The Bos Gaurus Supporters

Page rasmi untuk The Bos Gaurus Supporters dan page bahasa Malaysia no 1. Ditubuhkan pada 22 Disemb

18/04/2021

| TBG - STATISTIK |

Perak FC kini telah kehilangan 7 mata daripada kedudukan mendahului perlawanan.

Tiada pasukan Liga Super lain yang kehilangan mata lebih banyak berbanding mereka selepas mendahului perlawanan.

18/04/2021

| TBG - PASCA PERLAWANAN |



Pengendali Perak FC, Chong Yee Fatt mengakui yang beliau sebenarnya mahukan tiga mata penuh, namun hanya boleh berpuas hati dengan kepututusan seri 1-1 berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Ipoh malam tadi.

Babak separuh masa pertama banyak didominasi oleh Perak FC sehingga ke jaringan pembukaan perlawanan oleh Guilherme de Paula pada minit ke-58. Dan jaringan itu telah menyedarkan KDA FC daripada lamunan panjang seterusnya mula meningkatkan intensiti mereka.

Bermula dari situlah, Perak FC terperangkap dengan perubahan KDA FC dan gagal mengekalkan kelebihan jaringan yang dilakar oleh pemain naturalisasi skuad negara, De Paula tersebut.

Ujar Yee Fatt di sidang media, “Melihatkan aksi babak kedua dengan peluang-peluang yang lawan cipta dan ketangkasan Hafizul Hakim, saya rasa berpuas hati dengan hanya satu mata walaupun kami sebolehnya mampu mendapatkan mata penuh.”

“Sebenarnya bukan hari ini sahaja. Perlawanan sebelum ini pun lebih kurang, kita sia-siakan peluang yang kita buat. Ini memberi tekanan kepada seluruh pasukan terutamanya di pertahanan,” jelasnya mengenai deretan peluang yang terhidang namun banyak disia-siakan.

Perak FC dilihat menggunakan J. Partiban di sebelah sayap kanan untuk memecah masuk ke kawasan pertahanan pelawat. Beberapa gerakan berjaya dicipta oleh Partiban dengan salah satunya telah disudahkan dengan tandukan Guilherme de Paula.

Kawalan di zon tengah yang baik oleh anak didik Yee Fatt sehingga menyukarkan pemain-pemain tengah KDA FC untuk membuat hantaran akhir ke jentera serangan hadapan tampak memberi tekanan kepada lawan terlebih dahulu dalam aksi babak separuh masa pertama.

Kebangkitan KDA FC selepas jaringan Kpah Sherman pada minit ke-79 hampir menyebabkan The Bos Gaurus terus tercicir mata. Namun seperti kata pengendali Perak FC, ketangkasan Hafizul Hakim telah menyelamatkan mereka daripada keciciran mata.

17/03/2021

| TBG - BARISAN PEMAIN |



Kita mengharapkan yang terbaik daripada kesebelasan utama ini. Moga 3 mata dapat dibawa p**ang ke Ipoh malam ini in shaa Allah.

Kejor Yob Kejor! 💛🖤

17/03/2021

| TBG - CARTA LIGA |

Ini merupakan carta Liga Super 2021 setakat minggu perlawanan ketiga ini. Misi wajib menang bagi Perak FC untuk terus menekan pasukan-pasukan yang berada di puncak liga.

Ayuh Yob, kita bawa p**ang 3 mata dari ibu kota Kuala Lumpur malam ini! 💛🖤

17/03/2021

| TBG - HARI PERLAWANAN |



Perak FC akan berdepan cabaran KL City FC malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Jom saksikan secara ‘LIVE’ melalui saluran unifiTV, aplikasi unifi playTV atau akaun Youtube unifi. 👀

Ayuh The Bos Gaurus, keluarkan habis-habisan untuk 3 mata Yob! 💪🏻🔥✨

Photos from The Bos Gaurus Supporters's post 02/02/2021

| TBG - EVOLUSI |

Tadi, admin mendapat beberapa luahan daripada para penyokong The Bos Gaurus yang merasa amat sedih dengan perkembangan terbaharu yang berlaku dalam pasukan kesayangan kita ini.

Pada mulanya, admin turut berasa terkejut apabila dia memberi kepada admin dua gambar di bawah. Ternyata logo Perak FC yang terbaharu ini diplagiat secara 90% hasil sumber ihsan gambar seladang dari Google.

Harapan admin, semoga pihak pengurusan Perak FC dapat menyelesaikan isu pelantikan kepimpinan atasan baharu dengan segera agar kita boleh fokus untuk menyelesaikan isu logo baharu ini p**a.

