KMIKT Eye Specialist Centre

KMIKT Eye Specialist Centre

Ditubuhkan sejak tahun 2014, Pusat Pakar Mata KMIKT menyediakan perkhidmatan pemeriksaan, rawatan, s

Photos from KMI Kuala Terengganu Medical Centre's post 11/08/2022

Tahukah Anda?

30/03/2022

Jumpa esok.
Klik โœ๐™œ๐™š๐™ฉ ๐™ง๐™š๐™ข๐™ž๐™ฃ๐™™๐™š๐™งโœ untuk notifikasi..
๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ง๐˜ช๐˜ณ๐˜ฎ tak lupe..

28/03/2022

Ape kaintang kencing manis dengang mate?

Nak tahu lebih lanjut, jom dengar perkongsiang Dr Rasdi Khamis ni di Youtube Channel KMI Kuala Terengganu

Pautang ke YouTube Channel KMI Kuala Terengganu ๐Ÿ‘‡ https://youtube.com/channel/UC9TfedazUsgKIQOvtxU0wFg

Mase ni la kite nok tnye Doktor..
Jupe Khamis nanti ye ๐Ÿ˜‰

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐— ๐—”๐—ง๐—”

Tahukah anda, kencing manis juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mata?

Jom dengarkan perkongsian daripada ๐——๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—ฑ, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ฎ yang akan mengupas tajuk โœ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ฎโœ

Jumpa nanti pada,

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿฏ๐Ÿญ.๐Ÿฌ๐Ÿฏ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ (๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€)
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ : ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฏ๐—ฒ ๐—–๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—น ๐—ž๐— ๐—œ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚

'๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ด ๐˜–๐˜ถ๐˜ณ ๐˜—๐˜ณ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜บ'

23/03/2022

๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ป๐“ฒ ๐“ž๐“น๐“ฝ๐“ธ๐“ถ๐“ฎ๐“ฝ๐“ป๐“ฒ๐“ผ ๐“ข๐“ฎ๐“ญ๐“พ๐“ท๐“ฒ๐“ช ๐“Ÿ๐“พ๐“ช๐“ท ๐“๐”ƒ๐“พ๐“ป๐“ช ๐Ÿ˜Š

Jom ramai- ramai tinggalkan ucapan anda kepada Optometris kami di komen ๐Ÿ‘‡

๐‘†๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ป๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘‚๐‘๐‘ก๐‘œ๐‘š๐‘’๐‘ก๐‘Ÿ๐‘–๐‘  ๐‘†๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘›๐‘–๐‘Ž

Selamat Hari Optometris Sedunia kepada ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐˜‡๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—บ, ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐— ๐—œ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—–๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฒ (๐—ž๐— ๐—œ๐—ž๐—ง)

Anda boleh tinggalkan ucapan anda di komen untuk Optometris kami ๐Ÿ˜Š

16/03/2022

Pelanggan yang kami hormati,

Kami ingin maklumkan bahawa Klinik Pakar Mata kami ditutup buat sementara waktu untuk kes kecemasan dan pesakit luar pada 14/03/2022 - 17/03/2022 dan kembali beroperasi pada 18/03/2022 (Jumaat)

Namunโ€Œ, dalam tempoh itu, anda boleh lakukan Pemeriksaan Mata dan konsultasi PERCUMA bersama Optometris kami.

Harap maklum.

01/01/2022

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin maklumkan bahawa Klinik Pakar Mata kami ditutup buat sementara sehingga 10/1/2022 (Isnin) untuk kes kecemasan dan pesakit luar. Klinik akan dibuka semula pada 11/1/2022 (Selasa).

Dalam tempoh itu, anda boleh dapatkan Pemeriksaan Mata secara PERCUMA dan konsultasi bersama Optometris kami di booth Klinik Pakar Mata yang bertempat di Lobi Utama KMI Kuala Terengganu.

Harap maklum.

