DJ Kenduri Islamik/DJ Amin Kedah

DJ Kenduri Islamik/DJ Amin Kedah

Deejay Kenduri yang aktif sekitar utara khususnya di Negeri Kedah

28/11/2023

InshaAllah, 1 Kump**an Baru Akan Di Tubuhkan, Menggabungkan Anak² Kedah Yg Minat Pd Seni Suara Dlm Dunia Dakwah.
Nama Apa? Wait!

28/11/2023

Sediakan payung sebelum hujan.

Sediakan amal sebelum perhitungan.

Kematian itu milik setiap manusia.

Semuanya akan menjumpai kematian pada saatnya.

Entah di belahan bumi mana kah manusia itu berada, entah bagaimanapun keadaannya, lelaki atau perempuan kah, kaya atau miskin kah, tua atau muda kah, semuanya akan mati jika sudah tiba saatnya.

Allah Ta’ala berfirman :

“Dan bagi tiap-tiap jiwa sudah ditetapkan waktu (kematiannya), jika telah tiba waktu kematian, tidak akan bisa mereka mengundurkannya ataupun mempercepat, meskipun hanya sesaat”

(QS. Al A’raf 34)

Saudaraku, silakan berlindung di tempat manapun, tempat yang sekiranya adalah tempat paling aman menjadi persembunyian.

Mungkin kita boleh lari dari kejaran musuh, selamat dari kejaran binatang buas, lolos dari kepungan bencana alam.

Namun, kematian itu tetap akan menjemput diri kita, jika Allah Ta’ala sudah menetapkan.

Allah Ta’ala berfirman :

“Dan dimanapun kalian berada, nescaya kematian itu akan mendatangi kalian, meskipun kalian berlindung di balik benteng yang sangat kukuh.”

(QS. An Nisa : 78)

Saudaraku, jika kita tidak tahu di bumi manakah kita akan mati, di waktu bila kah kita akan meninggal, dan dengan cara apakah kita akan mengakhiri kehidupan dunia ini, masih kah kita merasa aman dari intaian kematian…?

Siapa yang dapat menjamin bahawa kita boleh menghirup segarnya udara pagi esok hari…?

Siapa yang boleh menjamin kita dapat tertawa esok hari…?

Atau…siapa tahu sebentar lagi giliran kematian anda wahai saudaraku.

Perbanyaklah amal soleh, kerana hanya amal soleh yang akan menemani kita...

Semoga bermanfaat.

26/11/2023

Rutin, komitmen dan tanggungjawab demi kesihatannya

24/11/2023

Star event juga akan bersolidariti kepada Palestin bersama orang² Pedu pada 30 November 2023 nanti. InshaAllah bersama GAU Nasheed dan Izyan Nasheed yang memang PADU dan mantap.

23/11/2023

Sebelum ni telegram orang boleh hack dengan mudah, whatsapp pun dah jadi ceklat hack. Hati² laaaa..

23/11/2023

Star event Food Festival Sedang Berlangsung Bermula Hari Ini Hingga 2 Dis 23, D Tapak Pasar Pedu, Padang Terap Kedah. Jom Pi!

19/11/2023

Alhamdulillah, Sambil² Jaga Mak Kat Hospital, Masuk Dan Locked 1 Job Walimah 18/2/24 Nanti.

Syukur Alhamdulillah

15/11/2023

12/11/2023

Job walimah p**ak hari ni.. Dewan Jitra..

11/11/2023

Inilah pengantin yang kita raikan pada hari ini.. Jommmmm balikkkkkk.

11/11/2023

GAU Nasheed teruslah kekal relevan dan perkuatkan momentum untuk segar di dalam bidang dakwah seni suara ini.

Saya hanya menumpang aura kalian bertiga. Heee..

11/11/2023

Hari ini bersiaran di Kg Tradisi Changloon. Athirah X Hisyam.. Kedah Vs Johor..

Terima kasih Chief Leader Rosaidi Jab atas job ni..

