طويلب العلم

Perkongsian ilmu dari penuntut ilmu kecil.

17/02/2024

Biasakan anak mengikut syariat sedari kecil

Sahabat Nabi, Jābir bin ʿAbdillāh (m. 78H) menceritakan tentang pemakaian sutera:

كُنَّا نَنْزِعُهُ عَنِ الْغِلْمَانِ، ‌وَنَتْرُكُهُ ‌عَلَى ‌الْجَوَارِي
Kami para sahabat menanggalkan sutera yang dipakai anak-anak kecil lelaki, manakala kami biarkan ia dipakai anak-anak kecil perempuan.

[Sunan Abī Dāwūd, no. 4059]

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

----

Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya P*S 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊

17/02/2024

Akibat bongkak

Rasulullah ﷺ (w. 11H) bersabda:

مَنْ تَعَظَّمَ فِي نَفْسِهِ، ‌أَوِ ‌اخْتَالَ ‌فِي ‌مِشْيَتِهِ، لَقِيَ اللهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ
Sesiapa yang membesarkan diri atau berjalan dengan sombong, kelak dia akan berjumpa Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.

[Ṣaḥīḥ: Riwayat Aḥmad, no. 5995]

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

----

Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya P*S 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊

30/01/2024

Pilihan Tuhanmu lebih baik

ʿAbdullāh bin ʿUmar (m. 73H) berkata:

إِنَّ الرَّجُلَ يَسْتَخِيرَ اللَّهَ تبارك وتعالى فَيَخْتَارُ لَهُ، فَيَسْخَطُ عَلَى رَبِّهِ عز وجل، فَلَا يَلْبَثُ أَنْ ‌يَنْظُرَ ‌فِي ‌الْعَاقِبَةِ، ‌فَإِذَا ‌هُوَ ‌خَيْرٌ ‌لَهُ
Boleh jadi, seseorang itu marah dan tidak s**a dengan pilihan Allah tabāraka wa taʿālā selepas dia beristikharah kepada Tuhannya, tengok-tengok tak lama kemudian, kesudahannya betul lah bahawa pilihan Tuhannya itu lebih baik.

[al-Zuhd wa al-Raqāʾiq oleh ibn al-Mubārak, hal. 32]

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

----

Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya P*S 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊

13/01/2024

Al-Qaul ath-Thabit

Firman Allah SWT

یُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَیُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِینَۚ وَیَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. [Surah Ibrāhīm: 27]

Rasulullah SAW bersabda ketika melalui kawasan perkuburan, baginda menyatakan:

“Adapun orang yang beriman Allah telah meneguhkannya dengan al-Qaul ath-Thaabit (perkataan yang tetap teguh), manakala orang munafik atau yang ragu akan berkata: “Aa..Aa.. Aku tidak tahu.... Aku dengar orang ramai kata begitu lalu aku ikut cakapnya.”

Maka dia pun dipukul dengan besi yang terdengar oleh seluruh makhluk kecuali manusia. Sekiranya manusia dapat mendengarnya, maka pasti mereka akan pengsan.” (HR. Muslim)

Kita semua maklumi pertanyaan utama di dalam kubur itu ada tiga, iaitu:

1. Siapa Tuhan kamu?
2. Apa agama kamu?
3. Siapa nabi kamu?

Ketiga-tiga persoalan ini InsyaAllah akan dapat dijawab sekiranya kita mempelajari agama ini dengan benar berdasarkan keterangan dalil yang sahih dan penjelasan ulama muktabar supaya kita tidak menjadi seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi di atas, bahawa dia hanya ikut-ikut cakap orang ramai. Atau mungkin ikut ustaz fulan, artis fulan, idola fulan dan seterusnya. Maka sudah tentu tiada jawapan yang tetap dan teguh yang dapat diberikan sehingga dipukul dengan palu yang menyakitkan sehinggalah tibanya hari kebangkitan.

Semoga kita semua termasuk golongan yang diberikan al-Qaul ath-Thabit di dunia dan di akhirat.

~ Penuntut ilmu kecil

Photos from ‎طويلب العلم‎'s post 29/12/2023

Buku ini masih Pre-order boleh PM saya jika berminat ya. Barakallahu fikum

26/12/2023

Insyirah Al-Sodr (Kelapangan Dada) merupakan matlamat yang tinggi kedudukannya, keinginan yang mulia, dan kurniaan yang besar daripada Tuhan semesta alam.

