Kesubest PAD Besut

Halaman ini memaparkan aktiviti/program yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan PAD Besut

Photos from Kesubest PAD Besut's post 02/07/2024

𝑴𝑬𝑺𝒀𝑼𝑨𝑹𝑨𝑻 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑼𝑩𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑳𝑨𝑵𝑻𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑨𝑯𝑨𝑹𝑼 𝑱𝑨𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵𝑲𝑼𝑨𝑺𝑨 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑩 𝑲𝑬𝑩𝑨𝑱𝑰𝑲𝑨𝑵 & 𝑺𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑨𝑮𝑨𝑴𝑨 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑬𝑺𝑼𝑻 (𝑲𝑬𝑺𝑼𝑩𝑬𝑺𝑻) 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 2024-2026

𝑇𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑑𝑖𝑢𝑐𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑒𝑚𝑢𝑎 𝑏𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐽𝑎𝑤𝑎𝑡𝑎𝑛𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝐾𝐸𝑆𝑈𝐵𝐸𝑆𝑇 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 2022-2024 𝑑𝑖𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑜ℎ 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡.

𝑆𝑖𝑗𝑖𝑙 𝑃𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑌𝐵𝑟𝑠 𝑆𝑎ℎ𝑖𝑏𝑢𝑙 𝐹𝑎𝑑ℎ𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑢𝑎𝑛 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐴𝑠ℎ-𝑆ℎ𝑎𝑓𝑖𝑒 𝑏𝑖𝑛 𝐴𝑏𝑑 𝑀𝑎𝑛𝑎𝑛, 𝑃𝑒𝑔𝑎𝑤𝑎𝑖 𝐴𝑔𝑎𝑚𝑎 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝐵𝑒𝑠𝑢𝑡.

𝑇𝑎ℎ𝑛𝑖𝑎ℎ 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑑𝑖𝑢𝑐𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐽𝑎𝑤𝑎𝑡𝑎𝑛𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 2024-2026, 𝑠𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝐾𝐸𝑆𝑈𝐵𝐸𝑆𝑇 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑚𝑎𝑗𝑢 𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑖𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔, 𝑖𝑛𝑠ℎ𝑎𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ.

25/04/2024

𝑺𝑬𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰-𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑯𝑨𝑹𝑮𝑨𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑼𝑪𝑨𝑷𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑹𝑰𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑲𝑬𝑷𝑨𝑫𝑨 𝒀𝑩𝒓𝒔. 𝑺𝑨𝑯𝑰𝑩𝑼𝑳 𝑭𝑨𝑫𝑯𝑰𝑳𝑨𝑯 𝑻𝑼𝑨𝑵 𝑯𝑨𝑱𝑰 𝑴𝑶𝑯𝑫 𝑹𝑼𝑺𝒀𝑫𝑰 𝑩𝑰𝑵 𝑴𝑨𝑵𝑺𝑶𝑹, 𝑷𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰𝑯𝑨𝑻 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑩 𝑲𝑬𝑩𝑨𝑱𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑺𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑨𝑮𝑨𝑴𝑨 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑬𝑺𝑼𝑻

25 𝐴𝑝𝑟𝑖𝑙 2024 ~ 𝑆𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ 𝐽𝑎𝑤𝑎𝑡𝑎𝑛𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝐴ℎ𝑙𝑖 𝐾𝑒𝑙𝑎𝑏 𝐾𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑆𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑗𝑎𝑏𝑎𝑡 𝐴𝑔𝑎𝑚𝑎 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝐵𝑒𝑠𝑢𝑡 (𝐾𝐸𝑆𝑈𝐵𝐸𝑆𝑇) 𝑚𝑒𝑟𝑎𝑘𝑎𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑡𝑎𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑌𝐵𝑟𝑠. 𝑆𝑎ℎ𝑖𝑏𝑢𝑙 𝐹𝑎𝑑ℎ𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑗𝑖 𝑀𝑜ℎ𝑑 𝑅𝑢𝑠𝑦𝑑𝑖 𝑏𝑖𝑛 𝑀𝑎𝑛𝑠𝑜𝑟, 𝑀𝑎𝑛𝑡𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑔𝑎𝑤𝑎𝑖 𝐴𝑔𝑎𝑚𝑎 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝐵𝑒𝑠𝑢𝑡 𝑚𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝 𝑃𝑒𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝐾𝐸𝑆𝑈𝐵𝐸𝑆𝑇 𝑑𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑠𝑢𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛.

𝑃𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑌𝐵ℎ𝑔. 𝐸𝑛𝑐𝑖𝑘 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐴𝑗𝑤𝑎𝑑 𝑏𝑖𝑛 𝐴𝑙𝑖𝑎𝑠, 𝑃𝑒𝑛𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑔𝑎𝑤𝑎𝑖 𝐴𝑔𝑎𝑚𝑎 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑒𝑟𝑢𝑠𝑖 𝐾𝐸𝑆𝑈𝐵𝐸𝑆𝑇. 𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑌𝐵𝑟𝑠. 𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑗𝑖 𝑚𝑎𝑗𝑢 𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑖 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢.

