Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM

Center for Research Excellence and IncubationManagement (CREIM),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 05/11/2024

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐍𝐠𝐨𝐩𝐢@𝐂𝐑𝐄𝐈𝐌 : '𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐬𝐬'
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 / 𝐇𝐚𝐫𝐢 : 𝟎𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭, 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐂𝐑𝐄𝐈𝐌, 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐙𝐀, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐆𝐨𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐤

Telah berlangsung program Ngopi@CREIM : 'Urus Geran Tanpa Stress' pada hari ini bertempat di bilik mesyuarat CREIM, UniSZA. Program ini antaranya adalah bertujuan sebagai satu sesi santai antara penyelidik atau pensyarah UniSZA bersama dengan 𝑹𝒆𝒔𝒆𝒂𝒓𝒄𝒉 𝑴𝒂𝒏𝒂𝒈𝒆𝒓 daripada CREIM.
Mana-mana penyelidik atau pensyarah yang mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan geran penyelidikan masing-masing boleh mengajukan sebarang pertanyaan yang berkaitan untuk dibincangkan bersama 𝑹𝒆𝒔𝒆𝒂𝒓𝒄𝒉 𝑴𝒂𝒏𝒂𝒈𝒆𝒓 yang terlibat.

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 01/11/2024

Setinggi-tinggi 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas kejayaan menerima geran dalaman universiti.

Seramai sebelas (11) penyelidik penerima bagi 𝑫𝒂𝒏𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑼𝒏𝒊𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒕𝒊 (𝑫𝑷𝑼1.0), 22 penyelidik penerima geran 𝑫𝒂𝒏𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑼𝒏𝒊𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒕𝒊 (𝑫𝑷𝑼2.0), 20 penyelidik penerima bagi geran 𝑺𝒄𝒉𝒐𝒍𝒂𝒓𝒔𝒉𝒊𝒑 𝒐𝒇 𝑻𝒆𝒂𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒏𝒅 𝑳𝒆𝒂𝒓𝒏𝒊𝒏𝒈 (𝑺𝒐𝑻𝑳), dua (2) penyelidik penerima geran 𝑫𝒂𝒏𝒂 𝑷𝒓𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒌𝒐𝒎𝒆𝒓𝒔𝒊𝒂𝒍𝒂𝒏 (𝑫𝑷𝑷), dua (2) penyelidik penerima geran 𝑲𝒏𝒐𝒘𝒍𝒆𝒅𝒈𝒆 𝑻𝒓𝒂𝒏𝒔𝒇𝒆𝒓 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎𝒎𝒆 (𝑲𝑻𝑷) dan tujuh (7) penerima 𝑮𝒆𝒓𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒍𝒆𝒔𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 bagi tahun 2024.

Syabas dan tahniah diucapkan !

Ikhlas daripada;
Pengarah dan seluruh warga kerja Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 30/10/2024

30 Oktober 2024

Telah berlangsung Taklimat Pengurusan Geran, Taklimat Pengurusan Kewangan dan Taklimat Intergriti dalam Penyelidikan kepada semua penerima Skim Geran Penyelidikan Fundamental - Penyelidik Muda (FRGS-EC), Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 1 Tahun 2024.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah CREIM, Prof. Ts.Dr. Mokhairi Makhtar. Disusuli dengan Taklimat Pengurusan Geran oleh Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Penerbitan), Prof. Madya Dr. Noor Aina Amirah Mohd Noor dan Taklimat Pengurusan Kewangan oleh En. Mohd Khairul Anwar bin Mohd Zulkifli.

Pihak CREIM juga menjemput En. Mohd Ali bin Hashim, Ketua Unit Intergriti dari Pejabat Naib Canselor UniSZA untuk menyampai taklimat intergriti dalam penyelidikan.

Semoga dengan taklimat yang diberikan dapat membantu penerima FRGS-EC, PRGS dan IMaP Fasa 1 Kelulusan Tahun 2024 dalam menguruskan geran dengan baik.

Selamat maju jaya kepada semua penerima geran!

Photos from Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi's post 25/10/2024
10/10/2024

We are proud to announce that Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) has ranked Public University in THE World University Rankings 2025!

Congratulations to all!

