Breast Cancer Awareness & Research Unit
Klinik Rawatan dan Klinik Saringan OBJEKTIF
1. Membantu orang awam tentang kesedaran kanser payudara dan mengesan kanser payudara lebih awal.
3.
Memberi penerangan dan pembelajaran kepada pesakit dan keluarga tentang kepentingan menjalankan PSP untuk mengesan kanser payudara lebih awal.
2. Membantu pesakit dan keluarga dalam psikososial.
4. Menjadi perantara untuk rujukan pelanggan kepada multidisiplin seperti mamogram, kebajikan, surgeri dan onkologi.
5. Memberi maklumbalas tentang kanser payudara kepada pesakit dan keluarga dengan menyediakan bahan rujukan.
Pihak Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital USM telah dijemput untuk menjalankan aktiviti Pemeriksaaan Saringan Kanser Payudara terhadap penduduk sekitar Bachok, Kelantan.
Program ini telah dijalankan pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Masjid Mukim Cherang Hangus, Bachok. Ianya merupakan Program Libatsama Komuniti USM-Merican dan Jabatan PPSP
Pihak kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di Kampung berkenaan.
Kunjungan Kehormat dan menghadiri Mesyuarat serta lawatan tapak sempena Program Karnival Kesihatan Payudara Pantai Timur 2024.
Mesyuarat bersama pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah telah dilaksanakan pada 15 Julai 2024 (Isnin), bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah. Pihak Unit BestARi, HUSM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya (Ketua Unit BestARi), Dr. Wan Zainira Wan Zain (Penyelaras Klinikal), Pn. Wahida Daud (Penyelia Jururawat) dan Puan Suraya Mustafa (Jururawat).
*Title: Unveiling Excellence: Observing Top-tier Breast Surgery at USM*
Today, I had the opportunity to bring my students, with the permission of our senior surgeon, to observe a breast surgery procedure. At Hospital USM, we are fortunate to have two highly experienced female surgeons who excel in their field. I have brought my students to the operating theatre to observe a breast surgery led by our esteemed surgeon, Miss Wan Zainira Wan Zain. Alhamdulillah, the surgery was performed exceptionally well.
The clinical report pertains to a 49-year-old female patient with underlying neurofibromatosis, previously diagnosed with right breast invasive carcinoma (T4bN1M1, lung) in 2022. The cancer was ER/PR positive and HER2 positive. The patient completed neoadjuvant chemoradiation (CCRT) and Herceptin treatment with a good clinical response. No lump was palpable in the right breast. A right modified radical mastectomy (MAC) and excision of a left ni**le neurofibroma were performed, including a level II axillary clearance due to multiple small palpable nodes. The specimen includes the right mastectomy specimen for histopathological examination (HPE), right axillary tissue for HPE, and the left ni**le neurofibroma.
This experience not only enriches our students' learning but also showcases the excellence in clinical service provided at Hospital USM.
Dr Tengku Ahmad Damitri Tengku Din
BestARi, Hospital USM
Pihak Unit BestARi, HUSM telah menjayakan ceramah berkaitan Kanser Payudara kepada Pelajar tahun 2, Program Pembangunan Insaniah Pelajar (PPIP) Program Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan pada 2 Julai 2024, bertempat di Dewan Kuliah 2, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan.
Ceramah ini disampaikan oleh Pakar, Pegawai Perubatan, Penyelia Jururawat serta jururawat2. Majlis ini diserikan lagi dengan adanya aktiviti kuiz berkaitan kanser payudara. Ianya bertujuan bagi menguji tahap kefahaman pelaja-pelajar.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manafaat kepada semua.
THE POWER OF COMMUNITY: HOW BREAST CANCER SCREENING SAVES LIVES
Meet Madam XYZ
- Age: 46
- Gender: Female
- Occupation: Government officer in administrative IPTA
- Lifestyle: Health-conscious, prepares home-cooked meals, and rarely eats out
Her Story:
In September 2023, Madam XYZ noticed something unusual – lumps in both her breasts. Concerned, she sought medical advice. A local clinic confirmed her fears, detecting suspicious lumps in both breasts. The left lump seemed cystic, while the right was a solid mass. She was referred to a general hospital for further tests but faced a long wait for an appointment.
