JJCM at PERAK
page rasmi berkenaan hal makanan n minuman di sekitar Perak. Moh kome kita JJCM @ PERAK!
Berjaya bukan bermaksud pandai dalam pelajaran, dapat semua subjek A saja.
Anak pandai bertukang pun boleh berjaya.
Anak pandai masak pun boleh berjaya.
Anak pandai menghias pun boleh berjaya.
Anak pandai bab agama pun boleh berjaya.
Anak pandai bers**an pun boleh berjaya.
Kecik sangat hati seorang anak kalau dengar emaknya mengeluh tentang dirinya. Kita tak tahu betapa anak struggle nak jadi yang terbaik.
Seorang emak yang mengeluarkan kata-kata buruk tentang anaknya jauh lebih sakit dan pedih berbanding 10 orang lain yang berkata buruk padanya.
Doakan yang baik-baik untuk anak kita. ❤️🫰🏻
Apa gunanya anak berjaya yang emak bangga-banggakan tapi nak telefon bertanya khabar pun jarang sekali, balik jenguk emak pun setahun sekali? 🥺
Komik kredit Asmak 🌹
Penangan McMing, habis daging oblong Ramly kat kedai
Tapi memang daging oblong Ramly ni sedap pun. Dah beberapa kali beli. Recommended 👍
credit: FATHUL FARISAN
Kaedah Berkesan Mengawal Nyamuk
Dalam Teknik Mengawal Nyamuk ini saya menggunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat dengan keharuman Lemon (botol kuning berharga sekitar RM2.80) dan ia berkesan. Terima kasih kpd anak buah perempuan saya.
Ia adalah murah dan tidak toksik seperti Ridsect atau Fumakilla dan yang lain2.
Akhirnya dijumpai tip berguna untuk rumahtangga ;
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini ;
Tip ini telah diperkenalkan di satu forum gardening .
Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat . Lepas tu letak dekat poc, patio, meja, kerusi, mahupun di luar rumah. Saya tak pasti apa sebenarnya yang membuat nyamuk itu tertarik kepadanya, samada pada haruman lemon ataupun pinggan berwarna putih itu.
TETAPI .... ternyata nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3m dari pinggan itu.
CUBALAH --- Ia mujarab dan sungguh menakjubkan! Mungkin agak 'trivial', tetapi ia boleh bantu kawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekirar rumah anda terutamanya tempat2 ada wabak Denggi atau Zika atau lain2 virus yang boleh menyerang baik haiwan mahupun manusia
Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.
Klu mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.
Nota:
1. Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.
Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.
2. Bila peguam dan bank akan release 5% retention sum?
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.
Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain
3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.
Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.
4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama,
So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.
Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.
============
Pengalaman saya
Pengalama PERTAMA
Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.
Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.
Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.
Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.
Tapi klu guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.
Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.
Kes SELESAI.
.........
Pengalama KEDUA
Leaking dalam bilik air saya betul2 di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.
Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.
Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.
Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.
So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.
Tak sempat pun saya report ke tribunal
Kes SELESAI
Kredit: Wa Aqilah Aq
Kalau kau nampak "tasik", maknanya kau dah lama tak mancing.
Semua wajib baca dan Share untuk kebaikan bersama
1) PETUA..
Jika.. Badan kebas dan kejang2 urat itu tanda awal nak kena angin ahmar.. Minum lah air kelapa biar lembut urat 3hari turut2 InsyaAllah tak jadi penyakit bahaya itu.
2) PETUA..
Jika mata macam nak pitam pagi2 amal kan makan buah masam2 itu tanda darah beku dalam kepala takut jadi ketumbuhan nya jadi buah masam2 dia cairkan darah.
3) PETUA..
Jika sakit rusuk tulang nya bisa. Jangan takut itu urat masuk angin makan lah bawang putih bakar InshaAllah baik lah.
4) PETUA..