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
Zambry Abd. Kadir

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 19/09/2024

Setinggi-tinggi 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada 2 penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Nur Shahirah binti Mior Shariffuddin dan Dr. Nurul Jannah binti Mohd Juaini dari Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), UniSZA atas kejayaan menerima geran 𝑲𝒏𝒐𝒘𝒍𝒆𝒅𝒈𝒆 𝑻𝒓𝒂𝒏𝒔𝒇𝒆𝒓 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎𝒎𝒆 (𝐊𝐓𝐏) daripada Fakultas Ilmu Sosial & Ilmu Politik - Universitas Islam Riau(UIR) masing-masing bernilai RM5,010.00.

Syabas dan tahniah diucapkan !

Ikhlas daripada;
Pengarah dan seluruh warga kerja Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 09/09/2024

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 (𝐃𝐏 𝐊𝐏𝐓)

09 September 2024 - Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) telah mengadakan satu Seminar Pemantauan Geran Dana penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) yang diadakan di Dewan Auditorium dan Bilik Kuliah, Bangunan Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak.

Seminar ini adalah bertujuan sebagai satu sesi pemantauan prestasi yang terkini bagi geran-geran di bawah dana penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT).

Seminar tersebut telah didahului dengan satu sesi taklimat Integriti berkaitan penyelidikan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Juhari bin Ab. Kadir, Pegawai Integriti Kanan daripada Unit Integriti Universiti Malaysia Terengganu, (UMT).

Seminar kemudian diteruskan dengan sesi pembentangan oleh setiap penyelidik yang terlibat dan pembentangan dinilai oleh panel yang dilantik oleh pihak CREIM.

05/09/2024

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 (𝐃𝐏𝐔 𝟏.𝟎 & 𝐃𝐏𝐔 𝟐.𝟎) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐨𝐓𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBrs.Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) berbesar hati menawarkan permohonan Dana Penyelidikan Universiti (DPU 1.0 & DPU 2.0) dan SoTL Tahun 2024.

3. Tawaran ini terbuka kepada kakitangan akademik Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA yang berkelayakan. Permohonan ini akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan sistem RIMS yang boleh diakses seperti dipautan https://rims.unisza.edu.my/.

Untuk makluman, bagi Dana Penyelidikan Universiti (DPU 1.0 & DPU 2.0) menekankan fokus dalam aspek berikut:

1. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniSZA
2. Peningkatan dan Keperluan Fasiliti UniSZA
3. Pengurusan dan Kemampanan Sumber UniSZA & Komuniti
Setempat
4. Kajian Sosial dan Nilai Pelajar UniSZA & Komuniti
Setempat

Dana DPU 1.0 & DPU 2.0 perlu melibatkan rakan kerjasama dari luar negara sekurang-kurangnya satu sebagai penyelidik bersama.

4. Pihak penyelidik boleh mengisi kertas cadangan secara atas talian mulai 5 September 2024 hingga 18 September 2024. Jadual Gerak Kerja dan Tatacara Permohonan Dana Penyelidikan Univerisiti (DPU 1.0 & 2.0) dan SoTL Tahun 2024 yang terperinci boleh diperolehi melalui QR code menerusi poster yang disediakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini YBrs.Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Urusetia Permohonan Geran Dalaman Universiti, Puan Marliana Mahamud di talian 09-668 8896 / 011-2923 3471 atau emelkan kepada [email protected].

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

b/p Pengarah CREIM

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 22/08/2024

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 : 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 (𝐈𝐌𝐚𝐏) 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝟐

Hari : Khamis
Tarikh : 24 Ogos 2024
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat FRIT, UniSZA Kampus Gong Badak

20/08/2024

Setinggi-tinggi ucapan 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang diketuai oleh Dr. Fazida binti Karim, Prof. Madya Dr. Noor Aina Amirah binti Mohd Noor, dari Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar, Ts. Dr. Ismahafezi bin Ismail, Dr. Wan Mohd Amir Fazamin bin Wan Hamzah, dari Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) UniSZA atas kejayaan menerima geran penyelidikan industri daripada Petronas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penyelidik !

Ikhlas daripada;
Pengarah dan seluruh warga kerja Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM

19/08/2024

Setinggi-tinggi 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Syazni bin Kamarudin dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA atas kejayaan menerima geran penyelidikan NGO/Swasta daripada World Wildlife Fund-Malaysia bernilai RM45,000.00.
Syabas dan tahniah diucapkan !

