Pemuda PAS Kampar

Laman rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar.
#anakmudasayangulama'
#anakmudapilihpas Moh LIKE,SHARE dan INVITE page ini.Terima kasih.

Entiti yang mengerakkan aktiviti dakwah,siasah dan tarbiyyah khususnya di bumi Kampar. Page ini dikendalikan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru DPPK Kampar bertujuan untuk menghebahkan program DPPK Kampar khususnya dalam usaha menarik anak muda menyertai bahtera perjuangan Islam ini.

09/09/2024

3 hari lagi! 14 dan 15 September ini kita bakal cipta sejarah!

Dua hari ini akan menjadi medan untuk kita berkongsi idea, menyuarakan pandangan, dan merancang langkah seterusnya bagi memperkuatkan gerakan dan perjuangan kita.

Di sini, kita bukan hanya berkumpul sebagai ahli yang prihatin tetapi sebagai pejuang yang bertekad untuk melihat keadilan dan kebenaran ditegakkan.

Ayuh, bersama-sama kita tingkatkan kesatuan, perkukuhkan semangat dan mantapkan langkah perjuangan kita demi agama, bangsa, dan negara!

Photos from Pemuda PAS Malaysia's post 09/09/2024
09/09/2024

Harimau Malaya Cipta Sejarah di Pesta Bola Merdeka!🐯

Di hadapan ribuan penyokong setia yang memenuhi Stadium Bukit Jalil, Harimau Malaya berjaya menakluk hati rakyat Malaysia dengan kemenangan gemilang di Pesta Bola Merdeka. Dalam suasana penuh emosi, pasukan negara menunjukkan semangat juang yang tak pernah luntur, mengatasi setiap cabaran dengan keberanian dan kesungguhan luar biasa.

Sorakan dan tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong yang tidak putus-putus menyokong menjadi nadi kekuatan Harimau Malaya sepanjang perlawanan.

Kejayaan ini adalah bukti bahawa dengan usaha gigih, perpaduan, dan doa seluruh rakyat, Harimau Malaya mampu menggapai kejayaan yang kita semua impikan. Tahniah Harimau Malaya! Terima kasih atas kebanggaan ini. Malaysia, kita juara!

08/09/2024

Gambar paling mahal malam semalam.

Terengganu sangat sinonim akan akrabnya ulama' dan umara'. Malam tadi telah diadakan munajat besar-besaran menuntut keadilan dalam isu hak royalti Terengganu.

Moga Allah memilih kita untuk terus kekal bersama ulama' dan umara' yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat.

08/09/2024

TERESA KOK HINA ISLAM, SENTUH 3R

1. Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Kampar menyelar kenyataan dangkal Naib Pengerusi Kebangsaan Parti DAP, Teresa Kok yang menghina Islam & Sijil Halal JAKIM.

2. Laporan Polis atas kesalahan yang telah Teresa Kok celuparkan selesai dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar pada pagi ini (8 September 2024) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar oleh Saudara Hadi dan Saudara Fauzan yang mewakili DPPK Kampar.

3. Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen DAP (Seputeh), bertindak pendek akal dan membabi buta dengan mengatakan bahawa Sijil Halal akan mencetuskan reaksi negatif dalam negara, bahkan memalukan negara di peringkat antarabangsa sekiranya ia diwajibkan.

4. DPPK Kampar mengecam kenyataan lancang Teresa Kok yang menyatakan bahawa penguatkuasaan Sijil Halal ini mengekang kebebasan perniagaan bahkan juga tidak menghormati kehendak pengguna.

5. Sijil Halal diwujudkan untuk menjamin kesihatan, kebersihan, keselamatan makanan, disiplin pengaturcaraan makanan, nutrien sempurna bahkan keterjaminan sosial masyarakat.

6. DPPK Kampar secara tegas membantah kenyataan Teresa Kok yang memomok dan mengapi-apikan fahaman Islamofobia bahkan menakutkan-nakutkan peniaga dengan ‘bebanan’ Sijil Halal.

7. Pemimpin DAP ini secara jelas merendah-rendah dan menghina kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1).

8. DPPK Kampar menyokong penuh tindakan pihak JAKIM & Kerajaan dalam memartabatkan industri Halal yang menjadi tonggak utama kemajuan negara Malaysia.

