Coach Arif Sukri

Ketahui bagaimana menurunkan berat badan secara sihat, tanpa suplemen melalui pemilihan makanan dan senaman yang betul.

Kepakaran saya adalah membantu anda menurunkan berat badan tanpa sebarang pil.

31/05/2021

Makanan diet tu semuanya murah dan ada dari dapur kalian sahaja.

Ini antara yang saya kongsikan dalam kelas. Tak perlu fikir tentang menu fancy apa yang nak dimakan. Kalian ada ikan, makan ikan. Ada ayam makan je ayam.

Yang penting faham ambilan kalori, Insya-Allah kalian tak perlu risau nak makan apa sekalipun.

Gais. Ada lebih dari 500 menu sihat yang boleh kalian jadikan rujukan. Mula dengan sarapan pagi, makan tengahari sehingga kepada makan malam. Menu tak semua dari jenis yang sama.

Masih ada beberapa jam untuk kalian daftar untuk kelas ambilan Jun. Daftar sekali sahaja dan tiada tarikh luput,

Jemput join disini >> Masterclassdiet.com

23/05/2021

“Dah muat balik baju lama saya. Yahoooo! Terima kasih coach dan kawan-kawan semua. Setelah usaha dan try ilmu coach, baru tercapai hajat saya. 😂”

Jangan terkejut. Macam inilah perkongsian dari Michelle. Dulu bila buat sorang-sorang mesti rasa 2 benda ni,

1. Cepat nak give up dengan usaha.
2. Diet jadi stres sebab fikir banyak benda yang tak boleh makan.

Tapi bila dah mahir. Sekejap sahaja beliau buat. Dalam tempoh kurang 3 bulan hari ni dah boleh mula pakai pakaian lama yang dulu tak muat. Badan makin sihat. Dan penting nampak fit.

Kawan. Kadang dalam diet ni kita rasa dah buat betul dah. Tapi bila kita belajar teknikal diet dan twist sikit apa yang biasa kita buat. Result memang terus dapat.

Tahun depan Saudari Michelle dah boleh join dalam senarai inspirasi saya. Sama sama doakan moga beliau terus menjadi insirasi untuk orang lain p**a.

Yang nak join dan satu team dengan Michelle komen FIT. Yang serius sahaja saya akan invite ke group.

Arif Sukri
Diet Tanpa Stres

04/05/2021

Tahun lalu. Seorang wanita ada maklumkan kepada saya secara personal. Beliau agak kecewa dan stres teramat dengan program diet yang sedang dilaluinya sekarang.

Terkejut saya bila dapat tahu dalam program tu awal-awal lagi dia dihalang dari makan buah-buahan yang lain. Kecuali Epal dan Jambu Batu sahaja. Kalau tak nanti tak boleh kurus.

Sedih dia.

Kemudian beliau menyambung sampai roti pun tak boleh makan sebab ada tepung. Alasan yang diguna dia nak client tu cepat kurus. Saya geleng kepala. Kesihan. Terkilan.

Kawan-kawan.

Buah-buahan ni dia ada pelbagai sumber vitamin. Setiap buah, ada manfaatnya yang tersendiri yang mungkin tak ada pada sejenis buah sahaja. Terlalu banyak manfaat untuk kepelbagaian buah. Jadi makan sahaja dalam kawalan.

Tepung juga tidak bersalah dalam diet. Yang salah bila pengambilan diambil lebih, dan tak jaga kuantiti. Nasi perang yang sihat tu pun kalau lebih tetap menggemukkan badan. Jadi isunya bukanlah pada tepung atau beras.

Tapi tentang kesederhanaan dan kawalan. Begitulah.

Kadang nak je saya bagitau. Tak tahu ke Ustaz Fitness Arif Sukri punya fb? Dia la ni banyak kot duk kongsi cara diet tanpa stres. Kacak dan terlalu baik p**a tu ya Tuhan.

