BoLong TaTap BoLong

BoLong TaTap BoLong

You may also like

Cima Irma
Cima Irma
CV AIFIE ONE
CV AIFIE ONE

#bolsberjalan

27/09/2023

Sebut Pasal BOLONG, apa yang terlintas di kepala kamu?

01/08/2023

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik licik ‘scammer’. Katakan !

Pastikan anda semak akaun bank atau nombor telefon di laman SEMAKMULE untuk membuat pengesahan identiti pemilik tersebut.

Malaysia ICT Volunteer Klik Dengan Bijak Klik Dengan Bijak Amaran Scam Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

27/07/2023

Dear Valued Customers,

There are several fake Facebook accounts replying to our customers directly impersonating as Maybank’s Customer Service. We strongly urge that you do not respond to these fake accounts as they could be potential scammers.

Maybank’s Customer Care representatives will never share any suspicious links for you to click or ask for your username and password. At all times, please ensure that you are only communicating with Maybank’s official accounts:

• Facebook (Maybank)
• Twitter ()
• Instagram ()

Thank you for your patience and understanding as we do our best to serve you.

* * * * *

Bah, hati-hati dengan scammer ya. Jangan tekan link sembarangan atau klik pautan yang meragukan. Hubungi bank berhampiran jika anda menerima sebarang info yang meragukan.

Info lanjut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia ICT Volunteer Klik Dengan Bijak Klik Dengan Bijak Amaran Scam

26/07/2023

SEBARKAN YANG BENAR…

Ya, yang benar sahaja dan pastikan info adalah sahih dan betul. Tidak pasti… jangan kongsi.

Info lanjut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia ICT Volunteer Klik Dengan Bijak Amaran Scam

Photos from BoLong TaTap BoLong's post 25/07/2023

IBUBAPA WAJIB BACA❗️❗️❗️

Terutama bagi yang membenarkan dan membiarkan anak-anak menggunakan gajet dan tablet untuk layari internet termasuklah media sosial, waspada selalu dan pantau aktiviti mereka. Lindungi anak-anak daripada menjadi mangsa “cyber-bully”, kandungan tidak sesuai, “over-sharing” (terlebih kongsi), judi atas talian, berkenalan dengan individu secara maya dan tidak dikenali dan kemungkinan lain yang boleh menjerat anak-anak anda untuk terpedaya, teraniaya dan tertipu.

Sekiranya berlaku, jangan panik dan ikuti langkah berikut:

• jangan marah, nasihat secara berhemah
• ambil tindakan sewajarnya kepada anak-anak
• laporkan aktiviti yang mencurigakan
• sekiranya kritikal, ambil tindakan secepatnya.

Info lanjut, boleh terus berhubung dan layari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau Malaysia ICT Volunteer Klik Dengan Bijak Amaran Scam Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

24/07/2023

KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG❗️

Jangan sebarkan kepercayaan karut dan tidak benar, kita boleh mengeluarkan pendapatan dan perkongsian di media sosial tapi sebelum itu kena pastikan beberapa perkara:

• semak fakta sama ada benar atau palsu
• pastikan sahih dan betul baru kongsi
• tidak pasti, jangan kongsi

Jika ada sebarang fakta yang mencurigakan, lapor terus ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia ICT Volunteer

Atau boleh sahkan melalui Klik Dengan Bijak dan berhati-hati dengan fakta tidak benar atau Amaran Scam…

16/07/2023

Bersama-sama kita hentikan penyebaran berita palsu!

1. Jangan Panik.
- bawa bertenang dan ambil masa untuk hadam

2. Semak
- pastikan sahih, dapatkan maklumat daripada pihak berkenaan dan pastikan benar

3. Tidak Pasti? Jangan Bah Kongsi
- padam atau kongsikan info dengan ahli keluarga, rakan dan kenalan mengenai info palsu/tidak sahih
- jangan sebarkan perkara/info yang palsu

Klik Dengan Bijak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia ICT Volunteer

11/07/2023

DITIPU LAGI!!

Nak mengelak daripada menjadi mangsa penipuan ‘online’..jom ikuti panduan yang ‘admin’ kongsikan ini.

KPDN Laman Rasmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysia ICT Volunteer
Amaran Scam

06/07/2023

TEKNIK SCAMMER…

Buat pengguna media sosial, jangan mudah terpedaya dengan chat atau ajakan seperti ini. SCAMMER mudah saja untuk menarik minat dan perhatian anda untuk terpedaya dengan pakej-pakej atau iklan cepat kaya.