Ikhlas daripada;
Pengarah dan seluruh warga kerja Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 19/08/2024

Setinggi-tinggi 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada 3 penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak, Prof. Madya Dr. Noor Aina Amirah binti Mohd Noor, dan Dr. Roslida binti Abd Razak dari Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), UniSZA atas kejayaan menerima geran penyelidikan industri daripada Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. masing-masing bernilai RM20,000.00.
Syabas dan tahniah diucapkan !

Ikhlas daripada;
Pengarah dan seluruh warga kerja Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 14/08/2024

𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗯𝘂𝗵 𝘁𝗶𝗿𝗮𝗶.

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗙𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗧𝗘𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗟𝗘𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝘆𝗜𝗣𝗢) 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟭𝟮 – 𝟭𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟰
𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 – 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟰.𝟯𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗙𝗮𝗸𝘂𝗹𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗿𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺, 𝗨𝗻𝗶𝗦𝗭𝗔 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝗚𝗼𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗸

𝑃𝑖ℎ𝑎𝑘 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑐𝑒𝑚𝑒𝑟𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐼𝑛𝑘𝑢𝑏𝑎𝑡𝑜𝑟 𝑃𝑒𝑛𝑦𝑒𝑙𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝐶𝑅𝐸𝐼𝑀) 𝑚𝑒𝑟𝑢𝑝𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑢𝑠𝑎𝑡 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑖𝑛𝑡𝑒𝑙𝑒𝑘 𝑑𝑖 𝑈𝑛𝑖𝑆𝑍𝐴. 𝘚𝑒𝘳𝑎𝘮𝑎𝘪 18 𝑜𝘳𝑎𝘯𝑔 𝑝𝘦𝑛𝘺𝑒𝘭𝑖𝘥𝑖𝘬 𝘺𝑎𝘯𝑔 ℎ𝘢𝑑𝘪𝑟 𝑝𝘢𝑑𝘢 𝘣𝑒𝘯𝑔𝘬𝑒𝘭 𝘬𝑎𝘭𝑖 𝑖𝘯𝑖, 𝘥𝑖𝘮𝑎𝘯𝑎 𝑚𝘦𝑤𝘢𝑘𝘪𝑙𝘪 𝘴𝑒𝘮𝑏𝘪𝑙𝘢𝑛 (9) 𝑏𝘶𝑎𝘩 𝘱𝑟𝘰𝑑𝘶𝑘 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘪𝑛𝘨𝑖𝘯 𝘥𝑖𝘱𝑎𝘵𝑒𝘯𝑘𝘢𝑛.

𝐵𝑒𝑛𝑔𝑘𝑒𝑙 𝑖𝑛𝑖 𝑑𝑖𝑚𝑢𝑙𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑎𝑙𝑢𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑌𝐵𝑟𝑠. 𝑃𝑟𝑜𝑓. 𝑇𝑠. 𝐷𝑟. 𝑀𝑜𝑘ℎ𝑎𝑖𝑟𝑖 𝑏𝑖𝑛 𝑀𝑎𝑘ℎ𝑡𝑎𝑟, 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟𝑎ℎ 𝐶𝑅𝐸𝐼𝑀 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑛𝑔𝑘𝑒𝑙 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑡𝑖𝑔𝑎 (3) 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑓𝑎𝑠𝑖𝑙𝑖𝑡𝑎𝑡𝑜𝑟 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑗𝑒𝑚𝑝𝑢𝑡 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑖ℎ𝑎𝑘 𝑀𝑦𝐼𝑃𝑂 𝑖𝑎𝑖𝑡𝑢 𝐸𝑛𝑐𝑖𝑘 𝑀𝑜ℎ𝑑 𝑅𝑎𝑑ℎ𝑖 𝑏𝑖𝑛 𝐴ℎ𝑚𝑎𝑑 (𝑃𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟𝑎ℎ 𝐴𝑘𝑎𝑑𝑒𝑚𝑖 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑙𝑒𝑘, 𝑀𝑦𝐼𝑃𝑂 𝐶𝑎𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑈𝑡𝑎𝑟𝑎), 𝑃𝑒𝑔𝑎𝑤𝑎𝑖 𝑃𝑒𝑚𝑒𝑟𝑖𝑘𝑠𝑎 𝑃𝑎𝑡𝑒𝑛 𝐸𝑛𝑐𝑖𝑘 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐹𝑖𝑟𝑑𝑎𝑢𝑠 𝑏𝑖𝑛 𝐼𝑠𝑚𝑎𝑖𝑙 𝑑𝑎𝑛 𝐸𝑛𝑐𝑖𝑘 𝑀𝑜ℎ𝑑 𝑆ℎ𝑎ℎ𝑟𝑖𝑛 𝑏𝑖𝑛 𝑆ℎ𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢𝑑𝑖𝑛. 𝑇𝑢𝑟𝑢𝑡 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑟𝑒𝑡𝑎𝑟𝑖𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐶𝑅𝐸𝐼𝑀.

