Cikna D'Dapo
Cikna masak simple² jer.. Boleh Like & Share menu² yang korang s**a. Terima Kasih 🥰
BIHUN GORENG BODO
Bahan-bahan:
Bihun, Bawang merah, Bawang putih, Kek ikan, Kucai, Cili boh, Sos cili, Garam, Gula, Perasa, Air dan Minyak untuk menumis.
Cara memasak:
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
- Masukkan kek ikan, goreng sekejap.
- Masukkan cili boh dan sos cili. Goreng sebentar.
- Tambahkan air, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Masukkan bihun yang telah direndam dgn air paip sebelum proses siang bawang dan sebagainya.
- Tambahkan daun kucai yg telah dipotong.
- Gaul sebati. Goreng hingga air bihun mula mengering.
- Perlahankan api macam kita masak nasi.
- Biar sebentar hingga naik asap dari bihun.
- Gaul-gaul, tutup api dah siap untuk dihidang..
Mudahkan.. ☺️
Selamat mencuba..
Nak lebih jelas nanti lihat di reels Cikna D'Dapo yer.. 👍🏻😘
SAMBAL GORENG 🌶️🧅🧄🫚
Bahan-bahan:
Cli padi, Cili besar, Bawang putih, Bawang besar, Halia, Daun limau purut, Sos tiram, Sos ikan, Air limau, Garam, Gula, Perasa, Minyak utk menumis.
Cara memasak:
- Kisar kasar cili, bawang & halia.
- Tumiskan bahan kisar hingga kekuningan.
- Tambahkan sos tiram, sos ikan, air limau, garam, gula, perasa secukupnya.
- Goreng hingga pecah minyak dgn api yg perlahan.
- Masukkan daun limau, gaul sebati dan masak sekejap.
- Siap utk dihidangkan..
Makan dgn ikan atau ayam goreng ke, mmg sedappp.. 👍🏻😋
Selamat mencuba.. 🤗
Sedap serunding ikan ni.. Nanti boleh buat Simpul Kasih. Korang nak boleh beli dekat TikTok nama akaun dia. ☺️
Kalau setiap hari masak dekat rumah bosan jugak kan.. Sesekali makan la dekat luar pulak. ☺️
SAMBAL GORENG CILI PADI
Bahan-bahan utk dikisar (*) :
*Cili padi hijau - 1 genggam
*Bawang besar - 1 biji
*Bawang putih - 3 ulas
Tomato - 1 biji (potong s**ahati)
Asam keping - 2 keping
Cuka - 2 sudu makan
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Serbuk perasa (Ajinomoto)
Minyak - utk menumis
Cara memasak :
- Tumiskan bahan kisar ke dalam minyak panas sehingga pecah minyak.
- Masukkan asam keping, cuka, garam, gula & serbuk perasa secukup rasa.
- Tambahkan tomato yg telah dipotong.
- Masak sekejap hingga tomato layu.
- Dah siap utk dihidang..
Selamat mencuba..😘
Kalau terjaga masa² ni, pastu perut lapar. Ampa nak makan apa?
Musim kenduri kendara. Gantung periuk la kita.
Dari semalam dok berasa kat mulut dah.. Hari ni maka terjadilah Ayam Ungkep style cikna.. 😋
Assalamualaikum..Good morning 🤗
Pagi ni kita sarapan Nasi Goreng Sambal Belacan. U'ols sarapan apa. Cer kongsi sikit dengan masyarakat..😁
Nak resepi boleh tengok dekat Reels Cikna D'Dapo yer.. 😘
Done dinner malam ni.. Dok pikiaq nak megi kuah ka megi goreng. Last² jadi megi goreng jer.. 🍜😋
Nak resepi boleh tengok dekat reels ye. ☺️
Hujan² ni kita makan megi dah la satgi. Nak masak megi goreng ke megi kuah ye sedap?
Rindu Asam Pedas Arwah Mak.. 😢
SPIRAL CARBONARA PAPRIKA
Bahan-bahan:
Pasta Spiral 1 cwn
Sos Carbonara Cendawan Cheese 1 tin
Isi Dada Ayam 2 ketul
Sosej Ayam 3 batang
Brokoli 1 pokok kecil
Serbuk lada hitam
Serbuk Paprika
Bawang Holand 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Kiub pati ayam 1 ketul
Cara memasak:
Rebus pasta spiral hingga masak.
Tumis bawang holand, bawang putih yang telah dicincang/dadu hingga keperangan.
Masukkan isi ayam dan sosej.
Masukkan sos carbonara, lada hitam, serbuk paprika, kiub pati ayam. Masak hingga mendidih. Boleh tambah air rebusan pasta agar tidak terlalu pekat.
Boleh masukkan pasta terus ke dalam kuah atau boleh siram kuah di atas semasa nak makan.
Siap dihidang.
*Tak perlu tambah garam jika dah guna kiub pati ayam. Dah cukup masin dan cukup rasa.
Selamat mencuba.. 🤗
Menu sarapan pagi Sabtu & Ahad.
Simple² dah la kan.. Nasi goreng cabai kering dan Bihun Goreng Bodo. Ada yg nak resepi kaa..? Boleh komen kat bawah nohh.. 👍🏻😘
Korang cer komen nak Cikna masak ape lagi yang simple² jer tau..
