Doc Syariz Sehat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Doc Syariz Sehat, Doctor, 39, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Monday & Wednesday Clinic session at Prince Court Medical Centre 1-4pm
Tuesday & Thursday Clinic session at Avisena Women's and Children's Specialist Hospital Shah Alam 2-4.30pm
Solusi sihat bersama radio BERNAMA semalam.
Tajuk : Sunat & Kesihatan Kelamin
https://fb.watch/kIdKKbRF-U/?mibextid=cr9u03
Santunan Tawau Omadal MedicAid
Tinggal lagi 8 hari sebelum kami bertolak ke Tawau dan Pulau Omadal..
Dana kutipan masih belum mencukupi!!!
Kami sangat sangat memerlukan infaq tuan puan..
Infaq di gunakan utk membiayai mesin khatan, 150 pek makanan (RM100/pek), peralatan khatan utk 200 anak anak.
Tuan puan boleh bantu dgn menggunakan link di bawah :
https://infaqpay.my/plus/santunan-sabah-medicaid
Team kami membayar tiket penerbangan dari poket kami sendiri..
Volunteers kami mmg tegar 💪💪..
Jomm sama sama bantu mereka!!
Tumpang pahala mereka sedikit sampai bila bila...
MedicAid
EMPYEMA THORACIS
EMPYEMA = NANAH TERKUMPUL DI SEKITAR RUANG ANTARA PARU PARU
THORACIS = KAWASAN THORAX
Saya kembali bertugas beberapa hari lepas setelah program Jomm Raya Kg Sudak tamat.
Tak sampai 10 jam bertugas, saya telah menerima kes rujukan dari pakar kanak kanak..
'Syariz, I have a child with pleural effusions. Lung looks collapsed'
Saya minta beliau gambar x-ray...
Lemah sedikit semangat bila melihat ruang paru paru kiri berwarna putih semata.. totally white..
Maksudnya, ruang thorax tersebut di penuhi dengan cecair..
Saya pun bergegas untuk memeriksa beliau.
Adik kecil nampak letih.
'Sepsis' (jangkitan kuman).. getus hati.
Bila di soalan lebih untuk mengetahui sejarah pesakit, adik kecil sebenarnya sudah 2 minggu demam berterusan dan batuk.
Ibu bapa p**a telah membawa adik kecil ke beberapa klinik berbeza sehinggalah di rujuk ke hospital saya bertugas.
Senario sebenarnya adalah adik kecil mempunyai jangkitan paru paru yg teruk.
Jangkitan ini menyebabkan keradangan pada paru paru dan lapisannya lalu menghasilkan air di kawasan tersebut. Air yg penuh dengan bakteria ini berpotensi menjadi nanah terkumpul di kawasan tersebut, di kenali sebagai 'Empyema Thoracis'.
Penyakit Empyema Thoracis ini p**a mempunyai 3 peringkat iaitu;
1. Exudative - peringkat di mana cairan terhasil adalah jernih. Berlaku dari awal jangkitan sehingga hari ke 10
2. Fibrinopurulent phase - cairan tersebut menjadi pekat dan mula bertukar menjadi nanah. Berlaku dari dari hari ke -10 hingga 20.
3. Organizing phase - Nanah menjadi terlalu likat dgn komposisi seakan keju yg menyelaputi paru paru. Berlaku selepas hari ke 20.
Rawatan bergantung kepada fasa penyakit ini. Jika ia dapat di kesan awal , kebiasaannya hanya rawatan antibiotik dengan jangka masa panjang sudah memadai. Semakin lama cairan ini terkumpul, maka rawatan kebiasaannya memerlukan prosedur 'chest tube' (satu tiub di masukkan ke ruang tersebut utk aliran keluar cecair atau jika lebih kompleks, memerlukan pembedahan secara VATS ( Video Assisted Thoracoscopy) atau Open Thoracotomy.
Antara langkah pencegahan yg baik adalah mengambil vaksinasi tambahan selain menjaga dan memantau kesihatan anak anak kita.
Dalam kes adik kecil, hampir 900 ml nanah telah di sedut d keluar dan pembedahan mengambil masa hampir 4.5 jam.
Saya memang keletihan sangat pada minggu ini..
Tetapi, sangat puas hati melihat kesihatan adik kecil yg semakin baik ☺️
Santunan Tawau Omadal 26-30 May 2023
Nak tahu..
Dalam setiap program yg di rangka, selalu rasa kecut perut nak buat.
Perlu kira segala kos nyata dan tersembunyi.
Untuk santunan Tawau dan Pulau Omadal kali ini, saya jangka kos terlibat sekitar RM 30k.
Kos 2 unit mesin khatan yang baru kami beli sahaja sudah menelan RM 7k.
Kos pengangkutan darat, laut, makan minum volunteers, ubat-ubatan, tempat tinggal, pek makanan perlu di ambil kira.