9. Industri Halal di Malaysia merupakan sebuah industri yang sangat terkenal di persada dunia hatta menarik rapat minat dari negara bukan Islam sendiri bahkan memacu ekonomi negara Malaysia.

10. Perbuatan ‘sifar akhlak’ ini secara terang lagi bersuluh berlawanan arus dengan falsafah 3R yang dijaja oleh Kerajaan Madani pimpinan PMX.

11. DPPK Kampar menuntut Teresa Kok mengaku salah, menyesali & memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dihebahkan ke semua media massa.

12. Jika sebaliknya, DPPK Kampar dengan tegas menggesa dan menuntut segera, agar manusia bernama Teresa Kok ini di dakwa di muka pengadilan di bawah Akta Hasutan.

13. Semoga bumi Malaysia terus subur dengan kelestarian Islam serta keharmoniaan beragamanya menghormati yang lain.

Azri Fauzan
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar
8hb September 2024

07/09/2024

TERESA KOK HINA ISLAM, SENTUH 3R

1. Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Parit menyelar kenyataan dangkal Naib Pengerusi Kebangsaan Parti DAP, Teresa Kok yang menghina Islam & Sijil Halal JAKIM.

2. Laporan Polis ke atas jenayah yang telah Teresa Kok celuparkan telah dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar, jam 05:39 petang tadi.

3. Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen DAP (Seputeh), bertindak pendek akal dengan mengatakan bahawa Sijil Halal akan mencetuskan reaksi negatif dalam negara, bahkan memalukan negara di peringkat antarabangsa sekiranya ia diwajibkan.

4. DPPK Parit mengecam kenyataan lancang Teresa Kok yang menyatakan bahawa penguatkuasaan Sijil Halal ini mengekang kebebasan perniagaan bahkan juga tidak menghormati kehendak pengguna.

5. Sijil Halal diwujudkan untuk menjamin kesihatan, kebersihan, keselamatan makanan, disiplin pengaturcaraan makanan, nutrien sempurna bahkan keterjaminan sosial masyarakat.

6. DPPK Parit secara tegas membantah kenyataan Teresa Kok yang memomok dan mengapi-apikan fahaman Islamofobia bahkan menakutkan-nakutkan peniaga dengan ‘bebanan’ Sijil Halal.

7. Pemimpin DAP ini secara jelas merendah-rendah dan menghina kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1).

8. DPPK Parit menyokong penuh tindakan pihak JAKIM & Kerajaan dalam memartabatkan industri Halal yang menjadi tonggak utama kemajuan negara Malaysia.

9. Industri Halal di Malaysia merupakan sebuah industri yang sangat terkenal di persada dunia hatta menarik rapat minat dari negara bukan Islam sendiri bahkan memacu ekonomi negara Malaysia.

10. Perbuatan ‘sifar akhlak’ ini secara terang lagi bersuluh berlawanan arus dengan falsafah 3R yang dijaja oleh Kerajaan Madani pimpinan PMX.

11. DPPK Parit menuntut Teresa Kok mengaku salah, menyesali & memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dihebahkan ke semua media massa.

12. Jika sebaliknya, DPPK Parit dengan tegas menggesa dan menuntut segera, agar manusia bernama Teresa Kok ini di dakwa di muka pengadilan di bawah Akta Hasutan.

13. Semoga bumi Malaysia terus subur dengan kelestarian Islam serta keharmoniaan beragamanya menghormati yang lain.

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit

28/08/2024

Saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepads murabbi ummah yang kami kasihi, Tuan Guru Ustaz Sidek Noor.

Segala puji bagi Allah, kami menzahirkan setinggi-tinggi syukur dan penghargaan yang tidak terhingga buat Tuan Guru yang sentiasa menitipkan pesan untuk kami terus istiqamah dalam perjuangan.

Tuan Guru adalah ikon untuk kami semua dengan keilmuaan yang tinggi, pengorbanan yang besar dan pengalaman yang luas dalam perjuangan PAS sejak puluhan tahun dahulu.

