Pengembara Kehidupan

Blogger
Lifestyle Entrepreneur
Trader
Motivation https://t.me/pengembarakehidupan

09/03/2023

Assalamualaikum. It's jum'ah. 😍

Serabut dengan masalah hutang? Tak tenang?

Bab #6 - Akar Serabut Kerugian (Part ii)

HUTANG, ZAKAT DAN IMPIAN
______________________________

KETIKA KITA MENAHAN HAK ORANG LAIN...

Fahamilah, jika kita tidak berzakat, tidak membayar hak orang lain, tidak menyelaraskan impian dengan pasangan dan orang tua kita, itu bererti masih ada 'sangkutan' atau masih ada hak orang lain yang 'tertahan' di tangan kita.

Ketiga-tiga hal tersebut tidak dapat 'ditebus' dengan sedekah sebanyak mana pun, sekerap mana pun. Kerana ia terkait dengan HAK ORANG LAIN.

Bahasa mudahnya, ketiga-tiga hal di atas mesti dibereskan dulu, seberes-beresnya.

Apakah akibat apabila kita menunda-nunda membayar hak orang lain?
Jawapannya, rezeki kita pun akan tertunda! Jadi saranannya, kalau memang sudah tiba waktunya atau sudah sampai tempohnya, segeralah membayarnya. Supaya rezeki kita pun disegerakan oleh-Nya.

Sekiranya kita belum mampu membayar, maka bicarakan dan mintalah redha dari orang yang kita berhutang dengannya. Bukan dengan menghindar atau memberi alasan.

Baiklah. Antara hutang dan sedekah, bagaimana mengaturnya?
✔️ Misalnya, kita berhutang sebanyak RM 3000.
✔️ Kita mendapat wang sebanyak RM 300. Jadi, bagaimana mahu membahagikannya?
✔️ Pertama, 90% diperuntukkan untuk membayar hutang (RM 270).
✔️ Kedua, 10% (RM30) diperuntukkan untuk sedekah (RM 30).

Mengapa membayar hutang lebih diutamakan? Kerana membayar hutang itu WAJIB, sedangkan sedekah itu sunnah.

Mengapa tetap disisihkan sejumlah wang untuk sedekah? Kenapa tidak semuanya digunakan untuk membayar hutang? Ini supaya sedekahnya dibalas berlipat kali ganda dan dimudahkan melunasi hutang.

Tunaikanlah hak insan lain.
Maka Allah Yang Maha Adil pasti kan menunaikan hak dan rezeki kita yang telah terlakar di Luh Mahfuz 😊

-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ ۚ

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar."
{Al-Baqarah 2: 282}

07/03/2023
26/02/2023

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Bab #2 - Piagam Tertinggi (Part ii)

BOLEHKAH BERHARAP DALAM BERAMAL?

Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan kita tidak boleh beramal atau melakukan sesuatu ibadah demi mendapat ganjaran dari Allah.

Dialognya,
"Mana boleh menjangkakan balasan dalam beramal!"
"Tidak boleh berharap!"
"Tidak boleh meminta!"
"Itu namanya tidak ikhlas!"

Sebenarnya, inilah 'mitos' dalam beramal. Kerana berharap itu juga satu daripada cabang iman.

Khauf wa roja' - Takut dan harap, hanya kepada Allah. Right?

Sekali lagi, harap itu sebahagian dari iman.

Jika seseorang merasa harap kepada Allah dan balasan Allah - mungkin itu berupa kemudahan di dunia mahupun di akhirat - maka dia akan meningkatkan ibadah.

Tanpa harap, dia tidak akan memperbaiki tingkat ibadahnya.

Semakin besar harapan seseorang kepada Allah dan balasan-Nya, semakin baik p**a ibadahnya. Demikian p**a sebaliknya.

Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w. juga mengajarkan kita untuk berharap. Mari kita hayati beberapa wasiat baginda:

• Nabi pernah bersabda, "Belilah kesulitanmu dengan sedekah.

