BarokahWorks

BarokahWorks adalah entiti yang focus kepada kerja amal & kebajikan.

Photos from BarokahWorks's post 07/04/2022

Alhamdulillah, Selesai tugasan pada kali ini, menyantuni Anak-anak yatim dengan memberi mereka "kasut raya" hasil sumbangan Muslimat Kampung Melayu Kepong.

InsyaAllah dengan sumbangan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak mampu mengukir senyuman pada raut wajah mereka untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tanpa kedua ibu bapa.

Pada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau nak join program seterusnya ini lah peluang anda! boleh ke link ini
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan

Buatlah mereka tersenyum bahagia dengan mencukupi keperluan dan kasih sayang kepada mereka. Kerana sesungguhnya besar kedudukan orang yang memuliakan,menyantuni dan mengasihi golongan ini.

BarokahWorks

Photos from BarokahWorks's post 07/03/2022

Throwback , 05/03/2022

1. MADRASAH TAHFIZ MIFTAHUL ULUM, AMPANG, SELANGOR

2. PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT AIDS NURUL IMAN (PERNIM), CHERAS, SELANGOR

3. MADRASAH HASHIMIAH, BATU CAVES, SELAYANG, SELANGOR

Alhamdulillah, selesai 3 lagi lokasi penyerahan sumbangan dari para penginfaq budiman dari serata Malaysia.

Untuk program sumbangan pada kali ini, sedikit barangan asas keperluan dapur berserta penapis air / penapis udara (mengikut keperluan) telah disampaikan..

Kami mengharapakan agar sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat kepada penerima mahupun dari penginfaq itu sendiri.

untuk sama2 meringankan beban mereka boleh ke link ini

https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan

Allah jua lah yang dapat membalas jasa baik para penginfaq budiman ini. Kami hanya menyampaikan amanah yang ditugaskan.

Yang nak bagi sumbangan pun sangat dialu-alukan. Please piyem tepi ya..

BarokahWorks

04/03/2022

"Sesungguhnya aku dan orang yang menyantuni anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini," kemudian Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah serta agak merenggangkan sedikit keduanya.

(HR Al-Bukhari)


UMMAH MISSION ENTERPRISE
14195010011239
BANK ISLAM
Ref:Ramadhan2022

0123855879 Tuan Rashid

Photos from BarokahWorks's post 03/03/2022

22 JANUARY 2022

Alhamdulillah,trip ziarah kami di Pulau Pinang. InsyaAllah lepas ni banyak lagi trip ziarah yang akan menyusul.

Moga dengan trip ziarah ini sikit sebanyak memberi manfaat pada kami dan mengeratkan lagi silaturrahim.

03/03/2022

Assallamualaikum

Mari kita sama-sama meluangkan masa 1 minit untuk berselawat keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

DARI ABU HURAIRAH r.a,
RASULULLAH SAW BERSABDA,

"Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat maka ALLAH akan berselawat keatasnya sepuluh kali."

[Sahih Muslim-0408]

02/03/2022

Assallamualaikum,

"(Sedekah yang paling besar ganjarannya) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah),jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan"

Hadis Riwayat Al-Bukhari

JOM SEDEKAH

22/10/2021

Assalamualaikum

Photos from BarokahWorks's post 08/07/2021

Assamualaikum wbt,

Tugasan seterusnya, kami berada di sekitar Wangsa Maju & Setapak, Kuala Lumpur. Setiap keluarga ada kisahnya yang tersendiri. Cukuplah sekadar untuk pengetahuan kami buat masa ini.

Sumbangan kecil ini adalah sumbangan dari orang ramai dari seluruh Malaysia. Kami diamanahkan untuk mengagihkan dan berkongsinya.

Sehingga saat ini, masih banyak whatsapp dan panggilan masuk yang kami terima. Maafkan kami sekiranya ada whatsapp tak terbalas, panggilan tak berjawab. InshaAllah kami cuba bantu mengagihkan apa jua keperluan di kawasan sekitar.

