Petua Dan Herba Untuk Kesihatan

Petua Dan Herba Untuk Kesihatan

You may also like

Susu Bubuk Sari Kedelai
Susu Bubuk Sari Kedelai

BERKONGSI TIPS, PETUA DAN HERBA DALAM MENGEKALKAN KESIHATAN SECARA SEMULAJADI

01/08/2023

[ SEMUA WANITA WAJIB BACA] MACAM TAK PERCAYA..AMBIL 3 BULAN JE...CYST/FIBROID DAH MULA MENGECUT…DAN DOKTOR KATA DAH TAK PERLU BEDAH.."
“ Akak memang dah lama ada cyst di rahiimM. Awal2 jumpa doktor hari tu cyst dah besar. Lepas amal rawatan alternatif herba phyto ni, doktor pakar pelik sbb nmpak cyst kat rahm akak macam kecut sikit. Akak bgtau lah yg akak ada amalkan rawatan HERBA PHYTO ni.
“ Ok, good2, kalau mcm tu awak teruskan je lah amal rawatan tu, elok sgt tak perlu bedah..” kata dktor pakar tu.
wasap.my/601113064882/BantuCystFibroid
“Alhamdulillah dpt berita gembira dari Kak Nita yg ada fibroid sebesar 5.5cm. Kak Nita bgtau selepa5 amalkan PHYTO HERBS ni selama 3 bulan, rasa ketulan di perut tu dah hilang. Syukur sangat”
wasap.my/601113064882/BantuCystFibroid
wasap.my/601113064882/BantuCystFibroid
“Kesan sebulan amalkan Phyto Herbs ni... Kak Faridah ada fibriod 6 cm Alhamdulillah slps mkn ubtt ni konsisten 3blan kesan positif mula dh nmpk... Result lps buat checkup pun doc cakap dh makin mengecut & TAK PERLU DAH NK BEDAH...Alhamdulillah, semoga Kak Faridah cepat sembuh dan fibroid nya terus hilang. Aminn”
wasap.my/601113064882/BantuCystFibroid
Kalau sebelum ni dah habis beribu ringgit demi mencari penawar Cyst/Fibroid, apa kata kali ni puan/akak cuba penawar Phyto Herbs fomulasi GABUNGAN 3 RAJA HERBA yg kami sediakan ni. Tiada bulan dan bintang yg kami janjikan, sekadar ikhtiar terakhir utk kita semua…JOM IKHTIAR CARA ORGANIK!!!!
HQ NAK BAGI HARGA PROMOSI + FREE POS UNTUK YANG NAK BETUL2 IKHTIAR
TEKAN LINK DIBAWAH INI UNTUK KAMI BANTU 👇
wasap.my/601113064882/BantuCystFibroid
wasap.my/601113064882/BantuCystFibroid
wasap.my/601113064882/BantuCystFibroid
: Ini hanya penyediaan TRADISIONAL shj. Utk kegunaan kecergasan umum shj. Kesan berbeza2 mengikut pengguna.

06/06/2023

MANFAAT BUAH BERANGAN UNTUK KESIHATAN

1. BAIK UNTUK PENGHADAMAN
Dalam banyak-banyak kacang, buag berangan mempunyai serat yang paling tinggi serta yang terbaik untuk sistem penghadaman. Pemakanan serat secara konsisten dapat merangsang pergerakan usus secara lebih lancar. Ini seterusnya dapat mengelakkan keradangan dan ketidakselesaan perut.

2. BAIK UNTUK KESIHATAN MINDA
Buah berangan kaya dengan pelbagai mineral yang baik untuk kesihatan minda iaitu vitamin B khususnya folat, riboflavin dan thiamin. Menurut Journal of Nutrition, Health & Aging, mineral-mineral ini memainkan peranan penting dalam perkembangan neuron.

Di samping itu, kalium yang ditemui dalam buah berangan p**a membantu dalam meningkatkan peredaran darah kepada otak, menyihatkan sistem saraf. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehan daya ingatan dan fokus.

3. MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN DARAH
Di samping baik untuk kesihatan minda, nutrisi yang padat dalam buah berangan juga amat baik dalam mengawal tekanan darah kepada tahap optimum. Kalium berfungsi dengan mengawal pergerakan air di dalam badan dengan kehadiran sodium.

Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada salur darah bagi melancarkan lagi peredaran darah. Tekanan darah yang optimum ini p**a dapat mencegah daripada risiko penyakit jantung atau strok.

