Primer Alpha HQ

Primer Alpha HQ

Melegakan Gastrik Gerd & Anxiety

08/06/2022

1. Lampu brek tangan

Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.

2. Lampu check engine

Lampu ini menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin. Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda. Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.

3. Lampu bateri

Apabila lampu ini menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak. Gantikan segera dengan bateri yang baru.

4. Lampu ABS

Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.

Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.

Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.

5. Lampu Traction Control System

Traction Control System (TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.

Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.

6. Lampu amaran bahan bakar

Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api. Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum. Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.

7. Lampu amaran tali pinggang keledar

Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.

Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran.

8. Lampu amaran suhu enjin

Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi. Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.

Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.

9. Lampu amaran aras minyak enjin

Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin. Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin. Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.

10. Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik)

Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik) akan menyala jika kunci diputar ke posisi On dan sepatutnya terpadam selepas enjin dihidupkan.

Jika ia masih menyala, ia bermaksud sistem stereng kuasa elektrik mengalami masalah, yang mana petandanya ialah stereng terasa sangat berat untuk dipusingkan.

11. Lampu amaran beg udara SRS

Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.

Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba. Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.

12. Lampu amaran pintu kereta

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala. Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.

13. Lampu ECO

ECO adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Sumber : Kucing Gemok Channel

Jom follow ig kami (VMM) utk dptkan b*k info, amalan, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana :
https://instagram.com/eddyrusdi/ (klik dan follow)

*Berminat iklan di VMM inbox admin utk dptkan t&c.ok.tq

13/04/2022

FIBER SALAH SATU MAKANAN YANG BAIK UNTUK PESAKIT GASTRIK
Serat adalah sejenis nutrien yang sangat diperlukan untuk fungsi sistem penghadaman manusia. Ia merupakan salah satu komponen polysaccharides yang melindungi saluran penghadaman.
Kebanyakan serat digunakan oleh badan selepas proses fermentasi bakteria dalam usus besar berlaku.
Sebenarnya,Serat adalah sejenis elemen yang terdapat dalam tumbuhan dan tidak dapat dihadam oleh badan anda. Disebabkan itu, ia diserap ke dalam perut, usus kecil dan usus besar seterusnya dikeluarkan oleh badan anda.
Anda boleh menemui serat di dalam sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang. Seperti yang diketahui umum, ia memang mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah sembelit.
Serat terbahagi kepada dua jenis iaitu boleh larut dan tidak boleh larut.
I. Serat boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang boleh larut di dalam air. Ia mempunyai bentuk seakan-akan jel. Ia membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan menyeimbangkan kadar glukosa. Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, epal, lobak, oat, barli dan buah-buahan sitrus.
II. Serat tidak boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang tidak boleh larut dalam air. Ia membantu pergerakan sistem penghadaman anda. Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, ubi kentang, kubis, gandum dan lain-lain.
Bagi mendapatkan manfaat serat sepenuhnya, pastikan anda makan pelbagai makanan yang tinggi serat.
.
Apakah manfaat yang dibawa serat?
1. Melancarkan pergerakan usus

Penyerapan serat yang tinggi boleh meningkatkan saiz najis dan melembutkannya. Ini dapat memudahkan najis untuk melalui usus dan mengurangkan risiko sembelit badan anda. Jika anda mempunyai masalah najis berair, serat boleh membantunya.
2. Memastikan kesihatan usus

Apabila anda mengambil serat, anda dapat mengurangkan risiko hemorrhoids dalam usus besar. Namun begitu, terdapat beberapa serat yang akan fermentasi di dalam usus besar, lalu memainkan peranan penting untuk melawan penyakit dalam usus besar.
3. Mengurangkan kadar kolesterol

Serat akan mengurangkan ketumpatan lipoprotein yang terdapat dalam kolesterol. Jadi, ia sekaligus dapat membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Serat boleh larut juga mempunyai manfaat terhadap kesihatan jantung. Ia membantu menyeimbangkan tekanan darah dan mengelakkan keradangan.
4. Mengurangkan kadar gula dalam darah