Volunteers saya volunteers tegar, alhamdulillah mereka membayar tiket penerbangan dari poket sendiri.
Tapi di dalam kes**aran, Allah hadirkan bantuan.
Alhamdulillah, NGO Bantu Ummah dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau sudi berkolaborasi dengan kami kali ini.
Pertubuhan Kebajikan Al Mannar p**a sudah beberapa kali berkolaborasi dengan kami ☺️.
Tuan puan boleh turut serta di dalam usaha ini melalui link infaq berikut :
https://infaqpay.my/plus/santunan-sabah-medicaid
Sekiranya tiada upaya kewangan, saya hargai jika tuan puan share hebahan ini.
Terima kasih.
Ikhlas
Dr Syariz Sehat
Presiden Medic Aid Society
APENDIKS DAN ANAK ANDA
Pembedahan membuang apendiks adalah antara pembedahan yang paling lazim di lakukan oleh seorang pakar bedah.
Kes keradangan apendiks paling kerap berlaku ketika anak berumur belasan tahun.
Untuk julat umur yang lebih muda, kes keradangan apendiks jarang berlaku.
Menurut laporan jurnal, hanya sekitar 17% Kes berlaku utk anak anak berumur bawah 5 tahun, 5% untuk anak berumur bawah 3 tahun Dan kurang dari 0.4% utk kanak kanak bawah setahun.
Diagnosa keradangan apendiks untuk anak kecil lebih mencabar.
Acapkali, simptom utama adalah sakit pada sekitar pusat di susuli sakit yg lebih tegar di bahagian kanan badan.
Simptom lain seperti demam, muntah muntah biasanya menyusul selepas itu.
Kadangkala, anak akan mengalami cirit birit berterusan atau sakit ketika membuang air kecil.
Simptom di atas tidak semestinya mengikut turutan yg saya nyatakan kerana ia bergantung kepada kedudukan apendiks di dalam badan.
Contohnya, jika apendiks berada jauh di pelvis di belakang dubur, maka, simptom cirit birit akan mendahului tanpa sakit perut.
Di sebabkan simptom keradangan apendiks adalah pelbagai, maka , kadangkala ia sulit utk di jadikan diagnosis ketika pemeriksaan klinikal (majoriti keradangan apendiks boleh di diagnosa secara pemeriksaan perut dan history pesakit).
Hasil ujian darah serta modaliti seperti imbasan ultrasound atau CT scan boleh membantu.
Sekiranya diagnosa apendiks telah di buat, terdapat 2 pilihan pembedahan iaitu secara pembedahan konsenvional 'Open Appendicectomy ' atau yang lebih elok secara laparoskopi (hanya beberapa luka kecil).
Pilihan cara pembedahan bergantung kepada kesesuaian dan kepakaran pakar bedah.
(Gambar di bawah adalah ketika pembedahan laparoskopi membuang apendiks pesakit berumur 3 tahun. Apendiks beliau telah pecah dengan ketulan najis bebas di sekitar usus)
RUMAH KONTENA PASCA GEMPA BUMI TURKIYE
AID4 Turkiye & Syria, MedicAid bersama NGO lain dari serata dunia membuat perancangan membina rumah kontena bernilai RM 30k seunit yg di lengkapi perabot asas serta kemudahan air dan elektrik.
Korban bencana ini sudah melebihi 41000 orang!
Berpuluh ribu juga cedera tetapi terselamat.
Lebih 400000 kediaman telah runtuh dan tidak boleh di huni lagi.
Rumah kontena ini akan menjadi kediaman transit sementara pembinaan semula bandar
Setiausaha MedicAid, Ustaz Ahmad Rashdan berada di lapangan.
Jom kita sama sama meringankan beban mereka.
Jom bantu, guna link di bawah:
https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-turkiye-medicaid
MedicAid
Obesiti dan 'Buried P***s' di kalangan Kanak Kanak Malaysia.
Ikut data 2013, kadar obesiti atau berat badan berlebihan (overweight) kanak kanak Malaysia hampir mencecah 30%.
Peratusan yg tinggi ini mempunyai impak kesihatan yang sangat besar pada masa hadapan.
Penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan lain lain akan singgah lebih awal.
Dalam bidang kerjaya saya, anak anak yg obes datang dengan kemungkinan mempunyai z***r yg tertanam di dalam lapisan lemak kawasan p***s / ari - ari.
Ia di kenali sebagai 'Buried p***s', 'Hidden P***s' atau 'Concealed P***s'.
Keadaan ini akan menjejas fungsi z***r. Selain s**ar untuk membuang air kecil, ia juga boleh menjejas hubungan seksual dengan pasangan.
Ini pesakit saya semalam. Umur 11 tahun dengan berat 100 kg.
Obesiti dan Buried p***s is a real issue, lebih lebih lagi selepas PKP.
