Farmasi Adora

"Growing To Meet Your Necessities"
Dimiliki oleh Adora Pharma Sdn Bhd [202201013272 (1458973-H)] Dimiliki oleh Adora Pharma Sdn Bhd.
202201013276 (1452973-H)

09/04/2024

Kepada Pelanggan yang kami hormati,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H
Maaf Zahir & Batin

Semoga amalan-amalan kita diterima dan mendapat keberkatan Allah SWT

Aaamiin YRA

05/03/2024

VA**NA HYAL GEL

Diformulasikan dengan

✨ Hyaluronic Acid yang dapat memberikan kesan penghidratan pantas di dalam mukosa f***j

✨ Liposom yang berfungsi untuk memberikan kesan penghidratan yang kekal lama

✨ L-arginine untuk merangsang regangan di kawasan otot pelvik

Gabungan formulasi ini dapat membantu untuk 👇🏻

✨ Melegakan kesakitan ketika hubungan seksual

✨ Melegakan kepedihan & kegatalan di dalam F***j

Untuk konsultasi lebih lanjut, kunjungi Farmasi Adora hari ini ☺️


***j

04/03/2024

Haii mummies!

Ada produk terbaru yang best ni..
Anak selsema & hidung tersumbat?

Nak tau tak, selain dari sapu minyak/balm, boleh juga tampal BreatheCloud Vapour Patch ni 😍

✨ No skin contact, tampal kat baju atau bantal sahaja
✨ Bau yang sangat nyaman & membantu memudahkan pernafasan
✨ Memberi kelegaan sepanjang masa sebab bau yang konsisten, tak perlu sapu minyak berulang-ulang
✨ Selamat untuk bayi 6 bulan+, orang dewasa pun boleh ☺️
✨ Eucalyptus Essential Oil, Thyme Essential Oil, Peppermint Essential Oil, dan Pine Essential Oil

Admin dah cuba, anda bila lagi? Dapatkan di Farmasi Adora, confirm tak menyesal ❤️

TikTok · farmasiadora 04/03/2024

Kuku kuning dan tebal?
Kuku rapuh dan mudah pecah?
Bentuk kuku nampak pelik?

Inilah antara ciri-ciri kulat kuku

Jangan risau, perkenalkan 👇

✨ RECONAL TREATMENT PATCH ✨

Terutamanya anda yang susah nak konsisten sapu ubat, Reconal Patch memang sesuai sebab tak perlu sapu berulang-ulang. Cuma balut sahaja sebelum tidur, siap!

Untuk konsultasi lebih lanjut, boleh kunjungi Farmasi Adora 😊

TikTok · farmasiadora Check out farmasiadora's post.

15/01/2024

Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

15/01/2024

As we age, taking care of ourselves from the inside out becomes even more important.

That's where Wellesta Truelife comes in!

Our high-quality, science-backed supplements are designed to support your overall health and well-being, from easing joint pain to boosting energy levels ⚡️

Discover a natural approach to healthy aging with Wellesta Truelife!

15/01/2024

AZAM TAHUN BARU, NAK MAKAN SAYUR DAN BUAH SETIAP HARI!

Sedar tak sedar kita telah memasuki tahun 2024. Dah tahun baru ni, azam pun mestilah baru.

Jom kita cuba untuk mencapai saranan pengambilan sayur dan buah-buahan harian iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah-buahan pada setiap hari.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, sebanyak 95% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah yang cukup. Ini meningkatkan lagi risiko penyakit tidak berjangkit atau dikenali sebagai non-communicable diseases (NCDs) seperti obesiti, kanser dan juga penyakit jantung.

Jadi apa tunggu lagi. Jom mula mengambil sayur dan buah yang cukup setiap hari.

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan

05/01/2024

Minyak dan lemak merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam proses memasak makanan. Makanan yang digoreng memiliki aroma, rasa, serta tekstur yang lebih dibandingkan dengan cara memasak atau pengolahan yang lain seperti makanan kukus atau rebus. Namun begitu, minyak atau lemak akan membawa kesan negatif tehadap kesihatan jika diambil secara berlebihan seperti masalah obesiti, hipertensi, diabetes dan penyakit jantung.