Tuan Guru yang kami kasihi merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Perak dan juga mantan Ketua Ulama PAS Perak.

Malah, lebih mengesankan hati, Tuan Guru pernah ditahan di ISA suatu masa dahulu. Namun, nilai istiqamah semangat perjuangan tidak pernah luntur di hati beliau sehingga ke hari ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk terus mendidik serta menjadi suri teladan buat kita semua.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Guru Ustaz Sidek Nor.

"Pemuda Negarawan Generasi Sejahtera"
"Generasi Sejahtera Mengisi Kemenangan"

28/08/2024

bagi yang senang je hari ni.. ate bagi perkataan yang kome tak pernah dengo nanti ada yang kate teman kencin

contoh ayat

27/08/2024

Tawaran Eksklusif untuk Muktamar DPPM ke-65!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami dengan penuh rasa hormat ingin menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada Muktamar DPPM ke-65 yang akan berlangsung pada 11-12 September 2024 di Dewan Kompleks Al-Makmur, Pahang. Ini adalah peluang unik untuk mempromosikan perniagaan anda melalui pelbagai pakej penajaan iklan yang kami sediakan.

Dengan menjadi penaja, anda bukan sahaja membantu menjayakan acara ini, tetapi juga memperluas jangkauan jenama anda kepada komuniti yang lebih luas.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin berbincang lebih lanjut mengenai pakej yang sesuai dengan keperluan anda, sila hubungi Sdr. Muhammad Afiq di talian 014-8048942.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun: 14069010015415 (Bank Islam)

Jom bersama-sama kita meriahkan Muktamar DPPM ke-65 dengan sokongan dan penajaan anda!

Photos from Zulfadli Hj Zainal's post 27/08/2024
Photos from Pemuda PAS Perak's post 27/08/2024

Alhamdulillah

22/08/2024

SERUAN MENGGANTUNG BENDERA MALAYSIA DAN BENDERA PAS DI RUMAH

Bersempena bulan kemerdekaan ini, semua pemuda PAS diminta untuk menggantung bendera Malaysia dan bendera PAS di setiap premis dan rumah masing-masing.

Hal ini bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dan kecintaan kepada Negara dalam diri. Selain itu, kita zahirkan kecintaan kepada ketulenan perjuangan bersama PAS bagi membentuk Malaysia yang lebih baik.

Kata Buya HAMKA, "Sikap kejujuran dan keberanian mempertahankan kebenaran adalah intisari daripada jiwa yang merdeka. Sementara itu, kebohongan atau kemunafikan adalah gejala dalam jiwa hamba."

Mengambil semangat tokoh-tokoh merdeka, kita kibarkan bendera negara dan parti kesayangan dengan gagah dan megah!

22/08/2024

Logo muktamar tahun ini lain dari yang lain!

Bukan hanya sekadar hiasan, tapi ada makna yang mendalam.

Setiap elemen yang direka, ada cerita tersendiri melambangkan semangat perjuangan dan simbolik warisan Pahang.

Jom sama-sama kita hayati makna di sebalik logo ini dan jadikan inspirasi dalam muktamar kita tahun ini.

Logo muktamar berwarna warni,
Setiap ukiran halusnya seni,
Muktamar membugar jiwa haraki,
Agar terus dipandu Ilahi.

19/08/2024

Pencuri makin ramai. Pembunuh makin ramai. Perogol makin ramai. Hanya hukum Islam dapat halang merebak kejahatan itu. Laksanakanlah

16/08/2024

14/08/2024

𝐊𝐎𝐌𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐍𝐒𝐔𝐑 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐒: 𝐀𝐏𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀?

1) Hari ini, telah tular dalam media arus perdana yang melaporkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah membatalkan larangan mencetak dan mengedar komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang merupakan karya Superman Hew.

2) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ingin menzahirkan persoalan kepada kerajaan Madani. Apakah manfaat karya ini kepada rakyat Malaysia?

3) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyelar dan membantah keputusan ini kerana komik ini seolah-olah dilihat cuba mempromosikan fahaman komunis dalam usaha kemerdekaan negara.

4) Malah, komik ini juga seolah-olah cuba menormalisasi perjuangan komunis dan lebih parah, ia barangkali menjadi penyebab kekeliruan dalam soal perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu menerusi karya komik ini.