Individu yang mempunyai diabetes seharusnya mengambil serat kerana ia kan mengurangkan kandungan gula. Jika anda mengamalkan diet yang mengandungi serat tidak boleh larut, anda mampu mengelakkan diri dari dijangkiti diabetes jenis 2.
5. Mendapatkan berat badan yang ideal
Penyerapan serat bermakna ia memberikan anda tempoh yang lebih lama untuk makan selain mengurangkan kalori bagi makanan yang sama amaun. Ia juga mampu mengelakkan anda untuk mengelakkan kanser kolorektal.
Kebanyakan individu tidak mempunyai tabiat pengambilan serat yang baik. Diharapkan, artikel ini dapat menggalakkan anda untuk mengambil lebih serat dalam diet anda. Serat membantu dalam menyihatkan usus anda, kekurangan serat akan membawa keburukan dalam kesihatan.
Kekurangan serat bererti sistem pencernaan yang tidak sihat, yang dapat menyebabkan komplikasi kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Diet rendah serat dikaitkan dengan barah usus besar, tahap kolesterol yang tinggi, gula yang tinggi dalam darah, divertikulosis serta pertambahan berat badan. Anda mesti tak ingin perkara-perkara di atas berlaku pada anda, kan? Jadi, belajarlah untuk mengambil fiber dalam diet anda.
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberi kesan sampingan.
Memperkenalkan Primer Alpha yang diformulasikan oleh Dr Safwan & Dr Rahimie yang sudah biasa merawat pesakit gastrik di Klinik Primer Cherang.Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Cara pengambilannya pun sangat mudah. Hanya 1 sachet sehari setiap pagi atau sebelum tidur atau bila-bila sahaja diperlukan. Dengan pembelian Primer Alpha, anda akan dapat 1 shaker percuma & konsultasi dengan doktor. Tekan link dibawah untuk dapatkan produk ini :