Jika sakit di ulu hati mungkin gastrik mungkin paru2 dan mungkin urat jantung bengkak makan lah ubat gamat kering dengan sireh pinang InshaAllah baik jika 3 hari turut2 1X satu hari saja
5) PETUA..
Jika tarik nafas sakit itu urat nafas tegang pergi lah urut badan dan amal minum air buah pala rebus 3biji InshaAllah baik lah.
SEMOGA ANDA SIHAT SELALU
Kredit: Pusat rawatan islam Aura Nur Temerloh phg, Ust azmi awang
[[ RESTORAN SAJIAN PATIN SUNGAI ]]
Dekat kawasan Taman Jati, Ipoh ni ada 1 Restoran yang usia perniagaan nya lebih 25 tahun dan menjual aneka menu masakan ala kampung yang lazat!🥰
Istimewanya, kedai ini dibuka seawal 630 pagi lagi untuk menu sarapan pagi dan para pelanggan akan dihidangkan beraneka jenis makanan seawal pagi, seperti roti canai, nasi lemak, lontong, English Set Breakfast dan berbagai-bagai lagi.😍
Masuk jam 10 pagi p**a , sesi masakan ala kampung p**a meneruskan kesinambungan perniagaan di Restoran ini. Dengan hidangan lazat seperti PATIN MASAK TEMPOYAK, SUP DAGING , KARI IKAN SEMBILANG Dan lebih 30 jenis lagi lauk pauk lazat menanti kome!🥰
link Tiktok JJCM Perak berkaitan perniagaan ini:
https://vt.tiktok.com/ZSN5PxLj9/
( jemput like komen share repost byk2 tau InshaAllah 😍)
Pelanggan setia memang ramai berkunjung ke sini seawal pagi dek kerana variety dan pilihan makanan yang beraneka di sini. Tambahan p**a, harga pun cukup berbaloi dan berpatutan tau. 🤩
Staff di sini dan semestinya empunya kedai iaitu abang Murad pun mesra melayan para pelanggan, dengan suasana kedai pun ada seksyen berhawa dingin untuk keselesaan Kome!♥️
Apa tunggu lagi, jika datang ke IPOH dan nak rasai keenakan menu ala kampung lazat, berkunjunglah je Restoran Sajian Patin Sungai! Insha Allah berbaloi 😍✅
📍 Restoran Sajian Patin Sungai
1193, Jalan Jati, Taman Meru 3c, 30020 Ipoh, Perak
Google map:
https://g.co/kgs/tvLKnz
🕧630 pagi - 4 petang ( KHAMIS & JUMAAT CUTI )
📞016-562 5420 ( pertanyaan / tempahan)
Ada yg tanya mcmna nak jadikan serat-serat tu rangup dan tak bergumpal?
Jom saya share resepi Ayam goreng berempah yg rangup ni..
Tiada masalah pun saya nak kongsi sbb ilmu ni pun saya dpt percuma.. Belajar dgn cikgu google dan pengalaman je..
Yang penting tiada rahsia tersembunyi..hihi
Potong ayam besar2,slalu sy potong 4,
resepi utk setengah ekor aym,
Bahan kisar;
Bawang besar 1bj,
Bawang putih 3 ulas,
Halia,lengkuas 2 inci,
Cili kering/serbuk cili,
Serai 3 batang,
Ketumbar 1 sudu,
Jintan manis setengah sudu,
Buah keras 3bj,tak letak pun boleh,
cili kering/serbuk cili tu ikut selera masing2 ye,klu xnak letak pun blh..
Blend semua bahan tu dgn 2biji telur dan air asam jawa pekat,klu blh jgn masuk air langsung sbb kita taknak ayam tu berair sgt,klu letak air pun stakat utk bg blender tu pusing je..