Kalau ramai yang tak tau nak mintalah bantuan kalian untuk sebarkan. Tolonglah bantu mereka yang tengah diet dengan stres tu ya.

Yang follow fb dia tu dengar semuanya cantik, kacak dan baik budi. Sesuailah jadi agen Diet tanpa stres. Tiber.

Selamat semua.

Jemput join Channel Rasmi saya di sini ➡️ https://t.me/ustazfitness. Kat sini saya share ilmu kesihatan dan fitness.

29/04/2021

Diet yang sesuai dengan diri sendiri itu bermula dengan 3S. Iaitu seimbang, sederhana dan stabil. Diet akan sesuai bila,

1. Mengatur menu dan plan pemakanan sendiri tanpa ikut-ikutan menu orang lain.

2. Air diminum mengikut keperluan sendiri. Bukan wajibkan sampai 4-5 liter sampai rasa nak termuntah.

3. Makan 3-6 kali sehari. Tidak ketatkan waktu makan hanya sehari sekali sahaja. Buat begini memang cepat kurus, tapi risiko naik berat mendadak balik amat tinggi.

4. Pelbagaikan lauk dan sayur-sayur. Tak mesti wajib bakar-bakar atau rebus, goreng pun ok. Cuma jika ada itu akan lebih baik.

5. Air manis kalau tak boleh tinggal terus janganlah tinggalkan. Tapi limitkan selimit yang boleh. Sehari sekali pun ok.

6. Mulakan senaman dengan yang ringan-ringan. Dan ia ditingkatkan sedikit demi sedikit. Ikutlah progres badan anda sendiri.

7. Tak perlu buat hari-hari juga. Aturlah senaman biar berjadual.

8. Contohnya ada senaman yang kau wajib buat hari-hari. Squat 30x, Push Up 30x , lunges 30x. Senaman-senaman ni sebelum mandi dah boleh habis apa.

9. Manakala senaman yang lebih intensiti dan berfokus bolehlah curi-curi waktu 30-45 minit. Dapat 3-4 sesi pun dah ok.

10. Kalau masih tak mampu biar rilek dulu. Kawal makan dan aktifkan diri sahaja dulu. Sekali berat dah turun sikit, buatlah berat-berar sikit. Awal tu banyakkan jalan sahaja dulu.

11. Sabar dan letakkan sasaran sendiri. Sebulan tak mesti 4kg. Kalau dapat 2kg pun dah ok. Bayangkan sebulan 2kg. Kalau 12 bulan? Dah 24kg bukan. Banyaklah tu!

Akhirnya yang terbaik diet itu mengikut kemampuan diri sendiri. Begitulah.

Buat masa sekarang anda buat diet rasa sesuai tak dengan diri sendiri? Moga terus berjaya.

Arif Sukri
Tahun depan nak belajar diet lebih bersistem belajar di sini kawan masterclassdiet.com.

28/04/2021

Ada beberapa cara yang boleh menjimatkan kalori air manis yang kalian ambil sekarang.

1. Jika s**a Milo Ais, tukarkan kepada Milo Kosong Ais. Tanpa gula. Memadai rasa manis dari milo itu sendiri.

2. Kalau gemar kepada Teh Ais yang dicampur susu pekat, gantikan ia dengan gula. Biar jadi Teh O.

3. Pada peminat jus buah-buahan. mungkin sebelum ni carrot susu pekat manis, epal susu pekat manis, tembikai + susu pekat manis. Baiki sikit. Gantikan dengan susu segar.

4. Untuk peminat kopi susu, dari gunakan susu pekat manis gantikan dengan susu segar. Jimat kalori sikit dan dah jadi latte menarik tau.

5. Dan yang terbaik adalah gantikan ia dengan air kosong semata-mata. Cari kosong kalori.

Itulah tentang penjimatan. Tak perlu tinggal terus, hanya gantikan sahaja melalui alternatif lebih menjimatkan.

Cuma nak pesan. Minum sekali air manis tak adalah gemukkan terus badan. Namun mereka yang telah sedia ada gula yang tinggi dalam badan. Ini boleh jadi pilihan.