https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52

11/04/2022

KAITAN GASTRIK, GERD & ANXIETY
Ramai yang tidak faham dan tahu lebih lanjut mengenai penyakit gastrik, gerd dan anxiety yang anda sedang hadapi. Sistem badan manusia, atau spesifik lagi dikenali sebagai saraf semua terhubung dengan otak, kerana otak merupakan processor yang memproses segala data-data yang kita ambil daripada saraf. Seperti saraf mata, melihat, saraf telinga mendegar dan begitu juga dengan saraf perut, kenyang, sakit perut, tidak selesa kat perut akan diproses melalui saraf terus ke otak.
Saraf Vagus nerve antara saraf terpanjang yang bersambung dari otak ke perut dan ke kaki. Saraf ini berkait rapat dengan sakit seperti gastrik, gerd dan anxiety kerana ia bersambung dengan perut kita dan berkait rapat dengan mental. Sebab itu anxiety berlaku.
Gastrik, gerd dan anxiety merupakan penyakit yang bergerak dalam dalam satu sistem yang sama yang berkait rapat diantara satu sama lain. Dalam erti kata lain, jika anda terkena salah satu penyakit ini, secara tidak langsung penyakit lain juga akan terkena juga.
Ada orang bermula dengan anxiety dulu, ada yang bermula dengan gerd dulu dan ada yang bermula dengan gastrik dulu, yang lain juga pasti akan menyusul. Yang paling menakutkan, adalah bermula dengan anxiety, sebab anxiety ini datang secara tiba-tiba tanpa tanda, sehingga berfikir sudah nak mati, sakit jantung dan sebagainya.
Anxiety ialah berlakunya ganguan emosi yang berpunca daripada saraf sympatic nervous system, stress berpanjangan, penyerapan nutrisi tidak sempurna serta berlaku masalah di persekitaran perut. Majoriti yang terkena anxiety adalah akibat daripada kesan sampingan daripada masalah kesihatan berpunca daripada perut iaitu gastrik & gerd.
Anxiety normal tiada masalah, kerana berlaku akibat daripada pemicunya, seperti dalam keadaan cemas dan takut. Tapi bila bersedia daripada awal, anxiety normal ini boleh dikawal. Anxiety normal ini juga dikenali sebagai anxiety tidak berbahaya.
Anxiety yang tidak normal p**a, akibat sakit gastrik, keadaan kita sentiasa takut dan cemas tanpa sebab dalam keadaan tenang pun boleh berlaku cemas sehingga difikiran macam-macam difikirkan sehingga menyukarkan kehidupan harian.
Hormon gembira dan ceria juga 80% terhasil daripada perut berbanding otak hanya 20% sahaja. Sebab itu kalau kita sedang stress makan boleh hilangkan stress atau tekanan.
Dalam badan manusia, dalam perut merupakan tempat yang paling berasid, asid dalam perut berfungsi sebagai penghadaman makanan untuk dapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita diserap di perut, sebelum sisa makanan tersebut pergi ke usus kecil.
Selain itu, asid dalam perut juga dapat membantu mematikan bakteria jahat dalam perut sebelum pergi ke usus kecil. Sebab itulah, minuman probiotik dan prebiotik sangat penting untuk membantu proses penghadaman .Biasanya bacaan normal asid dalam perut adalah antara 1 ke 3 PH, iaitu sama kuat dengan air bateri yang ada pada kereta.
Di dalam perut kita, satu lapisan dikenali sebagai lapisan mukus yang berfungsi untuk melindungi perut daripada hakisan asid perut. Lapisan ini boleh lemah dan rosak daripada sebab permakanan kita dan mukus ini boleh dirawat dengan probiotik dan juga prebiotik.
Setiap penyakit yang alami, anda perlu dapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Walaubagaimana pun anda perlu ambil tahu simptom penyakit ini untuk memudahkan urusan anda memberitahu doktor mengesahkan penyakit yang dialami, sekaligus dapat menjimatkan masa dan wang anda.
Ramai diantara pesakit sendiri tidak faham mengenai penyakit gastrik ini, apatah lagi orang lain yang tidak pernah merasainya. Nak fahamkan mereka apa yang kita rasa memang sukar untuk terangkan dalam 5 minit sahaja, sebab kita sendiri pun kurang faham.
Gangguan refluks asid gastrik perlu berunding dengan doktor kerana terdapat risiko komplikasi. Segera dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami sesak nafas dan/atau sakit dada yang menjalar ke rahang dan lengan.
Bagi penderita Gerd-anxiety kena mengamalkan meliputi gaya hidup sihat, menjaga makan,senaman dan menenangkan fikiran. Pengambilan makanan sihat seperti pro biotik & pre biotik , yogurt, madu, spirulina, serat dan mix berries dapat merawat simptom Gerd-anxiety. Hindari jenis makanan yang boleh mencetuskan reflux asid dan heartburn seprti buah-buahan sitrus, makanan lemak dan pedas.
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau tidak memberi kesan sampingan.
Primer Alpha merupakan produk yang diformulasikan dengan menggunakan tujuh bahan terbaik untuk merawat gastrik & gerd dan bahan itu termasuklah madu. Hal ini merupakan hasil kajian daripada Dr Safwan & Dr Rahimie dalam membantu pesakit gastrik.
Primer alpha mengandungi yogurt, probiotik & pre biotik, madu ,spirulina, serat , dan mix berries sebagai alternatif untuk merawat gastrik. Ia Salah satu superfood yang mengandungi probiotik yang tinggi dan khasiat yang lain untuk menjaga kesihatan kita terutama untuk atasi serangan gastrik.
Semua makanan tersebut terdapat dalam 1 sachet Primer Alpha. Cara pengambilannya pun sangat mudah. Hanya 1 sachet sehari setiap pagi atau sebelum tidur atau bila-bila sahaja diperlukan. Dengan pembelian Primer Alpha, anda akan dapat 1 shaker percuma & konsultasi dengan doktor. Tekan link dibawah untuk dapatkan produk ini :

https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52

08/04/2022

SENDAWA YANG BERPANJANGAN GEJALA KEPADA PENYAKIT SERIUS
Anda pernah mengalami sendawa yang berpanjangan? Secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia berlaki daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa.
Selain mengeluarkan angin yang berlebihan, sendawa juga terjadi adalah untuk mengeluarkan gas yang terlalu banyak dalam perut.Jika anda mengalami sendawa yang kuat, panjang dan berulang kali tanpa mengira masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga membuatkan perut merasa tidak selesa.
Ini merupakan simptom atau tanda-tanda bahawa anda mungkin berpenyakit.Antara penyebab yang membuatkan seseorang itu kerap bersendawa adalah kerana memakan makanan terlalu cepat dan gelojoh dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Belum sempat perut hadam makanan anda sumbat lagi makanan yang lain. Selain faktor makanan, punca lain adalah kerana ubat-ubatan yang diambil atau kerana anda ada mengalami masalah pencernaan, iaitu orang yang menderita berbagai masalah perut, seperti gastrik, luka perut atau gangguan kantung hempedu.
Kebiasaannya, sendawa yang normal adalah sekitar 4 kali sahaja selepas makan dan ia adalah tidak normal jika melebihi jumlah itu.Sekiranya lebih daripada 4 kali, ia sudah boleh dianggap sebagai sendawa tidak berhenti yang mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan seperti berikut :
.
1. Gastroesophageal reflux disease (GERD)