Ertinya, melalui sedekah, kita boleh berharap kesulitan itu dapat diatasi.

• Nabi juga pernah bersabda, "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah."

Bererti, melalui sedekah, kita boleh berharap penyakit itu sembuh.

• Sabda Nabi lagi, "Banyakkanlah sedekah, sebab sedekah dapat memanjangkan umur."

Maksudnya, melalui sedekah, kita boleh berharap panjang umur.

• Akhir sekali Nabi bersabda, "Bersegeralah dalam sedekah, sebab bala tidak pernah mendahului sedekah."

Maknanya, melalui sedekah, kita boleh berharap terhindar dari bala.

Saidina Ali pernah menasihati, "Pancinglah rezekimu dengan sedekah."

Bermaksud, melalui sedekah, kita boleh berharap rezeki itu datang.

Begitu juga dengan solat dhuha dan solat tahajud - melaluinya kita boleh berharap rezeki, kesihatan dan kelapangan waktu.

Memang, hakikat dari seluruh amalan adalah untuk mendapatkan redha Allah. Itu pasti. Namun kita juga boleh mengharapkan fadhilat, keutamaan, dan manfaat dari amalan tersebut. Bukankah Nabi sendiri yang mengajarkan, right?

Gantungkan harapan dan keyakinan pada tali Allah semata, nescaya hidup kita tidak melata dan jauh dari sengsara.

Renung-renungkan,
selamat berharap dan beramal 😊

-

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah r.a. mengatakan:

"Ketahuilah sesungguhnya penggerak hati menuju Allah 'azza wa jalla ada tiga:
Al-Mahabbah (cinta),
Al-Khauf (takut) dan
Ar-Rojaa’ (harap)."

Wujudkan Impian Jadi Nyata | 5 Strategi Penting Cipta Matlamat Untuk Capai Impian 17/02/2023

Assalamualaikum. Selamat bercuti..

Wujudkan Impian Jadi Nyata | 5 Strategi Penting Cipta Matlamat Untuk Capai Impian Setiap manusia pasti mempunyai impian yang ingin dicapai dan digenggam erat.Mencipta impian itu mudah tapi jalan menuju kearah impian tersebut pasti akan ber...

03/02/2023

Bagaimana rasanya jika anda ditikam dari belakang?

Maksudnya, anda dikhianati oleh business partner, kawan baik atau orang yang anda percayai, hormati malah sayangi. Apakah perasaan anda jika anda ingin perkara seumpama itu tidak berlaku (malah tidak pun menyangkanya) tetapi ia berlaku juga dalam episod hidup yang singkat ini?

Ya, anda, saya dan kita semua pasti melalui episod yang sedih dan tidak disangka itu dalam hidup. Jika tidak berkali-kali, mungkin sekali kita 'terkena'.

Mesti ada rasa takut, sedih dan kecewa. Malah kadangkala anda menjadi curiga dan berprasangka buruk dengan semua orang. Insiden pahit yang sekali itu menjadi trauma dalam jiwa yang menyebabkan kita sukar mempercayai sesiapa lagi.

Ya, jika dia yang begitu akrab dengan kita, mungkin begitu tinggi ilmunya, mungkin telah banyak budi dan jasanya pun tergamak melakukannya, apatah lagi orang lain? Begitu getus rasa hati kita.

Tidak disangkal lagi.. apabila diri dikhianati,
sakitnya terlalu sakit,
pedihnya terlalu pedih,
peritnya terlalu perit..

Jika ditikam dengan pisau, semestinya terlihat jelas darah memercik menandakan kesakitan yang amat sangat. Namun, jika 'ditikam' atas dasar khianat, darah dan sakitnya tidak nampak dek mata kasar.

Namun yakinlah bahawa ujian itu adalah bekalan bagi memburu syurga.. Sooner and sooner, pasti kita kan lihat hikmah yang terkuak dari episod tersebut.