Photos from DJ Kenduri Islamik/DJ Amin Kedah's post 28/10/2023

Aku dan Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias

Pasai apa dok xdok aku nak tulis pasai aku dan DUKE ni..? Haa hampa baca di bawah..

Kalau nak kira keilmuan, jauh tak leh ukoq. Dia lagi berilmu dan berpuluh tahun mendidik masyarakat. Aku? Nangoi jaaaa. Bukan ketahuan punca apa. Melelong rata. Tapi nak sedaya upaya nak duduk dalam majlis ilmu dan mengambil apa yang ada kebaikannya.

Aku berurusan dengan DUKE ni, kerap kali sungguh dengan pengurusannya. Tak tau dah la berapa kali. Sampai ada kawan-kawan yang susah nak dapatkan DUKE ni, minta aku jadi orang tengah. Bukan dapat apa sangat pun. Tapi pikiaq dalam hati, moga asbab ni Allah bagi aku pahala.

Kalau nak kira politik, ada perbezaan. Tapi atas dasar nak mengajak orang yang pelbagai karakter mai duduk dalam majlis ilmu, aku dok tengok dia ada kelebihan. Bukanlah guru-guru lain takdak kelebihan, ada. Tapi payah nak dapat tarikh depa. Terutama UAI, tuan² guru yang juga di kenali dan terkenal, ramai yang jadual padat.

Setakat yang aku biasa dengan DUKE ni, dia seorang yang simple dan mudah fahamnya, aku selalu guna istilah ni pada kawan², dia seorang yang "MUDAH BELA".. Pasai dia s**a memudahkan urusan penganjur. Dia tak merumitkan. Dia mai, bagi ilmu, habis jaa balik. Takdak nak mintak apa². Setengah² pengkuliah/penceramah terkenal ni, macam² ragam ooooo. Aku besa kena dah, aku tau laaa!.. Tapi DUKE ni lama², dia mengusik aku pun boleh tahan! 😂😂😂

Tapi seawal pagi ini, aku terkejut, negeri yang DUKE ada TAULIAH untuk ceramah dan kuliah, dah tak benarkan lagi DUKE lagi DUKE sampaikannya. Aku tak tau la sebab apa. Tapi aku rasa DUKE ni tak pernah serang sapa-sapa sangat secara terbuka dalam majlis ilmu. Dan DUKE ambil keputusan tidak lagi hadir ke negeri tu sampai bila².

Apa nak jadi dengan kita ni noooo.. Jeng Krenggggggggg..

27/10/2023

InshaAllah KDYMM Sultan Johor Akan Menjadi YDP Agong ke 17 Berkuatkuasa 31 Januari 2024

23/10/2023

Jom ajak ramai² penuhkan ruang Kuala Lumpur kerana cintakan keamanan, mengecam kezaliman

23/10/2023

Depa dok tanya, mana pengantin hat job hari sabtu baru ni? Update gambar kat meja deejay sapa pun boleh. Ooo depa ingat kita lekeh sangat.. 😂😂😂

Apa² pun alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. walaupun ada part terkejut tergempaq.. part pekena tetamu rombongan dari Johor.. Geng bikers.. hahaha.. tapi semua sporting.. yang paling mengalir air mata.. kak nombor 2 pengantin lelaki.. sedih dalam gembira katanya..

Selamat Pengantin Baru Shahira X Latif. 😁

p/s : Bulan 11 ni ada kosong banyak.. bulan 12 tak berapa nak banyak dah.. hehehehe.. apa² nak tanya.. call talian kena tol..0133153643.

Photos from DJ Kenduri Islamik/DJ Amin Kedah's post 22/10/2023

Adik Qiesya.. mengalami penyakit kulit dan radang hati sejak sekian lama.. sudah beberapa kali aku ziarah anak ini, dan santuni ahli keluarganya..mewakili Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Dhuafa' Sejahtera.