Juga dikenali sebagai refluks asid, GERD berlaku apabila asid dalam perut kembali ke esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Jika ini jarang berlaku, dia boleh lega dengan hanya mengambil ubat-ubatan yang boleh dibeli dari farmasi. Tetapi jika ia kerap berlaku, anda mungkin perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat preskripsi doktor.
.
2. Pedih ulu hati

Dalam bahasa saintifik, keadaan ini dikenali sebagai dyspepsia dan ia akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian atas perut. Akibatnya, anda mungkin akan mengalami kembung perut, mual-mual dan muntah.
3. Gastrik

Gastrik adalah satu keadaan yang biasa berlaku kepada sesetengah orang dan ia akan menyebabkan dinding perut anda berasa meragam.Kebiasaannya berlaku kepada orang yang berpuasa kerana tidak makan atau minum untuk seketika.
.
4. Bakteria

Helicobacter pylori adalah sejenis bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan dan ulser pada perut dan sistem penghadaman manusia. Sekiranya ia menjangkiti anda, sendawa tidak berhenti juga mungkin boleh terjadi kepada anda.
.
5. Irritable bowel syndrome (IBS)

Irritable bowel syndrome (IBS) boleh menyebabkan kejang perut, kembung perut, sembelit dan cirit-birit. Sama seperti jangkitan bakteria, ia juga mungkin akan mengakibatkan kalian sendawa tidak berhenti.
Dalam banyak kes, gejala-gejala kembung perut yang menyebabkan anda bersendawa boleh dikurangkan bahkan dicegah dengan mengamalkan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah seperti menurunkan berat badan.
Untuk mengurangkan udara terlalu banyak ditelan, anda boleh:

I. Elakkan mengunyah gula-gula getah.
II. Hadkan pengambilan minuman berkarbonat.
III. Elakkan makanan yang menyebabkan gas, sayur-sayuran seperti dalam keluarga kubis, kacang kering, dan lentil.
IV. Makan perlahan-lahan dan elakkan minum menggunakan straw.
V. Gunakan produk tenusu tanpa laktosa (jika anda mempunyai intoleransi terhadap laktosa).
VI. Probiotik juga boleh membantu dengan menambah bakteria baik dalam usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimp**an boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jika anda mengalami sendawa yang berpanjangan dan keselesaan perut anda, boleh mencuba Primer Alpha yang mengandungi yogurt , probiotiok & pre biotik, madu, spilrulina, serat & mix berries. Produk ini diformulasi oleh Dr Safwan & Dr Rahimie untuk merawat pesakit gastrik & gerd.
Cara pengambilannya pun sangat mudah. Hanya 1 sachet sehari setiap pagi atau sebelum tidur atau bila-bila sahaja diperlukan. Pembelian PRIMER ALPHA membolehkan anda mendapatkan akses terus ke group consultation oleh Dr Safwan & Dr rahimie.
Atasi masalah sendawa berpanjangan anda dengan Primer Alpha dengan harga mampu milik,malah anda akan dapat 1 shaker percuma. Tekan link dibawah untuk dapatkan produk ini :

