PDRM Pulau Pinang

Laman ini merupakan Facebook Rasmi PDRM Pulau Pinang. Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 31/07/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 “𝗕𝗔𝗖𝗞 𝗧𝗢 𝗦𝗖𝗛𝗢𝗢𝗟“ 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

𝐒𝐈𝐊, 31 Julai 2024 - Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad menghadiri Program “Back To School” di Sekolah Menengah Kebangsaan S*k, Kedah. Ketibaan Ketua Polis Pulau Pinang disambut mesra oleh Pengetua SMK S*k, Tuan Rozlan bin Hamat dan Alumni 66/67/68 serta warga Sekolah Menengah Kebangsaan S*k, Kedah.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK S*k dan diteruskan dengan pelbagai acara dan persembahan menarik daripada para pelajar sekolah tersebut di Dewan Ibnu Sina.

Seusai itu, Ketua Polis Pulau Pinang menyampaikan ucapan dan amanat kepada para pelajar. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan disiplin dan semangat untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran serta kehidupan. Beliau juga menekankan pentingnya menghargai dan menghormati guru-guru serta ibu bapa yang telah banyak berkorban demi masa depan mereka. CP Datuk Hamzah juga memberikan beberapa nasihat mengenai keselamatan, disiplin dan mengingatkan para pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai warganegara yang baik.

Dalam majlis tersebut, CP Datuk Hamzah bin Ahmad turut menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan berpotensi tinggi dalam pelbagai kategori. Acara ini diadakan untuk menghargai usaha dan pencapaian pelajar serta memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berjaya. Selain itu, Ketua Polis Pulau Pinang turut menyampaikan sumbangan kepada (7) orang anak yatim yang daif dan memerlukan bantuan. Mereka juga merupakan pelajar yang termasuk dalam projek sekolah pelajar pintar. Sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban mereka dan memberi motivasi untuk terus berusaha dalam pelajaran.

Dalam program tersebut turut diadakan Pameran Pencegahan Jenayah oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD S*K. Pameran tersebut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu serius seperti jenayah seksual, penderaan kanak-kanak, dan keganasan rumah tangga. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan para pelajar dan guru dapat memperoleh maklumat yang lebih mendalam serta belajar cara-cara untuk mencegah dan mengatasi masalah-masalah ini.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya untuk memberikan inspirasi dan semangat baru kepada para pelajar SMK S*k serta menjadikan Ketua Polis Pulau Pinang sebagai salah seorang ikon bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan S*k yang berjaya. Ketua Polis Pulau Pinang juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK), SAC Puspanathan a/l Wiresigam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, ACP Mohd Shukhairy bin Abd Sabhe, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Anuar bin Abdul Rahman, Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi Pulau Pinang, Supt Abdul Malik bin Mehat, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Supt Zafri bin Zolkapli, Ketua Polis Daerah S*k Kedah, DSP Abdull Razak bin Osman, Penolong Kanan-Penolong Kanan SMK S*K, Bekas Guru-guru, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Guru-guru serta para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan S*k.

31/07/2024
30/07/2024

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad dan seluruh warga kerja PDRM Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamed Usuf bin Jan Mohamad atas Penganugerahan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang.

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 30/07/2024

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 (𝗟𝗣𝗝) 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧-𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝟭𝟵𝟱𝟵 [𝗔𝗞𝗧𝗔 𝟮𝟵𝟳]

𝐆𝐄𝐎𝐑𝐆𝐄 𝐓𝐎𝐖𝐍, 30 Julai 2024 - Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) telah mengadakan lawatan kerja ke Kontinjen Pulau Pinang sempena Majlis Penyerahan Buku Garis Panduan Pematuhan dan Penguatkuasaan Perintah Pengawasan Polis dan Syarat-Syarat Sekatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297].

Majlis dimulakan dengan kunjungan hormat daripada Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi LPJ, YBhg. Tuan Jailani bin Rahman ke atas Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Seusai itu, majlis diteruskan dengan penyerahan Buku Garis Panduan Pematuhan dan Penguatkuasaan Perintah Pengawasan Polis dan Syarat-Syarat Sekatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] kepada Ketua Polis Daerah (KPD) dan Ketua Polis Balai (KPB) Kontinjen Pulau Pinang yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Jalan Lahat, Pulau Pinang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, YBhg. Datuk Seri Abdul Razak bin Musa, YBhg. Dato’ Khalil Azlan bin Chik, Ketua Cawangan Khas, SAC Dato’ Winston Tan Thye Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Zailanni bin Amit dan Pegawai Kanan Polis serta delegasi LPJ.