Kali terakhir bulan 8 yang lalu, tak salah ingatan 11 Ogos..aku pi ziarah.. masa tu kulit yang mengelupas, ada yang banyak gugur sendiri.. setelah itu, aku terhenti sat tanya khabar kerana kekalutan menguruskan hal keluarga, jua dengan kelahiran anakku yang ke 3.

Hari ini, aku dapat khabar dari mak adik qiesya, Kak Ellyna Ezannee yang qiesya kembali sakit, dan agak s**ar untuk bergerak, apatah lagi untuk berdiri kembali, sama mcm kanak² lain. Maknya bagi gambar keadaan terkini serta video Qiesya menahan kesakitan..

Ya Allah! Bagilah kekuatan pada ayah dan ibu qiesya dalam menghadapi ujianMu..

Qiesyaaaa.. InshaAllah..Nanti pakcik pi naaaaaaa..

21/10/2023

Edisi 21 Oktober 2023

Majlis perkahwinan Syahira dan Latiff. Kota Sarang Semut X Johor Bharu. Di Taman Kota Emas.

Nak balik dahhhhhhhh.. pukul 4 satgi.

16/10/2023

Antara perbualan yang paling di risaukan insan di sebelah saya tu

"Ana tengok anta banyak beban ni ustaz"

Hurmmmm.. 🥺🥺🥺

14/10/2023

Malam esok

13/10/2023

Terkini
Zionis Yahudi Akan Potong Kemudahan Internet Yang Sedang Di Guna Oleh Umat Islam Di Palestin.
Kerana Apa??! Mereka TAKUT!

12/10/2023

Situasi Terkini di Palestin.

1. Tentera regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara yang amat ganas ke atas Semenanjung Gaza yang menyebabkan kemusnahan besar seperti kejiranan Karama, Kejiranan Sheikh Radwan, Deir Al-Balah, Khanyounis, kem pelarian Jabalia dan Rafah serta meneruskan kembali serangan bom ke atas Universiti Islam Semenanjung Gaza dan pelabuhan Gaza yang menyebabkan peningkatan kadar korban dan kecederaan di kalangan rakyat Palestin.

2. Kump**an perjuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah Tel Aviv, Ashdoud, Asqlan, Zikim, Ibim, Ires dan Sedirut yang menyebabkan kerosakan infrastruktur dan bangunan serta mengakibatkan kecederaan dan kematian di kalangan pendatang haram yahudi. Serangan roket juga turut dilancarkan ke kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bin Ghurion di Tel Aviv yang menyebabkan banyak kapal terbang tidak dapat mendarat dan penerbangan dibatalkan seterusnya menyebabkan lapangan terbang tersebut ditutup.

3. Dilaporkan angka kematian di kalangan pendatang haram yahudi, polis dan tentera regim zionis Israel telah melepasi angka 1,200 orang dengan lebih 3,000 lagi cedera. Namun terdapat laporan dari media negara haram yahudi menyatakan angka kematian telah menghampiri 1,500 orang.

4. Lebih daripada 1,000 rakyat Palestin terkorban dengan lebih 5,000 lagi mengalami kecederaan berikutan serangan ganas bertali arus tentera regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

5. Pengarah Hospital Perubatan Al-Shifa menuntut agar diwujudkan satu koridor yang selamat untuk membawa masuk peralatan dan ubat-ubatan serta mendirikan hospital medan dengan kadar yang amat segera. Kami (kakaitangan hospital) terpaksa berkerja tanpa henti walaupun mendapat berita ahli keluarga yang terkorban. Hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza menghadapi kes**aran mendapatkan ubat-ubatan dan keperluan penting berikutan kepungan dan sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

6. Hizbullah melancarkan dua peluru berpandu yang menyasarkan wilayah Al-Dahira yang dijajah regim zionis Israel di utara Lubnan menyebabkan kecederaan ke atas tentera regim zionis Israel. Tentera regim zionis Israel kemudiannya melancarkan serangan artileri dan pesawat pejuang tentera regim zionis melancarkan serangan roket ke atas wilayah Lubnan.