The Lifesaving Screening Program:
While waiting, Madam XYZ heard about a breast cancer screening program organized by Bestari Hospital USM and MAKNA at Pantai Irama Bachok on Oct 2023. With hope in her heart, she attended the event. The screening revealed a 2cm x 2cm abnormal lump.
Diagnosis and Treatment:
A biopsy in December 2023 brought devastating news: stage 4 breast cancer. Immediate chemotherapy was essential due to the tumor's aggressive nature. Madam XYZ began her treatment at USM in January 2024, experiencing severe side effects but also significant tumor shrinkage.
The Journey Through Chemotherapy:
Chemotherapy was tough. Madam XYZ endured hair loss, vomiting, blackened nails, and nerve pain. Despite these challenges, she continued, undergoing eight cycles of chemotherapy. By the end, the tumor had reduced significantly.
Surgery and Recovery:
In the next phase, Madam XYZ underwent a mastectomy to remove her right breast. The surgery was a success, and she felt much better post-operation. Radiotherapy is the next step in her fight against cancer.
Personal Reflections:
- Family History: No hereditary cancer
- 2022 Stress: A stressful year with work relocations and outstation duties, which she believes contributed to her cancer
- Healthy Habits: Choosy about food, preferring home-cooked meals, with rare outings for restaurant meals
Why Community Screening Matters:
Madam XYZ’s story underscores the vital importance of community breast cancer screening programs. These initiatives drastically cut down waiting times for mammograms and fast-track the diagnosis and treatment process. Early detection through community screenings saved Madam XYZ's life and can do the same for many others.
A Call to Action:
Breast cancer screening programs are more than just medical check-ups; they are lifelines. They bring hope, prompt action, and comprehensive support, enhancing the quality of life for those affected. Share Madam XYZ’s story and encourage everyone to participate in community screening programs. Together, we can make a difference and save lives.
Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani bin Tengku Din
Bestari Hospital USM
June 2024
---
Spread the word about the importance of breast cancer screening. Early detection saves lives!
Unit BestARi, HUSM telah selesai menjalankan latihan 'Automated 3D volumetric Breast Ultrasound System (ABUS) hari ini (25/6/2024) dengan jayanya.
Program ini disertai oleh Pakar Radiologi, Pakar Bedah, Pegawai Perubatan Unit BestARi, jururawat dan mammographers, mempraktikkan dengan menggunakan mesin.
Semoga Unit BestARi akan melangkah lebih jauh lagi......
Pihak Unit BestARi telah menyertai Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang dianjurkan oleh USains HealtchCare Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI). Program ini diadakan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun 2024 setiap tahun.
Sambutan ini telah diadakan di Pantai Irama Bachok, pada 8 Jun 2024 mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 Pagi.
Program ini mendapat sambutan penduduk sekitar Daerah Bachok.
Jamuan Kesyukuran BestARi 2024.
Tarikh : 21 Mei 2024 (Selasa)
Tempat : Pejabat Pentadbiran Unit BestARi, HUSM
Unit Kesedaran & Penyelidikan Barah Payudara (BestARi), Hospital USM telah mengadakan lawatan ke rumah pesakit di Daerah Tumpat pada 4 April 2024.
Kunjungan team ini dihadiri oleh Pakar Bedah (Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya, Dr. Wan Zainira Wan Zain), Penyelaras Pendidikan & Komuniti, Dr. Tengku Ahmad Damitri Tengku Din, Pegawai Perubatan, Dr, Noorshahida Mohamed Nordin), Penyelia Jururawat, Matron Wahida Daud dan Jururawat, SN Suraya Mustafa serta wakil daripada Pusat Islam Kampus Kesihatan.
Tujuan lawatan tersebut adalah bagi mengetahui perkembangan kesihatan pesakit dan mengeratkan silaturrahim antara staf dan keluarga pesakit.