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 29/07/2024
Photos from PDRM Pulau Pinang's post 29/07/2024

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

“𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐀𝐏𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐑𝐔𝐀𝐍”

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 29/07/2024

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

“𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋”

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 28/07/2024

𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗙𝗘𝗟𝗟𝗢𝗪𝗦𝗛𝗜𝗣 𝗥𝗜𝗗𝗘 𝗕𝗥𝗜𝗗𝗚𝗘 𝗧𝗢 𝗕𝗥𝗜𝗗𝗚𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗚𝗘𝗢𝗥𝗚𝗘 𝗧𝗢𝗪𝗡, 𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad menghadiri acara pelepasan Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024 yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang, pagi ini.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran dan penyertaan istimewa Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Seramai 2,600 peserta telah mendaftar untuk menyertai acara kayuhan sejauh 68 kilometer tersebut. Acara kayuhan ini melalui Jambatan Pulau Pinang, Jalan Perindustrian Juru, Batu Kawan sebelum berpatah balik ke Tapak Pesta melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Peserta telah dilepaskan pada jam 7 pagi di Tapak Pesta Sungai Nibong dan mereka kemudiannya akan menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dari pulau ke tanah besar sebelum melakukan kayuhan pulang dari Batu Kawan ke Batu Maung melalui Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS).

27/07/2024

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐂𝐏 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐦𝐳𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬, 𝐒𝐀𝐂 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐖𝐢𝐧𝐬𝐭𝐨𝐧 𝐓𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐲𝐞 𝐖𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐃.𝐒.𝐏.𝐍) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

#𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
#𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬𝐃𝐢𝐑𝐚𝐣𝐚𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
#𝐑𝐨𝐲𝐚𝐥𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐏𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞
#𝐑𝐌𝐏
#𝐏𝐃𝐑𝐌

27/07/2024

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐂𝐏 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐦𝐳𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, 𝐂𝐏 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐰 𝐊𝐨𝐤 𝐂𝐡𝐢𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐃.𝐆.𝐏.𝐍.) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

#𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
#𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬𝐃𝐢𝐑𝐚𝐣𝐚𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
#𝐑𝐨𝐲𝐚𝐥𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐏𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞
#𝐑𝐌𝐏
#𝐏𝐃𝐑𝐌

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 27/07/2024

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗝𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝐆𝐄𝐎𝐑𝐆𝐄 𝐓𝐎𝐖𝐍, 27 Julai 2024 - Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad menghadiri Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 Sempena Hari Ulangtahun Ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Sri Pinang, George Town Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang dan seluruh warga kerja PDRM Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang. Penganugerahan ini adalah tanda penghargaan kepada mereka yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen tinggi dalam perkhidmatan mereka, serta telah memberikan sumbangan besar kepada keselamatan dan keamanan negeri.

27/07/2024
Photos from PDRM Pulau Pinang's post 26/07/2024

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

𝐆𝐄𝐎𝐑𝐆𝐄 𝐓𝐎𝐖𝐍, 26 Julai 2024 - Majlis Serah Dan Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Majlis ini menyaksikan pertukaran jawatan dengan menandatangani dokumen serah dan terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah antara SAC Rahimi bin Ra'ais dengan SAC Zailanni bin Amit dan disaksikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad.

Penyerahan tugas ini diharapkan dapat memperkukuh usaha-usaha pihak polis dalam membanteras jenayah di negeri ini serta meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai sebelum ini. Peralihan kepimpinan ini dilihat sebagai langkah strategik untuk memastikan kesinambungan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab jabatan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada SAC Rahimi bin Ra'ais atas perlantikan ke jawatan baharu sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisian Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat serta negara.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Formasi, dan Pegawai Kanan Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang.

Photos from Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang's post 26/07/2024
Photos from PDRM Pulau Pinang's post 26/07/2024

𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝐁𝐔𝐓𝐓𝐄𝐑𝐖𝐎𝐑𝐓𝐇, 25 Julai 2024 - Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj Ahmad menghadiri jemputan ke Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2024 di Surau Salahuddin Al-Ayyubi, Pengkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis kesyukuran dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat dipimpin oleh M***i Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Prof. Madya Dr. Mohd Sukki bin Othman.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah berjuang demi keselamatan dan keamanan negara.

