)..

Terima kasih buat majikan dan wakil pekerja yang hadir menjayakan program kami pada hari ini..
Penang Sempoi..

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 22/08/2024

22 Ogos 2024..

Sedang berlangsungnya Program Industrial Harmony Index Self-assessment 2024 "Shapping Your Future With Industrial Harmony".

Dihadiri oleh 120 orang yang terdiri daripada majikan dan pekerja-pekerja dalam pelbagai sektor di Pulau Pinang.

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 22/08/2024

14 Ogos 2024..

Lawatan Harmoni ke KPJ Pulau Pinang..

Dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Pulau Pinang dan pegawai-pegawai JPP Penang..

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 22/08/2024

12.08.2024

Lawatan Harmoni ke Syarikat Midas Virtue Trading..

Dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Pulau Pinang dan pegawai-pegawai JPP Pulau Pinang.

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 07/08/2024

Alhamdulillah..
Selesai program Meet n Greet dengan Kulim Hi-Tec Industrial Association ( KITA) HR Committee bersama Tuan TKP JPPM di Kulim Hi Tec Park ( KHTP).
Seramai 13 sykt MNC menyertainya dan Tuan TKP sendiri telah promosi IHI SA kepada para peserta.๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

JPP Pulau Pinang turut serta di dalam program dialog ini bagi perbincangan berkaitan isu semasa termasuk mempromosikan IHI self assessment..

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 01/08/2024

Sorotan Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Pulau Pinang tahun 2024 pada 25 Julai 2024 di Bertam Resort, Pulau Pinang..

Disertai oleh hampir 150 orang peserta yang terdiri daripada majikan dan ahli kesatuan sekerja. Tema simposium adalah "Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja Ke Arah Penyelesaian Konflik Melalui Perjanjian Kolektif".

Terima kasih buat kesemua peserta yang telah hadir! Semoga perkongsian ini akan dapat memberi manfaat dalam mewujudkan hubungan yang harmoni di tempat kerja..

30/07/2024

๐ŸŽ‰ **Tahniah atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023!** ๐ŸŽ‰

Dengan penuh kebanggaan, Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua pegawai kami yang cemerlang, Tuan Mohd Shariffudin bin Padzil dan Puan Anita binti Hashim, yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, Kementerian Sumber Manusia.

Majlis penghargaan ini akan berlangsung pada 30 Julai 2024 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Kejayaan ini adalah bukti komitmen dan dedikasi yang luar biasa dari Tuan Mohd Shariffudin dan Puan Anita dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jabatan dan pemegang taruh. Tahniah di atas usaha gigih anda!

29/07/2024

Simposium Keharmonian Perusahaan yang dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak.

๐Ÿ—“ **Tarikh:** 30 Julai 2024
๐Ÿ•’ **Masa:** 9:00 pagi - 5:00 petang
๐Ÿ“ **Lokasi:** MH Hotel Ipoh, Perak

Simposium ini bertujuan untuk memperkasakan hubungan antara majikan dan kesatuan sekerja. Kami akan membincangkan isu-isu terkini yang berkaitan dengan keharmonian industri dan cara-cara untuk meningkatkan pemahaman serta kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan. Pelbagai penceramah jemputan yang berpengalaman akan berkongsi pandangan dan pengetahuan mereka dalam sesi-sesi yang interaktif.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perbincangan yang berwawasan ini dan membina rangkaian profesional yang kukuh.

Kami berharap dapat bertemu dengan anda di sana!

Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak

KESUMA Anjur Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 25/07/2024

๐Ÿ”” SIARAN MEDIA: Kementerian Sumber Manusia menganjurkan Program Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024

๐Ÿ—“๏ธ 25 Julai 2024
๐Ÿ“ Hotel Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang

Highlights:
Tajuk: Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja Ke Arah Penyelesaian Konflik Perjanjian Kolektif
โœ… Melibatkan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak
โœ… Dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia

Baca selengkapnya untuk mengetahui usaha kerajaan dalam meningkatkan keharmonian perusahaan dan penyelesaian konflik melalui perjanjian kolektif.

KESUMA Anjur Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 Kepala Batas โ€“ Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) menganjurkan Program Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Pulau ...

23/07/2024

๐Ÿ“ข PERHATIAN PESERTA SIMPOSIUM KEHARMONIAN PERUSAHAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2024 ๐Ÿ“ข

Kepada semua PESERTA JEMPUTAN yang telah mengesahkan kehadiran secara bersemuka, anda diingatkan untuk hadir ke:

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Julai 2024 (Khamis)
๐Ÿ•’ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 4.30 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Hotel Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang
๐Ÿ‘” Kod Pakaian: Pakaian Pejabat

Tema: "Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja Ke Arah Penyelesaian Konflik Melalui Perjanjian Kolektif"

Bagi PEMEGANG TARUH LAIN yang berminat untuk mengikuti program ini, anda boleh menonton siaran langsung di Facebook rasmi kami:

๐Ÿ“บ Facebook: Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_Official

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat berharga mengenai keharmonian perusahaan!