Tindakan anda:

1. Sahkan posting
2. Jika meragukan, block atau buat laporan
3. Fikir dahulu sebelum buat.
4. Maklumkan kepada keluarga dan rakan media sosial untuk tidak mudah tertipu dengan aktiviti sebegini.
5. Berhati-hati

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia ICT Volunteer

30/06/2023

Warga emas merupakan salah satu golongan utama yang menjadi sasaran scammer.
Sentiasa ingatkan dan kongsi maklumat terkini dengan ibu bapa anda berhubung taktik dan trend jenayah terkini supaya mereka faham dengan modus operandi jenayah dan mencegah daripada menjadi mangsa penipuan.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia ICT Volunteer Amaran Scam

27/06/2023

MCMC gesa orang ramai untuk tidak muat turun aplikasi hasad "PINK WHATSAPP"

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia ICT Volunteer Amaran Scam

23/06/2023

ANTARA TEKNIK SCAMMER YANG PALING KERAP BERLAKU. BERHATI-HATI YA ❗️

Elak menjadi mangsa Macau scam! BERTENANG dan ingat bahawa pihak berkuasa tidak akan membuat panggilan telefon sahaja untuk urusan undang-undang.

Jika anda telah menjadi mangsa penipuan kewangan, terus hubungi bank anda atau NSRC melalui 997

Tindakan Yang Anda Perlu Buat Jika Berlaku Pada Diri Sendiri:

1. Tenang, Jangan Panik
2. Cari kepastian terlebih dahulu sebelum kongsikan sebarang maklumat
3. Minta nasihat daripada pakar atau ahli keluarga dan kenalan sebelum bertindak
4. Minta nasihat daripada pihak berwajib sama ada PDRM atau SKMM atau mana-mana pihak berkaitan
5. Jangan cepat percaya
6. Mohon kongsikan maklumat pada orang lain agar tidak tertipu.

Amaran Scam
Malaysia ICT Volunteer
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

21/06/2023

Elakkan dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan atau ‘Financial Scam’

Tip Keselamatan:

1. Tidak membalas emel/mesej yang meminta maklumat perbankan anda.
2. Jika hadiah atau wang ganjaran yang ditawar sangat lumayan, kemungkinan besar ia adalah scam.
3. Pastikan kata laluan dan nombor pin anda dirahsiakan.

Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan sebarang transaksi dalam talian.

Untuk mengetahui info lebih lanjut, ikuti Malaysia ICT Volunteer Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

20/06/2023

Scammer akan sentiasa menggunakan nama organisasi atau badan rasmi untuk menjerat mangsa termasuk nama Bank Negara Malaysia. Sentiasa pastikan maklumat yang anda diterima adalah sah sebelum membuat sebarang urusan. Jika ragu-ragu hubungi BNMLINK di bnm.my/LINK.

Info lanjut mengenai scam, boleh dapatkan di Malaysia ICT Volunteer dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Amaran Scam

BERHATI-HATI MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

09/06/2023

❗️❗️❗️Hati-hati Scam Phishing untuk HACK akaun telegram anda.

1. Link phishing dikongsi akaun baru join atau akaun yg dikenali (sudah kena hack).

2. Bila klik biasanya dia tunjukkan page Telegram palsu macam ni, konon2 ramai ahli atau subscribers. (Perhatikan link di top bar, bukan url telegram)

3. Dan yang paling bahaya. Step konon2 user perlu login telegram, sedangkan mangsa memang sedang gunakan telegram (top bar bukan url telegram juga, web utk curi maklumat login telegram).

Jika jadi mangsa, akaun anda akan di HACK (hijack / rampas).

Saya dah jumpa beberapa link berbeza, seperti kerja kosong, free duit ewallet, link kedai jual baju minta support, link web sekolah dan lain-lain. Step dia lebih kurang saja utk hack pengguna.

Minta semua berhati-hati dan peka.

Malaysia ICT Volunteer
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

07/06/2023

Hati-hati… Jangan terlalu “open” untuk berkongsi di media sosial

Malaysia ICT Volunteer Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

29/05/2023

Kadang Maklumat Yang Kita Kongsi Melalui Media Sosial adalah tidak sahih dan dari sumber yang jelas. Pastikan “Sabar Sebelum Sebar”, pastikan sumber adalah benar.

Malaysia ICT Volunteer

Mohon baca Tips Keselamatan dibawah untuk rujukan bersama. Share, Like & Komen 🥰

Photos from BoLong TaTap BoLong's post 17/11/2022

ASPIRASI ANAK MUDA SEMPORNA

Ya kali ini pertembungan 4 penjuru bagi Parlimen P.189 Semporna dan 7 Penjuru bagi DUN Bugaya. Siapa calon pilihan anda, terutama anak muda Semporna?

