Khalifa Play & Learn
We believe that play is important in children's learning.
1st Day of Snip Playgroup ๐ค
Alhamdulillah
Harini playgroup berjalan dgn lancar
1st week dengan tema "Getting know friends", semua khalifa berkenalan antara satu sama lain dan bermain bersama. Hopefully they're having fun & was excited to come again for next session ๐ฅณ
Ps, kami masih menerima pendaftaran bg sesiapa yg berminat untuk mendaftarkan anak bagi batch 2024.
๐ boleh tekan link di bio
Alhamdulillah kita dah masuk bulan Rejab๐ค
Salam 1 Rejab 1445H
ุงูููู
ุจุงุฑู ููุง ูู ุฑุฌุจ ูุดุนุจุงูุ ูุจูุบูุง ูู ุฑู
ุถุงู
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Dengan izinNya, malam ni malam mustajab doa mengikut pendapat imam Syafie. Jom kita perbanyakkan lagi doa pada malam mustajab ni. Usah dilupa juga buat saudara kita di Palestin yg amat memerlukan doa-doa kita. Semoga semuanya berakhir segera & Palestin akan menang !
Amin ya rabb
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan anak-anak masih belum pandai membaca.
Yang penting ibu ayah cari solusi, bantu anak supaya anak boleh dapat membaca sebelum masuk sesi persekolahan akan datang.
Jika ibu ayah perlukan kelas membaca intensif utk anak-anak, kami sedia membantu.
Tekan link ini
https://bit.ly/kelasbacaintensif
SERONOKNYA ANAK-ANAK PANDAI MEMBACA SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN BAHARU
Kebanyakan ibu ayah pasti risau akan kesediaan anak-anak yang baru hendak memulakan persekolahan di sekolah rendah terutamanya dalam kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Ibu ayah nak ke kami bantu jika...anak anda bakal berada di Tahun 1/2/3 tapi...
โmasih belum tahu membaca?
โmasih merangkak atau gagap dalam bacaan?
โAnda ingin anak-anak lancar membaca?
Sertai kami dalam Program Intensif Membaca sebelum sesi persekolahan baru bermula !!
๐ Kelas ini diadakan khusus untuk membantu anak-anak lebih bersedia menghadapi sesi persekolahan dengan lebih baik.
โข Kelas bermula pada 14 Januari 2023
โข Terbuka kepada anak-anak yang berumur 6-9 tahun
โข Aktiviti belajar sambil bermain (play based learning)
โข Istimewa Kelas Sifir PERCUMA bagi yang mendaftar kelas intensif ini
Tempat terhad !
Daftar sekarang di sini ๐๐ป
https://bit.ly/kelasbacaintensif
Dah list azam tahun baru?๐
jom selit sekali parenting goals kita untuk tahun ni.
contoh
- anak free diapers
- anak pandai mengaji
- anak lancar membaca dsb
InshaaAllah kami doakan semoga smua perancangan kita berjalan lancar bagi thun ni๐ค
Selamat tinggal 2023 !
Kami amat berterima kasih kepada ibu ayah yg pernah menyokong kami sepanjang tahun 2023.
dan...
SELAMAT DATANG 2024 ๐
Semoga tahun ni kami dapat memberi lebih banyak manfaat kpd mereka yg memerlukan๐
"Anak saya banyak improvement sangat sekarang. excited sangat nak pergi playschool. Taska pun dia dah jadi macam s**a sangat pergi." - Pn Anna (ibu kepada pelajar Snip Playgroup 2023)
Kepada ibu ayah yang mencari pengalaman menyeronokkan untuk anak belajar sambil bermain, jom terokai playgroup bersama kami !
Pendaftaran Snip Playgroup Batch kedua kini dibuka !
Playgroup akan bermula February 2024 nanti !
Playgroup kami lebih menekankan kepada kemahiran asas yang penting sebelum melangkah ke alam persekolahan iaitu, kemahiran menggunting.
๐ Banyak tau kemahiran menggunting ni, antaranya
โ
Membantu anak dalam kemahiran menulis
โ
Membetulkan pegangan pensel anak
โ
Meningkatkan daya fokus anak
Selain itu, anak-anak akan belajar banyak benda termasuklah kosa kata, kemahiran motor halus dan motor kasar .
Bukan itu sahaja, anak-anak akan turut seronok beraktiviti sambil berkenalan dan bergaul bersama kawan-kawan baru.