17/12/2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Doktor Pakar Mata kami mengerjakan umrah. Justeru, Klinik Pakar Mata akan ditutup pada 16/12/2021 sehingga 2/1/2022.

Namunโ€Œ, anda boleh lakukan Pemeriksaan Mata PERCUMA bersama Optometris kami.

Harap maklum.

23/11/2021

Gadjet.. Handphone..Tablet.. Komputer..
terlalu biasa mendengar perkataan di atas bukan? ini adalah antara gadjet gadjet moden yang ada di pasaran sekarang..
kenapa saya menumpu kepada perkara di atas? sebab ramai ibu bapa yang membawa anak mereka berjumpa saya mempunyai masalah ketagihan gadjet ini.

Nampak macam biasa bukan..tapi ia boleh menyebabkan masalah penglihatan di awal usia seperti rabun jauh, rabun silau. Jika lambat di rawat, ia boleh menyebabkan ambliopia ( mata malas ) dan jika berterusan boleh mendapat kekejangan akomodasi yang seterusnya menyebabkan juling.

Maka dengan itu, marilah berjumpa dengan saya di KMI KT untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan mata dari seorang Optometris ini :)

14/09/2021

DIABETIK DAN TEKANAN DARAH TINGGI

- Salah satu simptom kencing manis (DM) dan tekanan darah tinggi (HPT) adalah penglihatan kabur disebabkan oleh kerosakan pada salur darah dalam mata (RETINA).
- Kesihatan Retina adalah salah satu aspek yang diteliti oleh Pakar Mata apabila berhadapan dengan pesakit DM dan HPT.
- Dengan bantuan kelengkapan yang terkini (Fundus Camera dan OCT), perubahan awal di retina boleh dikesan dan dirawat oleh Pakar Mata sebelum menjadi teruk.
- Berbincanglah dengan Pakar Mata anda tentang kepentingan pemeriksaan mata yang berkala dan bagaimana kencing manis boleh menjejaskan penglihatan.

10/09/2021

Kami berwajah baru ๐Ÿ˜Š

09/09/2021

We are elated to announce the launch of our new brand identity, including the Company's logo and registered name, KMI Kuala Terengganu Medical Centre (previously known as Kuala Terengganu Specialist Hospital). This is an integral step of an ongoing evolution to strengthen the brand of Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) and its hospitals as a Group.

The refreshed logo reflects our new approach and ideals that the health and well-being of our patrons shall always remain our top priority. Envisioning to become a Trusted Healthcare Provider of Choice, our belief lies in providing quality and affordable healthcare services that are accessible to everyone.

Starting this year, the new look of KMI Kuala Terengganu will become apparent within our premises, collaterals, website, and mobile app as we gradually transition into our new identity. We appreciate your continued support as we progress ahead to improve our services and to deliver quality care that guarantees the health and safety of our patients.

31/08/2021

Selamat Hari Kemerdekaan ke - 64

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

24/08/2021

Jangan lupa LIVE Bicara Pakar hari ini ๐Ÿ˜ƒ

Esok kami akan bawakan khas untuk anda LIVE Bicara Pakar yang akan mengupas topik 'Katarak'.

Topik ini akan dikongsi oleh Dr Rasdi Abdul Rashid, Pakar Oftalmologi (Mata).

Jangan lupa set penggera anda untuk menonton LIVE Bicara Pakar ini pada:
Hari : Selasa
Tarikh : 24.8.2021
Masa : 2.30 petang.

'Your Health is Our Priority'

23/08/2021

LIVE Bicara Pakar esok di :
https://www.facebook.com/kualaterengganuspecialisthospital/

Jangan lupa janjitemu kita esok ya!

Esok kami akan bawakan khas untuk anda LIVE Bicara Pakar yang akan mengupas topik 'Katarak'.

Topik ini akan dikongsi oleh Dr Rasdi Abdul Rashid, Pakar Oftalmologi (Mata).

Jangan lupa set penggera anda untuk menonton LIVE Bicara Pakar ini pada:
Hari : Selasa
Tarikh : 24.8.2021
Masa : 2.30 petang.