19 November 2022 adalah tarikh penentu kepada jawapan tersebut dan kita lihat ke mana arah urus tadbir dan pembangunan Semporna untuk 5 tahun akan datang? Ini cadangan aku sebagai anak Semporna yang mahukan perubahan:

1. Pendidikan

Laungan ”Pendidikan Alat Perubahan Bangsa” adalah kata keramat namun sejauh mana pemimpin ingin melihat anak bangsa pada masa hadapan, cadangan aku:

1.1. Biasiswa Daerah (Bantuan Kecil). Berikan kepada golongan pelajar yang memerlulukan dan bantuan one-off kepada pelajar yang menyambungkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah.

1.2. Program berkala di peringkat sekolah rendah/menangah bagi mewawasankan pemimpin turun membantu dari aspek pendidikan. Bantuan juga diberikan kepada para pelajar yang mengikuti program peringkat daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa bagi menyuntik semangat untuk bersaing dan berjaya.

1.3. Menaik taraf pembangunan sekolah yang memerlukan. Bantuan kepada sekolah daif dan usang. Jika kita ingin melihat kemajuan sebuah pendidikan, lihatlah aspek infrastruktur agar kita dapat melihat pelajar mudah terdedah dengan arus permodenan pendidikan setaraf di bandar. Jangan anak tirikan sekolah luar bandar seperti selama ini. Kesian buat pelajar yang tidak diberikan pendedahan kepada kemajuan yang ada. Jauh kita ketinggalan namun masih bersyukur sebab Semporna bukan lagi daerah yang jauh ketinggalan dari aspek keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting.

1.4. Bawa institusi pengajian tinggi masuk ke Semporna. Seperti kita ketahui, KPTM Semporna adalah aset yang amat berharga buat daerah Semporna namun dipersiakan. Kita tidak mahu hal ini berulang dan kita mahukan pendidikan yang berterusan buat anak bangsa Semporna. “Akademi Marin dan Pelancongan” adalah salah satu peluang besar untuk dimajukan di daerah Semporna, kenapa kita tidak fokus ke arah pendidikan tersebut?

1.5. Memperkasa Pendidikan STEM dan TVET di semua sekolah. Bantu pelajar dan guru dalam mengembangkan bakat mereka. Ramai pelajar yang ingin bergiat aktif dalam program/aktiviti namun terhad dari aspek sokongan dana dan mentor.

2. Peluang Pekerjaan

2.1. Satu kerugian bila difikir logik, ramai mahasiswa Semporna yang kembali ke kampung kemudian menganggur dan ada yang terus keluar daerah untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Pemimpin wajar memikirkan satu inisiatif dalam membantu anak muda untuk terus berada di daerah dengan memberikan peluang pekerjaan yang lebih baik. Salah satu cara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan baharu.

2.2. Pemimpin wajar menarik lebih banyak pelabur luar masuk ke daerah Semporna terutama dari sektor pelancongan, agrikultur dan marin untuk membuka perniagaan di sini. Aku bagi contoh, kilang pemprosesan produk ikan wajar dibuka memandangkan Semporna adalah hub utama sumber ikan di Sabah. Kenapa tiada yang cuba untuk buat?

2.3. Kedai Francais sudah banyak di daerah Semporna dan sedikit sebanyak membantu anak tempatan untuk bekerja, tapi adakah cukup untuk menampung jumlah pengangguran yang ada? Tidak! Sudah tiba masanya pemimpin yang ada untuk menarik lebih banyak kilang pemprosesan untuk masuk ke Semporna.

2.4 Bekerjasama dengan pihak Sabah Tourism Board untuk membuka lebih banyak tempat tarikan pelancongan memandangkan Semporna adalah hub pelancongan marin yang terkenal. Buat perancangan strategik dalam pengurusan pelancongan daerah yang lebih baik tidak kira dari perkhidmatan penginapan, malah pengangkutan, restoran dan yang berkaitan. Kita mahu menjadikan Semporna sebagai Hub “World Class Tourism”.

2.5. Bantuan kepada pengusaha pelancongan tempatan dan lahirkan lebih ramai “Tour Guide” berlesen dalam merancakkan semula sektor ini.

2.6. Wujudkan satu “Kampung Tradisi” di Semporna dalam memastikan budaya dan tradisi tidak tenggelam dalam arus permodenan.

3. Jaringan Infrastruktur Dan Perkhidmatan Kerajaan

3.1. Tambah baik jalan raya berlubang dan tidak rata terutama di Bugaya (Kampung Seraya, Kampung Sri Melor, Kampung Indani) dan jalan utama Semporna serta tepi padang pekan. Kes ini sudah lama dan masih belum ada pihak yang tampil untuk selesaikan isu ini. Kerjasama antara Ketua Kampung, Pejabat Daerah dan JKR Daerah Semporna wajar dimantapkan agar keperluan asas ini sentiasa dijaga dan tidak mengganggu urusan harian.