Photos from Pejabat Agama Daerah Besut - Rasmi's post 25/04/2024
Photos from Kesubest PAD Besut's post 22/04/2024

𝑺𝑼𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑭𝑰𝑻𝑹𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑨𝑯𝑳𝑰 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑩 𝑲𝑬𝑩𝑨𝑱𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑺𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑨𝑮𝑨𝑴𝑨 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑬𝑺𝑼𝑻 (𝑲𝑬𝑺𝑼𝑩𝑬𝑺𝑻) 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑬𝑳𝑨𝑯 𝑫𝑰𝑺𝑨𝑴𝑷𝑨𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑶𝑳𝑬𝑯 𝑺𝑨𝑯𝑰𝑩𝑼𝑳 𝑭𝑨𝑫𝑯𝑰𝑳𝑨𝑯 𝑼𝑺𝑻𝑨𝒁 𝑴𝑼𝑯𝑨𝑴𝑴𝑨𝑫 𝑨𝑺𝑯-𝑺𝑯𝑨𝑭𝑰𝑬 𝑩𝑰𝑵 𝑨𝑩𝑫 𝑴𝑨𝑵𝑨𝑵, 𝑷𝑬𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 𝑨𝑮𝑨𝑴𝑨 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑬𝑺𝑼𝑻

22/04/2024
09/04/2024

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑭𝑰𝑻𝑹𝑰 𝑴𝑨𝑨𝑭 𝒁𝑨𝑯𝑰𝑹 & 𝑩𝑨𝑻𝑰𝑵 𝑫𝑨𝑹𝑰𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑷𝑬𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 𝑨𝑮𝑨𝑴𝑨 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 & 𝑺𝑬𝑳𝑼𝑹𝑼𝑯 𝑾𝑨𝑹𝑮𝑨 𝑲𝑬𝑹𝑱𝑨 𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑨𝑮𝑨𝑴𝑨 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑬𝑺𝑼𝑻

Photos from Kesubest PAD Besut's post 20/03/2024

AGIHAN JUADAH IFTAR 2024 KEPADA AHLI KESUBEST

Photos from Kesubest PAD Besut's post 30/08/2023

PROGRAM REHLAH MERDEKA KESUBEST 2023 DI LA HOT SPRINGS, HULU BESUT

30 Ogos 2023 ~ Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang Ke-66, Biro Sukan & Rekreasi Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Agama Daerah Besut - Rasmi telah berjaya mengadakan Program Rehlah Merdeka KESUBEST 2023 di La Hot Springs Hulu Besut, Terengganu.

Program yang berkonsepkan rehlah dan santai dengan aktiviti utama iaitu “Jungle Tracking” dengan dibantu oleh 7 orang “Guider” (pemandu arah) untuk membawa seramai 50 orang peserta.

Para peserta telah dibawa ke enam (6) “check point” iaitu Bukit Batu, Batu Dinasor, Lata Air Berangin, Batu Katak, Misteri Sungai Hilang dan Gua Batu Bahtera.

Selain itu, ia dapat memupuk semangat berpasukan, patriotimse dan bekerjasama diantara satu sama lain disamping aktiviti ini sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat kerana dapat menghabiskan “Jungle Tracking” dengan jayanya sehingga ke garisan penamat.

Jutaan Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat iaitu Majlis Daerah Besut, Pejabat Pengurusan La Hot Springs, Team Hiking Besut, “Guider” yang bertauliah dan barisan urusetia yang bertugas sama ada secara langsung atau tidak bagi memastikan program pada kali ini berjalan dengan lancar.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-66
TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN 🇲🇾

Photos from Kesubest PAD Besut's post 08/08/2023

ZIARAH KELAHIRAN AJK KESUBEST

08 Ogos 2023 ~ Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Agama Daerah Besut - Rasmi telah mengadakan Ziarah Kelahiran AJK KESUBEST yang telah menimang cahaya mata.

Tahniah diucapkan kepada Puan Kamilah Najihah binti Abd Razak, Biro Ekonomi KESUBEST dan Puan Mieza Yusmaniza binti Md Harun, Biro Sukan & Rekreasi KESUBEST diatas kelahiran cahaya mata tersebut.

27/07/2023

DISEBALIK TABIR PROGRAM “KUCA” SURA KESUBEST 2023.

Photos from Kesubest PAD Besut's post 27/07/2023

PROGRAM “KUCA” SURA KESUBEST 2023

27 Julai 2023 ~ Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Agama Daerah Besut - Rasmi (KESUBEST) telah mengadakan Program “Kuca” Sura KESUBEST 2023 sempena meraikan sambutan bulan Muharam 1445H.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bermula dari awal program sehingga selesai. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah diantara ahli KESUBEST.

