Masjid Sultan Ismail, UTM

Berkongsi tentang aktiviti dan program Masjid Sultan Ismail, UTM @ Pusat Islam UTM serta perkongsian ilmu & tazkirah. Pusat Islam UTM

15/10/2024

Dr Ajmain Safar
(Mantan Profesor dan Pengarah Pusat Islam UTM)

13/10/2024
Photos from ZAKAT UTMJB's post 13/10/2024
13/10/2024

Alhamdulillah. Tahniah kepada pelajar UTM Saudara Daniel Haziq yang akan mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa di Turkiye.

Untuk pengetahuan semua, Saudara Daniel Haziq pernah beberapa kali menjadi Juara Tilawah Hafazan Al-Quran 30 juzuk peringkat IPT di Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Juara Hafazan Al-Quran 30 juzuk peringkat Negeri Johor.

Didoakan semoga Saudara Daniel Haziq dipermudahkan Allah SWT segala urusan, selamat pergi dan selamat kembali. Juga semoga beliau dapat memperolehi kejayaan di peringkat antarabangsa.

13/10/2024

Tafsir ayat 8 Surah Fatir

Ayat ini cukup praktikal dalam kehidupan manusia menuju Allah SWT

Maksudnya: Maka apakah patut orang yang buruk perbuatannya, menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka jangan engkau (Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lalukan.

10/10/2024

Assalamualaikum wr. wbt., Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS HAJI /UMRAH 2024

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UTM akan menganjurkan program Kursus Haji / Umrah 2024 secara walk in seperti ketetapan berikut:-

Pembimbing : Dr. Haji Mohd Ismail bin Mustari
Tarikh : 10 Oktober 2024
Masa : 2:00 hingga 4.00 petang ( Khamis)
Tempat : Dewan al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail UTM Johor

3. Untuk pengetahuan, kursus ini akan dikendalikan oleh PM. Dr Nurazmallail bin Marni dan Dr. Mohd Ismail Mustari iaitu pembimbing dari Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA). Kursus ini akan dilaksanakan sebanyak 13 Siri bagi melengkapkan keseluruhan modul. Selain itu, kursus ini juga terbuka warga UTM serta orang awam serta penyertaan adalah PERCUMA.

Bagi yang berminat dijemput hadir ke program ini. Sekian, terima kasih.

10/10/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pusat Islam UTM menjemput semua warga kerja UTM bersama-sama mengimarahkan
Program Pembudayaan Al Quran peringkat UTM 2024.

Dijemput kepada semua warga UTM yang berkelapangan untuk menyertai Program Pembudayaan Al-Quran di fakulti/ PTJ masing-masing secara fizikal atau pun sekiranya berada di luar kawasan bolehlah mengikuti secara dalam talian seperti makluman berikut :

Masa : 8.15 pagi - 9.15 pagi
Medium : https://utm.webex.com/meet/m.nasir
Pembimbing : Dr. Mohd Nasir bin Masroom

Jazakumullah khairan kathir.

Photos from Masjid Sultan Ismail, UTM's post 09/10/2024

Pinjaman Peralatan Pesakit@Pusat Islam UTM
Terima Kasih kepada Encik Mohamad Redha bin Md Dali
Selesai menggunakan khidmat pinjaman kerusi roda dan beliau mewakili keluarga mewakafkan tongkat untuk kegunaan pesakit seterusnya yang memerlukan.

08/10/2024

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pengikut setia fb Masjid Sultan Ismail, UTM.

InshaAllah pihak kami akan manfaatkan platform ini untuk berkongsi aktiviti-aktiviti menarik dan memperbanyak lagi siri perkongsian ilmu pada masa akan datang.

Jika terdapat sebarang cadangan program dan aktiviti untuk kami adakan, boleh pm pada messenger kami 🤗

Photos from Masjid Sultan Ismail, UTM's post 08/10/2024

Kursus Haji & Umrah telah bermula kembali pada 3 Oktober 2024 (Khamis) jam 2.00 - 4.00 petang. Modul yang dipelajari adalah menggunakan modul yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. boleh didapati dari laman web Tabung Haji. Kursus ini dilaksanakan secara percuma dan terbuka kepada warga UTM dan orang awam. sila rujuk tarikh kursus yang akan datang sepertimana yang tertera di poster yang telah disediakan.

08/10/2024

DISKUSI FIQH WANITA: 'HADANAH'

Apakah itu HADANAH?
Hadanah ialah hak penjagaan anak.

08/10/2024

Kelas Halaqah dan Tahfiz al-Quran bersama Syeikh Mahfoudh Mohamed Val al-Hafiz.

07/10/2024

Ikuti siri Diskusi Fiqh Wanita (esok jam 10 pagi) yang akan membincangkan topik berkaitan Hadanah (hak penjagaan anak).