5) Kita tidak mahu isu-isu melibatkan 3R terus dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepuasan politik dan keserakahan memegang tampuk kuasa dengan penyebaran fahaman komunis yang sememangnya ditentang perjuangan serta ideologi mereka di bumi berdaulat ini.

6) Dato' Seri Najib Razak dijadikan bahan sindiran, watak orang Islam Uyghur di Xinjiang, China digambarkan sebagai pengganas dan karikatur menggambarkan Ko Min Tang, Bintang Tiga dan komunis yang turut terlibat dalam perjuangan memerdekakan Tanah Melayu adalah antara bukti nyata propaganda jahat yang mengucar-kacirkan keharmonian kaum dan menimbulkan fakta yang salah, membawa dakyah yang sesat serta fahaman yang melampau.

7) Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum dan cintakan keamanan, komik ini mesti diharamkan dan dihapuskan agar sejarah yang benar tidak dicemari dan keharmonian yang dikecapi tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak sekalipun.

8) Atas dasar itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyatakan bantahan keras atas keputusan ini dan memberi amaran tegas agar kerajaan Madani terus peka serta sensitif dalam pendirian mereka terhadap komik Superman Hew. Jangan sampai sudah terhantuk, baru hendak terngadah.

"Pemuda Negarawan Generasi Sejahtera"
"Generasi Sejahtera Mengisi Kemenangan"

YB AMIN ROSLAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Bertarikh 14 Ogos 2024 | 10 Safar 1446

12/08/2024

CUBAAN ZAHID-PMX TIPU SIANG HARI DI NENGGIRI

Apabila kerajaan Madani takut dengan bayang-bayang sendiri, ‘perpaduan’ yang dibanggakan hanya berani dibuat secara sembunyi-sembunyi dari awal perbincangan Anwar-Zahid sehingga di Nenggiri hari ini.

Madani sedar bahawa rakyat muak dengan mereka.

Kenaikan harga barang, pemansuhan subsidi, kebebasan bersuara disekat serta segala jenis kezaliman dan huru-hara yang dilakukan oleh PH-BN hakikatnya menjadi mimpi ngeri buat rakyat termasuk penduduk Nenggiri.

Justeru, strategi kerajaan Madani menyorokkan kerjasama antara UMNO-Zahid dan DAP di Nenggiri hanyalah strategi untuk menutup kelemahan yang nyata.

Mana mungkin hubungan perkahwinan yang sedang berlaku di peringkat pusat tidak akan turut diamalkan di Nenggiri juga.

Walaupun tanpa kehadiran DAP di Nenggiri, UMNO-Zahid tidak dapat menafikan bahawa calon mereka adalah calon kerajaan Madani yang di dalamnya ada DAP sebagai abang besar.

Perkara ini akan menjadi pertimbangan besar buat rakyat Nenggiri dalam memilih pemimpin yang akan mereka undi.

Di tanah majoriti Melayu ini pasti tidak ada ruang buat mereka yang gagal membela nasib rakyat dan hak orang Melayu.

Misi UMNO-Zahid yang konon hendak membuktikan penerimaan Barisan Nasional semula di Kelantan juga mungkin akan kekal sebagai mimpi selagi parti ini bersekongkol dengan Pakatan Harapan yang diterajui DAP.

Sekian

YB Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Ahli Dewan Negeri Perak (Gunung Semanggol)

12/08/2024

Shah ke Final!

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mempamerkan kayuhan bertenaga untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Keirin.

Acara akhir Keirin akan berlangsung jam 7.23 sebentar lagi.

Ayuh sama-sama kita doakan dan memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau agar beroleh kejayaan buat Malaysia!

09/08/2024

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”
(HR Muslim)

Assalamualaikum wbt kepada semua para dermawan yang dirahmati Allah SWT 💚💜‼️

Sumbangan bagi tabung pengurusan PASTI Kampar.

Tabung pengurusan PASTI Kampar ini bagi menampung kos pengurusan melibatkan program anak-anak PASTI dan lain-lain kos luar jangka.