Untuk anda yang jauh, InshaAllah kami usahakan untuk sampaikan melalui rakan-rakan di negeri anda..

Maafkan kami ya sabahat-sahabat sekalian. Sekali lagi kami tak mampu berada di semua tempat dalam masa yang sama. InshaAllah kami cuba..

Kami akan bantu sehabis daya kami. Iya, sumbangan kecil ini tidak mampu membahagiakan anda semua walaupun untuk sebulan, setidaknya jangan dibiarkan sehingga kosong kelaparan..

Doakan kami, doakan kita semua berjaya mengharungi saat-saat getir ini bersama. Doakan juga agar pandemik ini lenyap dari muka bumi supaya kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

InsyaAllah dengan sumbangan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak mampu mengukir senyuman pada raut wajah mereka untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri kali ini..

Untuk sama2 meringankan beban mereka boleh ke link ini
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan
https://barokahworks.onpay.my/order/form/wakaframadhan

BarokahWorks

UMMAH MISSION ENTERPRISE

14195010011239

BANK ISLAM

06/07/2021

Assamualaikum wbt,

BarokahWorks terpanggil untuk sama-sama ‘ride along’ dengan kempen ‘Bendera Putih’ ini ketika kami menerima satu video viral sekeluarga yang kelaparan dan keadaan anaknya yang menyedihkan dan hampir terputus nyawa akibat kelaparan. Itulah permulaan kami..

Syukur Alhamdulillah,

Selesai tugasan hari pertama penghantaran bantuan sumbangan sempena kempen ‘Bendera Putih’ yang dilancarkan melalui platform whatsapp BarokahWorks tempoh hari.

Bertempat di Kajang, Selangor, 15 keluarga terkesan dengan ‘Total Lockdown’ yang dilaksanakan.

Hampir kesemua yang terkesan bekerja secara sendiri, berniaga dan berpendapatan harian (gaji hari) dan telah lebih dari 2 minggu tidak dapat keluar bekerja.

Lebih menyedihkan terdapat 3 keluarga yang mempunyai bayi berumur antara 1 bulan - 6 bulan.

Antara barangan yang dihantar adalah :

Beras - 5kg
Gula - 1kg
Minyak masak - 2kg
Mee hoon - 400gram
Tepung - 1 kg
Krimet Manis - 500g
Sardin - 125g
Kopi - 180g
Garam - 400g
Sos Cili - 350g
Mi segera (kari) - 357g
Telur - 30biji
Ayam - 1kg
Ikan - 1kg
Sabun Mandi - 1 botol
Sabun pakaian - 1 botol
Sabun Serbaguna 1 botol

Sejujurnya kami di BarokahWorks tidak menjangkakan akan menerima ribuan whatsapp/panggilan dari seluruh negara berkongsi permasalahan yang mereka hadapi kesan dari pandemik Covid-19.

Terlalu banyak yang kami sesali dalam urusan kami ini terutama sekali dari sudut penghantaran bantuan dan sumbangan. Maafkan kami, tenaga kecil kami tidak membolehkan kami berada di setiap tempat dan setiap negeri pada setiap masa.

Kami di BarokahWorks juga amat mengalu-alukan sumbangan dari sesiapa sahaja untuk melengkapkan keperluan lain seperti susu bayi, lampin pakai buang, tuapa wanita atau apa-apa sahaja.

Terima kasih kami ucapkan kepada rakan kerjasama Unit Kebajikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di atas sumbangan ‘Infak Rezeki’ yang diamanahkan.

Sejuta maaf juga kami pinta andai kami terlewat membalas whatsapp atau masih tidak sempat menyampaikan sumbangan ke pintu anda. Kami mendoakan agar setiap urusan kita semua dipermudahkanNya, InshaAllah

BarokahWorks

02/07/2021

BismillahiRahmaniRahim
AllahummaSoli’alaSaidinaMuhammad

Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang ses**a hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat s**a bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza.

Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah, setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian

Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian

Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian

Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimp**annya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri.

Wallahu’alam.

Kepada yang memerlukan bantuan makanan, boleh hantarkan ICON 🏳️ (Bendera Putih) ke link ini:
wa.me/60129797730

Share please.

Photos from BarokahWorks's post 07/05/2021

Segala Puji Bagi Allah, Syukur Alhamdulillah.

Selesai untuk hari ini, menyantuni anak-anak tahfiz, asnaf dan yatim di :

Pusat Pengajian Islam & Akedemik DEWAN PPR SEKSYEN 8, Kota Damansara dan seterusnya ke Maahad Tahfiz Abu Qasim di Kampung Changkat, Gombak.

Sumbangan dari para penginfak budiman berupa set ibadah Barokah Kit (Al Quran, sejadah, kain pelikat, telekung), Penapis Air untuk kegunaan mereka di sana dan Kotak Infaq Rezeki (barangan asas dapur) telah diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Special thanks to Unit Kebajikan PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), ICON & Sumbangan.com atas kerjasama super awesome untuk Program Qaseh Ramadhan, Kempen Wakaf Air Bersih & Infaq Rezeki.

Jutaan terima kasih kepada para penginfak budiman serata Malaysia untuk misi kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga setiap amal baik, diterima & diberkatiNya dan semoga diberikan ganjaran berlipat ganda di Ramadhan yang mulia ini.

Yang berniat untuk menginfak atau nak tau details infak, boleh pm direct ya. Kecil bagi kita, besar bagi mereka.

•BarokahWorks•
•SahabatBarokah•

05/05/2021

Terima Kasih kepada para Penyumbang Qaseh Ramadhan percayakan kami untuk menguruskan infaq anda. ❤️

23/04/2021

BismillahiRahmaniRahim

Setiap hari kita dapat mandi dengan sabun, ada tuala yang ditukar bersih setiap bulan dan telekung sejadah yang boleh bergilir basuh.

Pada kita ini adalah keperluan biasa tetapi pada anak-anak yatim, tahfiz & asnaf ini satu nikmat yang susah untuk mereka merasa.

Tahukah anda, anak-anak ini amat memerlukan sumbangan dalam bentuk barangan penjagaan diri serta keperluan ibadah selain dari barang mentah yang biasa kita derma?

Bayangkan tuala mereka jarang sekali bertukar baru, keperluan penjagaan diri mereka ada kalanya bercatu.

Di saat kita selesa menunaikan ibadah, mereka p**a perlu berkongsi telekung dan sejadah.



Seperti dalam hadith Nabi Muhammad;

"Sesiapa yang melepaskan saudara Muslimnya daripada salah satu kesulitan dunia, Allah akan melepaskannya daripada kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhiratnya. Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba-Nya itu membantu saudaranya."(Muslim)

Sikit atau banyak sumbangan saudara saudari, ia tetap satu sedekah yang dapat meringankan kesulitan anak-anak ini.

Allah sahaja yang membalas kemurahan hati anda.

Klik sini untuk menyumbang / sedekah:
https://ezy.la/infaqramadhan
https://ezy.la/infaqramadhan
https://ezy.la/infaqramadhan

Untuk info / pertanyaan boleh klik sini:
wa.me/60192727730

Photos from Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)'s post 15/04/2021

Alhamdulillah..hanya Allah jua yang dapat membalas apa sahaja kebaikan dari anda para penginfak budiman semua.

14/04/2021

BismillahiRahmaniRahim
Ya Allah jadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik untuk kita semua. Amin Ya Mujib.

08/04/2021

BismillahiRahmaniRahim.

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kita semua.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kami berlindung kepadaMu daripada syaitan, iblis & jin dan kami berlindung kepadamu daripada segala kesulitan, halangan, ujian dalam menjayakan program kami di Perlis & Langkawi.

Amin Ya Mujib.



.com

Photos from BarokahWorks's post 25/03/2021

Throwback sekitar Misi Bantuan Kemanusiaan Negeri Kedah Darul Aman.