Perap ayam dgn bahan yg dikisar tadi dan juga bahan2 ni👇👇👇
Serbuk kari 1sudu penuh,
Garam,
Daun kari sikit,
secubit gula,
1sudu tepung beras dan 1sudu tepung jagung,
sedikit bahan perasa contohnya hilal/aji/cukup rasa/pasti sdp etc..
Perap 30minit, satu malam lg umphh..
Goreng dgn api sederhana,tutup dgn penutup periuk sewaktu menggoreng.. 2-3 minit sblm angkat kena buka tutup periuk.. Kaedah ni untuk dapatkan ayam yg rangup tp berjus didalam..
Untuk dapatkan serat yg garing tu, bila dah siap goreng smua ayam.. Amik serdak2 yg tinggal dan goreng dgn api sederhana, masa tgh goreng tu.. Kacau2 serdak tu supaya dia x bergumpal atau berketul.. Bila dah garing..angkat..tus..dan tabur pada ayam goreng tadi..
Nota # lepas goreng ayam, rehatkan ayam tu lebih kurang 5-10minit sblm dipotong,sbb kita xnak ada darah yg keluar lepas ayam dipotong.
Selamat mencuba😄
Cdt: Murni Rahmat
FOODIE FOOD FEST 2023 kini singgah ke bumi IPOH, dengan lebih 150 jenis makanan dan minuman viral menanti kome semua yob yong! Ingat makan-makan, ingat FOODIE FOOD FEST!
📍Foodie Food Fest @ IPOH
Perkarangan Parkir Mydin Mall Meru, Ipoh
7-10 Disember 2023
11pagi - 12 tengah malam
Kisah pilu anak syurga, Zayn Rayyan
credit: HMETRO
Tahukah kome?
Dalam dunia percintaan rubah, ketika rubah betina mati, rubah jantan tidak akan mencari pasangan baharu sehingga akhir hayatnya. namun jikalau rubah jantan yang mati, si rubah betina tersebut akan terus mencari pasangan(jantan) yg baharu
Setia ooo si jantan.. ❤️
Orang dok viral. Maka akak pun cuba le buat. Beli sebotol sunlight. Ada 2 botol kosong utk 2 tmpt cuci pinggan.
1.Tuang 1/4 sunlight dalam botol kosong.
2.Bancuh 3sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam tu dlm botol tadi hingga 3/4 botol.
4.Kocak kocak.. Siap.
Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pinggan pun bersinar. Jimat kome.. Selalu 1botol sunlight ori tu seminggu aje.. Cuba la..
Credit : rufina
cliche sangat 😂😂😂😂😂
sambungan dialog: " aku dah jadi agen ni... "
perkongsian: PYROMANIA ART
** Kome pernah jumpa tak jenis macam ni dalam hidup Kome? hahaha. Jangan Ribut ribut, Buang saje TOXIC mcm ni dalam hidup korang.. 🤭
Okay la klau x s**a Sy blh block je..
Stress Sy klau jmpa org mcm ni..entah apa Salah sy tak Tau la..klau x s**a status Sy tk payah la tengok..dripada Sy okay je...Sy blh jadi gila Tau mcm ni 💔💔 tak ada angin tak ad ribut ttba kecikkan hati Sy mcm ni..
kepada yg tak s**a Sy mnta maaf dri hujung rambut ke hujung kaki ye..klau Sy ada hutang blh tuntut.. Sy undur diri dlu.. bye 🕊️
perkongsian: EMYLIA NASTIE
Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk.
Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak?
Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid.
Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.
Saya dah pernah kongsi tentang remedy untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster.
Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak?
Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.
Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk.
Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.
Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.
Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa.
Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.
Caranya ialah:
1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
2. Leraikan lapisan bawang tadi.
3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
7. Ambil satu sudu dan minum.
Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
Orang putih panggil 'cough syrup.' Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. 'Homemade remedy' untuk batuk.
Boleh cuba di rumah.