Hepi wiken ampa..
Sarapan ape tu.. Roti canai ke nasi lemak yer sedap..?
🤔🤔🤔
Saja la nak tanya. Hujan-hujan lebat macam ni kan, makan apa sedap.
Assalamualaikum. Maaf, lama tak bersiaran. Faktor kesihatan tidak mengizinkan.
Masak apa sedap dengan dua bahan ni..? 😊💚
Antara Ketupat dengan Lemang, mana satu wujud dulu..
GULAI UDANG KACANG BUNCIS
Bahan-bahan:
Udang
Kacang Buncis
Rempah Kari Ikan
Santan
Bawang Besar
Bawang Putih
Daun Kari
Asam Keping
Air
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Cara memasak:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari hingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari ikan yg telah dibancuh dgn sedikit air.
3. Reneh hingga pecah minyak.
4. Masukkan asam keping, santan, kacang buncis dan udang.
5. Perasakan dgn garam, gula, serbum perasa secukupnya.
6. Biarkan mendidih sebentar boleh padamkan api.
7. Siap dah utk dihidang..
Selamat Mencuba 🤗
TORTILLA WRAP
Masak simple² buat bekal utk pergi berkelah. Nak buat utk sarapan pagi pun boleh.. Senang jer jom la buat..
Bahan² :
Tortilla
Daging burger (jika guna isi ayam grill lagi sedap)
Salad
Tomato
Sos cili
Mayonis
Lada sulah
Sos lada hitam
Cara sediakan boleh rujuk setiap gambar ye.. ☺️
Selamat mencuba.. 🤗
Di kala teringin.. Nikmatnya tu hanya kita yang rasa. Syukur selalu.. 😊
Petang² camni sedap noh kena cucoq jagung panaih² dgn teh O panaih.. Ampa makan apa weiii..
Sarapan pagi ini.. Ampa sarapan apa tuu.. 😊
Puding Jagung Style Cikna
Bahan-bahan:
Jagung tin - 1 tin
Susu cair - 1 tin
Susu pekat - 1/2 tin
Tepung kastad - 1 tin susu (s**at dalam tin susu)
Air 2 tin susu (s**at dalam tin susu)
Gula pasir - 3 sudu besar (Boleh tambah jika s**a manis)
Garam 1/2 sudu kecil (sudu kfc)
Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan dalam periuk mengikut s**atan. Kacau hingga sebati baru letak atas dapur.
Buka api perlahan dan kacau selalu agar tidak berketul.
Bila dah adunan menjadi pekat dan keluar letusan-letusan kecil (mendidih), tandanya puding kita dah cukup masak.
Boleh tutup api dan sendukkan ke dalam acuan yg kita s**a.
Biarkan sejuk seketika sebelum simpan dalam peti sejuk supaya lagi sedap dimakan.
Selamat mencuba.. 🥰
Dua-dua laksa tapi yang mana satu ampa tengok terliur.. Gambar kiri ka kanan ampa..
Antara menu best masa jjcm kat Klate hari tu.. Memang terbaik.. 👍🏻
Hangpa panggil apa menu ni.
Bila sebut pasal Penang, apa yg ampa bayangkan.. Orang kata Penang ni "Syurga Makanan".
Kalau berbuka nanti masak megi goreng basah pun sedap jgk kan.. Hangpa bebuka apa?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Website
Address
No. 1, Jalan Usahawan 4, Pusat Perniagaan Kepala Batas, Jalan Usahawan 1
Kepala Batas, 13200
Hi! Saya Syazmin Asyraff Rahim. Agen Sah Coway Anda! (ID-587501) Klik link di bawah untuk sebarang pertanyaan dan persoalan berkenaan produk Coway. www.wasap.my/60133176035/nakco...
Kepala Batas, 13200
- AZaiskrim Malaysia - COD KAWASAN KEPALA BATAS /BUTTERWORTH /SUNGAI PETANI 📲 Tempahan 01126421321
Kepala Batas
DAGING DENDENG TRADISI Apron Anna �Dibuat dari daging & rempah ratus berkualiti premium �Produk sedia dimakan & dipek dlm aluminium foil pouch yg boleh direndam dlm air pns �Tahan...
Jalan Persiaran Seksyen 4/6, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
Kepala Batas, 13200
Hii Semua :) Saya Mohamad Fadhil Agen Sk Magic Jiksoo. Saya membekalkan Produk spt Penapis Air & Penapis Udara. Hubungi sy 01162077595 ya :)
Kepala Batas
Kepala Batas, 13200
Kami membekalkan ayam segar samada belum/sudah dipotong dengan berkonsepkan halalan toyyiban.Penghantarancke pintu rumah anda disediakan bagi penduduk sekitar
Pusat Perniagaan Kepala Batas, Jalan Usahawan 1
Kepala Batas, 13200
RM0.00 TIADA DEPOSIT PENDAFTARAN +PERCUMA PEMASANGAN & PENGHANTARAN Hai, Saya Ija Nizan Agent Berdaf
Jalan Bertam
Kepala Batas, 13200
takoyaki padu bematkitchen at foodcourt
Bertam Perdana
Kepala Batas, 13200
Assalamualaikum. Untuk tempahan rempah, masakan, cookies boleh contact atau pm saya okay.