4. BAIK UNTUK KESIHATAN TULANG
Bagi mengurangkan risiko tulang rapuh atau osteoporosis, pengambilan mineral seperti kuprum dan magnesium secara kerap perlu diamalkan bagi melindungi kesihatan tulang. Kedua-dua mineral penting ini boleh didapati dengan mengamalkan makan buah berangan.

Mineral kuprum adalah penting bagi perkembangan tulang yang sihat di samping menguatkan sistem imun badan. Magnesium p**a berperanan dalam meningkatkan ketumpatan tulang serta baik untuk kesihatan menyeluruh.

5. KAYA DENGAN VITAMIN C
Antara keistimewaan buah berangan berbanding kekacang lain ialah kandungan vitamin C nya. Setengah cawan buah berangan mampu membekalkan sehingga 35 ke 45% vitamin C yang diperlukan sehari.

Bagi mengekalkan nutrisi penuh vitamin C dari buah berangan, anda boleh panggangnya dalam suhu rendah. Diet yang kaya vitamin C adalah penting bagi tubuh melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

6. MEMBANTU MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH
Serat yang padat dalam buah berangan juga membantu tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah. Diet yang tinggi serat dapat membantu badan untuk menyerap kanji secara perlahan.

Ini dapat mengelakkan paras gula meningkat secara mendadak. Dengan nilai GI serendah 54, buah berangan didapati baik untuk diamalkan bagi pesakit diabetes.

7. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Kadar serat yang tinggi dalam buah berangan membuatkannya makanan yang sesuai diamalkan bagi mengurangkan berat badan. Serat membantu seseorang untuk rasa kenyang lebih lama. Kajian juga mendapati pengambilan makanan berserat secara konsisten dapat membantu dalam penghasilan hormon membuatkan seseorang mudah rasa lapar.

Buah berangan juga sesuai dimakan bagi mengurangkan berat badan kerana kandungan lemak dan kalori yang rendah berbanding kekacang lain.

8. BERSIFAT ANTI-RADANG
Keradangan ialah proses semulajadi yang berlaku pada tubuh bagi melawan penyakit. Dalam sesetengah kes, keradangan boleh berlaku secara berterusan dan sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser.

Buah berangan yang padat dengan antioksidan seperti vitamin C, gallic acid, ellagic acid dan pelbagai polyphenol dapat membantu dalam mengurangkan keradangan. Antioksida ini bertindak dengan meneutralkan radikal bebal bagi mencegah keradangan kronik.

Buah berangan bukan sahaja padat dengan khasiat, malah ia juga enak dimakan sebagai snek. Rasanya yang lembut dan sedikit manis pasti membuatkan kita rasa tak jemu untuk makan. Namun, elakkan makan buah berangan mentah kerana ia mengandungi tannin yang boleh menyebabkan masalah penghadaman.

Buah berangan yang biasa disediakan secara rebus atau panggang juga boleh ditambah dalam hidangan lain seperti salad atau pencuci mulut. Dengan pelbagai nutrien yang terkandung seperti vitamin C, vitamin B, serat dan antioksida, buah berangan boleh dikatakan sebagai antara snek yang paling berkhasiat.

04/06/2023

MANFAAT BERAS PERANG UNTUK KESIHATAN

1. MENGURANGKAN RISIKO DIEBETES
Antara salah satu kebaikan yang boleh diperolehi apabila mengambil beras perang di dalam diet harian adalah dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan beras putih dan beras perang terdapat risiko mendapat penyakit diabetes.

Kajian ini mendapati bahawa pengambilan beras perang berkait dengan risiko yang rendah untuk mendapat diabetes manakala pengambilan beras putih p**a didapati berhubung kait dengan risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit diabetes.

2. MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH
Tahukah anda pengambilan beras perang dapat mengawal paras gula di dalam darah. Hal ini, beras perang mengandungi indeks glisemik yang rendah dan ini dapat mengelakkan kenaikkan gula di dalam darah.

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan beras perang ke atas pengawalan paras glukosa darah di kalangan pesakit diabetes dan pre-diabetes. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan beras perang dapat mengawal paras gula di dalam peserta berbanding dengan pengambilan beras putih.

3. MEMBANTU MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL
Beras perang mengandungai kadar serat yang lebih tinggi berbanding beras putih. Serat merupakan salah satu komponen penting yang membantu di dalam pengawalan paras kolesterol di dalam darah. Satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan mendapati bahawa pengambilan beras perang dapat mengurangkan paras lipid di dalam darah.

