G Xcademy Trading

Foreign Exchange

17/03/2024

G Xcademy Trading, [17/03/2024 1:54 PTG]
Greed
Greed and fear: 2 main traps of a trader and how to deal with them
Tamak dan takut, 2 perangkap utama untuk trader dan bagaimana untuk menguruskannya.❇️
✅TAMAK
Tamak bermaksud mahukan lebih dari yang telah diperolehi TANPA dirancang terlebih dahulu. Ianya berbeza dengan merancang untuk mendapat lebih dalam situasi tertentu.
Sifat tamak ini biasanya akan berlaku apabila TIADA objektif yang jelas bersama plan perlaksanaan yang di rancang rapi.
Tamak boleh di pecahkan kepada beberapa situasi berbeza
1) Overtrade
2) Mahukan pip yang banyak
3) Menggunakan lot size yang berlebihan
▶️ Overtrade
Overtrade bukan dirujuk kepada dagangan yang di lakukan dengan banyak tetapi lebih kepada situasi dimana pedagang menjalankan dagangan tanpa SOP dagangan yang di tetapkan.
Setiap pergerakan di carta di lihat sebagi peluang. Keadaan ini biasanya berlaku kerana pedagang mengejar satu matlamat dalam bentuk USD yang tidak jelas.
Jika dagangan di lakukan dengan lebih kerap tetapi ianya disebabkan SOP dagangan wujud, itu bukanlah overtrade walau ianya banyak.
▶️ Mahukan pip yang banyak
Situasi ini biasanya berlaku apabila pasaran bergerak kearah posisi yang dibuka oleh seorang pedagang. Disebabkan keyakinan yang tinggi, maka sasaran (Take Profit) telah dinaikkan ke satu angka yang lebih besar dan ianya bukanlah suatu yang telah ditetapkan di dalam SOP dagangan.
Punca terjadinya keadaan ini mungkin disebabkan pada entry yang lepas, setelah price telah sampai ke Take Profit dan posisi telah ditutup dengan sendirinya tetapi price masih lagi bergerak kearah yang sama. Pedagang merasakan bahawa satu kerugian kerana posisi ditutup terlalu awal.
Masalah ini biasanya dapat diatasi dengan menggunakan kaedah yang dikenali sebagai “trade management”.
Saya menggunakan kaedah trade management dimana setiap kali setup itu wujud, saya akan membuka 2 posisi yang mana 1 posisi mensasarkan Take Profit seperti yang dirancang dan satu posisi lagi akan di ubah SL ke positif SL dan dibiarkan sehingga berlakunya perubahan arah.
Dengan cara ini saya dapat memaksimakan p**angan apabila berlaku trending yang lama atau panjang. Tetapi harus di ingat bahawa, posisi kedua ini adalah “bonus’ sahaja, andainya pasaran berpatah balik dan mengena SL positif kita perlu terima seadanya. Inilah yang dikatakan “Lets your profit run”
“Anti martingale” adalah satu lagi kaedah yang mana ianya telah dirancang terlebih dahulu iaitu apabila pasaran telah bergerak kearah yang dikehendaki, posisi baru akan di buka contohnya di setiap kali “retracement” hinggalah price sampai ke TP. Ini pun bukan dalam kategori tamak sekiranya SOP dagangan adalah seperti itu.
▶️Menggunakan Lot size yang berlebihan
Ini juga adalah salah satu yang dikategorikan sebagai tamak andainya lot size yang dibesarkan itu bukan seperti yang di rancang. Biasanya situasi ini berlaku disebabkan oleh pedagang yang terlalu yakin dengan keputusan dagangan yang lepas di mana banyak posisi dagangan di tutup dengan profit.
Pembesaran lot size tetapi telah ada perancangan sebelumnya berdasarkan “risk model” yang di tetapkan, tidak dikategorikan sebagai tamak sebaliknya ia adalah satu kaedah untuk optimakan p**angan.
Saya menggunakan “exponential risk model” dalam dagangan untuk mendapatkan p**angan yang optima dengan modal yang minima.
Kesemua diatas adalah perkara yang sama tetapi ada ketikanya di klasifikasikan sebagai tamak dan ada ketikanya ia bukanlah tamak. Walau bagaimana pun, kesemua cara diatas memerlukan SOP dagangan yang terbukti boleh menjana keuntungan sebelum digunakan.
✅ TAKUT
Takut dapat di kategori kepada 2 keadaan.
1) Takut terlepas peluang (FOMO – Fear of Missing Out)
2) Takut untuk entry
▶️ Takut terlepas peluang (FOMO)
Trader yang takut terlepas peluang biasanya akan melakukan entry sebelum semua syarat-syarat dagangan seperti di dalam SOP telah mencukupi.

