PPKI SK SENTUL UTAMA

PPKI SK SENTUL UTAMA

PPKI SK SENTUL UTAMA
SEMANGAT KITA SENTIASA UNGGUL
SKSU HEBAT

20/10/2024

๐™‹๐’†๐™ง๐’”๐™š๐’Ž๐™—๐’‚๐™๐’‚๐™ฃ ๐™‹๐’‚๐™ง๐’• 2

20/10/2024

๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’•๐’Š ๐‘ด๐’–๐’…๐’‚ ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ท๐‘ฒ ๐‘ท๐‘ท๐‘ฒ๐‘ฐ ๐‘†๐พ ๐‘†๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘™ ๐‘ˆ๐‘ก๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘”๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘ ๐‘“๐‘œ๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘†๐‘’๐‘˜๐‘œ๐‘™๐‘Žโ„Ž 2025 ๐‘‡๐‘†25 ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘”๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘š๐‘ข๐‘Ÿ๐‘–๐‘‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐’…๐’Š ๐’‘๐’†๐’๐’•๐’‚๐’” ๐’–๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’๐’Š๐’—๐’‚๐’ ๐‘ณ๐’†๐’”๐’•๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฐ๐’๐’•๐’†๐’“๐’—๐’†๐’๐’”๐’Š ๐‘จ๐’˜๐’‚๐’ ๐’‚๐’๐’‹๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ ๐‘ฒ๐’–๐’“๐’๐’Š๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐Ÿ˜Š

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 19/10/2024

Karnival Lestari Intervensi Awal (KLIA) anjuran PERMATA Kurnia berlangsung selama 2 hari iaitu 19 & 20 Oktober 2024, bertempat di Aeon Alpha Angel Wangsa Maju.

PPKI SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 selaku Sekolah Strategik Kurnia telah diberi peluang untuk mempamerkan bahan di reruai khas yang disediakan.

Kami bawakan hasil kraf murid berbentuk binaan LEGO, hiasan gelang manik, magnet peti sejuk, hasil projek bahan kitar semula dan demo painting secara langsung oleh murid autisme kami.
Turut sama dipamerkan ialah demostrasi makanan sihat : Ceaser Salad with Grilled Chicken yang sempat dijamu oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, terima kasih YB!

5 orang MBPK bersama seorang murid daripada aliran perdana juga telah menjayakan persembahan tarian Hati Muda dengan cukup bersemangat hasil bimbingan Cikgu Sit Ai Chin dan Cikgu Aimi Liyana.

Pameran dan persembahan dalam komuniti besar sebegini nyata membuka ruang dan peluang untuk MBPK khasnya untuk menampilkan keyakinan diri di khalayak ramai selain mempromosi kebolehan dan keupayaan mereka.

Jutaan terima kasih kepada Permata Kurnia untuk peluang yang diberikan. Semoga anak-anak istimewa ini terus terinspirasi untuk memperkembang potensi diri seiiring ruang keupayaan masing-masing.

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 24/09/2024

๐ŸŒฟ24 September 2024
๐ŸŒฟSelasa
๐ŸŒฟKemahiran Hidup Asas Perkebunan (Tahap 2)

Alhamdulilah..setelah sebulan lebih biji benih disemai, hari ini murid - murid PPKI SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 dengan bimbingan guru Kemahiran Hidup selamat menuai hasil tanaman sawi.

Bermula dengan menurunkan semua pot tanaman, murid dibimbing untuk memotong bahagian atas akar tanaman. Setelah itu, sayuran dibasuh sekali lalu dengan air bagi mengekalkan kesegaran dan kebersihan.

Murid - murid seterusnya menimbang hasil tuaian pada kali ini iaitu sebanyak 18kg. Setelah itu sayuran dipek dalam bungkusan 250g setiap satu bagi tujuan jualan.

Setiap murid membawa p**ang 1 pek sawi hasil tanaman mereka tanda kejayaan hasil tanaman pada kali ini.. dan selebihnya dijual kepada warga sekolah. Justeru, selain kemahiran asas perkebunan, murid juga dapat mengasah kemahiran jual beli dalam bidang keusahawan.