4. MENINGKATKAN PARAS KOLESTEROL BAIK
Tahukah anda bahawa kolesterol bukan sahaja terdiri daripada kump**an kolesterol yang tidak baik, malah ianya turut terdiri daripada kolesterol baik yang juga dikenali sebagai HDL. Kolesterol baik dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol yang tidak baik di dalam badan.

5. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Beras perang mengandungi kandungan serat yang tinggi berbanding beras putih biasa. Kandungan serat yang tinggi dapat melambatkan pengosongan perut dan melambatkan rasa lapar. Di dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes, didapati bahawa pengambilan beras perang dapat membantu mengurangkan berat badan.

6. BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Antara komponen yang boleh didapati di dalam beras perang dan makanan bijirin penuh yang lain ialah lignan. Lignan adalah salah satu nutrisi yang dapat melindungi badan daripada beberapa jenis kanser dan juga masalah jantung. Kandungan serat di dalamnya yang membantu menurunkan paras kolesterol yang tidak baik juga mampu untuk melindungi kesihatan jantung.

7. BERSIFAT ANTI-KANSER
Beberapa kajian telah menemui bahawa beras perang berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Satu kajian telah menemukan bahawa beras perang dapat melindungi tubuh dari kanser kolon kerana dapat mencegah dari perkembangan awal kolon 1,2-dimethylhydrazine.

8. BERSIFAT ANTI-OKSIDA
Satu kajian telah dijalankan di kalangan wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan di mana mereka dibahagikan kepada dua kump**an diet; pengambilan beras putih atau campuran beras perang dan beras hitam. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan beras perang bersama beras hitam dapat meningkatkan aktiviti enzim antioksida di kalangan peserta.

9. BAIK UNTUK PENGHADAMAN
Kandungan serat di dalam beras perang dapat membantu untuk melancarkan penghadaman. Seringkali masalah sembelit dikaitkan dengan kekurangan pengambilan serat dan air. Serat dapat mencegah masalah ini dengan meransang proses peristalsis di saluran penghadaman.

SUMBER : ROOT OF SCIENCE

15/05/2023

MANFAAT BIJAN UNTUK KESIHATAN

1. SUMBER SERAT YANG BAIK
Seperti yang kita tahu, diet kaya serat penting bagi sistem pencernaan yang sihat. Pengambilan serat secara konsisten juga dapat melawan penyakit seperti obesiti, penyakit jantung dan diabetes. 3 sudu bijan sudah cukup untuk membekalkan sehingga 12% serat yang diperlukan dalam sehari.

2. MEMBANTU MENGAWAL PARAS KOLESTEROL
Beberapa kajian juga mendapati pengambilan bijan secara kerap dapat mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Bijan mengandungi sehingga 80% lemak tidak tepu yang menyihatkan dan baik bagi mencegah penyakit jantung. Di samping itu, bijan juga mengandungi lignan dan phystoterol yang turut membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

3. KAYA DENGAN PROTEIN
Khasiat protein amat penting bagi kesihatan secara menyeluruh. Protein juga memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon dan membekalkan tenaga untuk badan berfungsi dengan lebih baik. 3 sudu bijan mampu membekalkan sehingga 5 gram protein. ini membuatkan bijan sesuai untuk diamalkan bagi vegetarian untuk mendapatkan protein daripada sumber tumbuhan.

4. BAIK UNTUK KESIHATAN TULANG
Bijan mengandungi pelbagai nutrien penting untuk kesihatan tulang seperti mangnesium, manganese dan zat besi. Namun, bijan juga mengandungi komponen seperti oxalate dan phytate iaitu antinutrien yang menghalang penyerapan mineral-mineral ini. Bagi memastikan penyerapan nutrien secara berkesan, biji bijan perlulah direndam, dipanggang atau digoreng tanpa minyak terlebih dahulu.

5. KAYA DENGAN VITAMIN B
Bijan juga merupakan sumber vitamin B yang baik khususnya vitamin B1, B3, dan vitamin B6. Pengambilan vitamin B melalui diet harian adalah penting bagi memastikan perkembangan sel dan metabolisma yang sihat.

6. MEMBANTU DALAM PENGHASILAN DARAH
Bagi menghasilkan sel darah merah, badan memerlukan beberapa mineral penting seperti zat besi, kuprum dan vitamin B6. Menariknya, semua mineral ini ditemui dalam bijan.

7. TINGGI ANTI-OKSIDA
Kajian mendapati pengambilan bijan dapat meningkatkan aktiviti antioksida dalam darah. Antioksida dalam bijan boleh ditemui dalam komponen lignan yang berfungsi dengan melawan kerosakan sel yang boleh mengakibatkan penyakit kronik. Bijan juga mengandungi satu lagi antioksida penting iaitu gamma-tocopherol yang bertindak khas dalam mencegah penyakit jantung.