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 25/07/2024

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗭𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛𝗔𝗡𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗧𝗔𝗞𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 (𝗜𝗣𝗖𝗖) 𝗞𝗘 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆, 25 Julai 2024 – Naziran Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kontinjen Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada program pemantauan dan penilaian prestasi. Lawatan ini berlangsung selama 3 hari mulai dari 23 Julai hingga 25 Julai 2024. Naziran ini bertujuan untuk menilai sistem serta prosedur tatakelakuan polis disamping memastikan tahap profesionalisme dan integriti di kalangan pegawai polis di kontinjen Pulau Pinang.

Ketibaan delegasi Naziran Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Bebas IPCC, YBhg Datuk Zolkopli bin Dahalan telah disambut mesra oleh Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj Ahmad.

Lawatan dimulakan dengan ucaptama oleh Pengerusi Suruhanjaya Bebas (IPCC), kemudian ucapan balas Ketua Polis Pulau Pinang dan diteruskan dengan sesi taklimat disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin berkaitan jabatan, perjawatan, logistik, tatatertib serta permasalahan yang dihadapi di peringkat IPK Pulau Pinang yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Seusai itu, lawatan diteruskan ke (6) Jabatan terpilih di IPK Pulau Pinang, iaitu Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Pengurusan (JP), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT). Semasa lawatan naziran selama tiga hari, pemeriksaan juga telah dilakukan di IPD-IPD dalam kontinjen Pulau Pinang, meliputi pelbagai aspek seperti perjawatan, aset, isu tatatertib, lokap, perumahan, serta masalah yang dihadapi oleh IPD dan balai-balai polis di bawah pentadbiran masing-masing.

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) adalah badan pemantau bebas yang bertujuan menggalakkan integriti, menyediakan mekanisme aduan dan siasatan untuk menangani salahlaku, serta mengesyorkan penambahbaikan dalam kebajikan dan kesejahteraan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kewibawaan, keprihatinan, dan kesaksamaan IPCC dalam menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Akta 839 diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap perubahan persepsi rakyat serta meningkatkan moral pegawai dan anggota polis.

IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG IPD SEBERANG PERAI TENGAH IPD Seberang Perai Utara Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya Ipd Seberang Perai Selatan

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 25/07/2024

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗜𝗡𝗗𝗘𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗡𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗖𝗘 𝗖𝗢𝗡𝗗𝗨𝗖𝗧 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗜𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡 (𝗜𝗣𝗖𝗖) 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

𝐆𝐄𝐎𝐑𝐆𝐄 𝐓𝐎𝐖𝐍, 25 Julai 2024 - Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Bebas IPCC, YBhg Datuk Zolkopli bin Dahalan bersama delegasi di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih erat serta membincangkan isu-isu berkaitan dengan peranan dan fungsi IPCC dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pasukan polis. Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada Lawatan Naziran IPCC ke Kontinjen Pulau Pinang untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan prosedur serta pematuhan terhadap standard yang ditetapkan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan.

25/07/2024
Photos from PDRM Pulau Pinang's post 24/07/2024

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗞𝗗𝗡) 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

𝐆𝐄𝐎𝐑𝐆𝐄 𝐓𝐎𝐖𝐍, 24 Julai 2024 - Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan, Negeri Pulau Pinang (KDN), Tuan Muhammad Hafizu bin Mohd Bokhori bersama delegasi di Bilik Tetamu, Seri Mutiara, IPK Pulau Pinang.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mempereratkan hubungan kerjasama antara Polis Pulau Pinang dan KDN dalam usaha mempertingkatkan aspek penguatkuasaan dan kawalan di negeri ini. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berbincang mengenai pelbagai isu keselamatan dan strategi-strategi yang boleh diambil untuk memastikan Pulau Pinang terus berada dalam keadaan aman dan selamat.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Supt. Abdul Malik bin Mehat, Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan, Supt. Lee Kuok Jin dan Pemangku Pegawai Turus Pelesenan, ASP Raja Faizil binti Raja Aris.

