Dapur Tecer Zera

Perkongsian tentang resepi serta gajet-gajet di dapur yang memudahkan aktiviti memasak setiap hari anda.

Photos from Dapur Tecer Zera's post 07/01/2021

Resepi Roti Arab 😋☺️😍

500 gm tepung gandum
1 sdb yis
1 sdb susu tepung
2 sdb butter
2 sdb gula
1 biji telor
1 cawan air
Garam

Cara-Cara

1)Satukan semua bahan dah uli sehingga elastik.

2)Biarkan adunan sehinggan kembang 2 kali ganda.

3)Tumbuk2 adunan untuk buang angin dlm tepung dan bentukkan bulat2 ikut besar mana kita nak.

4) bahagikan kepada 10 bahagian

5)Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit.
(Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat, dulang tu sapu sikit butter atau minyak)

6)Bakar 150c selama 20 minit

7) Siap

semoga berjaya 😍😋

06/01/2021

Donut frozen

Alhamdulillah ramai customers s**a.
Respi biasa2 saja tnpa guna telur.


1kg tepung
5Sd butter /magerin
3Sd susu pekat+air suam secukup nya
Sedikit garam
1pkt yis 11gm + sikit air dan 1sd gula pasir kacau Biar yis kembang.
Campurkn semua bahan diatas uli hingga sebati dan lembut.
Cara saya.... Xperlu kembang kan doh. Dah uli2 saya terus terap dgn acuan barulah tunggu dlm 10-15minit tergntung pd cuaca dh kembang ringan goreng. Cara goreng jgn bnyk kali nk Balik2 ya nnti minyak serap.

Kredit: Haniza Abd Jamil

24/12/2020

*Resepi Tart Nenas Gebu*👩‍🍳

Bahan- Bahan
250 gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
*Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
ke tiga2 tepung.
butter dgn gula hingga putih/creamy.
minyak sapi, kuning telur dan garam.Pukul lagi hingga sebati.
tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
sebentar supaya doh mesra.dlm 15-20mint.
wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart,
atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. saya bakar dlm 25 minit.
dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

Kredit resepi & foto : Roshidah Abu Bakar

10/12/2020

Resipi Tart epal hijau...Dengan inti epal

🥟🍏DOH TART

2 SUDU BESAR SUSU PEKAT
SECAWAN BUTTER
(Guna yg salted)
2 SUDU MINYAK SAPI
3½ CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD
SEBIJI KUNING TELUR
PEWARNA HIJAU EPAL

Mula-mula,kacau butter dengan susu pekat.Pakai senduk je.kacau sampai sebati sahaja.Jangan kacau lama nanti doh kembang time bakar.Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.Kacau lg sampai sebati kemudian tambahkan tepung jagung,tepung kastard Dan tepung gandum.Gaul hingga jadi doh.

🍏INTI EPAL HIJAU🍏

10 BIJI EPAL HIJAU
SEBATANG KULIT KAYU MANIS
2 CAWAN GULA HALUS
PEWARNA HIJAU

Buang kulit epal,kemudian blender sampai halus.Masak atas api bersama kulit kayu manis.Bila dah agak Kering airnya,barulah campurkan gula Dan masukkan pewarna.Gaul lagi sehingga likat.Biarkan sejuk semalam baru guna.Inti akan jadi pekat.

Untuk hiasan boleh cairkan coklat putih dan drizzle kan atas tart yang dah siap dibakar.

Selamat mencuba😉

kredit: dhia ariana

Siapa nk mudah buat tart meh la minang noodle maker.. mur2 je maharnya 😘😘

03/11/2020

AYAM MENANGIS MERAUNG 😁

Bahan perapan ayam (perap 3 jam) :

- Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah,Isi Dada )
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.

Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.

Bahan sos:
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)

Bancuh semua bahan, perasakan.

Kredit : Serina Seman

25/10/2020

Resepi ikan atau sotong bakar

Ikan,sotong la yg korang s**a😅
Daun pisang - utk alas nk bakar....x nk pn xpe..

utk perencahnye:-
Bawang besar
Bawang putih
Halia sikit
Lengkuas sikit
Kunyit hidup sikit
Cili kering - buang biji,rebus,blend
Daun limau purut
Daun kesum
Serai

*blend jer smua bahan kat ats....

Lepas tu tumis bhn blend tu smpi pecah minyak@betul2 masak...masukkn asam keping....gula...garam....ckup rse manis,masam,masin semua....beres....
Lepas tu wawa s**a msukkn daun kesum &daun kunyit...bg aroma tu bau lgi... Klw x s**a x yah msukkn pn xpe....ats selera memasing la ye...

SIAP!!!
msk betul2 blh bt stok perencah...nk bakar ke ambik jer....

bakar tu senang jer....lapik daun pisang dlu kat bwh...lumur perencah skit kat daun tu ltak ikan...lepas tu ats ikan pn letak perencah lagi...bakar mcm biasa😊
S**a ati la nk letak perencah b*k mana...xdak org mrh pn😂

Selamat Mencuba...