22/07/2024

๐ŸŒŸ Mercu Tanda Baharu, Bersama JPPM Pulau Pinang!๐ŸŒŸ

Dengan penuh kebanggaan, kami memperkenalkan Bangunan Jabatan Perhubungan Perusahaan (Kementerian Sumber Manusia) yang baharu di Pengkalan Weld, Georgetown, Pulau Pinang -- sebuah lambang keharmonian dan sinergi! ๐Ÿขโœจ

Bangunan ini berdiri megah merangkumkan simbolik kerjasama erat antara Jabatan, Majikan, Pekerja, dan Kesatuan Sekerja dalam suasana tripartisme. Bersama-sama kita membina hubungan yang lebih kukuh dan dinamik, memacu kesejahteraan perhubungan perusahaan untuk generasi akan datang.

Ayuh, mara ke hadapan dengan semangat yang harmoni! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Photos from Kementerian Sumber Manusia's post 21/07/2024
20/07/2024

1 HARI LAGIโ€ผ๏ธ

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara pada 21 Julai 2024 (Ahad), bermula pukul 9.00 pagi di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor untuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua.

Jumpa anda di sanaโ€ผ๏ธ

Layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.

20/07/2024

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena

Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Pada

20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H

Sembah takzim daripada,
Seluruh Warga Kementerian Sumber Manusia
(KESUMA)

19/07/2024

Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharram 1446H.

Semoga Allah Subhanahu Wa Taโ€™ala memberkati pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah takzim dari Warga JPPM Pulau Pinang

18/07/2024

Jangan lepaskan peluang! Saksikan siaran langsung Facebook kami untuk Program Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024!

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Julai 2024 (Khamis)
๐Ÿ•’ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 4.30 Petang

Tema: "Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja Ke Arah Penyelesaian Konflik Melalui Perjanjian Kolektif"

Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia.

Jemputan siaran langsung terbuka kepada semua pemegang taruh untuk menyaksikan perbincangan penting mengenai peranan majikan dan kesatuan dalam menyelesaikan konflik melalui perundingan kolektif.

Jangan ketinggalan! Sertai kami untuk mendapatkan pandangan berharga tentang keharmonian perusahaan di Pulau Pinang.

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 17/07/2024

Lawatan Program Bimbingan Peningkatan Produktiviti melalui PLWS tahun 2024..

Lawatan bersama ini dilakukan bersama wakil JPPM dan MPC Associates..

13/07/2024
11/07/2024

**๐Ÿš€ Penutupan Sesi Program IHI ROAD TOUR di Pulau Pinang dengan Kejayaan ๐Ÿš€**

Dengan penuh rasa bangga dan syukur, kami ingin mengumumkan bahawa sesi program IHI ROAD TOUR di **Raia Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang** telah dilaksanakan hari ini. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua profesional HR yang telah hadir dan menyokong usaha kami untuk meningkatkan harmoni industri di Malaysia.

โœจ **Acara Hari Ini:**
- Pengenalan mengenai **Inisiatif Terkini: IHI SELF-ASSESSMENT (IHI SA)** melalui **INDUSTRIAL RELATIONS INFORMATION SYSTEM (IRIS)**.
- Peserta diberikan panduan mengenai penggunaan IRIS yang menawarkan penjimatan kos serta perlindungan ketat terhadap kerahasiaan maklumat pekerja.

๐Ÿ’ฅ **Sorotan Utama Sesi:**
โœ… Peserta didedahkan dengan langkah-langkah mudah untuk mengakses Sistem IRIS dan memantau respon pekerja melalui Dashboard yang disediakan.
โœ… Pembentangan menyeluruh berkenaan **Skor IHI** yang merangkumi penilaian: Cemerlang, Baik, Memuaskan, atau Lemah.
โœ… Penjelasan terperinci tentang Laporan yang merangkumi **24 Item daripada 5 Dimensi IHI**.
โœ… Penerangan tentang Sijil Pengiktirafan sebagai **SYARIKAT HARMONI** dan peluang untuk mendapat pengiktirafan di peringkat nasional.

Kami berterima kasih di atas kehadiran dan komitmen semua yang telah menjadikan program ini sebagai satu pencapaian signifikan. Pertemuan ini telah membuka peluang bagi kita semua untuk bekerjasama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan produktif.

**Komitmen Anda, Kunci Kejayaan IHI**

Kami akan meneruskan IHI ROAD TOUR dengan sesi seterusnya di Terengganu pada 15 Julai 2024 serta sesi online pada bulan Ogos (secara atas talian). Bagi mereka yang masih belum mendaftar, kami menjemput anda untuk tidak melepaskan peluang ini dan turut serta dalam inisiatif berprestij ini.