𝑆𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎, 𝑠𝑒𝑠𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑢𝑡𝑢𝑝 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑐𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑢𝑡𝑢𝑝 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑒𝑟𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑐𝑒𝑛𝑑𝑒𝑟𝑎𝑚𝑎𝑡𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑖ℎ𝑎𝑘 𝐶𝑅𝐸𝐼𝑀, 𝑈𝑛𝑖𝑆𝑍𝐴 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐷𝑟. 𝐴𝑠𝑟𝑖𝑙 𝐴𝑚𝑖𝑟𝑢𝑙 𝑏𝑖𝑛 𝑍𝑎𝑘𝑎𝑟𝑖𝑎ℎ, 𝑇𝑖𝑚𝑏𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟𝑎ℎ (𝐼𝑛𝑜𝑣𝑎𝑠𝑖 & 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑘𝑜𝑚𝑒𝑟𝑠𝑖𝑎𝑙𝑎𝑛) 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑓𝑎𝑠𝑖𝑙𝑖𝑡𝑎𝑡𝑜𝑟 𝑗𝑒𝑚𝑝𝑢𝑡𝑎𝑛.

31/07/2024

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBrs.Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan, CREIM berbesar hati menawarkan permohonan Geran Penyelidikan Kelestarian Tahun 2024.

Tawaran ini terbuka kepada kakitangan akademik Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA. Permohonan ini akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan sistem RIMS yang boleh diakses seperti di pautan https://rims.unisza.edu.my/.

Pihak penyelidik boleh mengisi kertas cadangan secara atas talian mulai 1 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2024. Jadual Gerak Kerja dan Tatacara Permohonan Geran Penyelidikan Kelestarian yang terperinci boleh diperolehi melalui QR code menerusi poster yang disediakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini YBrs.Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Urusetia Permohonan Geran dalaman Universiti, Puan Marliana Mahamud ditalian 096688896/ 01129233471.

Sekian, segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 28/07/2024

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐅𝐑𝐆𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Hari : Ahad
Tarikh : 28 Julai 2024
Masa : 9.15 pagi sehingga 1.00 tengahari
Tempat : Smart Classroom, Perpustakaan UniSZA.

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Geran FRGS kepada penerima Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) tahun 2024. Taklimat pengurusan projek telah disampaikan Prof. Madya Dr. Noor Aina Amirah binti Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Penerbitan) CREIM.

Taklimat telah berlangsung di Smart Classroom, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Kampus Gong Badak ini turut disertakan slot bersama Encik Mohd Khairul Anwar bin Mohd Zulkifli, Pegawai Kewangan, Pejabat Bendahari bagi taklimat pengurusan kewangan penyelidikan. Turut dijemput, Encik Mohd Ali bin Hashim, Ketua Unit Integriti yang telah sudi menyampaikan Taklimat Integriti Dalam Penyelidikan kepada para jemputan.

Semoga terus cemerlang dan sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan sebagai penerima Geran FRGS 2024.

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 18/07/2024

BENGKEL PEMBENTANGAN LAPORAN KEMAJUAN GERAN KONSORTIUM PENYELIDIKAN 2023 BIL.2 /2024

Hari : Isnin
Tarikh : 15 Julai 2024
Masa : 8.30 pagi sehingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, CREIM

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 30/06/2024

Pihak Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) mengucapkan setinggi - tinggi tahniah pada 27 penyelidik yang menerima Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 2024 dan seorang penyelidik menerima Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) 2024.

