Hadith Studies

To develop critical thinkers

01/02/2024

BAKAL BERLANGSUNG 17 & 18 FEBRUARI INI!!

🗣️: Bulan Syaaban ni ada kelebihan ke?
🗣️: Memang ada ke hadith tentang bulan Syaaban?
🗣️: Sahih ke hadith-hadith bulan Syaaban ni?

Minda Kritis dan Hadith Studies membawakan ‼️

SEMINAR "HADITH SYAABAN: ANTARA SAHIH DAN DHAIF"

Topik Perbincangan:
⭕️Analisis 40 hadith dan athar masyhur pada bulan Syaaban
⭕️Perbincangan teknikal hadith
⭕️Perbahasan Fiqh Sanad
⭕️Huraian komprehensif mengenai kefahaman hadith
⭕️Pembentangan sesuai bagi orang awam dan pelajar
⭕️Modul disediakan dalam Bahasa Melayu

Pengajian yang EKSKLUSIF!! Ayuh jangan lepaskan peluang. Pengambilan yang sangat terhad. Pastikan kalian tergolong dalam Early Bird‼️

Berminat?
Pm
http://www.wasap.my/+601153340612/HadithSyaaban

02/07/2023

Sebutan yang tepat untuk kitab ini ialah al-Talkhīs al-Habīr sepertimana disebutkan oleh sebahagian tokoh seperti al-Mubārakfūrī dan Ibn al-Wazīr.

Tetapi penting juga diketahui ada nama lain yang pernah disebutkan sendiri oleh penulis melalui tulisannya iaitu al-Tamyīz fī Takhrīj Syarh al-Wajīz. Begitu juga dalam kitab al-Sakhāwī menyebutkan tajuknya al-Tamyīz fī Talkhīs Takhrīj Ahādīth Syarh al-Wajīz.

01/07/2023

Antara qarīnah tarjih ketika menyelesaikan permasalah illah di antara wajah-wajah riwayat yang bercanggah ialah sulūk al jaddah. Apa itu sulūk al jaddah. Al jaddah bermaksud al asl. Maka secara bahasanya dapat difahami perawi melalui jalanan asal.

Sulūk al jaddah di sisi muhaddithīn bermaksud tabiat perawi yang mengambil riwayat masyhur atau asal bagi sandaran matan kerana ia lebih mudah. Seperti contoh sanad yang mudah diingat ialah silsilah zahabiyah Malik - Nāfi' - Ibn Umar.

Maka perawi yang kurang dhabit, mereka cenderung kepada tersilap memasukkan sanad-sanad yang mudah diingat ini kepada hadis yang lain. Kerana sanad mengandungi perawi-perawi yang kurang masyhur sukar diingat. فلا يحفظه إلا حافظ.

Begitu juga terkadang perawi syak pada asal sandaran matan sama ada mawquf atau marfu'. Maka ia memarfu'kan hadis itu kerana rafa' adalah asal bagi hadis. Sulūk al jaddah dita'birkan juga dengan istilah-istilah yang berbeza. Tetapi kesemuanya membawa maksud yang sama.

29/06/2023

Faedah nama perawi

Tiada perawi dalam Sahīhayn yang bernama Busyair kecuali dua orang iaitu Busyair Bin Ka'ab dan Busyair Bin Yasār. Perawi lain semua dibaca namanya dengan Bisyr atau Basyir.

28/06/2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1444H/2023

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Umat Islam daripada Hadith Studies.

Aidiladha membawa pengertian pengorbanan amat bermakna untuk kita semua.

Semoga kita semua dilimpahi Hidayah, Rahmat, Keberkatan dan Keredhaan oleh Allah SWT.

Semoga Allah menerima segala pengorbanan kita☺️🤲🏻

25/06/2023

Adakah tidur dalam majlis hadis menyebabkan perawi tertolak?

Antara bentuk tasāhul dalam ilmu hadis ialah apabila perawi dikenali tidur dalam majlis hadis. Sikap tidak acuh dan sambalewa begini tidak disukai para muhaddithīn.

Akan tetapi perlu diketahui bahawa perbuatan tidur ini berkait rapat dengan kesannya terhadap periwayatan. Di sisi para muhaddithīn, sekiranya perawi dikritik kerana tidur dalam majlis hadis, tetapi ia tidak mengganggu periwayatannya, maka riwayatnya tetap diterima.