Hanya yang BODOH akan melawak perkara sebegini.
Rumah Baca Orang Asal (OA) Kg Sudak, Gerik.
Rumah Baca ?? Ikut kacamata saya yg telah bertemu pelopor konsep, ia adalah idea bernas yang membawa sekolah tambahan ke dalam kampung.
Buku buku, bahan rujukan dan guru berbayar akan di hantar ke Rumah Baca utk mengajar.
Bukan mudah anak anak Kg Sudak ini utk ke sekolah. Perlu menapak 30 minit atau lebih. Kalau nasib tak baik, perlu berlari dari bertemu 'orang besar' (gelaran utk gajah) sepanjang jalan!
Masalah pendidikan dan keciciran di kalangan OA adalah masalah yg sangat rumit yg perlu di perhalusi.
MedicAid berkolaborasi dgn Projek ASAL untuk membina sebuah Rumah Baca di Kg Sudak.
Kami berharap langkah kecil ini dapat mencelik mata anak anak Suku Jahai Kg Sudak.
Jom kita sama sama salur sumbangan Rumah Baca melalui link di bawah:
https://infaqpay.my/plus/rumah-baca-orang-asal-medicaid
MedicAid x Projek ASAL
Insyaallah berjaya 💪💪
Back to School 3.0 MedicAid.
MedicAid di dalam proses akhir projek ini.
Kami jangka, agihan set uniform kepada kelompok sasar boleh di mulakan se awal 20 Januari 2023.
Kelompok sasar pada tahun ini adalah pelajar dari keluarga B40 dan pelajar pendidikan khas.
Walaubagaimanapun, dana kutipan masih jauh dari mencukupi.
Kami memohon jasa baik tuan puan membantu usaha ini dengan menyalurkan infaq melalui link di bawah:
https://infaqpay.my/plus/back-to-school-2023-medicaid
Mari kita sama sama memberi senyuman kepada anak anak ini tatkala sekolah di buka kelak.
MedicAid 💚
Yeay.. it's a wrap..
Alhamdulillah.
I hope the students benefitted.
Tq team..
Rujukan utk semua agar bermanfaat.
RUJUKAN BERKHATAN UNTUK IBU BAPA
Saya ulangsiar posting ini dengan penambahan agar bermanfaat.
Saya kira rujukan ini cukup lengkap untuk rujukan ibu bapa sekalian. Ramai di luar sana yang berkelayakan untuk membuat prosedur khatan untuk anak anda.
Rujukan ini dapat membantu ibu bapa memahami serba sedikit psikologi anak anak, prosedur khatan, teknik yg ada, komplikasi khatan dan lain lain.
Kesemua rujukan ini adalah temuramah dan tulisan saya kecuali rujukan terakhir (Garis Pandan berkhatan KKM)
Semoga tulisan ini memberi manfaat utk semua
Rujukan dalam bahasa Melayu
1. Berita Harian
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2017/11/357343/kaedah-gam-kurangkan-trauma-kanak-kanak-berkhatan
2. Tulisan saya dalam Doktorbudak.com
http://www.doktorbudak.com/2014/04/11/khatan/
3. Soalan tentang berkhatan
http://avisena.com.my/awcsh/?news_promotion=ingin-bawa-anak-berkhatan-apa-yang-anda-perlu-tahu
4. Khatan dan polisi insuran anda
https://www.facebook.com/118069865529201/posts/876221913047322/
5. P***s yg bengkok@chordee
https://fb.watch/9i1JPKebzl/
6. Khatan dan pantang
https://www.facebook.com/118069865529201/posts/693548221314693/
7. Misi Kemanusiaan Kemboja (khatan)
https://m.youtube.com/watch?v=TOhi-CntBCo&feature=youtu.be
8. Komplikasi khatan
https://fb.watch/9i3i9sDkzT/
9. Hypospadias
https://www.facebook.com/118069865529201/posts/286553588680827/
10. Wawancara Berkhatan ( di ruang udara Bernama)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1026793057990206&id=118069865529201
11. Buried P3ni5 atau kemaluan yg tenggelam
https://www.facebook.com/1063420335/posts/10224916036422512/
Rujukan dalam English
1. Motherhood magazine
https://story.motherhood.com.my/blog/dr-syariz-when-planning-circumcision-for-your-child-it-is-crucial-to-do-it-right/
2. Artikel dari temuramah di The Star
https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2016/02/21/circumcision-do-it-the-correct-way-for-your-child
Tulisan dari pesakit pesakit saya
https://www.nanyfadhly.com/2019/11/cerita-anak-anak-berkhatan-di-pcmc.html?m=1
Garis panduan berkhatan dari KKM
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pen%20Peg%20Perubatan/GARIS_PANDUAN_BERKHATAN.pdf
Relevant to those who does a lot of circumcision procedure.
I'm invited to be the speaker for ' Approach for Circumcision in buried p***s patient' for the coming Malaysian International Circumcision Conference.