โฐ Playgroup ini akan berlangsung selama 2 jam setiap 2 minggu sekali (2x sebulan).
TAWARAN bagi 3 orang yang terawal mendaftar playgroup kami, PERCUMA Kelas Pra-Menulis untuk anak anda. Sesuai untuk yang berumur 3-5 tahun.
Jom daftar sekarang ! Tempat terhad !
Tekan link ini โฌ๏ธ
https://bit.ly/daftarplaygroup
Wahai anak-anak, tetaplah teguh bersama dgn Palestin. Jgn pernah tinggal doa. Teruskan menyokong pembebasan Palestin, dan teruskan berdoa dengan Qunut Nazilah.
Kemenangan pasti tiba!
#2023 ๐ต๐ธ
ุงูููู
ุตู ุนูู ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุงู ู
ุญู
ุฏ
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ๐ค
Salam Maulidur Rasul buat pencinta Rasulullah SAW ๐ฅฐ
cuba tengok poin yg ke 3 ๐ฅฐ
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-66 ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
Semoga Allah sentiasa menjaga diri, keluarga, bangsa, agama dan negara kita daripada dijajah anasir asing.
Terima kasih ibu-ibu sebab beri feedback yang positif๐ฅฐ
Alhamdulillah ala kulli hal
PLAYGROUP ASMAUL HUSNA 2.0 : AR-RAHMAN AR-RAHIM
EKSPERIMEN MINI EKOSISTEM
Bahan yang digunakan:
Botol 1.5 liter
Tanah
Air
Biji benih (kami guna benih kacang panjang)
Penyodok tanah
Tali kapas
Gunting/pisau
Salotape
Eksperimen ini dijalankan untuk melihat hubungkait diantara ekosistem darat dan ekosistem akuatik.
Bahagian atas botol mewakili ekosistem darat manakala bahagian bawah botol mewakili ekosistem akuatik. Tali kapas p**a berfungsi untuk mengangkut air masuk (melalui peresapan) ke dalam kedua-dua ekosistem ini.
Antara pemerhatian yang boleh dilihat adalah pertumbuhan biji benih dalam masa 3-5 hari ๐ค
[Gambar terakhir] : tunas mulai tumbuh pada hari ke-3 โฅ๏ธ
Alhamdulillah, eksperimen mini ekosistem ni nak menunjukkan pada anak-anak bagaimana pokok/tumbuhan boleh membesar dengan izin Allah. Allah yang Maha Pemurah dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya boleh memberi kehidupan kepada semua makhluk ciptaanNya tanpa mengira saiz, jenis, darjat, dll. ๐น๐
PLAYGROUP ASMAUL HUSNA 2.0 : AR-RAHMAN AR-RAHIM
SENI CETAKAN TANGAN (HANDPRINTS ART)
Perkembangan: Kreativiti
Kemahiran: Koordinasi mata dan tangan, kemahiran motor halus, kemahiran sosial
Objektif:
1) Meningkatkan daya kreativiti anak-anak mengecop dan meneroka warna
2) Menyokong dan merangsang integrasi deria anak (deria bau, sentuh, penglihatan)
3) Memberikan pengalaman sentuhan yang sangat baik
Bahan yang digunakan:
Kertas melukis
Berus lukisan
Cat warna warni
Pen marker
Pada awal aktiviti, anak-anak diberi peluang untuk memilih warna kegemaran masing-masing untuk membuat seni cetakan tangan. Ini mengajar mereka untuk membuat keputusan dalam mengembangkan kreativiti masing-masing.
Selain daripada menghasilkan seni kreatif, ia merupakan kesinambungan dari sesi read aloud 'Allah Bagi Ibubapa'. Cetakan tangan adalah simbol daripada kasih sayang kepada kita.
Anak-anak diberitahu, walaupun ibubapa sangat menyayangi dan mengasihi kita tetapi kasih sayang Allah lagi besar dan luas lebih dari kasih sayang ibubapa.
Semoga anak-anak turut dapat merasai kasih sayangNya dgn semua nikmat yg telah diberikanNya โฅ๏ธ๐ซ
PLAYGROUP ASMAUL HUSNA 2.0 : AR-RAHMAN AR-RAHIM
Sekitar gambar aktiviti playgroup Siri Asmaul Husna 2.0 baru-baru ini. Aktiviti ini dijalankan selama 2 hari untuk memberi ruang kepada anak-anak mendalami sifat Allah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) dan Ar-Rahim (Yang Maha Penyayang).
Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagi asmaul husna, diikuti dengan nyanyian lagu maksud Al-Fatihah beserta tahsin Al-Fatihah. Anak-anak bukan sahaja membaca dan menyanyikan lagu Al-Fatihah, tetapi turut membuat gaya yang diajarkan agar mereka lebih mengingati tiap maksud Al-Fatihah tersebut.
Kemudian, aktiviti diteruskan dengan sesi membaca buku Siri Sayang Allah (read aloud session). Anak-anak sangat s**a bila diceritakan tentang keindahan syurga yang Allah kurniakan khusus buat mereka yang taat, melambangkan sifat Ar-RahimNya. Manakala sifat Ar-Rahman Allah sangat besar apabila dilihat pada nikmat yang Allah berikan kepada semua hamba-hambaNya yang terdiri dari manusia (orang kafir & beriman), haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Anak-anak diberitahu tentang betapa besarnya nikmat bila Allah kurniakan ibu bapa kepada setiap daripada kita. Jadi, seharusnya kita kena banyak berbuat bakti kepada kedua ibu bapa kita
Seterusnya aktiviti hands on untuk kedua-dua sesi.๐ฉท (lihat pada post seterusnya)
Semoga dengan program playgroup asmaul husna ini, anak-anak mendapat manfaat serta dapat mengenali dan memahami maksud nama-nama Allah SWT. InshaaAllah Siri ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang ๐
PLAYGROUP ASMAUL HUSNA 2.0 : AR-RAHMAN AR RAHIM
Assalamualaikum ibu ayah,
Khalifa Playgroup kini datang lagi dengan Siri playgroup Asmaul Husna sempena cuti sekolah nanti! ๐
Apa yang menarik dalam sesi kali ini, anak-anak akan mempelajari sifat Allah Ar-Rahman & Ar-Rahim melalui aktiviti-aktiviti yg disediakan. ๐ค๐
๐ Sesi membaca 'Siri Sayang Allah'
๐ Aktiviti Seni
๐ Eksperimen Mini Ekosistem
๐ Tafsir & tahsin Al-Fatihah
๐ฐ Yuran
Ahli : RM10 per sesi
Bukan ahli : RM15 per sesi
Istimewa bagi ahli Khalifa Playgroup โฌ๏ธ
PROMOSI RM15 utk 2 sesi ๐
Boleh mendaftar di sini โฌ๏ธ
https://bit.ly/3QO1ONK
Penyertaan terhad !
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Teacher Reen : www.wasap.my/+6011-19318727
ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
๐ธ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ๐ธ
Kami, daripada Khalifa Play & Learn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha,
ููููู ุนูุงู
ู ููุฃูููุชูู
ู ุจูุฎูููุฑ
ุชูููุจูููู ุงูููู ู
ููููุง ููู
ูููููู
ู
dan semoga Allah menjadikan kita semua hamba-Nya yang semakin bertaqwa.
Semoga segala pengorbanan dan amal ibadah kita diterima Allah, inshaaAllah.
PLAYGROUP CUTI SEKOLAH
SIRI ASMAUL HUSNA: ALLAH TUHAN KITA
BUAT SENI KALIGRAFI NAMA ALLAH
Perkembangan: Kreativiti
Kemahiran: Koordinasi mata dan tangan
Objektif: Meningkatkan daya kreativiti anak-anak mengecop dan meneroka warna
Bahan yang digunakan:
Kertas melukis
Cat warna warni
Cotton bud
Pen marker
Pensil
Aktiviti ini lebih hendak mengenalkan Allah kepada anak-anak sebagai satu-satunya yang menciptakan kita, satu-satunya Tuhan yg wajib disembah, dan satu-satunya yg mengatur hidup kita.
Tompokan yg berbeza-beza dan berwarna warni ini menunjukkan bahawa orang-orang yang ada di seluruh dunia, walaupum berbeza-beza, tetapi semuanya mencintai Allah dan semuanya adalah ciptaan Allah.
Semoga anak-anak sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam hidup mereka inshaaAllah.
PLAYGROUP CUTI SEKOLAH
SIRI ASMAUL HUSNA: ALLAH TUHAN KITA
AKTIVITI MEWARNA & HAFALAN HADIS
Kalimah tauhid 'La ilaha illa Allah's harus ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Alhamdulillah, harini anak-anak seronok menyanyikan lagu beserta gaya, dan mewarnakan kalimah tauhid ini.