PASTI Kampar telah beroperasi dari tahun 1998 sehingga kini. Jumlah pelajar sedia ada seramai 205 orang pelajar. PASTI Kampar mempunyai beberapa program yang akan berlangsung iaitu, Sukan PASTI, Alam Ria PASTI & Anugerah Apresiasi.

Terima kasih di atas keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan.

Photos from SRITI Negeri Perak's post 09/08/2024
07/08/2024

YAHYA SINWAR: LEGASI BARU KEPIMPINAN H4M4S

Pelantikan Yahya Sinwar sebagai Ketua Biro Politik H4M4S menggantikan as-syahid Ismail Haniyeh adalah satu berita yang mengejutkan dan membawa mesej kepada Israhell bahawa kepimpinan H4M4S di G4z4 adalah kuat dan kekal pertahankan bumi Falesteen.

Sinwar, seorang komandan mujahid yang telah melalui pelbagai cabaran dan pengorbanan, kini memikul tanggungjawab besar untuk memimpin rakyat Falesteen menuju kemenangan dan kebebasan.

Pada zaman mudanya, beliau telah menunjukkan keazaman yang luar biasa dengan mendalami ilmu pengetahuan Islam dan barat, menulis artikel dan menguasai bahasa Hebrew meskipun berada dalam penjara Zíonist. Sinwar adalah pahlawan yang lahir dari kecemerlangan budaya ilmu, seorang yang tidak pernah menyerah apa keadaan sekalipun.

Pelantikan ini tidak hanya membawa harapan baru tetapi juga memberi isyarat jelas kepada musuh Zionìs bahawa perjuangan H4M4S tidak akan pernah luntur.

Sinwar dikenali dengan ketegasan dan berani. Sifat-sifat ini sangat diperlukan di tengah-tengah situasi politik dan ketenteraan yang begitu sukar.

Dengan air mata syuhada yang telah tumpah di tanah suci Falesteen,
Dengan darah yang telah mengalir demi kebebasan bumi Falesteen,
Dengan semangat rakyat Falesteen yang tidak pernah pudar,
Kami percaya bahawa Sinwar akan membawa rakyat Falesteen menuju kemenangan!

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah beliau, memberikan kekuatan yang tidak pernah luntur dan menganugerahkan kemenangan kepada rakyat dan perjuangan bumi Falesteen!

05/08/2024

ISLAM TIDAK SAMA DENGAN AGAMA LAIN

Baru-baru ini telah tular sebuah video di media sosial berkenaan dengan kenyataan dari seorang wanita yang bersama dalam rombongan JAIPk ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay yang mengatakan bahawa terdapat banyak persamaan antara agama Islam dan Hindu.

Kenyataan tersebut mendorong kepada kekeliruan dalam kalangan rakyat khususnya yang beragama Islam dan merupakan suatu bentuk pluralisme agama. Secara asasnya pluralisme agama ialah tiada suatu agama dalam dunia ini boleh dijadikan sebagai sumber kebenaran atau kebenaran pada tahap tertentu dalam agama lain, yang boleh disahkan menurut agama sendiri.

Majlis Ulama Indonesia juga menghuraikan pluralisme agama sebagai “sebuah fahaman yang berpegang kepada semua agama adalah sama dan penganut agama tersebut tidak boleh mewartakan bahawa agamanya sahaja yang benar sedangkan agama yang lain adalah sesat.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, fahaman pluralisme agama ini sebenarnya sebuah fahaman yang akan menyempurnakan kerangka fahaman liberalisme itu sendiri. Liberalisme memberi hak dan kebebasan individu dalam apa-apa perkara termasuklah kebebasan beragama. Namun begitu, pegangan agama individu tersebut berkemungkinan boleh menceroboh hak beragama individu yang lain. Maka, fahaman pluralisme ini sebenarnya merupakan fahaman menyamakan semua agama supaya tidak menceroboh hak dan kebebasan agama lain.