If you're a GP or a medical practitioner who do circumcisions regularly, do not miss this event.
You can register yourself at www.micc22.com
I'm privileged to give away 20 promo code which will slash RM 150 off the registration price.
If you're interested, pls comment below.
Tq.
Buried P"nis @ Kemaluan tertanam/tersembunyi.
Saya terpanggil untuk menulis sedikit berkaitan kondisi kesihatan ini.
Ia adalah kondisi di mana kemaluan anak lelaki tertanam/tersembunyi kerana lemak di kawasan ari ari.
Faktor utama adalah di sebabkan oleh masalah obesiti.
Kondisi ini memberi impak yang besar buat anak anak.
Antaranya, ia boleh menyebabkan gangguan ketika z***r menegang, kesusahan utk membersih kemaluan selepas kencing dan masalah hubungan intim bersama pasangan kemudian.
Justeru, buat umat Islam yg wajib berkhatan, jangan ambil mudah tentang perkara ini kerana PROSEDUR KHATAN UNTUK KONDISI INI PERLU DIBUAT DI HOSPITAL SAHAJA OLEH PAKAR TERLATIH.
Prosedur khatan ini adalah sangat berbeza dari biasa.
Untuk kes kes sebegini, saya telah membedah/mengkhatan anak anak remaja sehingga seberat 130kg!
Saya juga telah menerima banyak kes kes yg memerlukan pembedahan semula kerana anak anak ini telah menjalani khatan kaedah biasa di klinik.
Bawalah anak anda berjumpa pakar terdekat yang biasa 'handle' kes kes sebegini.
Ini adalah pesanan sosial dari saya.
Dr Syariz Sehat
(Gambar adalah slide saya untuk satu conference berkaitan Buried P"nis)
Santunan MedicAid Cambodia
Kami masih perlukan infaq sebanyak RM 30k untuk tujuan berikut :
Pembedahan Hernia 15 - 20 pesakit
Khatan 200 peserta
100 pek makanan
400 goody bag utk anak anak
Ini bukan kali pertama buat kami ke sana.
Ini adalah santunan ke -6 sejak 2018.
MedicAid adalah NGO tunggal Malaysia yg memberi khidmat pembedahan kanak kanak di bumi Cambodia
Salurkan infaq anda menerusi pautan di bawah :
https://infaqpay.my/plus/santunan-cambodia-medicaid
I am MedicAid.
Tonton jika berkelapangan
Di Kg Sarikan A Nabawan
Nama dia Adam.
Umur 9 tahun kalau tidak silap saya..
Berdekah dekah saya ketawa semasa melayan dia nk berkhatan.
Rasa cuak dia mmg ada, itu biasa.
Kita kenalah layan anak anak sebegini dengan penerangan yg jelas dan 'diversion technique'.
Adam ni antara peserta yg sedikit gempal di lokasi khatan Surau Al Hikmah, Kg Sarikan ini.
Ikut pengalaman saya, jarang jarang jumpa anak anak yg bersaiz sebegini jika di pedalaman. Iyelah, mereka tidak terdedah dgn fast food.
Masa Adam terbaring, dah berpeluh peluh saya tgk muka kiut ni.
Keadaan panas dalam surau serta memang dia agak gemuruh.
Saya mula dengan bertanya nama, umur, latar belakang keluarga.
Tetapi di awal lagi saya sudah maklum kepada beliau, kenapa kau sorang yg gempal? Orang lain semua kurus.. Adam senyum meleret Dan ketawa.
Dia semakin gemuruh ketika saya nk mula memotong..
Saya suruh Adam baca Bismillah dan ikut cakap saya kuat kuat (diversion technic)
"Selepas sunat, aku tak akan tinggal solat!!)
Adam ikut dgn semangat.
"Selepas sunat, aku akan hormat ibu bapa aku!"
Adam ulang dengan semangat
(Ketika ini saya dah selesai memotong kulit hujungnya..)
"Selepas sunat, aku tak akan makan banyak banyak!!!!" , kata saya.
" Selepas sunat aku mau makannnn b*k b*k.. aku s**a makannnn!! Aku tak mau diet!!!'
Lain p**ak jawapan Adam utk baiah akhir ni..
Dua dua ketawa..
Semoga Adam membesar menjadi anak yg soleh ye 😘😘.
Syariz Sehat bersama MedicAid.
Kg Sarikan A, Nabawan.
Santunan MedicAid Sabah bermula.
Doa doakan perjalanan dan tujuan kami di permudahkan.
Dengarnya jumlah yg akan hadir berkhatan membanjiri lebih 110 orang.. 😊
Tuan puan boleh menyokong usaha ini dgn menyalurkan infaq melalui link di bawah :
https://infaqpay.my/plus/santunan-sabah-medicaid
Terima kasih 😘😘
MedicAid
Di sebalik kejayaan satu pembedahan, ada banyak lagi wira yg tidak di dendang.