Kemudian diteruskan dengan sesi hafalan hadis Rasulullah. Anak-anak teruja bila diberitahu tentang ganjaran tentang mengamalkan kalimah tauhid dan mengimaninya.
"Sesiapa yang berkata 'La ilaha illa Allah, dia akan masuk syurga"
Semoga kalimah ini terus tertanam dalam diri anak-anak sehingga akhir hayat, inshaaAllah
Assalamualaikum ibu ayah,
Pernah tak mengalami situasi/pertanyaan seperti ini :
"Mama, Allah tu siapa?...",
Haaa..
Khalifa Playgroup ingin memperkenalkan satu projek playgroup kami sempena cuti sekolah iaitu Siri Asmaul Husna. ๐ค
Jom sertai kami dalam mengenalkan tauhid yg paling asas dalam diri anak-anak iaitu mengenal Allah Tuhan kita.
Aktiviti menarik menanti anak-anak anda !
Tarikh : 31 Mei 2023 (Rabu)
Masa : 9.00-11.00 pagi
Lokasi : PT4505A, Kg. Tanah Lot Binjai, Jalan Impian 1, Kemaman
Klik link di bawah untuk info lanjut โฌ๏ธโฌ๏ธโฌ๏ธ
https://chat.whatsapp.com/LS90RImMBfh4l5sDJTQ7Hc
๐ PLAYGROUP KEMBALI LAGI UNTUK TAHUN 2023๐
โAnak tak pandai berkawan/bersosial
โAnak tak bersedia pergi ke sekolah
โKemahiran motor halus anak kurang cekap
โAnak baru nak belajar menulis
โTulisan anak s**ar dibaca
โAnak kurang fokus bila beraktiviti
Sukacitanya, kami ingin memperkenalkan program terbaru kami dengan modul playgroup yang lebih tersusun iaitu:
โ๏ธ SNIP Playgroup โ๏ธ
Disinilah anak boleh mengasah kemahiran sosial, belajar berkawan dan berkomunikasi serta mengasah kemahiran motor halus dan motor kasar.
๐ Keistimewaan program kami:
๐ธ Modul kami akan lebih memfokuskan kepada aktiviti menggunting yang mana anak-anak perlu mahir menggunting untuk dia mempunyai kemahiran menulis yang baik
๐ธ Ianya telah disusun oleh seorang Occupational Therapist yang berpengalaman dalam bidang perkembangan awal kanak-kanak
๐ธ Maksimum peserta untuk setiap sesi
playgroup adalah 6 orang sahaja dalam satu masa
๐ธ Sistem reward akan diaplikasikan dalam modul untuk merangsang kemahiran sosial dan komunikasi anak
๐ธ Setiap perkembangan kemahiran anak akan dilaporkan kepada ibu ayah setiap tiga bulan sekali
๐ธ Sijil akan disediakam di akhir program
โฐ MASA : 2 jam setiap sesi
9.00-11.00 pagi (hujung minggu)
F.A.Q.
โก๏ธ Berapa lama playgroup ini akan berlangsung?
Modul ini berlangsung selama 23 minggu bermula dari bulan Feb sehingga Dis 2023.
โก๏ธ Berapa yuran untuk menyertai playgroup?
Yuran pendaftaran termasuk kos bahan aktiviti (buku + gunting) serendah RM30 sahaja. Yuran bulanan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap peserta
Untuk pendaftaran, sila tekan tekan link โฌ๏ธโฌ๏ธโฌ๏ธ
https://bit.ly/playgroup2023
Sebarang pertanyaan, sila Whatsapp ke โฌ๏ธโฌ๏ธโฌ๏ธ
www.wasap.my/+601119318727
PERMAINAN YG MEMBANTU MENGASAH KEMAHIRAN MOTOR HALUS ANAK?
Sebelum nak mengenalkan anak dengan kemahiran menggunting yang lebih kompleks, perlunya ibu ayah untuk melatih kemahiran motor halus mereka dengan aktiviti pra-menggunting.
Apakah aktiviti-aktiviti tersebut?
Apa-apa shj aktiviti yg boleh merangsang serta mengawal pergerakan otot di sekitar pergelangan tangan dan jari jemari serta koordinasi mata dan tangan mereka.