Perawi bernama Abdullah Bin Wahb. Ali Bin Madīnī dan beberapa orang tokoh mengkritiknya kerana tidur dalam majlis hadis Ibn 'Uyainah. Akan tetapi Imam Ahmad mentsiqahkannya. Apabila ditanya, jawab beliau: " Sekiranya kamu perhatikan hadis-hadisnya kamu akan dapati ianya sahih".

Maka asas utama dalam isu ini adalah adakah ia memberi kesan terhadap riwayat. Lebih-lebih lagi sekiranya individu yang tidur tersebut dikenali sebagai seorang genius. Kebiasaannya ia tidak dianggap sebagai satu kritikan yang mampu menjatuhkan statusnya.

Wallahualam

21/06/2023

Penting kita mengetahui berkenaan ilmu al-Furūq ( perbezaan-perbezaan ) dalam Usul Hadis🤯 |

Ilmu al-Furūq merupakan satu cabang ilmu yang membahaskan berkenaan perbezaan antara dua masalah yang sama dari sudut gambaran dan maknanya, tetapi berbeza dari sudut 'illah dan hukumnya.

Ilmu ini kebiasaannya dibahaskan dalam isu-isu Fiqh. Dua masalah yang lebih kurang sama gambarannya, tetapi 'illah dan hukumnya berbeza.

Akan tetapi tahukah anda Ilmu Usul Hadis juga mempunyai perbincangan seperti ini? Antara kitab yang membahaskan tentang masalah begini antaranya adalah oleh Imam al-Tahāwī "Al-Taswiyah bayna Haddathanā wa Akhbaranā".

Antara perbahasan al-Furūq dalam Usul Hadis antaranya perbezaan di antara istilah "hadīth sahīh" dan "isnād sahīh". Perbezaan di antara istilah "muqārib al-hadīth" dan "muqārab al-hadīth".

Dan banyak lagi perbahasan yang boleh ditelusuri dalam cabang ilmu ini.

18/06/2023

Penting kita mengetahui keterkaitan di antara dua cabang ilmu yang mulia, Ilmu Hadis dan Qirāat.

Sedia maklum Qirāat dan Hadis keduanya merupakan wahyu daripada Allah SWT, begitu juga kedua bidang ilmu ini berkongsi metodologi yang hampir sama.

Para ulama hadis meletakkan sikap prihatin yang cukup tinggi berkenaan ilmu Quran. Kerana itu kita melihat ramai daripada kalangan tokoh Muhaddithīn juga merupakan pakar dalam Ilmu Qirāat. Antaranya Abū Bakr Bin 'Ayyāsh. Merupakan Muhaddith sekaligus Qāri.

Abū Amru al Dānī. Mengarang kitab dalam Ilmu Hadis sekaligus seorang Qāri agung.

Berikutan rapatnya keterkaitan kedua ilmu ini, ada beberapa istilah yang dikongsi bersama, didefinisikan secara berbeza tetapi ada sudut keselariannya.

Antaranya istilah Āhad. Didefinisikan oleh al Jazarī sebagai qirāat yang selari dengan kaedah Bahasa Arab, sahih sanadnya tetapi menyelisihi Mushaf. Al Suyūti mengatakan ia qirāat yang sahih sanad tetapi menyelisihi Mushaf dan kaedah Bahasa Arab, begitu juga tidak masyhur dibaca.

Manakala di sisi Muhaddithīn ia merupakan setiap hadis yang tidak mencakupi syarat Mutawātir.

Begitu juga istilah Mudraj. Qurrā' mendefinisikannya sebagai Qirā'at yang ditambah dalam bentuk tafsir.

Manakala di sisi Muhaddithīn merupakan lafaz asing yang ditambah dalam matan hadis. Begitu juga Muhaddithīn menambah satu bahagian yang lain iaitu mudraj pada sanad.

Keterkaitan yang sangat rapat di antara kedua bidang ilmu ini menunjukkan gesaan daripada para ulama untuk memahiri kedua bidang ilmu dan tidak meninggalkan salah satu.