Semoga semua pihak mendapat manafaat.
Unit Kesedaran & Penyelidikan Barah Payudara (BestARi), Hospital USM telah memenangi BOOTH PAMERAN TERBAIK semasa Pameran dan pemeriksaan Saringan Kanser Payudara sempena Hari Kanser Sedunia, peringkat Kampus Kesihatan, USM.
Sambutan ini adalah anjuran Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Hospital USM dengan kerjasama Persatuan kanser Pantai Timur yang telah diadakan 28 Feb. 2024 hingga 29 Feb. 2024, di Ruang Legar Farmasi USM, Hospital USM.
-Sekalung tahniah buat semua yang berganding bahu menjayakan program ini.
SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA 2024
Unit Kesedaran & Penyelidikan Barah Payudara (BestARi), Hospital USM sedang mengadakan pameran dan pemeriksaan Saringan Kanser Payudara di Kampus Kesihatan, USM mulai hari ini.
Sambutan ini dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Hospital USM dengan kerjasama Persatuan kanser Pantai Timur selama dua hari bermula 28 Feb. 2024 hingga 29 Feb. 2024, jam 8.10 pagi bertempat di Ruang Legar Farmasi USM, Hospital USM.
Sasaran peserta adalah pelawat dan pesakit Hospital USM serta para pelajar dan staf USM.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman.
Jom sertai program ini.....
Unit BestARi, Hospital USM telah menyertai Pameran sempena Perutusan Naib Canselor USM peringkat Kampus Kesihatan pada 26 Feb. 2024 bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM.
Alhamdulillah. Program berjalan dengan lancar dan sempurna.
BestARi telah menyertai Saringan Kesihatan, Program Libatsama Komuniti USM-MERICAN. Program ini telah telah diadakan pada 24 Februari 2024 bersamaan Hari Sabtu, bertempat di Dewan KAFI, Masjid Pangkal Meleret, Machang dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan penduduk setempat.
Seramai 142 orang staf dan Pelajar USM (Pelajar Doktor Perubatan dan Pelajar sarjana yang telah menyertai dan memberi sokongan terhadap program ini.
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
BestARi terlibat dalam Seminar 'The Art and Science Of Sentinel Lymph Node Mapping And Biopsy: A Journey Towards New Service Creation At Hospital USM yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM pada 21 Feb. 2024 di Auditorium Hospital.
Seminar ini bertujuan untuk menghebahkan perkhidmatan pemetaan dan biopsi nodus limfa sentinel yang mula diteroka untuk rawatan kanser payudara di Hospital USM sejak tahun 2018.
Perkhidmatan gabungan teknologi dan kepakaran ini banyak membantu pesakit kanser payudara dalam mengesan perebakan kanser ke nodus limfa ‘cancer staging’, seterusnya mengurangkan masa dan komplikasi pembedahan. “Gamma Probe merupakan alat yang sangat membantu semasa pembedahan kerana keupayaannya untuk mengesan radioaktiviti bagi tujuan pemetaan.
Semoga seminar tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan membantu dalam penambahbaikan perkhidmatan rawatan kanser di Hospital USM.
Bergambar bersama pelajar Latihan Industri yang telah menyempurnakan latihan di Unit BestARi, HUSM pada 19 Februari 2024, bersamaan hari Isnin.
Tahniah kepada kepada Cik Nurmaizatul Akmal binti Mohd Whouldi@ Mohd Mawardi dan selamat maju jaya kami ucapkan.
Pagi hari pergi Pekan..
Semoga urusanmu dipermudahkan..
Bergambar bersama pelajar Latihan Industri yang telah menyempurnakan latihan di Unit BestARi pada hari ini, 18 Januari 2024 , bersamaan hari Khamis.
Tahniah kepada kepada Wan Muhamad Afiq dan selamat maju jaya kami ucapkan.
Pagi hari berlari-lari..
Panjang umur kita berjumpa lagi..