Kelapangan dada bermaksud ketenteraman dan ketenangan, hilangnya hal-hal yang mengeruhkan dan menggusarkan, dan kekal bahagia dalam kehidupan yang baik dan mulia.

(Petikan dari buku terbaru Karya P*S, Agar Dadamu Menjadi Lapang, terjemahan kitab 'Asyarat Asbab li Insyirah al-Sadr, oleh Shaykh Abdul Razzaq bin Abdul Muhsin al-Badr)

Nak beli buku ni? Komen "Nak" di ruang komen di bawah.

25/12/2023

SIFAT LUPA DIWARISI DARI NABI ADAM

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ عَهِدْنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِىَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُۥ عَزْمًا

“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka dia lupa (akan perintah itu) dan tidak Kami dapati padanya keinginan yang kuat.” (Taha: 115)

Tafsir Ayat:

Maksudnya, Kami sungguh telah berwasiat kepada Nabi Adam s.a dan memerintahkannya serta mengikatnya dengan sebuah janji untuk dia melaksanakannya. Nabi Adam a.s memeganginya, tunduk dan patuh, serta bertekad menjalankannya.

Meskipun demikian, Nabi Adam a.s lupa atas perintah yang ditujukan kepadanya. Tekad azamnya telah pun hilang. Maka terjadilah peristiwa tersebut, sehingga menjadi pelajaran bagi keturunan-keturunannya. Dan tabiat-tabiat mereka pun menyerupai tabiat Nabi Adam a.s.

Baginda lupa, maka keturunannya juga mengalami perkara yang sama. Baginda berbuat kesilapan dan keturunannya juga melakukan kesilapan. Baginda tidak bertahan lama berada dalam tekad yang kuat, dan keturunannya juga begitu. Baginda segera bertaubat dari kesalahannya dan mengakuinya, maka dosanya diampuni. Sesiapa meniru ayahnya, nescaya dia tidak sedang berbuat aniaya.

(Sumber: Tafsir As-Saadi)

~ Penuntut Ilmu Kecil

Kuliah Maghrib - Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf 20/12/2023

https://www.youtube.com/live/0Y3s-jPDa1E?si=JivSrTIJZaPfUqk3

Kuliah Maghrib malam ini

Kuliah Maghrib - Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Kuliah Maghrib 20 Disember 2023Masjid Al-Ikhwan TKM

14/12/2023

MAKSUD KURNIA DAN RAHMAT ALLAH YANG SEBENAR

Firman Allah SWT:

قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَ ٰ⁠لِكَ فَلۡیَفۡرَحُوا۟ هُوَ خَیۡرࣱ مِّمَّا یَجۡمَعُونَ

Katakanlah (Muhammad), “Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” [Surah Yunus 58]

Ayat di atas ini ada yang menjadikannya sebagai dalil umum agar kita bergembira di atas kelahiran Rasulullah ﷺ. Namun benarkah maksud firman Allah tersebut begitu? Mari kita lihat beberapa penjelasan daripada para ulama tafsir yang muktabar di bawah:

Dalam Tafsir Jalalayn dinyatakan tafsiran ayat di atas:

“(Katakanlah: Dengan kurnia Allah) iaitu agama Islam (dan rahmatNya) iaitu Al-Quran (maka dengan hal itu) dengan kurnia dan rahmat tersebut (hendaklah mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.") Iaitu dari keduniaan. Dengan huruf ya (yajma'uuna) dan huruf ta (tajma'uuna).”

Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata:

“Iaitu: dengan ini yang datang kepada mereka dari Allah adalah hidayah dan agama yang hak (benar), hendaklah mereka bergembira, kerana sesungguhnya itu ianya lebih patut untuk mereka gembirakan. (Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan) iaitu: dari harta benda dunia dan apa-apa yang ada di dalamnya dari perhiasannya yang pasti akan fana dan lenyap.”

Baca selanjutnya di: https://safwanrusydi.blogspot.com

14/12/2023

Menghindari Perdebatan Dalam Agama

Allah SWT memerintahkan agar berdebat dengan cara yang paling baik.

Firman Allah Ta'ala:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl: 125).