Begitulah.

Arif Sukri
Moga bermanfaat. Maniskan senyumann.

28/04/2021

Kalian akan berjaya dengan progres diet pada tahun ini jika ada mindset,

1. Makan bila lapar. Berhenti sebelum kenyang. (Grab sunnah)

2. Tidak haramkan semua makanan yang pernah atau sedang
dimakan. Sebaliknya buat kawalan kuantiti.

3. Tidak rasa berdosa bila menolak ajakan orang bila dah kenyang. Makanlah sekadar keperluan.

4. Tak malu nak order air kosong di kedai-kedai makan.

5. Tak segan minta kurangkan nasi dalam hidangan.

6. Banyak sediakan lauk pauk yang lebih sihat.

7. Tidak beri alasan banyak untuk dapatkan 6000 langkah sehari. Tak boleh buat sekaligus, bahagikan waktu anda.

8. Tidak asyik salah orang sekeliling. Sebaliknya fokus pada diri
sendiri.

9. Dalam rumah dah mula ada stok makanan sihat. Dan cuba untuk habiskan.

10. Pelbagaikan variasi senaman dengang mengikut kemampuan sendiri.

Dalam diet tak mesti anda nak kena ubah 100%. Tetapi boleh bermula dengan 10% pun sudah memadai. Kita tidak inginkan diet itu dalam keadaan sempurna semuanya.

Kalau nanti sempurna sahaja baru nak mula, belum tentu kita akan berjaya. Buat sikit-sikit dulu. Nanti yang banyak-banyak tu dapatlah. Ok kawan.

Ada yang dah mula dengan mindset berjaya ni? Moga terus istiqomah.

Arif Sukri
Diet Tanpa Stres

19/04/2021

Soalan: Bagaimana saya nak kecikkan paha, dagu dan lengan? Sit up 100 kali sehari boleh kempiskan perut kan.

Jawapan,

1. Semua senaman baik untuk badan. Ia mampu membakar lemak dan berikan badan anda lebih fit dan nampak tegap.

2. Tidak ada senaman khusus untuk kecikkan paha, lengan, dagu, atau p**i yang pau.

3. Ini sebab. Lemak ni kita tak tahu dia akan kecut dekat bahagian mana dulu. Lain orang lain ceritanya. Ada orang mudah nampak kecut bahagian muka dulu. Ada orang bahagian perut dan p**i paling cepat.

4. Jangan buat sit up 100x sehari dengan harapan lemak kat situ akan terbakar terus. Andai tidak jaga makan, belum tentu ia kempis.

5. Makanya kawan. Tak perlu stres jika anda lihat progres anda tak sama macam orang lain. Berikan waktu pada diri. Dan cuba variasikan segala segala senaman yang ada.

6. Ada hari jogging, ada hari buat weight training. Ada hari rehat dan jaga makan sahaja.

7. Mudahnya. Lagi banyak variasi senaman, lagi baik untuk badan. Plank, squat dan segala senaman yang biasa anda dengar itu mampu fitkan keseluruhan badan.

Begitulah.

Jika paha belum kecil, dagu tak runcing lagi tapi stamina makin baik. Inchloss perut dah ada sedikit. Bukanlah itu sudah baik?

Beri waktu untuk badan anda.

Arif Sukri
Nak sedut ilmu diet banyak-banyak > masterclassdiet.com

Photos from Coach Arif Sukri's post 18/04/2021

Kita kena terima hakikat bahawa bila diet cabarannya lain macam.

1. Masa itulah ramai orang bermurah hati nak belanja makan itu ini.

2. Ada yang sanggup datang hari-hari untuk patahkan semangat.

3. Penuh sindiran apa yang anda buat hari ni adalah usaha yang sia-sia.

Dan begitulah pelbagai lagi ujian dan cabaran yang berlaku ini sebenarnya harus dipandang dengan positif dan baik.