Pakar bius.
Nurse dewan bedah yg turut membantu pembedahan.
Nurse yg membantu pakar bius.
Runner yg membantu kelancaran kedua pihak (bidang bedah dan bidang bius).
Hatta, jururawat di wad turut memain peranan dalam membantu pesakit untuk pilih.
Tq to my team 😊😊.
(Gambar selepas pembedahan secara laparoskopi membuang buah pinggang kembar bahagian atas yg tidak berfungsi dan bermasalah)
Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar selama 4 jam 15 minit dan pesakit dalam keadaan yg baik .
Come and join for a good cause.
Santunan Sabah 25-30 July 2022 by MedicAid
Tinggal 10 hari sahaja sebelum team MedicAid berlepas ke kawasan Nabawan, Sabah.
Target kutipan masih belum mencukupi ! Tetapi ini tidak melemahkan semangat kami untuk membantu mereka.
Kos semakin bertambah kerana jumlah peserta khatan bertambah dari 80 dan terkini 110 peserta!!!
Pihak MedicAid telah menyediakan 50 pek makanan utk asnaf di sana.
Anggota MedicAid juga telah menyediakan 150 goody bag utk anak anak di sana 😊😊😊..
Mari sertai dalam membantu mereka melalui pautan di bawah :
https://infaqpay.my/plus/santunan-sabah-medicaid
Infaq tuan puan sangat sangat kami hargai.
Doakan Santunan kami berjalan lancar dan di beri kemudahan..
Nantikan update dari kami ye 😊😊
Untuk makluman semua, saya tidak bertugas pada 25-30 July 2022.
Saya membawa s**arelawan jiwa besar MedicAid utk Program Santunan Sabah di kawasan Sarikan, Pegalongan, Nabawan dan Ranau.
Saya menjangka akan mengkhatan hampir 100 anak anak di kawasan ini. Selain berkhatan, pihak MedicAid akan menyalur pek makanan buat asnaf, goodie bag buat anak anak dan membuat pemeriksaan percuma di sana.
Program ini menelan belanja yg agak besar kerana masalah logistik.
Pihak kami perlu menyewa banyak bot kecil utk membawa anak anak ini dari perkampungan mereka ke pusat khatan.
Pihak Jakim telah menyatakan hasrat dan berminat untuk menyertai program kami ini, alhamdulillah.
Pihak MedicAid membuka ruang infaq kepada tuan puan untuk tujuan di atas melalui pautan ini :
https://infaqpay.my/plus/santunan-sabah-medicaid
Saya tak sabar sebenarnya utk santuni anak anak di sana 😊😊😊
Ikhlas,
Dr Syariz Sehat
Presiden MedicAid
Bersiaran di BERNAMA pagi ni.
Tajuk Berkhatan & Kesan Terhadap Kesihatan.
DJ keduanya ibu ibu.
Tujahan soalan bertalu talu 😂😂
Semoga sessi tadi dapat memberi manfaat kepada pendengar semua
Boleh juga dengar semula melalui pautan di bawah :
https://fb.watch/dMWGVM-rZY
Esok.
Jom pakar ramai ramai
Santunan MedicAid Sabah 2022
Saya sebenarnya teruja dgn peluang ini dan berharap santunan ke pedalaman Sabah atau Sarawak akan kekal di dalam kalendar aktiviti MedicAid.
Iyelah.. Bumi Kemboja yg jauh pun kami sudah berulang kali pergi berkhidmat apatah lagi untuk warga kita sendiri 😊.
Peluang ini datang apabila seorang kenalan juga pendakwah yang sering ke sana mengajak saya usaha ini.
Saya terima.
Kena set up semua dari zero.
Peralatan dan kelengkapan khatan semua perlu di beli kerana rangka untuk jangka masa panjang. Santunan yg berulang.
Ia melibatkan kos.
Set diathermy (alat khatan sahaja berharga RM3.8k).
Instrument utk khatan bernilai RM 2.3k.
Barangan pakaibuang berharga RM 3.7k.
Ada kos yg kami serap. Ada juga yg perlukan bantuan.
Justeru, saya buka peluang utk mereka yg berminat utk menyertai santunan ini melalui pautan di bawah :
https://infaqpay.my/plus/santunan-sabah-medicaid
atau boleh menyumbang serendah RM10 setiap bulan secara auto-debit untuk program Kebajikan MedicAid pada pautan di bawah:-
https://infaqpay.my/go/medicaid
_RM1 dikenakan semasa pendaftaran, dan akan menerima email Pendaftran Berjaya selepas berjaya daftar._
Sebarang pertanyaan boleh hubungi, hotline MedicAid di talian 0169922900
Ikhlas,
Dr Syariz Sehat
Presiden MedicAid
Salam 13 Ramadan.