'Your Health is Our Priority'

09/08/2021

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Awal Muharram, operasi Jabatan Kecemasan & Kemalangan kami berjalan seperti biasa.

Operasi Klinik Pakar, Klinik Radiologi dan Pusat Rehabilitasi akan menyambung operasi pada Hari Rabu 11/8/2021.

Harap maklum.

09/08/2021

Berkata Ibn Abbas R.Anhuma apabila ditanyakan mengenai puasa โ€˜Asyura, beliau berkata :

ู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠูŽุชูŽุญูŽุฑู‘ูŽู‰ ุตููŠูŽุงู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ููŽุถู‘ูŽู„ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ูุŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ

Maksudnya : Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini - iaitu hari โ€˜Asyura โ€“

Riwayat al-Bukhari (2006)

Selamat menyambut Awal Muharram iklhas daripada Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTSH)

30/07/2021

Hi guys.... Selamat menonton ๐Ÿค—๐Ÿค—

28/07/2021

Hi all.... Enjoy this video๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

26/07/2021

Hi guys... Kasi trending ya๐Ÿค—๐Ÿค—

28/06/2021

Pok A: Wakpe plop la mate ambe ni?
Pok B: Bakpe mata mu? Mu gi lah jupe orang hok check mate kat KTS Hospital tu. Boleh tahu nyakit mende nge mate mu.
Pok A: Ye dok buleh cek mata situ? Kekgi ambe ajok anok gi di nung.

Jom buat pemeriksaan mata bersama Optometris Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTSH), Puan Noor Azura Kasim.
Beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun dan sangat komited dalam membantu dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
Hubungi kami di talian 09- 637 8888 untuk sebarang pertanyaan dan temujanji.

17/06/2021

KONJUNKTIVITIS (Bahagian 2)

Sebelum ini, kami telah menerangkan mengenai Konjuntivitis Bakteria. Hari ini, kami akan menerangkan mengenai Konjuntivitis Virus.

Konjunktivitis Virus ini biasanya disebabkan oleh Adenovirus dan kadangkala Enterovirus. Ia juga boleh berlaku seiring dengan Demam Campak (Measles), Cacar Air (Chicken Pox), Rubella dan Beguk (Mumps).

Ciri- ciri konjunktivitis virus adalah:
โ€ข Mata berwarna merah
โ€ข Discaj air (airmata yang banyak)
โ€ข Kebiasaanya, ia berlaku pada satu mata sahaja dan boleh jadi berjangkit ke sebelah mata.
โ€ข Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih.

Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus adalah sangat mudah berjangkit. Ini bermaksud ianya boleh berjangkit melalui sentuhan, batuk dan bersin dari pesakit yang dijangkiti.

Jangkitan tidak boleh berlaku melalui pandangan dari mata ke mata. Ini bermaksud, orang yang sihat tidak akan dijangkiti hanya dengan memandang mata pesakit. Kecuali jika berlaku sentuhan secara fizikal.

Langkah penjagaan adalah sama seperti Konjunktivitis Bakteria.

Jika anda mengalami gejala ini, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

10/06/2021

KONJUNKTIVITIS

Konjunktivitis adalah inflamasi atau keradangan pada selaput konjunktiva mata yang disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Hari ini, kami akan menerangkan mengenai Konjunktivitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria (Biasanya disebabkan oleh
jangkitan bakteria Staphylococcus aureus, Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus sp).

Antara gejala utama Konjunktivitis Bakteria adalah terdapat tahi mata atau cecair likat yang berwarna putih atau kekuningan. Selain itu, kelopak mata juga akan bengkak dan melekat lebih lebih lagi pada waktu pagi. Keadaan ini biasanya bermula dengan satu mata dan kemudian berjangkit pada sebelah mata yang lain dan berlarutan selama lebih daripada satu minggu.