7. Tentera regim zionis Israel melancarkan serangan artileri dan mortar ke atas Bukit Golan selepas dilancarkan serangan mortar dari arah Syria ke wilayah utara negara haram Israel.

8. Hizbullah menyatakan Amerika Syarikat adalah rakan dalam keganasan regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dan bertangungjawab ke atas pembunuhan, jenayah dan kepungan ke atas rakyat Palestin.

9. Tentera regim zionis Israel memperkukuhkan kedudukan tenteranya di Bukit Golan dan di sempadan Lubnan.

10. Jurucakap tentera regim zionis Israel menyatakan bahawa tentera regim zionis Israel sedang bersiap sedia untuk memasuki Semenanjung Gaza dan semua pilihan sedang diperhalusi.

11. Amerika Syarikat dan sekutunya memberi amaran kepada Hizbullah agar tidak meningkatkan ketegangan dalam perang di Palestin.

12. Bekalan eletrik di Semenanjung Gaza terputus berikutan terhentinya operasi loji janakuasa.

13. Tentera regim zionis Israel meningkatkan penggunaan bom fosforus putih yang terlarang dalam serangan udaranya ke atas Semenanjung Gaza.

14. Regim zionis Israel mengarahkan pendatang haram yahudi yang tinggal di Bukit Golan agar segera berlindung di tempat perlindungan.

15. Tentera regim zionis Israel telah melakukan jenayah perang apabila melancarkan serangan ke atas kakitangan paramedik sebuah ambulan yang menyebakan 4 kakitangan paramedik terkorban.

16. Di Nablus, Tebing Barat, 3 warga Palestin terkorban manakala 11 lagi cedera akibat ditembak setelah bertempur dengan tentera regim zionis Israel. Di Nablus juga, 9 warga Palestin cedera termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun setelah ditembak pendatang haram yahudi.

17. Mesir mencadangkan gencatan senjata selama 6 jam untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Sumber dan tulisan oleh
Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi

09/10/2023

Mohon Sama² Doakan Founder Niwani Iaitu Hazni Ismail Yang Di Uji Kesihatannya. La Ni Ada D Hosp Sultanah Bahiyah Alor Setar

08/10/2023

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Photos from DJ Kenduri Islamik/DJ Amin Kedah's post 07/10/2023

Edisi 7 Oktober 2023
DJ Kenduri Islamik/DJ Amin Kedah

Meraikan pasangan Farah X Hairul. Rombongan orang Negeri Sembilan.

Sekian terima kasih.

05/10/2023

Isu UAK Kena Tarik Balik Tauliah
Tp 1 Ja Soalan Nk Tnya Ampa
Ampa Nk Dengaq Pendakwah Yg Lantang Krn Allah Ka Kerana Cari Makan??

27/09/2023

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Kami Di Kubang Pasu, Pokok Sena, Pdg Terap, Alor Setar, Baling Dalam Menghadapi Banjir

26/09/2023

Alhamdulillah, dah selesai setup untuk POLIMAS Berselawat pada malam ini. Menampilkan Ustaz Manis, GAU Nasheed dan ramai lagi.

Mohd Fitri Othman dan Amrizal Amil ampa buat kerja leklok haaa..

Nak sewa pa system, deejay kenduri, deejay promosi, pengendali acara, moderator, katering, sewa khemah dan banyak lagi.. call wasap 0133153643.

23/09/2023

Sahabat², Nak Ajak Bersama Berkongsi Rasa
Bantu Jayakan Infaq Beras Kepada Asnaf
RM 20 x 1000 pax
8604241403, CIMB Bank

22/09/2023

Kenaikan harga barangan keperluan asasi seperti beras, telur, gula serta lain-lain menyebabkan sebilangan besar masyarakat berkeluarga terpaksa mencatu makanan kerana kekurangan kewangan untuk menyara keluarga.