๐ŸŒ Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari:
- [Profile TikTok](https://vt.tiktok.com/ZSYX3pTYt/)
- [Pendaftaran](https://bitly.cx/BGBJw)

**Terima kasih atas sokongan anda. Bersama-sama, kita menuju ke arah mencapai status SYARIKAT HARMONI 2024!**

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 11/07/2024

**๐Ÿš€ Panggilan Khas kepada Semua Profesional HR di Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ! ๐Ÿš€**

Adakah anda ingin mengangkat jenama syarikat sebagai **SYARIKAT HARMONI 2024** yang diiktiraf? ๐ŸŒŸ

**Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)** memperkenalkan inisiatif terkini: **IHI SELF-ASSESSMENT (IHI SA)** melalui **INDUSTRIAL RELATIONS INFORMATION SYSTEM (IRIS)**. ๐Ÿ’ผ

โœจ **Kelebihan utama:**
- **TIADA KOS TINGGI** untuk konsultan! ๐Ÿคฉ
- **PERLINDUNGAN MAKLUMAT** pekerja dijamin. โœจ

Langkah-langkah mudah yang perlu diambil:
1. Akses Sistem IRIS.
2. Pantau jumlah pekerja yang menyelesaikan survei melalui Dashboard yang disediakan.

๐Ÿ’ฅ **Apa yang Syarikat Anda Akan Dapat:**
โœ… **PERCUMA!** ๐Ÿ˜
โœ… **Penilaian Skor IHI:** Cemerlang, Baik, Memuaskan, atau Lemah.
โœ… Laporan komprehensif dengan **24 Item daripada 5 Dimensi IHI**.
โœ… Sijil Pengiktirafan sebagai **SYARIKAT HARMONI**.
โœ… Berpeluang untuk mendapat **pengiktirafan di peringkat nasional**.

WOW! Kelebihan yang sungguh hebat! ๐Ÿฅฐ

Ingin tahu lebih lanjut?
โœจ Sertai **Bengkel IHI SA** sepanjang **IHI ROAD TOUR** pada bulan Julai ini (offline) atau Ogos (online). Sertai kami di **Raia Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 11.07.2024**, bermula jam 8.30 pagi. Hanya datang dan jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Profesional HR, jangan lepaskan peluang berharga ini!
๐Ÿ‘‰ Imbas QR CODE atau klik pautan di **PROFILE TIKTOK** kami.
๐Ÿ‘‰ Ikuti TikTok JPPM.

**Maklumat Pengesahan & Pendaftaran:**
๐ŸŒ [TikTok Profile](https://vt.tiktok.com/ZSYX3pTYt/)
๐ŸŒ [Pendaftaran](https://bitly.cx/BGBJw)

๐Ÿš€ **Jom jenamakan syarikat anda sebagai SYARIKAT HARMONI 2024!** ๐Ÿš€

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 10/07/2024

๐Ÿ”ฅ Calling all HR Professionals in ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ! ๐Ÿ”ฅ

Boss nak BRANDING syarikat anda sebagai SYARIKAT HARMONI 2024? ๐ŸŒŸ

๐Ÿ’ผ JPPM memperkenalkan Inisiatif Terkini: IHI SELF-ASSESSMENT (IHI SA) melalui INDUSTRIAL RELATIONS INFORMATION SYSTEM (IRIS). ๐Ÿ’ผ

โœจ Syarikat TAK PERLU keluar belanja tinggi untuk konsultan! ๐Ÿคฉ
โœจ Keutamaan diberikan kepada KEKAL RAHASIA maklumat pekerja. โœจ

Cara mudah je:
1. Akses Sistem IRIS
2. Follow-up bilangan pekerja yang jawab survei melalui Dashboard yang disediakan.

๐Ÿ’ฅ Kelebihan kepada Syarikat:
โœ… PERCUMA! ๐Ÿ˜
โœ… SKOR IHI: CEMERLANG, BAIK, MEMUASKAN atau LEMAH.
โœ… Laporan Terperinci: 24 Item daripada 5 Dimensi IHI.
โœ… Sijil Penarafan SYARIKAT HARMONI.
โœ… Berpeluang mendapat pengiktirafan di peringkat nasional.

WOW! Kelebihan yang sangat luar biasa! ๐Ÿฅฐ

Nak tahu lebih lanjut?
โœจ Join Bengkel IHI SA sepanjang IHI ROAD TOUR JULAI ini (offline) atau Ogos ini (online). Jumpa Kami di Raia Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 11.07.2024, Bermula Jam 8.30 Pagi. Jom Pakat Meneghu Mai Tang Sini!!!