Jutaan Terima Kasih kepada para penginfak budiman untuk misi kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga setiap amal baik semua diterima dan diberkatiNya.

Special thanks to PPIM, UKPPIM, Persatuan Sukan Rekreasi & Kebajikan APZ N9, Sumbangan .com, Pejabat Menteri Besar Kedah, Muslim Volunteer Malaysia MVM dan ramai lagi yang terlibat.

Next trip akan diupdate sooonn..

Yang berminat untuk menginfak atau nak tau details macamana nak menginfak, boleh pm direct k..KecilBagiKita-BesarBagiMereka.

•BarokahWorks•
•SampaiJadi•

Photos from BarokahWorks's post 25/03/2021

🪴 15 MAC 2021 🪴

BismillahiRahmaniRahim.

PROGRAM KAMI PRIHATIN & SAYANG

Alhamdulillah BarokahWorks berada di
Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Kg. Baru Puchong

50 anak2 (asrama perempuan & lelaki) terdiri daripada anak yatim, asnaf, anak tahfiz, & penjaga.

Penganjur Utama
1. PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
2. Yayasan EZ Prihatin (YEZP)
3. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Penganjur Bersama:
1. BarokahWorks
2. Siang Segar Delivery (SSD)
3. sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd)

Penyumbang Bersama
1. Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM)
2. Yayasan EZ Prihatin (YEZP)
3. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
4. BarokahWorks

Dengan Kerjasama
1. SATRIA, Satria Intelligence Agency Sdn Bhd - Penempatan Barangan & Manpower
2. ICON, Icon Production Sdn Bhd - Grafik & Media
3. Persatuan Usahawan Wanita Dan Keusahawan Agro (WEAGRO)
4. Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM)

Antara barangan yang disumbangkan:
- Barangan Keperluan Asas Dapur
- Barangan Basah
- Sabun INSYIRAH

https://m.youtube.com/watch?v=FriBq_O4zpo

Terima Kasih kepada para penginfak atas sumbangan anda.

Halim Rahman
•BarokahWorks•
•Sampai Jadi•

25/03/2021

Throwback diskusi bersama para pengurus budiman program-program kebajikan tanahair. Harapan besar kami agar kolaborasi antara Unit Kebajikan PPIM, Yayasan EZ Prihatin, Siang Segar & BarokahWorks berjalan lancar agar penerima disantuni sepenuhnya.

Walaupun latar belakang semua berbeza, misi dan visi tetap masih sama, menyantuni mereka yang memerlukan di luar sana terutama anak-anak yatim, asnaf dan anak-anak tahfiz.

Kecil bagi kita, besar bagi mereka. Doa dan sumbangan kalian, amat kami hargai.

Untuk para penginfak budiman sama ada yang telah menginfak ataupun yang berniat menginfak, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Update aktiviti sumbangan anda akan menyusul kemudian nanti. Yang berniat menghulurkan sumbangan, boleh p m di messenger dulu ya.

•BarokahWorks•
•Sampai Jadi•

Photos from BarokahWorks's post 25/03/2021

🪴 Misi Bantuan Kemanusiaan 🪴
Bera ~ Temerloh, Pahang
28 Februari 2021

Beginilah keadaan Masjid Tengku Abdullah, Kuala Teriang, Bera Pahang sebelum & selepas banjir baru-baru ni.

Alhamdulillah, barangan keperluan asas dapur juga telah diserahkan kepada wakil kampung di Bera, Pahang petang semalam.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada para penginfak tak putus-putus menyumbang.

Sesungguhnya..
“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.” (HR Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni)

•Sampai Jadi•

19/03/2021

Salam Subuh 💚

RM20 (1 PENAMA)

Untuk INFAQ Barang Keperluan Asas kepada anak yatim / asnaf / tahfiz boleh salurkan sumbangan anda kepada:

UMMAH MISSION
1419 50100 11239

Whatsapp Resit & Details Penama untuk rekod kami di:

wa.me/60129797730

Terima Kasih atas sumbangan anda.