8. MENGUATKAN SISTEM IMUNITI BADAN
Beberapa nutrien penting bagi sistem imuniti badan dapat ditemui dalam bijan seperti zat besi, selenium, kuprum, zink, vitamin B6 dan vitamin E. 3 sudu bijan sudah cukup untuk membekalkan sehingga 20% keperluan mineral zink dalam sehari. Zink memainkan peranan dalam memastikan sel darah putih bertindak secara berkesan dalam menghapuskan mikrob yang menjadi punca penyakit.

9. BAIK UNTUK MASALAH ARTHRITIS
Sakit sendi terutamanya sakit lutut biasanya berpunca daripada osteoarthritis. Antara faktor yang mendorong kepada arthritis ialah keradangan dan kerosakan yang berlaku di tulang rawang dan sendi. Dalam sebuah kajian, pengambilan 5 sudu bijan sehari beserta ubat selama 2 bulan mampu mengurangkan rasa sakit lutut sehingga 63%.

Kajian ini juga mendapati orang yang mengamalkan bijan menunjukkan kemajuan dalam ujian pergerakan berbanding kump**an yang tidak diberi bijan. Para pengkaji berpendapat khasiat yang terdapat dalam bijan iaitu sesamin memberikan kesan baik sebagai antiradang dan antioksida dalam melindungi tulang rawan.

10. BAIK UNTUK KESIHATAN KELENJAR TYROID
Kelenjar thyroid mengandungi mineral selenium yang paling tinggi dalam organ badan. Mineral ini penting bagi penghasilan hormon thyroid. Bijan juga dapat membekalkan mineral selenium sehingga 18% daripada pengambilan harian. Tambahan p**a, bijan juga merupakan sumber yang baik bagi mineral lain seperti zat besi, zink dan vitamin B6 yang turut membantu dalam menghasilkan hormon thyroid di samping mengekalkan kesihatan thyroid.

SUMBER : ROOT OF SCIENCE

02/05/2023

MANFAAT AIR KELAPA UNTUK KESIHATAN

1. SEBAGAI MINUMAN ELEKROLIT
Tahukah anda selain minuman isotonik seperti 100 plus, air kelapa juga sesuai dijadikan sebagai minuman elektrolit. Hal ini kerana air kelapa mengandungi pelbagai mineral, ion dan elektrolit yang mampu menghasilkan tekanan osmotik yang sama seperti darah.

2. MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN DARAH
Air kelapa mengandungi kandungan kalium yang agak tinggi di mana setiap 100 ml air kelapa mampu membekalkan sebanyak 198 mg kalium. Antara salah satu sifat kalium adalah menyebabkan salur darah menjadi lebih luas. Tekanan darah akan menurun apabila salur darah menjadi kurang sempit. Selain itu, kalium juga penting di dalam pengawalan pengecutan otot seperti otot jantung. Pengecutan otot jantung yang normal juga mampu mengekalkan tekanan darah pada paras normal.

3. MEMBANTU MENGELAKKAN TEKANAN OKSIDATIF (OXIDATIVE STRESS)
Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pemberiaan air kelapa sebagai terapi kepada haiwan yang diberi diet fruktosa dapat menurunkan bilangan kejadiaan tekanan oksidatif pada haiwan tersebut dan membaiki paras anti oksida di dalam haiwan terbabit. Hal ini kerana terdapat kandungan vitamin C dan L ariginine di dalam air kelapa yang membantu melawan tekanan oksidatif.

4. MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS KOLESTEROL
Air kelapa didapati dapat menurunkan paras kolesterol, trigliserida, LDL yang lebih dikenali sebagai kolesterol jahat dan meningkatkan paras HDL ataupun kolesterol baik.

5. MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Oleh kerana pengambilan air kelapa terbukti untuk meningkatkan paras HDL, ianya mampu untuk mencegah sebarang masalah jantung seperti seperti serangan jantung.

6. BERSIFAT ANTI-RADANG
Air kelapa juga mempunyai sifat anti radang dek kerana kandungan vitamin, mineral dan asid cytokinin yang terdapat padanya. Hal ini telah terbukti berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas haiwan. Air kelapa mampu untuk menyekat penghasilan prostaglandin yang bertanggungjawab ke atas rasa sakit dan keradangan.

7. MEMBANTU MENGATASI MASALAH CIRIT-BIRIT
Air kelapa telah digunakan secara tradisional untuk merawat kejadian cirit-birit yang terjadi di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Selain itu ianya juga digunakan untuk mencegah jangkitan salur pencernaan.