Semoga MPBK SK Sentul Utama terus bersemangat waja untuk mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran dari semasa ke semasa.

12/09/2024
Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 12/09/2024

12.9.2024 / Khamis

Dalam program Minggu Pendidikan Khas anjuran SMK Sentul Utama. Murid-murid PPKI SK Sentul Utama diberikan peluang untuk bermain permainan sukaneka bersama-sama dengan murid-murid PPKI SMK Sentul Utama.

Selain itu, murid-murid PPKI SKSU turut berpeluang untuk melawat sekitar sekolah. Antara tempat yang dilawati :

1. Kolam ternakan ikan tilapia merah.
2. Bengkel KVS asas roti.
3. Pameran & jualan produk PPKI SMK Sentul Utama.

Apa yang menarik, setiap orang murid PPKI SKSU diberikan rantai kunci khas hasil produk PPKI SMK Sentul Utama sebagai tanda kenangan.

Ribuan terima kasih kepada warga Ppki Smk Sentul Utama atas jemputan. Syabas dan tahniah buat anak - anak PPKI SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25. Semoga lebih cemerlang di masa akan datang.

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 11/09/2024

Menghargai dan bersahabat dengan alam

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 10/09/2024

|| Siri 3 ||

๐ŸŒฟMasjid Sultan Mizan
๐ŸŒฟMarrybrown
๐ŸŒฟWetland Studio

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 10/09/2024

|| Siri 2 ||

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 10/09/2024

|| Siri 1 ||

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI SK SENTUL UTAMA 2024

๐ŸŒป10.9.2024
๐ŸŒปSelasa
๐ŸŒปFarm Fresh @ UPM & Wetland Studio Putrajaya
๐ŸŒป35 orang murid dan 8 orang guru / PPM

Alhamdulillah, selesai sudah program lawatan yang melibatkan murid-murid PPKI tahap 2 khasnya dan sebahagian kecil murid tahap 1.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada MBPK tentang fauna dan flora secara alami. Selain itu, program sebegini dilihat mampu membantu meningkatkan keupayaan sosial murid dengan rakan dan institusi luar.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama baik para guru, PPM, murid dan ibu bapa yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

Pergi ke desa membawa bekalan,
Singgah sebentar di tepi jalan,
Jauh berjalan luas pemandangan,
Ilmu ditimba jadi bekalan.

Semoga semua MBPK kami mendapat pengalaman bermakna dan ilmu baharu daripada program sebegini.

20/08/2024

Tahniah & Syabas kepada Adik Rajendrra Vharma a/l Mohanan, murid pendidikan khas SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 di atas pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records bagi Pameran Seni Terbanyak untuk Kategori Murid Pendidikan Khas

Ikhlas daripada,

Puan Zainon binti Harun
Pegawai Pendidikan Daerah
dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 10/08/2024

Alhamdulillah.
Telah selesai satu program anjuran unit Kokurikulum
PPKI SK Sentul Utama iaitu Program Motivasi & Jati Diri PPKI bagi tahun 2024.

Objektif program ini dilaksanakan adalah :-
๐ŸŸฃMengukuhkan kemahiran asas sedia ada dalam pengurusan diri.
๐Ÿ”ดMelatih diri murid supaya lebih berdikari.
๐Ÿ”ตMenguji ketahanan diri apabila berpisah dengan ibu bapa
๐ŸŸขMeningkatkan kemahiran bekerjasama dan sosial sesama murid.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
๐Ÿ”ทMemasang dan mendirikan Khemah
๐Ÿ”ถMalam Apresiasi
๐Ÿ”ท Senamrobik โ€œSaya Sihatโ€
๐Ÿ”ถPermainan Musical Chair
๐Ÿ”ทLawatan ke Sunway Putra Mall dengan menaiki LRT

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir, guru-guru, PPM serta ibu bapa yang telah banyak membantu menjayakan program ini dengan sebaiknya.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada anak-anak MBPK yang telah memberi 100% komitmen dan disiplin sepanjang program ini berlangsung. Dengan ilmu dan pengalaman baharu yang telah dipelajari ini dapat membantu anda semua dalam kehidupan sebenar pada masa akan datang.