Credit:DrRizal
RESEPI SIRA LABU
Bahan-Bahan:
1/2 biji labu
2 ketul gula melaka (atau belah kelantan guna 3 keping nise)
4 Sudu besar gula
Secubit garam
Sedikit air kapur
Sehelai daun pandan disimpul
Cara Membuat:
1. Kupas kulit labu dan potong memanjang. Kemudian rendam dalam air kapur selama 1 jam atau lebih.
2. Panaskan air, masukkan gula melaka, gula, garam dan daun pandan.
3. Masak hingga kuah mendidih dan agak pekat baru masukkan labu.
4. Bila air labu telah agak kering dan nampak berkilat baru tutup api.
Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan
Resepi Masakan
Watak Tiong Man masih rahsia.
Betul-betul mengimbau zaman persekolahan ni.
1 lagu yang korang boleh dengar ulang banyak kali?
Hidangan baru ke ni?
MUS MID
Mesti peminat genre ROCK KAPAK ni!!
Yeayyy..yeayyy 😅🤣🗿
Ular Sawa membelit King Cobra sementara King Cobra menggigitnya. Kedua ular tersebut mati, satu kerana sesak nafas dan ular sawa mati kerana bisa.
Dan begitulah cara manusia menghancurkan satu sama lain. Persahabatan berakhir, hubungan berakhir, dan keluarga akhirnya menghancurkan diri mereka sendiri kerana yang satu selalu ingin menjadi lebih baik dari yang lain.
Beberapa orang "membekap" orang lain dengan ego kehebatan mereka, yang lain akhirnya meracuni dengan gosip, iri hati, dan tipu daya hingga mereka saling menghancurkan satu sama lain.
Pilihlah cinta, kasih sayang, kesetiaan, dan kejujuran 🙏🏿
- Le' Fleur Cafe, Canning Garden -
Port best untuk meraikan insan istimewa Kome dengan aneka menu makanan yang lazat dan suasana persekitaran yang kemas dan cantik!
Anak jati Kuala Kangsar, Abang Sharizal mengilhamkan cafe bernama Le Fleur ini dan suasana cafe yang santai & dekorasi menarik, sesuai bebenor sebagai port OOTD terbaru untuk kome ajerr! 💛
Bahan-bahan Premium juga digunakan di cafe ini untuk beri kepuasan terbaik untuk kome !
Set menu berasaskan nasi pun ada tau. Kena cuba Nasi Gulai Lemak Cili Padi Daging, Nasi Butter chicken, Nasi Kung Pao Chicken yang portionnya berbaloi baloi!
Menu western food seperti Grilled Chicken Chop, Fish & Chips dan Spaghetti Meatball pun ada selain snek ringan seperti Popcorn Chicken, Sweet Potatoes dan juga Smiley Fries. Menarik bukan !😀
Macam macam ada tau dekat sini, sesuai bebenor dengan majlis keraian kecil dan juga untuk bersama yang tersayang dekat sini!♥️
Port OOTD yang menarik seperti The Library, Workspace, The Mainplace, Socialite, The Signature & Open Air disediakan pada yang gemar bergambar 📸
Private Room pun ada tau di sini. Sesuai juga sebagai tempat perjumpaan dengan keluarga mahupun dengan rakan taulan 😍 ✅
Aterr kome…Jom le singgah! 😋
Jom Support!
✅ Le Fleur Cecil Rae
📍 No.4, Lebuh Cecil Rae,
31400, Canning Garden, Ipoh, Perak
https://foursquare.com/v/634e2ecece69400ab9b7197f
Waktu operasi : 10 pagi - 7 malam
( Isnin Tutup )
📞0139382107
Link ke tiktok JJCM PERAK berkaitan cafe ini:
1) https://vt.tiktok.com/ZSNHKyWY9/
Dulu ada arwah Bapak mertua,selalu tidur sana n mak mertua mesti masak ayam ni..sdppp..mak kata msk ni sng sbb ayam xyah goreng..😅😅😅
Lebih kurang resipi mk Mertua km..