MedicAid telah menyalurkan sebanyak RM 19,022.56 sejak bermula Ramadan.
Huraian :
1. Tajaan iftar utk 2 malam dlbuat penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting. 28 anak yatim/asnaf. RM 600 satu malam utk 2 malam.
2. Tajaan 200 pelajar Maahad Turath Al Islami Shah Alam. RM 2k
3. Tajaan baju raya utk 28 penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah. RM 3724
4. Tajaan iftar utk 3 malam buat Rumah HIV Darulukhuwwah Puchong. RM 1k
5. Projek Pek Ramadan utk 50 asnaf di utara. RM 100/pek berjumlah RM 5k
6. Tajaan 30 Ramadan Food Pack buat asnaf di Kemboja. 28 USD/pack , berjumlah RM 3598.56
7. Tajaan iftar dan barang basah buat 30 keluarga dari Persatuan Pekak Bisu Selangor berjumlah RM 2500.
Pihak MedicAid membuka ruang infaq buat tuan puan ketika jendela Ramadan masih terbuka.
Infaq Ramadan boleh di salurkan ke Maybank Humanitarian Malaysian Medical Aid Society 5644 9044 3205 rujukan Ramadan
Infaq tuan puan amat di hargai.
Ikhlas,
MedicAid
Prosedur endoskopi utk mengambil bendasing dari dalam perut.
Jommsss
INFAQ PERALATAN KHATAN
Mulai tahun ini, MedicAid akan memberi khidmat khatan utk anak anak di kawasan pedalaman, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Program ini kami jadualkan pada akhir Julai 2022.
Tajaan utk pembelian peralatan khatan adalah infaq yg sangat sangat bermanfaat.
Infaq anda membantu anak anak ini di khatankan dan budi tuan puan dibawa sehingga akhir hayat mereka.
Infaq tuan puan boleh di salurkan ke Maybank 5644 9044 3205
Humanitarian Malaysian Medical Aid Society
Rujukan (alat khatan)
Tasabar nak ke Sabahhhh!
Ikhlas,
MedicAid
Jomm bantu
Infaq kecemasan untuk pembelian 'plasma exchange filter' buat adik S , pesakit berumur 9 tahun.
Adik S ketika ini di rawat utk 'Acute Demyelinating Encephalitis' (jangkitan kepada lapisan otak) yang boleh membawa kecacatan otak kekal (cerebral palsy).
Adik S adalah anak tunggal dari seorang ibu tunggal yg menyara keluarga dengan penjualan nasi kerabu di gerai beliau. Pendapatan bulanan sekitar RM 300 sebulan.
Pihak MedicAid akan menampung pembelian filter sekiranya terdapat kekurangan kutipan dana 😊
Salurkan infaq anda ke Maybank Humanitarian Malaysian Medical Aid Society
5644 9044 3205
Rujukan Filter
Semoga kita sama sama dapat membantu beliau.
Projek Parkir Pahala!
Team MedicAid tidak punyai powil 4x4.
Jom parkir pahala dalam pembelian powil 4x4 ini.
MedicAid adalah NGO dgn prestasi rekod pengurusan yg sangat rendah dan telus.
Track record kami boleh di nilai di FB wall Medic Aid.
Kami membuka ruang parkir infaq kepada tuan puan utk tujuan ini supaya kerja kerja amal MedicAid dapat di jalankan dengan lebih mudah.
Parkir pahala anda di
Maybank 5644 9044 3205
Humanitarian Malaysian Medical Aid Society
(Rujukan 4x4)
Sekiranya anda memilih utk parkir pahala utk jangka masa yg lama, sila call Hotline 016 9922900.
Ikhlas,
Dr Syariz Sehat
Presiden MedicAid
Santunan MedicAid Taman Sri Muda
Awalnya, pihak MedicAid merancang utk membuat santunan di 3 rumah di Sg Lui, dan 1 rumah di Taman Sri Muda.
Walaubagaimapun, di sebabkan tuntutan kerja, pihak MedicAid hanya sempat ke Sri Muda
( Saya berada di hospital untuk pembedahan kecemasan seorang bayi sehingga 3.30am pagi tadi)
Pn Liza, seorang ibu tunggal, telah berpindah dari Cheras dan menetap di Sri Muda sejak setahun lalu.
Beliau tinggal di tingkat bawah apartment tersebut, bersama 3 org cucu, anak dan menantu.
Menurut beliau, air telah naik dalam keadaan sangat cepat.
Beliau terpaksa menyelamatkan diri sehelai sepinggang ketika air sudah mencapai paras dada.
Beliau menumpang teduh dgn ihsan jiran di tingkat atas selama 5 hari.
Ada juga beliau turun dan keluar menaiki bot utk mendapatkan makanan dan bantuan.
Hanya selepas hari ke-5, air mulai surut dan beliau dpt kembali ke rumah.