8. BERSIFAT ANTI-DIEBETIK
Satu kajian yang telah dijalankan terhadap haiwan mendapati bahawa air kelapa dapat menurunkan paras glukosa darah apabila haiwan tersebut diberi rawatan air kelapa berbanding dengan haiwan yang tidak menerima rawatan. Selain itu, air kelapa juga meningkatkan paras insulin dan paras glikogen hati. Ianya juga menurunkan paras glycated hemoglobin di dalam haiwan tersebut.

9. BAIK UNTUK KESIHATAN BUAH PINGGANG
Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian air kelapa terhadap pembetukkan kristal. Setelah 7 minggu kajian dijalankan, didapati bahawa pemberian air kelapa mencegah pembentukkan kristal pada tisu renal dan juga mengurangkan jumlah kristal di dalam urin haiwan tersebut. Air kelapa didapati mampu melindungi kejadian tekanan oksidatif pada ginjal.

10. MEMPUNYAI KADUNGAN VITAMIN B9
Air kelapa mempunyai kandungan folate ataupun vitamin B9. Vitamin ini sangat penting untuk mencegah kejadian anemia semasa hamil. Ianya juga mencegah toksisiti mitokondria yang disebabkan oleh metanol.

13/04/2023

MANFAAT BUAH BETIK UNTUK KESIHATAN

1. KAYA DENGAN ANTI-OKSIDAN
Vitamin C sememangnya tidak asing lagi dalam memainkan peranan sebagai anti-oksidan. Vitamin ini akan bertindak sebagai scavenger terhadap radikal bebas yang terdapat di dalam plasma tubuh. Seterusnya, ia akan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species).

2. BAIK UNTUK SISTEM PENCERNAAN
Papain adalah merupakan sejenis enzim yang dihasilkan oleh getah (latex) buah betik. Papain merupakan sejenis enzim yang terlibat di dalam aktiviti pencernaan protein (proteolytic) yang terdapat di dalam makanan [5].

Kajian mendapati bahawa aktiviti enzim papain ini aktif pada setiap tahap kematangan buahnya, namun, aktiviti ini sangat tinggi ditemukan pada buah yang lebih masak dan menunjukkan tahap pencernaan protein yang tinggi.

Disamping itu, aktiviti enzim ini juga tidak terjejas terhadap pesekitaran berasid di dalam perut manusia. Ini menguatkan lagi fungsinya di dalam pencernaan protein.

3. BERSIFAT ANTI-KANSER
Lycopene adalah merupakan sejenis karotinoid yang terhasil secara semulajadi dan ianya merupakan sejenis pigmen yang memberi warna kemerahan kepada makanan terutama sekali buah-buahan.

Buah betik adalah merupakan salah satu buah-buahan yang mengandungi kadar lycopene yang tinggi. Lycopene memainkan peranan sebagai anti-kanser.

4. BAIK UNTUK KESIHATAN MATA
Buah betik kaya dengan vitamin A dan juga karotinoid yang memainkan fungsi sebagai anti-oksidan. Ia bertindak dalam mengurangkan risiko masalah penglihatan (age-related macular degeneration) dalam kalangan warga emas.

5. DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN IMUNISASI BADAN
Peranan vitamin C dalam proses penghasilan kolagen membantu menguatkan lagi sistem pertahanan terbesar di tubuh manusia iaitu kulit. Disamping itu, sel darah putih juga merupakan salah satu komponen penting di dalam sistem imunisasi tubuh.

Kajian mendapati bahawa vitamin C akan terkumpul di dalam sel darah putih dan memainkan fungsi dengan bertindak sebagai scavenger terhadap spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species) yang akan merosakkan sel darah putih.

6. DAPAT BERFUNGSI SEPERTI PAINKILLER
Buah betik banyak digunakan secara tradisional sebagai salah satu alternatif dalam merawat luka. Sebuah kajian mendapati bahawa ekstrak daripada biji buah betik mampu mengurangkan bengkak (edema) dan juga keradangan. Ini adalah kerana kandungan polifenol, flavonoid dan juga alkaloid yang terdapat di dalam buah betik mampu merencatkan penghasilan prostaglandin.

Dalam sebuah kajian lain juga menemukan kombinasi antara enzim papain, bromelain, vitamin C dan juga rutin mampu mengurangkan risiko kesakitan dan keradangan. Walaubagaimanapun, fungsi ini tidaklah setanding dengan ubat penahan sakit.