Kawan. Kadang mari rasa nak menangis sahaja dalam hati. Orang tu cakap badan kau dah besar, tapi bila nak diet mereka juga yang kecam.

Jangan risau. Bila usaha kita ada cabaran dan ujian, ia bermaksud kau sedang berada di atas track yang betul.

Dah berapa lama sebelum ini kau selesa dengan kehidupan yang sebelum, apa salah untuk kali ini cabarlah untuk terus kekal di atas landasan yang betul.

Tak perlu rasa tekanan yang melampau. Kau buat apa yang kau s**a. Tidak ada yang memaksa atau berjaya sekalipun tidak ada sesiapa yang bayar.

Ini adalah perjuangan yang kau lalui sendiri.

Jika mahu harap pada semua orang s**a dan senang dengan usaha kau, kiamatlah dunia. Belum pernah ada orang yang mampu puaskan hati semua orang.

Jangan usaha buat, jangan cuba-cuba buat.

Sampai bila kena ada alasan orang sekeliling saya tidak membantu. Kawan-kawan kau semua s**a menyindir.

Semua situasi di atas pernah di lalui oleh orang-orang yang dah berjaya sebelum kau. Mereka ketap gigi, kuatkan hati dan bijak melalui ujian dengan baik.

Bila sudah fokus buat terus jangan tunggu-tunggu. Kalau hari ni mula dengan kurangkan air manis contohnya. Fokus itu dulu.

Tak boleh bertahan seminggu cuba 3 hari dulu, tak boleh 3 hari. Cubalah sekali sehari.

Apa yang penting adalah fokus. Jika kau hanya tahu menyalahkan orang lain, sampai bila benda tak jadi.

Ada yang masih kena kecam? Jalan terus. Kita fokus apa yang kita buat ok.

Arif Sukri
Diet Tanpa Stres

17/04/2021

Ada orang cakap nak kurus cepat masa Ramadan ni air kena minum banyak. Sahur tu biar minum terus 2-3 liter. Lagi banyak lagi bagus. Namun benarkah begitu? Hehe.

Tenang-tenang. Begini kawan.

Masa sahur minum air sampai 2-3 liter tu hanya buatkan kalian lebih cepat ke tandas untuk membuang. Dan ia menambahkan lagi rasa cepat haus.

Minum berliter air selepas sahur tiada kesan-kesan istimewa yang berat akan cepat turun.

Air untuk setiap orang keperlunnya tidak sama. Ada yang jenis mudah dahaga. Ada yang minum sikit pun dah memadai. Maka ikut keperluan sendiri.

Jangan jadi macam kanak-kanak kecil yang baru nak belajar puasa. Air nak minum bergelas-gelas masa sahur konon akan memberikan lagi tenaga. Tidak.

Minumlah sekadar apa adanya sahaja. 2-3 gelas sudah cukup. Air kencing tak proses keluar sekali dengan lelemak tepu.

Harap tak ada kawan-kawan yang paksa diri keluar air mata minum 2-3 liter air masa sahur ya. Jangan bebankan buah pinggang kalian.

Minum lek lek je.

Arif Sukri
Belajar diet seumur hidup daftar di sini Ada orang cakap nak kurus cepat masa Ramadan ni air kena minum banyak. Sahur tu biar minum terus 2-3 liter. Lagi banyak lagi bagus. Namun benarkah begitu? Hehe.

Tenang-tenang. Begini kawan.

Masa sahur minum air sampai 2-3 liter tu hanya buatkan kalian lebih cepat ke tandas untuk membuang. Dan ia menambahkan lagi rasa cepat haus.

Minum berliter air selepas sahur tiada kesan-kesan istimewa yang berat akan cepat turun.

Air untuk setiap orang keperlunnya tidak sama. Ada yang jenis mudah dahaga. Ada yang minum sikit pun dah memadai. Maka ikut keperluan sendiri.