https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52

06/04/2022

JENIS-JENIS BUAH-BUAHAN YANG BAIK UNTUK PESAKIT GASTRIK & GERD
Penyakit refluks Gastroesophageal (GERD) adalah keadaan di mana asid perut mengalir di sepanjang esofagus atau esofagus, yang boleh menyebabkan pembakaran di dada atau gejala lain. Dalam keadaan tertentu, semua orang boleh mengalami keadaan ini. Refluks sering berlaku selepas makan, yang berlaku dalam tempoh yang singkat dan boleh berlaku semasa tidur.
Gastrik p**a merupakan rasa keradangan pada lapisan yang melindungi perut anda. Gastrik akut akan menyebabkan rasa radang secara tiba-tiba.Manakala bagi kes yang kronik p**a, ia akan mengakibatkan keradangan sehingga satu tempoh yang sangat lama jika tidak dirawat dengan segera
Oleh itu, memilih makanan untuk orang yang mempunyai asid perut menjadi sangat penting dan kadang-kadang agak mengelirukan. Pilihan makanan yang salah boleh menyebabkan peningkatan asid perut dan penyakit asid gastrik yang berulang. Makanan seperti coklat, makanan pedas, makanan berlemak, bawang, dan bawang putih secara amnya boleh mencetuskan gejala asid perut.
Kemudian bagaimana dengan buah-buahan? Adakah buah-buahan berasid perlu dielakkan supaya penyakit tidak berulang? Sebenarnya, buah-buahan sendiri tidak menyebabkan penyakit GERD atau meningkatkan asid perut. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai penyakit ini, anda perlu menghadkan (tidak mengelakkan sepenuhnya) penggunaan buah-buahan seperti tomato dan oren, pendek kata buah-buahan citrus yang lebih bersifat asid. Sebab, buah-buahan ini dapat membuat gejala-gejala yang lebih buruk.
Pilihan yang tepat adalah pemilihan buah yang mempunyai keasidan yang rendah.Pengambilan buah-buahan dalam seharian adalah sangat penting kerana ia membekalkan vitaman yang penting untuk tubuh badan anda. Ia salah satu sumber nutrisi yang penting untuk menjaga tubuh badan anda lebih sihat.
Buah-buahan yang baik untuk penyakit gastrik & gerd adalah

1. Pisang

Pisang mempunyai keasidan yang rendah dengan tahap pH kira-kira 4.5 hingga 5.2. Ini boleh meneutralkan asid perut dan membantu melegakan gejala. Pisang juga merupakan sumber kalium, serat, vitamin C, antioksidan dan fitonutrien. Serat dalam pisang boleh memperbaiki sistem pencernaan dan mengurangkan refluks.
.
2. Epal

Epal mengandungi banyak vitamin seperti vitamin A, C, D, dan B12. kalsium, besi dan megnesium juga boleh didapati dalam buah ini. Kandungan ini dapat membantu memudahkan sistem pencernaan dan mengurangkan refluks.
.
3. Tembikai

Tembikai mengandungi antioksidan, vitamin C, vitamin A dan asid amino, dan kandungan air yang tinggi. Inilah yang membantu sistem penghadaman dan mengekalkan tubuh terhidrasi. Tembikai juga boleh meneutralkan asid di dalam perut dan mengurangkan refluks.
.
4. Betik

Buah betik, biji-biji, dan daunnya, mengandungi enzim papain yang membantu penghadaman protein. Papain betik juga mengandungi ciri-ciri anti-parasit. Enzim fibrin dalam betik adalah enzim aktif yang juga membantu penghadaman. Betik ‎sering disyorkan bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman makanan, sembelit, sakit/nyeri ulu hati, saluran penghadaman terlalu berasid, ‎sindrom radang usus, ulser perut, dan juga masalah gastrik. Justru, kelaziman memakan betik adalah idea yang baik bagi individu yang menghadapi risiko kanser kolon.
.
5. Mix berries

Buah berry merupakan antibiotik alami yang akan melawan bakteria usus, sepsis, dan difteria. Salah satu punca gastrik adalah jangkitan bakteria H. pylori. Ini amat baik untuk melawan bakteria jahat ini. Seratus gram buah berry sama dengan 150 mg vitamin C. Kita sudah tahu bahawa vitamin C dapat membantu mencegah demam dan selsema , memiliki antioksidan yang kuat, dan bahkan bekerja untuk mengubati beberapa jenis penyakit kardiovaskular
Sebagai tambahan kepada senarai buah-buahan untuk penyakit asid perut di atas, anda juga perlu mengekalkan diet yang baik untuk asid perut. Anda juga boleh menguruskan gejala dengan membuat perubahan gaya hidup untuk mengelakkan refluks asid.
Dengan memastikan anda tidak terlepas mengambil diet yang seimbang setiap hari seiring dengan sakit gastrik & gerd anda, formulasi daripada Produk superfood Primer Alpha membantu anda menghadapi serangan gastrik & gerd. Ia terdiri daripada yogurt, pre biotik & probiotik, serat, madu , spirulina & mix berries dan terbukti berkesan melalui hasil kajian daripada Dr Safwan & Dr Rahimie.
Atasi masalah gastrik anda dengan Primer Alpha dengan harga mampu milik,malah anda akan dapat 1 shaker percuma & konsultasi daripada doktor. Tekan link dibawah untuk dapatkan produk ini :