06/10/2024

Maklumat terkini mengenai Permohonan Bantuan ZAKAT UTMJB

Google Drive: Sign-in 06/10/2024

Borang Pengesahan Pendapatan bagi Permohonan Bantuan ZAKAT UTMJB

Google Drive: Sign-in Access Google Drive with a Google account (for personal use) or Google Workspace account (for business use).

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Our Story

KENALI MASJID SULTAN ISMAIL DAN PUSAT ISLAM UTM

Pembinaan Masjid Sultan Ismail bermula pada tahun 1986 dan telah siap pada tahun 1990 dengan belanja hampir RM 19 juta. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, pada 23 Ogos 1991.

Masjid Sultan Ismail terletak di Dataran Tinggi di tengah-tengah kampus. Kedudukan ini juga selaras dengan konsep pembelajaran Islam yang menjadikan masjid sebagai sumber memperoleh dan menyebarkan ilmu.Masjid Sultan Ismail boleh menampung jemaah lebih daripada 10,000 orang dalam satu-satu masa, termasuk 800 jemaah wanita di dewan solat wanita aras 3. Keluasan lantai keseluruhan Masjid Sultan Ismail adalah lebih kurang 100,000 kaki persegi. Keluasan lantai dewan solat utama adalah lebih kurang 100,000 kaki persegi. Keluasan lantai dewan solat utama adalah 41,000 kaki persegi.

Videos (show all)

Kuliah Dhuha: Adab Makan (Kitab Adab Dalam Islam)
Tafsir ayat 8 Surah FatirAyat ini cukup praktikal dalam kehidupan manusia menuju Allah SWTMaksudnya: Maka apakah patut o...
DISKUSI FIQH WANITA: HADANAH
Kuliah Dhuha: Kitab Adab Dalam Islam (Adab Makan)
Taklimat Permohonan Bantuan ZAKAT UTMJB
Kuliah Dhuha: Adab Makan

Category

Address

Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Other Mosques in Johor Bahru (show all)
Masjid Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Darul Takzim Masjid Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Darul Takzim
Jalan Ara 8, , Taman Sri Pulai, , Skudai
Johor Bahru, 81300

Aktiviti masjid taman sri pulai skudai johor darul takzim

Surau Darul Akhirah Rumah Pangsa Larkin Surau Darul Akhirah Rumah Pangsa Larkin
Surau Darul Akhirah Rumah Pangsa Larkin Bahru
Johor Bahru, 80350

Masjid Nurul Falah Taman Sri Bahagia, Johor Bahru Masjid Nurul Falah Taman Sri Bahagia, Johor Bahru
Taman Sri Bahagia
Johor Bahru, 81200

Masjid Jamek Nurul Falah, Taman Sri Bahagia, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia.

Masjid Raudhatul Jannah Taman Damai Jaya Skudai Masjid Raudhatul Jannah Taman Damai Jaya Skudai
Johor Bahru, 81300

ALLAH wujud tanpa bertempat.

Masjid Bestari Perdana Pasir Gudang Masjid Bestari Perdana Pasir Gudang
Meridin East
Johor Bahru, 81700

Sumbangan bagi pembinaan Masjid Bestari Perdana, Pasir Gudang.

Surau Jumaat Ar-Rahman RPTM Surau Jumaat Ar-Rahman RPTM
Jalan Molek 3/19 Taman Molek
Johor Bahru, 81100

Tujuan laman ini diciptakan adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan sebarang aktiviti dan sebagainya yang berkaitan Surau Jumaat Ar-Rahman RPTM untuk masyarakat dan penduduk seki...

Arrazaq Al-Quran Arrazaq Al-Quran
Johor Bahru

ALQURAN PENDOMAN HIDUP SEHARIAN

Surau Nurul Falah Taman Setia Indah Surau Nurul Falah Taman Setia Indah
Jalan Setia 5, Taman Setia Indah
Johor Bahru, 81100

Jalan Setia 5, Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru, Johor

Surau Al Rayyan JP3 Surau Al Rayyan JP3
Jalan Persiaran Jaya Putra, Taman JP Perdana
Johor Bahru, 81100

SURAU AL RAYYAN JP3 TAMAN JP PERDANA 01162010010395 Bank Islam Bhd

Masjid India Johor Bahru - MIJB Masjid India Johor Bahru - MIJB
No1, Jalan Duke
Johor Bahru, 80000

Founded by the city’s Indian Muslim community, Masjid India is a modern looking mosque that employs glass usage in its minarets and dome.

Surau Melana Indah ii Surau Melana Indah ii
Jalan Sutera Ros 12/1
Johor Bahru, 81200

Surau yang baharu dikendalikan pada Feb 2023 di dalam kawasan PPR MELANA INDAH FASA 2.