Pertubuhan Dhuafa Sejahtera memandang serius isu ini, dan akan melaksanakan tanggungjawab sosial segera bernula ahad ini, 24 September 2023 kepada keluarga sasaran di seluruh Malaysia.

Ayuh bersama kami. Infaq sekampit beras 5kg RM 20.00 sekurang-kurangnya untuk di manfaatkan kepada keluarga asnaf, dan sumbangan tambahan di alukan untuk keperluan asas lain. Sasaran awal kepada 5000 keluarga pada fasa 1.

https://toyyibpay.com/Tabung-Prihatin-Dhuafa
8604241403
CIMB Bank
Pertubuhan Dhuafa' Sejahtera

Hubungi kami menerusi talian 0133153643, 0149277947.

21/09/2023

Saja Nak Tanya, Apa Komen Ampa Pasai Mohd Amin Bin Ismail atau Amin Ismail Al Kedahi

20/09/2023

Kalau Buat Talian Hotline Sekadar Waktu Pejabat, Baik Tak Payah. Rakyat Nak Buat Aduan Apa Pun Susah!

17/09/2023

Kerja buat kami tak mahai mana dalam MANTHOBE PRO EVENT ni.. harga RM 14 suku jaaa.. 🤣🤣🤣

15/09/2023

Ini gambar sebenar yang aku ambil di sebuah pasaraya di Jitra. Kenaikan harga barang semakin merunsingkan rakyat bawahan. Beberapa keluarga yang beratur dengan aku tadi di kaunter bayaran, melahirkan rasa kecewa dan masih mengintai intai, kalau² pihak pemimpin kerajaan hari ini mengusahakan sesuatu, agar bebanan rakyat bawahan, tanpa mengira warna kulit, agama, fahaman politik, bebas dari bebanan ini.

Hari² rakyat perlu berbelanja untuk kelangsungan hidup diri dan keluarganya, khususnya memastikan perut di isi dengan makanan. Pendapatan semakin merosot, namun belanja semakin menebal untuk di keluarkan. Sudah la dengan OPR, di tambah p**a dengan bayaran² lain.

Cuma, sehari dua ni, dengar khabar ada beberapa teknologi baru akan cuba di perkenal, untuk memastikan hasil makanan dan keperluan asasi negara mencukupi dan tak perlu import. Soalnya berapa lama masa di ambil? Adakah dengan teknologi itu mampu menyelesaikan isu pokok yang sedang mengawal keperluan ini sejak sekian lama? Ada yang menyebut, sudah lama "sang naga" bermaharajalela mengawal keperluan semasa rakyat Malaysia.

Tujuan menulis ini, bukan kerana nak berpolitik parti. Tapi meluahkan rasa kecewa. Sehingga kini, pergi ke mana saja kedai atau pasaraya, khabar duka makin menjadi jadi sampai ke telinga. Beras akan makin naik harganya, gula stok murah dah takdak, gas pun nak naik.

Seminggu sudah pemimpin yang di pilih rakyat pada PRU 15, beraksi di Parlimen dalam sesi sidang khas. Adakah aku tak faham, ataupun aku tak jelas apa matlamat sidang khas ini. Yang aku dengar, hanyalah angka, hanyalah formula, hanya bercakap nas Al Quran Hadis untuk menutup pintu kejahatan, di selit p**a dengan isu² yang tidak mungkin mengenyangkan perut rakyat bawahan.

Cuma sehari dua ni aku bangga dengan usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah pimpinan Dato Syeikh Zakaria Othman yang berjaya meneroka bidang pertanian, dan khabarnya bakal di wujudkan kilang beras milik LZNK. Harapnya usaha ini mampu menutup dan memusnahkan segala "kuman" yang sekian lama mengawal keperluan rakyat, khususnya di Kedah.

14/09/2023

KENYATAAN RASMI
USTAZ YUSSAINE YAHYA
_______________________________________________________________________________
1. Saya Yussaine Bin Yahya pada hari ini telah hadir ke
Mahkamah Rendah Syariah Kangar Perlis, bagi menghadapi
pertuduhan “Menghina Kuasa Raja Pemerintah dan badan-
badan Agama Islam yang lain”.