3.2 Kita berharap agar Jabatan AIR Semporna dapat menyiapkan projek Loji Air Kalumpang secepatnya dan pemasangan paip di daerah Semporna dipercepatkan. Ini adalah bagi menyelesaikan isu air yang selama ini menjadi perbualan hangat di Semporna.

3.3 Buka PPR Semporna secara TOTAL. Setelah sekian lama kosong, dan isu perumahan PPR Semporna yang kosong, mohon pemimpin daerah selesaikan isu tersebut secepatnya. Ramai rakyat tempatan yang memerlukan dan janganlah dibiar kosong, segala jin dan syaitan sudah menghuni di sana (kata pesakit COVID-19 yang pernah ditahan di sana).

3.4 Tambah tiang Telco dan kemudahan Pusat Ekonomi Digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di kawasan hotspot dan memerlukan. Kita masih sedar ada beberapa kampung yang masih mengalami masalah isyarat telefon yang kurang memuaskan dan kemudahan PEDi yang perlu ditambah. Jika tiada keperluan untuk menambah, sebaiknya perbaiki kemudahan yang sedia ada terutama dari segi internet dan kemudahan yang banyak tidak berfungsi dengan baik.

3.5. Kemudahan Jeti Awam sebaiknya ditukar kepada konkrit dan lebih selamat. Kita sedar akan keperluan dan kemudahan di daerah yang mendesak, sebaiknya kemudahan ini sudah ditambah baik terutama Jeti Awam (pasar ikan) dan Jeti umum (jalan Coastal).

3.6. Menaik taraf surau dan masjid melalui bantuan dana penambahbaikan dan program berterusan. Mungkin pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Jheains dan Majlis Ugama Islam Sabah - MUIS daerah Semporna boleh memperbanyakkan lagi program dan aktiviti di peringkat kampung bagi merancakkan surau dan masjid di daerah. Pemimpin wajar untuk memastikan setiap kampung juga mendapat perhatian yang khusus dalam merancakkan aktiviti keagamaan.

3.7. Pengurusan Sampah oleh Majlis Daerah Semporna. Pihak PBT wajar bekerjasama dengan semua pihak terutama Ketua Kampung dan pemimpin daerah dalam mengatasi masalah Sampah di laut dan darat. Wajar untuk penduduk di setiap kampung mengurus sampah sendiri dan memastikan tempat mengumpul dan membuang yang lebih teratur dan sistematik. Pastikan juga tiada longgokan sampah di mana-mana kampung seperti Kampung Simunul, Kampung Perigi yang terbiar ditepi jalan, mencacatkan pemandangan dan mengundang kepada AEDES. Bagi penduduk di kep**auan dan atas air, wajar bagi pemimpin untuk tampil menyelesaikan isu ini agar tiada lagi kes buang sampah terus ke laut berlaku. Mungkin, usaha “Anti Kutu Sampah” diperkasakan lagi dengan mengenalan denda melalui laporan yang dibuat oleh jiran tetangga terus kepada PBT untuk menangani isu ini. Lapor kepada pihak berluasa jika melihat ada yang buang sampah sesuka hati dimerata tempat! Nampak banyak tong sampah baharu di pekan, harap usaha ini berterusan dan diperkasakan di peringkat kampung p**a?

3.8. Strukturkan Kenderaan Awam di daerah Semporna dan selesaikan isu kereta sapu. Keperluan kepada kemudahan kereta sapu adalah penting dan mohon pemimpin untuk menstruktur hal ini bagi kepentingan semua pihak. Hal ini mempu mengurangkan kesesakan dan aspek keselamatan kepada rakyat. Pengusaha juga dapat menjana pendapatan lebih sekiranya pengurusan yang baik bagi menangani hal ini.

3.9. Anjing Liar. Mohon selesaikan secepatnya. Jangan sampai penyakit Rabies menular di Semporna baru ada tindakan diambil. Isu anjing liar dan najis yang bertempiaran di sana sini (terutama kawasan Bataras bandar baru) mengundang kepada isu kebersihan (najis mughallazah). Fahami la sendiri bagi penjalan kaki di pekan Semporna.

3.10. Mempergiat dan banyakkan lagi sukarelawan Polis/APM/RELA dan Bomba di daerah Semporna. Isu kebakaran yang sering berlaku dan isu keselamatan kampung juga sering didengari mampu diatasi dengan melahirkan lebih banyak sukarelawan.