7. BAIK UNTUK KSEIHATAN JANTUNG
Salah satu fungsi vitamin C sebagai anti-oksidan adalah dengan menghalang proses oksidasi kolesterol jahat (LDL-Cholesterol). Proses oksidasi kolesterol ini boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular.

8. BAIK UNTUK KESIHATAN KULIT
Disamping vitamin C, buah betik juga mengandungi jumlah lycopene yang sangat tinggi. Lycopene begitu pop**ar dalam penjagaan kulit. Kajian mendapati bahawa pengambilan lycopene samada secara semulajadi melalui makanan ataupun produk penjagaan kulit mampu memberi perlindungan kepada kulit daripada kerosakkan akibat pendedahan kepada cahaya matahari.

Dalam kajian yang sama juga mendapati bahawa lycopene mampu meningkatkan tahap kesihatan kulit dan mengurangkan kadar kedutan.

9. BERSIFAT ANTI-MIKROB
Salah satu khasiat buah betik adalah ia boleh bertindak sebagai anti-mikrob. Buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai phytochemical yang memainkan peranan dalam mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Dalam sebuah kajian menemukan bahawa ekstrak daripada daun buah betik merencatkan aktiviti bakteria seperti S.Aureus, E. Coli dan juga C. Albicans.

10. KAYA DENGAN SERAT
Saranan pengambilan buah-buahan sebanyak dua hidangan sehari adalah salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan serat di dalam diet. Buah-buahan sememangnya kaya dengan serat termasuklah buah betik. Pengambilan serat dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung.

Selain itu, serat juga memainkan peranan yang penting dalam sistem pencernaan manusia seperti mengurangkan masalah sembelit.

SUMBER : THE DIAGNOSA

12/04/2023

MANFAAT BUAH DURIAN UNTUK KESIHATAN

1. BERSIFAT ANTI-DIEBETIK
Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa pemberian ekstrak durian terhadap haiwan tersebut secara oral penunjukkan penurunan gula di dalam darah yang signifikan. Hal ini dapat dijelaskan dengan kandungan serat di dalam durian yang melambatkan peningkatan gula di dalam darah. Selain itu, kajian turut mendapati bahawa durian mempunyai indeks glisemik yang rendah.

Tetapi jika anda sudah mengalami penyakit kencing manis, maka anda masih perlu mengambil buah in dalam keadaan terkawal.

2. BAIK UNTUK PENGHADAMAN
Durian mempunyai kandungan serat yang mampu untuk melancarkan pergerakkan usus dan penghadaman. Hal ini kerana serat akan meningkatkan isipadu kandungan di dalam usus dan meransang proses peristalsis (pergerakkan usus) untuk mengelakkan sembelit.

3. MEMBANTU MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL
Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa pengambilan durian dapat mengurangkan paras kolesterol dan LDL (kolesterol tidak baik) di dalam darah. Hal ini boleh dijelaskan dengan komponen serat yang terdapat di dalam durian. Serat merupakan komponen yang terbukti berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah.

4. MEMBANTU MENCEGAH ANEMIA
Durian adalah salah satu buah yang kaya dengan kandungan zat besi. Zat besi adalah elemen yang penting diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dapat menyebabkan anemia di mana pesakit mengalami kekurangan sel darah merah dan sering keletihan.

5. KAYA DENGAN VITAMIN C
Jika dirujuk pada jadual komposisi di atas, setiap 100 g durian mneyumbang lebih kurang 23.3 mg vitamin c. ini menunjukkan bahawa durian mempunyai komposis vitamin c yang tinggi. Pengambilan vitamin c yang mencukupi dapat mencegah penyakit skurvi (kekurangan vitamin c) dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

6. BAIK UNTUK PENJAGAAN MOOD
Durian mengandungi amino asid tryptophan. Tryptophan adalah sejenis amino asid yang akan meningkatkan paras serotonin, sejenis hormon yang bertanggungjawab untuk menaikkan mood dan menjadikan sesorang itu gembira.

7. MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN DARAH
Durian adalah sejenis buah yang kaya dengan kandungan kalium. Kalium berfungsi untuk menurunkan paras tekanan darah melalui pengembangan salur darah. Namun begitu, pengambilannya haruslah secara bersederhana.

8. MENINGKATKAN KUALITI TIDUR
Seperti yang dinyatakan diatas, durian mengandungi mengandungi tryptophan. Selain berfungsi untuk meningkatkan paras serotonin, tryptophan juga mampu meningkatkan paras melatonin. Melatonin berfungsi untuk mengawal kitaran tidur di mana paras melatonin yang tingi berkait dengan kualiti tidur yang baik.