Apa nak buat jika terlebih letak minyak dalam masakan? Jangan risau, ikuti tip di bawah untuk kurangkan pengambilan minyak dalam masakan. Ingat! Minyak adalah kategori lemak, yang mana mempunyai kalori lebih tinggi berbanding protein dan karbohidrat.

Satu gram minyak = 9 kalori ‼️

Jadi jom kita kurangkan minyak dalam masakan!

Nutritionist Sabah

05/01/2024

INSTA-C VITAMIN C CLEANSING BAR
This 3-in-1 daily cleanser, exfoliator and treatment has been formulated with fruit AHA’s & Hyaluronic Acid to help exfoliate, resurface & deep cleanse while maintaining skin hydration.

05/01/2024

Insta-C VITAMIN C CLEASING BAR
Sabun pembersih wajah yang tidak mengeringkan kulit

05/01/2024

Selalu dengar tak ayat "Kena makan ubat cacing ni"?

Haa..tau tak apa itu ubat cacing, kenapa kena ambil, dan apa simptom-simptomnya?

Secara umumnya, ubat cacing Albendazole perlu diambil setiap 6 bulan sebagai rawatan jangkitan cacing.

Dos pengambilan :

1-2 tahun : 200mg (sekiranya tablet 200mg, makan1 biji sahaja)
> 2 tahun sehingga dewasa : 400mg (2 biji tablet 200mg)

Jadi kalau ternampak ubat cacing dengan design comel seperti champs ini, yang dewasa pun masih boleh ambil ya.

Albendazole juga diberikan untuk rawatan lain, tetapi dosnya bergantung kepada diagnosis oleh doktor.

*****************************************************
Bagaimana Jangkitan Cacing boleh terjadi?

1. Cacing boleh masuk ke dalam tubuh kanak-kanak melalui pemakanan.

2. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna boleh mengandungi telur cacing, dan telur cacing ini boleh menetas di dalam usus, seterusnya menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

3. Mereka hidup di dalam usus dan boleh menyerap nutrien yang sepatutnya diserap oleh tubuh kita, menyebabkan kekurangan nutrien seperti zat besi atau vitamin.

4. Jangkitan cacing juga boleh menyebabkan masalah anemia dan kehilangan berat badan yang tidak diingini.

*****************************************************
Tanda-tanda Jangkitan Cacing dalam usus :

1. Badan rasa lemah
2. Gangguan pencernaan seperti muntah atau cirit-birit,
3. Kehilangan berat badan yang tidak dijangka
4. Kehadiran cacing dalam najis
5. Rasa gatal-gatal di lubang dubur

Jadi, kalau dah lama tak ambil ubat cacing, boleh ambil sekarang ya! 😉

05/01/2024

Tertanya-tanya apa lagi yang boleh dibuat untuk legakan sakit kepala, penat batuk-batuk, terasa macam banyak kahak tapi tak keluar? Cubalah minyak cengkih 😄 Cengkih secara natural memilik fungsi antibakteria dan antivirus yang dapat memberi kelegaan untuk simptom-simptom tersebut.

Minyak Cengkih boleh didapatkan di Farmasi Adora 🙂

Photos from Farmasi Adora's post 10/09/2023

[NOTIS PEMALSUAN DOKUMEN MENGGUNAKAN IDENTITI FARMASI ADORA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Farmasi Adora ingin menegaskan bahawa syarikat tidak pernah mengambil pekerja bernama Norasiah binti Abdullah sebagai ahli farmasi di syarikat kami.

1. Antara pemalsuan dokumen yang dilakukan ialah slip gaji yang tertera logo dan alamat Farmasi Adora sebagai majikan. Selain itu, terdapat juga penyata bank CIMB yang memaparkan terdapat transaksi kemasukan gaji daripada Adora Pharma Sdn Bhd ke akaun bank Norasiah binti Abdullah.

2. Hasil carian di laman Prisma juga mendapati tiada ahli farmasi bernama Norasiah binti Abdullah yang berdaftar di Malaysia. Selain itu, tarikh penyertaan beliau ke syarikat yang tertera pada slip gaji palsu tersebut ialah 21.7.2018. Ini adalah bercanggah sama sekali kerana syarikat ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2022.