Photos from Dapur Tecer Zera's post 22/10/2020

💕BREADMAKER NOXXA

🍰Kek Karrot Walnut semudah ABC bersama Breadmaker Noxxa.

Follow je step ni inshaAllah jadi. Tak perlu nak penat gaul dan set bakar sbb semuanya hanya campak bahan ke dalam bekas. Pilih prog Cake. Selepas 1 jam 15 minit siap semuanya.

🥕Resepi Kek carrot 🥕
4 biji telur gred A
Minyak Daisy 240ml
Lobak yang disagat 300g
Tepung multi purpose 260g
Gula perang 270g
esen vanila 2 st
Serbuk kayu manis 2 st
Baking soda 1/2 st
Baking Powder 1/2 st
Kacang walnut 100g

Topping (Pukul sampai kembang)
30g butter
250g cream cheese
2 st esen vanila
60g icing sugar

tips: pada minit 3 ada bunyi beep, buka pintu oven, masukkan kacang walnut dan kaup rata. Kemudian tutup balik pintu dan pemasa pd skreen akan auto sambung semula.

Yang nak join kutu breadmaker oven dengan tecer zera. Cecepat wasap www.wasap.my/60164428536/kutuBM

16/10/2020

Resipi kek pisang berurat

Bahan-bahan:
5 biji pisang/1 cwn pisang
1 sk soda bikarbonat
1 sb ovalete
1 cwn gula perang/gula putih
4 biji telur gred A
1 sk esen pisang/vanilla
1 cwn minyak jagung
2 cwn tepung
1 sk baking powder

Cara-cara:
1.Lenyekkan pisang.Masukkan soda bikarbonat dan perap 30 minit.
2.Mix gula,ovalete,telur dan esen hingga kembang adunan jatuh perlahan-lahan.
3.Masukkan minyak dan mix perlahan.Matikan mixer.
4.Masukkan pisang dan gaul sebati.
5.Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit dan kaup balik hingga sebati.
6.Tuang adunan ke dalam loyang 8x8.Potong pisang nipis-nipis dan hiaskan di atas adunan.
7.Panaskan oven 170°c dan bakar kek selama 45 minit.
Selamat mencuba semua.
😊

13/10/2020

Resepi sardin roll bakar 👍
Bahan pastri:
(Anggaran 15-16 biji saiz sederhana)
300 gm tepung gandum
120 gm mentega /butter
Air secukupnya (Saya letak dalam 4 - 5 sudu besar air sejuk)
Secubit garam
Cara-cara:
Masukkan tepung gandum dan garam kedalam mangkuk besar.
Masukkan juga marjerin/ butter. Gaul rata menggunakan tangan hingga menjadi serbuk roti.
Masukkan air dan uli hingga menjadi doh licin. Tutup doh dan biar seketika.
Bahan untuk inti sardin:
1 tin besar sardin
*1 biji bawang besar mayang halus/ potong dadu
*2 ulas bawang putih
*2 sudu besar cili kering kisar / atau 2-3 biji cili padi jika s**a pedas
1 biji cili merah - hiris nipis
Garam
Gula
Perahan limau
Caranya:
Panaskan sikit minyak, tumis bahan bertanda * hingga layu dan wangi. Masukkn isi ikan sardin (sosnya asingkan dahulu) . Kacau rata. Tambah dalam 3-4 sudu besar sos sardin tadi. Lenyek isi ikan. Masukkan jus limau dan perasakan garam gula. Akhir sekali tabur cili merah yang dihiris tadi. Siap

Photos from Dapur Tecer Zera's post 12/10/2020

Resepi Kerabu Kerang sedappp.. 😋😋
1. Serai.
2. Lengkuas
3. Halia
4. Bawang besar
5. Lada hitam
6. Cili
7. Gula
8. Garam
9. Ajinomoto
10. Belacan dan Sedikit air
(Boleh dimasukkan sedikit kerisik kelapa)
A. Blend semua bahan-bahan di atas.
11. Kerang
12. Daun Selom
13. Taugeh
14. Bawang Merah.
B. Kerang direbus dan dibuang kulit.
C. Daun Selom dihiris halus.

D. Toskan Taugeh untuk kekalkan kerangupan.
E. Bawang Merah dihiris nipis.
F. Gaul semua hingga sebati dan sedia dihidang.
Juga sedap dimakan begitu saja. 👍🏻😋

**kredit: empunya gambar(di watermark)

11/10/2020

KEK MARBLE PANDAN SANTAN MOIST😍😍

Bahan-bahan:
🌺6 biji telur gred B
🌺1 cawan gula halus
🌺1sb ovalate
🌺30g serbuk santan
🌺1/4 cawan susu segar
🌺2 cawan tepung self rising

Cara menyediakan:
👉Mix sebati sampai gebu.
👉Last,masukkan 1 cawan /170g majerin dicairkan.
👉Kacau rata.
🌻Bahagikan 2 bahagian:
👉Satu bahagian ori,satu bahagian letak 1 sudubesar emolco pandan coconut dan 1 sudubesar pewarna hijau aple.
👉Ok kacaukan dan lapik loyang dengan baking paper.
👉Letak satu-satu senduk adunan sampai abis.
👉Panaskan oven 5 minit.
♥️Masukkan kek dan set suhu 160-170 darjah,masa 45 hingga 55 minit api atas bawah, rak no 1 dari bawah.
♥️Siap boleh tebalikkan kat redai biarkan 1 jam dan tebalikkan semula.😍😍😍😍boleh potong dengan pisau potong kek.
🥰Semoga bermanfaat.