2.Saya telah MENGAKU TIDAK BERSALAH di hadapan hakim
atas pertuduhan tersebut dan bersedia untuk dibicarakan.

3.Saya ingin menegaskan, sebagai anak jati Negeri Perlis, yang
dibesarkan di dalam adat resam Melayu yang menjunjung dan
patuh serta menghormati Institusi Diraja menafikan
pertuduhan tersebut.

4.Saya menyerahkan sepenuhnya kes ini untuk diadili dengan
proses perundangan. Semoga Allah merahmati kita semua.
Sekian, terima kasih.

Khamis | 14 September 2023

01/08/2023

Dah siap pasang khemah petang tadi. InshaAllah sejarah bakal di lakar di DUN Jitra pada malam esok, menampilkan Abdul Hadi Awang , Muhammad Sanusi Md Nor dan ramai lagi pimpinan dan panglima perang Perikatan Nasional

Jangan lupa, jarum jam tepat jam 9.00 malam esok, 2 Ogos 2023, ceramah Jelajah PNTetapBest akan berlangsung di Dataran Darulaman Jitra. Tak mau kalut², mai awai, kita sembahyang isyak berjamaah di dataran.

Mohd Rohaimi Mohd Zamri Mohd Zainuldin Azam Nizam Fateh Adlan Muhammad Hafizal Senimanberzaman Naim Haidar Faiz Ismail Wan Amin Abdul Rashid Yob Lubuk Katering Jitra Najib Nawawi Al Haj Diyana Zainuldin Zhafran Zainuldin MANTHOBE PRO EVENT Mohd Nizam Jom Santai Food Festival Dr. Zamri Mantop DZM Amirul Syahir Muhammad Sanusi Md Nor Helmi Khalid Ku Abd Muhyi

19/06/2023

DUIT

Bukan boleh beli nilai kepercayaan dan nilai persahabatan. Sekali terhina, selamanya binasa!

Kerana duit, hilang sahabat. Kerana duit hilang kepercayaan.

Photos from DJ Kenduri Islamik/DJ Amin Kedah's post 16/06/2023

Alhamdulillah, 15 Jun.. tarikh keramat kelahiran. Terima kasih bondaku Sholihah Md Isa yang melahirkanku ke dunia, jua buat Almarhum Ayah Ismail Abdullah.. Al Fatihah..🥲

Terima kasih semua yang telah menghantar ucapan. Rakan² FB yang mengutuskan ucapan dan doa. Terima kasih bidadariku Iffah Abu Dzar dan anak² yang meraikan ulangtahun kelahiran si singa ini 😂😂😂. Terima kasih ibu mertua yang masakkan briani kambing kat restoran. Sedapppp!

To all my supporterssssss.. terutama my sifu dan my brada.. Rosaidi Jab.. and team up Mohd Rohaimi.. Paklong Mohd Rosli Yusof dan isterinya.. dan my guard Mohd Fitri Othman dan Amrizal Amil yang sudi bersama..

Moga ALLAH rahmati kita semua. Ameennnn!!!

14/06/2023

Penyertaan Ibadah Qurban Masih Lagi Di Buka. Hubungi Kami Segera.

13/06/2023

Penyertaan Qurban D Kemboja Berbaki 4 Bahagian Lagi. Daftar Segera. Wasap 0133153643

Want your business to be the top-listed Event Planning Service in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Lot 2074A, Jalan Istana, Kampung Tanjung Kapor, Mukim Naga
Jitra
06000

Other Jitra event planning services (show all)
Dj rumah kenduri / PA system / Deejay Mat Otai / Kedah / Perlis Dj rumah kenduri / PA system / Deejay Mat Otai / Kedah / Perlis
344 Taman Bersatu
Jitra, 06000

Kami menyediakan khidmat dj dan sounds system rumah kenduri dan sebagainya..