Suzy Family Kitchen
You may also like
Nasi Lemak Pandan, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Dagang & aneka lauk. Kek Lapis Sarawak & Biskut Home based Kitchen
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
dan Salam Sejahtera pelanggan² SuzyKitchen yg kami hormati.
SuzyKitchen telah mula BEROPERASI pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Sabtu setiap minggu. Menu-menu kegemaran ramai seperti Nasi Kerabu DiRaja, Nasi Minyak, Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Lemak Pandan, di samping gandingan serasi bersama lauk² yg enak spt Rendang Ayam, Daging & Kerang, Gulai Ayam, Daging & Ikan Ayo, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng Bersambal, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi.
Silalah singgah ye Tuan²/Puan²…
Salam Aidiladha!
Gerai kami akan beroperasi semula pada hari Isnin 3 Jul 2023.
Kepada semua perantau, Moga dikurniakan keselamatan dlm perjalanan.
Untuk semua pelanggan Selamat berhari raya!
When thumbs up you are good. When thumbs down, don't think you're not good. The taste of people are not the same.
Manis gula pun seseorang tak boleh cerita, begitu juga rasa masinnya garam kecuali kita yang merasainya sendiri 💕
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
dan Salam Sejahtera pelanggan² SuzyKitchen yg kami hormati. Adalah dimaklumkan bahawa Sabtu & Ahad (10 & 11 Jun) kedai TUTUP, dan akan BEROPERASI SEMULA seperti biasa pada hari Selasa (13 Jun) dan seterusnya. Harap maklum.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
dan Salam Sejahtera rakan² Suzy Family Kitchen yg dihormati. SuzyKitchen telah berpindah ke lokasi asal iaitu di Jalan 42/26, Taman Sri Rampai. Bersebelahan dengan Pej Forensik Kebakaran, JBPM. Setakat ini, sambutan dan sokongan masyarakat setempat adalah sangat memberangsangkan. Menu yg paling laris adalah Nasi Lemak Pandan, Nasi Kerabu DiRaja dan Nasi Dagang. Kepada tuan/puan yg ingin mencuba menu istimewa ini, silakan singgah di gerai kami. Waktu perniagaan setakat ini adalah seperti berikut:
Buka (Selasa, Rabu, Jumaat & Sabtu ~ 0730 hingga 1200). Tutup pada hari Khamis, Ahad & Isnin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Buat masa sekarang ni Kami beroperasi sepenuhnya melalui FoodPanda. Jemputlah singgah kt link FoodPanda untuk buat tempahan. Nasi Lemak Pandan dan Nasi Kerabu Diraja masih available.
Jemput singgah ya🥰 Terima kasih 💕
Ya Allah..
Jika rezeki kami masih di langit, turunkanlah jika di dalam bumi, keluarkanlah
Jika s**ar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah dan
Jika jauh, dekatkanlah.
Ameennnn 🤲🤲
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Hari ni kita start cuti sementara tunggu puasa. InsyaaAllah 1 Ramadhan ni kita niaga kat tapak yang sama, Medan Niaga Pernama MINDEF, berhadapan Masjid Khalid Al-Walid .
Kami bawakan menu istimewa dari Negeri Cik Siti Wan Kembang:
Nasi Kerabu Diraja
Nasi Dagang Kelate
Nasi Minyak Ayam Masak Merah
Dan juga:
Sup Daging/Gearbox
Jom pakat mari singgah..
Juadah untuk berbuka..
Dari hati ke air tangan..
InsyaaAllah jaminan puas hati..
Moga Allah permudahkan..
Dikesempatan ini, kami mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kpd semua pelanggan yang beragama islam. Semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Allah.
Terima kasih semua pelanggan SuzyKitchen atas sokongan anda 💕
p/s: tak sempat ambik gambar 😅 ihsan gambar Google jea 😊
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
dan salam sejahtera pelanggan² SuzyKitchen yg dihormati.
Mulai 3hb Mac (Jumaat sahaja) sajian istimewa tambahan adalah Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Rendang Kerang & aneka jenis lauk² yang lain. Menu harian seperti Nasi Lemak Pandan (Chef specialty) & Nasi Kerabu juga available untuk penggemar menu² tersebut.
Waktu perniagaan mulai jam 0730 pagi, Isnin hingga Jumaat. Jemputlah singgah ye..
Lokasi: Medan niaga berhadapan Masjid Khalid Al Walid.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
dan salam sejahtera pelanggan² SuzyKitchen yg dihormati.
Mulai 27hb Feb, kedai akan beroperasi di Tapak Niaga Jalan Padang Tembak (bersebelahan Masjid Khalid Al Walid). Waktu perniagaan mulai jam 0800 pagi, Isnin hingga Jumaat.
Buat masa sekarang, menu yg disajikan adalah Nasi Kukus & Nasi Kerabu. Jemputlah singgah ke tapak gerai kami dan menikmati Nasi Kukus & Nasi Kerabu istimewa oleh Chef Suzy.
Jumaat dan Sabtu (8 & 9 Jul), kedai buka seperti biasa (0730 - 1030). Menu istimewa adalah Nasi Dagang (kelantan) gulai ikan ayo. Nasi lemak pandan (all time favourite) juga ada disajikan dgn lauk2 pilihan ramai spt Rendang ayam, daging atau kerang, terdapat juga Daging Goreng Kunyit & Ayam Masak Merah di samping Ayam Goreng Kunyit.