Para ulama menerangkan bahawa perdebatan yang paling baik dapat diwujudkan jika niat masing-masing dari kedua belah pihak adalah baik. Masalah yang diperdebatkan juga adalah baik dan mungkin tercapainya kebenaran dengan berdiskusi. Masing-masing beradab dengan adab yang baik, dan sememangnya punya kemampuan ilmu serta bersedia menerima yang hak jika kebenaran itu timbul dari hasil perdebatan mereka. Juga bersikap adil serta menerima kembali orang yang kembali kepada kebenaran. (Mauqif Ahlussunnah 2/587-611 dan Ar-Rad ‘Alal Mukhalif: 56-62)

Baca selanjutnya: https://safwanrusydi.blogspot.com/2023/12/menghindari-perdebatan-dalam-agama.html?m=1

Kuliah Maghrib - Masjid Al-Ikhwan TKM 13/12/2023

https://www.youtube.com/live/zJ8lyNyOqe0?si=cYFN3ftpHd2GL9ZA

Kuliah Maghrib hari ni

Kuliah Maghrib - Masjid Al-Ikhwan TKM Kuliah MaghribKitab Perisai Bagi Sekalian MukallafKarya Syeikh Al-Mandili

11/12/2023

Berkata Dr. Umar bin Abdullah Al-Muqbil dalam kitabnya, "Qawa-id Qur-aaniyah," yang bermaksud: “Terkadang manusia harus menjalani ketentuan atau ketetapan yang dalam pandangan mata terlihat pedih dan menyakitkan, jiwanya ikut membenci, mengadu dan mengeluh, sesuatu dan galau, lalu sampai pada suatu titik dimana dia berkesimp**an bahawa apa yang dialami olehnya merupakan takdir buruk dari Allah kepada dirinya dan kehidupannya. Padahal, tanpa diketahuinya, takdir itu dikemudian hari menjadi kebaikan yang banyak, bahkan berkali-kali ganda baginya. Semua itu secara semulajadi (tabi'i) tanpa disedarinya dan diketahuinya...”

https://safwanrusydi.blogspot.com/2023/10/boleh-jadi-kamu-benci-sesuatu.html

07/12/2023

Perkataan Salaf tentang Takwa

https://t.me/safwan_rusydi

07/12/2023

𝐓𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐢𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐟

Maksud Asal "takwa" ialah seorang hamba itu meletakkan pelindung yang dapat memelihara dirinya daripada perkara yang ditakuti dan diawasinya. Oleh itu ketakwaan hamba kepada Tuhannya bermaksud dia meletakkan pelindung yang dapat melindungi dirinya daripada kemarahan, kemurkaan dan balasan seksa Tuhannya yang dia takuti. Caranya ialah dengan melakukan ketaatan kepada Tuhannya dan menjauhi laranganNya.

1. Muaz bin Jabal r.a berkata: "Pada hari kiamat, akan diseru: “Dimanakah orang-orang yang bertakwa?” Lalu mereka pun bangun di bawah naungan ar-Rahman. Allah SWT tidak berhijab dan tidak berselindung daripada mereka. Mereka pun bertanya kepadaNya: “Siapakah orang-orang yang bertakwa itu?” Lalu Allah berfirman: “Golongan yang memelihara diri daripada syirik dan penyembahan berhala, serta mereka mengikhlaskan ibadat kepada Allah.”

2. Ibnu Abbas r.ahuma berkata: “Orang-orang yang bertakwa ialah mereka yang takutkan hukuman Allah SWT jika mereka meninggalkan petunjukNya yang mereka ketahui. Di samping itu, mereka sentiasa mengharapkan rahmatNya dengan cara mempercayai setiap apa yang diturunkanNya.”

3. Al-Hasan berkata: “Gololongan bertakwa memelihara diri mereka daripada segala perkara yang diharamkan ke atas mereka dan menunaikan segala perkara yang difardukan ke atas mereka.”

4. Umar bin Abdul Aziz r.h berkata: “Takwa yang sebenar kepada Allah bukanlah dengan berpuasa pada siang hari, dan bukan juga dengan mendirikan solat sunnah di malam hari, di samping menggabungkan antara keduanya antara amalan soleh itu. Akan tetapi takwa kepada Allah itu adalah meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan dan menunaikan apa-apa yang Allah difardukan. Oleh itu, sesiapa yang dianugerahkan kebaikan selepas itu, maka ia merupakan kebaikan tambahan kepada kebaikan yang sebelumnya.”