Salam diberi pembuka bicara
Berdiskusi santai di petang yang ceria
Pandangan diterima sebulat suara
Seia dan sekata
Mesyuarat di antara staf Unit BestARi yang telah dilaksanakan pada 17 Januari 2024 (Rabu)
Tempat: Pejabat Pentadbiran, Unit BestARi, HUSM.
Masa : 2.30 Petang
Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) Hospital USM telah menganjurkan HARI TERBUKA BESTARI SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA PERINGKAT KAMPUS kepada staf Pusat Pengajian di Kampus Kesihatan pada 31 Oktober 2023.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Abdul Razak Bin Sulaiman bertempat di Dewan Kuliah 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM.
Di antara pengisian program ini adalah ceramah yang disampaikan oleh beberapa pakar seperti Pakar Bedah Jab. Surgeri (Dr. Wan Zainira Wan Zain), Pakar Bedah Plastik Surgeri( Prof. Dr. Wan Azman Wan Sulaiman), Pakar Perubatan Jabatan O & G(Dr. Rahimah Abdul Rahim dan Penolong Pengarah Kanan, Unit Penerangan & Pendidikan LPPKN (Puan Lim Lee Peng).
Manakala Pameran p**a dijalankan di Dataran Merah, Pusat Pengajian Sains Perubatan yang terdiri daripada 9 meja pameran.
Program berjalan lancar dan sempurna.
Lawatan KanWork ke Unit BestARi pada 29 Oktober 2023.
KanWork merupakan sebuah badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan sejak tahun 2005. Bermatlamat untuk memberi sokongan kepada pesakit kanser dan penjaga serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser.
Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui Fungsi dan Peranan terkini Unit BestARi agar dapat menambah baik peranan KanWork dalam menyokong pesakit / penjaga,
Unit BestARi dengan kerjasama Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Trio Pink Oktober 2023.
Kejohanan ini dilaksanakan sempena sambutan bulan kesedaran kanser payudara pada bulan Oktober setiap tahun. Kejohanan yang melibatkan peserta dalam kalangan staf USM dan juga pesakit hospital USM terutamanya pesakit Klinik Bestari telah diadakan pada 21 Oktober 2023 bertempat di Lite Superbowl JB7, Mydin Mall, Tunjong.
Objektif kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf dan pesakit serta mengumpul dana untuk disalurkan kepada Tabung Pesakit Kanser Payudara HUSM.
Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARI) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Kerajaan Negeri Kelantan (JK Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Unit Kejururawatan dan Klinikal Hospital USM telah mengadakan Program "Kelantan Wellness Breast Carnival" (KWBC) pada 1-4 Oktober 2023. Ianya telah dilaksanakan di dua lokasi iaitu Kompleks Apam Putra Pasir Mas (1-2 Okt. 2023) dan Dataran Perahu, Daerah Bachok (3-4 Okt. 2023).
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus, YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin pada 1 Oktober 2023 di Kompleks Apam Putra Pasir Mas, Kelantan.
Karnival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung yang mengunjungi karnival ini.
Program Kembalikan Keyakinanmu dan "Look Good Feel Better" telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini (18.09.2023) di Pejabat Unit BestARi, HUSM. Program ini anjuran Unit BestARi, HUSM serta kerjasama Can Care Sdn. Bhd.
Ceramah pertama disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya, Pakar Bedah Payudara & Endokrin, HUSM.
Ceramah kedua p**a disampaikan oleh Pn. Sharmala, Wakil dari Can Care Sdn. Bhd. Tajuk yang disampaikan adalah Ceramah Mitos dan Realiti Kanser Payudara "Apa perlu anda percaya, apa perlu anda tahu".
Objektif program ini adalah sebagai satu medium pengenalan kepada prothesis atau alatan yang boleh membantu khusus untuk pesakit kanser payudara yang menghadapi kesan selepas rawatan, memberi sokongan emosi, dan mengembalikan keyakinan diri dalam menempuh kehidupan pasca pembedahan.
Foto-foto semasa program dilaksanakan.