Mungkin, kisah itu;

1⃣ Memberi pengajaran pada kita bahawa bisnes adalah medan yang penuh ranjau dan risiko.

2⃣ Menjadikan kita lebih berhati-hati apabila berurusan dengan orang lain dalam urusan bisnes.

3⃣ Melatih tingkat kesabaran dan ketabahan tatkala diri ditikam belakang oleh partner bisnes, kawan baik atau orang yang dipercayai.

4⃣ Mendidik kita supaya terus menggali dan upgrade ilmu yang bakal meningkatkan keimanan. Kerana ada istilah "berhati-hatilah dengan firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah". Dengan itu, tidak mustahil kita dapat 'membaca' niat orang yang mahu menipu kita.

5⃣ Menambah keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar, Dia pasti membela orang yang dizalimi, dan Allah yang Maha Adil pasti membalas perbuatan insan yang menzalimi - jika tidak di dunia, semestinya di akhirat sana!

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ

"Bukankah Allah hakim yang paling adil?" {At-Tin 95: 8}

Selain itu, ingatlah pesan indah daripada Habib Ali Zainal Abidin al-Jufri ini:

"Sungguh engkau diciptakan bukan untuk membalas orang yang menyakitimu, kewajipanmu hanyalah bersabar. Kerana sabar merupakan adabmu kepada Allah s.w.t."

Dan ingatlah..

Walau anda pernah disabotaj, ditikam belakang, dikhianati kepercayaan, dibohongi dan ditipu, teruskanlah berbuat baik pada insan.

Never stop spreading your kindness to all human kinds. And let your kindness be like the rain that does not care about whom it falls upon ☔

Ikhlas,

26/01/2023

Assalamualaikum, Salam Jumaat.

Albert Einstein mengatakan,

'The more the knowledge,
the lesser the ego.
The more the ego,
The lesser the knowledge.

Quote tersebut benar sekali. Kerana jika seseorang itu memahami hakikat ilmu di dada, dia pasti jadi persis resmi padi - semakin berisi semakin tunduk ke bumi.

Sebaliknya jika seseorang itu mempelajari ilmu demi kepentingan diri sendiri dan menganggap dirinya sentiasa betul tiada salahnya, jadilah dirinya umpama lalang yang tinggi mendongak ke langit namun tidak berisi.

Apatah lagi jika dia tidak berilmu dan malas belajar. Mungkinkah lebih teruk daripada lalang tadi? Apapun keadaannya, pastikan bahawa kita tidak termasuk dalam kategori lalang mahupun golongan yang terakhir ini.

Namun jadilah insan yang belajar, lantas beramal dengan ilmu yang dipelajari. Kerna ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

العِلْمُ بِلاَ عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلاَ ثَمَر

Selain itu, berpegang teguhlah pada kata-kata hikmah ini:

'Ilmu ada 3 tahap.

Jika seseorang memasuki tahap pertama, dia akan sombong.

Jika dia memasuki tahap kedua, dia akan tawadhuk.

Dan jika dia memasuki tahap ketiga, dia akan merasakan dirinya tidak ada apa-apa.'

So, "let go of your ego."

Kerana ego dan kesombonganlah yang 'menahan' syaitan dari bersujud pada Nabi Adam lantas menjadi makhluk yang dilaknat Allah hingga kehidupan akhirat!

-

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali tidak akan sampai setinggi gunung." {Al-Isra' 17: 37}

"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan meskipun seberat biji sawi." [HR Muslim]

5 Ilmu Kehidupan Yang Buat Ramai Orang Menyesal Kemudian Hari 14/01/2023

5 Ilmu Kehidupan Yang Buat Ramai Orang Menyesal Kemudian Hari Percaya atau tidak, cubalah anda bertanya dengan mereka yang telah berusia, mungkin mereka katakan, "jika diberi peluang untuk muda kembali, nescaya saya aka...

14/01/2023

'Shoot for the moon.
Even if you miss, you'll land among the stars.' ⭐️

Jika berani beriman,
mesti berani bertaqwa.