HR Syarikat? Tak nak terlepas peluang ini?
๐Ÿ‘‰ Scan QR CODE @ Klik Link di PROFILE TIKTOK kami.
๐Ÿ‘‰ Follow TikTok JPPM.

Link Pengesahan & Pendaftaran:
๐ŸŒ [TikTok Profile](https://vt.tiktok.com/ZSYX3pTYt/)
๐ŸŒ [Pendaftaran](https://bitly.cx/BGBJw)

๐Ÿš€ Let's BRAND your company as SYARIKAT HARMONI 2024! ๐Ÿš€

08/07/2024

โœจ๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1446H ๐ŸŒ™โœจ

Kami di Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1446 kepada semua. Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kejayaan kepada kita semua.

๐ŸŒŸ Semoga tahun ini penuh dengan kejayaan dan rahmat Ilahi. ๐ŸŒŸ

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 30/06/2024

๐ŸŒŸ Lawatan Harmoni ke B. Braun Medical Industries ๐ŸŒŸ

Pada Khamis, 27 Jun 2024, Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang bersama-sama dengan Ibu Pejabat JPPM berpeluang mengadakan Lawatan Harmoni ke B. Braun Medical Industries di Penang. Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti jabatan, mengadakan dialog bersama majikan serta bertukar pandangan berhubung isu semasa perhubungan perusahaan di Malaysia.

Majikan turut berkongsi amalan Co-Determination yang dilaksanakan dalam mewujudkan suasana yang harmoni di tempat kerja. ๐ŸŒโœจ

Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan di antara majikan, JPPM dan Kesatuan Sekerja. ๐Ÿค๐Ÿ’ผ

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official's post 27/06/2024

Lawatan Harmoni ke Syk Schott Glass Malaysia Sdn Bhd pada 26 Julai 2024..

Kunjungan bersama Pengarah Bahagian Perundangan dan 2 orang pegawai JPPM; serta Pengarah dan 2 orang pegawai JPP Pulau Pinang.

Tujuan lawatan adalah untuk mempromosikan aktiviti jabatan, dialog bersama majikan serta bertukar pandangan berhubung isu semasa perburuhan di Malaysia. Majikan juga berkongsi amalan Co-Determination yang dilaksanakan dalam mewujudkan suasana yang harmoni di tempat kerja.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan di antara majikan dan jabatan dalam memastikan hak-hak pekerja dilindungi.

Want your organization to be the top-listed Government Service in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Penang Sempoi... #jabatanperhubunganperusahaanpulaupinang #MalaysiaMadani #JPPPM #kesuma #IHI

Website

Address

Jalan Bagan Luar
George Town
12000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Government Organizations in George Town (show all)
Digital Penang Digital Penang
No. 15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pengkalan Weld, Pulau Pinang
George Town, 10300

A Penang State Government-Linked Company established to accelerate digitalisation in the state.

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP
Paras 20, KOMTAR
George Town, 10503

Dahulu dikenali sebagai Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang

Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang
TINGKAT 50 & 51, KOMTAR
George Town, 10000

Government Agency

Balai Polis Bandar Baru Balai Polis Bandar Baru
Balai Polis Bandar Baru
George Town, 11500

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

DahDigital DahDigital
15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pulau Pinang
George Town, 10300

A programme by Digital Penang aimed at driving digital adoption among communities in Penang.

Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang
Tingkat 18, Menara JKP, 128 Jalan Macalister
George Town, 10400

Laman ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah P. Pinang (JPSyPP)

APM TIMUR LAUT APM TIMUR LAUT
No 15, Lebuhraya Peel
George Town, 10350

APM TIMUR LAUT

Optoms HPP Optoms HPP
George Town, 10990

Non-profitable unit under Ministry Of Health Malaysia

ZON 1 JBPM Pulau Pinang ZON 1 JBPM Pulau Pinang
Zon 1 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Tingkat 2, D/a Balai Bomba Dan Penyelamat Paya Terubong, Jalan Paya Terubong
George Town, 11500

ZON 1 PULAU PINANG, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, NEGERI PULAU PINANG

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, USM Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, USM
Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Sains
George Town, 11800

Menguruskan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di USM

Perpaduan Daerah Timur Laut Perpaduan Daerah Timur Laut
Tingkat 19, Menara JKP
George Town, 10400

Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Timur Laut (Kementerian Perpaduan Negara)

JBPP Komtar JBPP Komtar
PUSAT KHIDMAT ADUN KOMTAR , TINGKAT 3, 2-3-2 , KOMPLEKS TAMAN HARAPAN, , Jalan S. P. CHELLIAH
George Town, 10150

๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐——๐—จ๐—ก ๐—ก๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ž๐—ข๐— ๐—ง๐—”๐—ฅ ๅ…‰ๅคงๅŒบๆงŸๅทž้’ๅนดๅง”ๅ‘˜ไผš