Terima kasih semua atas kerjasama yang jitu dalam menjayakan program Motivasi & Jati Diri PPKI bagi tahun 2024 ini. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 08/08/2024

๐ŸŒท8.8.2024 / Khamis๐ŸŒท

PPKI SK Sentul Utama telah memenuhi jemputan untuk memeriahkan Minggu Pendidikan Khas PPKI SK Taman Koperasi Polis.

Bertemakan tradisional, beberapa acara telah dipertandingkan antaranya sukan memanah, permainan congkak dan terompah tempurung.

Murid-murid PPKI SK Sentul Utama tidak melepaskan peluang untuk bertanding dalam ketiga-tiga acara tersebut bersama beberapa sekolah lain dalam zon Sentul.

Alhamdulillah, pencapaian PPKI SK Sentul Utama adalah seperti berikut :

๐Ÿ˜Johan Pertandingan Sukan Memanah
๐Ÿ˜Johan Pertandingan Congkak
๐Ÿ˜Saguhati Pertandingan Tempurung Kelapa

Syabas dan tahniah buat anak - anak PPKI SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 atas keberanian dalam menonjolkan diri dan bakat. Semoga lebih cemerlang di masa akan datang.

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 20/07/2024
Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 20/07/2024

๐ŸŽ—๏ธKhamis
๐ŸŽ—๏ธ18 Julai 2024
๐ŸŽ—๏ธDewan Seri Utama
๐ŸŽ—๏ธ7.40 - 8.10 pagi (Kuiz Kenali PPKI)
๐ŸŽ—๏ธ10.00 - 12.00 tengah hari (Sesi bersama WQ Park Health & Rehabilitation Centre, turut dihadiri ibu bapa MBPK)

Bersempena Minggu Pendidikan Khas SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 yang berlangsung selama seminggu, kami bawakan WQ Park Health & Rehabilitation Centre untuk sesi perkongsian ilmu dan screening khas bagi ibu bapa yang berminat.

Puan Noramirah binti Mohd Shuhaimi, Head Of Unit WQ Park KL telah menyampaikan perkongsian bertajuk Peranan Terapis Cara Kerja kepada MBPK. Banyak input dan pengalaman yang telah dikongsikan, ibu bapa yang hadir juga tampak aktif bersoal jawab untuk merungkai permasalahan anak-anak mereka.

Diharapkan jalinan dan kerjasama antara SK Sentul Utama dan pihak WQ Park Health&Rehabilitation Centre Official dapat diteruskan pada masa yang akan datang, untuk kebaikan anak- anak PPKI kami khasnya insyaAllah.

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 19/07/2024

| part 2 |

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 19/07/2024

Alhamdulillah
Minggu Pendidikan Khas 2024 peringkat SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 telah melabuhkan tirainya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya Minggu Pendidikan Khas ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih diucapkan khas buat anak-anak PPKI SKSU, ibu bapa, guru, barisan pentadbir serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang telah berganding bahu dalam menjayakan MPK2024 pada tahun ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Nor Afizah binti Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Sentul Kuala Lumpur yang sudi meluangkan masa bagi merasmikan Majlis Penutupan MPK2024.

Antara aktiviti yang telah disediakan pada hari ini ialah :-
1. Karnival Permainan
๐Ÿซง Permainan Buih Belon
๐Ÿน Memanah
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Terapi Cara Kerja
๐Ÿฅ Pancing Itik
๐Ÿ–๏ธTerapi Pasir

2. Pertandingan Bersama Sekolah Jemputan
๐ŸŽ‚Deko-Deko Mini Kek
๐ŸŽ๏ธPertandingan Kitar Semula
๐Ÿ“–Saya Dah Pandai Eja

Terima kasih diucapkan kepada sekolah-sekolah jemputan yang sudi menyertai pertandingan yang kami laksanakan. Semoga dengan jaringan yang dibina ini akan mampu memberi seribu manfaat buat semua terutamanya bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.