Jika berani bermadah kata,
mesti berani buktikan.

Jika berani memasang cita,
mesti berani meraih impian.

Whatever your dream is,
no matter how big it is,
just.. believe in yourself! 😊

And on top of that,
put your ultimate trust in Allah;

"Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu.
Jagalah Allah, nescaya kau dapati Dia di hadapanmu.
Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah,
dan jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah.

Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu.

Dan andai mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu.

Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.”

[HR Tirmidzi]

"Fake it until you make it.
Faith it until you get it!"

08/01/2023

Saiditina Aisyah r.a. ditanya oleh seseorang: "Siapakah orang yang buruk?"

Maka dijawab olehnya: "Iaitu orang yang merasa dirinya baik."

Beliau ditanya lagi: "Siapakah orang yang baik?"

Maka dijawab: "Iaitu orang yang merasa dirinya buruk."

-

Seterusnya mari kita bercermin dengan doa yang dipanjatkan oleh Saidina Abu Bakar ini:

"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku.

Ya Allah, jadikan diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyeksaku dengan perkataan mereka."

[HR Al-Baihaqi]

Sifat Abu Bakar menunjukkan bahawa beliau merasa dirinya tidak lebih baik dari pujian yang ditujukan kepadanya.

Maka, kepada setiap jiwa yang menatap bingkisan ini,

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
"Berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan!"

{Al-Baqarah 2: 148}

Seiring dengan itu, sematlah dalam hati kata-kata yang berbunyi,
"Berlumbalah untuk menjadi yang terbaik, tanpa merasa dirilah yang paling baik."

01/01/2023

Selamat Tahun Baru 2023

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kelimpahan rezeki yang tidak diduga. Semoga tahun 2023 membuka lebih banyak peluang kepada kita semua. Semoga segala azam, impian dan cita-cita di tahun 2023 tercapai.

Aamiin..

https://youtu.be/vZTYLRiZnXg

Bangkit Mencipta Peluang 2023 | 7 Rahsia Menarik Peluang untuk Naikkan Taraf Hidup Anda 30/12/2022

Setiap dari kita pasti menginginkan kehidupan yang baik dan sempurna.

Tapi ramai dari kita yang tidak tahu bagaimana cara menarik peluang untuk mengubah gaya dan cara hidup yang lebih baik.

Dalam video ini dikongsikan cara dan tip untuk menarik peluang dalam hidup. Amalkan dan praktikkan sebaik mungkin agar kehidupan anda dan kita semua sentiasa lebih baik.

Aamiin

Bangkit Mencipta Peluang 2023 | 7 Rahsia Menarik Peluang untuk Naikkan Taraf Hidup Anda Setiap dari kita pasti menginginkan kehidupan yang baik dan sempurna. Tapi ramai dari kita yang tidak tahu bagaimana cara menarik peluang untuk mengubah gaya...

Permulaan Hidup Di Tahun Baru | 5 Tip Untuk Bangkit Mencipta Sesuatu Yang Hebat Dan Capai Impian 23/12/2022

Salam Jumaat.

Semoga 2023 memberi seribu manfaat dan kebaikan pada kita semua. Semoga segala impian yang cita-cita anda semua dimakbulkan Tuhan.

Aamiin..

Permulaan Hidup Di Tahun Baru | 5 Tip Untuk Bangkit Mencipta Sesuatu Yang Hebat Dan Capai Impian Setiap dari kita pasti memiliki azam baru setiap kali tahun baru menjelma. Semua orang boleh memiliki azam tapi bertindak menuju kearah keazaman itu, tidak r...

7 Tip Rahsia Untuk Jadi Manusia Berjaya 09/12/2022

Salam Jumaat

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد.

7 Tip Rahsia Untuk Jadi Manusia Berjaya

Pemimpin Yang Hebat! Lakukan 7 Rahsia Ini 25/11/2022

Organisasi yang berjaya pasti dipimpin oleh ketua atau pemimpin yang hebat.