CARA MASAK AYAM PERATTAL @ CHICKEN PERATTAL
BAHAN-BAHAN:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika s**a @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari
Klik disini untuk resipi penuh:
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kelapa. Kalau xde blh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap utk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.
3. Tambahkan juga daun kari.
4. Dan juga bahan kisar tadi.
5. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.
6. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
7. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
8. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.
9. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
10. Empunya resipi tidak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).
11. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.
12. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan.
Credit: Sheena Supramaniam
Fesyen zaman sekolah dulu
Rambut- belah tengah
Seluar- tempah kat kedai cantona 7 Sungai wang plaza. Kalau Ipoh, YIK FOONG, SUPER KINTA tak pun dekat BAZAR BULAT.. 🤣🤣🤣❤️❤️❤️
Poket belakang -malboro cutting
Poket rahsia- untuk simpan rokok
Cutting kaki- 22
Kasut - penguin
Beg sekolah- kecik jer. Buku teks pun tak bawak
Bila teringat pakaian zaman sekolah menengah gelak sorang2
[[ ABANG NASI AYAM, KAMUNTING, PERAK ]]
Kome inginkan nasi ayam sedap dan PORTION puas hati? Di Kamunting, Perak ada 1 port best untuk kome ajerr!! 😍
Nasi ayam di sini adalah resepi turun temurun dan stail nasi ayam utara, nasinya warna kuning! Ayamnya p**a cukup juicy dan perapan nya hingga ke tulang!✅
Portion nasi ayam di sini memang BERBALOI, lagi lagi kalau ambil set AYAM SEBELAH, siap dengan air dan DIJAMIN PUAS HATI!! 😍
Link Tiktok JJCM Perak berkaitan Abang Nasi Ayam:
https://vt.tiktok.com/ZSNPVU85D/
( jemput like komen share repost byk2 tau InshaAllah 😍)
Lokasinya p**a berhampiran dengan Kolej Komuniti Kamunting dan selain nasi ayam ada juga menu bihun sup utara dan juga sup kaki ayam, kaya dengan KOLAGEN tau! 🤩
Aterr kome, kalau duduk berhampiran Taiping & Kamunting, atau ada ke sana atas sebarang urusan, singgahlah ke restoran ini, Insha Allah PUAS HATI!😊👍
Moh Kome! 😍
📍 Abang Nasi Ayam
No 6, Laluan Kamunting 4, Taman Jana Mulia,34600, Kamunting, Perak
🌍 Google map:
https://g.co/kgs/GD1XFT
🕧 10 pagi - 630 petang ( RABU CUTI )
📞011-5504 6991 ( pertanyaan / tempahan )
K O M E N A K P E R G I I P O H ?
1) Air minuman/sup yg dibungkus susah nak bukak
2) No Waze jangan cuba masuk Manjoi
3) Pengkalan bukan bermakna tepi laut
4) Station 18 hanya station 18. Tiada 16 17 19
5) Biasa jumpa orang drive kereta slow ya amat
6) Terlepas 1 store burger jgn risau depan ada lagi
7) Medan Gopeng bukan di Gopeng
8)Tasek tiada tasik
9) Limau bali famous tapi ramai orang Ipoh tak pandang pun 😁
10) Sebut 'Ipoh Padang' bukan 'Padang Ipoh'
11) Pasir Putih bukan di Kelantan je
12) Ampang pun bukan di Selangor je
13) Meru pun bukan di Selangor je
14) Medan ada di Ipoh, tapi Medan Kidd le
15) Klebang tu bukan kat Melaka aje
16) Padang Polo takde pun orang main Polo
17) Nasi G***a tu takde g***a pun tapi ketagih yakmat
18) Kalau terlepas simpang IPOH, u-turn di Kuala Kangsar
19) UK pun ada di Ipoh, Ulu Kinta
20) Sungai Tapah bukan kat Tapah tapi kat Manjoi
21) Manjoi tu bukan Manjung
22) Menglembu tu nama tempat, bukan nama kacang
23) Tasek Raban tu bukan tasik tapi kedai makan
24) Jalan Kuala Kangsar tu bukan di Kuala Kangsar pun
25) Gerbang Malam aje ada, Gerbang Siang takde
Welcome to Ipoh.