Harus diingat, sesungguhnya di sebalik jatuh bangun sesebuah pasukan bola sepak itu, terdapat para penyokong yang teguh berdiri menjadi tulang belakang pasukan! 💛🖤

02/02/2021

LOGO BAHARU PERAK FC TERIMA KECAMAN HEBAT DARIPADA PEMINAT THE BOS GAURUS

Kelmarin, Perak FC telah berkongsi satu video di laman media sosial rasmi pasukan di mana terdapat rekaan logo baharu yang akan digunakan oleh pasukan The Bos Gaurus bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Namun begitu, logo yang menggunakan simbolik haiwan seladang dan digabungkan dengan warna hitam dan kuning itu tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat The Bos Gaurus di mana rata-rata daripada mereka mengecam logo tersebut.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata peminat nyata kecewa dengan logo yang dipilih di mana mereka menganggap tiada sebarang usaha yang dilakukan dalam pembuatan serta rekaan salah satu elemen terpenting yakni logo pasukan kesayangan rakyat negeri Perak ini.

Logo tersebut dirasakan terlalu simplistik dan dianggap tidak melambangkan pasukan Perak FC yang kini berusia lebih 100 tahun. Para peminat The Bos Gaurus menggesa agar pihak pengurusan mengembalikan rekaan logo lama kerana mereka menganggap ia jauh lebih cantik dan tidak kelihatan seperti logo “tangkap muat”.

P/s: Admin turut bersama dengan para penyokong The Bos Gaurus dalam isu rekaan logo baharu Perak FC ini.

02/02/2021

| TBG - EVOLUSI |

Akhirnya, setelah dinanti-nantikan sekian lama, akhirnya Perak FC melancarkan logo terbaharunya kelmarin.

A new chapter begins, but the history still remains.
Legends reborn, and the legacy continues.

Apa pendapat kome terhadap logo terbaharu ini?

01/02/2021

Perak FC bakal berwajah baharu dengan logo yang baharu. Gamaknya rupa apa logo tu ye? Diharapkan cukup professional dan moden. 💛🖤

01/02/2021

ZAINOL FADZI TIDAK BERMINAT UNTUK KEMBALI TERAJUI PAFA

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak berminat untuk kembali menerajui persatuan yang pernah diterajuinya dahulu selama lima tahun.

“Tidak terlintas langsung untuk saya kembali ke PAFA, berilah kepada muka baharu yang lebih berminat dan mempunyai cita-cita tinggi.”

Beliau mengulas laporan media yang menyebut beliau antara tiga Exco kerajaan negeri Perak yang dikatakan layak menerajui PAFA jika Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad enggan menerajui persatuan itu.

Dua lagi Exco yang disebut-sebut layak ialah Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Khairul Shahril Mohamed.

Shahrul Zaman yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor manakala Khairul Shahril ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia.

Zainol Fadzi berkata, menjadi Presiden memerlukan masa dan tumpuan khusus, lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19
dan senario politik masa kini.

“Terima kasih kepada yang hubungi, memujuk dan menyokong saya untuk kembali ke PAFA, saya amat hargainya.”

P/s: Zainol Fadzi pernah menerajui PAFA antara tahun 2010 sehingga 2015.

01/02/2021

| TBG - THROWBACK |

Pasukan bola sepak Perak bukanlah nama yang asing lagi dalam kancah sukan bola sepak negara khususnya Piala Malaysia. Kita berjaya menjulang kejuaraan ini buat kali kelima pada tahun 1970, hasil dua jaringan hebat pemain legenda, Baharin Khamis.

Meskipun Kelantan ketika itu hadir dengan penyerang sensasinya, Dali Omar dengan rekod 21 gol sebelum melangkah ke perlawanan akhir, Perak tetap dapat melakukan kejutan sekaligus menjulang piala tertua Asia Tenggara tersebut.

Dan kini, kegemilangan bola sepak Perak akan diteruskan p**a oleh Perak FC. Kejor Yob Kejor!

30/01/2021

Perak FC bukanlah pasukan pilihan untuk diletakkan sebagai pasukan top 5 liga setiap tahun oleh peminat bola sepak Malaysia walau kebelakangan ini pasukan kita menunjukkan prestasi hebat seperti juara Piala Malaysia 2018, naib juara Liga Super 2018 dan final Piala FA 2019.