Sudah pasti syarikat - syarikat besar yang berjaya hari ini diketuai dan dipimpini oleh seseorang yang luar biasa.

Bagaimana kita boleh ikuti jejak langkah mereka?

Ada 7 rahsia menjadi pemimpin hebat yang tak ramai yang tahu.

Semoga video ini memberi seribu manfaat pada anda yang menontonnya.

Pemimpin Yang Hebat! Lakukan 7 Rahsia Ini

Jangan Biar Masa Lalu Merosakkan Masa Depan Anda | Cara Bijak Untuk Bangkit, Belajar Dari Masa Lalu 09/11/2022

Belenggu Kesilapan Silam

Semoga bermanfaat pada sesiapa yang susah untuk "move on" dari kisah silam mereka. InsyaAllah

Jangan Biar Masa Lalu Merosakkan Masa Depan Anda | Cara Bijak Untuk Bangkit, Belajar Dari Masa Lalu Buku Kehidupan Ke Jalan Kekayaanhttps://t.me/pengembarakehidupan

Bagaimana Menetapkan Matlamat Capai Impian 09/09/2022

Salam Jumaat ❤️

Bagaimana Menetapkan Matlamat Capai Impian Terima kasih kerana subscribe, like dan komen. Saya hadiahkan ebook Rahsia 7 Kunci Kekayaan sebagai tanda terima kasih dan salam perkenalan dari sayaSila dow...

Photos from Pengembara Kehidupan's post 28/08/2022

PRAY FOR PAKISTAN

Negara Pakistan telah mengisytiharkan darurat kerana dilanda banjir buruk dan telah mengorbankan ribuan nyawa.

Semoga seluruh saudara Islam kita disana diberikan kekuatan iman dan ketabahan hati dalam menempuh ujian ini.

إنّاَ للهِ وإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
اللَّهُمَّ أجِرْنِي فِي مُصِيبَتي وأَخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْها

Maksudnya : "Kami berasal dari Allah SWT dan kepadaNyalah kita kembali. Ya Allah, limpahkanlah pahala dalam musibah yang terjadi padaku dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada sebelumnya."

Aamiin.

Perbezaan Orang Gagal Dengan Orang Berjaya 12/08/2022

Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat sahabat semua 🌺

Perbezaan Orang Gagal Dengan Orang Berjaya Terima kasih kerana subscribe, like dan komen. Saya hadiahkan ebook Rahsia 7 Kunci Kekayaan sebagai tanda terima kasih dan salam perkenalan dari sayaSila dow...

Cara Manfaatkan Intuisi Untuk Genggam Impian 05/08/2022

Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua 😍

Cara Manfaatkan Intuisi Untuk Genggam Impian Terima kasih kerana subscribe, like dan komen. Saya hadiahkan ebook Rahsia 7 Kunci Kekayaan sebagai tanda terima kasih dan salam perkenalan dari sayaSila dow...

23/07/2022

Assalamualaikum and good morning 😍

Peringatan buat kita bersama. Moga sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu.

Bangkit Dari Kegagalan 22/07/2022

Salam Jumaat.
Bangkit Dari Kegagalan!

Bangkit Dari Kegagalan Terima kasih kerana subscribe, like dan komen. Saya hadiahkan ebook Rahsia 7 Kunci Kekayaan sebagai tanda terima kasih dan salam perkenalan dari sayaSila dow...

14/07/2022

Reaksi kita terhadap sesuatu perkara negatif yang berlaku secara 'auto-pilot' adalah hasil daripada input dan proses yang telah dialami di bawah minda bawah sedar. Kita akan mula rasa marah, kecewa dan hilang semangat bila orang berkata negatif kepada kita.

Sentiasalah buat 'self-talk' setiap hari dan sepanjang masa supaya kita kembali berfikiran positif dan ubah minda bawah sedar serta nasib kita secara 'auto-pilot'.