Kredit: Sha Zam
Bukan harimau ya..tapi Ayam.Meraung🥰
Ramai yang tak makan daging cemburu tengok orang makan daging harimau menangis, jangan bimbang ada versi ayam p**a ya.
Namanya Ayam Meraung dengan sos meraung thai
BAHAN PERAPAN DAGING/AYAM (PERAP 3 JAM)
Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak
CARA PENYEDIAAN
– Kisar semua bahan dan lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
– Saya perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum masak.
– Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit. Bakar dengan api kecil.
BAHAN SOS
Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kasar
Beras goreng
Daun ketumbar (cincang)
Akar ketumbar (cincang)
Cili padi (cincang)
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)
CARA PENYEDIAAN:
– Bancuh semua bahan, perasakan.
Kredit resepi drpd Rasa dot com
* *
Atas sambutan yang AMAT MENGGALAKKAN, kini Restoran Nasi Kandar Mamu Sempoi dibuka juga waktu malam! 🤩
7pm - 11 pm tau, jadi yang craving makan NASI KANDAR padu dan sedap, moh kome datang ramai ramai ke sini! Insha allah puas hati !!😍✅
📍Nasi Kandar Mamu Sempoi
5, Jalan Toh Puan Chah, Ipoh, Perak
⏱️1030am - 3pm ( waktu siang )
7pm - 11 pm ( sesi malam )
📞05 7824 465 & 010 5053 786
( pertanyaan / tempahan )
Ikan goreng paling anak dan suami s**a musim hujan gini.
Ikan Selayang Rebus nise, goreng panas panas bau dia saja buat berair mulut. Lagi lagi musim hujan gini, boleh makan dengan nasi panas, ubi rebus dan juga pulut.
Ikan rebus nise goreng ni asalnya daripada Thailand resepi dia, tapi barang semua ada di Malaysia jadi semua boleh buat
Resepi dan Gambar HAK MILIK : Vi Ibi Haji Ariffin
CARA PENYEDIAAN:
1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan limau purut 15 helai ke dalam periuk.
2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan
3.Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dlm peti makin sedap.
Nak makan boleh keluarkan dari peti sejuk dan panaskan saja. TAPI NAK lagi sedap kena goreng garing kruppp kruppll
Ni yang dah digoreng, perlukan kesabaran sebab dia meletup-letup sikit. Akak buka api slow tutup dengan tudung periuk.
Goreng bawang besar sekali dan bila masak perah asam limau..pergg nak jerit sero.
GAMBAR : MY DAILY MAKAN
GOOGLE
KOME SUKAKAN KARNIVAL DI SEKOLAH ?? INGIN MERASAI KEMANISAN JOIN KARNIVAL/HARI USAHAWAN MACAM ZAMAN PERSEKOLAHAN DULU DULU TAK??
👇👇👇👇👇Aterr...Moh kome ke 👇👇👇👇👇
🎪KARNIVAL BACATHON DAN HARI KEUSAHAWANAN
SK TAMBUN🎪
🥳Cabutan bertuah untuk kutipan tertinggi Bacathon.