Pihak MedicAid telah menghubungi Pn Liza terdahulu bertanyakan keperluan beliau.
Menurutnya, beliau hanya perlukan katil dan tilam. Yg diterima dari pusat bantuan hanyalah tilam bujang single, mmg tidak cukup utk beliau serta 3 cucunya utk kongsi bersama.
Pihak MedicAid tunaikan permintaan beliau.
Pihak kami telah membeli dan menyerahkan 1 katil queen size beserta tilam dan bantal bernilai RM 1.1k.
Kami ambil masa utk memasang serta mendengar pengalaman beliau.
B*k lagi keperluan yg mungkin boleh di bantu.
Perlahan lahan kita kayuhh..
Infaq anda boleh di salurkan ke Maybank 5644 9044 3205 Humanitarian Malaysian Medical Aid Society.
Sila WA resit transaksi ke 0169922900 ( rujukan Banjir)
Ikhlas,
MedicAid.
BANTUAN BANJIR
UPDATE KUTIPAN RM 7308
Pihak MedicAid mengambil langkah utk membantu mereka yg terkesan akibat banjir.
Pihak kami akan bekerjasama dgn agensi/penduduk setempat di dalam agihan ini.
Infaq anda boleh di salurkan ke :
Maybank 5644 9044 3205
Humanitarian Malaysian Medical Aid
Boleh WA ke hotline kami 016 9922900
(ref Banjir)
Jom sama sama kita bantu
(Dr Syariz Sehat di kawasan banjir Klang)
Saya di rujuk pesakit ini.
Sakit pada bahagian kanan abdomen dan ketika itu pesakit telah pun menjalani imbasan ultrasound.
Antara dapatan ultrasound tersebut adalah;
1. saiz appendix masih dalam lingkungan normal walau pun terdapat cairan sekitar dlm abdomen
2. Fatty liver Grade 1
3. Mild left hydronephrosis (bengkak pada bahagian buah pinggang kiri)
Pesakit berumur 9 tahun, berjisim 65kg.
Jika ia benar penyakit appendix, itu bukan lah masalah yg besar kerana beliau perlu pembedahan.
Yg lebih menggusarkan adalah, kadar obesiti pada anak ini.
Ya, umur 9 tahun dan 65kg.
Kadar obesiti di kalangan anak anak Malaysia telah meningkat sehingga 30%, tertinggi di Asia.
Keadaan ini membuka ruang dan mengundang penyakit kronik seperti kencing manis, masalah berkaitan hati dan lain lain.
Love your child not with food.
Itu bukan kasih sayang.
The food comes from your kitchen.
Jangan tuding jari mengatakan anak sahaja yg kuat makan, walhal ibu dan ayah lah yg menyediakannya.
Lebih teruk sekiranya ibu ayah dan keluarga berjemaah dan mengalami masalah obesiti yg sama.
Ubahlah kepada kehidupan yg lebih sihat.
Tubuh badan ini adalah anugerah dari Allah yg perlu kita jaga, bukan buat binasa.
RUJUKAN UTK BERKHATAN .
Saya kira rujukan ini cukup lengkap untuk rujukan ibu bapa sekalian. Kesemua rujukan ini adalah temuramah dan tulisan saya kecuali rujukan terakhir (Garis Pandan berkhatan KKM)
Semoga tulisan ini memberi manfaat utk semua
Rujukan dalam bahasa Melayu
1. Berita Harian
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2017/11/357343/kaedah-gam-kurangkan-trauma-kanak-kanak-berkhatan
2. Tulisan saya dalam Doktorbudak.com
http://www.doktorbudak.com/2014/04/11/khatan/
3. Soalan tentang berkhatan
http://avisena.com.my/awcsh/?news_promotion=ingin-bawa-anak-berkhatan-apa-yang-anda-perlu-tahu
4. Khatan dan polisi insuran anda
https://www.facebook.com/118069865529201/posts/876221913047322/
5. P***s yg bengkok@chordee
https://fb.watch/9i1JPKebzl/
6. Khatan dan pantang
https://www.facebook.com/118069865529201/posts/693548221314693/
7. Misi Kemanusiaan Kemboja (khatan)
https://m.youtube.com/watch?v=TOhi-CntBCo&feature=youtu.be
8. Komplikasi khatan
https://fb.watch/9i3i9sDkzT/
9. Hypospadias
https://www.facebook.com/118069865529201/posts/286553588680827/
Rujukan dalam English
1. Motherhood magazine
https://story.motherhood.com.my/blog/dr-syariz-when-planning-circumcision-for-your-child-it-is-crucial-to-do-it-right/
2. Artikel dari temuramah di The Star
https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2016/02/21/circumcision-do-it-the-correct-way-for-your-child
Tulisan dari pesakit pesakit saya
https://www.nanyfadhly.com/2019/11/cerita-anak-anak-berkhatan-di-pcmc.html?m=1
Garis panduan berkhatan dari KKM
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pen%20Peg%20Perubatan/GARIS_PANDUAN_BERKHATAN.pdf
Secara amnya, b*k polisi insuran individu tidak memberi perlindungan prosedur 'khatan'.