Disini kami kongsikan 8 aktiviti pra-menggunting untuk ibu ayah praktikkan di rumah bersama anak ๐โฌ๏ธ
Selain dapat melatih kemahiran motor halus, ibu ayah juga boleh jadikan ianya sebagai aktiviti bonding time bersama anak. Pasti anak rasa seronok dan akan lebih cepat belajar.
Cuba kongsikan daripada kesemua aktiviti di atas, yg manakah menjadi pilihan ibu ayah?
Selamat beraktiviti ! ๐ค
P/s: kami akan menganjurkan utk 23-week module SNIP Playgroup yg akan memfokuskan aktiviti menggunting. Tunggu pengumuman seterusnya utk pendaftaran tak lama lagi ! ๐โจ
WE'RE BACK IN 2023 โฅ๏ธ
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
It's been two months we're not conducting our playgroup but still there are mommies who keep asking us about it. Thank you for your endless support !
InshaaAllah we're now back in 2023 with new programme and structured module. This module called SNIP Playgroup by GymCademy.
Later I will share details about this new programme.
If you are interested for joining us, keep updated with our information in our social media. Hopefully we can meet later regarding this ๐
Have a nice day then!
Alhamdulillah, sesi playgroup kali ni bertambah ahli ๐ฅฐ
Kami pilih tema 'at the zoo' kali ini, sesuai sgt utk anak2 yg teruja bila bercerita mengenai haiwan. sesi bercerita adalah sesi yg paling riuh, dgn anak2 yg tak sabar nak bagitahu teacher haiwan2 yg mereka lihat di dalam buku.
Part anak2 paling seronok adalah part movement game (gross motor activities) dan jelly rescue (sensory play)
Di akhir sesi, haruslah untuk kami sentiasa selit tentang penciptaan kejadian alam dan hidupan.
Teacher : "Ok anak2, siapa yg menciptakan haiwan2 ini?"
Anak2: "Allah!"
InshaaAllah dlm post akan dtg kami akan kongsikan info mengenai aktiviti-aktiviti ini. โฅ๏ธ
Ps : agak2 kalau kami nak iklan utk hire playgroup assistant part timer ada yg berminat dak?
Assalamualaikum and hi mommies and daddies โค๏ธ
Are you planning to go to the zoo in the upcoming school holidays?
What if you introduce them first about the animals in the zoo through fun and play?
It must be more exciting and they will be ready to go to the zoo later ๐
So come join us on this weekend with Khalifa Play & Learn for a playgroup session with zoo-themed activities
๐ฏ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ฆ
They will learn more about zoo animals, their sounds and how they move with a combination of gross and fine motor activities ๐
๐ Please save the date!
๐ Date : 4th Nov 2022 (Friday)
โฐ Time : 9 - 11.30am
๐ Venue : PT4505A, Lorong Impian 1, Kg Tanah Lot Binjai, Kemaman
๐ฐ Fee : RM10 (snack provided)
Suitable for 3-7 years old. Limited only for 5-6 children ๐
Register with Mama Reen if interested http://www.wasap.my/+601119318727/atthezoo
Sekitar playgroup time yg lepas bertemakan "Jom kenal nabi kita Nabi Muhammad SAW" โบ๏ธ
Alhamdulillah anak2 dapat mengenali kisah perjalanan hidup nabi daripada buku cerita 'My First Book About Prophet Muhammad' sebelum beraktiviti .. banyak interaksi dua hala menunjukkan curiosity mereka terhadap kisah Nabi. Ianya satu permulaan yg cukup baik sebenarnya ๐ฅฐ.
Yang penting parents kena konsisten utk kenalkan anak2 ini dengan kisah2 Nabi. InshaaAllah mereka akan lebih kenal dan cinta pada Baginda SAW . (Tapi sayang xda gambar dan video masa sesi bercerita ๐
)
Kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti motor kasar dan motor halus ๐ (dalam video)
Alhamdulillah di akhir playgroup, anak2 tahu bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah; Nabi kita yg menyampaikan kebenaran serta sifat2 Nabi yg wajib dicontohi (daripada buku yg diceritakan).
Till we meet again ya โฅ๏ธ
Let's being a true khalifah !
Khalifa Play & Learn
๐ฑ aim to bond, connect and develops through play
Khalifa playgroup kini datang kembali !