9. BAIK UNTUK KESIHATAN TULANG
Berdasarkan jadual komposisi di atas, durian mengandungi pelbagai makronutrisi seperti zat besi, kalsium dan fosforus. Kesemua makronutrisi ini penting untuk pembentukkan tulang yang sihat.

10. MEMBANTU MEMBEKALKAN TENAGA
Buah durian adalah sejenis buah yang kaya dengan kandungan karbohidrat. Karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Pengambilan durian dapat membekalkan tenaga dengan segera kerana kandungan karbohidrat dan gula buah yang terdapat padanya.

SUMBER : ROOT OF SCIENCE

03/04/2023

MANFAAT BUAH KULIM UNTUK KESIHATAN

1. BERSIFAT ANTI-OKSIDAN
Buah kulim mengandungi pelbagai nutrien dan komponen fitikomia seperti vitamin C dan E, flavanoid, fenol, terpenoid, saponin dan tannin yang bertindak sebagai antioksida dan menghalang tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif ialah ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan dalam badan. Radikal bebas ialah unsur yang tidak stabil yang boleh mengakibatkan kerosakan sel, dan seterusnya menyebabkan penyakit dan penuaan. Sebaliknya, antioksidan ialah bahan yang boleh menyumbangkan elektron kepada radikal bebas, menjadikannya stabil dan kurang reaktif.

2. DAPAT MEMBANTU MENGHALANG PEMBIAKAN BAKTERIA
Antimikrob adalah komponen atau bahan yang digunakan untuk merawat dan mencegah jangkitan bakteria, virus, kulat atau parasit. Kajian mendapati terdapat aktiviti antimikrob pada buah kulim yang dapat menghalang hampir kesemua patogen bakteria. Hasil ujian menunjukkan ekstrak buah kulim bertindak balas terhadap bakteria seperti Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), Salmonella Typhi dan Candida Albicans.

3. DAPAT MEMBANTU MENCEGAH MASALAH KANSER
Buah kulim mengandungi bahan-bahan seperti alkaloid, flavonoid, dan fenol yang berfungsi sebagai agen antikanser.

Alkaloid berupaya melaras jalur isyarat utama yang terlibat dalam percambahan, kitaran sel, dan metastasis, menjadikannya komponen utama agen antikanser.

Kajian menemukan antara komponen alkaloid yang membantu dalam menghalang proses tersebut adalah scorodocarpine B dan dehydroxyscorodocarpin B.

Tannin ialah polifenol yang terdapat secara semula jadi pada tumbuhan. Kajian menunjukkan tannin mempunyai aktiviti luar biasa dalam mencegah barah. Selain itu, tannin juga dikatakan berpotensi dalam rawatan kanser melalui ubat antikanser ataupun kemoterapi. Kajian lain menunjukkan bahawa gabungan tanin dan ubat antikanser mempunayi kesan terhadap chemoprotective, chemosensitive, dan antagonis yang disertai dengan kesan antikanser.

Flavonoid dan fenol bertindak sebagai pembersih radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan kerosakan sel.

4. BERFUNGSI SEBAGAI BAHAN PENGAWET SEMULJADI
Saintis dari Jepun mendapati bahawa komponen buah kulim berguna sebagai pengawet semula jadi. Sebilangan besar komponen dalam buah kulim adalah sebatian yang mengandungi sulfur, seperti methyl methylthiomethyl disulfide dan bis(methylthiomethyl) disulfide. Kelebihan utama sulfur dioksida ialah gabungan aktiviti antioksidan dengan kemampuannya untuk menghalang polifenol daripada teroksida, yang kebiasaannya kita lihat pada buah yang berubah menjadi coklat dan lebam.

Selain itu, sulfur dioksida juga bertindak sebagai bahan pengawet yang menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh merosak makanan.

5. BERFUNGSI SEBAGAI PERENCAH SEMULAJADI
Buah kulim merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan. Walaupun kini ia jarang ditemui, masyarakat orang asli dan orang-orang terdahulu menggangap buah kalim sebagai salah satu bahan yang penting dalam masakan mereka. Baunya yang seperti bawang putih menjadikannya bahan yang ideal untuk menambah rasa pada makanan dan menjadikannya lebih sedap tanpa tambahan garam yang berlebihan.