Tidak ada paksaan dalam memeluk agama Islam dan Islam memberi kebebasan beragama kepada penganut agama-agama lain. Namun, Islam tidak pernah menganggap bahawa semua agama adalah sama kerana Islam itu sendiri berbeza dari sudut aqidahnya, syariatnya dan berbeza dalam menentukan benar atau batil, adil atau zalim. Ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam Al Quran

{ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ }
[Surah Al-Kāfirūn: 6]

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"

Selain itu, Allah S.W.T telah menegaskan bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar di sisiNYA dan agama-agama lain itu tidak benar. Firman Allah S.W.T.

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ
[Surah Āli-ʿImrān: 19]

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu p**a) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Dalam ayat yang lain juga Allah S.W.T berfirman,

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ. قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ. وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ
[Surah Āli-ʿImrān: 83-85]

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Islam juga merupakan Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang bersifat syumul (menyeluruh) dalam kerangka individu, sosial dan kemasyarakatan, dasar dan undang-undang, sistem ekonomi dan sistem kenegaraan. Hal ini ditegaskan lagi oleh As Syahid Imam Hasan Al – Banna di dalam kitab ركن الفهم karangan Mantan Syeikhul Azhar Dr. Ali Abdul Halim Mahmud:

إنا الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا, فهو : دولة ووطن أو حكومة وأمة، وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة, وهو ثقافة وقانون او علم وقضاء وهو مادة وثروة أو كسب وغنی, وهو جهاد ودعوة او جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء

“Islam adalah sistem yang komprehensif yang menyentuh seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air atau pemerintahan dan umat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah peradaban dan undang-undang atau ilmu pengetahuan dan keadilaan. Islam adalah kebendaan dan kekayaan atau usaha dan kecukupan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Islam adalah akidah yan benar dan ibadah yang sahih tidak kurang tidak lebih”

Maka bukti-bukti daripada nas-nas Al-Quran dan pandangan ulama telah membuktikan bahawa Islam itu merupakan suatu agama yang mempunyai aqidah dan penentuan iman tersendiri, undang-undang dan syariat yang tersendiri, kaedah penentuan halal dan haram tersendiri dan Islam merupakan the way of life yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia sehingga ke hari akhirat. Hal ini sekaligus menolak pandangan dan kenyataan bahawa Islam ini sama dengan agama yang lain.

Fahaman pluralisme ini hakikatnya telah lama bertapak di Malaysia. Ramai dari kalangan atau golongan yang berfahaman liberal menyokong pluralisme agama ini kononnya atas dasar keharmonian dan toleransi beragama. Oleh itu pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri perlu mengambil langkah yang proaktif untuk membendung fahaman pluralisme agama ini dengan segera daripada terus meresapi ke dalam pemikiran umat Islam sebelum ia menjadi barah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

05/08/2024

𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐀𝐇𝐑𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Negeri SRITI Negeri Selangor , Jabatan SRITI Negeri Kedah, SRITI Negeri Perak SRITI Pulau Pinang yang mendapat Johan, Naib Johan, Ketiga dan Anugerah Pengurusan Kontinjen Terbaik.

02/08/2024

Sanah Helwah Tuan Guru Mursyidul Am

Genap 85 Tahun usia Tuan Guru Dato' Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS.

Semoga Allah memelihara dan merahmati Tuan Guru dan diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus memimpin bahtera perjuangan ini.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kampar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

SyahiidSyahidDia pergi ke syurga lebih cepat, syahidMeninggalkan kita dengan kerinduan yang besarMeninggalkan air mata y...
Umat Islam seluruhnya, merentasi manhaj, mazhab perlu bersatu untuk memerangi penjajahan ideologi yang pelbagai untuk me...
Jemput hadir dan sebarkan demi negara
Ada penjelasan ke daripada pihak berkenaan mengenai isu ini?
Arwah dulu baik orangnya
Penjelasan yang baik.
Khutbah yang baik membangkitkan semangat jihad untuk memperkasa ekonomi umat Islam.#terusboikot

Website

Address

Kampar
31700

Other Political Organizations in Kampar (show all)
UMNO Bahagian Kampar UMNO Bahagian Kampar
No. 1, Jalan Kampar Permai 1, Taman Kampar Permai
Kampar, 31900

Dulu, Kini, Selamanya :-)

MCA Kampar MCA Kampar
81A, Jalan Ampang
Kampar, 31900

马华金宝区会官方面子书专页 Official page of MCA Kampar Division