Kami bagi pihak PPKI SK SENTUL UTAMA ingin memohon seribu kemaafan andai ada silap dan salah sepanjang program ini berlangsung. Yang baik semuanya datang daripada yang maha Esa, segala yang kurang dari pihak kami.



Sekian, terima kasih.

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 17/07/2024

Telah berlangsung Hari Bahasaku Indah pada hari ini bersempena Minggu Pendidikan Khas SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25.

Aktiviti pada hari ini melibatkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan kolaborasi bersama murid arus perdana.

๐ŸŒนMurid tahap 1 arus perdana dipilih secara rawak untuk bersama- sama bermain Permainan Mencantumkan Suku Kata di Pondok Gallery Walk Inklusif PPKI.

๐ŸŒนMurid tahap 2 arus perdana p**a diberi peluang untuk bersama-sama dengan MBPK menjalankan aktiviti 'Magic Box' iaitu meneka simp**an bahasa di Dewan Seri Utama.

Semoga kebersamaan antara MBPK dan murid aliran perdana terus terjalin erat dalam ruang legar sekolah khasnya.

Photos from SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25's post 16/07/2024

Alhamdulillah Selesai aktiviti Minggu Pendidikan Khas bagi hari kedua.

Terima kasih diucapkan kepada Little Rehab atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman yang baik buat anakยฒ PPKI SK SENTUL UTAMA

Photos from SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25's post 15/07/2024

Alhamdulillah.. Selesai pelancaran Minggu Pendidikan Khas peringkat SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25

Semoga program yang dirancang dapat memberi satu pengalaman yang berharga buat anakยฒ PPKI SK SENTUL UTAMA serta semua warga sekolah.

Photos from SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25's post 19/10/2023

Terima kasih PPKI SK Taman Kepong ๐ŸŒน

Kalah menang adat bertanding,
Apa yang utama murid belajar sesuatu dan tambah baik mana yang kurang pada masa akan datang.

Pertandingan sebegini nyata memberi ruang & peluang kepada MBPK kami untuk membina keyakinan diri dan menimba sebanyak mungkin pengalaman, untuk nilai tambah diri mereka๐Ÿ˜Š

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 17/10/2023

Terima kasih diucapkan kepada PPKI SK Taman Koperasi Polis atas jemputan sempena Minggu Pendidikan Khas yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2023.

Pelbagai acara yang telah dipertanding bagi mencungkil bakat dan kreativiti muridยฒ MBPK. Antaranya ialah :-
โšฝ๏ธ Pertandingan Futsal 3 sebelah
๐Ÿง•๐Ÿปpertandingan Solekan
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽจ Pertandingan mewarna poster

Kami warga PPKI SK Sentul Utama amat bertuah kerana terpilih untuk memeriahkan Minggu Pendidikan Khas SK Taman Koperasi Polis.
Diharap agar jaringan sekolah ini akan sentiasa berterusan sampai bila-bila.

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 08/10/2023

Aktiviti Sokongan Berkuda PPKI Tahun 2023

Hari: Jumaat
Tarikh : 06 Oktober 2023
Tempat : Unit Berkuda Pusat Landskap & Rekreasi DBKL, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Alhamdulillah,
syukur kehadrat Illahi kerna dengan izinNya aktiviti Sokongan berkuda ini dapat dilaksanakan dan berlangsung dengan jayanya.

Objektif aktiviti ini :
1. Membina keyakinan diri murid - murid berkeperluan khas melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda murid - murid berkeperluan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid- murid berkeperluan khas untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.

Aktiviti ini disertai oleh murid - murid PPKI kelas Ruby, Diomand, Sapphire dan Topaz.
Bilangan peserta ialah seramai 37 orang yang terdiri daripada guru, ppm dan murid.
Turut serta ibubapa murid PPKI.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pihak Unit berkuda DBKL atas kejayaan mengendalikan aktiviti sokongan berkuda dengan baik dan terima kasih atas kesudian menerima warga PPKI SK SENTUL UTAMA dalam aktiviti sokongan berkuda ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa, murid, guru dan ppm yang terlibat.
Marilah sama-sama kita doakan agar aktiviti sokongan berkuda ini dapat diteruskan dan dilaksanakan lagi ditahun hadapan. Insyaallah...aamiin