Semoga terus cemerlang!

Photos from Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan - CREIM's post 02/06/2024

𝐉U𝐓A𝐀N T𝐀H𝐍I𝐀H B𝐔A𝐓 𝐒E𝐌U𝐀 𝐏E𝐌E𝐍A𝐍G B𝐀G𝐈 𝐌I𝐍G𝐆U P𝐄N𝐘E𝐋I𝐃I𝐊A𝐍 𝐃A𝐍 𝐈N𝐎V𝐀S𝐈 𝟐0𝟐4 (𝐌P𝐈'𝟐4)

𝗠𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 & 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 (𝗠𝗣𝗜) 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟵 – 𝟯𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗶𝘇𝗮𝗻, 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 (𝗨𝗠𝗧). 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗠𝗣𝗜 𝗱𝗶𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗖𝗵𝗠. 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗿𝗶𝗳𝗳𝗶𝗻, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿 (𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 & 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶) 𝗨𝗠𝗧. 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗣𝗜 𝗲𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗶𝗻𝗶, 𝗨𝗻𝗶𝗦𝗭𝗔 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗹 𝟮𝟭 𝗽𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗲𝗺𝗮𝘀, 𝟮𝟲 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝟱𝟱 𝗴𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮.

𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗧𝗮𝘀𝗵𝗲𝗲𝗵𝗾𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗿. 𝗔𝘇𝗶𝘇𝘂𝗹 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗼𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗶 𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 𝗺𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗛𝗼𝘁𝗼𝗵𝟮.𝟬: 𝗧𝗵𝗲 𝗜𝗺𝗽𝗹𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗢𝗳 𝗜𝗺𝗮𝗴𝗲 𝗣𝗿𝗼𝗰𝗲𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗶𝗾𝘂𝗲 𝗙𝗼𝗿 𝗛𝗶𝗹𝗮𝗹 𝗩𝗶𝘀𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗗𝗲𝘁𝗲𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗨𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗣𝘆𝘁𝗵𝗼𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗧𝘀. 𝗗𝗿. 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗹 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Telephone

Address

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Other Colleges & Universities in Kuala (show all)
Penerbit UMT Penerbit UMT
Penerbit UMT, Aras 2 Bangunan Canselori
Kuala, 21030

Menjana Khazanah Ilmuwan

Sambal Ikan Masin Sadap Sambal Ikan Masin Sadap
Kuala

sambal that can be eat as a side dishes, for cooking, as 'lauk' , which come with 3 different flavour (spicy, bambangan, tuhau) guarantee will satisfy your needs.

Naval Architecture / Senibina Kapal UMT Naval Architecture / Senibina Kapal UMT
Universiti Malaysia
Kuala, 21300

Official page for Naval Architecture Club in Universiti Malaysia Terengganu.

Unisza Mehsza Unisza Mehsza
Jalan Sultan Mahmud
Kuala, 20400

Bachelor of Medical & Health Sciences

Biodiversity Club UMT Biodiversity Club UMT
21030
Kuala, 21030

We share various interesting information, pictures and facts about biodiversity around us and also a

Kelab Dikir Barat Atmakirana UMT Kelab Dikir Barat Atmakirana UMT
Kuala, 21030

OFFICIAL PAGE KELAB DIKIR BARAT UMT UNTUK SEMUA "TEGUH BANGSA KERANA BUDAYA" UPDATE SEGALA AKTIVITI KELAB INFO MENARIK DIKIR BARAT JANGAN LUPA FOLLOW

Kedai komputer Umt Kedai komputer Umt
University Malaysia
Kuala, 21300

KEDAI KOMPUTER UMT (LIBRARY)

MPP KUIPs MPP KUIPs
Kolej Universiti Islam Perlis, Taman Seberang Jaya 3
Kuala, 02000

Laman ini akan memberikan anda maklumat dan info yang berkaitan.

KRIM Unisza KRIM Unisza
Kuala, 20100

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan, Faskes, Unisza Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan, Faskes, Unisza
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan UniSZA

Vienna Homestay Saujana Utama Puncak Alam Vienna Homestay Saujana Utama Puncak Alam
Jalan Seri Alam 14
Kuala, 47000