Kata-kata kepada diri sendiri adalah lebih bermakna dari mendengar kata negatif orang tentang anda. 'You can do it'. Percayalah pada kemampuan dirimu sendiri.

Morning 😍

10/07/2022

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1443H,
10 Julai 2022.

30/06/2022

Nak mula buat apa pun, tak perlu tunggu sempurna dulu. Kita belajar dari cabaran dan halangan sewaktu berusaha. Jika nak tunggu sempurna baru kita nak bermula, sampai bila-bila pun kita takkan bermula. Pasti ada yang tak kena dan tak cukup sempurna.

Kita banyak terbantut dalam pergerakan kerana terlalu banyak masa dihabiskan untuk menunggu sebuah kesempurnaan. Bermulalah dengan apa yang ada di tangan dan dengan kekuatan dalam diri yang dah lama tersimpan.

Asah sahaja kekuatan itu setiap hari apabila mula bertembung dengan cabaran dan halangan. Allah bagi kita akal untuk menilai dan memanfaatkan anugerah yang dah lama dikurniakan.

Tak perlu jadi hebat seperti orang lain. Jadilah hebat dari versi diri kita sendiri. Terlalu sibuk membandingkan diri dengan kehebatan orang lain membuatkan kita kabur dari melihat sinar kehebatan sendiri, kan?

Be the best version of yourself!

29/06/2022

Apabila kita diberi sedikit nikmat, kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur. Bahkan kita terlalu cepat untuk merungut apabila kita rasa apa yang dapat terlalu sedikit.

Kita terlupa dengan bersyukur dan lebih banyak memberi adalah salah satu 'work smart' yang patut ada dalam diri setiap muslim. Ini janji Tuhan kepada kita.

Rezeki Allah ni kalau Dia nak bagi sampai tak terdaya nak tampung. Bahkan boleh melimpah ruah sehingga tak tertanggung oleh kita.

Sentiasalah bersyukur atas segala pemberianNya.

Fokus matlamat dalam apa jua yang kita lakukan adalah untuk bantu orang lain agar sama-sama boleh keluar dari masalah kewangan.

Fokus untuk selesaikan segala hutang piutang.

Fokus untuk bina aset fizikal agar tak terkejar lagi dengan harta dunia.

Fokus untuk bina surau atau masjid.

Fokus untuk pergi umrah dan haji.

Banyakkan work smart dari work hard. Inilah kelebihan yang dijanjikan untuk kita.

Moga apa juga impian kita akan jadi kenyataan.

Kita merancang, Allah juga merancang. Ingatlah Allah sebaik-baik perancang dan Dialah yang menentukan.

29/06/2022

Assalamualaikum and good morning sahabat semua😍

Kita nak capai apa pun dalam hidup ini ia memerlukan masa. Tiada kejayaan dalam sekelip mata. Mungkin sebelum ini kita ada lihat seseorang itu berjaya, namun kita tak nampak apa yang dia lakukan dan terpaksa harungi ketika dia berusaha dalam diam.

Tak kira apa pun impian kita untuk baiki semula kehidupan, samada nak kurus, nak baiki hubungan, nak stabilkan kewangan, nak tambah pendapatan, nak pulihkan emosi, nak sihat dan sebagainya, ia memerlukan satu tempoh tertentu untuk kita belajar langkah demi langkah.

Apa yang penting, kita kena berani untuk mula ambil langkah pertama, dan terus melangkah hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Percayalah, akan ada perubahan lepas 1 tahun kemudian. Walau tak banyak, pasti kita dapat rasa dan lihat perubahan pada diri.

Didiklah diri agar sentiasa kuat untuk melangkah, cekalkan hati untuk terus kehadapan walau ada halangan, ceriakan hati agar terus dapat menikmati rasa istiqamah dalam perjuangan ke destinasi impian.

Happy selalu ye!

27/06/2022

Assalamualaikum semua 😍

Hari ni start kerja dah.

Semangat selalu ye!