🎤Tuju lagu(Karaoke)
👻Rumah hantu
🦜Mini Zoo
🏹Memanah
🎢Soopa Doopa
🎣Memancing
🎯Nerf Shoot
🧥👘Jualan Pakaian Preloved
🥙Pelbagai jualan makanan dan minuman
Di sini juga kome semua boleh mengunjungi tapak pameran & jualan⛱️
🎗️Pemeriksaan kesihatan secara percuma
🎗️Tabung Haji
🎗️Bank simpanan Malaysia
🎗️Unifi
🎗️Takaful ikhlas
🎗️PTPTN
🎗️My Brick Hub
Bila tu???😍
📆25 November 2023 (Sabtu)
🏫 SK Tambun Jalan Ampang 31200 Ipoh Perak
🌍GOOGLE MAPS :
https://g.co/kgs/ZHakQD
⏰ 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Ater Yob yong...Moh La Kome, Ramai-ramai..‼️
Bawalah bersama ahli keluarga👨👧👦 dan rakan-rakan kerana pelbagai aktiviti menarik menanti ! UNTUK KOME AJER!! ✅😊
🎁Rebut peluang hadiah misteri untuk teka kacang🎁
Jangan lupa datang☺️Kami semua nanti kehadiran semua🤗
Datang beramai-ramai!! ♥️✅
[[ STREET SMOOTHIE, IPOH ]]
Kome penggemar air smoothie, milk shake & ice blended? Tahukah kome di IPOH ada booth jualan air pemilikan tempatan yang setanding dengan jenama antarabangsa?♥️
Ya branding STREET SMOOTHIE merupakan syarikat milik penuh anak Malaysia yang menjual aneka minuman berasaskan smoothie, milkshake & ice blended yang menyegarkan!🥰
Menggunakan bahan premium dan berkualiti, produk mereka dijual pada harga yang berpatutan dan paling penting setiap hari ADA PROMOSI!! 😍
Aneka pilihan minuman ada di booth mereka di tingkat 2, Ipoh Parade dan rasanya memang enak dan cukup menyegarkan tekak!🤩
link Tiktok JJCM Perak berkaitan STREET SMOOTHIE:
https://vt.tiktok.com/ZSNabcpmW/
( jemput like komen share repost byk2 tau 😍)
Jangan lupa beli produk ini pada harga promosi, yang memang sangat berbaloi, paling penting brand ini daripada MALAYSIA ! ✅
JOM SUPPORT!! 🇲🇾
📍 STREET SMOOTHIE, IPOH
Unit KS05, Ipoh Parade, 2nd Floor, 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak
( Tingkat 2, Berhampiran SEN Q dan eskalator nak ke Panggung Wayang )
🕧10 pagi - 9 malam
RESEPI KERABU TAUGE BERSAMA KERANG
Bahan-bahan:
2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa
*boleh ditambah cili api jika s**akan pedas
Cara:
1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.
Perkongsian: proviral masakan
MAN LAKSA 2 merupakan salah satu perancangan Allahyarham bang Mamat Khalid, bagi membikin sekuel kisah unik dan kelakar ini.
Menurut seorang wartawan yang sangat rapat dengan Allahyarham bang Mamat, ini adalah kerana permintaan yang tinggi, daripada rakan selebriti dan peminat yang sempat bersua muka dengan dirinya.
Allahyarham bang Mamat, dikatakan sangat teruja dan bersemangat untuk menghasilkan Man Laksa 2. Namun sayangnya, harsatnya tidak kesampaian. Man Laksa yang memaparkan kisah masyarakat yang berlaku dalam suatu malam.
Uniknya, Man Laksa tidak bosan walaupun ditonton berulang kali. Plot, lakonan dan komedi yang dipaparkan menghasilkan “magis” yang tersendiri, daripada hasil karya Allahyarham Mamat Khalid.
credit: BRADER FILEM
Port nasi kandar padu di Ipoh! Kome pernah makan di sini?
Tan Sri P. Ramlee lebih bijak dari seorang profesor....40 tahun dulu dia dah tahu apa akan jd pada anak anak sekarang yg dididik oleh golongan cerdik pandai berbanding ibubapa kampung....itulah 'anakku Sazali...'