11/10/2020

Resepi kuih talam cendol

Lapisan bawah
200gm tepung beras
250ml santan pekat
450ml air
1 sudu besar tepung jagung
150gm gula kaster
1 sudu teh garam
200gm cendol@1peket(kecil)

Caranye
-satukan semua lapisan bwh kecuali cendol
-kacau rata dan tapis kedlm periuk.masak hingga naik wap.(jgn pekat sangat).guna senduk kayu utk mengacau.
-kacau sentiasa dan bila terdpt ketulan tepung disenduk kayu.tutup api.guna hand whisk utk ratakan adunan
-angkat dan masukkan cendol.gaul rata.perlahan2 supaya cendol x pecah
Tuang adunan kat loyang.kukus 25minit.
-setelah masak cakar permukaan dgn garpu

Lapisan atas
BhnA
300gm gula merah /melaka
50gm gula kaster
500ml air
2 helai daun pandan

BhnB
150gm tpg gandum
1sudu besar tpg jagung
3biji telur
250ml santan
1/2 sudu teh garam

Caranye
-masak bhn A hingga gula larut.sejukkan
-satukan bhnB kedlm bhnB dan tapis kedlm periuk
-masak hingga naik wap(jgn pekat sangat)
-tuang keatas lapisan bwh.kukus 30 minit

11/10/2020

Nona manis pandan
# cara saya

Bahan A:
1 biji telur gred A atau B..di pukul sehingga kembang
1/2 cwn gula halus
1 cwn santan pekat
1 cwn tepung gandum

Cara2:
Dalam bekas,satukan gula,tepung gandum dan santan,kacau rata,masukkan telur yg di pukul tadi
Whisk hingga rata,pastikan tepung tidak berketul,tapis dan ketepikan

Bahan B:
1/2 cwn santan sederhana pekat
1/2 cwn air pandan ( kisar 3-4 helai daun pandan bersama 1/2 cwn air dan tapis )
1/4 cwn gula halus
1/4 cwn tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara2:
Sediakan periuk,satukan air pandan dan santan
Kemudian campurkan gula,tepung jagung,garam dan pewarna hijau
Whisk hingga rata,pastikan tepung tidak berketul,tapiskan
Kemudian masak atas api sederhana hingga berkilat dan sedikit pekat,kacau rata
Angkat dari dapur,tuang bahan A ke dlm bahan B sedikit demi sedikit,kacau sehingga adunan pekat dan sebati,ketepikan dahulu sementara menyediakan bahan adunan putih

Bahan C:
1 cawan santan pekat
1 1/2-2 cawan air
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung..optional
Garam secukup rasa ( bahagian nie mesti terasa sedikit masin baru sedap)

Cara2:
Satukan semua bahan C,tapis dan masukkan ke dlm periuk
Masak atas api sederhana sambil di kacau hingga pekat (saya msk x pekat sgt,x cair sgt)
Biarkan adunan suam sikit baru di masukkan ke dlm botol sos (botol plastik)
Panaskan kukusan hingga mendidih,balut penutup kukusan dgn kain supaya wap air tidak menitis atas adunan kuih
Sediakan acuan lompang yang kecil,sapu sedikit minyak masak
Tuangkan 3/4 adunan hijau ke dlm acuan lompang,kemudian pipekan adunan putih di tengah2 adunan hijau sehingga adunan naik di permukaan,buat sehingga adunan habis
Susun dlm pengukus dn kukus selama 7-10 minit (saya kukus 20 minit ) guna api sedang kecil sahaja (jgn guna api besar,nt bahagian putih santan membuak dan dan bila kuih telah sejuk permukaannya akan merekah dan tidak licin)
Bila kuih dah masak,angkat sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan

11/10/2020

RESEPI APAM MEKAR

Sediakan Bahan.
●190 grm tepung gandum
●2 biji telur A
●160 gula pasir
●100ml air soda/sprite
●1/2sdt Ovalet
●1sdt esen vanila
●2sdt coklat/mocca dll

Cara
👉Panaskan pengukus dulu.

👉Pukul gula & telur..sehingga agak putih dan masukkan ovalet pukul lagi sehingga gebu.

👉Perlahan-lahan mas**an secara selang seli ..air soda dan tepung..Pukul perlahan sehingga sebati.

👉Ambil 1/3 adunan,mas**an mocha paste dan serbuk cocoa dan kacau sebati.

👉Mas**an adunan putih kedalam cup diselang selikan dengan adunan coklat tadi.(putih+coklat+putih)

👉Kukus selama 15 minit dan jangan sesekali buka pengukus sebelum sampai masa yang ditetapkan.

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in ipoh perak ?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

No 30 Persiaran Pinggir Rapat 8, Taman Saikat 31350
Ipoh Perak