Kisah yang selalu saya ingat ketika Ramadan.
Ini kisah semasa saya di Langkawi.
Saya pernah berniaga bazar.
Saya biasa berniaga bazar.
Saya dah rasa perihnya berniaga bazar.
Dari bangun awal pagi, masak lauk sampai tengahari.
Lepas zohor, masukkan barang dalam van. Angkat khemah, kerusi, tray, alas, sudu dan macam-macam lagi.
Dah sampai bazar, susun p**a satu-satu. Meja, kerusi, lauk pauk sampailah terduduk keletihan yang amat sangat.
Kadang matahari pacak atas kepala, kadang hujan membasahi semua. Dan sakit kepala seperti dah jadi biasa!
Satu hari niaga, hujan lebat. Angin kuat sampai berniaga sambil pegang payung.
Dari pukul 3 sampai pukul 6 hujan tak berhenti. Orang yang datang tak perlu kira pakai jari. Sebab tak sangat ramai.
Peniaga lain dah mula bungkus.
Muka masing-masing hampa.
Kecewa lebih ramai sebenarnya.
Ada yang lempar balang air ke longkang. Marah gamaknya. Yang jual lauk.pun menung. Yang jual nasi ayam, nasi tomato, nasi briani lagi nanges.
Saya diam. Melihat hamparan lauk yang masih belum di beli. Ikan kembung segar dalam kari. Ikan pari masih berenang dalam asam pedas ni. Ayam tetap bergolek sana ke mari.
Akhirnya, tinggal saya sorang di bazar.
Teringat mak pesan,
"Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli"
Gelisah mat amin! dah nak pukul 7. Sorang pun takde.
"Bu, balik lah. Takde sape nak beli tu!"
"Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!"
Saya masih diam. Saya pandang langit, moga Allah kasihkanlah saya yang dah penat dari pagi.
Tiba-tiba tepat pukul 7.10 minit, sebuah kereta parking. Keluar seorang akak.
"Adik! Alhamdulillah, nasib baik masih ada lauk. Akak buat makan-makan untuk anak yatim kat rumah tu. Tapi katering tak sampai2. Boleh tak kamu hantar semua lauk ni? sempat lagi nak buka 7.30 kan?"
Nak nanges!
Allah balas kepercayaan ni.
Saya ajak semua lauk ke rumah akak
"Nah, RM500. Kalau kurang kira nanti ek. Lepas majlis habis. Rumah akak kat jalan 4, simpang kanan kampung sira."
"Baik kak!"
Saya angkat semua lauk. Saya tengok ikan kembong dan ikan pari menari-nari. Ayam lagi la hepi. Sotong udang berpelukan tanpa geli.
Allah, Engkau Maha pemberi rezeki buat kami!
Allah!
Allah!
Moga Allah ganti segala yang rugi. Moga Allah hiburkan para peniaga disaat hujan begini. Moga Allah balas segala jerih perih mereka.
Kalian penghibur manusia.
Allah sangat s**a.
Kredit: Abu Hurairah Roslan
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang beragama islam. Moga ramadhan kali ni lebih bermakna.
Dear valued customer… Thank you Mr & Mrs Loh for ordering Pulut Kuning and Gulai Ayam from us. Hope you enjoy the food! 😁😁
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Selesai 1 job catering untuk 200pax di Taman Sri Gombak.
Terima kasih kepada adik Avillya Suzuki dan Asraf atas kepercayaan yang diberikan. Moga dikurniakan rezeki yang berlipat ganda dan dlm rahmat Allah sentiasa.
Pernah tak?
Pernah tak bila masuk kedai contohnya kedai makan.. pada awalnya kedai tu kosong je. Tapi.. bila kita masuk je, tetiba rasa ramai lak yang masuk. Macam dijemput-jemput.. ramai lak tu..
Pernah tak alami mcm tu uolls? Kak Suzy ada gak kadang2 🤭
Ada orang cakap kita ada “pelaris”. Pelaris apa ntahh . Tapi kalau kak suzy ni ada pelaris kuat makan kot 😅😂😂😂
Temui Kami pada setiap hari Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu bermula jam 7.30 pagi.
Lokasi: Pejabat Bomba Forensik, Wangsa Maju
Lokasi: Berdepan Pejabat Bomba Forensik, Wangsa Maju.
Ketupat Pulut Hitam Daun Pisang Assalamualaikum🤗
COD Melawati, Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa, Ampang, Keramat dan Ukay
Klik untuk whatsapp
http://www.wasap.my/+60192753261/KetupatPulutHitam
Selepas 4jam bersauna. In syaa Allah lagi lama lagi sedap. Teringin nak cuba?
manisssss
Nak cuba? meh wassap cepat2 yea
26 Apr 21 - Tempahan ditutup.
Videos (show all)
Contact the business
Opening Hours
Monday | 07:30 - 11:30 |
Tuesday | 07:30 - 11:30 |
Wednesday | 07:30 - 11:30 |
Friday | 07:30 - 11:30 |
Saturday | 07:30 - 11:30 |