Mungkin ini langkah pihak insuran utk mengelak polisi di salah guna.
Walau bagaimana pun, ada juga beberapa syarikat insuran yg membenarkan prosedur khatan sekiranya pemegang polisi terkena penyakit penyakit seperti balanitis (infeksi pada kulit z***r), (urinary tract infection) jangkitan kuman di dalam air kencing atau dalam kes kes kecemasan seperti kecederaan atau trauma pada kulit z***r.
Syarikat insuran sebegini, saya s**a..
Lebih prihatin kepada pemegang polisi.
Gambar di atas tu merujuk kepada salah satu pesakit saya yg mana walau pun mengalami penyakit yg 'valid' dan rawatan terbaik adalah berkhatan selepas selesai rawatan antibiotik, permohonannya di tolak.
Fahami polisi anda.
Survey juga syarikat insuran yg anda ingin langgani.
Kadang kadang yg di janji bulan dan bintang, kalau dapat ke awan pun ok.
(tolong jangan tanya saya syarikat insuran yg mana .. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang)
"Eh.. Ni branula (jarum biru) dari KKM ni..Dari mana patient datang? ' tanya pakar bius saya.
Saya tersenyum dari hujung katil pesakit.
" Saya terima patient decant ni dari Hospital Shah Alam semalam, my 1st decant patient', jelas saya.
" Adik ni dah muntah muntah tak henti, dehydrated kerana usus sumbat sebab angin pasang@hernia dia. Dia admitted di HSA dan kemudiannya di rujuk pada saya kelmarin' jelas saya lagi.
Sejak minggu lepas, hospital kerajaan mula decant (proses pindah rawatan) kes kes tertentu kerana kekangan katil, dewan bedah dan sebab sebab lain berkaitan dengan Covid 19.
Alhamdulillah, anak kecil ini sudah di bedah pagi tadi dan insyaallah boleh p**ang pagi esok. ☺️
Mulakan hari dengan senyuman..
Anak kecil ini di rujuk kepada saya semlm setelah dia tertelan benda sing, kemungkinan duit sen.
Anak kecil berusia 2 tahun.
Tiada keperluan untuk membuat prosedur secara emergency kerana anak kecil dlm keadaan stabil dan di musim pandemik ini, lebih wajar utk kita tunggu sehingga keputusan ujian Covid keluar negative.
Dalam xray semlm, boleh di lihat dengan jelas ada bendasing di dlm perut bayi, di kawasan greater curvature. OK lettew..
Tapi jika di bandingkan saiz bendasing dgn umur anak, berkemungkinan besar ia tidak boleh keluar sendiri.
Saya jadualkan prosedur endoskopi utk mengeluarkan bendasing ini pada jam 0800 pagi ini..
Setelah scope saya masuk ke dalam perut, eh eh eh... Rupa rupanya bukan sekeping duit sen, tapi 2 keping duit sepoloh sen di telannya. Lapar benor adik ni 😬..
Saya memilih untuk menggunakan 'net/jala' utk adik ini kerana tebaran net adalah lebih besar. Boleh juga guna 'grasper', iaitu alat yg mempunyai gigi utk mengetip bendasing tetapi sy perlu keluarkan satu persatu.
Setelah mendapat posisi yg baik, kekuda kaki di pasang, jala di tebar, sedikit adjustment, zassssss.. Terus jala di jerut..
Sukses... Sukses..
Tangkapan 2 keping bendasing dgn sekali jala !!!
Terasa tangkapan yg sangat baik..
Alhamdullillah..
Adik kecil boleh discharge dlm beberapa jam lagi ☺️☺️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
50450
54, Lengkok Zaaba TTDI
Kuala Lumpur, 60000
www.asiapaws.com - Dr. Susanna Santhiram-Hofherr is the certified Veterinary Acupuncture Vet (CVA) registered at the International Veterinary Acupuncture Society (IVAS). She is the...
Kuala Lumpur
Produk Faligold adalah makanan kesihatan, bukan ubat
S-6-11, Wisma YNH, No. 8, Jalan Kiara, Mont Kiara
Kuala Lumpur, 50480
Tap2Health Sdn Bhd, founded in 2021 is a healthcare solution provider, that runs a wholesale pharmacy business, conducts various wellness programs in addition to providing consulta...
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050
Facilitate Pediatric Sports Cardiology & Clinical Cardiac Physiology Healthcare services. Develop clinical management of Pediatric Congenital Heart Disease. Provide Clinical Athlet...
Jalan Pasar, 25, Lorong Yap Hin, Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 55100
I Love Fish