Sempena Maulidur Rasul, kami akan membawakan tema khusus untuk anak-anak yang berumur 3-7 tahun dalam mengenali Rasulullah SAW, dengan pelbagai aktiviti yang menarik !
" Let's Get to Know About Prophet Muhammad SAW ! " ๐ฅฐ
๐ฒ Jika berminat, sila menghubungi nombor seperti yg tertera di poster, atau tekan link ini https://bit.ly/3eh0T7E
TEMPAT TERHAD !
Compiled our last Saturday playgroup activities with themed "Back to Nature" . Everyone was enjoyed themselves ๐ฅฐ
Till we meet again on next playgroup session inshaaAllah โฅ๏ธ
Selamat Hari Malaysia โฅ๏ธ
Jom kekalkan semangat patriotik dengan sentiasa niatkan diri kita agar dpt memberi sumbangan kepada tanah air tercinta.
Kongsi sikit gambar-gambar sesi playgroup kami pd 10 Sept yg lepas..
Sedikit coretan pengalaman, alhamdulillah akhirnya dapat juga melaksanakan sesi playgroup kami yg pertama โฅ๏ธ
Terlalu banyak perkara baru yg dipelajari ditambah dengan pengalaman baru.
Teori takkan sama bila kita berhadapan dengan praktikaliti . Ini adalah antara satu perkara yg saya belajar
Cerita sikit..
Semasa saya mengikuti kursus untuk dapatkan sijil 'SNIP Playgroup Provider oleh GymCademy baru-baru ini, kami diajarkan tentang beberapa jenis respon anak ketika sesi playgroup dijalankan dan bagaimana untuk mengendalikannya.
dan ya..selepas melalui pelbagai teori kami ada sesi praktikal (which is semua org kena berlakon dan ada diantaranya mendapat karakter mengikut jenis respon anak)..tapi takkan sama dengan praktikaliti yg sebetulnya
Nak tahu tak apa jenis respon tu?
Terdapat 4 stail anak yang perlu kami jangka,
sama ada dia boleh initiate (memulakan) atau respond, boleh initiate sahaja, atau respond sahaja atau tak boleh kedua-duanya.
Inilah antara pengalaman kami pada sesi playgroup kali ini.
Sungguh mencabar ๐ฅถ
Tp seronok !
Semoga playgroup akan datang membawa lebih banyak keseronokan kepada kami sebagai pengendali dan tentunya untuk anak-anak dan perkembangan mereka inshaaAllah ๐
Utk ibu-ibu yang sedang mencari kump**an bermain untuk anak-anak secara berstruktur, jom sertai playgroup kami! ๐ฅฐ nak tahu apa next tema sesi playgroup kami untuk bulan Sept ni?
Klik link di bawah โฌ๏ธ
https://www.facebook.com/100882419431846/posts/111514765035278/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Address
Kemaman
24000
No 438 Jalan Bp 2/7 Tmn Banggol Permai. . Kg Paya Berenjut0 Kemaman
Kemaman, 24000
No 438 BP 2/7,TAMAN BANGGOL PERMAI JALAN PAYA BERENJUT,KEMAMAN TERENGGANU
No 643, Taman Baiduri Geliga, Geliga Besar
Kemaman, 24000
*mempunyai tenaga pengajar seramai 7 org *mengajar kanak-kanak2 berumur 4 thn-6thn *subjek agama keu
Kemaman
Assalamualaikum, Hi I'm Zahidah as JelitaWardrobe official reseller & MommyHana agent.This page will
Jalan AYER PUTEH
Kemaman, 24000
UNIT PENDIDIKAN KHAS SEKTOR PEMBELAJARAN PPD KEMAMAN TERENGGANU
LOT 60237, Jalan AIR JERNIH, KG SEMAYOR, KEMASEK
Kemaman, 24200
Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran
Kijal
Kemaman, 24100
Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal merupakan salah sebuah sekolah rendah kerajaan negeri yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengga...
Jalan Kp8 Batu 4 Binjai
Kemaman
Mempunyai Pelbagai pilihan pakej Dan memudahkan pihak anda untuk mendaftar Kelas mengikut pakej2 yan
2041 Rumah Murah, Gong Limau
Kemaman, 24000
Meneroka dunia kanak-kanak yang sebenar.nJom ibu ayah hebat bersama kami merealisasikan 1RUMAH 1 HUFFAZ. DAFTAR SEKARANG!