4. Memperkasa Usahawan Tempatan

4.1. Bantu usahawan IKS tempatan untuk kembangkan perniagaan melalui bantuan dana dan latihan kapasiti yang berkaitan.

4.2. Wujudkan “One-Stop Center” untuk mengumpulkan produk tempatan daerah melalui kerjasama semua pihak.

4.3. Memastikan agensi yang terbabit seperti MARA, TEKUN, DIDR dan lain-lain dapat memberikan bimbingan sewajarnya kepada usahawan tempatan terutama dari aspek bantuan dan latihan sedia ada secara berskala ataupun kerap.

4.4. Melahirkan lebih ramai usahawan “Start-up” bermula dari peringkat Sekolah/IPT. Perbanyakkan program berkaitan dalam mendidik dan membimbing anak muda untuk celik perniagaan melalui sokongan tertentu.

4.5. Kerjasama antara pemimpin dan pemain industri adalah wajar bagi memastikan cadangan ini berhasil. Bukan sekadar hanya memberikan bantuan semata-mata namun impak selepas program/projek juga wajar untuk diambil kira bagi memastikan kelangsungan yang mapan.

5. Pemerkasaan Belia dan NGO tempatan

5.1. Pemimpin wajar bekerjasama dengan semua pihak dalam memastikan golongan belia dan NgO tidak diabaikan dan mendapatkan perhatian sewajarnya. Kerjasama jitu perlu ada dengan mengambil contoh kes pendemik lepas.

5.2. Bantuan khusus program sama ada parlimen mahupun DUN diberikan bagi merancakkan aktiviti belia dan NGO di peringkat kampung/daerah.

5.3. Libat urus dalam pentadbiran daerah terutama di urusan Majlis Daerah, mesyuarat daerah dan apa juga urusan yang berkaitan agar penglibatan belia secara terus dapat diwujudkan. Bukan hanya bila perlu sahaja baru belia yang dicari, berlakulah secara adil.

5.4. One Stop Centre untuk belia dalam merancakkan aktiviti di daerah.

5.5. Wujudkan Anugerah Khas Belia daerah (Parlimen/DUN) bagi merancakkan persaingan. Ini juga dapat membentuk belia yang mandiri dan tidak hanya aktif bila mana ada bantuan sahaja. Kita mahu melahirkan belia dan pemimpin masa hadapan yang gemilang namun apa usaha kita untuk mereka?

Pemimpin daerah wajar untuk memastikan check and balance antara daerah dan negeri seimbang agar Semporna tidak ketinggalan dari segi kemajuan dan pembangunan.

Mungkin nukilan panjang, tiada niat mahu hantam mana-mana pihak namun wajarlah kita bersama dalam memastikan pembangunan dan kemajuan daerah Semporna.

Dan SATU HAL yang penting, pastikan juga PEMIMPIN yang diUNDI selalu TURUN PADANG, untuk melihat sendiri kemajuan dan progress kerja sedia ada. Kami UNDI anda sebab kami yakin namun jangan bila sudah MENANG dan punya KUASA, kamu ALPA dan LEKA dengan jawatan yang ada dan hanya memberikan KEPERCAYAAN kepada pegawai yang dilantik. Kamu YAKIN dan PASTI pegawai tersebut buat KERJA? Jadi, BERTANGGUNGJAWABLAH dengan AMANAH yang kami BERIKAN sebab itu HARAPAN kami untuk SEMPORNA.

SELAMAT MENGUNDI BANAN MONDUSIA❗️

28/10/2022

Di antara perkara yang dapat membahagiakan seorang muslim adalah ketika dia mempunyai umur kedua, iaitu mampu menjadikan dirinya sebagai kenangan manis (setelah meninggalkannya). Sungguh menghairankan orang yang ingin dikenang sebagai orang yang baik, tetapi tidak pernah mengusahakannya, baik dengan hartanya, kedudukannya, mahupun amalannya.

10/04/2022

Kempen Infaq Projek Sungkai KeBaT.

Kelab Belia Tinagayan - KEBAT ingin melaksanakan “Projek Sungkai” di beberapa kawasan terpilih mengikut jumlah kutipan yang diperolehi.

“Sebaik-baik sedekah adalah di bulan ramadan”. (HR At- Tarmidzi)

Untuk menyumbang, salurkan ke akaun:

Kelab Belia Tinagayan
560045073856 (Maybank)
Ref: Iftar

19/01/2022

BAHAYA❗️❗️❗️

AWASI ANAK ANDA SEMASA MENGGUNAKAN INTERNET❗️

Adakah anda rasa selamat dengan membiarkan anak anda menggunakan internet tanpa pengawasan dan perhatian secukupnya. Berwaspada dan selalu ambil tahu dengan aktiviti anak anda di internet.

Sedangkan golongan dewasa juga tertipu, inikan p**a anak kecil anda.