Ingin lagi perbincangan berkenaan istilah-istilah lain? Like komen dan share

17/06/2023

Sh. Hisyām Nabīl : Nama kitab ini masyhur dengan nama al Majrūhīn. Kadang juga disebut dengan nama al Dhu'afā', atau Asmā'ul Dhu'afā'. Dijumpai pada manuskrip yang tersimpan di Dārul Kutub al Misriyyah dengan nama Ma'rifatul Majrūhīn minal Muhaddithīn wal Dhu'afā' wal Matrūkīn. Kebiasaan cetakan akan menamakannya dengan al Majrūhīn minal Muhaddithīn atau al Majrūhīn minal Muhaddithīn wal Du'afā' wal Matrūkīn. Kesemua nama-nama ini sahih tiada masalah padanya.

17/06/2023

Sh. Muhammad Muhib al Dīn : Khatīb al Baghdādī merupakan antara tokoh yang paling baik kefahamannya terhadap perkatan-perkataan para nuqqād.

17/06/2023

Dr Zainul Ābidīn : Secara teorinya para ulama bersepakat bahawa selamat daripada khawārim al murūah merupakan salah satu daripada syarat kriteria sifat 'adālah sepertimana yang telah disebutkan oleh Ibn Solah, akan tetapi daripada sudut praktikalnya berbeza 100%.

17/06/2023

Sh. Muna Abd Hākim : Antara adat Imam al Baihaqīy dalam kitabnya beliau hanya akan mengomentari perawi yang tsābit jikalau terdapat sebab, atau keperluan. Selain itu beliau mendiamkan diri dari mengomentari perawi yang telah maklum ia tsiqah.

17/06/2023

Isti'mal istilah-istilah hadis di sisi Ibn 'Asākir sangat dekat dengan penggunaan mutaqaddimīn. Baik untuk dibaca kajian ini.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Kuala
Kuala
20400

Other Kuala schools & colleges (show all)
Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu
Yayasan
Kuala

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ TERENGGANU ADALAH MILIK YAYASAN TERENGGANU BEROPERASI DI EMPAT DAERAH IAITU IMTIAZ BESUT, KUALA BERANG, DUNGUN DAN KUALA TERENGGANU.

SM Sains Kuala Selangor SM Sains Kuala Selangor
Bandar Malawati
Kuala, 45000

SM Sains Kuala Selangor dikenali juga sebagai KUSESS ialah sekolah berasrama penuh Kementerian Pelaj

SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu
Jalan BUKIT KECIL
Kuala, 21100

Open for ex-student n present school of SMK Chung Hwa Wei Sin

EX-TEKNIK WAKAF TEMBUSU EX-TEKNIK WAKAF TEMBUSU
Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu
Kuala

Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu

Pusat Bahasa Arab Terengganu Pusat Bahasa Arab Terengganu
PT 4087 Ladang Tok Pelam
Kuala, 20000

Dibawah Kendalian Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT)

Pasti Al Abrar Kg Tanjong Pasti Al Abrar Kg Tanjong
Kuala, 21020

Pusat Asuhan Tunas Islam ...pendidikan kanak- kanak berumur bawah 7 tahun

Beramal Berkempis Beramal Berkempis
Madrasah Al-jamiah Dar Ul-buhus Lot 60011, Musolla Ustaz Syed Omar, Kampung Tok Jamal, Wakaf Memepelam
Kuala, 20200

Jom sama2 kita mengamalkan INI dalam kehidupan

madrasah pekan sungai buloh madrasah pekan sungai buloh
Lot 2305, Lorong Lebai Daud, Jalan Raja Abdullah, Kuala
Kuala, 45800

Surau Tuan Besar Madrasah STC Surau Tuan Besar Madrasah STC
Kampung Seberang Tuan Chik
Kuala, 21200

Pengajian & Dakwah Terapi Jasmani & Rohani

Pak Long Chik Pak Long Chik
Kuala

Siapakah musuh dan cabaran utama kamu? Tiada yang lain selain dari diri sendiri

Tadika Islam Surau Sri Tanjung-TASMIK Tadika Islam Surau Sri Tanjung-TASMIK
Tasmik Surau Sri Tanjung, Sungai Layar
Kuala, 08000

Welcome to this page

ECekal BBesT ECekal BBesT
Jalan Sultan Muhamad
Kuala, 20050

BEAT THE BEST, BE THE BEST