https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52

04/04/2022

GAYA TIDUR YANG PERLU DIELAK UNTUK PESAKIT GASTRIK & GERD
Bagi orang yang mempunyai riwayat penyakit gastrik, terutama bagi mereka yang mempunyai pola makan dan gaya hidup yang tidak sihat, tidur pun akan terasa tidak selesa. Penyakit gastrik dan masalah perut yang lain boleh sangat menjengkelkan. Kerana kesakitan yang sering melanda tiba-tiba tanpa mengetahui waktunya
Kesakitan akibat gastrik boleh menyerang pada bila-bila masa, walaupun seseorang itu sedang tidur pada waktu malam. Para penyelidik menjalankan survey pada hampir 15,300 orang dan mendapati bahawa 25% melaporkan mengalami gangguan gastrik pada waktu malam.
Ini merupakan masalah, kerana gangguan gastrik boleh mengganggu tidur anda dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Mengalami gastrik secara berterusan boleh merosakkan esofagus anda. Penyakit gastrik boleh mencederakan dan merosakkan lapisan perut atau menyebabkan perubahan dalam sel yang meningkatkan risiko kanser esofagus.
Selain posisi tidur yang baik untuk mencegah asid reflux, ada juga posisi tidur yang sebaiknya dihindari. Posisi tidur berikut ini dapat membuat asid perut lebih mudah naik dan sulit turun kembali ke perut.

1.Hindari tidur telentang (posisi rata di punggung)

Apabila tidur dalam keadaan terlentang (kedudukan rata di belakang), keadaan LES yang lemah akan memudahkan refluks asid perut ke dalam esofagus. Keputusan menunjukkan bahawa posisi tidur ini menyebabkan gejala refluks asid berlaku lebih kerap dan cenderung bertahan lebih lama. Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai lemak perut, maka keterukan gejala juga boleh meningkat. Ini kerana lemak menekan perut dan membuatkan kandungan perut naik semula ke esofagus.
2.Hindari tidur miring ke sisi kanan tubuh

Apabila kita tidur mengiring di sebelah kanan, badan perlu bekerja keras melawan graviti untuk mengembalikan asid perut ke dalam perut. Ini memerlukan proses yang lebih sukar dan juga lebih lama. Walaupun kekerapan berulang dalam kedudukan ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan tidur telentang, kedudukan ini boleh menyebabkan LES lebih kerap ditenggelami oleh asid perut. Ini berpotensi untuk membuat asid perut dilepaskan ke dalam lapisan esofagus.
Kedudukan tidur di sebelah kanan akan membuatkan cecair asid gastrik kekal dalam esofagus untuk jangka masa yang lama. Pengekalan asid perut dalam esofagus boleh menyebabkan kerengsaan dan keradangan. Ini boleh membawa kepada gejala yang lebih teruk, seperti ulser perut, sakit dada, pendarahan, kesukaran menelan dan masalah serius lain.
Perubahan diet dan amalan gaya hidup adalah langkah pertama untuk merawat simptom gastrik & gerd. Ini kerana terdapat makanan tertentu yang menjadikan gejala asid refluks lebih teruk dan ada juga makanan yang mampu merawat simptom gstrik & gerd. Salah satu makanan yang untuk gastrik & gerd iaitu yogurt, prebiotics & probiotics , serat & madu.
Jangan risau, kajian daripada Dr Rahimie & Safawan berjaya menghasilkan formulasi untuk kurangkan gastrik iaitu Primer Alpha. Primer Alpha (PA) mengandungi bahan-bahan yang bagus untuk kurangkan gastrik iaitu yogurt, prebiotics & probiotics, serat, madu , spirulina & mix berry.
Melalui kajian yang dijalankan, Primer Alpha terbukti 2 kali ganda lebih berkesan daripada kebanyakkan produk yang ada di pasaran bagi meneutralkan lebihan asid dalam perut dan baik pulih semula tisu perut yang telah rosak
Atasi masalah gastrik anda dengan Primer Alpha dengan harga mampu milik,malah anda akan dapat 1 shaker percuma & konsultasi daripada doktor. Tekan link dibawah untuk dapatkan produk ini :