5. Talq bin Habib berkata: “Takwa itu adalah engkau mengerjakan ketaatan kepada Allah di atas cahaya petunjuk dari Allah, sambil mengharapkan pahala Allah, dan juga meninggalkan maksiat kepada Allah di atas cahaya petunjuk daripada Allah, sambil engkau takut akan azabNya.”

Baca selanjutnya di: https://t.me/safwan_rusydi

Penuntut Ilmu Kecil 06/12/2023

InsyaAllah kuliah2 saya selepas ini akan live di Telegram Penuntut Ilmu Kecil sahaja.

https://t.me/safwan_rusydi/229

Mohon maaf kuliah sebentar tadi tidak dapat lama sebab sakit tekak sampai tiada suara.

Penuntut Ilmu Kecil Kuliah Maghrib Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf Matan 93 6 Disember 2023

05/12/2023

Berkatalah Benar

Daripada Abdullah bin Mas`ud RA, Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا ، وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan membawa kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan membawa kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.

Riwayat al-Bukhari (6094)

www.thenoor.co

05/12/2023

Perlunya kita bersikap sabar

Syeikh Abdul Razzaq al-Badr berkata:

العبد محتاج إلى الصبر، والصبر مصاحب للمسلم في كل أحواله، فلا فعل لطاعة إلا بالصبر، ولا ترك لمعصية إلا بالصبر، ولا تلقي للمقدر المقضي بما يرضي الله سبحانه وتعالى ولا يسخطه إلا بالصبر؛ فما أحوج المسلم، بل ما أشد حاجته إلى أن يكون متحليا بالصبر في كل أحواله!
Hamba Allah perlu bersikap sabar. Sabar mesti berdamping dengan orang Islam pada setiap situasi. Kita tidak mampu melakukan ketaatan kecuali dengan sabar, kita tidak mampu meninggalkan maksiat kecuali dengan sabar, dan kita tidak mampu mendepani takdir dengan cara yang diredai Allah kecuali dengan sabar jua. Oleh yang demikian, betapa kita sangat memerlukan sikap sabar pada setiap situasi!

[al-Umūr al-Muʿīnah ʿalā al-Ṣabr ʿalā Adhā al-Khalq, hal. 4]

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

---

Pre-Order buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya P*S 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dah dibuka, alhamdulillah. Jom jadi yg terawal untuk dapatkan buku ni sekarang di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊

04/12/2023

Terdapat berbagai-bagai tafsiran para salaf berhubung al-Iman

Ada yang menyatakan ia adalah pengakuan dan pengamalan, ada juga yang menyatakan ia adalah pengakuan, pengamalan dan niat, tidak kurang yang berpendapat ia adalah pengakuan, pengamalan, niat dan menuruti sunnah. Ada yang menyatakan ia adalah pengakuan lisan, pengamalan melalui anggota badan, serta kepercayaan dalam hati. Kesemuanya adalah benar.

(Nota kaki no 85: Dasar Akidah Islam Pengangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Karya P*S)

https://t.me/safwan_rusydi

Photos from ‎طويلب العلم‎'s post 04/12/2023

Iman: Ucapan dan Amalan, Bertambah dan Berkurang

Imam Al-Humaidi r.h (wafat 219 Hijrah) berkata:

إن الإيمان: قول وعمل، ويزيد وينقص، ولا ينفع قول إلا بعمل، ولا عمل وقول إلا بنية، ولا قول وعمل ونية إلا بسنة.

“Dan bahawasanya iman itu adalah pengakuan dan amalan, bertambaah dan berkurang. Tidak bermanfaat pengakuan lisan tanpa perbuatan, tidak bermanfaat pengakuan lisan dan perbuatan anggota tanpa niat, dan tidak bermanfaat bagi pengakuan lisan, perbuatan anggota dan niat di dalam hati melainkan berasaskan sunnah.”

(Usul al-Sunnah lil-Humaidi, versi terjemahan: Dasar Akidah Islam Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Karya P*S)

04/12/2023

Kesan dan Manfaat Syukur Kembali Kepada Diri

Seseorang hamba yang bersyukur maka kesyukuran itu akan kembali kepada diri sendiri di dunia dan di akhirat.

Manfaat kesyukuran di dunia akan menjadikan nikmat itu kekal berterusan dan menyebabkan datang p**a nikmat-nikmat yang lain. Manfaat kesyukuran di akhirat ialah pahala serta balasan yang baik.