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Check Your Label
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

18/01/2022

SEMAK FAKTA

Ketahui apa yang kamu klik dan akses di Internet agar tidak tertipu dengan scammer atau fakta yang tidak benar. Dan pastikan anak-anak atau adik-adik anda semasa menggunakn internet. Penipuan selalu wujud dalam pelbagai cara, berhati-hatilah.

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Check Your Label
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

14/01/2022

Jangan sebarkan kandungan berbaur hasutan demi keharmonian sesama kaum dan menyentuh isu sensitiviti 3R.

R- Religion
R- Race
R- Royalty

Hubungi talian 016-2206262 atau e-mel: [email protected] jika anda ingin melaporkan sebarang insiden dan kandungan di media sosial yang berunsur 3R kepada kami.

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Check Your Label
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

11/01/2022

Check Your Label
• • • • • •

Adakah anda pengguna Android TV box?

Penstriman kandungan yang dilindungi hak ciptanya tanpa langganan yang sah adalah salah di sisi undang-undang walaupun Android TV box anda mempunyai label MCMC.

Ketahuilah bahawa label MCMC pada Android TV box adalah perakuan untuk modul komunikasi sahaja.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my

09/01/2022

Jadilah pengguna internet yang bijak dan ketahui fungsi dan tugas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my

Awasi dan pastikan anak anda semasa menggunakan internet terutama media sosial.

04/01/2022

Advokasi - Pengantunan Dalam Talian dan Peranan Ibubapa

Pengantunan adalah didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa. Awasi anak anda semasa menggunakan internet gaisss❗️

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

03/01/2022

Media Sosial merupakan salah satu platform sosial yang pop**ar dan aktif digunakan untuk berkomunikasi, berkenalan, mencari maklumat dan menjadi platform pemasaran perniagaan.

Tahukah anda media sosial boleh memberikan impak positif jika kita bijak menggunakannya.

Disini admin kongsikan tips menggunakan media sosial secara positif.

Semoga bermanfaat.

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

30/12/2021

Ketahui bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kenali dan ketahui di mana anda perlu membuat sebarang aduan dan laporan mengikut bidang tugas dan jabatan berkaitan.

Jangan p**a kamu main lapor sembarangan, nanti tidak dilayan tu 🥰

Klik Dengan Bijak
Malaysia ICT Volunteer
Sebenarnya.my

25/12/2021

AWAS ❗️❗️❗️

Berita palsu adalah musuh negara dan boleh mengancam ketenteraman orang awam dan menimbulkan suasana panik.

Sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.

Klik Dengan Bijak
Malaysia ICT Volunteer
Sebenarnya.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

17/12/2021

Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan setiap apa yang kamurang kongsi di media sosial.

Tidak pasti, jangan kongsi❗️

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

15/12/2021

Ikuti temubual eksklusif bersama Pn Hashimah Hashimah di Mutiara.FM pada petang ini jam 2:30pm melalui https://rtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/MUTIARAFM

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

12/12/2021

Ikuti temubual Puan Hashimah di Labuan FM melalui https://rtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/LABUANFM @ 10:15 pagi ini.

Malaysia ICT Volunteer
Sebenarnya.my
Klik Dengan Bijak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

11/12/2021

Ikuti perkongsian Advokasi Klik dengan Bijak secara live Hari ini di page PEDi Pekan Kota Belud.

Tajuk : Penggunaan Internet Bermasalah | Berkongsi Secara Berlebihan | Penipuan Kewangan.

Perkongsian adalah kerjasama antara PEDi Pekan Kota Belud dan PEDi Kg Suang Punggur. Ada kuiz menarik diakhir perkongsian.

Malaysia ICT Volunteer
Sebenarnya.my
Klik Dengan Bijak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua followers 😃

Ikuti perkongsian Advokasi Klik dengan Bijak secara live esok di page PEDi Pekan Kota Belud.

Tajuk : Penggunaan Internet Bermasalah | Berkongsi Secara Berlebihan | Penipuan Kewangan.

Perkongsian adalah kerjasama antara PEDi Pekan Kota Belud dan PEDi Kg Suang Punggur. Ada kuiz menarik diakhir perkongsian. Jumpa esok ✌

09/12/2021

Abaikan komen-komen yang menganggu anda dan pstikan keselamatan akaun peribadi anda daripada “scammer”.

Jangan mudah untuk terpedaya terutama bagi mereka yang tidak dikenali.

Malaysia ICT Volunteer
Sebenarnya.my
Klik Dengan Bijak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

06/12/2021

Info Lanjut tentang Dos Penggalak boleh rujuk kepada moh.gov.my

Teruskan patuhi S.O.P, lindung diri lindung semua.