https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52

02/04/2022

BAGAIMANA INGIN MENGELAKKAN GASTRIK BERULANG SEMASA BERPUASA
Kedatangan Ramadhan tentunya membuat ramai teruja. Namun ada sesetengah yang mudah terkena sakit perut atau gastrik, terutamanya pada beberapa hari terawal puasa.
Ini berlaku kerana dalam bulan puasa, pola pemakanan kita akan berubah. Di waktu siang semasa perut kosong, peningkatan asid di dalam perut boleh berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pedih pada ulu hati.
Jadi, bagi pesakit gastrik atau anda yang selalu sakit perut bila lewat makan, jom ketahui beberapa tips ini untuk membantu anda mengawal gastrik agar dapat berpuasa dengan lebih lancar dan selesa tanpa kesakitan.Namun, seharusnya gastrik bukan menjadi penghalang yang memaksimumkan ibadah sepanjang bulan Ramadan dengan syarat, anda tahu tip dan cara selamat untuk mencegah gastrik berulang semasa berpuasa. Apakah tipnya?
1. Sentiasa sahur

Gastrik ketika puasa umumnya boleh dicegah jika anda selalu mengusahakan sahur setiap hari puasa. Jangan biasakan puasa tanpa sahur. Mungkin anda boleh satu atau dua kali tidak sahur kerana pelbagai alasan. Namun, jika hal ini berterusan, anda meningkatkan risiko mengalami gastrik semasa puasa.
Gastrik anda boleh berulang sewaktu berpuasa terutamanya ketika siang hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Semasa sahur, cuba elakkan makanan yang berisiko meningkatkan kebarangkalian serangan gastrik anda berulang.
2. Berbuka tepat pada waktunya

Kesibukan anda dalam bekerja ataupun kesesakan teruk apabila anda menuju p**ang ke rumah, kadangkala menjadi alasan anda untuk menunda buka puasa. Berbuka puasa tepat pada waktunya sangat penting untuk mencegah gastrik dari berulang. Jangan biasakan diri melengahkan waktu berbuka puasa.

Elakkan minuman berbuka puasa yang mengandungi kafein. Buatlah jadual makan yang baru sepanjang bulan puasa ini. Jika anda sebelum ini makan tiga kali sehari, anda boleh mengubahnya menjadi empat atau lima kali dari waktu berbuka puasa sehingga waktu imsak dengan setiap hidangan yang kecil agar anda tidak kekenyangan.
3. Pengambilan makanan yang kaya serat semasa sahur

Pastikan semasa sahur, anda mengambil makanan yang kaya serat. Serat banyak dijumpai pada buah, sayur, kekacang, beras, agar-agar, dan gandum. Makanan yang kaya serat biasanya mengandungi karbohidrat kompleks. Karbohidrat jenis ini memerlukan masa yang lambat untuk diserap ke dalam sistem badan.

Makanan kaya serat ini dapat melambatkan pengosongan perut. Mengapa perkara ini penting? Kerana jika perut pesakit gastrik kosong, asid perut anda boleh merengsa dinding perut dan mengakibatkan rasa perih. Hal ini boleh meningkatkan risiko gastrik berulang sewaktu berpuasa.
4. Elakkan makanan pencetus gastrik

Pada waktu sahur dan berbuka puasa, anda harus mengelakkan makanan yang boleh membuat gastrik ketika puasa berulang. Elakkan makanan berlemak, kerana makanan yang mengandungi banyak lemak boleh meningkatkan keradangan pada selaput perut.