Namun begitu, Perak FC tetap menpunyai peminat setianya yang tersendiri termasuk bekas jurulatih dan bekas pemain import waima mereka sudah lama meninggalkan pasukan kesayangan kita ini.

The Bos Gaurus always in out heart! 💛🖤

30/01/2021

| TBG - LEGASI |

Tahun 1921 merupakan tahun pertama pasukan bola sepak Perak ditubuhkan. Pasukan ini turut mengambil bahagian dalam Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) yang diadakan buat pertama kali pada tahun tersebut.

Kini, tahun 2021 akan menyaksikan p**a pasukan Perak dikenali sebagai Kelab Bolasepak Perak (Perak Football Club) seiring dengan kehendak penswastaan.

Perak FC akan berwajah baharu dalam masa yang sama akan mengekalkan tradisi gemilang bola sepak Perak yang kini mencecah 100 tahun dari 1921 sehingga 2021.

Kejor Yob Kejor!

28/01/2021

| TBG - LEGENDA |

Laszlo Repasi, satu nama yang paling banyak meniti di bibir para penyokong The Bos Gaurus setiap kali pasukan Perak FC kita melakukan pencarian pemain import.

Penyokong akan sentiasa meletakkan Repasi sebagai penanda aras untuk pasukan sekiranya pengurus mahu menandatangani penyerang import baharu.

Pandangan admin, kita sebagai seharusnya jangan membanding-bandingkan antara para pemain kerana setiap individu mempunyai kemahiran dan keistimewaan yang tersendiri yang boleh digilap.

Walau bagaimanapun, anda tetap legenda, Repasi! 💪🏻💛

28/01/2021

| TBG - Pemain |

Sebentar tadi pemain marquee kesayangan kita, Leandro telah memuat naik satu ‘insta-story’ yang menunjukkan bahawa beliau sudah bersedia untuk cabaran baharu bagi musim ini.

Semangat begini yang kiter mahu Yob!

28/01/2021

| TBG - UCAPAN |

Selamat bergembira dalam menyambut hari perayaan admin ucapkan kepada semua penyokong The Bos Gaurus yang beragama Hindu. 💛🖤

Kredit poster: PAFA

28/01/2021

TAK GUNA TUKAR NAMA

Mana-mana pihak perlu mengambil pengajaran daripada kemelut yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) terutamanya membabitkan dakwaan campur tangan politik.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan berkata, apa yang berlaku ketika ini memberikan gambaran masih ada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) belum bersedia untuk bergerak ke arah penswastaan.

“Dalam perkara ini, pengurusan kelab perlu berfikir di luar kotak mencari dana. Jika masih mengharapkan dana daripada kerajaan negeri, maka inilah yang akan berlaku. Kita tidak boleh berfikir seperti FA, kita kena tukar pemikiran kita.

“Bukan kita nak memperlekehkan PAFA, tetapi apa yang berlaku kepada persatuan itu mungkin boleh diambil pengajaran oleh pasukan atau kelab lain yang masih bergantung harap kepada dana kerajaan atau orang politik.

“Kita tidak mahu perkara sebegini berulang nanti kerana sekarang pun memang masih banyak kelab yang mengharapkan dana daripada kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sejak beberapa hari lalu, arena bola sepak negara kembali bergegar dengan masalah gaji membabitkan pemain dan pegawai Perak FC termasuk pasukan lain di bawah naungan PAFA yang berjumlah RM3.8 juta.

Mengulas lanjut, Sathianathan menganggap isu yang membelenggu PAFA itu memberikan imej buruk kepada langkah penswastaan yang telah diwajibkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Untuk masa akan datang mungkin beberapa perkara boleh diperhalusi terutama individu yang akan memegang saham dalam FC. Sesiapa yang nak ambil alih perlu tahu tanggungjawab mereka selepas mengambil alih sesebuah pasukan bola sepak.

“Mungkin ada orang politik atau mana-mana orang kenamaan yang mempunyai kemampuan untuk mengambil alih sesebuah kelab bola sepak. Tetapi kena terlebih dulu memahami bola sepak ini. Bukan hanya nak pegang pasukan untuk buat nama.

Kredit: Sinar Harian

27/01/2021

Tak sabar nak tengok Farid Khazali kembali beraksi di atas padang lagi selepas PKP nanti. 🔥

Kredit: Perak TBG

Photos from The Bos Gaurus Supporters's post 27/01/2021

| TBG - UCAPAN |

Admin ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC yang sudah selesai diundi bagi menduduki peringkat kump**an Liga Juara-Juara AFC 2021 dan Piala AFC 2021 secara respektifnya.