G Xcademy Trading, [17/03/2024 1:54 PTG]
Contohnya mereka sedang menunggu setup untuk “Buy” dan price sedang bergerak naik. Pada masa ini hanya 2 dari 3 syarat untuk buy telah kelihatan tetapi disebabkan mereka takut terlepas peluang, mereka terus membuat entry buy tersebut ketika price sedang bergerak keatas.
Saya sering melakukan kesilapan ini beberapa tahun dahulu semasa menggunakan kaedah 3 ema crossing. Apabila 2 ema telah bersilang, saya membuat anggapan bahawa yang ke 3 akan turut bersilang jadi saya terus melakukan entry. Tapi apa yang terjadi ialah ema yang ke 3 tidak bersilang dan price bergerak berlawanan dengan entry saya. Seterusnya berlaku persilangan ema yang ke 3 di price yang jauh lebih baik dari entry pertama saya tadi.
Keadaan ini berlarutan bukan sekali dua tetapi banyak kali sehinggalah saya mengubah sikap saya untuk menunggu semua syarat dagangan lengkap barulah membuat entry kerana yang kita mahu bukanlah pucuk atau akar sebaliknya kualiti entry itu sendiri. Kita jadilah seperti buaya yang sentiasa menunggu mangsanya di dalam sungai, buaya tidak pernah masuk ke dalam hutan untuk mencari mangsa.
▶️ Takut untuk entry
Takut untuk entry biasanya terjadi di sebabkan kerugian yang berlaku semasa berdagang. Sifat takut ini mungkin berpunca dari salah satu yang berikut
1) Tidak memahami nature dalam “Financial Instruments Trading”
2) Tidak memahami nature strategi dagangan itu sendiri.
👉 Tidak memahami nature dalam “Financial Instruments Trading”
Rugi ialah salah satu nature dalam industri ini. Ianya perlu diterima sebagai sebahagian dari proses berdagang. Tidak ada strategi yang tidak pernah rugi kerana dagangan itu sendiri adalah kebarangkalian.
Ada pedagang yang tidak memahami perkara ini dengan baik jadi mereka tidak dapat menerima kerugian. Berbagai cara dilakukan untuk mengelakkan rugi sedangkan rugi itu suatu yang tidak dapat dielakkan, hanya dapat di minimakan.
👉 Tidak memahami nature strategi dagangan itu sendiri.
Apabila berhadapan dengan kerugian terutamanya kerugian yang berturut-turut, pedagang akan merasa was-was untuk mengambil posisi dagangan walaupun syarat untuk melakukan dagangan telah di penuhi.
Masalah ini akan dapat diatasi sekiranya pedagang tahu maksima kerugian berturut-turut (consecutive loss) untuk sesuatu strategi dagangan. Data ini dapat diperolehi dari proses simulasi strategi dagangan yang pernah saya tulis sebelum ini.
Sebagai contoh,kiranya data menunjukkan bahawa maximum consecutive loss untuk strategi dagangan ialah 5 kali maka pedagang berkenaan harus bersedia dari segi mentalnya bahawa ada kemungkinan akan berlaku kerugian berturut-turut sebanyak 5 kali.
Jadi apabila berhadapan dengan kerugian yang berturut-turut semasa berdagang, asalkan tidak melebihi 5 kali itu adalah suatu yang normal, atau dikenali sebagai nature strategi dagangan tersebut. Tidak perlu untuk memperbaiki strategi dagangan itu sebaliknya terus berdagang sahaja kerana akan ada setup yang akan memberikan keuntungan nanti.
❇️ Secara dasarnya, perasaan tamak dan takut ini dapat di atasi sekiranya pedagang telah melakukan simulasi dan data dari simulasi ini digunakan untuk melakukan perangkaan (forecast) bagi mencapai objektif dagangan.
Sebagai contoh, setelah selesai simulasi data berikut telah diperolehi.
Strategi dagangan : ABC
Pair : GBPUSD
Time frame : H4
Risk Reward Ratio 1 : 2
Winrate 50%
Frekuensi tahunan 100 kali
Maksima kerugian berturut-turut 5 kali
Maksima keuntungan berturut-turut 3 kali
Dari data ini pedagang dapat melakukan perangkaan (forecast). Contohnya pedagang mensasarkan keuntungan keseluruhan tahunan sebanyak 100% dari modal maka dengan data diatas dapatlah kiraan dilakukan.
Katakan modal ialah USD1000.
Jumlah trading setahun – 100 kali
Untung – 50 dagangan
Rugi – 50 dagangan
Sekiranya risiko dagangan yang diambil ialah 1% bagi setiap kali berdagang, maka apabila untung akan memperolehi sebanyak 2%
Dagangan untung > 50 x 2% = 100%
Dagangan rugi > 50 x 1% = 50%
Bersih > 100% - 50% = 50%