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

30/11/2021

KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN UNTUK BERBOHONG

✅ semak terlebih dahulu fakta sebelum sebarkan
✅ Pastikan fakta/bahan yang ingin dikongsikan benar dan tepat
✅ Berpada-pada dalam membuat sebarang ‘posting’

Malaysia ICT Volunteer
Klik Dengan Bijak
Sebenarnya.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sebarkan kebaikan, bukan auta❗️

29/11/2021

Semua Bebas Untuk Memuat Naik Sebarang Posting Di Media Sosial Tetapi Tidak Semua Bebas Untuk Menyinggung, Mengutuk, Memfitnah dan Melakukan/Mengeluarkan Kata-Kata Negatif Yang Boleh Mengundang Kepada Berlakunya Perkara Negatif.

Jadikan Media Sosial Sebagai Platform Yang Positif Untuk Semua Lapisan Pengguna. Klik Dengan Bijak Dan Pastikan Anda Menjadi Agen Positif Kepada Perubahan Yang Lebih Baik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Sebenarnya.my
Malaysia ICT Volunteer

Suara Masyarakat: Pandemik Covid-19 Dan Kesannya Di Sabah (PdPR) 06/09/2021

Suara Masyarakat: Pandemik Covid-19 dan kesannya di Sabah (Isu PdPR)

Lebih setahun pandemik Covid-19 menyerang Malaysia dan hampir kesemua sektor yang ada di negara kita hampir lumpuh. Tidak kira sektor pelancongan, perkhidmatan, pengangkutan mahupun pendidikan, seluruh dunia merasakan impak yang teruk kesan daripada pandemik ini.

Rata-rata semua negara tiada persediaan untuk menghadapi pandemik ini. Begitu jugalah dengan Malaysia. Lebih merisaukan lagi, selain aktiviti ekonomi yang sangat terjejas, aktiviti pendidikan juga tidak terlepas daripada belenggu ini.

Yang nyata, Malaysia tiada persediaan dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan sistem pendidikan kita juga pada mulanya sangat terjejas dan membebankan bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada warga pendidik itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang tidak terbiasa untuk menggunakan teknologi terkini seperti “green screen”, OBS dan teknologi canggih dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hampir semua guru hanya terbiasa mengajar menggunakan kaedah fizikal, secara bersemuka dengan pelajar dan bagi subjek melibatkan aktiviti praktikal adalah amat wajar dan perlu untuk seorang guru memberikan penerangan dan pendedahan secara amali namun ini menjadi cabaran utama bagi mereka selepas Covid-19 menyerang negara kita.

Ibarat sistem pendidikan lumpuh secara tiba-tiba, guru tiada pendedahan kepada kaedah pembelajaran atas talian malah murid dan ibubapa pelajar juga sangat terbeban dan menghadapi masalah kewangan dalam menyediakan gajet semata-mata untuk kegunaan anak-anak mereka belajar secara maya. Bagaimana jika satu keluarga itu ada lebih 3 dan lebih anak yang masih bersekolah?

Selain itu juga, terdapat segelintir ibubapa yang kehilangan sumber pendapatan dan ini menjadi masalah kepada mereka untuk membelikan kouta data internet kepada anak mereka, begitu juga dengan ibubapa yang hanya ada satu atau dua telefon pintar yang biasa digunakan untuk bekerja dan berkomunikasi kepada rakan lain, namun disebabkan pandemik Covid-19 dan kaedah pembelajaran secara maya keseluruhannya terpaksa menggunakan telefon pintar, ibubapa tetap akur untuk memberikan kepada anak-anak mereka. Adakalanya ibubapa juga perlu untuk menggunakan telefon pintar untuk kegunaan kerja atau mesyuarat secara maya.

Kita boleh fikir secara logik, bagaimana mereka yang menjalankan perniagaan atas talian atau menggunakan telefon pintar untuk bekerja. Ataupun ibubapa langsung tiada sumber pendapatan untuk membelikan anak-anak mereka gajet yang baharu untuk kegunaan pembelajaran secara maya. Ini mengakibatkan sebilangan pelajar tertinggal kelas atau mengalami masalah untuk memberi fokus serta pembelajaran bersama guru mereka.

Jika kita lihat masalah gangguan dan capaian internet terutama bagi kawasan luar bandar dan pedalaman, ini antara cabaran besar dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara maya terutama kepada para guru. Saban hari kita melihat ramai ibubapa yang merugut kesan daripada masalah yang dihadapi, anak tidak fokus untuk belajar, anak tidak berminat untuk belajar secara maya, gangguan internet menyukarkan anak-anak untuk memberikan tumpuan dan sebahagian pelajar yang lain ada yang ketinggalan jauh disebabkan langsung tidak dapat mengikuti kelas yang dijalankan secara atas talian akibat ketiadaan telefon pintar, atau tiada internet ataupun kawasan kampung mereka langsung tiada elektrik.