3. Berikutan pemalsuan ini, pihak Farmasi telah menerima panggilan dan 'whatsapp' berbaur ancaman dan tuduhan tidak berasas dari pihak ke 3 yang sedang mencari penama Norasiah binti Abdullah dengan memberi IC, slip gaji dan penyata bank tersebut. Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada pihak ke 3 ini adalah pelaku yang memalsukan dokumen tersebut ataupun pihak pemberi pinjaman tidak berlesen/berlesen yang sedang mencari peminjam.

4. Ancaman ini dikhuatiri akan menjejaskan keselamatan pekerja dan imej syarikat. Sehubungan dengan itu, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Bandar Dato Onn pada 8/9/2023.

5. Pihak kami ingin mengambil peluang ini untuk menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan data peribadi bagi mengelakkan kes kecurian identiti dan jauhi jenayah pemalsuan dokumen.

Terima kasih atas sokongan anda dan teruskan menyokong Farmasi Adora

16/08/2023

🔥Burnout adalah sindrom yang disebabkan oleh stres di tempat kerja yang kronik dan tidak ditangani dengan baik. Terdapat tiga gejala anda mungkin mengalami burnout iaitu:

1. Perasaan keletihan yang melampau dan tidak berupaya
2. Perasaan negatif terhadap kerja yang dilakukan
3. Penurunan tahap kualiti kerja

Dikongsikan tip yang anda boleh amalkan untuk mengatasi burnout.

❤️Anda telah lakukan yang terbaik, hargai dirimu!

15/08/2023

🔥Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) atau pedih ulu hati berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam esofagus (saluran antara mulut dan perut). Ini berlaku akibat masalah otot sfinkter esofagus yang lemah. Apabila asid perut menyentuh esofagus, esofagus akan terhakis dan menyebabkan kesakitan dalam kalangan penderitanya.

‼️Antara gejala GERD adalah pedih ulu hati dan rasa terbakar pada bahagian dada dan tekak. Faktor yang menyumbang kepada risiko untuk mendapat GERD adalah berat badan yang berlebihan dan makanan atau minuman yang boleh mencetuskan gejala seperti kopi, makanan masam, minuman berkarbonat, merokok dan lain-lain lagi.

✔️Oleh itu, orang ramai hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengurangkan berat badan, menjaga pemakanan dan berhenti merokok, untuk mengelakkan penyakit ini demi kehidupan yang lebih berkualiti.

15/08/2023

Nurodia Gel

Khas untuk anda yang sedang mengalami kebas-kebas kesan daripada saraf yang cedera (diabetes, slip disc dan lain-lain)

Sapukan pada kawasan yang sakit dan kebas 3-4 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda, lakukan urutan lembut di kawasan tersebut

Boleh dapatkan juga di Farmasi Adora

Photos from Farmasi Adora's post 15/08/2023

Dapatkan kelegaan yang cepat dari UTI dengan Cran Powder. Dilengkapi dengan 36gm proanthocyanidins daripada cranberi semula jadi, ia adalah jawapan yang cepat dan mujarab untuk ketidakselesaan anda! Dapatkan di Farmasi Adora sekarang ya


Experience rapid UTI relief with Cran Powder. Bursting with 36gm of proanthocyanidins from natural cranberries, it's your quick and potent answer to discomfort. Choose Cran Powder for a revitalized you.


True L

13/08/2023

Lemak dan kolesterol diperlukan dalam diet harian dalam kuantiti yang sedikit untuk beberapa fungsi tubuh.💪

💥Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi supaya tidak berlebihan.

✅Dikongsikan tip yang boleh anda ikuti untuk menghadkan pengambilan lemak dan kolesterol. Pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan bagi mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung.🫀

Photos from Farmasi Adora's post 09/08/2023

Pernah dengar Visceral Fat? Haa.. Visceral Fat ni sangat berbahaya bila berlebihan (>10) dan boleh mendatangkan risiko diabetes, serangan jantung, stroke dan macam-macam lagi komplikasi. Nak tau anggaran bacaan visceral fat? boleh datang ke Farmasi Adora ya ☺️

07/08/2023

Hari ini (7/8/2023) Farmasi Adora ditutup separuh hari bermula 2.30pm atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mohon Maaf atas segala kesulitan 🙏🏻

04/08/2023

Apakah 5 gejala utama neuropati diabetik?