G Xcademy Trading, [17/03/2024 1:54 PTG]
Dari kiraan diatas, pedagang tahu bahawa dengan hanya menggunakan 1% risiko untuk setiap dagangan beliau tidak dapat mencapai sasaran sebanyak 100% setahun. Apa yang dapat dilakukan ialah menaikkan sedikit risiko dagangan iaitu sebanyak 2% setiap dagangan.
Dengan 2% risiko, pedagang akan mencapai 100% keuntungan tahunan seperti yang disasarkan. Dengan bermodalkan USD1000 dan kadar keuntungan 100% setahun, dalam tempoh 7 tahun sahaja jumlah ini akan naik ke USD128,000. Ianya adalah satu jumlah yang besar jadi pedagang memerlukan sebuah broker yang kukuh seperti OctaFx https://bit.ly/gxcademy yang tidak pernah gagal membayar pengeluaran pedagang.
Selain tidak pernah gagal membayar keuntungan pedagang, OctaFx juga adalah sebuah brokerage yang kukuh dan mempunyai beberapa lesen yang di daftarkan dan salah satunya ialah FCA UK, jadi pedagang boleh meletakkan kepercayaan kepada pihak OctaFx
Dari input-input diatas, dapatlah kita membuat kesimp**an bahawa masalah tamak dan takut akan dapat di atasi sekiranya pedagang mempunyai data yang cukup untuk membuat perancangan bagi mencapai objektif dagangan. Jadi sebelum berdagang, pastikan kita mempunyai data yang mencukupi dan berdaganglah di broker yang kukuh seperti OctaFx https://bit.ly/gxcademy
Saya syorkan anda mencuba https://bit.ly/gxcademy142603 untuk melihat sendiri spread dan komisyen yang rendah dimana dengan spread dan komisyen yang rendah, keuntungan akan lebih mudah dan banyak.

Log masuk ke Ruangan Peribadi anda — Octa Daftar masuk ke profil Octa anda untuk mula berdagang. Uruskan akaun dagangan anda, deposit atau keluarkan dana, lakukan salin dagangan, tuntut bonus dan banyak lagi.

17/03/2024

Trading is about preparation.
Adakah kita betul2 bersedia untuk trade? Apa kita boleh belajar dr permainan bolasepak sebagai contoh.
Pemain/pasukan bolasepak bukannya setiap hari ada perlawanan. Dan sebelum perlawanan mereka berlatih dan bersedia sejak sekian lama. Bentuk latihan p**a ada berbagai, bukan sekadar berlatih utk menyepak.
Ada jurulatih khusus untuk setiap posisi, ada p**a strategi/taktik yg disusun. Kekuatan dan kelemahan pihak lawan juga di kaji untuk setiap perlawanan yg bakal di adakan.
Perlawanan sebenar hanya mengambil masa 90 minit. Tapi mereka berlatih berterusan.
Adakah kita juga membuat persediaan yg cukup sebelum trade?
👉Adakah kita cergas mental dan fizikal?
👉Adakah kita sudah ada setup yg di kenalpasti mempunyai probability tinggi untuk meraih profit?
👉Adakah kita sudah menetapkan risiko yg sanggup ditanggung andai market tidak menyebelahi kita?
👊Adakah bila buka chart baru kita nak fikir setup apa nak guna? Jika ya, tutup chart dan buat persediaan dahulu. Biar tak untung drp untung tanpa kita ketahui bagaimana. Kerana dgn bagaimana, kita akan dapat ulangi pada masa akan datang.