Firman Allah:

مَّنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا یَهۡتَدِی لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا یَضِلُّ عَلَیۡهَاۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةࣱ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِینَ حَتَّىٰ نَبۡعَثَ رَسُولࣰا

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terp**ang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). [Surah Al-Isrāʾ: 15]

(Dinukil dari 50 Pengajaran Kisah Luqman Al-Hakim, Karya P*S)

29/11/2023

Rakaman kuliah Maghrib tadi

https://t.me/safwan_rusydi/210

27/11/2023

Nabi SAW bersabda:

الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ

"Orang beriman terhadap orang beriman lainnya bagaikan satu bangunan yang satu sama lain saling menguatkan." Dan baginda menunjukkannya dengan cara merapatkan jari jemarinya. (HR. Bukhari: 2266)

27/11/2023

“Aku lebih baik daripada kau!”

Ibn ʿUmar (m. 73H) berkata:

التَّقْوَى أَنْ لَا تَرَى ‌نَفْسَكَ ‌خَيْرًا ‌مِنْ ‌أَحَدٍ
“Takwa itu adalah kamu tidak menganggap dirimu lebih baik daripada orang lain”.

[Tafsīr al-Baghawī, jil. 1, hal. 60]

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

Whatsapp group rasmi Karya P*S: https://chat.whatsapp.com/2IMQqdRMKnHD0t4ztqdBDF

---

Dapatkan buku baru Karya P*S tentang Jin & Syaitan dalam set promosi Kombo Rahsia Doa Mustajab di sini: https://bukubaru.karyapis.com 😊

25/11/2023

Bersabar ketika marah

Muwarriq al-ʿIjlī (m. 105H) berkata;

ما قلتُ في الغضبِ شيئًا إلا ‌ندمتُ ‌عليه ‌في ‌الرِّضا
“Setiap tutur kata yang aku ucapkan ketika marah pasti aku menyesal kemudiannya ketika kemarahan itu hilang”.

[Tafsīr ibn Rajab al-Ḥanbalī, jil. 2, hal. 235]

ʿAbd Allāh bin ʿAwn (m. 150H) sekiranya sangat marah dengan seseorang, dia hanya mengucapkan kepada orang tersebut “Bārakallāhu fīk (moga Allah memberkatimu)”.

[Lihat rujukan sebelumnya]

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

---

Dapatkan buku baru Karya P*S tentang Jin & Syaitan dalam set promosi Kombo Rahsia Doa Mustajab di sini: https://bukubaru.karyapis.com 😊

25/11/2023

DOSA DI DALAM HATI DIMAAFKAN

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ

"Allah memberi kelonggaran kepadaku tentang umatku, mereka tidak dianggap melakukan dosa dari apa yang dibisikkan dalam dadanya (hatinya) selagimana tidak dikerjakan atau diucapkannya". (HR. Bukhari: 2343)

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوا أَوْ يَعْمَلُوا بِهِ

"Sesungguhnya Allah mengampuni untuk umatku atas sesuatu yang dia bicarakan dalam hatinya selama dia belum mengucapkannya atau mengerjakannya." (HR. Muslim: 181)

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي عَمَّا لَمْ تَتَكَلَّمْ بِهِ أَوْ تَعْمَلْ بِهِ وَبِمَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا

"Sesungguhnya Allah mengampuni bagi umatku apa yang belum mereka ucapkan dan belum mereka lakukan, serta sesuatu yang terdetik dalam fikirannya." (HR. Abu Daud: 1888)

Semua hadis-hadis di atas diriwayatkan oleh sahabat Nabi Abu Hurairah r.a.

Beberapa ayat-ayat Al-Quran yang juga menyentuh perkara yang sama, antaranya:

Firman Allah SWT:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami..." [Surah Al-Baqarah: 286]

https://t.me/safwan_rusydi/190

22/11/2023

27. Zikir pada waktu pagi dan petang #79

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Allaahumma 'Anta Rabbee laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, khalaqtanee wa 'anaa 'abduka, wa 'anaa 'alaa 'ahdika wa wa'dika mas-tata'tu, 'a'oothu bika min sharri maa sana'tu, 'aboo'u laka bini'matika 'alayya, wa 'aboo'u bithanbee faghfir lee fa'innahu laa yaghfiruth-thunooba 'illaa 'Anta.