❤️❤️❤️

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Jerteh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Assalamualaikum and good morning 😍Peringatan buat kita bersama. Moga sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu.#Pengemb...
Al-Qur'an diturunkan pada bulan Ramadhan dan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan. Al-Qur'an juga diturunkan pada malam Lai...
Rezeki selalu menjadi misteri besar bagi setiap manusia. Ada beribu persoalan dan tanda tanya yang memenuhi ruang fikira...
Melangkah ke jalur yang baru itu memang sukar dan payah, tapi tidak sepayah daripada bertahan dalam situasi yang sama.As...
#Pengembarakehidupan
𝑆𝑝𝑒𝑛𝑑 𝑡𝑖𝑚𝑒 bersama keluarga menjadi sesuatu yang paling bermakna dan berharga. Ia bukan saja mengeratkan hubungan malah ...
Iman adalah kepercayaan untuk melihat apa yang kita tidak nampak dan percaya pada perkara yang melangkaui batas akal fik...
Tidak semua orang yang anda sayang akan sentiasa ada.Tidak semua orang yang anda percaya akan selalu setia.Kadangkala, s...
Perjuangan itu bukan untuk hari ini sahaja, malah ia berterusan sehingga hujung dunia.Perjuangan yang bermakna itu bila ...
𝟓 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡 𝐒𝐢𝐤𝐚𝐩 𝐑𝐞𝐥𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧.𝐍𝐨 𝟓 𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐮𝐚𝐭. Mengubah tabiat, cara fikir dan rut...
Hidup menjadi lebih baik bukan kerana kebetulan, tapi kerana perubahan.Perubahan hanya akan wujud pada orang yang yakin ...
AssalamualaikumSelamat pagi sahabat semua.Selamat bekerja pada yang bekerja hari ini. Semoga anda semua dilimpahi rezeki...

Category

Address

Lot 3156, Bangunan Sebelah Masjid Lama Alor Lintang
Jerteh
22200

Other Bloggers in Jerteh (show all)
Sacha inchi by Annur Sacha inchi by Annur
Jalan Seberang Jerteh
Jerteh, 22000

JOM KENALI DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGENAI KELEBIHAN SOFT GEL INI

Laki Sjati by Heliza Laki Sjati by Heliza
Kampung Seberang Jerteh
Jerteh, 22000

90% Kaum LELAKI Mengalami Masalah Kurang Tenaga, Cepat Pancut, Tak Keras, Kurang Air Mani

PP Perfume by Medina PP Perfume by Medina
Kg Seberang Jerteh
Jerteh, 22000

PHEROPRIME KUASA PENGIKAT CINTA BERKESAN DALAM MASA 30 SAAT ! DENGAN HANYA 2 TITIK SAHAJA DAPAT MEMI

The Laki The Laki
Seberang Jerteh
Jerteh, 22000

RAHSIA: Inilah Cara Mudah Untuk Memikat Wanita Idaman ! ANDA MASIH SINGLE ?? DAH CUBA MACAM2 ?? TAPI

GAIN GFG GAIN GFG
Jerteh, 22000

GAIN FOLLOWER GROUP

Perhentian_Aarez Perhentian_Aarez
Kampung Pulau Perhentian Kuala Besut
Jerteh, 22300

We Prepare Nice Trip For Your Holiday �

BKC BKC
Jerteh

Its all about classic

MD SAPAN 320 MD SAPAN 320
বাংলাদেশ কলাতিয়া কেরানীগঞ্জ ঢাকা
Jerteh, 1313

মালয়েশিয়া প্রবাসী

Program Wakaf Diniah Program Wakaf Diniah
Kg Gong Badak, Kuala Nerus
Jerteh, 21030

KIT EASY IQRA adalh bahan bantu belajar yang berguna buat semua untuk belajar ilmu tajwid.

Casting kelate ganung Casting kelate ganung
Jerteh, 22200

Update status

Zul Muhammad Zul Muhammad
Padang Luas
Jerteh, 22000

Blogger