16/03/2024

15/03/2024
15/03/2024

Selamat Pagi Traders

Laporan data malam tadi berpihak untuk kekuatan USD tapi tidak terlalu kuat untuk membuat penurunan yang banyak untuk $XAUUSD

Harga barang yang di jual oleh producer meningkat iaitu semakin mahal ( CORE PPI / PPI ), jadi inflasi masih tinggi...

Jangkaan untuk pemotongan kadar faedah pada bulan Jun semakin berkurang.

CORE retail sales dan Retail Sales kurang dari jangkaan pasaran, kita boleh nampak dari segi retail perbelanjaan rakyat amerika semakin berkurang.

Maka dari data malam tadi boleh rumuskan,Harga barang yang di jual makin mahal oleh producer, kemudian consumer kat retail pun kurang membeli.

Harga barangan yang naik yang dijual oleh producer disebabkan kos bahan bakar yang mahal di Amerika.

Jadi dari segi Polisi moneteri Bank Pusat Amerika ini pendapat untuk CUT RATE bulan Jun boleh jadi tak ada.

Apa apa kena tunggu Meeting FOMC dan kena selalu perhati data data yang dikeluarkan

14/03/2024

90%
OF NEW
TRADERS
LOSE 90% IN 90 DAYS

G Xcademy Trading 08/03/2024

https://t.me/gxcademy
Follow my new channel telegram for more update🤴🏻

G Xcademy Trading Syllabus Management in Trading📚 Suitable for newbie or beginner traders👶🏻 Presented by izzatfigter🤴🏻 sharing is caring each other🫡

02/03/2024

Welcome to my Kingdoms 👑🫅

Photos from Hey Auto Spa & Detailing's post 20/04/2023
Want your business to be the top-listed Finance Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Address

Kuala Lumpur

Other Investing Services in Kuala Lumpur (show all)
curency trading curency trading
Lembah Kelang
Kuala Lumpur

fulltime FOREX trader..

FSMOne Malaysia FSMOne Malaysia
Level 29, Menara AIA Sentral, No. 30, Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur, 50250

All-In-One Investment Platform ◎ Unit Trusts ◎ Bonds ◎ Stocks ◎ ETFs ◎ Managed Portfolio

ThinkLuzz FX Consulting ThinkLuzz FX Consulting
Kuala Lumpur

Our mission is to educate and share the knowledge in Equity Investment

Nixx FX Nixx FX
Kuala Lumpur

-𝗙𝗼𝗿𝗲𝘅 𝗦𝗶𝗴𝗻𝗮𝗹 -𝗙𝗼𝗿𝗲𝘅 𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶?

Shazrin's Financial Consulting Shazrin's Financial Consulting
23rd Floor, Menara TA One 22, Jalan P. Ramlee
Kuala Lumpur, 50250

The Financial Consultant and Investment Planner that specializes in unit trusts, private mandates and property investments while working towards his CFA certification. INTJ-A wit...

IRakyat Trader IRakyat Trader
Bukit Bintang
Kuala Lumpur

Trader kepada emas,coin,minyak dan gas. bukan sahaja tengok kepada chart kami pun ada analylist

Malek CX Academy Malek CX Academy
Kuala Lumpur

Our mission is to help you build long-term legacy wealth for your families. We are committed to helping you build a portfolio of cash flowing real estate properties through our tot...

FBS Trader FBS Trader
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050

Forex Pips Consulting Forex Pips Consulting
Kuala Lumpur

Get best winning strategies from forex pips

Guat Ngor UTC Guat Ngor UTC
Kuala Lumpur

Helping you to have a comfortable lifestyle and quality living

Perunding PMB Investment Berhad Perunding PMB Investment Berhad
Kuala Lumpur, 50470

Registered Unit Trust Consultant with Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) and works at

AIA Public Takaful Protection Income AIA Public Takaful Protection Income
Setiawangsa
Kuala Lumpur, 54200

Medical Card Plan | Hibah Plan Islamic Invesment | Protection Plan 011.10060250 Contact Rozza Zaza Free Consuntant