19/03/2021

BismillahiRahmaniRahim.

Nak uruskan bantuan untuk anak yatim / asnaf ni nampak jer senang. Tapi hanya yang turut serta jer yang benar2 tahu rasa especially yang mengeluarkan kudrat.

Dalam kotak rezeki semuanya barang keperluan asas dapur. Total berat 16 kg sekotak.

Tanpa NIAT yang betul untuk saling bantu membantu, UNITE kerana Allah Taala, kita takkan dapat buat sendiri kerja amal kebajikan yang akhirnya nak bantu anak2 yatim / asnaf & apa yang kita nak is Allah sayang kita, Allah redha & rahmati kita.

Terima Kasih pada semua yang turut serta. Sangat hargai “kebersamaan” antara kita semua.

💚

18/03/2021

BismillahiRahmaniRahim.
Dasyatnya Sedekah Subuh!
SubhanaAllah 💚

Untuk INFAK Anak Yatim, Asnaf, Tahfiz & pada mereka yang memerlukan boleh salurkan sumbangan ke:

UMMAH MISSION
Bank Islam: 1419 50100 11239

Barokah KIT KEBERSIHAN = RM100 (5 Penama)
1 Bahagian: RM25 (1 Penama)

Barokah KIT IBADAH = RM100 (5 Penama)
1 Bahagian: RM20 (1 Penama)

Mohon DM / PM Resit & Detail Penama untuk rekod kami.
Terima Kasih atas sumbangan anda.

Semoga mendapat Redha & Rahmat Allah SWT.
Amin Ya Mujib.

Untuk info lanjut, boleh klik sini:
wa.me/60129797730

01/03/2021
Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Category

Telephone

Address

Kuala Lumpur

Other Public Services in Kuala Lumpur (show all)
Malaysia Bait Malaysia Bait
Kuala Lumpur, 8200

Sun shop Sun shop
Kuala Lumpur

good company

Bilah pemotong rumput Bilah pemotong rumput
Kuala Lumpur, 82100

Mohammad Yousuf Mohammad Yousuf
Kuala Lumpur

আল্লাহু আকবার

EmiSuri Pesuruhjaya Sumpah Jalan Ipoh KL EmiSuri Pesuruhjaya Sumpah Jalan Ipoh KL
6th Floor, Wisma Kah Motor, 566 Batu 3 1/2, Jalan Ipoh
Kuala Lumpur, 51200

Sabun Rawat Kulit Mamaira Sabun Rawat Kulit Mamaira
Kuala Lumpur

MENYELESAIKAN MASALAH PELBAGAI PENYAKIT KULIT MENGGUNAKAN BAHAN MINERAL, NATURAL DAN HALAL.

EG-Farah Al-Raudhah الروضه EG-Farah Al-Raudhah الروضه
Wisma Central
Kuala Lumpur, 50450

TEKAN LIKE KANAN JIKA IKHLAS

MD ABU ESA MD ABU ESA
Malaysia Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 68000

Public Programme MTMG Public Programme MTMG
SUITE 20. 07, 20th FLOOR, WISMA ZELAN
Kuala Lumpur, 56000

Public Seminar

RELA 0221 Dato Keramat RELA 0221 Dato Keramat
Kuala Lumpur, 54000

Jabatan Sukarelawan Malaysia. Platun No 0221 Kg Dato Keramat Kuala Lumpur, Mukim Setiawangsa, Daerah Sentul Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

BAIT Malaysia BAIT Malaysia
Kuala Lumpur, 8200

Kesatuan Melayu Islam Beraja - KMIB Malaysia Kesatuan Melayu Islam Beraja - KMIB Malaysia
Kuala Lumpur Middle Ring Road 2, Bandar Tasik Selatan, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 57000

KESATUAN MELAYU ISLAM BERAJA PANGLIMA PERANG HARIMAU SELATAN AYUH BANGKIT DARI LENAMU BANGUN !!