Buah kulim terkenal sebagai rawatan semula jadi dan digunakan dalam perubatan tradisional oleh masyarakat Melayu. Sebilangan besar kegunaan tumbuhan dalam perubatan yang dicatatkan pada masa ini telah pun didokumentasikan sama ada dalam perubatan tradisional Melayu oleh penulis-penulis dan pengkaji-pengkaji di Malaysia. Namun begitu, tidak banyak kajian saintifik yang dijalankan ke atas buah kulim menjadikannya lebih sukar untuk melihat kepada khasiat dan kebaikan buah ini dengan lebih jelas. Berikut merupakan lain-lain khasiat dan kebaikan buah kulim menurut perubatan tradisional.

6. BAIK UNTUK SISTEM PENCERNAAN
Buah kulim digunakan untuk melegakan gejala masuk angin seperti kembung perut, mual dan rasa tidak selesa. Selain itu, terdapat juga rekod perubatan yang menggunakan buah kulim untuk masalah pencernaan.

7. MEMBANTU MERAWAT KERACUNAN MAKANAN
Bakteria, virus dan parasit merupakan antara punca terjadinya keracunan makanan, biasanya disebabkan oleh pengendalian makanan yang tidak betul. Empat jenis mikroorganisma yang biasanya menyebabkan keracunan makanan adalah campylobacter, salmonella, E. coli, dan listeriayang menyebabkan keracunan makanan adalah campylobacter, salmonella, E. coli, dan listeria. Buah kulim dan rebusan kulit kadang-kalanya digunakan oleh masyarakat Melayu untuk merawat keracunan.

8. BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah kulim berfungsi dalam menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung seperti kolesterol tinggi, penyakit jantung koronari dan serangan jantung. Antioksidan berfungsi untuk menyahaktifkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel yang dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat penyakit jantung.

Selain itu, antioksidan juga dianggap berupaya menghalang penukaran molekul kolesterol dalam menjadi bahan yang boleh membentuk plak di dinding arteri dan menyekat aliran darah.

9. BAIK UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI
Air rebusan buah kulim digunakan untuk melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan tekanan. Dipercayai kerana terdapat komponen buah kulim yang membantu dalam menjaga jantung, ia juga berkesan terhadap sistem peredaran darah dalam badan.

10. DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN SUHU BADAN
Buah kulim dikatakan mempunyai ciri antipiretik (antipyretic) yang mampu menurunkan suhu badan ketika demam. Komponen nutrien seperti vitamin C dan kompaun fenolik seperti saponin dipercayai menyumbang kepada manfaat kesihatan yang dinyatakan.

SUMBER : THE DIAGNOSA

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Other Health/Beauty in Kota Bharu (show all)
Gegar Stop Centre Gegar Stop Centre
Kelantan Trade Centre
Kota Bharu, 15200

One Stop Center

Berenice Beauty Berenice Beauty
Kota Bharu, 15150

"Individual consumer needs in mind". Get real natural health & beauty.

AGF Incomebiz AGF Incomebiz
559, Tingkat 1, Taman Damai Perdana, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh
Kota Bharu, 15100

BUSINESS ATOMY UNTUK SEMUA * Peluang cerah untuk berjaya * Pembelian hanya untuk kegunaan sendiri *

Primer Cherang Kosmetik Primer Cherang Kosmetik
Cherang
Kota Bharu

Mamadil by Sarah Mamadil by Sarah
Kota Bharu

Ekspresikan aura penuh yakin dan bertenaga bersama rangkaian produk Mamadil. Tampil lebih muda, sihat dan cantik. Bersama sebarkan kebaikan.

Gula² Perkasa Kingplus Gula² Perkasa Kingplus
Lot 2788 Kg Telaga Bata Sering
Kota Bharu, 16150

https://KingPlusPower.wasap.my

Korset Elken by Cik Ain Korset Elken by Cik Ain
Pasir Tumboh
Kota Bharu

Korset Elken pakar dalam membentuk tubuh badan selain membantu merawat sakit tulang belakang. FREE

HOUSE of Cosmetics Kelantan HOUSE of Cosmetics Kelantan
Kota Bharu

All product ReadyStock Obsess Cosmetics, LurveCare Serum

Susu Kurus - Skinny detox goatmilk Susu Kurus - Skinny detox goatmilk
Kota Bharu

Skinny detox dihasilkan utk membantu para wanita supaya cantik sepanjang masa

Nanajii kopi hijau organic 100% asli Nanajii kopi hijau organic 100% asli
Kota Bharu, 15000

kopi hijau organik nanajii

Shaklee by Fieyza Shaklee by Fieyza
Kota Bharu
Kota Bharu, 15000

Nak sihat dan cantik dari dalam dan luaran...JOM SHAKLEE!!!!