1. Kebas-kebas kaki & tangan
2. Kerap kena semut-semut
3. Rasa sakit seakan terbakar
4. Kekejangan
5. Lemah otot

Nurodia mengandungi bahan aktif yang dipanggil Capsaicin. Capsaicin dapat membantu untuk :

1. Meningkatkan sensitivit saraf
2. Melegakan kesakitan
3. Mengurangkan kebas pada anggota kaki dan tangan.

Selain itu, Nurodia juga diperbuat dari Centella Astiaca, yang mana
pelbagai kajian yang dijalankan ke atas tumbuhan ini menunjukkan kebaikannya dalam melindungi saraf dan mencegah kerosakan saraf.

04/08/2023

Stress kan kalau kena buasir?

Rasa gatal, sakit, buang air besar keluar darah. Dah ambil ubat, krim pun dah sapu.

Haa.. Pencuci dah ada?

Hemopran pencuci khas untuk masalah buasir, berfungsi untuk memberi kelegaan dari rasa sakit, gatal dan tak selesa di kawasan sekitar dubur.

Boleh dapatkan di Farmasi Adora ☺️

21/07/2023

NutriForte ialah minuman kesihatan berperisa coklat yang sangat lazat dan berkrim, diperkaya dengan ekstrak Kunyit Hitam.

Antara khasiat kunyit hitam :

1. Awet muda
2. Meningkatkan tenaga
3. Melancarkan pengaliran darah
4. Kesihatan jantung
5. Kawal kadar gula dalam darah
6. Menyokong penurunan berat badan

Boleh dapatkan di Farmasi Adora ☺️

20/07/2023

Ketahui perbezaan Probiotik dan Prebiotik 😊

📌Mikrobiota usus merujuk kepada populasi mikro organisma yang terdapat pada usus dan membantu fungsi sistem penghadaman yang cekap

⚠️Ketidakseimbangan mikrobiota usus berlaku apabila kandungan bakteria baik dan buruk dalam usus berubah daripada nisbah normal dan menyebabkan gangguan penghadaman

✅Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi prebiotik dan probiotik untuk mengekalkan kesimbangan mikrobiota usus demi menjamin kesihatan usus pada tahap optimum.

Photos from Farmasi Adora's post 17/07/2023

Stress sebab kerap sangat kena kencing kotor? (Urinary Tract Infection)

Simptom-simptom kencing kotor seperti :

1. Sakit & pedih ketika membuang air kecil
2. Warna air kencing keruh & berdarah
3. Sakit di bahagian belakang badan
4. Abdomen terasa sakit memulas
5. Air kencing berbau lebih kuat dari biasa
6. Kerap rasa ingin membuang air kecil

Cran Powder boleh membantu memberikan kelegaan cepat bagi anda yang kerap menghadapi masalah jangkitan saluran kencing.

Dengan kandungan ursolic acid & vitamin C yang sangat dibenci oleh bakteri E.Coli, anda mampu mengatasinya dengan Cran Powder!

Boleh dapatkan di Farmasi Adora sekarang 😄

Photos from True L's post 17/07/2023

Dapatkan fish oil anda di Farmasi Adora sekarang😄

farmasiadora on TikTok 15/06/2023

INSTA-C Trial Pack dah mendarat di Farmasi Adora 🥳

Insta-C trial pack dilengkapi dengan :

1. Insta-C Cleansing Bar 12.5g

Dengan penggunaan konsisten, dapat menghasilkan tekstur kulit yang lebih halus dan tona lebih sekata ❤️

2. Insta-C Vit C + Hyaluronic Acid Serum 5ml

Menembusi 3 lapisan kulit & kekal di bawah lapisan kulit sehingga 72 jam! 🥰 Menggunakan Vit C yang paling stabil, bebas pewangi sintetik, bebas minyak mineral, bebas paraben, dan tahap asid rendah!