Para doktor di University of Maryland Medical Center mengesyorkan agar pesakit gastritis (gastrik) mengelakkan makanan olahan yang mengandungi gula (selain lemak trans). Mi dan pasta merupakan contoh makanan olahan yang boleh merengsa selaput perut. Makanan pedas seperti cili padi, mustard, dan sos sambal juga boleh memburukkan lagi simptom gastritis.
Untuk waktu sahur, anda boleh mencuba Primer Alpha yang bertahan selama 13 jam daripada simptom-simptom gastrik. Hanya 1 sachet setiap waktu sahur.
Primer Alpha mengandungi tujuh bahan terbaik iaitu yogurt, pre biotik & pro biotik, madu, spirulina, serat dan mix berries yang sangat baik untuk merawat simptom gastrik.Dengan pembelian Primer Alpha, anda akan dapat 1 shaker percuma & konsultasi dengan doktor. Tekan link dibawah untuk dapatkan produk ini :

https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52
https://order.primer2u.com/order/form/52

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Jalan Taman Tengku Ahmad Panglima (Queenspark), Kampung Tanjung Chat
Kota Bharu
15300

Other Health Food Shops in Kota Bharu (show all)
Kekal Sihat Dengan OCOC Kekal Sihat Dengan OCOC
Taman Perbandaran Tamn Tengku Anis
Kota Bharu, 16100

Supliment semula jadi dari Dr Rizal

Diffenz Kelantan Eskayvie kota bharu Diffenz Kelantan Eskayvie kota bharu
Kota Bharu

www.wasap.my/60194347359/bantusayadapatkanDiffenz

Faridahempirehq Faridahempirehq
Lot 1567 Taman Iman Jaya Kawasan Perniagaan Wakaf Che Yeh
Kota Bharu, 15150

BERBAGAI KUDAPAN DAN MAKANAN SUNNAH SEPERTI :- KURMA AJWA KISMIS KEKACANG BUAH BUAHAN KERING

Kota Bahru Kefir & Kombucha Kota Bahru Kefir & Kombucha
Kota Bharu, 15670

Kefir is a fermented drink that contains live bacteria and yeast, a beverage that packs more probiotics than yogurt. Benefits: - improved digestion and constipation - suitable ...

Kurma Ajwa Khaleefa Kurma Ajwa Khaleefa
1218-B, PERSIMPANGAN MAAHAD, Jalan LONG YUNUS
Kota Bharu

Kurma ajwa asli dari Madinah yang segar dan sedap dengan khasiat yang tinggi. setiap 10% dari keuntungan akan diinfaqkan buat dana pembangunan Madrasah Tahfiz Al Quran An Namlu Lil...

MD Flush Produk Lawas Kencing MD Flush Produk Lawas Kencing
Kota Bharu

MD Flush merupakan jus untuk merawat penyakit buang air tak lawas, kenching berbuih, sakit masa ke

Madu D5 - Madu Tualang Asli 100% Madu D5 - Madu Tualang Asli 100%
Roundabout Cabang 3 Kampung Pendek
Kota Bharu, 15100

Madu Tualang D5 - 100 % Dijamin Asli. . " Madu merupakan Makanan Sunnah' .. Kesihatan yang baik berm

Madu Tualang D5 Madu Tualang D5
Kota Bharu, 15100

Madu Tualang D5 ✅ 100% Asli ✅ Lulus Genom ⭐ Jaminan Wang 7x Ganda jika tidak asli

Abi_Umi Kitchen - Homemade food delivery kelantan Abi_Umi Kitchen - Homemade food delivery kelantan
Kota Bharu, 12808

MACAM2 MENU MENARIK DI ABI>UMI KITCHEN

Penawar Mata -Eyebright HQ Penawar Mata -Eyebright HQ
PT 1512 TINGKAT 2, BANDAR BARU TUNJONG Jalan KUALA KRAI KOTA BHARU
Kota Bharu

Bunga Putih Rahsia Turun Termurun Masyarakat Eropah Untuk Solusi Masalah Mata

KEDAI KAKMA KEDAI KAKMA
K**a Olive House, Lot 203(tingkat Bawah), Jalan Tok Guru(Jalan Pengkalan Chepa, Berdekatan Bank Rakyat Kota Bharu)
Kota Bharu, 15400

Menjual Produk Makanan Kesihatan antaranya Minyak Zaitun, Minyak Habbatussauda, Jus Delima, Cuka Teen, Madu, Kurma, Granola dan lain-lain Produk Muslim seperti Tamar Cocoa, Sawanah...

BendaWajib BendaWajib
Jalan Dato Lundang
Kota Bharu, 15200

Watches & Craft Art store