23/07/2024
Photos from PDRM Pulau Pinang's post 23/07/2024

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗦𝗔𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗝𝗔𝗥 / 𝗦𝗨𝗕 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗞𝗢𝗥 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐈𝐓𝐀𝐌, 22 Julai 2024 - Majlis Eksesais Kenaikan Pangkat Sarjan Mejar / Sub Inspektor Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 telah diadakan di Dewan SMK Ayer Itam, Pulau Pinang dan disempurnakan oleh ACP Sazalee bin Haji Adam, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kontinjen Pulau Pinang.

Eksesais kenaikan pangkat ini telah melibatkan seramai 61 orang anggota Kor Kadet Polis dari 37 buah sekolah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Mereka telah dipilih untuk mengisi 20 jawatan Kor Kadet Sarjan Mejar dan 5 jawatan Sub Inspektor Kor Kadet Polis sekolah. Kor Kadet Polis memainkan peranan penting dalam meningkatkan disiplin dan jati diri pelajar, membentuk pemimpin masa depan, serta menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajar lain.

Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta kehadiran dari wakil-wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Guru-guru Ajutan Negeri/Komander dan PKP Kor Kadet Polis Pulau Pinang.

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 20/07/2024

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘-𝟮𝟭𝟳 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡

BAYAN BARU, 20 JULAI 2024 - Kempen Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 Anjuran Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang bersama PDRM Pulau Pinang serta Tabung Darah Hospital Kepala Batas dan Hospital Sungai Bakap dengan kerjasama Sunshine Wholesale Mart Sdn. Bhd. telah dirasmikan oleh Dato' Seri (Dr.) Hj. Abdul Rafique bin Abdul Karim, Presiden Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Aras 4 Sunshine Banquet Hall, Sunshine Supermarket Bayan Baru, Pulau Pinang.

Majlis yang julung kalinya diadakan pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, ahli-ahli Majlis Dato’ Dato’ Negeri Pulau Pinang, Ketua-ketua Jabatan dan wakil, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Dif-Dif Jemputan.

Tabung Darah Hospital di Pulau Pinang sentiasa mengadakan kempen derma darah bagi memenuhi keperluan penggunaan darah di hospital-hospital negeri ini. Setiap manusia berisiko kehilangan darah akibat kemalangan, kecederaan, atau penyakit. Kempen seperti ini adalah amat penting untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan kecemasan dan rawatan pesakit.

Give Blood Save Life 🩸♥️🩸♥️

20/07/2024

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔!
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔!
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔!

𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad dan seluruh Warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒊 𝒑𝒆𝒎𝒆𝒓𝒊𝒏𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒘𝒂𝒉 𝑫𝒖𝒍𝒊 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑴𝒖𝒍𝒊𝒂 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖. 𝑫𝒂𝒖𝒍𝒂𝒕 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖!







#20072024

20/07/2024
19/07/2024
Photos from PDRM Pulau Pinang's post 18/07/2024

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗟𝗗𝗣) 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗣𝗩/𝗨𝗥𝗕 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨, 18 JULAI 2024 - Majlis Penutup Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pemantapan MPV/URB Siri 2/2024 Peringkat Kontinjen Pulau Pinang yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, DCP Dato' Azman bin Ayob di White Resort Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang.

LDP ini telah berlangsung selama 3 hari dari 16 Julai hingga 18 Julai 2024 dengan pelbagai modul latihan untuk memantapkan profesionalisme anggota MPV dan URB kontinjen Pulau Pinang.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK), SAC Puspanathan a/l Wiresigam, Ketua-ketua Polis Daerah serta wakil, pegawai-pegawai kanan polis, serta petugas MPV/URB dari seluruh kontinjen Pulau Pinang.

17/07/2024

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛🩸🩸

Perhatian buat Warga Pulau Pinang‼️

𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘-𝟮𝟭𝟳, Kami ingin menjemput anda warga Pulau Pinang untuk datang menderma darah bersama kami. 🩸

Tarikh : 20 Julai 2024
Masa : 9 pagi - 3 petang
Tempat : Aras 4, Sunshine Banquet Hall, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang

🩸Anjuran Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang bersama PDRM Pulau Pinang serta Tabung Darah Hospital Kepala Batas dan Hospital Sungai Bakap dengan kerjasama Sunshine Wholesale Mart Sdn. Bhd.