Kami sebagai The Bos Gaurus Supporters sentiasa menyokong pasukan tempatan yang berjuang demi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Kejor Yob Kejor!

Photos from The Bos Gaurus Supporters's post 27/01/2021

| TBG - INFO |

Pasukan Perak FA sebenarnya pernah bertandang ke Kuala Lumpur dengan hanya menaiki ETS bagi perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras.

Ia nyata satu pendekatan yang berbeza apabila sebelum ini perjalanan ‘away day’ akan dilakukan dengan menaiki bas rasmi pasukan. Hal ini adalah untuk mempromosikan ETS kepada orang awam.

Kredit 📸: Yusrie Zulkifli

26/01/2021

YOB SUDAH BOLEH TERSENYUM

IPOH: Kemelut kewangan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) selesai apabila kerajaan negeri Perak bersetuju menghulur dana untuk membayar tunggakan gaji pemain dan pegawai persatuan itu.

Jaminan itu diberikan oleh wakil-wakil kerajaan negeri termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Sham Mat Sahat yang mengadakan perbincangan dengan tiga naib Presiden Pafa, Datuk Mohammad Yadzan Mohamad, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin dan Datuk G. Irudianathan, kelmarin

“Syukur Alhamdulillah, kerajaan negeri bersetuju untuk membantu melunaskan bayaran yang tertunggak.

“Setiausaha Pafa akan mengemukakan butiran bayaran bagi dikemukakan kepada pihak berkenaan. Kita berharap agar bayaran dapat dilaksanakan sebelum 7 Februari ini.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak di atas kesudiannya membantu,” kata Mohammad Yadzan ketika dihubungi di sini hari ini.

Pafa mempunyai tunggakan gaji pemain dan pegawainya selama sebulan setengah iaitu separuh bayaran bagi bulan November dan Disember berjumlah RM3. 8 juta.

Jumlah itu tidak termasuk bayaran gaji bagi bulan Januari yang akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut Mohammad Yadzan, keutaman diberikan terhadap bayaran gaji pemain dan pegawai agar meredakan ketengangan yang memuncak akibat kelewatan bayaran yang berlaku.

Yadzan menjelaskan, Pafa akan menyelesaikan semua isu Pafa satu persatu agar perjalanan persatuan itu kembali berjalan seperti biasa seperti mengadakan kongres dan penyerahan kuasa Perak FC kepada pemilik sebenar.

Link akhbar: https://www.utusan.com.my/sukan/2021/01/yob-sudah-boleh-tersenyum/

26/01/2021

Sedikit pesanan daripada pemain baharu, Azri Ghani kepada semua penyokong Perak The Bos Gaurus.

Jangan lupa untuk patuhi SOP jika kome berada di luar ye! 😉

Kredit: Perak TBG

'Bukan kami tak mahu bantu' 26/01/2021

| TBG - AKHBAR |

“Sebenarnya kami memang sedang berusaha keras untuk membantu kewangan PAFA ini, tetapi kerana ia melibatkan jumlah kewangan yang besar ia turut melibatkan pelbagai proses tambahan p**a pada hujung tahun di mana banyak pihak yang menutup akaun dan sebagainya. Itu yang ambil masa.”

'Bukan kami tak mahu bantu' KERAJAAN Negeri Perak sedang berusaha untuk menyalurkan dana kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang kini dilaporkan berdepan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan. Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, pihaknya berdepan kekangan masa....

FAM, MFL pantau kemelut PAFA 26/01/2021

| TBG - AKHBAR |

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya turut terkejut dengan kenyataan Ahmad Faizal yang mendakwa PAFA belum menjelaskan gaji pemain dan pegawai pasukan Perak FC selama sebulan setengah.

FAM, MFL pantau kemelut PAFA LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan terus memantau perkembangan terkini kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) setelah peletakan jawatan Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Gha...

26/01/2021

BELUM TERLINTAS MAHU TINGGALKAN PERAK - Shahrul Saad

Isu tunggakan gaji hampir keseluruhan pemain dan pegawai pasukan Perak sejak November lalu seakan menuju noktahnya. Melalui kapten pasukan bolasepak negeri itu Shahrul Saad, ianya sudah diberi penjelasan oleh individu yang sudah menganggap pemain-pemain itu seperti anak-anaknya sendiri bahawa jumlah tunggakan tersebut akan diselesaikan sedikit masa lagi.