Jangan jadi macam kanak-kanak kecil yang baru nak belajar puasa. Air nak minum bergelas-gelas masa sahur konon akan memberikan lagi tenaga. Tidak.

Minumlah sekadar apa adanya sahaja. 2-3 gelas sudah cukup. Air kencing tak proses keluar sekali dengan lelemak tepu.

Harap tak ada kawan-kawan yang paksa diri keluar air mata minum 2-3 liter air masa sahur ya. Jangan bebankan buah pinggang kalian.

Minum lek lek je.

Arif Sukri
Belajar diet sampai anda handal, daftar di sini ➡️ masterclassdiet.com

03/03/2021

Kawan. Kaedah di bawah TIDAK boleh kuruskan badan anda,

1 Minum air detox blend buah dan sayur sampai 2-3 liter sehari.

2. Amalkan kopi dan teh tanpa ada limitasi yang betul.

3. Tinggalkan nasi dan gantikan dengan biskut sahaja.

4. Bersenam dengan baju tebal-tebal sampai menyiksa badan.

5. Kunyah pil-pil tertentu untuk pembakaran lemak.

6. Guna mesin lekat di perut untuk kempiskan perut.

7. Minum air lemon untuk hapuskan makanan berlemak.

8. Pakai losyen untuk kuruskan perut.

9. Ambil "Fat Burner" tanpa lakukan senaman.

10. Berangan nak kurus tapi usaha tak pernah
nak mula. makan nasi.

Ini antara mitos dan cara diet yang amat tidak seimbang. Dan adakala jika berlebihan boleh buat badan jadi mudarat.

Kawan-kawan. Asas untuk penurunan berat badan adalah dapatkan defisit kalori. Dalam diet ni tidak ada kopi terbaik, teh terbaik, atau pun senaman yang terbaik.

Semua makanan baik. Semua senaman itu bawa kebaikan. Yang penting dalam pemakanan itu adalah pengawalan, kesederhanaan dan tidak ambil secara berlebihan.

Ia dibuat secara konsisten. Walaupun kalian hanya mampu bermula dengan usaha yang kecil-kecil sahaja.

Makanlah macam biasa. Kurangkan pemakanan sedia ada secara berperingkat. Yang penting. Aktifkan diri biar pun sekadar berjalan kaki. Insya-Allah mitos-mitos diet ini, akan anda ucapkan selamat tinggal. Dan selamat datang pada diet yang sihat.

Tag dan bantu share untuk kawan-kawan kita yang masih berjuang. Moga tips ini membantu, dan mereka beroleh kejayaan.

Arif Sukri
Diet Tanpa Stres > masterclassdiet.com

Photos from Coach Arif Sukri's post 02/03/2021

“Cubalah buat senaman squat 100 kali sehari. Mesti padu kau lepas ni.”

“Gilalah 100 kali. Mana nak larat doh.”

Kawan-kawan. Pernah dengar tentang cabaran senaman?

100 kali sehari, 200 kali sehari. Atau ada yang serendah 50 kali sehari.

Selalu kita lihat perkongsian teknik senaman yang dipost di fb. Ada yang suruh buat crunches, sit up, squat, push up atau senaman-senaman yang lain.

Setiap senaman p**a dinasihatkan untuk buat beberapa kali ulangan dalam beberapa set. Misalnya sit up 10 Repetition (REP) buat dalam 4 set.

Kemudian ada p**a beberapa cabaran yang di lontarkan oleh para coach di fb. Misalnya 100 kali squat dalam sehari. Atau 50 push up sehari dan seumpamnya.

Waktu awal-awal saya dengar kena buat squat 100 kali sehari dulu pun dah nak termuntah. Kemudian suruh p**a buat crunches 100 kali sehari, Hahaha. Memang rasa mustahil.

Namun bila kita tahu cara dan ukur ikut kemampuan sendiri, Insya-Allah ia akan jadi lebih mudah. Saya kongsikan di bawah salah satu dari tekniknya.