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 :
YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

🩸Anda yang sudah cukup tempoh untuk kembali menderma darah dan berkelapangan pada hari dan waktu tersebut dijemput hadir untuk memeriahkan lagi kempen derma darah ini.

🩸Ayuh bersama-sama kita menderma darah untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa. Terima kasih kepada penderma darah, andalah adiwira kami.

Give Blood Save Life 🩸♥️🩸♥️

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 16/07/2024

𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗠𝗣𝗩/𝗨𝗥𝗕 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗟𝗗𝗣) 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗣𝗩/𝗨𝗥𝗕 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨, 16 JULAI 2024 - Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK), SAC Puspanathan a/l Wiresigam mewakili Ketua Polis Pulau Pinang menghadiri Majlis Amanat Ketua Polis Pulau Pinang Kepada Petugas MPV/URB Kontinjen Pulau Pinang Sempena Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pemantapan MPV/URB Siri 2/2024 yang diadakan di Dewan Terbuka, White Resort Camp, Balik Pulau.

LDP ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan integriti petugas MPV/URB melalui ceramah dan aktiviti oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Latihan ini menekankan pemantapan pengendalian barang kes, penggunaan borang-borang semasa tangkapan, dan pengurusan tempat kejadian. Peserta juga diberi pengetahuan mengenai jenis dadah dan senario pengedarannya.

Kesejahteraan mental peserta dijaga melalui kelas psikologi dan aktiviti-aktiviti lain. Latihan ini juga bertujuan meningkatkan ‘esprit de corps’ dan komunikasi antara patrolmen. Selain itu, ilmu agama turut diberi perhatian untuk memperkukuh integriti peserta, sementara aktiviti riadah diadakan untuk meningkatkan kecergasan.

SAC Puspanathan menekankan kepentingan disiplin, integriti, dan kerjasama dalam kalangan anggota polis untuk memastikan keselamatan masyarakat. Beliau menegaskan komitmen polis dalam membanteras jenayah dan memastikan Pulau Pinang kekal aman. LDP ini berlangsung selama 3 hari dari 16 Julai hingga 18 Julai 2024 dengan pelbagai modul latihan untuk memantapkan profesionalisme anggota polis.

Turut hadir adalah Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Polis, serta petugas MPV/URB dari seluruh kontinjen Pulau Pinang.

Want your organization to be the top-listed Government Service in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

𝟭𝟬𝟭 𝗠𝗢𝗧𝗢𝗦𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗦𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗢𝗣 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗦𝗔𝗠𝗦𝗘𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡𝗕𝗨𝗧𝗧𝗘𝗥𝗪𝗢𝗥𝗧𝗛, 13 Julai 2024 - Sebanyak 101 motosikal disita p...
𝗟𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗞 𝗡.𝟮𝟬 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗜𝗢 𝗠𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗨𝗧𝗜𝗔𝗥𝗔𝗳𝗺 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗣 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 : 𝐒𝐀𝐂 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐀...
𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 & 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 & 𝗧𝗜...
[VIDEO PILIHAN] 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 : 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐍.𝟐𝟎 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐏𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗣, 25 Jun 2024 - Sidang Media Pilihanraya K...
𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 : 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗜 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 ...
𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 : 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗞 ...
𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 : 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚#Polis...
[𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡] 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗝𝗜 𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗦𝗧𝗥𝗜𝗞𝗘 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘 (𝗟𝗦𝗙) 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣...
[VIDEO PILIHAN] 𝗪𝗔𝗪𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚Sumber : Be...
#VIDEO PILIHAN𝗞𝗣 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚#PDRMPulauPinang#PolisPulauPinan...
[VIDEO PILIHAN]𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗗𝗛 𝗖𝗣 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗛𝗔𝗠𝗭𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡 𝗛𝗝 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗘𝗢𝗥𝗚𝗘 𝗧𝗢𝗪𝗡, 23 April 2024...
[VIDEO PILIHAN]𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 #PDRMPulauPin...

Website

Address

Jalan
George Town

Other Government Officials in George Town (show all)
Promosi Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa Pulau Pinang Promosi Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa Pulau Pinang
Tingkat 1, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing
George Town, 10300

PMPP Pulau Pinang PMPP Pulau Pinang
George Town, 10000

The official page of the PLANMalaysia@Pulau Pinang More info at:http://jpbd.penang.gov.my