Individu yang selalu menjadi tempat untuk pemain-pemain Perak satu ketika dahulu mengadu nasib & meminta pandangan itu turut berpesan supaya Shahrul serta pemain-pemain yang lain kekal fokus pada aktiviti latihan dan jangan cepat membuat keputusan mahu meninggalkan Perak, kerana pasukan ini adalah satu tanggungjawab dan bukannya sesuatu yang boleh dibuang atau ditinggalkan apabila pasukan dipalit kesusahan.

Nasihat itu disambut baik oleh pemain paling berpengaruh dalam pasukan, Shahrul Saad malah berjanji dia & rakan-rakan yang lain akan membuat sesuatu yang dapat membanggakan pasukan & negeri Perak amnya sepertimana ketika mereka berjaya kembali meletakkan Perak sebagai pasukan juara pada 2018.

P/s: Nice words Shahrul Saad, dalam masa yang sama admin harapkan pihak pengurusan tertinggi PAFA dapat selesaikan isu ini dengan segera. Kasihan pemain-pemain kita. 😔

24/01/2021

Leandro tanya kat Careca dan Partiban, “Satu tambah satu, jawapan dia tiga kan guys?” 😂

24/01/2021

Apa benda lagi laa yang si Kenny buat ni? 😅

24/01/2021

| TBG - UCAPAN |

TBG Supporters mengucapkan seinfiniti penghargaan kepada YB Dato’ Seri Faizal Azumu yang telah selesai berkhidmat sebagai Presiden PAFA serta Dato’ Adly Shah, turut tamat perkhidmatannya sebagai Timbalan Presiden PAFA.

Admin mendoakan kesejahteraan buat kedua-dua mereka, amiinnn.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

PENGENALAN LOGO BAHARU PERAK FC
GOLDEN GOAL DARI LIM SENG KONG
CLEARANCE SALES
Hari semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah, hari esok masih terserah. Ayuh, kita tempuh 2021 dengah gagah! 🔥#...

Category

Website

Address

Jalan Sultan Azlan Shah (U)
Ipoh
31400

Other Sports in Ipoh (show all)
Colour & Water Fun Run 2023 Colour & Water Fun Run 2023
Jabatan Kesihatan Negeri
Ipoh, 30000

Larian Kesihatan - CWFR2023

MSN PERAK Webinar MSN PERAK Webinar
Wisma Msn
Ipoh, 31400

Page ini adalah milik Majlis Sukan Negeri Perak yang diwujudkan bagi pelaksanaan program-program sec

Underscore_DBH Underscore_DBH
Ipoh

Welcome to UNDERSCORE Skateboard Shop. ✔️All ready stock. ✔️Sell at low price. ✔️Our ite

Enoch Manasseh Hemanathan Enoch Manasseh Hemanathan
38 Jalan PUTRA 3C, TMN KLEBANG PUTRA
Ipoh, 31200

Badminton is a racket sport played by either two opposing players (singles) or two opposing pairs (doubles), who take positions on opposite halves of a rectangular court that is di...

RK BAT CARE RK BAT CARE
Ipoh, 30000

RK : OFFICIAL CRICKET BATS REPAIR IN SRILANKA We care your lovely cricket bat All kinds of bats repair RK BAT CARE 0752318929

Praven Badminton Academy - PBA Praven Badminton Academy - PBA
IPOH
Ipoh

PERSONAL BADMINTON COACHING FOR KIDS AND ADULTS

Tigger Badminton class Tigger Badminton class
Ipoh

Welcome to tigger badminton class, for more information please contact us..

KELAB Taekwondo VAC Taebaek KELAB Taekwondo VAC Taebaek
39B, Jalan PUSAT PERNIAGAAN SILIBIN 2, PUSAT PERNIAGAAN SILIBIN
Ipoh, 30100

We accept students start from 5 years old. We also providing Classes for Women & Personal Training. for more details Whatsapp us @ http://wa.me/0164194403 http://wa.me/01133812302

David Swimming Academy Ipoh - DSA David Swimming Academy Ipoh - DSA
Ipoh, 30100

program for Learn To Swim, Pre-competition and Water polo.

Eagle Pro Archery Academy EPAAC Eagle Pro Archery Academy EPAAC
SK Jalan Panglima Bukit Gantang
Ipoh

Eagle Pro Archery Academy Ipoh Perak. 0184652599 WA/Call

PS Sports Ipoh (寶森運動) PS Sports Ipoh (寶森運動)
No. 83, Jalan Sultan Iskandar Shah, Ipoh
Ipoh, 30000

Badminton sports equipment shop

Ipoh pool party Ipoh pool party
Ipoh, 31400