Antara langkah- langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan adalah:
ยท Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
ยท Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata.
ยท Elakkan tempat yang sesak. Jangan hantar anak ke taska/ sekolah selagi mata berair. Jangan pergi ke tempat kerja.
ยท Jangan berkongsi tuala muka/ kosmestik/ ubat titis mata.
ยท Buang semua ubat titis mata setelah sihat

04/06/2021

SELAMAT DATANG KE KLINIK PAKAR MATA KTS HOSPITAL๐Ÿ’–

28/05/2021

Assalamualaikum & Selamat Pagi

27/05/2021

GLAUKOMA

๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang sering kali dikaitkan dengan peningkatan tekanan dalam mata (intraocular pressure), sehingga boleh menyebabkan kerosakan saraf optik dan seterusnya hilang penglihatan atau buta.

๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Kebiasaannya glaukoma tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal, dan hanya dapat dikesan melalui rutin pemeriksaan mata.

Jom lakukan pemeriksaan mata. ๐Ÿ‘€

26/05/2021

Apa yang ada di mata saya ni?

Pterygium adalah ketumbuhan yang tidak berbahaya dan biasanya berbentuk segi tiga. Ia terbentuk di tisu mukosa yang meliputi mata putih (konjuntiva) dan akan mengganggu penglihatan sekiranya ia terjadi atau membesar ke kawasan mata hitam (kornea).

Punca utama pterygium adalah terdedah kepada sinaran ultra- ungu dan risiko akan lebih tinggi di kawasan lapisan ozon yang telah menipis kerana kurangnya penapisan sinaran ultra- ungu ini.

Bagi mnecegah pertumbuhan pterygium adalah dengan memakai cermin mata yang boleh menapis ultra-ungu , memakai cermin mata hitam atau topi apabila berada di luar.

25/05/2021

Kurangkan risiko jangkitan Covid- 19 dengan memakai pelitup muka berganda. Pemakaian pelitup muka berganda adalah sangat disarankan jika anda terpaksa berada di kawasan sesak dan tiada pengudaraan. Amalan ini dapat mengurangkan risiko jangkitan Virus Covid-19.

Walaubagaimanapun, amalan 'Elak 3S' dan 'Self Lockdown' adalah lebih baik dan terjamin. Duduk rumah jika tiada kepentingan.

20/05/2021

Apakah Mata Kering?

Mata kering adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan kelembapan pada mata. Mata kering juga dirujuk sebagai โ€˜penyakit permukaan okularโ€™.

Penyakit ini disebabkan oleh banyak faktor termasuk penggunaan alat digitial, penuaan, perubahan horon, pembedahan dan ubat- ubatan tertentu.

Antara gejala mata kering adalah:
๐Ÿ‘€ Kekeringan
๐Ÿ‘€ Kabur penglihatan
๐Ÿ‘€ Pedih/ mencucuk
๐Ÿ‘€ Keletihan mata
๐Ÿ‘€ Pengeluaran air mata berlebihan
๐Ÿ‘€ Gatal

31/03/2021

KESAN DIABETIK KEPADA KESIHATAN MATA

Saksikan perkongsian video di bawah berkaitan kesan kesan diabetik terhadap retina (belakang mata).
mata anda

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Hi guys.... Selamat menonton ๐Ÿค—๐Ÿค—
Hi all.... Enjoy this video๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Hi guys... Kasi trending ya๐Ÿค—๐Ÿค—
SELAMAT DATANG KE KLINIK PAKAR MATA KTS HOSPITAL๐Ÿ’–#KTS #KMI #KTSH #KTSHOSPITAL #KMIHEALTHCARE
KESAN DIABETIK KEPADA KESIHATAN MATASaksikan perkongsian video di bawah berkaitan kesan kesan diabetik terhadap retina (...
Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik merupakan laluan yang membawa ...
Pemeriksaan mata secara berkala sangat penting untuk memastikan kesihatan mata terjamin. Berikut adalah pemeriksaan bela...

Category

Address

Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala
20400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
Sunday 08:00 - 17:00