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’•๐’Š ๐‘ด๐’–๐’…๐’‚ ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ท๐‘ฒ ๐‘ท๐‘ท๐‘ฒ๐‘ฐ ๐‘†๐พ ๐‘†๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘™ ๐‘ˆ๐‘ก๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘”๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘ ๐‘“๐‘œ๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘†๐‘’๐‘˜๐‘œ๐‘™๐‘Žโ„Ž 2025 ๐‘‡๐‘†25 ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘”๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž...
๐™‹๐’†๐™ง๐’”๐™š๐’Ž๐™—๐’‚๐™๐’‚๐™ฃ ๐™‹๐’‚๐™ง๐’• 2
AlhamdulillahMinggu Pendidikan Khas 2024 peringkat SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 telah melabuhk...
Inilah kami. .. Team PPKI SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25.Harum sungguh bunga melati,Hiasan sangg...

Category

Address

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Other Schools in Kuala Lumpur (show all)
NEGARAKUS NEGARAKUS
B-22-8, Menara City One, Jalan Munshi Abdullah
Kuala Lumpur, 50100

http://negarakus.com MALAYSIA very own criticism spoken words group. Combat by the regular hardcore p

Orange International College Orange International College
No. 9, Jalan Gereja
Kuala Lumpur, 50100

The institute BELIEVES the purpose of noble education to whomsoever it is given, regardless of age, s*x, race or creed, is to discover your gift, your purpose and finally give your...

Pusat Tuisyen Suria Jaya Pusat Tuisyen Suria Jaya
No. 11 Jalan Wangsa Delima 5 , Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC)
Kuala Lumpur, 53300

SURIA NOT ONLY A TUITION CENTRE, BUT ALSO AN EDUCATION CENTRE

Aery Jo Academy Aery Jo Academy
Head Office Aery Jo Academy Sdn. Bhd. M2-C-15, Jalan Pandan Indah 4/6, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 55100

www.aeryjoacademy.com Aery Jo Academy is a professional make up academy that teaches a unique combination of Korean and International technical skills.

Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan (1) Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan (1)
Jalan Perwira
Kuala Lumpur, 55100

Sekolah Transformasi ( TS25)

St.Gabriel's Junior St.Gabriel's Junior
Jalan Perwira
Kuala Lumpur, 55100

A primary school

ไธญๅ›ฝๅŽๅฐ ไธญๅ›ฝๅŽๅฐ
Jalan Loke Yew
Kuala Lumpur, 55200

A school with full of love n hope ;D

Alumni SMK SERI TASIK Alumni SMK SERI TASIK
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur, 56000

SMK Seri Tasik Jalan 6/106, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur Malaysia Telefon = 0391726824 Fax = 0391714754

Pusat Tuisyen T.A.C Pusat Tuisyen T.A.C
No. 57-1 & 57-2, Jalan 1/23F Taman Teratai Mewah
Kuala Lumpur, 53000

TAC education was established in 2005. TAC ๆ–‡่‰ฏๆธฏๅฎ‰ไบฒ่กฅไน ๅญฆ้™ข,๏ผˆไธญๅฐๅญฆ๏ผ‰

Yelaoshr ๆ•™่‚ฒๆœบๆž„ Yelaoshr ๆ•™่‚ฒๆœบๆž„
Check 60 Branches Info @ Https://yelaoshr. Edu. My/contact/HQ: 36D, Wisma Yelaoshr, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Seri Petaling
Kuala Lumpur, 57000

YelaoShrยฎ (Aged 4-12) Creat!ve Preschool+, Jr Educareยฎ, One-on-One Trilingualยฎ One-on-One Makes All The Difference When Teaching Children To Read ! Education, through the realizat...

Taylors News Network Taylors News Network
Kuala Lumpur, 47500

A place for Taylors Students to discuss all the happening stuffs...

Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Maxwell 2010/2011 Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Maxwell 2010/2011
Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur

Kami Sedia Memberikan Servis Dan Perkhidmatan Yang Terbaik Untuk Warga Maxwell "Kami Perpustakawan..Pencetus Inspirasi..."