Photos from Kesubest PAD Besut's post 18/05/2023

MAJLIS SAMBUTAN RAIKAN SYAWAL KESUBEST
2023

18 Mei 2023 ~ Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Agama Daerah Besut - Rasmi telah mengadakan Majlis Sambutan Raikan Syawal KESUBEST 2023.

Majlis tersebut turut meraikan persaraan dan pertukaran kakitangan/ahli KESUBEST dan secara tidak langsung sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat di Pejabat Agama Daerah Besut. Tidak ketinggalan juga, pemberian sumbangan Hari Raya turut diberikan kepada ahli-ahli KESUBEST

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Tuan Haji Mohd Rusydi bin Mansor, Pegawai Agama Daerah merangkap Penasihat KESUBEST, seterusnya pegawai dan kakitangan jemputan daripada agensi -agensi yang lain.

Terim kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KESUBEST dan ahli diatas kesungguhan dalam memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

20/04/2023

Ucapan tulus ikhlas daripada kami🌹

Kian Berlabuh Tirai Ramadan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi.

Maaf Zahir & Batin

Photos from Kesubest PAD Besut's post 17/04/2023

AGIHAN HAMPER RAYA AHLI KESUBEST 2023

17 April 2023 ~ Biro Dakwah & Kebajikan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Agama Daerah Besut - Rasmi (KESUBEST) telah melaksanakan agihan hamper raya kepada semua ahli KESUBEST.

Agihan tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat KESUBEST, Tuan Haji Mohd Rusydi bin Mansor. Semoga dengan pemberian tersebut dapat menceriakan lagi suasana untuk menyambut Aidilfitri nanti, inshaAllah.

Photos from Kesubest PAD Besut's post 06/01/2023

IMBAS KEMBALI::

21 Disember 2022 ~ Kelab Sukan & Kebajikan Pejabat Agama Daerah Besut dibawah Biro Dakwah & Kebajikan telah mengadakan Misi Bantuan Banjir kepada ahli kelab yang terjejas dan terkesan dengan musibah banjir.

Selain menyumbang tenaga dalam membantu membersihkan kawasan rumah ahli-ahli yang terjejas banjir, turut disumbangkan sumbangan pek berupa barangan dapur kepada mereka.

Misi ini turut dihadiri oleh Penasihat KESUBEST iaitu Tuan Haji Mohd Rusydi bin Mansor, Pengerusi KESUBEST Encik Muhammad Ajwad bin Alias dan ahli-ahli KESUBEST yang bersama-sama mengembeleng tenaga untuk memastikan misi ini berjaya dilaksanakan.

Semoga dengan adanya misi seperti ini, menjadi asbab kebaikan dan mengeratkan lagi tali ukhuwwah antara ahli-ahli KESUBEST, inshaAllah.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Rajshahi Division?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

DISEBALIK TABIR PROGRAM “KUCA” SURA KESUBEST 2023.

Telephone

Website

Address


Besut
Rajshahi Division
22200

Other Charity Organizations in Rajshahi Division (show all)
Savvy Ladies Savvy Ladies
Rajshahi Division

Savvy Ladies is a US-based 501(c)(3) non-profit organization that equips women with free financial education tools and a Helpline that connects you with pro bono financial voluntee...

Circle Of Love Circle Of Love
Rajshahi Division

To Make A difference in Our World. To Be Jesus's Friends.

Isaac Owusu Darko Isaac Owusu Darko
Rajshahi Division, AE-2004-3550

Projeto social turminha criança feliz Projeto social turminha criança feliz
Rajshahi Division, OOOOOOOO

Merlin's Pet Food Banks for Dorset Dogs CIC Merlin's Pet Food Banks for Dorset Dogs CIC
Rajshahi Division

DEDICATED to FEEDING PETS in need in Dorset ❤️⭐🐾 Registered not-for-profit!

Mabel's Meals Mabel's Meals
Rajshahi Division

Charity aimed at providing pet food to food banks and charities in Calderdale.

UWAUK UWAUK
Jenkins Avenue
Rajshahi Division, AL23SB

Uttarakhand Welfare Associations UK

Foundation of Hope for Humanity, Inc Foundation of Hope for Humanity, Inc
Rajshahi Division

The organization’s mission is to serve the underprivileged and most vulnerable population in the community of Limonade,, (Pister), Haiti in which it is located while implementing t...

Green Wings Project Green Wings Project
Rajshahi Division, W44PH

A Not-for-profit organisation a recycling campaign specifically targeting disposable vapes.

join illuminati head quarter USA join illuminati head quarter USA
NEW York
Rajshahi Division

SEND A MAIL TO [email protected] 📧 TO BE A MEMBER 👉 https://t.me/illuminati99993

Karenni Volunteer Team Karenni Volunteer Team
Rajshahi Division

Go Do Good