Lepas belajar 100x squat sehari pun takda hal. 😁

Arif Sukri
Nak belajar banyak lagi tip diet. Klik link ini sekarang >> masterclassdiet.com

01/03/2021

KAUM IBU PUN BOLEH KURUS

Kenapa para ibu berdiet tapi tidak menjadi? Mari saya bantu berikan senarai mudah antara punca kenapa diet tidak menjadi,

1 Merasa makanan yang melebihi kadar merasa.

2. Makannya sikit. Tapi banyak fokus pada jajan (kerepek,keropok) yang tidak sihat.

3. Sentiasa habiskan makanan anak-anak yang diulang rutinnya sehingga bertahun-tahun.

4 Kurangnya minum air.

5 Pelan makan yang tidak menentu. Dengan maksud,hari ini makan banyak. Esok makan sikit. Lusa tak makan banyak, tulat makan banyak semula

6. Rehat yang tidak cukup. Badan jadi terlalu letih.

7. Kurang support dari suami dan ahli famili.

Begitulah. Ini antara sebab kenapa diet para ibu ada yang tidak menjadi. Namun jangan bimbang semua ni boleh diperbaiki jika kalian mengubah budaya di atas.

Sikit demi sikit.

Buat para suami, bantulah isteri anda untuk berdiet sehabis baik. Jangan biar mereka rasa keseorangan.

Sesungguhnya sokongan kalian akan benar-benar menjadi asbab buat mereka jadi lebih bersemangat.

Semak dan imbangi semula pelan diet kalian. Share dan tag kawan-kawan kita yang masih berusaha untuk diet. Moga membantu.

Arif Sukri
Diet Tanpa Stres

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Tip Ringkas Bagaimana Saya Hilang 40KG Dan Tangani Cabaran Mental
Hari Sukan Negara 3 Bulan Turun 40KG Tips Arif Viral
Santan Tidak Berkolestrol
Makan Nasi Untuk Kurus!

Category

Telephone

Address

P4-B-05-03, Sri Raya Apartment
Kajang
43000

Other Coaches in Kajang (show all)
Coach Azura. Coach Azura.
Saujana Impian
Kajang, 43000

Kepakaran kami membantu anda yang nak KURUS secara sihat & kekal berat ideal sepanjang hayat secara

Get Slim with Fuadah Get Slim with Fuadah
Bandar Puteri Bangi
Kajang, 43000

You Can Lose Weight Online. This program 100% online coaching.

Rajan Subra Rajan Subra
Kajang, 43000

fitness

Azmah komuniti sihat dan ramping Azmah komuniti sihat dan ramping
Taman Kantan Permai
Kajang, 43000

Group Online Coaching Nak Sihat Bersama DM support group � +60129918877 https://cantikfit.wasap.my IG: Azmah_hkomuniti

Evoing Evoing
Evoing Centre, No 01&02-16, Level 1, Block B, Saville Kajang, Jalan Reko
Kajang, 43000

Akademi Tenis Thalhah HQ Akademi Tenis Thalhah HQ
Kajang, 43000

Akademi Tenis Thalhah. Based in Bandar Puteri Bangi, Selangor.

Nur Maizanqistina Md Radzi Nur Maizanqistina Md Radzi
Jalan 4h
Kajang, 43000

Nak trade? Cari saya..

Ejul Lutfi Evolusi Ejul Lutfi Evolusi
16-1 B, Saville, Jalan Reko
Kajang, 43000

EJUL LUTFI adalah seorang usahawan. Beliau juga menjalankan program latihan dan bimbingan berkaitan

Free Athlete Trainer - Kajang Free Athlete Trainer - Kajang
Kajang, 43200

Lets get started - be a free athlete malaysia Come and join us towards a healthy lifestyle! Bodyweight training based on mobile apps.

د.حسان مصطفى Hassan Mustafa. د.حسان مصطفى Hassan Mustafa.
Sepakat Indah 2 Jln
Kajang, 43000

ONE WORLD, ONE MARKET AND ONE FAMILY.