3. Insta-C Spot Treatment Cream 3g

Butylresorcinol yang sangat efektif dalam membantu memudarkan hiperpigmentasi ❤️

✅ Boleh bantu untuk buang sel kulit mati, mencerahkan kulit kusam, repair tona kulit & pudarkan bintik hitam & pigmentasi.
✅ Cleansing bar : menyerap ke dalam lapisan kulit & merawat dengan efektif
✅ Memudarkan bintik hitam & hiperpigmentasi
✅ Mengurangkan garis halus & kedutan

farmasiadora on TikTok INSTA-C Vitamin C ✅ Anti-Aging ✅ Dark spots ✅ Sun and skin damage ✅ Dull skin ✅ Freckles ✅ Wrinkles ✅ Pigmentation ✅ Melasma

Photos from InBody Asia - Malaysia's post 14/06/2023
Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

VAGINA HYAL GELDiformulasikan dengan✨ Hyaluronic Acid yang dapat memberikan kesan penghidratan pantas di dalam mukosa fa...
Haii mummies!Ada produk terbaru yang best ni.. Anak selsema & hidung tersumbat?Nak tau tak, selain dari sapu minyak/balm...
Haii warga Bandar Dato Onn dan sekitarnya.Alamak, makanan baby habis! Nak pergi travel ni, mana nak cari ya makanan baby...
Berita baik untuk anda yang ada masalah jerawat. Dah cuba macam-macam produk tapi masih belum nampak hasil?DM Essentials...
Masih tercari-cari solusi untuk masalah jeragat, melasma, dan bintik hitam?Jangan risau ✋🏻DM Essentials Insta C dirumusk...
Kepada Pelanggan yang kami segani, Farmasi Adora ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024! 😄 Terima kasih kerana masih ...
NutriForte ialah minuman kesihatan berperisa coklat yang sangat lazat dan berkrim, diperkaya dengan ekstrak Kunyit Hitam...
FarmaChecker
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan penggunaan hologram pada semua produk farmaseutikal yang berda...
Infinity Clenx Care
Peti Pertolongan Cemas
Farmasi Adora menyediakan perkhidmatan ujian pemeriksaan asas kesihatan seperti berikut :🔵Cholesterol test🟢Glucose test🟡...

Telephone

Website

Address

No. 40, Jalan Perjiranan 4/1, Bandar Dato Onn
Johor Bahru
81100

Opening Hours

10:00 - 20:30

Other Pharmacies / Drugstores in Johor Bahru (show all)
BIG PHARMACY BIG PHARMACY
Ground Floor G, 09, Jalan Austin Perdana 3/8, Taman Austin Perdana
Johor Bahru, 81100

Chan-Xie Market Chan-Xie Market
Johor Bahru, 75800

Immublend Main Benefits - anti-oxidation -anti -illness -anti-inflammatory -anti-allergy -anti-micro.

OHIP OIL - Hair Care 100% Natural OHIP OIL - Hair Care 100% Natural
21 Jalan Gelam
Johor Bahru, 80250

BIG PHARMACY BIG PHARMACY
56, Jalan Perang, Taman Pelangi
Johor Bahru, 80400

Kotak obat untuk semua keluarga Kotak obat untuk semua keluarga
Johor Bahru

69.997 follower - Toko 1: Di Jepang 〒100-0005 東京都千代田区丸の内3丁目7−2 - Toko

Big Pharmacy Bandar Baru Uda Big Pharmacy Bandar Baru Uda
6, Jalan Padi Emas 4/1, Pusat Bandar Tampoi
Johor Bahru, 81200

Retail Pharmacy

Benson Healthy Centre 4.0 Benson Healthy Centre 4.0
Johor Bahru

LINGZHI | 🍄THE MASTER OF [DEFENSE] MAIN EFFECT 1⃣ Arthritis 2⃣ Back Pain ,Knee pain , joint paun 3⃣ Anti-inflammatory 4⃣ Osteoarthritis 5⃣ Increase bone density 6⃣ Protect cartilag...

BIG PHARMACY BIG PHARMACY
NO. 47, Jalan SERIGALA, TAMAN ABAD, JOHOR BAHRU
Johor Bahru, 80250

BIG PHARMACY BIG PHARMACY
No. 35-G & 35-01, Jalan Kolam Air 2, Taman Nong Chik
Johor Bahru, 80100

BIG PHARMACY BIG PHARMACY
18G, Susur Larkin Perdana 2, Persiaran Larkin Perdana, Taman Larkin Perdana
Johor Bahru, 80350

JK Care Pharmacy JK Care Pharmacy
No 17 Jalan Johar 1 Taman Desa Cemerlang
Johor Bahru, 81800

We are an established Pharmacy in Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru, striving to provide the best health services to our community.

BIG PHARMACY BIG PHARMACY
45, Jalan Sutera 1, Taman Sentosa
Johor Bahru, 80150