Jika kita kumpul bank masalah berkaitan pembelajaran atas talian atau kini dipanggil PdPR, tidak dinafikan kita mungkin akan dapat berjuta masalah dan aduan daripada para ibubapa di seluruh negara. Kita tidak dapat menafikan masalah-masalah yang timbul memandangkan pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dahulu, seakan semuanya buntu dan tiada yang dapat melakukan suatu tindakan dalam menangani isu yang dihadapi di dalam sektor pendidikan negara. Sehinggalah ke satu tempoh, pihak kementerian dan juga pendidikan negeri sudah mula mendapat rentak dan kaedah yang sesuai untuk PdPR, namun masih juga terdapat beberapa masalah yang sering dialami oleh ibubapa malahan guru itu sendiri.

Sejauh mana PdPR mampu memberi impak ke rakyat di Sabah dan keberkesannya terhadap pelajar itu sendiri?

Suara Masyarakat: Pandemik Covid-19 Dan Kesannya Di Sabah (PdPR) Tugasan 2: Suara Masyarakat: Pandemik Covid-19 dan kesannya di Sabah (Isu PdPR)Lebih setahun pandemik Covid-19 menyerang Malaysia dan hampir kesemua sektor y...

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

BAHAYA❗️❗️❗️AWASI ANAK ANDA SEMASA MENGGUNAKAN INTERNET❗️Adakah anda rasa selamat dengan membiarkan anak anda menggunaka...
SEMAK FAKTAKetahui apa yang kamu klik dan akses di Internet agar tidak tertipu dengan scammer atau fakta yang tidak bena...
Jadilah pengguna internet yang bijak dan ketahui fungsi dan tugas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MalaysiaMalaysia...
Ketahui bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MalaysiaKenali dan ketahui di mana anda perlu membuat sebaran...
Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan setiap apa yang kamurang kongsi di media sosial. Tidak pasti, jangan kongsi❗...
Abaikan komen-komen yang menganggu anda dan pstikan keselamatan akaun peribadi anda daripada “scammer”.Jangan mudah untu...
APA TINDAKAN KAMU SEKIRANYA KENA SCAM ATAU DAPAT CALL/CHAT/DM YANG MERAGUKANSentiasa berwaspada ketika melayari platform...
JANGAN IKUT MACAM NANA
Doakan Semua.

Website

Address

Jalan Sepanggar
Kota Kinabalu
88460

Other Kota Kinabalu public figures (show all)
Rich Gimbang Rich Gimbang
Kota Kinabalu

Richael L Gimbang Estranged Bornaya Events

.:UniQuely Tunics:. .:UniQuely Tunics:.
Kota Kinabalu

Do visit Blog for Order, More Pictures and Details ;) www.uniquelytunics.com

Pertukaran Budaya UiTM Sabah Pertukaran Budaya UiTM Sabah
UiTM
Kota Kinabalu

This page is monitored by Jawatankuasa Kesenian UiTM Sabah

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Kota Kinabalu

Official Facebook for Sabah Cultural Board. We are mainly to preserve and promote Sabah Art & Culture

Sabahan Spartan Fans Club Sabahan Spartan Fans Club
Kota Kinabalu

Official Sabahan Spartan page. "Keep Supporting & Following !"

nontune network nontune network
Inanam
Kota Kinabalu

Sabah vfm kadazan Sabah vfm kadazan
Kota Kinabalu

Kosohimbaan Boos Kadazan... Noikot Vinasi!!!

4LIFE RESEARCH TF2010 4LIFE RESEARCH TF2010
Kk
Kota Kinabalu, 88300

KEBAHAGIAAN=kesihatan+keawangan+bebaswaktu .Utk merungkaikan makna KEBAHAGIAAN 4life ada penjelasan dan penyelesaianya

Sabah Outdoor Activities Sabah Outdoor Activities
Kota Kinabalu, 88450

Semua Activities yang boleh dibuat dalam Negeri Sabah (North Borneo) pada waktu hujung minggu atau musim percutian , tidak kira didarat mahupun dilaut . Yang penting OUTDOOR !! ENJ...

Tulun Kampung Tulun Kampung
Kota Kinabalu

Tinimungan tulun tokou doh hinonggo nopoh ngawi.. kada lihuai boros tokou tu atagak bangsa tokou.. (etnik.dusun)

KCPAC KCPAC
Kota Kinabalu

A platform to generate any art form, Lifestyle, culture, and eSports.

Refalis lobinos Refalis lobinos
Kota Kinabalu

Jual kasut bundle