Kisah & Luahan Perasaan Ibu (Zeeda Aziz), Anak Darjah 3 Ditampar Kuat Guru Sekolah
Anak aku darjah 3. Pernah ditampar kuat oleh cikgu. Dia tak cerita pun. Hanya selepas beberapa bulan, itupun sebab aku tanya samada pernah tak cikgu tampar atau pukul, barulah dia mengaku. Aku tanya, kenapa tak cerita kat mommy? Jawabnya, takut mommy marah.
Good! Ini betul2 anak mommy. That is how you learn about life, my son. Not every single thing nak mengadu pada mommy. Kalau jatuh calar pun mommy akan cakap “Alaa, sikit je. Not that bad.”
Anak-anak aku lebih takut aku dari guru mereka. Knowing that his teacher once slapped him, I hired her to be my kids private tutor. She meets my requirement. Tegas. Old school teaching method.
Kita hidup dalam dunia yang mencabar. Sekolah adalah tempat persediaan untuk menghadapi dunia akan datang. Jika setakat dirotan tampar pun nak mengadu dengan mak, nanti bila dimarah bos, merajuk berhenti kerja, balik kampung duduk dengan mak. Dasar tak boleh kena marah.
Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling s**a/admire. Without hesitation, Danish jawab, “My English teacher.” There you go. Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.
Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah pegang smartphone, sibuk ber’whatsapp’ dan ber’facebook’.
Siapa bff anak? TV? Tablet? Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin? Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik. Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?
Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Pelajar menjadi nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang. “Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di rumah”.
Exactly!
Anak yang melihat kuasa ibubapa menekan guru mereka, mula rasa ego mereka mencanak naik. Guru dilihat seperti orang suruhan ibubapa mereka. Ada ibubapa mengherdik guru, mengatakan duit gaji guru adalah hasil dari pembayaran cukai ibubapa ini. Besar sekali lagak ibubapa. Semakin besar kepala anaknya nanti.
Jika kamu tak setuju dengan pemikiran aku, itu bukan masalah bagi aku.
Pada aku, tak semua orang mampu menyandang profession sebagai seorang pendidik. Sedangkan kamu seorang yg terpelajar pun, hantar anak ke tadika untuk belajar ABC, 123. Kenapa tak mengajar sendiri? Sukar bukan?
To all teachers, you have my respect. Dan aku akan cuba pastikan anak2 aku tetap menghormati dan mengingati jasa guru2 mereka supaya mereka sedar, tanpa guru, mereka tak akan jadi orang yg berilmu dan beradab.
“Bapak yang bersalah.. Bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya sudah terlambat” – Anakku Sazali
📮_*♡Sharing is Caring♡*_
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
No. 12 , Persiaran Pegoh Aman 6, Taman Pegoh, Lahat
Ipoh, 31650
Kami menyediakan sajian istimewa sehingga setiap suapan anda terasa nikmatnya! :)
No 1B, Jalan Meru Bestari A6
Ipoh, 30020
Kursus Latihan Pengendalian Makanan di Bandar Meru Raya , Ipoh Perak. Kursus ini di bawah Kementeria
76A, Medan Stesen 18/3, Station 18
Ipoh, 31650
Kami Menyediakan Kursus Pengendali Makanan Secara FIZIKAL ( Ipoh - Station 18 ) & ONLINE Kami juga boleh jalankan Kursus di lokasi ANDA !!!
Ipoh
Certified KKM Trainer (TP0723052-0) Kelas FIZIKAL Ipoh & serata Perak Kelas ONLINE seluruh MALAYSIA
3a Persiaran Greentown 8, Greentown Business Centre
Ipoh, 30450
We are excited to inspire the community to be fit and feel healthier by learning how to eat right an
11B, Jalan Medan Ipoh 1A, Medan Ipoh Bistari
Ipoh, 31400
Food Handler Training Course / Kursus Latihan Pengendali Makanan / 食物处理人员训练课程