Nisa Choc's
kami menjual :-
kek hari lahir
kek perkahwinan
berbagai jenis roti
handmade choc
brownise
cup kek
te
baru siap 2 jenis biskut........
With Azlina Ina Fans – Saya baru sahaja masuk ke dalam senarai penglibatan mingguan mereka dengan menjadi salah seorang penglibat utama mereka! 🎉
SUP DAGING ALA THAI
👉🏽Bahan-bahan
1 kg tulang atau daging
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
4 sudu sos ikan
2 sudu sos sotong
garam
Cili api
air secukupnya
👉🏽bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
👉🏽bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga
👉🏽Cara
1. Tulang atau daging dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang atau daging serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga
daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang,cili api,carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.
9. Perasa kan.
Kredit:Nurul Hawa Nadila Sari
PIZZA ROTI GARDENIA
Nak buat pizza leceh jugak nak kene ade proper tool, techniques, skill kan. Jom cuba ni mmg sedap tak cukup sekeping, mesti berkeping keping.
CARA-CARA:
1) Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato sauce pasta prego yang classic tu.
2) Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato sauce pasta prego tadi.
3) Kemudian prepare pulak filling, panaskan kuali, tumis bawang merah dan putih masukkan cendawan butang yang dihiris, sliced sausage, ayam yang didadu, lada benggala, atau apa lagi jenis protein yang korang rasa nak letak.
4) Perasakan sedikit, sejukkan.
5) Akhir sekali, taburkan mozarela cheese
6) Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..
7) Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.
P/s: kalau masa nak buat filling tu kalau ada fresh herb seperti fresh basil pun lagi sedap, nak tambah fresh mozararella yg putih tu pun lagi sedap kalau ada. (Nak cari brg brg ni bole cari kat village grocery) tapi kalau x de pun sedap juga.
RESEPI NASI ULAM
Resepi Turun temurun dari Arwah ibu saya
Hjh Rahmah Bt Puteh Mak Mah
BAHAN-BAHAN :
Nasi putih
Ikan talang masin
Kerisik Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus
Bunga kantan hiris halus
Ikan kembung bakar ambil isinya
Lada hitam
Bawang merah kecik dihiris halus
Serai dihiris halus
Lengkuas racik halus
Halia racik halus
Ulam-ulaman daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)
CARA MEMBUATNYA :
1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar (ambil isinya)
5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih.
Saya halalkan resepi yg diajar dari arwah ibu saya. Ilmu yg manfaat utk dipanjang2kan dibulan keberkatan ini semoga sama² kita semua dapat merasa.
Kredit : eyta omar
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Jawi
14200
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Saturday | 09:00 - 17:00 |
Sunday | 09:00 - 17:00 |
Pangsapuri Tapah, Jalan Kerian
Jawi, 14200
Membekal Perfume secara vendor