Ya Allah, engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikanku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmatMu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Ampunilah dosaku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau. (Sesiapa yang membacanya dengan penuh keyakinan ketika petang kemudia dia mati pada malamnya dia akan dapat masuk syurga. Demikian juga kalau dia membacanya pada waktu pagi.)

Al-Bukhari 7/150, An-Nasa'i, At-Tirmizi.

Doa & Zikr (Hisnul Muslim): https://goo.gl/IFvgJW

08/11/2023

Kuliah Maghrib
8 November 2023

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Fungsi Akal untuk memikirkan logik. Boleh gunakan untuk melawan seperti golongan atheis yang tidak percaya Tuhan.Ceramah...
Dengan aqli (akal) kita memikirkan dalil (naqli) untuk kita memahami dan kita amalkan #dalil
Kalaulah agama berdasarkan akal nescaya menyapu khuf lebih aula di bahagian bawah
Dalil tu apa?
Kuliah Maghrib8 November 2023
Kuliah Maghrib1 November 2023
Kuliah Maghrib30 Oktober 2023
Kuliah MaghribKitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf 25 Oktober 2023
Kuliah Maghrib18 Oktober 2023Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf
Sunnah ada yang pelbagai (mutanawwi‘ah). Juga termasuk khilaf. Selagi dapat diamalkan atau digabungkan, maka boleh digab...
Kuliah Maghrib11 Oktober 2023Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf
14 Tasydid Dalam Al-Fatihah (Part 2)

Category

Address

Kota Kinabalu
88450

Other Tutors/Teachers in Kota Kinabalu (show all)
Tutor Jenn Tutor Jenn
Kota Kinabalu, 88300

Since 2022. Weekend class, every Sunday from 2 pm - 6 pm

Pusat Tuisyen Falsafah Intelek Pusat Tuisyen Falsafah Intelek
Plaza Tanjung Aru
Kota Kinabalu, 88100

Pusat Tuisyen untuk prasekolah, sekolah rendah dan Sekolah menengah

Aunty Nelly 家庭式补习 Home Tuition Aunty Nelly 家庭式补习 Home Tuition
Manggatal
Kota Kinabalu, 88450

Hi everyone! 大家好! I am a private home tutor who help a small group of kids improve in their studies. I love sharing knowledge and learning methods. �

ADC Tutor Amru Canti ADC Tutor Amru Canti
ADC, Mile 3, Jalan Bantayan-Kiansam, Inanam
Kota Kinabalu, 88450

Api-api Driving Centre Tutor

FATEH HOME TUTOR FATEH HOME TUTOR
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu

Menyediakan perkhidmatan HOME TUTOR di Sabah. Perkhidmatan kami meliputi seluruh kawasan di Sabah.

Jom Score Academy II Jom Score Academy II
Lorong Ikan Pepuyu, Jalan Mat Salleh Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, 88450

www.wasap.my/60162005818/nakINFO

Pusat Tuisyen Prestasi Cemerlang Pusat Tuisyen Prestasi Cemerlang
Taman Tai Tet, Mile 2. 5, Jalan Tuaran
Kota Kinabalu, 88400

Prestasi Cemerlang is a tuition centre strategically located in Likas (same block as Chu Thai Seng Supermarket) that covers subjects for private and public secondary school syllabu...

Jom Score Academy Jom Score Academy
Taman Kingfisher, Kuala Inanam
Kota Kinabalu, 88450

www.wasap.my/60162005818/nakINFO

iMaster Tuition Centre iMaster Tuition Centre
SH 17-5-0 (Ground Floor), Taman Suria Penampang
Kota Kinabalu, 88300

Tuition Centre primary, secondary, UEC etc.

ElleY Tutor Memandu ADC Inanam, Sabah ElleY Tutor Memandu ADC Inanam, Sabah
Mile 3, Jalan Bantayan-Kionsom, Inanam
Kota Kinabalu, 88450

Hai Im ElleY, your driving Instructor at ADC Driving Institute Inanam, Kota Kinabalu Sabah

Cikgu Zairie Cikgu Zairie
Centre Point Sabah, Suite 1-8-E9, 8th Floor, CPS Tower, 1, Lorong Centre Point
Kota Kinabalu, 88000

Bismillah. Kejayaan bermula di sini. Insya-Allah, boleh!

CYV Event Space CYV Event Space
OFFICE 28 LEVEL 4 CENTRAL SHOPPING Plaza
Kota Kinabalu, 88200