Staf Unit BestARi telah mengadakan lawatan ke Wad 3 Utara, HUSM untuk memberi sumbangan Kebajikan kepada Pesakit pada 13 April 2023.
Ianya merupakan aktiviti kebajikan Unit ini kerana pihak kami amat prihatin terhadap pesakit.
Ceramag Kesedaran Kesihatan Payudara Wanita Kelantan & Saringan Kesihatan yang telah dilaksanakan pada Februari 2023 sebagaimana maklumat berikut :
Tarikh : 25 Februari 2023
Tempat : Masjid As Siddin, Panchor, Kota Bharu, Kelantan
Masa : 10.00 Pagi
Ceramah Kesedaran Kesihatan Payudara dan Saringan Kesihatan yang telah diadakan pada Februari 2023.
Tarikh : 24 Februari 2023
Tempat : Dewan Tepi Wat Budha, Sg Mentua, Tumpat.
Dihadiri ramai penduduk setempat.
Ceramah Kesedaran Payudara dan Saringan Kesihatan yang telah diadakan pada 19 Februari 2023.
Tempat : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Tempat.
Ceramah Kesedaran Kanser Payudara yang telah dilaksanakan pada 15 Februari 2023.
Tempat: Masjid teluk Renjuna, Tumpat
Ceramah Kesedaran Kesihatan Payudara telah dilaksanakan di Kompleks Pejabat Yayasan Islam Kelantan pada 25 Januari 2023 (Rabu).
Ceramah ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ceramah Kesedaran Kanser Payudara disampaikan oleh YBrs. Dr. Tengku Ahmad Damitri pada 21 Januari 2023.
Tempat : Masjid Iktikaf Panji
Sasaran : Jemaah Masjid.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Address
Kota Bharu
16150
Opening Hours
Monday | 08:10 - 17:10 |
Tuesday | 08:10 - 17:15 |
Wednesday | 08:10 - 17:15 |
Thursday | 08:10 - 17:00 |
Sunday | 08:10 - 17:00 |
No B5, Lot 469, Kedai Mulong
Kota Bharu, 16010
Selling healthcare and beauty products. Giving consultation on medicines and healthcare devices.
Taman Perbandaran Tamn Tengku Anis
Kota Bharu, 16100
Supliment semula jadi dari Dr Rizal
PT 231 WAKAF CHE YEH
Kota Bharu, 15150
Klinik Perubatan Swasta Dengan Suasana Yang Selesa Dan Nyaman Operasi Klinik 8am hingga 11pm
Jalan Pasir Puteh
Kota Bharu, 16150
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Habbatus Sauda terbaik didunia adalah dari bumi Mesir. Terdapat pelbagai kelebihan dan dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti yan...
PT 1150 (Tingkat 1), Taman Binaraya PKINK, Jalan Padang Tembak, Panchor
Kota Bharu, 16100
MEDISMILE HEALTHCARE SDN BHD (1427206-H) 📍 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗢𝟭
No 1-5-57 Tingkat 1 Kota Bharu City Point
Kota Bharu, 15000
we distribute kind of medical devices throughout malaysia
1726, KG PINTU GENG
Kota Bharu, 15100
RUMAH BEKAM SYIFA'AN KINI DIBUKA RBS menawarkan perkhidmatan mesra muslimah.
Lot 1329 Kampung Tapang
Kota Bharu, 15200
☘️ Minyak Aromatherapy by Master Aleyh Yusof yang dibuat khusus untuk membantu individu yang mengalami masalah sendi dan mengurangkan sakit otot
LOT G2, PT 1137, TAMAN BENDAHARA, Jalan PENGKALAN CHEPA
Kota Bharu, 16100
Zarir & Zaida Resources (M) Sdn.Bhd Membekal Barang dan Bahan Pergigian. No. Tel : 09-7733969 / 09-7409969 Whatsapp : www.wasap.my/60197730969
Kota Bharu, 15200
Teh Sanna minuman alami untuk penjagaan kesihatan usus kita dari sumber alam semulajadi yg diiktiraf